kertas kerja amali sains

10
PERTANDINGAN AMALI SAINS SEKOLAH MENENGAH & SEKOLAH RENDAH KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI 2006 PERINGKAT NEGERI PERAK 1. PENDAHULUAN Pertandingan Amali Sains adalah salah satu dari acara yang akan kekal dipertandingkan sempena Karnival Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri _________ yang akan diadakan pada________________. Pada Tahun 2004 pertandingan ini diadakan buat kali pertama dalam karnival seumpamanya. Pertandingan ini dijalankan untuk tiga kategori iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 4. Mulai Tahun 2005 telah dilakukan sedikit perubahan dari segi format pertandingan untuk menjadikan pertandingan ini lebih menarik dan mampu menarik minat penyertaan di kalangan pelajar dan dikunjungi oleh ramai pengunjung. Pertandingan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan juga pengunjung tentang kepentingan aktiviti amali dalam dunia sains dan teknologi. Ini adalah kerana aktiviti amali ini menyokong dapatan teori yang dipelajari dalam bilik darjah. Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada semua pelajar tahun 4, tingkatan 1 dan tingkatan 4 sekolah-sekolah menengah di negeri Perak. 2. RASIONAL/ MATLAMAT Program dan aktiviti ini diharap akan : 2.1 Mendedahkan pelajar tentang kepentingan aktiviti amali sebagai sokongan kepada teori yang dipelajari di bilik darjah. 2.2 Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif , kritis dan saintifik. 2.3 Menggalakkan budaya kerjasama antara rakan sepasukan untuk menyelesaikan persoalan saintifik. 2.4 Mempertingkatkan potensi, ketrampilan serta daya usaha pelajar dalam bidang sains dan teknologi.

Upload: amri-dgreat

Post on 27-Sep-2015

390 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

kertas konsep

TRANSCRIPT

Karnival Sains dan Teknologi Negeri Perak

PERTANDINGAN AMALI SAINS SEKOLAH MENENGAH & SEKOLAH RENDAH

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI 2006

PERINGKAT NEGERI PERAK

1.PENDAHULUAN

Pertandingan Amali Sains adalah salah satu dari acara yang akan kekal dipertandingkan sempena Karnival Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri _________ yang akan diadakan pada________________. Pada Tahun 2004 pertandingan ini diadakan buat kali pertama dalam karnival seumpamanya. Pertandingan ini dijalankan untuk tiga kategori iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 4. Mulai Tahun 2005 telah dilakukan sedikit perubahan dari segi format pertandingan untuk menjadikan pertandingan ini lebih menarik dan mampu menarik minat penyertaan di kalangan pelajar dan dikunjungi oleh ramai pengunjung.

Pertandingan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan juga pengunjung tentang kepentingan aktiviti amali dalam dunia sains dan teknologi. Ini adalah kerana aktiviti amali ini menyokong dapatan teori yang dipelajari dalam bilik darjah. Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada semua pelajar tahun 4, tingkatan 1 dan tingkatan 4 sekolah-sekolah menengah di negeri Perak.

2.RASIONAL/ MATLAMAT

Program dan aktiviti ini diharap akan :

2.1 Mendedahkan pelajar tentang kepentingan aktiviti amali sebagai sokongan kepada teori yang dipelajari di bilik darjah.

2.2 Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif , kritis dan saintifik.

2.3 Menggalakkan budaya kerjasama antara rakan sepasukan untuk menyelesaikan persoalan saintifik.

2.4 Mempertingkatkan potensi, ketrampilan serta daya usaha pelajar dalam bidang sains dan teknologi.

2.5 Memupuk minat pelajar ke arah cintakan Sains dan Teknologi

2.6 Menanamkan sikap positif, nilai-nilai murni, disiplin dan mematuhi arahan semasa menjalankan amali dalam makmal.

3.OBJEKTIF

3.1 Menyediakan peluang bagi pelajar memperkembangkan bakat dan minat dalam bidang Sains & Teknologi.

3.2 Merealisasikan pengwujudan pelbagai program penggalakan dalam bidang Sains dan Teknologi agar :

i) Meningkatkan penyertaan pelajar dalam Karnival Sains & Teknologi perinkat negeri

ii) Menyedikan pelajar yang mempunyai ketahanan dari segi emosi dalam menghadapi tekanan pertandingan.

iii) Menyediakan pelajar yang mampu berkomunikasi dan bekerjasama dengan anggota pasukan dalam menyelesaikan masalah dalam tempoh masa yang terhad

iv) Menggalakkan guru dan sekolah meningkatkan aktiviti pelaksanaan amali Sains sebagai amalan wajib P & P Sains

vii) Menyediakan forum kepada semua pihak menilai kemampuan pelajar dalam pelbagai tahap melaksanakan amali sains.

4. PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN

Rujuk Lampiran 1 Sekolah Menengah

Rujuk Lampiran 2 Sekolah Rendah

5. CADANGAN PELAKSANAAN

1.1 Penyertaan

Peserta ( 3 pelajar x 15 negeri x 3 pasukan )= 135 orang

(Tahun 4, Ting. 1 & Ting 4

Guru Pembimbing

= 45 orang

(1 orang x 15 negeri x 3 pasukan )

Hakim

= 9 orang

Urus Setia

= 9 orang

Jumlah

= 198 orang

1.2 Penginapan

Pelajar

: 135 pelajar ( 2 malam )

Guru Pengiring: 45 orang ( 2 malam )

Urus Setia :09 orang ( 2 malam )

Hakim

: 09 orang ( 1 malam )

1.3 Cadangan Aturcara Pertandingan

Tarikh

MasaAturcara

Hari Pertama

8.00 pagi 8.30 pagi

8.30 pagi 8.45 pagi

8.50 pagi - 9.40 pagi

10.10 pagi 11.00 pagiPendaftaran peserta ting 1

Taklimat kepada peserta

Pertandingan Amali Sains Ting.1 ( sidang 1 ) bermula

Pertandingan Amali Sains Ting.1 ( sidang 2 ) bermula

Hari Kedua2.00 ptg 2.30 ptg

2.30 ptg 2.45 ptg

2.50 ptg 3.40 ptg

4.00 ptg 5.00 ptg

Pendaftaran peserta Ting. 4

Taklimat kepada peserta

Pertandingan Amali Sains Tingkatan 4 ( sidang 1) bermula

Pertandingan Amali Sains Tingkatan 4 (sidang 2) bermula

Hari Ketiga2.00 ptg 2.30 ptg

2.30 ptg 2.45 ptg

3.00 ptg 4.00 ptg

4.00 ptg 5.00 ptgPendaftaran peserta Thn 4

Taklimat kepada peserta

Pertandingan Amali Sains Thn 4 bermula

Pertandingan Amali Sains Tingkatan 1 ( sidang 2 ) bermula

1.4 Hadiah dan Cenderamata

Johan

:3(1 hadiah X 3 orang)=9 unit

Naib Johan:3(1 hadiah X 3 orang)=9 unit

Ketiga

:3(1 hadiah X 3 orang)

=9 unit

Sijil

:Pemenang Pertama- ke-3= 27 kpg

Sijil penyertaan :Semua penyertaan

= 63 kpg

Cenderamata :Hakim

=9 unit

Urus setia

=9 unit

PERTANDINGAN AMALI SAINS

Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Perak 2006

A. Syarat Pertandingan Amali Sains

2. Peserta pertandingan adalah daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 4 Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan , SM Agama Negeri dan MRSM di negeri Perak.

3. Setiap daerah diwakili oleh 3 peserta dari Tingkatan 1 dan 3 peserta dari Tingkatan 4.

4. Setiap kumpulan peserta adalah dari sekolah yang sama. Setiap pasukan diiringi oleh seorang guru pembimbing.

5. Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap beserta Lab Coat semasa pertandingan dijalankan.

6. Peserta tidak dibenarkan membawa perlatan atau bahan dari luar selain daripada peralatan dan bahan yang disediakan oleh penganjur.

7. Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang nota, buku atau apa-apa bahan sumber ke tempat pertandingan.

8. Pesera hanya dibenarkan membawa alatulis dan kalkulator ( bukan saintifik ) sendiri.

9. Guru Pembimbing tidak dibenarkan berada bersama peserta semasa pertandingan dijalankan.

10. Setiap sesi pertandingann akan dibahagikan kepada 2 sidang. Satu sidang hanya 5 pasukan ( daerah ) yang bertandingan. Setiap sidang memakan masa 50 minit.

11. Peserta perlu berhenti menulis atau menjalankan amali selepas loceng penamat dibunyikan menandakan tamat pertandingan.

12. Keputusan hakim adalah muktamad.

B. Kaedah Pelaksanaan Pertandingan

2. Pertandingan adalah dalam bentuk bertulis.

3. Pertandingan yang dijalankan berbentuk stesen. 10 stesen akan disediakan.

4. Setiap stesen akan dibekalkan dengan satu set soalan yang menguji kemahiran pelajar menjalankan eksperimen. Soalan yang disediakan mungkin memerlukan pasukan peserta menjalankan eksperimen ringkas dan mencatatkan hasil eksperimen tersebut. Satu stesen memakan masa selama 5 minit.

5. Pada stesen yang memerlukan peserta menjalankan eksperimen, panel hakim akan menilai peserta ketika menjalankan eksperimen tersebut. Peserta akan dinilai dari segi kemahiran saintifik yang perlu ada ketika menjalankan eksperimen tersebut.

6. Setiap 5 minit loceng akan dibunyikan untuk pasukan bergerak ke stesen seterusnya

7. Loceng penamat akan dibunyikan sebanyak 2 kali untuk peserta berhenti menjawab soalan.

8. Jawapan peserta akan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik. Pemenang akan ditentukan melalui jumlah markah yang diperolehi melalui penilaian panel hakim semasa eksperimen dijalankan dan markah jawapan bertulis peserta. Kumpulan dengan markah tertinggi adalah dipilih sebagai pemenang.

9. Keputusan hakim adalah muktamad.

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN AMALI SAINS

KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI

NEGERI PERAK 2006

DAERAH:

NAMA & ALAMAT SEKOLAH : .

No. Tel: No Fax: ..

KATEGORI:TINGKATAN 1 / TINGKATAN 4 / TAHUN 4 *

BUTIRAN PELAJAR & GURU:

BilNama Pelajar ( Huruf Besar )No. K/PJantina

1

2

3

Nama Guru Pengiring No. K/P

* Potong yang mana tidak berkenaan

PENGESAHAN PENGETUA / GURU BESAR

Saya telah menyemak setiap butir yang dinyatakan dan mengesahkan semuanya adalah benar. Dengan ini saya menyokong penyertaan ini.

Tandatangan & Cop Pengetua / Guru Besar : .

CATATAN : Sila hantar borang penyertaan selewat-lewatnya 13 Mei 2005 kepada Urus setia Pertandingan Amali Sains, Karnival Sains & Teknologi, Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar, 32600 Bota.

No tel : 05-3711273

No. Fax : 05-3711272

KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGIPERINGKAT KEBANGSAAN

PERTANDINGAN AMALI SAINSSEKOLAH MENENGAH & SEKOLAH RENDAHLampiran 1