kertas kerja 1 ppnj

11
http://www.ridzalmersing.com. 1 PENINGKATAN HASIL SAWIT MELALUI PROGRAM SKIM KREDIT LADANG TERSELIA (SKLT) Disampaikan oleh : Encik Ab Rahman Ismail Pengurus Besar PENGENALAN Pertubuhan Peladang Negeri Johor, ringkasnya PPNJ telah diperbadankan di bawah Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973. Sebagai induk gerakan Pertubuhan Peladang (PP) di Johor, PPNJ telah berjaya menyatukan dan menggembleng seramai 78,330 orang peladang sebagai ahli dalam 28 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang bergabung sebagai ahli PPNJ. Gerakan PP di Johor telah berjaya mengumpul saham daripada ahli-ahli peladang berjumlah RM13,974,047. PPNJ pula telah berjaya mengumpul saham daripada 28 PPK sebanyak RM13.82 juta. Melalui penyatuan modal tersebut PPNJ telah berjaya mencapai isipadu urus niaga melebihi RM600.00 juta setahun. Secara purata 80%, iaitu bersamaan RM480.00 juta adalah urus niaga sawit yang melibatkan ahli-ahli peladang. TUJUAN PENUBUHAN PPNJ Tujuan PPNJ diperbadankan adalah untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meninggikan hasil dan pendapatan, dan membaiki cara hidup ahli-ahli serta mewujudkan satu masyarakat tani yang progresif berdikari makmur dan bersatu padu. PERKHIDMATAN Perkhidmatan yang disediakan oleh PPNJ sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Pertubuhan Peladang adalah seperti berikut:- i) Latihan dan pemindahan teknologi dalam bidang pertanian dan penternakan. ii) Meningkatkan pengeluaran pertanian ahli-ahli. iii) Menyediakan perkhidmatan bekalan keperluan ladang dan keperluan harian.

Upload: ridzaludin

Post on 16-Jan-2015

1.761 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja 1 ppnj

http://www.ridzalmersing.com.

1

PENINGKATAN HASIL SAWIT MELALUI PROGRAM

SKIM KREDIT LADANG TERSELIA (SKLT)

Disampaikan oleh : Encik Ab Rahman Ismail

Pengurus Besar

PENGENALAN

Pertubuhan Peladang Negeri Johor, ringkasnya PPNJ telah diperbadankan di bawah Akta 109, Akta

Pertubuhan Peladang 1973. Sebagai induk gerakan Pertubuhan Peladang (PP) di Johor, PPNJ telah

berjaya menyatukan dan menggembleng seramai 78,330 orang peladang sebagai ahli dalam 28 buah

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang bergabung sebagai ahli PPNJ.

Gerakan PP di Johor telah berjaya mengumpul saham daripada ahli-ahli peladang berjumlah

RM13,974,047. PPNJ pula telah berjaya mengumpul saham daripada 28 PPK sebanyak RM13.82 juta.

Melalui penyatuan modal tersebut PPNJ telah berjaya mencapai isipadu urus niaga melebihi RM600.00

juta setahun. Secara purata 80%, iaitu bersamaan RM480.00 juta adalah urus niaga sawit yang melibatkan

ahli-ahli peladang.

TUJUAN PENUBUHAN PPNJ

Tujuan PPNJ diperbadankan adalah untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan

dan kemahiran, meninggikan hasil dan pendapatan, dan membaiki cara hidup ahli-ahli serta mewujudkan

satu masyarakat tani yang progresif berdikari makmur dan bersatu padu.

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang disediakan oleh PPNJ sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Pertubuhan

Peladang adalah seperti berikut:-

i) Latihan dan pemindahan teknologi dalam bidang pertanian dan penternakan.

ii) Meningkatkan pengeluaran pertanian ahli-ahli.

iii) Menyediakan perkhidmatan bekalan keperluan ladang dan keperluan harian.

Page 2: Kertas kerja 1 ppnj

http://www.ridzalmersing.com.

2

iv) Menyedia dan membekal perkhidmatan jentera ladang.

v) Menyediakan perkhidmatan kredit.

vi) Menyediakan kemudahan perkhidmatan simpanan.

vii) Menyediakan pusat perkhidmatan pertanian dan pusat pengumpulan hasil ladang dan pemasaran.

viii) Menyediakan kemudahan pengangkutan.

ix) Mewujudkan kilang-kilang pemprosesan.

x) Pengumpulan dana dan menguruskan pelaburan.

xi) Membantu ahli memiliki tanah dan memajukan tanah ahli.

xii) Menggalakkan aktiviti sosial dalam memperkuat perpaduan masyarakat.

AKTIVITI

Aktiviti pembangunan PPNJ terbahagi kepada tiga iaitu aktiviti ekonomi, sosio-ekonomi dan aktiviti sosial

seperti berikut:-

1. Aktiviti Ekonomi

Objektif aktiviti ekonomi ialah untuk menjana keuntungan daripada aktiviti yang dijalankan dan

menunaikan tanggungjawab kepada ahli-ahli (PPK). Aktiviti ini dilaksanakan melalui projek berikut:-

i. Perladangan

ii. Perkilangan

iii. Pemasaran

iv. Pelaburan Hartanah

v. Hub Industri Makanan Halal PPNJ

vi. Kompleks IKS PPNJ

vii. Pelaburan Anak Syarikat

viii. Pembekalan Input dan Bahan Tanaman

i. Aktiviti Sosio-Ekonomi Ahli

Aktiviti Sosio-Ekonomi Ahli adalah perniagaan yang dilaksanakan secara integrasi di antara PPNJ,

PPK dan para peladang. Aktiviti ini dilaksanakan melalui program berikut:-

Page 3: Kertas kerja 1 ppnj

http://www.ridzalmersing.com.

3

i. Program Integrasi Sawit

ii. Program Integrasi Unggas

iii. Program Integrasi Ruminan

iv. Program Integrasi Buah-buahan

v. Dana Pembangunan Peladang Johor (DPPJ)

vi. Program Pembangunan Dan Pemindahan Teknologi

vii. Program Sokongan Modal Pusingan Ahli

viii. Bank Tanah

3. Aktiviti Sosial Ahli

Aktiviti Sosial adalah aktiviti kebajikan PPNJ kepada ahli melalui Kumpulan Wang yang diagih melalui

pembahagian keuntungan tahunan. Sumbangan diagihkan melalui skim dan aktiviti berikut:-

i. Skim Perlindungan Peladang

ii. Pendidikan

iii. Aktiviti Pengembangan

iv. Skim Kebajikan

PROGRAM SKIM KREDIT LADANG TERSELIA (SKLT)

1. Skim Kredit Ladang Terselia

Skim Kredit Ladang Terselia, ringkasnya SKLT adalah satu program yang menyediakan perkhidmatan

kredit tanpa cagaran kepada ahli-ahli peladang yang mengusahakan tanaman sawit. Kredit disediakan

bagi membiayai keperluan input dan penyediaan kemudahan asas ladang. Program ini disokong

dengan khidmat nasihat perladangan percuma, khususnya dalam aspek agronomi dan pengurusan

ladang. Program di laksana dengan bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan ahli-ahli peladang

melalui peningkatan kuantiti dan kualiti hasil kebun mereka.

Page 4: Kertas kerja 1 ppnj

http://www.ridzalmersing.com.

4

2. Asas Pelaksanaan SKLT

Secara umumnya purata pengeluaran sawit ahli-ahli peladang adalah lebih rendah berbanding purata

industri dan prestasi sebenar. Mengikut statistik purata hasil pekebun kecil antara 13 hingga 15

tan/hektar/tahun berbanding purata industri 28 tan/hektar/tahun dan potensi pengeluaran sebenar 35

tan/hektar /tahun. Senario ini berlaku umumnya berpunca daripada faktor-faktor berikut:-

i. Kurang pengetahuan dalam amalan perladangan yang betul.

ii. Mengalami masalah kekurangan sumber kewangan dan menyebabkan kebun tidak diurus dengan

sempurna.

iii. Keluasan kebun yang tidak ekonomik dan tidak pula dimajukan dengan berkesan.

iv. Tidak berupaya untuk melaksana dan mengguna pakai teknologi dan pendekatan pengeluaran

ladang yang baru.

v. Dalam keadaan yang tidak tersusun dan terurus menyumbang kepada hilangnya kuasa tawar

menawar.

Keadaan sedemikian telah menyebabkan produktiviti ladang mereka menurun dan secara langsung

mempengaruhi produktiviti komoditi sawit negara.

3. Tujuan SKLT

Pelaksanaan program ini bagi mencapai tujuan-tujuan berikut:-

i. Menambah pendapatan ahli-ahli peladang melalui amalan perladangan baik yang akan

meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil ladang.

ii. Mengguna pakai teknologi pertanian terkini dalam penggunaan sumber tanah secara optimum bagi

menambah pendapat dari hasil ladang.

iii. Menyediakan khidmat nasihat secara terancang bagi menambah ilmu pengetahuan dalam bidang

perladangan.

iv. Melaksana kaedah dan amalan pengurusan bersepadu mengikut kawasan supaya kecekapan

pengurusan akan mengelak pembaziran tenaga dan masa.

Page 5: Kertas kerja 1 ppnj

http://www.ridzalmersing.com.

5

v. Mempertingkat dan memperluas khidmat sokongan yang berkaitan langsung dengan komoditi

sawit.

vi. Menambah ilmu pengetahuan melalui program latihan dan pemindahan teknologi yang berterusan.

vii. Menetapkan sasaran pengeluaran ladang ahli-ahli peladang pada kadar 35:25, yakni pengeluaran

35 tan/hektar/ tahun dengan kadar perahan minyak (OER) 25%.

4. Syarat Penyertaan

Secara umum skim itu terbuka kepada semua ahli-ahli peladang yang memenuhi kriteria-kriteria

berikut:-

i. Mereka hendaklah menjadi ahli PPK.

ii. Memiliki kebun sawit.

iii. Menjual sawit kepada PPK.

iv. Memenuhi syarat dan had pinjaman.

5. Perkhidmatan Yang Disediakan

Dalam skim ini kredit yang diberi meliputi keperluan-keperluan berikut;

i) Kredit input pertanian seperti baja, racun rumpai dan racun perosak.

ii) Kredit peralatan seperti pam racun, jentera kecil kereta sorong dan peralatan ladang yang

berkaitan.

iii) Kredit infrastruktur ladang termasuklah jalan ladang, perparitan dan jambatan ladang.

iv) Sokongan tenaga kerja ladang untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penuaian.

6. Had Kredit

Had kredit tertakluk kepada faktor di bawah:-

i. Keluasan kebun yang memerlukan pembiayaan, dengan had maksimum RM460.00/hektar/musim.

Page 6: Kertas kerja 1 ppnj

http://www.ridzalmersing.com.

6

ii. Berasaskan harga input, peralatan dan kos bahan untuk pembinaan infrastruktur kebun, dengan

had maksimum RM91/hektar.

7. Kaedah Bayaran Balik

Bayaran balik kredit akan diurus melalui potongan jualan sawit yang di pasar melalui PPK. Tempoh

maksimum ansuran bayaran balik seperti berikut:-

i. Kredit input, 4 bulan.

ii. Kredit peralatan dan infrastruktur 8 bulan.

8. Proses Pelaksanaan

Pelaksanaan skim telah mendapat piawaian ISO, ISO 9001 : 2000. Dalam piawaian ini pelaksanaan

skim melalui 6 proses kerja, iaitu:-

i. Kempen dan promosi kepada kumpulan sasar.

ii. Menerima, memproses dan meluluskan permohonan kredit,

iii. Menguruskan pembekalan keperluan input dan membuat bayaran kepada pembekal-

pembekal.

iv. Menetapkan jadual dan mengurus bayaran balik kredit.

v. Mengadakan dua kali lawatan susulan ladang setahun.

- Lawatan Susulan 1

Tempoh lawatan antara bulan Januari hingga Ogos tiap-tiap tahun. Fokus lawatan bagi

menilai kesan skim dan mengatasi masalah-masalah yang timbul.

- Lawatan Susulan 2

Tempoh lawatan antara bulan September hingga Disember tiap-tiap tahun. Lawatan bertujuan

menilai prestasi kebun peserta dan membincangkan keperluan kredit bagi tahun berikutnya.

Page 7: Kertas kerja 1 ppnj

http://www.ridzalmersing.com.

7

i) Mengadakan kursus dan latihan secara berterusan kepada peserta.

PERKHIDMATAN SOKONGAN

Dalam melengkapkan program ini, PPNJ telah menyediakan perkhidmatan sokongan, termasuklah:-

1. Pemasaran Buah Tandan Segar (BTS)

Salah satu syarat penyertaan skim, peserta hendaklah memasarkan hasil ladang mereka kepada PPK.

Prestasi pemasaran sentiasa meningkat selaras dengan peningkatan penyertaan skim. Tahun 2009

sejumlah 452,000 tan BTS di pasar melalui PPNJ.

2. Penyediaan Pusat Timbang Sawit

Dalam memastikan peserta dan ahli-ahli peladang dapat memasarkan hasil mereka dengan mudah,

PPNJ telah menyediakan pusat-pusat timbang dan pembelian sawit di semua PPK. Buat masa ini

sebanyak 33 pusat timbang telah beroperasi. Matlamat PPNJ adalah untuk membina pusat-pusat

timbang di semua kawasan yang mempunyai keluasan kebun sawit yang bersesuaian.

3. Modal Pusingan Pemasaran BTS

Bagi memastikan proses pembelian sawit beroperasi dengan lancar, PPNJ telah menyediakan modal

pusingan kepada PPK. Secara purata tiap-tiap bulan PPNJ perlu menyediakan modal pusingan

kepada PPK berjumlah RM20.00 juta.

4. Kilang Sawit

PPNJ telah mempunyai 2 buah kilang sawit yang berupaya memproses 450,000 tan BTS setahun.

Pembinaan kilang ini bertujuan untuk memproses BTS ahli-ahli peladang yang di pasar melalui PPK.

Bagi menampung peningkatan penyertaan ahli-ahli peladang PPNJ akan membina kilang sawit ketiga.

Ahli-ahli peladang juga telah diberi peluang menyertai ekuiti dalam pembinaan kilang-kilang ini.

Page 8: Kertas kerja 1 ppnj

http://www.ridzalmersing.com.

8

5. Pengangkutan

PPNJ menyediakan kemudahan skim sewa beli bagi menyediakan kemudahan kepada PPK membeli

kenderaan pengangkutan ladang. PPNJ juga menyediakan kemudahan pengangkutan kargo bagi

mengangkut BTS ke kilang-kilang sawit.

6. Perundingan Perladangan

Satu pasukan perundingan perladangan telah diwujudkan bagi menyediakan khidmat nasihat kepada

ahli-ahli peladang yang menyertai skim tersebutt.

7. Pengeluaran Benih Sawit

PPNJ memainkan peranan membekalkan benih sawit bermutu kepada ahli-ahli peladang melalui tapak

semaian dan pengeluaran biji benih cambah.

PRESTASI PELAKSANAAN

1. Penyertaan Pekebun Kecil

Bagi tempoh 5 tahun terakhir, 2005 hingga 2009 prestasi penyertaan ahli-ahli peladang sentiasa

meningkat, bilangan peserta dan keluasan kebun yang mendapat kemudahan kredit seperti Jadual 1 di

bawah:-

JADUAL 1. BILANGAN PESERTA DAN KELUASAN KEBUN YANG MENDAPAT KEMUDAHAN

KREDIT

Tahun Jumlah Peserta (orang) Keluasan Kebun (ha)

2005 1,323 4,150

2006 1,728 5,540

2007 1,817 5,900

2008 2,033 6,620

2009 2,265 7,390

Page 9: Kertas kerja 1 ppnj

http://www.ridzalmersing.com.

9

2. Peruntukan Kewangan

PPNJ telah menggunakan sumber kewangan dalaman bagi membiayai skim ini, peruntukan yang

disediakan sepertimana dalam Jadual 2 berikut:-

JADUAL 2. PERUNTUKAN KEWANGAN DALAMAN PPNJ

Tahun Jumlah Peruntukan (RM)

2005 3,067,298.00

2006 3,547,078.00

2007 3,413,909.00

2008 5,268,755.00

2009 6,939,341.00

3. Bayaran Balik Kredit

Kesemua peserta telah menyelesaikan bayaran balik kredit dalam tempoh yang ditetapkan. Bayaran

balik dibuat melalui potongan hasil jualan sawit peserta.

FAEDAH PROGRAM

Melalui pelaksanaan skim ini PPNJ telah berjaya membantu ahli meningkatkan produktiviti kebun mereka.

Secara khususnya ahli-ahli peladang telah berjaya meningkat hasil kebun daripada keadaan-keadaan

berikut:-

i) Telah mendapat ilmu dan pengetahuan serta mengamalkan kaedah pengurusan kebun yang betul.

ii) Menggunakan input yang betul pada masa yang bersesuaian.

iii) Mengamalkan kaedah penuaian hasil yang betul.

iv) Membentuk satu masyarakat tani yang bersatu padu, berdisiplin dan sentiasa berusaha dalam

meningkatkan hasil kebun mereka.

IMPAK PROGRAM

Secara langsung skim ini telah menghasilkan impak positif dan telah dapat meningkatkan kualiti dan

kuantiti hasil sawit peserta yang diukur melalui petunjuk berikut.

Page 10: Kertas kerja 1 ppnj

http://www.ridzalmersing.com.

10

i) Peningkatan kadar pengunaan baja oleh peserta SKLT dari 2kg/pokok/tahun kepada

7.5kg/pokok/tahun dengan kekerapan 3 kali setahun.

ii) Penghasilan ladang meningkat kepada 30mton/ha/tahun berbanding 15mton/ha/tahun

sebelumnya.

iii) Peningkatan purata Kadar Perahan minyak meningkat daripada 18.59% kapada 19.00%.

iv) Menawarkan harga yang kompetatif berbanding harga asas MPOB pada purata MSM RM

2,568.60/mton berbanding purata harga MPOB RM2,555.00/mton dalam tempoh Jan - Mei 2010.

Pencapaian harga MSM Jan-Mei 2010

B UL A N M PO B PP N J BE Z A

JA N 2, 51 7. 50 2, 49 1. 91 (25 .5 9)

FE B 2, 54 9. 50 2, 55 7. 69 8 .1 9

M AC 2, 63 1. 50 2, 65 8. 03 26 .5 3

A PR IL 2, 54 3. 50 2, 54 6. 25 2 .7 5

M EI 2, 53 3. 00 2, 54 2. 97 9 .9 7

P U RA TA 2, 55 5. 00 2, 55 9. 37 4 .3 7

v) Kesedaran ahli-ahli peladang lebih meningkat dengan pertambahan penyertaan yang ketara dalam

program SKLT dengan pertambahan 14% setahun.

vi) Pemasaran BTS melalui Program Pemasaran Integrasi Sawit PPNJ/PPK meningkat sebanyak 8%

setiap tahun.

ANUGERAH DAN PENGHARGAAN

Pelaksanaan skim ini telah berjaya membantu ahli-ahli peladang meningkatkan produktiviti kebun mereka.

Kejayaan ini telah disahkan melalui beberapa anugerah dan pengiktirafan, termasuklah:-

i) Anugerah Kualiti Perdana Menteri Tahun 1994.

ii) Anugerah Pengurusan Projek Terbaik Lembaga Pertubuhan Peladang 1996.

iii) Mendapat Persijilan ISO, ISO 9001:2000.

iv) Anugerah Kualiti Perdana Menteri Tahun 2003.

Page 11: Kertas kerja 1 ppnj

http://www.ridzalmersing.com.

11

PENUTUP

PPNJ telah berjaya melaksana tranformasi kepada usaha ahli-ahli peladang dalam meningkatkan taraf

sosio-ekonomi mereka. Matlamat ini dicapai melalui strategi perlaksanaan program berasaskan rantaian

projek yang lengkap, bermula dengan aktiviti huluan dan berakhir dengan aktiviti hiliran. Pendekatan dan

strategi yang sama akan digunapakai bagi program peningkatan pengeluaran makanan negara, iaitu

Program Integrasi Ayam Daging, Program Integrasi Ternakan Ruminan dan Program Integrasi Buah-

Buahan.

Sekian, Terima kasih.

___________________________________

* Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ),

7,9 & 11 Jalan Persiaran Tanjung,

Susur Satu Taman Bukit Alif,

81200 Johor Baru, Malaysia.