kertas cadangan pembungkusan makanan

Upload: shu-hui-bea

Post on 09-Jan-2016

143 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Literasi Nombor

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGAN PEMBUNGKUSAN MAKANANOLEH HANBEA PRODUCT SDN BHD

PENGENALAN

Pembungkusan merupakan satu elemen penting bagi suatu produk yang dipasarkan. Pembungkusan produk tersebut akan mempengaruhi hasil jualannya kerana lazimnya pengguna amat menitik berat pada pembungkusan produk tersebut, terutamanya pembungkusan makanan kerana ia merupakan salah satu aspek keselamatan dan kebersihan makanan. Oleh itu, Kaedah pembungkusan produk merupakan salah satu elemen yang perlu dititik beratkan dalam merancang pengeluaran sesuatu produk, terutamanya bagi produk makanan kerana ia merupakan produk keperluan harian kepada pengguna.

Keutamaan pembungkusan makanan adalah untuk melindungi daripada biologikal, fizikal, microbial, campuran kimia daripada wap air, dan pencahayaan. Kegunaan pembungkusan makanan juga untuk mengekalkan kesegaran dan memanjangkan jangka hayat makanan tersebut. Peranan sampingan untuk pembungkusan makanan merupakan menarik perhatian pembeli dengan menggunakan kelebihan dari segi reka bentuk dan pemilihan warna. Selain itu, pembungkusan makanan memudahkan makanan tersebut dibawa ke mana-mana untuk proses pengangkutan.

Makanan ringan yang berkhasiat seperti biskut dan kuih muih merupakan makanan yang amat diperlukan oleh setiap orang. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap rumah dan tempat bekerja mesti akan menyediakan makanan ringan yang berkhasiat untuk dimakan di saat kelaparan, masa rehat minum petang atau dihidangkan kepada tetamu. Hal ini disebabkan makanan ringan tidak menghasilkan kalori yang tinggi.

Makanan ringan seperti cookies amat digemari oleh ramai kerana ia berkhasiat, sesuai untuk dijamu, kelihatan cantik dan enak. Apabila keluar dari rumah, untuk mengelakkan kelaparan, kita akan membawa makanan ringan yang senang dibawa. Boleh dikatakan cookies digemari oleh ramai tidak kira sama ada kanak-kanak, remaja, orang muda, orang tua, orang timur atau orang barat. Nama makanan yang diberi sebagai nama White Cookies kerana warna cookies kami lebih putih jika berbanding dengan yang cookies lain.

Jadi, kami telah mereka satu pembungkus makanan yang boleh menjamin kesegaran makanan dan menarik perhatian pembeli. Reka bentuk pembungkus makanan ini bukan sahaja menarik, ia juga senang dibawa ke mana-mana.OBJEKTIF PROJEK

Kami telah meneliti dan menilai pembungkusan sedia ada yang biasa digunakan di pasaran. Setelah kami kaji dan perhatikan, kami berpendapat bahawa pembungkusan yang digunakan terdapat kekurangan terutama dari segi kos dan bentuk pembungkusan itu sendiri. Oleh itu, kami telah mereka satu pembungkus makanan yang lebih baik dan mempunyai banyak kelebihan berbanding yang sedia ada. Kami mereka bungkusan ini adalah untuk menutup kekurangan bungkusan yang sedia ada iaitu:

Keadaan pembungkusan yang sedia ada terlalu ringkas. Corak yang digunakan tidak begitu menarik dan terlalu ringkas. Pembungkusan yang kini memerlukan kos yang agak tinggi dan tidak menjimatkan penggunaan sumber alam seperti ruangan yang mencukupi untuk melakukan aktiviti pokok untuk memproses kertas. Pembungkusan kini terlalu nipis dan mempunyai kualiti yang tidak memuaskan. Cara pembungkusan kini terlalu kompleks yang boleh menyebabkan berlaku limpahan yang boleh mengotorkan persekitaran. Pembungkus asal tidak mesra pelanggan. Pembungkusan yang sedia ada tidak mempunyai penerangan pemakanan yang begitu lengkap dan sempurna. Seterusnya,anggaran kos pembungkusan yang tersedia yang terlalu mahal kerana material yang bernilai terhad.

PERKEMBANGANSetelah berfikir panjang dan melalui beberapa perbincangan, kami telah memilih bentuk segi empat panjang untuk dijadikan sebagai pembungkus makanan kami. Bagi kami, pemilihan bentuk dan warna adalah salah satu elemen yang cukup penting dalam aspek pembungkusan makanan.

Dalam menghasilkan produk yang berkualiti, kebiasaannya warna boleh mencerminkan sesuatu emosi dari sesuatu produk tersebut sehingga mesej dari produk tersebut sampai kepada pengguna. Kami lebih memilih warna yang lembut seperti perang muda sebagai warna latar belakang kami dan mencorakkannya dengan meletakkan gambar makanan kami iaitu cookies. Bagi kami, pemilihan warna yang kompleks sudah pasti akan mencacatkan mesej yang hendak kami sampaikan kepada pengguna. Jadi, kami memilih warna perang muda seperti warna cookies dan warna ini dapat membawa ketenangan. Oleh itu,mesejnya di sini bahawa kami mahukan pelanggan menikmati cookies yang telah siap dibungkus dengan ketenangan serta kelapangan dada.

Di samping itu, kami telah memilih bentuk pembungkus makanan yang berbentuk segi empat panjang. Bentuk ini memberi kemudahan kepada pengguna untuk menyimpan produk tersebut seperti meletak secara berdiri dengan tegak dalam almari, maka ia nampak lebih kemas dan cantik. Selain itu, bentuk ini senang dibalut untuk dijadikan sebagai hadiah untuk dihadiahi kepada orang lain. Walaupun bentuk ini nampak biasa, tetapi bentuk ini digemari oleh ramai orang.

Bahan yang kami gunakan untuk pembungkus makanan ini adalah kertas keras. Boleh dikatakan bahawa kos untuk kami menyediakan pembungkusan makanan kami agak rendah, ia hanya memerlukan RM 2.00 sahaja termasuk kos cetak. Kita boleh menyediakan satu pembungkusan makanan hanya dengan RM 2.00, dan ini juga sudah pasti mesra alam dan tidak merosakkan bumi. Hal ini kerana seperti yang kita ketahui,penjagaan bumi itu juga bermula daripada kita sendiri.

Produk kami merupakan pembungkusan makanan ringan iaitu white cookies. Sebelum mereka cipta pembungkusan makanan ringan, kami telah membuat penyelidikan dengan mencari contoh rekaan pembungkusan makanan ringan yang berada dalam pasaran dan membuat kajian dalam pembukusan makanan yang digemari oleh pembeli, contohnya Famous Amos dan Chipsmore.