kertas kerja beli kompang sks2

6
SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL (2) JALAN SENTUL 51000 SENTUL WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PIBG BAGI PAKAIAN DAN AKSESORI PASUKAN KOMPANG FORMASI

Upload: pedot-elipsis

Post on 07-Sep-2015

446 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL (2)JALAN SENTUL 51000 SENTULWILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPURKERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PIBG BAGI PAKAIAN DAN AKSESORI PASUKAN KOMPANG FORMASI1. PENDAHULUANPasukan Kompang Sekolah Kebangsaan Sentul 2 ini telah ditubuhkan beberapa tahun yang lalu. Ianya ditubuhkan sebagai pasukan pengiring tetamu di sekolah. Selain itu juga, pasukan sekolah turut menyertai pertandingan-pertandingan seperti Pertandingan Kompang Selawat dan Pertandingan Kompang Formasi yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 2014, Pasukan Kompang Formasi Sekolah Kebangsaan Sentul 2 telah menunjukkan kebolehan dengan memenangi tempat kedua bagi Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pasukan sekolah telah terbukti memberikan saingan yang sengit kepada pasukan-pasukan yang lebih lama bertapak dalam pertandingan ini.

Hasil rumusan dan post-mortem, pihak sekolah mendapati bahawa kompang pasukan sekolah telah uzur dan rosak kerana jangka hayat yang terlalu lama. Malah, pasukan kompang tiada kostum yang lengkap bagi pertandingan yang disertai. Kostum hanya menggunakan pakaian sedia ada sekolah sahaja.2. OBJEKTIF

2.1 Menyemai sikap cintakan kesenian dan kebudayaan tradisi rakyat Malaysia.

2.2 Pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran bermain kompang dengan betul dan lebih sistematik melalui alat yang mencukupi.

2.3 Menjana murid supaya mempunyai sikap daya saing dan daya juang yang sihat.

2.4 Dapat mewujudkan Sekolah Berwatak melalui Pasukan Kompang Formasi .2.5 Menyediakan pasukan kompang yang lebih berdaya saing.2.6 Menjayakan program sekolah dengan ketrampilan yang menarik. 3. RASIONAL3.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada murid murid yang meminati bidang muzikterutama dalam paluan kompang .

3.2 Melalui aktiviti pasukan kompang sekolah, pastinya dapat mendisiplinkan pelajardi samping memberikan galakan motivasi kepada murid untuk meningkatkan

pencapaian dalam bidang akademik .

3.3 Memberikan keyakinan kendiri kepada murid-murid melalui aktiviti membuat persembahan, iringan dan pertandingan.

4. AKTIVITI -AKTIVITI4.1 Sepanjang tahun4.1.1 Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Sentul 24.1.2 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah4.1.3 Hari Kokurikulum4.1.4 Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Sentul 24.1.5 Persembahan semasa Sambutan Hari Kanak-Kanak Sekolah Kebangsaan Sentul 25. ANGGARAN PERUNTUKANBILITEMHARGA SEUNITKUANTITIJUMLAH

1KOMPANG RM 75.0020 BUAHRM1500.00

2JIDOR RM650.001 BUAHRM700.00

3PAKAIAN ( BAJU MELAYU )RM 40.0020 PASANGRM800.00

4AKSESORI (SAMPING,TANJAK,BENGKUNG)RM 40.0020 SETRM800.00

JUMLAHRM3800.00

6. JAWATANKUASA INDUKPenasihat : Puan Siti Awa Bt. Jamil Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sentul 2Pengerusi : Encik Syaiful Amri B. Abdullah Penolong Kanan Kokurikulum

Timbalan Pengerusi : Encik Azman B. Mohd Razali Encik Zainin Bin Johari

Setiausaha : Cik Intan Solehah Bt. NasarruddinBendahari : Cik Nur Dini Bt. RahimAhli Jawatankuasa : Guru-guru Panitia Muzik Sekolah Kebangsaan Sentul 27. JAWATANKUASA PERLAKSANAAN

7.1 Penyelaras Pasukan Kompang Formasi Sekolah Kebangsaan Sentul 2

Ketua Jurulatih/Penyeliaan : Encik Firdaus B. Md. Fadzil

Pengurus

: Encik Mohd Rizal B. Hamsin

Pn. Meriam Bt. Hassan

Pn. Noor Erna Yuliaty Bt. Ibrahim

Dislipin dan Keselamatan : Semua AJK

8.0 PENUTUP

Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.Sesungguhnya bantuan dan kerjasama daripada pihak tuan akan membantu Pasukan Kompang Formasi Sekolah Kebangsaan Sentul 2 memberikan hasil yang diharapkan di samping memberikan peluang kepada murid-murid sekolah ini untuk menjayakan aktiviti yang dapat membina keperibadian pelajar bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Harapan kami juga,dengan adanya bantuan ini,Pasukan Kompang Formasi Sekolah Kebangsaan Sentul 2 akan muncul sebagai sebuah pasukan yang dikagumi dan dapat mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Sentul 2 hingga ke peringkat kebangsaan .Disediakan oleh :

_______________________________________(FIRDAUS BIN MD. FADZIL)

Ketua JurulatihPasukan Kompang

Sekolah Kebangsaan Sentul 2Disemak oleh :

____________________________________

Disahkan oleh :

_____________________________________ EMBED PBrush