kertas kerja amali sembelihan binatang

6
KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM AMALI SEMBELIHAN 2010 1.0 PENDAHULUAN Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang melimpahkan kurnia dan nikmat- Nya yang memberi kita rezeki dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada seluruh ummat manusia. Ilmu yang dilimpahkan kepada kita bukan hanya sekadar teori yang menjadi penyelamat pelajar dalam peperiksaan semata-mata, tetapi ia perlu dipraktikkan dan dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Alhamdulillah, atas kesedaran itulah maka pihak Unit Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Homeroom MRSM Gemencheh ingin mengisi ruang dalam Minggu Aktiviti Semester 2 ini dengan melaksanakan Program Amali Sembelihan. Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi pengalaman yang paling berharga buat para pelajar untuk dijadikan bekalan di masa akan datang. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara- cara melakukan sembelihan yang betul. 2.2 Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan ilmu berkaitan dengan sembelihan yang telah dipelajari di dalam kelas. 2.3 Memberi pengalaman yang berguna kepada para pelajar bermula dari proses sembelihan sehingga proses memasak. 2.4 Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan homeroom. 3.0 TARIKH & MASA 2 Ogos 2010 (Isnin), 8.00 pagi hingga 1.00 petang. 4.0 TEMPAT

Upload: wkhairi80

Post on 07-Dec-2015

394 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Amali Sembelihan Binatang

KERTAS KERJA CADANGANPROGRAM AMALI SEMBELIHAN 2010

1.0 PENDAHULUAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah yang melimpahkan kurnia dan nikmat-Nya yang memberi kita rezeki dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada seluruh ummat manusia. Ilmu yang dilimpahkan kepada kita bukan hanya sekadar teori yang menjadi penyelamat pelajar dalam peperiksaan semata-mata, tetapi ia perlu dipraktikkan dan dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Alhamdulillah, atas kesedaran itulah maka pihak Unit Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Homeroom MRSM Gemencheh ingin mengisi ruang dalam Minggu Aktiviti Semester 2 ini dengan melaksanakan Program Amali Sembelihan. Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi pengalaman yang paling berharga buat para pelajar untuk dijadikan bekalan di masa akan datang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara melakukan sembelihan yang betul.

2.2 Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan ilmu berkaitan dengan sembelihan yang telah dipelajari di dalam kelas.

2.3 Memberi pengalaman yang berguna kepada para pelajar bermula dari proses sembelihan sehingga proses memasak.

2.4 Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan homeroom.

3.0 TARIKH & MASA

2 Ogos 2010 (Isnin), 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

4.0 TEMPAT

Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh

5.0 SASARAN

5.1 179 orang pelajar Tingkatan 1 (12 homeroom) 5.2 109 orang pelajar Tingkatan 2 (8 homeroom)5.3 181 orang pelajar Tingkatan 4 (12 homeroom)5.4 Jumlah keseluruhan pelajar : 469 orang

Page 2: Kertas Kerja Amali Sembelihan Binatang

6.0 JAWATANKUASA PERLAKSANA

Bil Jawatan Bidang Tugas

1PenaungHj. A. Bakar bin A. Rahim

2PenasihatEn. Abu Bakar bin Ab. Wahab

3PenyelarasEn. Mohd Muslim Bin Muhd Alias

1. Menyelaraskan keseluruhan aktiviti program2. Memantau kelancaran aktiviti

4SetiausahaPuan Suriati Binti Jaafar

1. Membuat persediaan mesyuarat2. Menyediakan surat jemputan mesyuarat dan

mengedarkan kepada semua ahli jawatankuasa3. Menyediakan minit mesyuarat4. Menyediakan laporan di akhir program

5JK PeralatanEn. Mohd Firdaus bin Mohd Nasir

1. Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk amali sembelihan seperti pisau, batu asah, cangkul untuk menggali lubang, plastik sampah dan lain-lain yang dirasakan perlu.

6

Jk Persiapan TempatEn. Shazwan Amir bin Mohd ShahEn. Aminuddin Sulaiman bin Maghribi

1. Memastikan tempat program berada dalam keadaan selamat dan bersih.

2. Menyediakan lubang tempat sembelihan.

7

JK KebersihanEn. Muhd Taufik bin Che RushEn. Muhammad Sholiheen Osman

1. Memastikan para pelajar sentiasa menjaga kebersihan tempat sembelihan dan tempat memasak sebelum, semasa dan selepas program.

8

JK MakananEn. Mohd Saifuddin bin Abd HamidEn. Tuan Mohd Saiful Bahri Tuan Ismail

1. Menyediakan 3 ekor ayam bagi setiap homeroom. (Jumlah : 96 ekor ayam)

9

JK Kawalan PelajarEn. Mohd Razi bin YahyaCik Fazleyani binti Arifin

1. Memastikan semua pelajar menepati masa dan berada di tempat program seperti yang dijadualkan.

2. Memastikan pelajar tidak meninggalkan tempat program sehingga program tamat.

Page 3: Kertas Kerja Amali Sembelihan Binatang

10

JK DokumentasiEn. Wan Mohd Hanif Wan HamatPuan Siti Surisuhaili binti Mohd Yusof

1. Mengambil gambar/video sepanjang program berlangsung.

2. Menyediakan dokumentasi lengkap sebanyak 2 salinan yang diperlukan selepas tamat program.

11JK DoaEn. Mohd Fariz bin Mohd Akhtar

1. Membaca doa sebelum memulakan program.

12

JK PertandinganPuan Alya binti Abdul JainiPengetuaTPHEA TPHEK Puan Zuraibah binti Bujang

1. Menyelia pertandingan memasak ayam sembelihan setiap homeroom

2. Menyediakan panel penilai untuk pertandingan memasak.

3. Menentukan pemenang.

13

JK HadiahCik Sarah Salwa binti Md Harun Cik Naailah binti Azahar

1. Menyediakan hadiah bagi setiap pemenang.

7.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara Tindakan07.50 pagi Pelajar berkumpul08.00 pagi Taklimat program dan pembahagian ayam

sembelihanPenyelaras

08.15 pagi Penerangan ringkas tentang teori sembelihan dan demonstrasi penyembelihan

Ustaz Hj Razali bin Hj. Mohamed

08.30 pagi Praktikal sembelihan oleh para pelajar Semua guru PAI10.00 pagi Rehat10.30 pagi Pelajar memasak ayam sembelihan masing-

masingPenasihat homeroom

12.30 tengahari Penilaian JK Pertandingan01.00 petang Bersurai

Page 4: Kertas Kerja Amali Sembelihan Binatang

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA Kuantiti JUMLAH

1 Ayam 2 Ekor x 32 homeroom = 64 ekor Dewan Selera1 Ekor x 32 homeroom = 32 ekor Homeroom

2Hadiah (hamper)

Tempat Pertama x 3 (RM 50 x 3) RM 150Tempat Kedua x 3 (RM 40 x 3) RM 120Tempat Ketiga x 3 (RM 30 x 3) RM 90

3 Plastik Sampah 2 peket RM 10

4Air Mineral JK Perlaksana

RM 1 x 30 botol RM 30

JUMLAH RM 400.00

Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi manfaat yang berguna buat semua puhak yang terlibat dalam menjayakannya. Semoga usaha ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.

Disediakan oleh,

(EN. MOHD MUSLIM BIN MUHD ALIAS)Penyelaras Amali Sembelihan 2010 MRSM Gemencheh

Disokong/ tidak disokong,

(EN. ABU BAKAR BIN AB WAHAB)Timbalan Pengetua Hal Ehwal AkademikMRSM Gemencheh

Diluluskan/ Tidak diluluskan,

(HJ A. BAKAR BIN A. RAHIM)PengetuaMRSM Gemencheh.