4. cerita binatang
TRANSCRIPT
CERITA BINATANG
Pensyarah : Pn. Jaimah Binti Abdul ManafOleh : Nur Zuliana Izyan Binti Zolkalple
Tasnim Binti Abdul Halim
PISMP PEMULIHAN 1SEMESTER 8/2012
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan PemulihanPKP 3117
PENGENALAN Sejenis cerita rakyat yang disampaikan secara lisan
dari generasi ke generasi. Disebut juga cerita Mergastua. Cerita binatang ini dipercayai cerita tertua, sama
usianya dengan cerita asal usul. Cerita-cerita binatang melayu mengambil binatang
sebagai watak utama yang dipersonafikasi, binatang diceritakan dan berinteraksi dengan manusia.
Cerita binatang juga mengisahkan tentang konflik antara binatang dengan binatang atau antara binatang dengan manusia.
Sebahagian daripada cerita binatang itu bercorak mitos yang membicarakan tentang asal usul binatang.
CIRI-CIRI CERITA BINATANG
ISI KARYA
Kisah yang ditimbulkan dalam cerita binatang tidak ada bezanya dengan kisah kehidupan manusia.
Contoh dalam cerita Hikayat Sang Kancil, Sang Kancil memainkan
peranan tertentu, seperti menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah manusia yang berhutang.
Semua sifat yang dimiliki oleh manusia biasa dimiliki oleh binatang dalam cerita-cerita binatang melayu Contoh : Bercakap, menipu, berbincang, berfikir dan sebagainya
WATAK PERWATAKAN
Watak-watak dalam cerita binatang ialah binatang.
Contoh di dalam cerita Hikayat Sang Kancil, wataknya ialah Sang Kancil dan binatang-binatang yang lain.
Binatang diberi jiwa dan tingkahlaku seperti manusia.
Contohnya sang kancil berupaya menggunakan akalnya bagi menyelesaikan kaki kerbau yang digigit oleh buaya.
Watak manusia tidak dipentingkan, Hanya berperanan sebagai pemburu atau manusia yang dapat
diperdayakan oleh binatang.
Watak-watak yang lazim digunakan ialah pelanduk,buaya, gajah,harimau, anjing, ular, arnab, kura-kura, musang, ayam,burung bangau, kambing, lembu dan kerbau.
PLOT/SUSUNAN CERITA Bagi mana-mana cerita binatang,
plot/susunan ceritanya tersusun dengan teratur kerana cerita akan bermula dengan :› bahagian pengenalan
› bahagian perkembangan cerita
› bahagian penyelesaian cerita.
Setiap cerita binatang mempunyai masalah yang diselesaikan yang tertumpu di bahagian perkembangan cerita. Bahagian penyelesaian cerita biasanya watak utama berjaya menyelesaikan masalah tersebut.
Terdapat sesetengah cerita binatang yang mempunyai episod/siri tertentu. Setiap episod dalam cerita ini merupakan sebuah cerita yang lengkap iaitu bermula dengan bahagian pengenalan, bahagian perkembangan dan bahagian akhir. Walau bagaimanapun, watak utama dalam siri/episod ini masih pada binatang yang sama. Hal ini jelas dalam cerita Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka.
Contoh : Cerita Katak Membunuh Gergasi.
› Plotnya bermula apabila Gergasi membuat kekacauan di dalam hutan sehingga menganggu kehidupan haiwan-haiwan lain. Cerita terus berkembang apabila katak merancang untuk membunuh Gergasi apabila berlaku kematian dalam kalangan kelompoknya ketika Gergasi cuba melarikan diri ke hutan kerana khuatir rumahnya akan runtuh. Cerita ini tamat apabila, Katak dan rakannya berjaya membunuh Gergasi tersebut.
LATAR Latar tempat bagi cerita binatang adalah
melibatkan latar di hutan belantara atau kawasan-kawasan yang berkaitan dengan tempat tinggal binatang tersebut. Hal ini bermakna latar tempat bagi cerita binatang adalah di alam nyata.
Latar masanya adalah melibatkan zaman dahulu
Latar masyarakat adalah merangkumi masyarakat/kelompok binatang yang biasanya mempunyai ketua.
GAYA BAHASA
Cerita binatang menggunakan bahasa Melayu klasik tetapi bahasanya mudah difahami. Kadang-kadang diselitkan dengan beberapa puisi Melayu lama. Hal ini dikaitkan dengan cerita binatang lebih dikhususkan pada peringkat kanak-kanak.
Contohnya:Maka sempah Raja Gajah "Ya Tuan Syeikh, bilakah kiranya binatang-binatang itu akan sampai ke mari".
JENIS CERITA BINATANG
Jenis asal-usul ciri atau sifat binatang, menerangkan asal usul kejadian sesuatu sifat yang dimiliki oleh binatang tertentu.
Contoh : kenapa kerbau tiada bergigi di atas, mengapa puyuh tiada berekor, mengapa anjing bermusuhan dengan kucing,kenapa kepala katak mendongak ke atas dan lain- lain.
Bercorak fable iaitu cerita yang bercorak memberikan teladan atau dinamakan juga cerita perumpamaan. Cerita jenis ini mengandungi amanat kritikan terhadap masyarakat dan sindiaran terhadap tingkah laku manusia. iaitu watak binatang diberikan watak seperti manusia.
Contoh : kerbau dengan buaya, seperti anjing dengan bayang-bayang
Beast epik iaitu seekor binatang yang memegang watak utama sebagai hero.
Contoh : Cerita Hikayat Pelanduk Jenaka, watak utamanya ialah seekor pelanduk yang memainkan peranan-peranan tertentu.
Jenis “sambut-bersambut” iaitu rangkaian cerita sebab akibat, menerangkan kenapa perkara itu terjadi dan melibatkan binatang yang banyak. Penyempaian cerita diberikan dalam bentuk perulangan gaya bahasa yang melahirkan irama yang menarik.
Contoh : Cerita “Bangau oh bangau” yang dapat menjelaskan sebab dan akibat daripada pertanyaan, kenapa bangau itu kurus.
FUNGSI CERITA BINATANG
Sebagai hiburan Cerita yang melucukan seperti binatang yang kecil dapat memperdayakan binatang yang lebih besar. Contoh harimau diperdayakan oleh sang kancil dengan menyuruhnya menukul sarang tebuan yang dikatakan gong.
Sebagai pengajaranPengajaran kepada manusia supaya menggunakan akal dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya Sang Kancil dapat menyeberangi sungai dengan menyuruh buaya berbaris kerana diminta untuk membilang jumlah buaya di dalam sungai.
Sebagai Kritikan/sindiranHal ini berkaitan dengan sifat-sifat buruk yang cuba ditonjolkan oleh binatang yang sebenarnya mempunyai sindiran /kritikan secara halus. Sindiran ini disampaikan secara tidaklangsung kepada pembaca.
Contohnya, dalam Cerita Katak Membunuh Gergasi di mana menyindir orang yang berkuasa akan jatuh pada masanya apabila melakukan kejahatan.
Sebagai gambaran masyarakatCerita binatang menggambarkan hidup dalam kelompok masyarakat binatang tetapi digambarkan menyerupai manusia. Oleh itu, melalui cerita-cerita ini dapat digambarkan tentang kehidupan masyarakat pada zaman tersebut.
KUPASAN CERITA BINATANG
Anjing Dengan Bayang-bayang
Contoh cerita untuk mengkritik orang yang bersikap tamak
Melalui cerita ini,pada suatu hari watak
utamanya,seekor anjing telah terjumpa seketul tulang.
Anjing itu menggongong tulang itu dan berjalan
melalui sebatang sungai.Ia terlihat ada anjing lain di
dalam sungai itu menggongong tulang juga,anjing itu
berasa marah lalu membuka mulut hendak merampas
tulang itu dari mulut anjing di dalm sungai itu
sedangkan anjing itu refleksi bayang-bayangnya
sendiri.
Apabila anjing itu membuka mulut,maka tulang yang ada di
dalam mulut jatuh ke dalam sungai itu. Akibatnya anjing itu
terlepas untuk merasai kenikmatan yang ada pada tulang
yang digonggongnya, malahan memperolehi kerugian.
Helang dengan Ayam Contoh cerita untuk mengkritik orang yang
tidak jujur
Melalui cerita ini,Si Ayam dengan Si Helang
sebenarnya bersahabat baik tetapi kemudiannya
bermusuhan apabila si Ayam tidak mahu
memulangkan jarum sakti kepunyaan Si Helang.
Akibatnya Si Helang berasa marah dan menyimpan
dendam terhadap Si Ayam sampai ke hari ini. Itulah
sebabnya Si Helang suka menangkap dan makan
ayam.
Melalui cerita ini, Si Ayam diumpamakan sebagai
manusia yang tidak jujur terhadap temannya.
Dan Si Helang pula diumpamakan sebagai
manusia pedendam yang tidak mahu
memaafkan kesalahan rakannya.