e-persatuan sejarah sebagai pendekatan norma baharu dalam

8
3 rd National Conference in Sports & Co-Curriculum @ PMJB e-Persatuan Sejarah sebagai Pendekatan Norma Baharu Dalam Pelaksanaan Aktiviti Persatuan Sejarah di SMK Bandaraya Kota Kinabalu Hanita binti Ladjaharun 1 , Suzanah binti Ahmad 2 , Chin Sui Yin 3 , DK. Fauzanah PG. Jaafar 4 1,2,3,4 SMK Bandaraya Kota Kinabalu ABSTRAK Penularan virus COVID-19 diikuti dengan penangguhan sesi persekolahan mendorong guru penasihat Persatuan Sejarah melaksanakan intervensi aktiviti secara maya bagi membolehkan 52 orang ahli mengumpul markah kokurikulum bagi tahun semasa. Isu yang dihadapi ialah hanya 33% aktiviti mingguan berjaya dilaksanakan. Seterusnya, ahli persatuan perlu menyiapkan lima video pembentangan kerana telah terpilih ke pusingan akhir dalam dua pertandingan inovasi peringkat antarabangsa yang diadakan secara maya ekoran pendemik COVID-19. Berikutnya, proses penerbitan Majalah Persatuan Sejarah Edisi 1 selesai setakat 70% dan perlu disiapkan sepenuhnya. Objektif pelaksanaan intervensi ialah memastikan 100% aktiviti mingguan dilaksanakan melalui medium e-Persatuan. Berikutnya, memastikan murid menghasilkan 5 video untuk penilaian pertandingan inovasi. Seterusnya, memastikan Majalah Persatuan Sejarah Edisi 1 diterbitkan melalui perbincangan dan tindakan secara maya. Kaedah digunakan ialah ‘mix method approach’ iaitu analisis pelaksanaan aktiviti mingguan dan kehadiran murid. Selain itu, pemerhatian terhadap hasil kerja murid iaitu video dan majalah. Dapatan menunjukkan 100% aktiviti mingguan berjaya dilaksanakan dengan kehadiran ahli antara 40% hingga 63%. Berikutnya, 5 video berjaya dihasilkan yang membolehkan persatuan sejarah meraih 3 Anugerah Platinum dan 2 Pingat emas dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa. Kelulusan penerbitan dari Perpustakaan Negara Malaysia berjaya diperoleh dan Majalah Persatuan Sejarah Edisi 1 berjaya dicetak. Antara cadangan penambahbaikan pada masa akan datang ialah aktiviti mingguan dipelbagaikan agar minat dan penglibatan murid ditingkatkan. Seterusnya meningkatkan kemahiran murid menghasilkan video yang kreatif dengan menjemput pihak BTPN untuk memberikan slot berkaitan video. Tuntasnya, norma baharu adalah cabaran yang menjadikan guru dan ahli persatuan kreatif dan inovatif dalam menjayakan aktiviti seterusnya meraih kejayaan. Kata Kunci: e-Persatuan Sejarah, Kehadiran, Video, Majalah 1.0 PENGENALAN Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara merupakan wadah untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta mampu menyumbang kepada kesejahteraan negara. Bagi menghasilkan satu sistem pendidikan yang seimbang dan sempurna, maka penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu aspek kurikulum dan ko-kurikulum perlu dititikberatkan. Kokurikulum adalah kegiatan berkumpulan di mana kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Ia adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan membentuk generasi yang seimbang. Justeru, merujuk surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1985 bertarikh 2 Januari 1985, setiap murid sama ada dari sekolah kerajaan atau bukan kerajaan diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu aktiviti Pasukan Badan Beruniform, satu aktiviti persatuan atau kelab dan satu aktiviti sukan atau permainan. Matlamat utama pelaksanaan kokurikulum dalam pendidikan ialah untuk membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menyemai kesedaran kepada agama dan kepercayaan kepada tuhan; menyeimbangkan perkembangan rohani, jasmani, intelek dan emosi;

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: e-Persatuan Sejarah sebagai Pendekatan Norma Baharu Dalam

3rd National Conference in Sports & Co-Curriculum @ PMJB

e-Persatuan Sejarah sebagai Pendekatan Norma Baharu Dalam

Pelaksanaan Aktiviti Persatuan Sejarah di SMK Bandaraya Kota Kinabalu

Hanita binti Ladjaharun1, Suzanah binti Ahmad2,

Chin Sui Yin3, DK. Fauzanah PG. Jaafar4

1,2,3,4SMK Bandaraya Kota Kinabalu

ABSTRAK

Penularan virus COVID-19 diikuti dengan penangguhan sesi persekolahan mendorong guru penasihat

Persatuan Sejarah melaksanakan intervensi aktiviti secara maya bagi membolehkan 52 orang ahli

mengumpul markah kokurikulum bagi tahun semasa. Isu yang dihadapi ialah hanya 33% aktiviti mingguan

berjaya dilaksanakan. Seterusnya, ahli persatuan perlu menyiapkan lima video pembentangan kerana telah

terpilih ke pusingan akhir dalam dua pertandingan inovasi peringkat antarabangsa yang diadakan secara

maya ekoran pendemik COVID-19. Berikutnya, proses penerbitan Majalah Persatuan Sejarah Edisi 1

selesai setakat 70% dan perlu disiapkan sepenuhnya. Objektif pelaksanaan intervensi ialah memastikan

100% aktiviti mingguan dilaksanakan melalui medium e-Persatuan. Berikutnya, memastikan murid

menghasilkan 5 video untuk penilaian pertandingan inovasi. Seterusnya, memastikan Majalah Persatuan

Sejarah Edisi 1 diterbitkan melalui perbincangan dan tindakan secara maya. Kaedah digunakan ialah ‘mix

method approach’ iaitu analisis pelaksanaan aktiviti mingguan dan kehadiran murid. Selain itu, pemerhatian

terhadap hasil kerja murid iaitu video dan majalah. Dapatan menunjukkan 100% aktiviti mingguan berjaya

dilaksanakan dengan kehadiran ahli antara 40% hingga 63%. Berikutnya, 5 video berjaya dihasilkan yang

membolehkan persatuan sejarah meraih 3 Anugerah Platinum dan 2 Pingat emas dalam pertandingan

inovasi peringkat antarabangsa. Kelulusan penerbitan dari Perpustakaan Negara Malaysia berjaya diperoleh

dan Majalah Persatuan Sejarah Edisi 1 berjaya dicetak. Antara cadangan penambahbaikan pada masa akan

datang ialah aktiviti mingguan dipelbagaikan agar minat dan penglibatan murid ditingkatkan. Seterusnya

meningkatkan kemahiran murid menghasilkan video yang kreatif dengan menjemput pihak BTPN untuk

memberikan slot berkaitan video. Tuntasnya, norma baharu adalah cabaran yang menjadikan guru dan ahli

persatuan kreatif dan inovatif dalam menjayakan aktiviti seterusnya meraih kejayaan.

Kata Kunci: e-Persatuan Sejarah, Kehadiran, Video, Majalah

1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara merupakan wadah untuk mendidik anak

bangsa agar menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta mampu menyumbang kepada

kesejahteraan negara. Bagi menghasilkan satu sistem pendidikan yang seimbang dan sempurna, maka

penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu aspek kurikulum dan ko-kurikulum perlu dititikberatkan.

Kokurikulum adalah kegiatan berkumpulan di mana kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk menambah, mengukuh dan

mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Ia adalah wadah pembinaan

jasmani, emosi dan rohani selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan

membentuk generasi yang seimbang. Justeru, merujuk surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1985 bertarikh

2 Januari 1985, setiap murid sama ada dari sekolah kerajaan atau bukan kerajaan diwajibkan mengambil

sekurang-kurangnya satu aktiviti Pasukan Badan Beruniform, satu aktiviti persatuan atau kelab dan satu

aktiviti sukan atau permainan. Matlamat utama pelaksanaan kokurikulum dalam pendidikan ialah untuk

membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menyemai kesedaran kepada agama dan

kepercayaan kepada tuhan; menyeimbangkan perkembangan rohani, jasmani, intelek dan emosi;

Page 2: e-Persatuan Sejarah sebagai Pendekatan Norma Baharu Dalam

3rd National Conference in Sports & Co-Curriculum @ PMJB

mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid; membina dan meningkatkan minat dan

bakat; membina dan meningkatkan disiplin; mewujudkan budaya sekolah yang sihat; membina dan

meningkatkan kerjasama; dan mewujudkan sekolah berwatak. Kokurikulum merupakan saluran yang

menggalakkan perkembangan bakat, sifat kreativiti, bakat dan potensi murid ke tahap yang maksimum.

Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan 10% markah murid yang meneruskan pengajian selepas

alam persekolahan diambil kira berdasarkan markah kokurikulum. Oleh itu, perancangaan dan pelaksanaan

di peringkat sekolah sangat penting bagi memastikan murid memperolehi markah kokurikulum sebagai

sokongan bagi mereka meneruskan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi.

2.0 ISU KAJIAN

Penularan pendemik COVID-19 di seluruh negara menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia

mengumumkan penangguhan sesi persekolahan. Sehubungan itu, bermulahlah sesi Pembelajaran dan

Pengajaran Dari Rumah (PDPR). Lantaran itu, perancangan dan pelaksanaan aktviti kokurikulum secara

bersemuka turut tertangguh. Namun begitu, guru perlu memastikan ahli persatuan sejarah perlu mendapat

markah kokurikulum. Antara isu yang dihadai oleh guru ialah:

i. Hanya 33% atau dua dari enam kali perjumpaan minggun telah dilaksanakan sebelum penangguhan

sesi persekolahan.

ii. Ahli persatuan sejarah perlu menyediakan lima video pembentangan projek inovasi kerana terpilih

ke peringkat akhir dalam dua pertandingan inovasi peringkat antarabangsa yang diadakan mengikut

norma baharu.

iii. Hanya 70% kerja penerbitan Majalah Persatuan Sejarah Edisi 1 berjaya dilaksanakan.

Lantar isu tersebut, guru perlu memikirkan intervensi yang sesuai bagi memastikan ketiga-tiga isu tersebut

diselesaikan dengan baik seterusnya membolehkan ahli Persatuan Sejarah memperolehi markah

kokurikulum.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif pelaksanaan kajian ini ialah:

i. Memastikan100% aktiviti perjumpaan minggun Persatuan sejarah berjaya dilaksanakan walaupun

dalam situasi penangguhan sesi persekolahn ekoran pendemik COVID-19.

ii. Memastikan ahli Persatuan Sejarah yang terlibat menyediakan video pembentangan hasil projek

inovasi dan memuat naik ke pautan yang sepatutnya mengikut ketetapan.

iii. Memastikan 100% kerja penerbitan Majalah Persatuan Sejarah Edisi 1 dilaksanakan sehingga

berjaya mendapat kelulusan dari Perpustakan Negara Malaysia (PNM).

4.0 SASARAN KAJIAN

Kajian ini melibatkan keseluruhan Persatuan Sejarah ahli seramai 52 orang. Dari jumlah berkenaan seramai

8 orang terlibat dengan pertandingan inovasi dan 6 orang terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Penerbitan

Majalah Persatuan Sejarah Edisi 1.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Antara metodologi yang diaplikasikan semasa menjayakan kajian ini ialah ‘mix method approach’ iaitu:

i. Analisis kehadiran murid dalam perjumpaan minguan secara atas talian ii. Pemerhatian terhadap hasil kerja murid iaitu video pembentangan projek inovasi dan penerbitan

Majalah Persatuan Sejarah Edisi 1.

Page 3: e-Persatuan Sejarah sebagai Pendekatan Norma Baharu Dalam

3rd National Conference in Sports & Co-Curriculum @ PMJB

6.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN

Jadual 1: Perancangan Pelaksanaan e-Persatuan Sejarah Bil Tarikh Perancangan

1

12 OKT, 2 NOV, 23 NOV 14 DIS Guru menyediakan soalan Kuiz Google Form

14 OKT, 4 NOV, 25 NOV 16 DIS Pautan dikongsikan kepada murid selama seminggu

Seminggu selepas pautan dikongsikan Guru membuat analisis kehadiran murid yang telah menjawab

soalan kuiz Google Form

2

20 MAC – 12 APRIL Murid menyedikan video pembentangan projek inovasi bagi

pertandingan INSIDE anjuran Universiti Malay.a

2 – 20 OGOS

Murid menyedikan video pembentangan projek inovasi bagi

pertandingan Eco Green Technology Innovation Cempetetion

anjuran Pertubuhan Konservasi Malaysia

3

31 MAC – 31 APRIL

Murid meneruskan kerja-kerja penerbitan Majalah Persatuan

Sejarah Edisi 1 melalui perbincangan secara atas talian

7.0 PELAKSANAAN KAJIAN

7.1 Menjawab Soalan Kuiz Google Form

Tangkapan Skrin: Paparan Kuiz Google Form

Guru penasihat mengagihkan tugas menyediakan soalan kuiz Goole Form berdasarkan tema tertentu

seperti perjuangan pemimpin tempatan, negarawan, kemerdekaan dan lambang-lambang negara.

Pendekatan kuiz Google Form digunakan kerana tidak memerlukan data yang banyak. Pautan kuiz

Google Form dikongsikan kepada murid melalui group telegram selama seminggu agar semua murid

berpeluang menjawab soalan berkenaan dan dikira hadir dalam perjumpaan mingguan. Tempoh

seminggu diputuskan memandangkan kebanyakan ahli Persatuan Sejarah terdiri dari latar belakang

keluarga berpendapatan rendah iaitu di bahwah RM 1,000.00 dan menghadapi masalah talian

internet.

Page 4: e-Persatuan Sejarah sebagai Pendekatan Norma Baharu Dalam

3rd National Conference in Sports & Co-Curriculum @ PMJB

Tangkapan Skrin: Pautan kuiz Google Form yang dikongsikan kepada murid

7.2 Menghasilkan video pembentangan

Pendemik COVID-19 yang diikuti dengan perintah kawalan pergerakan di seluruh negara telah

menyebabkan pengajur pertandingan inovasi mengubah pendekatan secara bersemuka kepada

pendekatan pembentangan menggunakan video. Lantaran itu, guru perlu membimbing murid yang

terlibat menghasilkan video pembentangan projek inovasi. Melibatkan murid dengan kerja

menghasilkan video memberikan cabaran yang besar kerana guru sendiri mempunyai pengetahuan

dan kemahiran yang terhad. Tambahan pula, murid tidak pernah menghasilkan video

pembentangan. Oleh itu, guru cuba membuat carian di Channel Youtube video yang menjelaskan

cara-cara menghasilkan video. Hasil carian tersebut membolehkan guru memilih 2 video yang

ringkas dan mudah difahami tentang cara menghasilkan video dengan mudah melalui aplikasi Slide

Show. Stelah itu, guru kongsikan pautan video berkenaan dan meminta murid membuat video

berdasarkan cara-cara yang dikongsikan. Dalam tempoh murid menghasilkan video berkenaan guru

memberikan bimbingan secara berterusan dan mengendalikan pelbagai persoalan murid. Pada masa

ini, guru uga sentiasa belajar dan meningkatkan kemahiran berkaitan menghasilkan video.

Tangkapan Skrin: Video cara-cara menghasilkan video

Gambar 1 – 4: Murid menghasilkan video pembentangan projek inovasi

Page 5: e-Persatuan Sejarah sebagai Pendekatan Norma Baharu Dalam

3rd National Conference in Sports & Co-Curriculum @ PMJB

7.3 Menyiapkan kerja- kerja penerbitan Majalah Persatuan Sejarah Edisi 1

Setiap murid yang terlibat sebagai Ahli jawatankuasa Penerbitan Majalah Persatuan Sejarah Edisi

1 mempunyai seorang guru sebagai pembimbing agar proses kerja lebih lancar dan majalah dapat

disiapakan mengikut ketetapan. Sebelum penagguhan sesi persekolahan guru dan AJK berkaitan

akan mengadakan perjumpaan seminggu sekali bagi mengadakan perbincangan tentang

perkembangan proses kerja. Semasa penagguhan sesi persekolahan, guru-guru telah membuat

keputusan agar perbincangan secara maya perlu diadakan agar kerja-kerja penerbitan dapat

diseledsaikan mengikut ketetapan. Oleh itu, satu group khas telah dibentuk bagi membolehkan

murid dan guru berbincang secara maya dan menyiapkan tugsan. Antara perkara-perkara yang

dibincangkan termasuklah kata alu-aluan, muka depan, carta organisasi dan aktiviti serta

pancapaian yang dimuatkan dalam majalah. Ketua guru penasihat Persatuan Sejarah telah

menguruskan permohonan kelulusan penerbitan majalah berkenaan secara atas talian.

Tangkapan Skrin: Perbincangan

tentang kata alu-aluan Tangkapan Skrin: Perbincangan

berkaitan carta organisasi

Tangkapan Skrin: Perbincangan

tentang muka depan Tangkapan Skrin: Perbincangan

berkaitan kandungan majalah

Page 6: e-Persatuan Sejarah sebagai Pendekatan Norma Baharu Dalam

3rd National Conference in Sports & Co-Curriculum @ PMJB

8.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

i. Analisis kehadiran dalam perjumpaan mingguan

Graf 1: Peratus kehadiran murid dalam perjumpaan mingguan

Berdasarkan Graf 1, baki empat perjumpaan mingguan telah dilaksanakan membolehkan 100%

aktiviti perjumpaan mingguan berjaya dilaksanakan walaupun berlaku penangguhan sesi

persekolahan. Catatan kehadiran murid agak memuaskan antara 40% hingga 63%

memandangkan terdapat murid yang langsung tiada kemudahan internet.

ii. Hasil kerja murid

-Video pmebentangan projek inovasi

Murid berjaya menghasilkan video pembentangan projek inovasi dan mencapai kejayaan

yang membanggakan dalam pertandingan yang disertai. Dalam pertandingan International

Summit Innovation and Design Exposition (INSIDE) anjuran Universiti Malaya Kuala

Lumpur 3 penyertaan murid berjaya meraih 3 Anugerah Platinum. Seterusnya dalam

pertandingan Eco Green Technology Innovation Competition Asia Pacific Region murid

terlibat berjaya meraih 2 pingat emas. Kejayaan ini sungguh membanggakan dan

membolehkan Persatuan Sejarah mendapat pengiktirafan sebagai persatuan terbaik di

sekolah dengan 6 kejayaan peringkat antarabangsa. (1 kejayaan inovasi di Bangkok pada

bulan Januari 2020 iaitu sebelum perintah kawalan pergerakan)

Tangkapan Skrin: Hasil video pembentangan projek inovasi murid

0

5

10

15

20

25

30

35

PERJUMPAAN

3 (PKP)

PERJUMPAAN

4 (PKP)

PERJUMPAAN

5 (PKP)

PERJUMPAAN

6 (PKP)

21

28

3331

40% 53% 63% 59%

Page 7: e-Persatuan Sejarah sebagai Pendekatan Norma Baharu Dalam

3rd National Conference in Sports & Co-Curriculum @ PMJB

-Majalah Persatuan Sejarah Edisi 1

Majalah Persatuan Sejarah Edisi 1 mendapat kelulusan penerbitan dari Perpustakaan Negara

Malaysia. Seterusnya, salinan telah dihantar ke pusat percetakan. Dalam masa dua minggu

Majalah Persatuan Sejarah Edisi 1 berjaya dicetak dalam dua versi iaitu versi hitam putih

dan berwarna.

Gambar 5: Meraih 3 Anugerah Platinum,

International Summit On Innovation & Design

Exposition, Universiti Malaya, Kuala

Lumpur.

Gambar 6: Meraih 2 Pingat Emas, Eco

Green Technology Innovation Competition,

Asia Pasific Region, Pertubuhan

Konservasi Malaysia.

Gambar 7: Surat kelulusan penerbitan oleh Perpustakaan Negara Malaysia

Page 8: e-Persatuan Sejarah sebagai Pendekatan Norma Baharu Dalam

3rd National Conference in Sports & Co-Curriculum @ PMJB

Gambar 8 -10: Paparan Majalah Persatuan Sejarah Edisi 1

9.0 KESIMPULAN

E-Persatuan Sejarah merentas kurikulum iaitu meningkatkan penguasaan isi pelajaran sejarah,

meningkatkan kemahiran bahasa dari aspek menulis laporan dan pembentangan, meningkatkan kemahiran

teknologi dan komunikasi serta mengembangkan potensi murid. Perancangan dan kesanggupan bertindak,

kerjasama serta disiplin yang tinggi menjadi asas setiap kejayaan. Kejayaan e-Persatuan membuktikan

murid dan guru berjaya mengharungi norma baharu dalam menjayakan pelbagai aktiviti Persatuan Sejarah

dan mencapai kejayaan. Sehubungan itu, bimbingan berterusan terhadap murid bagi menghasilkan video

lebih kreatif dan menarik. Selain itu, usaha menjemput Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah

(BTPN) akan diadakan bagi memberi slot berkaitan penghasilan video. Kemahiran guru dan murid juga

akan sentiasa ditingkatkan dalam pelbagai bidang bagi membolehkan pelbagai pendekatan dalam

menjayakan aktiviti persatuan pada masa akan datang.

RUJUKAN

Syaza Binti Mohd Sabri & Asmawati Binti Suhid. ( 2016 ). Kegiatan Ko-Kurikulum Di

Sekolah Dan Kesannya Kepada Pembentukan Akhlak Murid Universiti Putra Malaysia,

Journal of Islamic and Arabic Education 8(1).

Nor Suhara Bt Haji Fadzil Dr Jamil Bin Ahmad. Kepentingan Kokurikulum Dalam

Pendidikan Di Sekolah Menengah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Bangi, Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join

Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010