kertas i pengurusan u & lembaga m'sia (1)

6
SULIT SULIT PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, SOKONGAN 1 DAN YANG SETARAF BIL. 1/2012 KERTAS I PENGURUSAN UNIVERSITI, PERLEMBAGAAN UTM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA TARIKH 9 MEI 2012 (RABU) MASA 9.00 11.30 PAGI (2 ½ JAM) TEMPAT DEWAN ASTANA KOLEJ TUANKU CANSELOR UTM JOHOR BAHRU / UTM KUALA LUMPUR Buku Soalan Ini Mengandungi ENAM (6) Muka Surat Bercetak JANGAN BUKA BUKU INI SEBELUM DIARAHKAN

Upload: mohd-fathullah-mohd-aznam

Post on 28-Jul-2015

149 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas i   pengurusan u & lembaga m'sia (1)

SULIT

SULIT

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN

PROFESIONAL, SOKONGAN 1 DAN YANG SETARAF BIL. 1/2012

KERTAS I

PENGURUSAN UNIVERSITI, PERLEMBAGAAN

UTM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

TARIKH 9 MEI 2012 (RABU)

MASA 9.00 – 11.30 PAGI (2 ½ JAM)

TEMPAT DEWAN ASTANA

KOLEJ TUANKU CANSELOR

UTM JOHOR BAHRU /

UTM KUALA LUMPUR

Buku Soalan Ini Mengandungi ENAM (6) Muka Surat Bercetak

JANGAN BUKA BUKU INI SEBELUM DIARAHKAN

Page 2: Kertas i   pengurusan u & lembaga m'sia (1)

SULIT

SULIT 2

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN

PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, SOKONGAN 1 DAN YANG SETARAF

BIL. 1/2012

KERTAS I

PENGURUSAN UNIVERSITI, PERLEMBAGAAN UTM

DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon hanya dikehendaki mencatat nombor kad pengenalan dan nombor soalan sahaja

pada setiap kertas jawapan.

2. Jawab lima (5) soalan sahaja, sekurang-kurangnya dua (2) soalan dari setiap

bahagian.

3. Calon tidak dibenarkan merujuk kepada mana-mana bahan rujukan.

SELAMAT MAJU JAYA

Page 3: Kertas i   pengurusan u & lembaga m'sia (1)

SULIT

SULIT 3

BAHAGIAN A – PENGURUSAN UNIVERSITI

1. Anda sebagai Ketua Jabatan telah memperolehi surat aduan daripada Syarikat XYZ

mengenai tatakelakuan Encik Zek yang telah meminta wang pendahuluan sebanyak

RM 5,000.00 bagi membolehkan projek tersebut diluluskan dengan segera. Syarikat

XYZ telah memberikan duit tersebut dengan memasukkan ke dalam akaun Encik Zek

dengan harapan mereka yang akan berjaya dalam merebut projek tersebut. Namun,

Syarikat XYZ gagal dan Syarikat XYZ tidak berpuashati sehingga aduan dibuat

kepada anda sebagai Ketua Jabatan dan SPRM.

Huraikan prosedur mengenai cara menguruskan kes yang melibatkan kes Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia dengan merujuk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 5 tahun 1997.

(20 markah)

2. Pengurus Syarikat Tiptop, Encik Mat Top telah menghubungi Encik Tai, kawan

baiknya seorang pegawai Universiti untuk berbincang berkenaan tawaran pembekalan

yang diiklankan oleh Universiti. Ketika perbincangan dilakukan, Encik Tai telah

memberi syarat bahawa jika Syarikat Tiptop ingin berjaya mendapatkan tawaran

pembekalan tersebut, Encik Tai mahu sejumlah wang sebagai bayaran pendahuluan

sebelum usahanya membantu Syarikat Tiptop. Wakil Syarikat Tiptop dalam keadaan

terpaksa telah memberi sejumlah wang sebanyak RM20,000.00 kepada Encik Tai dan

Encik Tai sekali lagi telah menerima sejumlah wang sebanyak RM5,000.00 sebagai

bayaran untuk mempercepatkan proses bagi mendapatkan tawaran tersebut. Walau

bagaimanapun, Syarikat Tiptop telah gagal dalam mendapatkan tawaran tersebut dan

seterusnya membuat laporan berkenaan salah laku Encik Tai kepada Ketua Jabatan.

i) Pada pendapat anda, adakah Encik Tai melakukan kesalahan di bawah Akta

Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)?

Bincangkan jenis kesalahan tatakelakuan Encik Tai dan nyatakan hukuman

yang boleh dikenakan di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan

Surcaj) 2000 (Akta 605)?

(10 markah)

Page 4: Kertas i   pengurusan u & lembaga m'sia (1)

SULIT

SULIT 4

ii) Bincangkan sama ada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

terpakai di dalam situasi di atas?

(10 markah)

3. Encik Zek adalah Pensyarah di Fakulti Alam Bina. Beliau telah dilantik sebagai

Pengarah Urusan bagi Syarikat Alam Jaya Sdn. Bhd. Menerusi pelantikan tesebut,

Encik Zek ingin memohon untuk menjalankan pekerjaan luar, beliau tidak menerima

sebarang gaji ataupun elaun bagi jawatan tersebut. Berdasarkan Pekeliling Pentadbiran

Bil 7/2006, jelaskan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi oleh staf seperti yang di

gariskan dalam Pekeliling Pentadbiran tersebut.

(20 markah)

4. Anda sebagai Ketua Jabatan ingin mengambil tindakan ke atas pekerja yang

bermasalah dan mempunyai prestasi rendah. Huraikan prosedur tersebut seperti yang

diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 1998.

(20 markah)

BAHAGIAN B- PERLEMBAGAAN UTM DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

5. Perlembagaan Universiti memperuntukan dua puluh tiga (23) kuasa Universiti.

Berdasarkan subseksyen 4(1) Perlembagaan Universiti Teknologi, huraikan LIMA (5)

kuasa Universiti dan berikan contoh yang relevan.

(20 markah)

Page 5: Kertas i   pengurusan u & lembaga m'sia (1)

SULIT

SULIT 5

6. Isu Seksyen 15(5) Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) telah

diperdebatkan oleh semua di mana ia memperuntukkan seperti berikut:-

“ Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan

pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan,

boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya

ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau

bangkangan terhadap -

a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-

undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau

c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh

Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi

kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

Subseksyen (6)

“Walau apa pun Subseksyen (5), seseorang pelajar Universiti tidak boleh dihalang

daripada-

(a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan

dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau

penyelidikannya; atau

(b) menyatakan sendiri mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) pada

sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan

atau ditaja oleh mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar

Malaysia, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang

menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau

mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh

Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi

kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

Dengan merujuk Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan

Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuh Persatuan, adakah kedua-duanya

bertentangan. Bincangkan seksyen di atas.

(20 markah)

Page 6: Kertas i   pengurusan u & lembaga m'sia (1)

SULIT

SULIT 6

7. Merujuk kepada Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia, bincang dan

cadangkan fungsi dan kuasa Jawatankuasa tersebut :-

a) Seksyen 27 – Jawatankuasa Kebajikan Pekerja.

b) Seksyen 28 – Jawatankuasa Kebajikan Pelajar.

(20 markah)

8. Huraikan tujuan dan fungsi Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) sepertimana di dalam

Subseksyen 57(10) Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia dan berikan contoh

yang relevan.

(20 markah)

Hak Cipta Terpelihara

@ Hak Pejabat Pendaftar

Bahagian Pengurusan Modal Insan