kertas cadangan persatuan sejarah

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN SEJARAH DI BAWAH SELIAAN UNIT SEJARAH JABATAN SAINS SOSIAL IPGKBM

Upload: ramlahghani

Post on 11-Nov-2015

1.982 views

Category:

Documents


85 download

DESCRIPTION

kertas cadangan

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN SEJARAH

DI BAWAH SELIAAN UNIT SEJARAH JABATAN SAINS SOSIAL IPGKBM

1.0 PengenalanKertas cadangan disediakan bertujuan untuk mendapatkan persetujuan bagi menubuhkan Persatuan Sejarah IPGKBM. Cadangan penubuhan ini adalah bertujuan untuk menghimpunkan pelajar-pelajar IPGKBM yang mengambil mata pelajaran Sejarah sebagai subjek major atau minor atau wajib di semua peringkat pengajian PPISMP, PISMP, GSTT, dan DPLI. Selain itu kertas cadangan ini adalah selaras dengan polisi Kementerian Pelajaran yang cuba memartabatkan mata pelajaran sejarah pada ketika ini maka kewujudan sebuah persatuan yang bergerak atas fokus subjek ini harus dilaksanakan. Kepentingan mata pelajaran sejarah perlu diterapkan dalam jiwa pelatih pendidik memandangkan ada di antara pelatih yang memasuki Institut tanpa perasaan cinta terhadap subjek Sejarah. Bertitik tolak daripada agenda pihak kementerian maka pensyarah-pensyarah Sejarah terpanggil untuk mengemukan cadangan penubuhan persatuan Sejarah di IPGKBM. Dengan penubuhan persatuan ini ruang lingkup ilmu sejarah, kemahiran serta praktikalnya akan dilaksanakan dengan lebih luas dan tidak teerhad kepada aktiviti ketika proses PdP sahaja. Dengan itu persatuan bersifat ko-akademik yang dicadangkan ini harus bergerak sendiri di bawah pengawasan dan seliaan Unit Sejarah Jabatan Sains Sosial IPGKBM tanpa melibatkan Unit Kokurikulum IPGKBM. 2.0 RASIONAL2.1.1 Pelatih Guru Major dan Minor Sejarah perlu diberi pendedahan tentang tentang pengertian konsep, pendedahan sumber dan cara mengenalpasti sumber serta perkara-perkara asas tentang sejarah terlebih dahulu sebelum berupaya berfungsi sebagai guru sejarah.2.1.2 Kedudukan eksklusif pelajar Major dan Minor Sejarah harus difahami oleh pelajar dalam konteks mengakses ilmu lapangan melalui aktiviti-aktiviti lapangan yang disediakan/ dirancang oleh pensyarah-pensyarah subjek Sejarah. 2.1.3 Pendedahan aktiviti persatuan diharapkan dapat membantu guru menyediakan serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah atau melalui aktiviti ko-akademik yang lain apabila ditempatkan di sekolah nanti.

3.0 OBJEKTIF3.1.1 Memberi peluang kepada guru pelatih merancang, mengurus dan melaksanakan tugasan lapangan dan aktiviti ilmiah yang lain mengikut disiplin sejarah.3.1.2 Aktiviti persatuan bertujuan mendedahkan guru pelatih untuk menerapkan domain kognitif,efektif dan psikomotor, serta mengaplikasikan nilai tambah alaf baru seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pelbagai kecerdasan, kajian masa depan dan pembelajaran sepanjang hayat.3.1.3 Mengasah bakat menulis dalam kalangan peserta/ahli mengikut disiplin sejarah3.1.4 Membentuk jati diri yang bersesuaian dengan hasrat FPN yang menekankan perpaduan dan nilai patriotik. Hal ini akan membekalkan ilmu yang cukup kepada pelatih guru untuk melaksanakannya pula di sekolah.3.1.5 Melatih perserta/ahli menzahirkan nilai kepemimpinan melalui aktiviti yang dijalankan di peringkat IPGKM atau dengan pihak-pihak luar.3.1.6 Menjalinkan usahasama dengan pihak-pihak berkaitan seperti Persatuan-persatuan Sejarah di peringkat tempatan atau luar negara.

4.0 ORGANISASI BERTINDAK:

Penaung : Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Penyelaras : Ketua Jabatan Sains Sosial IPGKBMPembimbing: Pensyarah-pensyarah Unit Sejarah IPGKBM Pelaksana : AJK yang dilantik dalam kalangan pelajar.

5.0 CADANGAN NAMA PERSATUAN:

PERSATUAN SEJARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

6.0 MOTO PERSATUAN :

SEJARAH: PENYAMBUNG DUNIA LAMA DAN BAHARU

7.0SYARAT KEAHLIAH PERSATUAN:a. Pelajar Major Sejarah wajib sebagai AJK dan ahlib. Pelajar Minor Sejarah digalakkan sebagai ahli.c. Pelajar yang mengambil subjek wajib digalakan sebagai ahli. catatan: Subjek wajib bermaksud subjek seperti Hubungan Etnik, Pendidikan Negara Bangsa, dan subjek Cabaran dan Globalisasi

8.0 CADANGAN AKTIVITI: Lawatan ke tapak lapangan/jejak lapangan Pertandingan dan Pameran Ilmiah Kerjasmaa aktiviti dengan Persatuan Sejarah di peringkat Wilayah, Negeri dan daerah serta dari luar negara/negara serumpun, Arkib Negara, Perpustakaan Negara dan Muzium Negara. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pihak sekolah seperti ahli dipanggil untuk melaksana, mengurus dan memberi kerjasama atau sebagai fasilitator bersama Persatuan Sejarah Peringkat Sekolah atau Institut-institut Pendidikan yang lain. aktiviti juga akan dibincangkan setiap kali mesyuarat tahunan diadakan pada awal tahun.

9.0 YURAN KEAHLIAN:Yuran Keahlian Wajib RM50 setahunYuran Sampingan ( jumlah adalah tertakluk kepada aktiviti yang dirancang.

10.0 KEWANGAN DARI IPGKBM: bergantung kepada permohonan dalam kertas kerja apabila sesuatu aktiviti akan dilaksanakan

11.0 BORANG KEAHLIAN:format dan item item dalam borang akan diputuskandalam mesyuarat peringkat Jabatan Sains Sosial.

12.0 PENUTUP:Kertas cadangan ini dikemukakan dengan hasrat penubuhan Persatuan Sejarah IPGKBM akan terlaksana. Hal ini bertepatan dengan telah wujudnya 3 kumpulan major Sejarah di IGKBM. Kumpulan pertama akan memasuki semester 5 pada awal tahun 2015. Penubuhan Persatuan ini diharapkan dapat memberi pengalaman sebenar sebagai seorang guru Sejarah kepada mereka. Demikian juga telah ada kumpulan minor sejarah dalam kalangan pelajar-pelajar di IPGKBM. Semoga aktiviti-aktiviti dalam persatuan ini bejaya dimanfaatkan ke arah melahirkan warganegara yang bersatupadu, patriotik dan menghargai kewujudan sebuah negara bangsa yang mantap dan berwibawa.

Disediakan oleh, Disemak oleh,__________________ ______________________Ramlah bt Ghani Pn Noriza bt Sulaiman

Pensyarah Sejarah Ketua Jabatan Sains Sosial jSS IPGKBM IPGKBM

Disahkan oleh,

______________________Pengarah IPG Kampus Bahasa MelayuLembah Pantai 59990Kuala Lumpur