kerjaya jururawat

18
Kerjaya Jururawat Masyarakat 1 Gambar hiasan dari kosmo.com.my Ramai pelawat yang bertanya tentang macam mana nak jadi jururawat serta bidang tugas jururawat masyarakat. Di sini, saya mahu berkongsi dengan semua pembaca tentang cara mahu jadi jururawat dan serba sedikit tentang bidang tugas Jururawat Masyarakat. Pengenalan Jururawat bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan perbidanan (orang bersalin), penjagaan kesihatan ibu dan anak, perawatan asas dan penjagaan pesakit. Tugas utama lebih kepada bidang perbidanan dan kesihatan keluarga yang merangkumi aspek perawatan kejururawatan dari segi amalan kejururawatan, pengurusan kejururawatan, latihan kejururawatan, dokumentasi dan lain-lain tugas.

Upload: ahmad-fitri

Post on 23-Dec-2015

98 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kerjaya

TRANSCRIPT

Page 1: kerjaya jururawat

Kerjaya Jururawat Masyarakat 1

Gambar hiasan dari kosmo.com.my

Ramai pelawat yang  bertanya tentang macam mana nak jadi jururawat serta bidang tugas jururawat masyarakat. Di sini, saya mahu berkongsi dengan semua pembaca tentang cara mahu jadi jururawat dan serba sedikit tentang bidang tugas Jururawat Masyarakat.

Pengenalan

Jururawat bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan perbidanan (orang bersalin), penjagaan kesihatan ibu dan anak, perawatan asas dan penjagaan pesakit.  Tugas utama lebih kepada bidang perbidanan dan kesihatan keluarga yang merangkumi aspek perawatan kejururawatan dari segi amalan kejururawatan,  pengurusan kejururawatan, latihan kejururawatan, dokumentasi dan lain-lain tugas.

Tugas

Kebiasaannya jururawat akan bekerja di wad hospital/klinik dengan menjalankan tugas di wad, wad pranatal, bilik bersalin, wad post natal atau pediatrik. Selain itu, jika bertugas di klinik desa, jururawat akan bertanggungjawab menjalankan sesi klinik ibu hamil, lawatan ke rumah,

Page 2: kerjaya jururawat

bertugas atas panggilan bagi kes kebidanan di klinik/kelahiran di rumah dan Pusat  Bersalin Alternatif atau klinik dan menjalankan motivasi serta ceramah kepada ibu-ibu tentang kaedah merancang keluarga.

Kelayakan/syarat?

Anda mestilah warganegara Malaysia, perempuan sahaja yang berumur antara 17-25 tahun pada tarikh permohonan.  Kelayakan akademik dengan SPM 2 kepujian dan 4 lulus serta lulus Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan). Keutamaan kepada pemohon yang kepujian Bahasa Melayu dan Sains serta lulus Matematik dan Bahasa Inggeris.

Elaun/biasiswa

Bagi calon di peringkat sijil adalah RM 517.15 sebulan. Setelah tamat tempoh latihan selama 2 ½ tahun (5 semester) anda akan dilantik ke jawatan ururawat Masyarakat Gred U19 dengan gaji minimum RM 827.94 dan maksimum RM 2,177.15. Tangga gaji boleh meningkat sehingga U26.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online sepanjang masa di http://www.spa.gov.my. Permohonan terbuka sepanjang masa dan sah dalam masa satu tahun permohonan.

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan. Anda juga boleh melayari lamannya seperti berikut http://www.moh.gov.my  atau http://latihan.moh.gov.my .

Cetak/ PrintJangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami percuma terus ke email anda, Masukkan Alamat email anda dibawah :

( Penting : Pendaftaran berjaya jika anda klik link pengesahan yang akan dihantar ke email anda nanti )

Page 3: kerjaya jururawat

Majalah e- Xpresi

Internet Free, call dan games free setiap hari

Senang, ambil gambar dapat voucher RM 1000

Kambing Dirumah ? Siap makan di Meja makan

Jawatan Kosong Penulis- Gaji RM 1000 - 3000 Sebulan

Sumber : Kerjaya Jururawat Masyarakat

Apakah Tugas-Tugas Jururawat?

Page 4: kerjaya jururawat

30

Seorang doktor tidak dapat melakukan kerjanya sebaik mungkin tanpa bantuan dari seorang jururawat. Betul tak?

Aku setuju dengan kenyataan ini, setiap prosedur atau rawatan yang dilakukan kepada pesakit memerlukan bantuan dari seorang jururawat. Contohnya, ketika doktor lelaki memberikan rawatan kepada pesakit wanita, jururawat wanita perlu menemani doktor tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.

Satu contoh lagi, ketika membuat pembedahan, seorang jururawat bedah perlu membantu doktor untuk menyediakan peralatan kelengkapan pembedahan bagi melancarkan prosedur tersebut. Oleh itu, jangan pandang rendah pada tugas seorang jururawat. Mereka adalah kakitangan yang penting dalam sistem kesihatan.

Mungkin ramai adik-adik lepasan SPM yang berminat untuk menjadi seorang jururawat tapi kurang pendedahan atau pengetahuan tentang tugas seorang jururawat. Hari ini, aku nak kongsi info yang berguna kepada adik-adik yang berminat untuk menjadi seorang jururawat. Post kali ini agak panjang ye..

Page 5: kerjaya jururawat

Tugas-tugas jururawat ini diperolehi dari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) .

Terlebih dahulu, adik-adik kena tahu jenis-jenis jururawat. Perasan tak, terdapat pelbagai warna jalur pada cap atau tudung jururawat? Setiap warna ini menunjukkan jenis dan tugas yang berlainan pada jururawat. Contohnya, kat hospitalku, jalur biru adalah Jururawat Terlatih U29 dan jalur ungu pula adalah Jururawat Masyarakat U19.

Apakah Jenis-Jenis dan Tugas-Tugas Jururawat?

Jururawat Pelatih

Mereka ini masih seorang pelajar kejururawatan. Masih mengikuti latihan jururawat selama 3 tahun di kolej-kolej kejururawatan yang diiktiraf. Bermula tahun 2013, jururawat pelatih peringkat Sijil diberi elaun RM835 sebulan. Manakala jururawat pelatih peringkat Diploma pula diberi elaun

RM1166.58 sebulan. Biasanya, jururawat pelatih ini memakai topi atau tudung jururawat tanpa jalur warna.

Jururawat Masyarakat Gred U19

Jururawat dari kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Gaji pokok permulaan adalah RM1284.27 (tidak termasuk elaun lagi) Biasanya dipanggil jururawat kebidanan Jalur warna ungu pada topi atau tudung jururawat Antara tugas-tugas jururawat masyarakat adalah:

1. Mengetuai Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa (bagi Jururawat yang ditempatkan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa).2. Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.3. Memberi perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak.4. Memberi perkhidmatan rawatan ke rumah.5. Memberi perkhidmatan perancangan keluarga.6. Memberi pendidikan kesihatan.7. Menyambut kelahiran bayi.

 

Page 6: kerjaya jururawat

Jururawat Terlatih Gred U29

Jururawat Gred U29 adalah jururawat dari kelulusan Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

Gaji pokok permulaan adalah RM1687.59 (tidak termasuk elaun) Jalur warna biru pada topi atau tudung jururawat Antara tugas-tugas Jururawat Terlatih adalah:

Tugas-tugas Jururawat Kesihatan ( Bertugas di klinik)

1. Perawatan Kesihatan Keluarga

Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak. Perkhidmatan lawatan ke rumah. Perkhidmatan kesihatan di sekolah. Perkhidmatan perancang keluarga. Pendidikan kesihatan.

2. Latihan

Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

3. Menyelia

Menyelia pekerja-pekerja ‘Auxilliary’ dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi. Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

4. Pentadbiran

Mentadbir klinik. Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah. Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.

Page 7: kerjaya jururawat

Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.

Tugas-tugas Jururawat Di Hospital

1. Penjagaan Pesakit

Mengurus dan melayan makan minum pesakit. Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit. Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin. Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.

2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.3. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.4. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.5. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

 

Jururawat Terlatih Gred U41

Jururawat Gred U41 pula adalah jururawat dari kelulusan ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

Gaji permulaan adalah RM2259.08 ( tidak termasuk elaun lagi) Antara tugas-tugas jururawat gred U41 adalah:

1. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan

Pemantauan Kejururawatan Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan

keselamatan pelanggan.

Page 8: kerjaya jururawat

2. Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan

Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini. Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan

pembangunan.

3. Kawalan Mutu

Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian. Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) – menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur

kejururawatan dipraktikkan.

4. Latihan Kejururawatan

Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri.

Jururawat Pergigian U29

Jururawat adalah jururawat dari kelulusan Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Tugasnya adalah berbeza dari jururawat terlatih atau masyarakat. Gaji permulaan adalah RM1687. Antara tugas jururawat pergigian adalah:

Tugas-tugas Rawatan Pesakit1.Am

Perkhidmatan kesihatan oral kanak-kanak tadika, sekolah, kanak-kanak istimewa dan warga tua. Juga agensi kerajaan dan pusat-pusat kesihatan.

2.Diagnosis

Page 9: kerjaya jururawat

Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya.

3.Profilaksis

Pembersihan gigi termasuk prosedur penskoleran, pembersihan dan pengilapan bagi permulaan.

4.Restorasi

Menyedia kaviti dan membuat tempahan.

5.Cabutan gigi serta mengawal pendarahan setelah cabutan6.Rawatan lain mengikut arahan

Pendidikan Kesihatan Pergigian1.Melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah, pameran kempen kesihatan.

2.Menyediakan bahan-bahan pendidikan serta menggunakan alat pandang dengar.

3.Kaunseling

Penjagaan kesihatan Oral. Penjagaan di rumah (Home Care).

4.Kawalan Jangkitan5.Kejururawatan Komuniti6.Penyelidikan Sistem Kesihatan

Menganalisa kekurangan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.

7.Pentadbiran dan Pengurusan

Page 10: kerjaya jururawat

Penyelenggaraan, keselamatan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi. Memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Sapa-sapa yang berminat untuk menjadi seorang jururawat, mungkin boleh memahami tugas dan peluang kerjaya seorang jururawat melalui buku yang disediakan oleh KKM iaitu Kerjaya Jururawat. DOWNLOAD (ebook Kerjaya Jururawat ini telah dikemaskini pada 16/6/2014)

Pastikan adik memilih bidang kejururawatan ini kerana adik berminat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan bukannya sekadar ingin menjadi kakitangan kerajaan sahaja. Jika adik-adik tidak berminat, maka  masalah jururawat tak sopan, garang dan tidak profesional mungkin akan timbul. Kenapa? Ini disebabkan adik bekerja dalam keadaan tertekan kerana tidak berminat dengan tugas tersebut. Bayangkan kita melakukan sesuatu perkara yang kita tidak minat setiap hari, mesti stress kan?

Kan seronok kalau pesakit datang ke hospital atau klinik untuk mendapat rawatan, jururawat atau kakitangan lain memberikan senyuman dan layanan sebaik mungkin. InsyaAllah, pasti dapat mengurangkan serba sedikit kesakitan pesakit tersebut. Betul tak?

Maka, jadilah seorang jururawat yang penyayang dan profesional. Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia.

P/s: Oh ye, ada terjumpa satu ebook Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat di mana penulisnya merupakan salah seorang penjawat awam di KKM mendedahkan rahsia bagaimana boleh dapatkan jawatan jururawat tanpa guna Kabel atau orang dalam.  Klik Sini: Kerjaya Jururawat

Satu lagi panduan yang bagus kepada adik-adik yang ingin kerja di kerajaan, iaitu Rahsia Lulus Kerja Kerajaan Tanpa Sebarang Kabel.. eBook ini BESTSELLER sejak tahun 2009 lagi dan telah membantu ramai orang dapat kerja. Tapi kena baca dan praktiskan..

Page 11: kerjaya jururawat

Laluan kerjaya jururawat Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED [email protected]

KERJAYA sebagai jururawat memerlukan pengorbanan yang begitu tinggi. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab bagi keselamatan pesakit malah perlu memberi layanan yang baik sehingga pesakit benar-benar sembuh. Mereka juga perlu banyak bersabar menghadapi pelbagai ragam dan kerenah pesakit pada setiap hari bekerja.

Bukan itu sahaja, jururawat turut berperanan menangani kecemasan dalam semua keadaan yang membahayakan nyawa pesakit.

Mungkin disebabkan itulah, banyak orang mengatakan kerjaya sebagai jururawat adalah satu pekerjaan yang mulia.

SEMAKIN ramai pelajar memilih bidang kejururawatan.

Page 12: kerjaya jururawat

Hari ini, profesion jururawat tidak lagi dianggap sebagai satu kerjaya, tetapi juga sebagai satu pekerjaan yang penting dan mempunyai permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara.

Peranan mereka tidak hanya membantu doktor, sebaliknya perlu melaksanakan tugas merawat dan menjalankan prosedur klinikal dengan penuh profesional.

Tidak keterlaluan jika jururawat dikatakan berperanan dalam memastikan kelancaran tugasan doktor dan boleh dianggap sebagai tulang belakang kejayaan sesuatu operasi perubatan.

Kini, semakin ramai pelajar memilih bidang kejururawatan untuk memenuhi impian kerjaya masa depan sama ada di peringkat kolej mahupun universiti.

Justeru itu, pelancaran Kolej Integrasi Kejururawatan dan Kesihatan Bersekutu (ICAN) oleh sebuah syarikat yang memegang pelaburan dalam bidang pendidikan iaitu Prima Gading Corporation Sdn. Bhd., di Kuala Lumpur baru-baru ini benar-benar memberi peluang kepada golongan remaja yang berminat menceburkan diri dalam dunia kejururawatan.

KOLEJ ICAN memastikan para pelajarnya mendapat manfaat daripada pembelajaran dan memperoleh pekerjaan dalam bidang berkaitan.

Page 13: kerjaya jururawat

"ICAN merupakan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menyediakan pelbagai bidang pengajian berkaitan kesihatan.

"Kolej kejururawatan ini ditubuhkan pada tahun lalu, dan bakal melancarkan program baru Diploma Fisioterapi yang dijangka bermula pada Disember ini.

"ICAN menyediakan anda satu laluan kerjaya yang bermanfaat dalam industri penjagaan kesihatan sama ada untuk lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang telah bekerja dalam industri lain," kata Ketua Eksekutif ICAN, Kamariah Ali.

Menariknya, ICAN terdedah kepada persekitaran pembelajaran yang holistik. Ia juga direka untuk menarik pelajar daripada pelbagai latar belakang untuk memberi satu pengetahuan dan pengalaman yang berguna.

ICAN pada masa ini menawarkan empat program pengajian yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Malah, kolej yang terletak di Menara Maxisegar, Pandan Indah, Kuala Lumpur itu telah memperoleh status akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

"Selain Diploma Fisioterapi, antara program lain yang ditawarkan oleh ICAN adalah Diploma Farmasi, Diploma Kejururawatan dan Program Intensif Inggeris.

"ICAN turut bercadang menawarkan program-program pengajian seperti Diploma Teknologi Perubatan Makmal dan Sijil Sains," katanya lagi.

Jelasnya, program-program itu direka untuk membantu para pelajar memahami keperluan-keperluan bagi industri penjagaan kesihatan.

Sementara itu, Pengerusi Prima Gading Corporation Sdn. Bhd., Datuk Syed Ariff Fadzillah pula memberitahu, ICAN akan sentiasa mengutamakan aspek kualiti dan profesionalisma dalam segenap aspek pengendalian kolej.

"Sehingga kini, ICAN telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan bagi menggunakan hospital-hospital dan klinik-klinik di bawah kementerian itu di negeri Pahang bagi tujuan latihan praktikal para pelajarnya.

Page 14: kerjaya jururawat

ICAN menawarkan kemudahan pembelajaran yang terkini.

"ICAN komited dalam menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti melalui gabungan mantap kakitangan akademik dan bukan akademiknya," katanya.

Mereka yang mengikuti pengkhususan ini diberi latihan teori dan praktikal. Penekanan turut diberikan kepada subjek klinikal bagi melahirkan jururawat yang berkebolehan.

Sebagai satu disiplin praktikal, pelajar diberi pendedahan awal kepada pesakit secara berterusan, selain berpeluang melakukan penyelidikan kejururawatan dan proses kejururawatan.

Syed Ariff juga memberitahu, bagi memastikan daya saing dan kejayaan pelajar, ICAN memfokuskan kepada kualiti pengajaran, amalan-amalan mahir dan kemudahan-kemudahan perubatan yang terkini.

Page 15: kerjaya jururawat

Kolej itu juga akan memastikan para pelajarnya mendapat manfaat daripada pembelajaran di ICAN dan seterusnya memperoleh pekerjaan dalam bidang berkaitan.

Majlis pelancaran ICAN pada hari itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan yang diwakili oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan, Nik Noraihan Thani Nik Hassan Thani.

Majlis turut menyaksikan pelancaran logo rasmi ICAN serta lawatan ke premis kolej oleh wakil timbalan menteri berkenaan dengan diiringi oleh Syed Ariff dan Kamariah bagi melihat kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0818&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_06.htm#ixzz3Ue9oD4SW Hakcipta terpelihara