03. (a)etiket dan sosial edit

27
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN JUN 2011 KERTAS KERJA DAN LAPORAN ETIKET DAN SOSIAL BINA INSAN GURU (BIG) FASA 2 Nama : SHAMSUL RAHIMI BIN KAMARUDDIN No. K/P : 811220-02-5293 No. Matrik : 28241 Program : PPG Ambilan : JUN 2011

Upload: norashikin-ihsan

Post on 12-Jul-2016

252 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

Page 1: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)AMBILAN JUN 2011

KERTAS KERJA DAN LAPORANETIKET DAN SOSIAL

BINA INSAN GURU (BIG) FASA 2

Nama : SHAMSUL RAHIMI BIN KAMARUDDIN

No. K/P : 811220-02-5293

No. Matrik : 28241

Program : PPG

Ambilan : JUN 2011

Unit : BM05

Nama Pensyarah : EN HANAFI B GHAZALI

PENSYARAH CEMERLANG

KO KURIKULUM DG48

Page 2: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)AMBILAN JUN 2011

KERTAS KERJA DAN LAPORANETIKET DAN SOSIAL

BINA INSAN GURU (BIG) FASA 2

Nama : JAHARUDDIN BIN RAMLY

No. K/P : 770719-08-6951

No. Matrik : 28299

Program : PPG

Ambilan : JUN 2011

Unit : MT 03

Nama Pensyarah : EN HANAFI B GHAZALI

PENSYARAH CEMERLANG

KO KURIKULUM DG48

Page 3: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN

2.0 PENDAHULUAN

3.0 OBJEKTIF

4.0 MAKLUMAT KERTAS KERJA

5.0 LAPORAN

6.0 GAMBAR

7.0 REFLEKSI

Page 4: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

1.0 PENGHARGAAN

Rasa syukur atas berkat, rahmat dan hidayahNya sehingga saya dapat melaksanakan

program Bina Insan Guru (BIG) dengan jayanya dan menyiapkan laporan bagi

keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan.

Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam

usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran tinggi serta memiliki kekuatan

spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan

ini, guru-guru di Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang

tinggi, penguasaan kemahiran profesionalisme yang mantap serta kekuatan peribadi

dan sahsiah yang terpuji selaras dengan aspirasi dan hasrat negara. Program Bina

Insan Guru (BIG) ini juga merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan

pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

Dalam proses pelaksanaan Program BIG ini, saya telah mendapat bantuan

berupa material mahupun sokongan moral daripada pelbagai pihak terutamanya pihak

sekolah, rakan sejawat, rakan sekuliah dan keluarga. Saya ucapkan jutaan terima kasih

kepada semua yang membantu.

“Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah, dan segala kekurangan adalah

dari kekhilafan kami sendiri”. Sekian, terima kasih.

2.0 PENDAHULUAN

Page 5: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

Kursus Etiket dan Sosial ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan

kepada para peserta mengenai kepentingan etiket dan sosial dalam sesuatu majlis.

Selain dari memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang cukup dalam bidang

pengurusan majlis dan asas etiket dan protokol majlis, Kursus ini juga memberi

pendedahan dan bimbingan bagaimana caranya menguruskan majlis dengan cekap

dan sempurna.

Dengan adanya program seperti ini, para peserta akan lebih berpengalaman

dengan setiap protokol yang ada dalam sesuatu majlis di masa akan datang. Disamping

itu, ia direkabentuk agar dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan peserta

supaya mereka dapat bergerak dalam satu organisasi yang dinamik.

3.0 OBJEKTIF

Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta mengenai kepentingan

etiket dan protokol dalam sesuatu majlis. Selain dari memberi pengetahuan dan

kemahiran asas yang cukup dalam bidang pengurusan majlis dan asas etika dan

protokol majlis, kursus ini juga memberi pendedahan dan bimbingan bagaimana

caranya menguruskan majlis dengan cekap dan sempurna.

Memberi pengetahuan pentingnya etika dan protokol dalam sesuatu majlis.

Mempelajari teori dan amali menguruskan majlis serta kemahiran protokol,

etiket dan komunikasi.

Mempelajari pengurusan majlis rasmi dan tidak rasmi, formal dan tidak formal

di peringkat organisasi, negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa.

Mengenalpasti kesilapan yang sering berlaku semasa mengurus dan

mengendalikan majlis serta yang sering dilakukan oleh seseorang individu.

.

4.0 MAKLUMAT KERTAS KERJA

Page 6: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

KERTAS KERJA

LADAP

(ETIKET DAN SOSIAL)

ANJURAN:

UNIT KURIKULUM

SK TAMAN BERSATU

TARIKH :12 OKTOBER 2013

TEMPAT :BILIK GERAKAN, SK TAMAN BERSATU

1. PENGENALAN

Page 7: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

Sebagai pendidik, guru wajib diberi pendedahan kepada pelbagai perkara dan

isu yang berkaitan dengan alam pendidikan. Melalui aktiviti Latihan Dalam

Perkhidmatan (LADAP), guru akan bertindak balas secara positif kepada keadaan dan

keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi

dalam pelbagai budaya.

2. RASIONALProgram LADAP dilaksanakan bagi memenuhi keperluan sukatan pembelajaran

Program Bina Insan Guru (BIG) bagi Kursus Program Pensiswazahan Guruan (PPG)

semester 3 ini. Peruntukan masa bagi menjalankan keseluruhan program yang

terkandung dalam sukatan adalah selama 7 jam dan 3 jam bagi pelaksanaan bengkel.

Aktiviti ini wajar dijalankan bagi mendidik guru cara berkomunikasi secara berkesan.

3. TUJUANTujuan LADAP ini ialah untuk memberi pendedahan kepada guru terhadap

pelbagai pengetahuan dan melatih guru menjadi lebih peka dan berupaya memberi

sumbangan terhadap peningkatan dalam profesion keguruan. Di samping itu, ianya

juga bertujuan untuk meningkatkan lagi komitmen guru terhadap perubahan dasar

mengikut arus semasa. Selain itu, program LADAP ini memberi fokus kepada

pendedahan pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan oleh para guru dalam

bidang perguruan. Kesimpulannya, program ini mampu mendidik guru untuk

menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan ilmu tersebut dalam

pengurusan pendidikan seharian.

4. OBJEKTIFMelalui Program Penanda Aras BIG - Fasa 2 pelajar-pelajar dapat :

Page 8: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

1. Memenuhi syarat kursus wajib Bina Insan Guru semester 3.

2. Mewujudkan hubungan yang baik antara guru dengan rakan sejawat melalui

aktiviti yang dijalankan.

3. Memberi peluang kepada guru untuk bertindak balas secara positif kepada

keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan

kemahiran berkomunikasi.

5. TARIKH12 Oktober 2013 (Sabtu)

6. TEMPAT AKTIVITI

Bilik Gerakan,

Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu,

31300 Simpang Pulai,

Perak Darul Ridzuan.

7. SASARANSemua Guru SK Taman

Bersatu: 46 orang

Jumlah : 46 orang

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Page 9: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

Pengerusi : Pn Hjh Rohana Binti Ahmad Razman (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : En Zailan B Khalid (PK Pentadbiran)

Setiausaha : En. Jaharuddin Bin Ramly

Penceramah : Tn. Hj. Sayed Munawar Bin Sayed Mustar

PA Sistem : En. Azhar Bin Mohamed

Makanan : Pn. Noordina Binti Damanhuri

Pn. Norfadhlina Binti Mohd Ramli

9.0 ATUR CARA LADAP

8.00 pagi : Kehadiran dan Pendaftaran

8.30 pagi : Ucapan Guru Besar.

9.00 pagi : Modul 1:

Etiket Sosial. Kesopanan Dalam Perbualan Sosial. Cara Pemakaian. Keraian.

Modul 2 :

Susunan Keutamaan Persekutuan. Penyedian Aturcara Pentadbiran. Protokol Dalam Pengurusan Majlis. Penyediaan Senarai Jemputan dan Tertib di meja makan.

12.00 tengah hari : Makan tengah hari

12.30 tengah hari : Bersurai.

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn Hjh Rohana Binti Ahmad Razman (Guru Besar)

Page 10: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

Timbalan Pengerusi : En Zailan B Khalid (PK Pentadbiran)

Setiausaha : En. Shamsul Rahimi Bin Kamaruddin

Penceramah : Tn. Hj. Sayed Munawar Bin Sayed Mustar

PA Sistem : En. Azhar Bin Mohamed

Makanan : Pn. Noordina Binti Damanhuri

Pn. Norfadhlina Binti Mohd Ramli

9.0 ATUR CARA LADAP

8.00 pagi : Kehadiran dan Pendaftaran

8.30 pagi : Ucapan Guru Besar.

9.00 pagi : Modul 1:

Etiket Sosial. Kesopanan Dalam Perbualan Sosial. Cara Pemakaian. Keraian.

Modul 2 :

Susunan Keutamaan Persekutuan. Penyedian Aturcara Pentadbiran. Protokol Dalam Pengurusan Majlis. Penyediaan Senarai Jemputan dan Tertib di meja makan.

12.00 tengah hari : Makan tengah hari

12.30 tengah hari : Bersurai.

10.0 SUMBER KEWANGAN.LADAP/ Bengkel kali ini adalah dijalankan dengan menggunakan sumber kewangan

daripada sumbangan Kelab Guru sekolah.

Page 11: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Harga/Orang

1 Makanan untuk 46 orang guru X RM

3.00

RM 138.00

JUMLAH RM 138.00

11. PERALATAN YANG DIPERLUKAN

BIL. ALATAN KUANTITI

1. Projektor 1

2. Komputer Riba 1

1. Layar 1

1. Pen Marker 1

1. Siar Raya 1

12. SENARAI NAMA GURU

Rujuk Lampiran 1

13. PENUTUP

Page 12: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

Adalah diharapkan program LADAP ini dapat memberikan pendedahan kepada guru

tentang kepentingan etiket dan sosial dalam rutin tugasan guru. Semoga segala aktiviti

yang telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada

semua pihak. Semoga program ini juga dapat memberi manfaat dan pengalaman

kepada guru tentang peranan dan tanggungjawab untuk melahirkan guru yang

berketrampilan.

Disediakan oleh :

…………………………………(JAHARUDDIN BIN RAMLY)Penyelaras Program LADAP,SK Taman Bersatu,313000 Simpang Pulai, Perak.

Disemak oleh :

…………………………………..( ZAILAN BIN KHALID )Penolong Kanan Pentadbiran, SK Taman Bersatu,313000 Simpang Pulai, Perak.

Disahkan Oleh :

..................................................( HJH. ROHANA BT. AHMAD RAZMAN )Guru besar, SK Taman Bersatu,313000 Simpang Pulai, Perak.

13. PENUTUP

Page 13: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

Adalah diharapkan program LADAP ini dapat memberikan pendedahan kepada guru

tentang kepentingan etiket dan sosial dalam rutin tugasan guru. Semoga segala aktiviti

yang telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada

semua pihak. Semoga program ini juga dapat memberi manfaat dan pengalaman

kepada guru tentang peranan dan tanggungjawab untuk melahirkan guru yang

berketrampilan.

Disediakan oleh :

…………………………………(SHAMSUL RAHIMI BIN KAMARUDDIN)Penyelaras Program LADAP,SK Taman Bersatu,313000 Simpang Pulai, Perak.

Disemak oleh :

…………………………………..( ZAILAN BIN KHALID )Penolong Kanan Pentadbiran, SK Taman Bersatu,313000 Simpang Pulai, Perak.

Disahkan Oleh :

..................................................( HJH. ROHANA BT. AHMAD RAZMAN )Guru besar, SK Taman Bersatu,313000 Simpang Pulai, Perak.

Lampiran 1

Page 14: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit
Page 15: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

LAPORAN GOTONG-ROYONG

SK TAMAN BERSATU

APRIL 2013

ANJURAN:

UNIT KURIKULUM

SK TAMAN BERSATU

TARIKH :12 OKTOBER 2013

TEMPAT :BILIK GERAKAN, SK TAMAN BERSATU

Page 16: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

5.0 LAPORAN PROGRAM ETIKET DAN SOSIAL TARIKH : 12 OKTOBER(SABTU)TEMPAT : SK TAMAN BERSATU

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM BIG PPG SEM 5

Nama Program : LADAP Protokol Pengendalian Majlis Rasmi

dan Etika Sosial.

Tarikh Program : 12/10/2013

Hari Program : Sabtu

Masa : 8.30 pagi -12.00 tengah hari

Tempat : Bilik Gerakan SK Taman Bersatu

Penceramah : Tn. Hj. Sayed Munawar Bin Sayed Mustar

Kumpulan Sasaran : 46 orang

Bilangan Kehadiran : 46 orang (seperti dilampiran)

5.1 Pengenalan

Protokol merupakan set atau peraturan dan tatacara yang ditetapkan sesebuah

institusi atau masyarakat dalam melaksanakan sesuatu majlis yang memberi

penghormatan, keselesaan dan kelincinan berdasarkan kedudukan seseorang dalam

masyarakat sosial. Etiket sosial pula bermaksud norma-norma perlakuan yang perlu

diamalkan di khalayak ramai. Protokol dan etika sosial diperlukan bagi membolehkan

sesuatu majlis itu berjalan dengan lancar dan selesa. Tujuan tajuk ceramah

disampaikan adalah untuk memberi pendedahan serta pengetahuan dalam

mengendalikan sesuatu majlis. Selain dari memberi pengetahuan dan kemahiran asas

yang cukup dalam bidang pengurusan majlis secara berprotokol ianya juga memberi

pendedahan dan bimbingan bagaimana caranya mengurus serta mengendalikan majlis

dengan cekap dan sempurna.

Page 17: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

5.2 Kekuatan Program

Ceramah ini telah disampaikan oleh Tn. Hj. Sayed Munawar Bin Sayed Mustar

dengan jayanya. Nilai-nilai murni juga berjaya diserapkan ke atas diri saya serta rakan-

rakan seperjuangan pada sesi ceramah tersebut. Ianya memberi kami peluang untuk

menilai keupayaan serta persediaan diri kami dalam mengendalikan sesuatu majlis

mengikut protokol-protokol yang telah ditetapkan. Selain itu juga, saya telah mendapat

respon yang positif dari guru-guru tentang tajuk yang disampaikan. Sebelum ini, mereka

tidak mendalami secara keseluruhannya tentang protokol dalam mengendalikan

sesuatu majlis rasmi. Apabila mereka didedahkan dengan tajuk ini, mereka sudah

mendapat input yang positif dan boleh dipratikkan ketika melaksanakan atau

menghadiri suatu majlis rasmi.

5.3 Kelemahan Program

Kelemahan yang dapat dikesan daripada program yang dilaksanakan ialah

semasa menyampaikan ceramah ini Tn. Hj. Sayed Munawar Bin Sayed Mustar banyak

mengajukan soalan yang tidak dapat dijawab oleh para guru. Ini kerana saya dan guru-

guru kurang pengetahuan dan tidak mahir tentang etiket dan sosial untuk diberi

pandangan pada Tn. Hj. Sayed Munawar Bin Sayed Mustar. Saya akan cuba

memperbaiki kelemahan diri saya ini.

5.4 Penambahbaikan

Dengan melihat kepada situasi yang dijelaskan, guru-guru perlulah membuat

perancangan yang teliti dan tersusun serta persediaan awal supaya program yang

dilaksanakan pada masa akan datang berjalan dengan lancar. Kebijaksanaan guru

merancang boleh membawa impak yang positif di kalangan semua guru.

5.5 Kos Sebenar

BIL PERKARA JUMLAH1 Makan dan minum

Page 18: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

46 orang x RM 3.00 RM 138.00

5.6 Penutup

Adalah diharapkan guru-guru dapat menambah ilmu pengetahuan dalam

pengendalian atau menghadiri majlis rasmi. Selain itu, apa yang disampaikan melalui

ceramah mengenai etiket dan protokol dapat dimanfaatkan bersama.

Disediakan oleh: ................................. (SHAMSUL RAHIMI BIN KAMARUDDIN)

Page 19: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

5.6 Penutup

Adalah diharapkan guru-guru dapat menambah ilmu pengetahuan dalam

pengendalian atau menghadiri majlis rasmi. Selain itu, apa yang disampaikan melalui

ceramah mengenai etiket dan protokol dapat dimanfaatkan bersama.

Disediakan oleh: ................................. (JAHARUDDIN BIN RAMLY)

Page 20: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

6.0 GAMBAR

GURU-GURU TEKUN MENDENGAR CERAMAH YANG DISAMPAIKAN

Page 21: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

GURU-GURU MENDENGAR CERAMAH DENGAN SEPENUH PERHATIAN

GURU-GURU MENCATAT ISI PENTING DARIPADA CERAMAH YANG DISAMPAIKAN

Page 22: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

SESI PEMBERIAN CENDERAMATA TANDA TERIMA KASIH

7.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan Bina Insan Guru

ini. Saya bersama dengan sahabat saya iaitu Jaharuddin Bin Ramly telah menyiapkan

tugasan ini dengan jayanya. Tugasan ini juga telah dapat dilaksanakan dengan

sebaiknya kerana dengan adanya kerjasama daripada rakan sejawat serta sokongan

penuh daripada pihak pentadbir.

Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya bersama sahabat saya telah

membuat satu senarai semak terlebih dahulu dan disertai dengan membuat kertas kerja

yang terperinci sebelum mendapat persetujuan daripada pihak pentadbir. Alhamdulillah,

kertas kerja ini diterima oleh Guru Besar dan beliau memberi kepercayaan penuh

kepada kami serta diberi peruntukan untuk melaksanakan program LADAP ini.

Kami akhirnya berjaya menjemput Tn. Hj. Sayed Munawar Bin Sayed Mustar

untuk menyampaikan creramah etiket dan sosial ini. Semasa penyampaian ceramah

tersebut, guru-guru bersemangat dengan penyampaian ilmu yang amat berguna

kepada mereka. Sepanjang ceramah tersebut juga, guru-guru dapat mengetahui

bagaimana untuk menjadi seorang guru yang berketrampilan dan memahami prosedur

protokol yang sepatutnya. Guru-guru juga dapat merasai betapa pentingnya program

LADAP yang dipandang enteng sebelum ini.

Pengalaman saya bersama sahabat saya dalam menganjurkan aktiviti LADAP

ini, dapat memberi panduan dan rujukan kepada saya serta warga pendidik di Sekolah

Kebangsaan Taman Bersatu dalam menganjurkan dan mengendalikan sesuatu

program di peringkat sekolah atau yang lebih tinggi. Perancangan sesuatu program

mestilah mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak diikuti dengan

pelaksanaan yang teratur dan rapi.

Keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar serta telah mencapai

objektif yang disasarkan. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir

serta rakan-rakan sejawat kerana memberi kerjasama sepenuhnya dan memberi

kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan program ini. Tidak lupa juga kepada

Page 23: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

Encik Hanafi bin Ghazali yang telah banyak memberi kerjasama serta tunjuk ajar beliau

kepada kami.

7.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan Bina Insan Guru

ini. Saya bersama dengan sahabat saya iaitu Jaharuddin Bin Ramly telah menyiapkan

tugasan ini dengan jayanya. Tugasan ini juga telah dapat dilaksanakan dengan

sebaiknya kerana dengan adanya kerjasama daripada rakan sejawat serta sokongan

penuh daripada pihak pentadbir.

Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya bersama sahabat saya telah

membuat satu senarai semak terlebih dahulu dan disertai dengan membuat kertas kerja

yang terperinci sebelum mendapat persetujuan daripada pihak pentadbir. Alhamdulillah,

kertas kerja ini diterima oleh Guru Besar dan beliau memberi kepercayaan penuh

kepada kami serta diberi peruntukan untuk melaksanakan program LADAP ini.

Semasa penyampaian ceramah tersebut, guru-guru bersemangat dengan

penyampaian ilmu yang amat berguna kepada mereka. Sepanjang ceramah tersebut

juga, guru-guru dapat mengetahui bagaimana untuk menjadi seorang guru yang

berketrampilan dan memahami prosedur protokol yang sepatutnya. Guru-guru juga

dapat merasai betapa pentingnya program LADAP yang dipandang enteng sebelum ini.

Pengalaman saya bersama sahabat saya dalam menganjurkan aktiviti LADAP

ini, dapat memberi panduan dan rujukan kepada saya serta warga pendidik di Sekolah

Kebangsaan Taman Bersatu dalam menganjurkan dan mengendalikan sesuatu

program di peringkat sekolah atau yang lebih tinggi. Perancangan sesuatu program

mestilah mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak diikuti dengan

pelaksanaan yang teratur dan rapi.

Keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar serta telah mencapai

objektif yang disasarkan. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir

serta rakan-rakan sejawat kerana memberi kerjasama sepenuhnya dan memberi

kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan program ini. Tidak lupa juga kepada

Page 24: 03. (a)Etiket Dan Sosial Edit

Encik Hanafi bin Ghazali yang telah banyak memberi kerjasama serta tunjuk ajar beliau

kepada kami.

Sekian, terima kasih.