kertas cadangan aktiviti kokum

12
KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 2014 SEKOLAH MENENGAH SMK CHUNG HWA, TENOM, SABAH, ANJURAN PERSATUAN BOLA KERANJANG SMK CHUNG HWA, TENOM TARIKH : 2 JUN 2014 – 3 JUN 2014 TEMPAT : Gelanggang Bola Keranjang SMK Chung Hwa, Tenom, Sabah 1

Upload: won-eyda

Post on 11-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kerrtas cadangan

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Aktiviti Kokum

KERTAS CADANGAN

PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 2014

SEKOLAH MENENGAH

SMK CHUNG HWA, TENOM, SABAH,

ANJURAN PERSATUAN BOLA KERANJANG

SMK CHUNG HWA, TENOM

TARIKH :

2 JUN 2014 – 3 JUN 2014

TEMPAT :

Gelanggang Bola Keranjang

SMK Chung Hwa, Tenom, Sabah

1

Page 2: Kertas Cadangan Aktiviti Kokum

1. Tajuk

Pertandingan Bola Keranjang Sekolah Menengah SMK Chung Hwa, Tenom, Sabah

2. Pengenalan

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5

pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah

keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Pelajar-pelajar SMK Chung Hwa, Tenom mempunyai minat tinggi dalam bola

keranjang dan mereka sangat aktif untuk bermain bola keranjang setiap petang.

Oleh itu, satu pertandingan bola keranjang telah diadakan untuk pelajar-pelajar ini

bagi memberikan pengalaman pertandingan bola keranjang kepada mereka.

3. Matlamat dan Rasional

Pertandingan ini dirancang untuk memenuhi Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S).

Melalui pertandingan ini, pelajar-pelajar akan dapat mempertingkatkan kemahiran

dan keyakinan diri terhadap permainan bola keranjang dan memupuk minat pelajar

terhadap permainan bola keranjang. Selain daripada itu, melalui pertandingan ini,

pelajar-pelajar boleh menghadapi cabaran yang lebih tinggi dalam permainan bola

keranjang dan dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam pasukan.

Pemain harapan juga akan dicungkil melalui pertandingan ini.

4. Objektif

Melalui pertandingan ini, kami berharap untuk:

4.1 Mencungkil bakat pelajar-pelajar SMK Chung Hwa, Tenom dalam permainan

bola keranjang.

4.2 Meningkatkan penguasaaan terhadap kemahiran asas dan teknik permainan

bola keranjang.

4.3 Meningkatkan keyakinan diri pelajar-pelajar dalam permainan bola keranjang.

4.4 Mengenalpasti pemain harapan dan memilih wakil sekolah untuk menyertai

pertandingan bola keranjang peringkat daerah.

2

Page 3: Kertas Cadangan Aktiviti Kokum

5. Tarikh/Masa

2 Jun 2014 – 3 Jun 2014

6. Tempat

Gelanggang Bola Keranjang SMK Chung Hwa, Tenom.

7. Kumpulan sasaran

Pelajar-pelajar SMK Chung Hwa, Tenom.

8. Yuran Penyertaan

Setiap pasukan dikehendaki membayar yuran sebanyak RM 20.00 untuk tujuan

khidmat pengadil dan bekalan makanan dan minuman sepanjang pertandingan.

9. Jawatankuasa Pertandingan Bola Keranjang 2014

Sila rujuk lampiran 1

10. Sistem Pertandingan

Sila rujuk lampiran 2

11. Jadual Pertandingan

Sila rujuk lampiran 3

12. Anggaran Perbelanjaan

Sila rujuk lampiran 4

13. Undang-undang dan peraturan pertandingan

12.1 Semua undang-undang dan peraturan adalah tertakluk di bawah Majlis

Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Persatuan Bola Keranjang Malaysia

(MABA).

12.2 Maksimum lapan pemain sahaja yang dibenarkan untuk membentuk satu

pasukan pertandingan.

12.3 Pasukan yang bertanding perlu menghadiri diri 15 minit lebih awal

sebelum pertandingan bermula. Mana-mana pasukan yang gagal berbuat

demikian akan disingkir daripada pertandingan.

3

Page 4: Kertas Cadangan Aktiviti Kokum

12.4 Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan tidak boleh

dipertikaikan.

14. Penutup

Kami berharap agar pihak sekolah boleh memberi kelulusan kepada kami untuk

menjalankan pertandingan ini. Keprihatinan dan kerjasama pihak sekolah amat kami

hargai. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

________________

(AIWON MAIDOL)

Setiausaha,

Persatuan Bola Keranjang,

SMK Chung Hwa, Tenom.

Disokong oleh:

___________________

(Puan Chiew Siew Yung)

Penolong Kanan Kokurikulum,

SMK Chung Hwa, Tenom.

Diluluskan oleh:

__________________

(Encik Chin Tze Hua)

Pengetua,

SMK Chung Hwa, Tenom.

4

Page 5: Kertas Cadangan Aktiviti Kokum

Lampiran 1

Jawatankuasa Pertandingan Bola Keranjang 2014

Guru Penasihat : Encik Wong Yun Kiong

Pengerusi : Clement Gan Jia Lui

Setiausaha : Aiwon Maidol

Bendahari : Lim Lu Yie

Pengerusi Teknik : Mohd. Zahid bin Irfan

Pengadil Gelanggang A : Encik Chung Nyuk Vun

Pengadil Gelanggang B : Encik Wong Vui Sing

AJK Pendaftaran/Urusetia : Chin Yun Yin, Esario bin Estrasio

AJK Makanan : Affifah Syariah bin Mohammed, Pyiswie Piut

AJK Peralatan : Benson Lo Zhau Fui, Fred Chin

AJK Meja Pencatat : Ee Shau Liang (Ketua)

Lim Ewe Jin

Tan Jia Chyi

Wong Yeng Thai

Michelle Tan Wen Jin

Shirley Lai Ken Tze

AJK keselamatan : Yau Ken Yung

Phoebe Ann Chew

5

Page 6: Kertas Cadangan Aktiviti Kokum

AJK Hadiah dan sijil : Lo Siew Ling

AJK Fotografi : Lee Chee Leong

Lampiran 2

Sistem Pertandingan:

1. Peringkat Pertama:

Pertandingan dijalankan secara Sistem Liga dan 8 pasukan bagi kategori lelaki dan

perempuan akan dibahagi kepada dua kumpulan untuk menjalankan pertandingan

kumpulan.

Pasukan A B C D

A

B

C

D

Sistem Liga Kumpulan 1

Pasukan E F G H

E

F

G

H

Sistem Liga Kumpulan 2

Pengiraan Mata

Pengumpulan mata dalam Sistem Liga adalah seperti berikut:

Menang = 3 mata

Kalah = 0 mata

Seri = 1 mata

6

Page 7: Kertas Cadangan Aktiviti Kokum

Dua pasukan yang mengumpul mata yang terbanyak dalam kumpulan masing-masing

akan layak untuk meneruskan pertandingan di peringkat kedua.

2. Peringkat Kedua

Pertandingan akan diteruskan secara Sistem Kalah Mati. Empat pasukan dalam

kategori lelaki dan perempuan yang mendapat markah tertinggi dalam peringkat

pertama akan layak untuk terus bertanding di peringkat ini. Cabutan undi akan dibuat

untuk menentukan pelawanan pasukan. Pasukan yang menang di peringkat akhir

akan digelar sebagai johan bagi pertandingan ini.

Sistem Kalah Mati

7

Johan Pertandingan

PemenangYZ

Pemenang WX

Team ZTeam YTeam W Team X

Page 8: Kertas Cadangan Aktiviti Kokum

Lampiran 3

Jadual Pertandingan

Hari Pertama (2 Jun 2014):

Masa Pelawanan Kumpulan Gelanggang A

(lelaki)

Gelanggang B

(Perempuan)

8.00 a.m. 1 1 A vs B A vs B

9.00 a.m. 2 2 E vs F E vs F

10.00 a.m. 3 1 C vs D C vs D

11.00 a.m. 4 2 G vs H G vs H

12.00 p.m. Rehat

1.00 p.m. 5 1 B vs C B vs C

2.00 p.m. 6 2 F vs G F vs G

3.00 p.m. 7 1 A vs D A vs D

4.00 p.m. 8 2 E vs H E vs H

5.00 p.m. Rehat

6.00 p.m. 9 1 A vs C A vs C

7.00 p.m. 10 2 E vs G E vs G

8.00 p.m. 11 1 B vs D B vs D

9.00 p.m. 12 2 F vs H F vs H

10.00 p.m. Bersurai

8

Page 9: Kertas Cadangan Aktiviti Kokum

Hari Kedua (3 Jun 2014):

Masa Pelawanan Gelanggang A (lelaki) Gelanggang B

(Perempuan)

8.00 a.m. 13 Team W vs Team X Team W vs Team X

9.00 a.m. 14 Team Y vs Team Z Team Y vs Team Z

10.00 a.m.

Rehat11.00 a.m.

12.00 p.m. 15 Loser WX vs Loser YZ Loser WX vs Loser YZ

1.00 p.m. 16 Winner WX vs Winner YZ Winner WX vs Winner YZ

2.00 p.m. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah

3.00 p.m. Bersurai

9

Page 10: Kertas Cadangan Aktiviti Kokum

Lampiran 4

Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Kos Seunit

(RM)

Kuantiti Jumlah

(RM)

1. Pingat Pemenang (emas, perak,

gangsa)

5.00 48 pingat 240.00

2. Sijil penyertaan dan pemenang 2.00 176 keping 352.00

3. Bekalan makan dan minuman untuk

urusetia dan pemain

- - 300.00

5. Khidmat pengadil 50.00 2 orang 100.00

6. Cenderamata untuk pengadil dan VIP

majilis penutupan

10.00 3 30.00

7. Jamuan ringan untuk majlis

penutupan

- - 160.00

Jumlah Besar 1182.00

10

Page 11: Kertas Cadangan Aktiviti Kokum

Rujukan

Koh, B. K. (2012). Kertas Kerja Kejohanan Bola Keranjang 3 on 3. Dipaut pada 1 Mac 2014, daripada http://www.scribd.com/doc/105114197/Kertas-Kerja-Kejohanan-Bola-Keranjang-3-on-3

Mok, S. S. (2011). Pengurusan Kokurikulum. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Siti Ruhana. (2011). Kertas Kerja Bola Keranjang. Dipaut pada 1 Mac 2014, daripada http://www.scribd.com/doc/50410032/Kertas-Kerja-Bola-Keranjang

11