kertas cadangan bengkel etiket 1

7
KERTAS KERJA KURSUS ETIKET DAN PROTOKOL 1.0 Pengenalan Kursus Etiket dan Protokol merupakan satu program yang dianjurkan oleh Biro Akademik dan Kaunseling, JKM Kolej 10 UTM. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta mengenai kepentingan etiket dan protokol dalam sesuatu majlis. Selain dari memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang cukup dalam bidang pengurusan majlis dan asas etiket dan protokol majlis, kursus ini juga memberi pendedahan dan bimbingan bagaimana caranya menguruskan majlis dengan cekap dan sempurna. Dengan adanya program seperti ini, Ahli JKM Kolej 10 akan lebih berpengalaman dengan setiap protokol yang ada dalam sesuatu majlis di masa akan datang. Disamping itu, ia direkabentuk agar dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan peserta supaya mereka dapat bergerak dalam satu organisasi yang dinamik. 2.0 Tujuan Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan dan perbelanjaan daripada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & ALUMNI, UTM berhubung cadangan mengadakan Kursus Etiket dan Protokol. 1.0 Objektif Objektif kursus ini adalah untuk: 1.1 Memberi pengetahuan pentingnya etiket dan protokol dalam sesuatu majlis.

Upload: ucu-tadu

Post on 28-Oct-2015

49 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

cadangan penganjuran begkel dengan pelajar

TRANSCRIPT

Page 1: kertas cadangan bengkel etiket 1

KERTAS KERJA

KURSUS ETIKET DAN PROTOKOL

1.0 Pengenalan

Kursus Etiket dan Protokol merupakan satu program yang dianjurkan oleh

Biro Akademik dan Kaunseling, JKM Kolej 10 UTM. Kursus ini bertujuan untuk

memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta mengenai kepentingan

etiket dan protokol dalam sesuatu majlis. Selain dari memberi pengetahuan dan

kemahiran asas yang cukup dalam bidang pengurusan majlis dan asas etiket dan

protokol majlis, kursus ini juga memberi pendedahan dan bimbingan bagaimana

caranya menguruskan majlis dengan cekap dan sempurna.

Dengan adanya program seperti ini, Ahli JKM Kolej 10 akan lebih

berpengalaman dengan setiap protokol yang ada dalam sesuatu majlis di masa akan

datang. Disamping itu, ia direkabentuk agar dapat memupuk semangat kerjasama di

kalangan peserta supaya mereka dapat bergerak dalam satu organisasi yang dinamik.

2.0 Tujuan

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan dan perbelanjaan

daripada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & ALUMNI, UTM berhubung cadangan

mengadakan Kursus Etiket dan Protokol.

3.0 Objektif

Objektif kursus ini adalah untuk:

3.1 Memberi pengetahuan pentingnya etiket dan protokol dalam sesuatu majlis.

3.2 Mempelajari teori dan amali menguruskan majlis serta kemahiran protokol, etiket

dan komunikasi.

3.3 Mempelajari pengurusan majlis rasmi dan tidak rasmi, formal dan tidak formal di

peringkat organisasi, negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa.

3.4 Mengenalpasti kesilapan yang sering berlaku semasa mengurus dan

mengendalikan majlis serta yang sering dilakukan oleh seseorang individu.

Page 2: kertas cadangan bengkel etiket 1

4.0 Tema program

“ETIKET DAN PROTOKOL YANG BERKESAN SIMBOL KEMATANGAN

MAHASISWA”

5.0 Anjuran

Biro Akademik dan Kaunseling, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej 10.

6.0 Tarikh

22 Januari 2011 ( Sabtu ).

7.0 Tempat

Bilik-bilik kuliah dan dewan di N24, Universiti Teknologi Malaysia.

8.0 Jawatankuasa Pelaksana

Jawatankuasa pengurusan program adalah seperti dalam LAMPIRAN A

9.0 Peserta

Seramai 50 orang peserta yang mengikuti program.

10.0 Tentatif program

Tentatif program sepanjang kursus ini seperti dalam LAMPIRAN B.

11.0 Perbelanjaan

Perbelanjaan bagi menjayakan program ini ditanggung sepenuhnya oleh pejabat Hal

Ehwal Mahasiswa & ALUMNI (HEMA). Butiran penuh seperti dalam LAMPIRAN

C.

12.0 Penutup

Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan lancar supaya objektif yang

dirancang berjaya dicapai. Semoga dengan terlaksananya program ini dapat

meningkatkan maklumat mengenai etiket dan protokol setiap ahli Jawatankuasa

Mahasiswa Kolej 10, Insya-Allah.

Page 3: kertas cadangan bengkel etiket 1

LAMPIRAN A

JAWATANKUASA EKSEKUTIF

PENAUNG

Y. BHG. PROF. DATUK DR. MOHD. TAJUDIN BIN HJ. NINGGAL

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan ALUMNI (HEMA)), UTM

PENASIHAT

PM. Dr. AB. LATIF BIN IBRAHIM

Pengetua, Kolej 10, UTM

FELO PENASIHAT

Dr NIK AHMAD NIZAM BIN NIK MALEK

Felo Penasihat, Kolej 10, UTM

Dr DAVID IAN FORSYTH

Felo Penasihat, Kolej 10, UTM

PENGERUSI KOLEJ 10

MOHAMAD ARIFF BIN MAKHFUDZ

Pengerusi JKM, Kolej 10, UTM

PENGARAH

MOHAMAD HAMIDI BIN SHUFI

TIMBALAN PENGARAH

MUHAMAD MIZWAN HAKIMIE BIN MUSTAFA

Page 4: kertas cadangan bengkel etiket 1

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

22 Januari 2011 (Sabtu)

8.15 pagi : Pendaftaran Peserta.

8.30 pagi : Ketibaan VIP.

8.30 pagi : Para Peserta Sarapan Pagi Bersama VIP.

9.00 pagi : Modul 1:

Etiket Sosial.

Kesopanan Dalam Perbualan Sosial.

Pakaian Tie.

Keraian.

12.30 tengah hari : Makan Tengah Hari.

1.15 petang : Solat Zuhur Berjemaah.

2.00 petang : Modul 2 :

Susunan Keutamaan Persekutuan.

Penyedian Aturcara Pentadbiran.

Protokol Dalam Pengurusan Majlis.

Penyediaan Senarai Jemputan dan Tertib di meja makan.

5.00 petang : Ucapan Penghargaan Daripada Pengetua Kolej 10,

Prof Madya Dr Ab Latif Bin Ibrahim.

Penyampaian Cenderahati Daripada Pengetua Kolej 10

Kepada Penceramah.

5.05 petang : Minum Petang.

Bersurai.

Page 5: kertas cadangan bengkel etiket 1

LAMPIRAN C

PENDAPATAN

Hal Ehwal Mahasiswa & ALUMNI (HEMA) RM 800.0

JUMLAH RM800.00

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit

(RM)

Jumlah

(RM)

1.0 Makanan

1.1 Sarapan Pagi

1.1.1 VIP

1.1.2 Peserta

1.2 Makan Tengah Hari

1.2.1 VIP

1.2.2 Peserta

1.3 Minum Petang

1.3.1 VIP

1.3.2 Peserta

5

50

5

50

5

50

3.00

3.00

4.00

4.00

3.00

3.00

15.00

150.00

20.00

200.00

15.00

150.00

2.0 Bayaran Penceramah 1 200.00 200.00

3.0 Protokol

2.1 Cenderahati Penceramah 1 50.00 50.00

Jumlah Keseluruhan 800.00

Page 6: kertas cadangan bengkel etiket 1

Disediakan Oleh,

........................................................................

(MOHAMAD HAMIDI BIN SHUFI )

Pengarah Program,

KURSUS ETIKET DAN PROTOKOL, JKM Kolej 10

Disemak Oleh,

.......................................................

(MOHAMAD ARIFF BIN MAKHFUDZ)

Pengerusi JKM Kolej 10.

Disemak Oleh,

...............................

(MUHAMMAD SHAFIQ BIN ITHNIN)

Bendahari JKM Kolej 10.

Disemak Oleh,

.........................................................................

(Dr NIK AHMAD NIZAM BIN MALEK)

Felo Kolej 10.

Disemak Oleh,

.........................................................................

(Dr DAVID IAN FORSYTH)

Felo Kolej 10.