kertas 1 set 4 - sabah.edu.my 1 set 4.pdf · apakah nama kitab suci bagi golongan bahai ... b...

Download Kertas 1 Set 4 - sabah.edu.my 1 Set 4.pdf · Apakah nama kitab suci bagi golongan Bahai ... B Al-Barakah C Al-Rayyan D Al-Bayan ... ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan

If you can't read please download the document

Upload: phungcong

Post on 06-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 1223/1 SET 4

    1

    BAHAGIAN A (40 MARKAH)

    Soalan 1 hingga 20 Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bulatkan jawapan yang tepat di dalam lampiran kertas jawapan yang disediakan. 1. "Nora mempercayai ramalan bintang mengikut tarikh lahirnya"

    Penyataan di atas merujuk kepada perkara....

    A. Syirik B. Nifaq C. Kufur D. Kurafat

    2. Apakah hukuman orang yang membunuh dan merampas?

    A. Disalib B. Dibunuh C. Dibuang negeri D. Potong tangan dan kaki

    3. Apakah nama kitab suci bagi golongan Bahai

    A Al-Tazkirah B Al-Barakah C Al-Rayyan D Al-Bayan

    4. Antara berikut yang manakah kesan haji kepada individu

    A. Boleh menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan umat Islam B. Dapat menghubungkan silaturrahim antara umat Islam C. Boleh meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t. D. Dapat menjalankan urusan perniagaan

    5. Antara berikut adalah cara isteri memelihara kehormatannya.

    A. Tidak mendedahkan aurat B. Keluar rumah tanpa izin suami C. Membenarkan orang lain masuk ke rumah D. Menceritakan keaiban suami kepada ibu bapa

  • 1223/1 SET 4

    2

    6. Di manakah Ibnu Sina dilahirkan

    A. Pakistan B. Turkistan C. Kazakhtan D. Uzbekistan

    7. Kelas pengajian imam al-Ghazali dihadiri ramai kerana kemasyhurannya dalam

    A Bercerita B Berpidato C Bersyarah D Berkomunikasi

    8.

    Kenyataan di atas adalah mengenai

    A. Usyur B. Jizyah C. Al-Fai' D. Ghanimah

    9. Apakah kesan jika rakyat tidak menghormati pemimpin?

    A. Ekonomi negara lebih kukuh. B. Tugas pembangunan berjalan lancar C. Semangat daya saing rakyat akan meningkat D. Musuh akan mengambil kesempatan melemahkan negara

    10. Bagaimanakah cara menegur pemimpin sekiranya mereka melakukan kesilapan?

    A. Melakukan demontrasi B. Membuat aduan ke balai polis C. Teguran mestilah melalui cara yang ditetapkan D. Mendakwa dan mengheret mereka ke mahkamah

    11. Berikut adalah penyataan yang sesuai untuk menjaga nama baik negara, KECUALI

    A. Mengimpot barangan keperluan secara gelap B. Menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara jiran C. Menghasilkan produk murahan untuk kemudahan semua D. Memberi bantuan senjata kepada negara yang bertelagah

    Cukai ini dikenakan sepuluh peratus daripada hasil pertanian yang diperolehi daripada tuan tanah.

  • 1223/1 SET 4

    3

    12. Keburukan kurangnya iman kepada seseorang boleh membawa kepada...

    A. Melakukan maksiat hati B. Berusaha mencari kekayaan C. Tidak mengikut perintah Allah D. Mengembangkan ilmu duniawi

    13. Kitab "Al-Kharaj" yang dihasilkan semasa pemerintahan khalifah Harun Ar-Rasyid adalah berkenaan

    A. Ketenteran B. Percukaian C. Pendidikan D. Kehakiman

    14. Penyataan yang manakah termasuk dalam hikmat taubat.

    i Mendapat balasan syurga di akhirat kelak ii Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan iii Dapat berterus terang memohon maaf kepada manusia iv Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat A. i dan ii B. iii dan iv C. ii dan iii D. i dan iv

    15. Yang manakah antara berikut termasuk dalam tingkat iman.

    i. Iman ilmu ii. Iman amal iii. Iman hak iv. Iman takdir A. i dan ii B. iii dan iv C. i dan iii D. ii dan iv

  • 1223/1 SET 4

    4

    16. Mengapa kita perlu berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    i. Dapat membersihkan aqidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan ii. Asas kepada penerimaan sesuatu amalan iii. Dapat mengembangkan aqidah iv. Meninggikan syariat Islam A. i dan ii B. iii dan iv C. ii dan iii D. i dan iv

    17. Wali nikah ialah orang yang berkuasa mengahwinkan seorang perempuan.

    Wali terbahagi kepada...

    i. Wali nasab ii. Wali mujbir iii. Wali hakim iv. Wali akbar A i dan ii B iii dan iv C i dan iii D ii dan iv

    18. Antara berikut manakah syarat sah bagi bakal suami.....

    i. Baligh ii. Seorang lelaki iii. Beragama Islam iv. Bukan dalam ihram haji A i ,ii dan iii B ii,iii dan iv C i,ii dan iv D ii dan iv

  • 1223/1 SET 4

    5

    19. Di antara kesan positif daripada kepimpinan Khulafa' Ar-Rasyidin ialah.......

    i. Pemimpin negara merupakan ketua agama ii. Rakyat wajib memelihara pertahanan negara iii. Pemimpin dipilih dari kalangan yang berakhlak iv. Ilmu pengetahuan diberi perhatian dalam bidang akli A. i dan ii B. iii dan iv C. i dan iii D. ii dan iv

    20. Berikut adalah ciri-ciri orang yang cintakan negara

    i. Berjuang memajukan negara ii. Menyanyikan lagu-lagu patriotik iii. Mengedarkan bendera Malaysia iv. Mempertahankan negara sekiranya diancam musuh A i dan ii B iii dan iv C i dan iii D ii dan iv Soalan 21 hingga 31. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. 21. Rukun haji yang menjadi simbul membersihkan diri daripada sifat tercela yang

    terdapat pada diri seseorang ialah _______________

    22. Mahar terbahagi kepada dua jenis iaitu Mahar Musamma dan Mahar ________________

    23. ________________ ialah penyembelihan binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

    24. Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. ialah kufur _______________

    25. Mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial termasuk dalam perbuatan _________________

    26. __________________________________ ialah undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan perkara yang berkaitan dengan kedua-duanya di kalangan orang Islam.

  • 1223/1 SET 4

    6

    Soalan 27 32 adadalah berdasarkan peta minda di bawah. Lengkapkan jenis-jenis tawaf dalam petak berikut. 27. ____________________ 28. ____________________ 29. ____________________

    Jenis-Jenis Tawaf

    27 28 Tawaf Sunat

    29

  • 1223/1 SET 4

    7

    Soalan 30 - 31 adalah berdasarkan gambar di bawah.

    Namakan urat-urat yang wajib dipotong ketika menyembelih. 30. __________________ 31. __________________

  • 1223/1 SET 4

    8

    Lengkapkan rajah di bawah mengenai Sistem Kewangan bagi Kerajaan Abbasiyah. 32. _______________ 33. _______________ 34. _______________ 35. _______________ Soalan 36 38 adalah berdasarkan pernyataan berikut: Padankan tokoh pilihan dan sumbangan yang diberikan. Tuliskan jawapan di ruang yang disediakan.

    Tokoh Pilihan A

    Imam Abu Hanifah B

    Imam Malik C

    Imam Syafie

    No Soalan Sumbangan Jawapn 36 Menulis kitab al-Fiqh al-Ahkam dan kitab al-Faraid A 37 Menulis kitab al-Risalah C 38 Menulis kitab al-Muwatta B

    Sistem Kewangan

    32

    33

    Fai

    34

    35

  • 1223/1 SET 4

    9

    Soalan 39 40 adalah berdasarkan carta di bawah. Isi tempat kosong berkaitan cara seseorang menjadi murtad. 39. __________________ 40. ___________________

    Cara Menjadi Murtad

    (Iktikad) Berniat

    meninggalkan agama Islam

    39 ______________

    Mengisytiharkan

    40 ______________

    Menganut agama

  • 1223/1 SET 4

    10

    Bahagian B [60 markah]

    Jawab tiga soalan saja Soalan 1 dan 2 WAJIB dijawab dan pilih satu daripada mana-mana soalan 3 atau 4. 1 (a) Iman merupakan hidayat Allah SWT yang sangat penting dalam kehidupan.

    i. Apakah yang dimaksudkan dengan iman menurut istilah syarak ? (2 m) ii. Terangkan dua kepentingan iman dalam kehidupan muslim (4 m) (b) Umat Islam hendaklah berpegang teguh pada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah

    kerana ajarannya selari dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

    i. Nyatakan dua prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (4 m) ii. Terangkan pandangan golongan tersebut mengenai al-Quran bukan

    makhluk (4 m) (c) Pada pendapat anda, mengapakah wujudnya ajaran-ajaran sesat dalam

    masyarakat Islam ? (6 m) 2 (a). Wali nasab terdiri dari wali mujbir dan bukan mujbir i. Siapakah wali mujbir ? (2 m) ii. Terangkan sebab kuasa wali nasab boleh berpindah kepada wali hakim (4 m) (b) Wukuf merupakan salah satu dari rukun haji. i. Nyatakan pengertian wukuf. (2 m) ii. Jelaskan dua hikmah diwajibkan ibadah tersebut. (4 m) (c) i. Huraikan kesan negatif jika memakan bangkai dari aspek kesihatan dan

    tingkahlaku (2 m) ii. Nyatakan dua bahagian yang haram dimakan daripada binatang

    sembelihan (2 m) (d) i. Nyatakan jenis-jenis mahar. (2 m) ii. Jelaskan perbezaan yang terdapat di antara mahar-mahar tersebut (2 m)

  • 1223/1 SET 4

    11

    3 (a) Amar makruf dan nahi mungkar merupakan usaha dakwah yang sangat penting. i. Terangkan dua kebaikan melaksanakan tanggungjawab tersebut. (4 m) ii. Jelaskan dua akibat jika umat Islam mengabaikannya. (4 m) iii. Nyatakan dua adab amar makruf dan nahi mungkar (4 m) (b) Kegemilangan kerajaan Abbasiyah dalam penyebaran Islam adalah disebabkan

    oleh beberapa faktor penting. Jelaskan dua daripada faktor-faktor tersebut.

    (4 m) (c) Kemantapan ekonomi di zaman kerajaan Bani Umayah amat membanggakan.

    Contohnya di zaman khalifah al-Walid . i. Namakan badan yang menguruskan semua pendapatan dan perbelanjaan

    negara ? (1 m) ii. Nyatakan tiga daripada sumber pendapatan kerajaan tersebut. (3 m) 4 (a) Islam menggalakkan umatnya memberi hadiah dan bersedekah dalam

    kehidupan.

    i. Nyatakan hukum bersedekah dan memberi hadiah (2 m) ii. Terangkan dua kelebihan bersedekah menurut Islam (4 m) iii. Huraikan dua jenis sedekah (4 m) (b) Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan dunia yang unggul. i. Bincangkan sumbangan Ibnu Sina dalam bidang berkenaan. (4 m) ii. Jelaskan tiga kesan peninggalan Ibnu Sina dalam bidang ilmu perubatan. (6 m)

    SOALAN TAMAT