kerjasama antarabangsa - sc.com.my · pdf filedan memainkan peranan aktif dalam organisasi...

8
Kerjasama Antarabangsa

Upload: hoangduong

Post on 03-Mar-2018

225 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerjasama Antarabangsa - sc.com.my · PDF filedan memainkan peranan aktif dalam organisasi tersebut, ... kualiti institusi tadbir urus sesebuah negara juga penting ... akhir Wawasan

Kerjasama Antarabangsa

Page 2: Kerjasama Antarabangsa - sc.com.my · PDF filedan memainkan peranan aktif dalam organisasi tersebut, ... kualiti institusi tadbir urus sesebuah negara juga penting ... akhir Wawasan

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2004

KERJASAMA ANTARABANGSA2-86

KERJASAMA ANTARABANGSA

Berdasarkan pembangunan pasaran yang pesat sertapengawalseliaan dan gerak balas dasar antarabangsa,Suruhanjaya amat menyedari betapa mustahakpenglibatannya dalam proses ke arah output piawaiansejagat, amalan terbaik dan rangka kerja pelbagai hala.

Peningkatan aktiviti rentas sempadan dalam bidangdagangan dan pelaburan memerlukan usaha kerjasama danperjanjian dua hala bagi memperketat fungsi kawal selia,di samping menggalakkan dan mengintegrasikan aktivitipelaburan merentasi sempadan. Pelbagai perjanjianperdagangan bebas dan MoU kawal selia dirundingkanpada tahun 2004.

Suruhanjaya beriltizam untuk menjalin kerjasamaantarabangsa dan perkongsian maklumat, dan telah punmemberikan dan memperoleh manfaat daripada inisiatiftersebut. Pada tahun 2004, Suruhanjaya meneruskanpenyertaan aktifnya dalam arena pengawalseliaan danpembuatan dasar antarabangsa melalui pelbagai saluran,umpamanya melalui penyertaan langsung, mempengerusikandan menerajui kumpulan kerja khusus, keahlian sebagaipemerhati, dan juga memberikan pandangan dan maklumatmelalui proses runding cara. Terutamanya, Program PasaranBaru Muncul bagi pengawal selia sekuriti anjuran tahunanSuruhanjaya bagi peserta pihak kuasa pasaran baru muncultelah mendapat pengiktirafan selanjutnya apabila ia ditauliahioleh Kerajaan Malaysia sebagai Program Kerjasama TeknikalMalaysia pada tahun 2004.

Suruhanjaya terlibat dalam banyak forum antarabangsa,terutamanya di IOSCO, juga dalam forum lain sepertiASEAN, APEC dan WTO. Selain komitmennya terhadappertubuhan pelbagai hala, Suruhanjaya telah jugamenyalurkan sumber bagi mempertingkat hubungan duahala dengan pasaran dan pengawal selia serantau.Suruhanjaya juga terus menyediakan maklumat terkini dansignifikan kepada pelabur antarabangsa dan pelbagaikepentingan melalui penerbitan berita suku tahunan.

PERTUBUHAN ANTARABANGSASURUHANJAYA SEKURITI

IOSCO kini merupakan forum kerjasama sedunia yangpaling penting bagi agensi pengawalseliaan sekuriti.Keahliannya yang terus berkembang pesat – kini mencecah181 ahli – mengawal selia lebih daripada 90% pasaransekuriti dunia.

Antara pencapaian terbaru IOSCO ialah penerimaan satuset menyeluruh Objektif dan Prinsip bagi PengawalseliaanSekuriti (Prinsip IOSCO) pada tahun 1998 yang kinidiiktiraf oleh masyarakat kewangan dunia sebagai satuukur rujuk bagi semua pasaran, sokongan pada tahun 2002bagi MoU pelbagai hala (MoU IOSCO) yang dirancangbertujuan membantu penguatkuasaan dan pertukaranmaklumat antara pengawal selia sekuriti, dan kelulusan padatahun 2003 terhadap satu pengkaedahan menyeluruh(Pengkaedahan Penilaian IOSCO) sebagai pemboleh satupenilaian objektif terhadap tahap pelaksanaan PrinsipIOSCO dalam bidang kuasa ahli IOSCO sertapembangunan tindakan praktikal yang direka khususbertujuan membetulkan sebarang bentuk kekuranganyang dikenal pasti.

Suruhanjaya yang menganggotai IOSCO sejak tahun 1994dan memainkan peranan aktif dalam organisasi tersebut,dengan memegang jawatan pengerusi bagi JawatankuasaPasaran Baru Muncul (1996–1999), Pengerusi bagiJawatankuasa Serantau Asia Pasifik (2000–2004), Pengerusibagi Pasukan Petugas Pasaran Modal Islam (2002-hinggakini) dan Pengerusi bagi Kumpulan Kerja PengawalseliaanPasaran Sekunder bagi Jawatankuasa Pasaran Baru Muncul(1994-hingga kini). Suruhanjaya juga menjadi ahliJawatankuasa Eksekutif (1996–2004) yang merupakanbadan terbesar pembuat keputusan dalam IOSCO.

Aktiviti yang dilaksanakan bawah bidang kuasa PasukanPetugas ICM IOSCO dijelaskan dalam bab Tinjauan PasaranModal Islam.

Page 3: Kerjasama Antarabangsa - sc.com.my · PDF filedan memainkan peranan aktif dalam organisasi tersebut, ... kualiti institusi tadbir urus sesebuah negara juga penting ... akhir Wawasan

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2004

KERJASAMA ANTARABANGSA 2-87

IOSCO – APRC

APRC secara aktif menggalakkan dan memudahcarakankerjasama serta pertukaran maklumat antara pengawalselia sekuriti serantau bagi mencapai pengawalseliaan danpenguatkuasaan pasaran modal serantau yang berkesan.Suruhanjaya mengakhiri jawatan pengerusi APRC padatahun 2004, dituruti dengan pemilihan Monetary Authorityof Singapore (MAS) sebagai pengerusi baru APRC.

APRC bersidang sebanyak tiga kali pada tahun 2004,yang berlangsung di Wellington, Amman dan Singapura.Fokus APRC pada tahun 2004, antara lain, termasuktajuk seperti langkah perlindungan pelabur, programlatihan serantau bersepadu bagi pengawal selia, capaianbursa serta hal penguatkuasaan berhubung manipulasipasaran dan peranan media. Suruhanjaya buat masa inimengetuai projek yang memberi fokus kepada mengenalpasti dan memenuhi keperluan membina keupayaananggota APRC sebagai satu cara menggalakkan kerjasamalanjut dalam APRC.

APRC juga diwakili dalam jawatankuasa penting lainIOSCO melalui keanggotaannya yang boleh mendudukiJawatankuasa Eksekutif, Jawatankuasa Teknikal danJawatankuasa Pasaran Baru Muncul (EMC).

IOSCO – Kumpulan Kerja PengawalseliaanPasaran Sekunder EMC

Kumpulan Kerja EMC (Kumpulan Kerja) mengenaiPengawalseliaan Pasaran Sekunder dipengerusikan olehPengarah Bahagian Strategi dan Pengurusan RisikoSuruhanjaya. Kumpulan Kerja ini mempunyai 30 ahli agensipengawal selia pasaran baru muncul, dan membincangkanpelbagai isu berkaitan dengan pasaran sekuriti.

Mandat Kumpulan Kerja itu buat masa ini berhubung kaitdengan demutualisasi bursa saham. Skop mandat tersebutadalah untuk berkongsi pengalaman demutualisasi bursadi bursa-bursa pasaran maju dan pasaran baru muncul bagimenyediakan penilaian terhadap implikasi pelaksanaandemutualisasi bagi bursa pasaran baru muncul.

Sebagai sebahagian daripada program kerja mandat,Kumpulan Kerja menganjurkan satu kolokium mengenai

demutualisasi bertempat di Jakarta pada bulan Oktober2004. Bapepam, Indonesia telah menjadi tuan rumahkepada kolokium tersebut. Semasa kolokium, perwakilandari Bursa Singapura, Bursa Malaysia, Bursa SahamTokyo dan Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australiamembentangkan pengalaman masing-masing dalamdemutualisasi, serta isu kritikal berhubung denganstruktur demutualisasi dan perkembangan bursa selepasdemutualisasi. Kolokium itu terbukti berjaya menyediakanmaklumat langsung serta perbincangan bermakna bagimandat Kumpulan Kerja.

Bidang yang diberi tumpuan dalam draf laporanKumpulan Kerja termasuk satu analisis isu berkaitanpengawalseliaan dan isu lain seperti asas pasaran sebagaiprasyarat kepada demutualisasi, merangka struktur prosesdemutualisasi yang berkesan serta isu pelaksanaan berhubungdemutualisasi. Draf laporan dijangka siap untuk dimajukanbagi penerimaan oleh EMC pada mesyuaratnya pada tahun2005 di Colombo, Sri Lanka.

Suruhanjaya ialah ahli Jawatankuasa Bertindak 2 bagiJawatankuasa Teknikal (SC2) disebabkan Suruhanjayamempengerusikan WG2. SC2 menerbitkan dua laporanpada tahun 2004 – Transparency of Corporate BondMarkets dan Stock Repurchase Programs.

IOSCO – PASUKAN PETUGAS EMC TERHADAPTADBIR URUS KORPORAT

Kepentingan tadbir urus korporat sudah mapan danmenjangkaui sektor korporat dalam ekonomi yangsedang membangun, mengalami peralihan dan barumuncul. Ketika tadbir urus korporat ditekankan bagisektor korporat kerana kesannya terhadap ekonomi negara,kualiti institusi tadbir urus sesebuah negara juga pentinguntuk pembangunan nasional.

Oleh itu, IOSCO EMC berpendapat bahawa amat mustahakmeneliti semua isu tersebut, dan mencadangkan satu rangkakerja untuk ahli bagi memastikan nilai korporat berfungsisecara berhubung kait dengan berkesan bagi mewujudkannilai untuk semua pemegang saham, daripada pemegangsaham korporat hinggalah kepada masyarakat umum.Pasukan Petugas Tadbir Urus Korporat diwujudkan hasildaripada mesyuarat EMC yang diadakan di Seoul pada

Page 4: Kerjasama Antarabangsa - sc.com.my · PDF filedan memainkan peranan aktif dalam organisasi tersebut, ... kualiti institusi tadbir urus sesebuah negara juga penting ... akhir Wawasan

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2004

KERJASAMA ANTARABANGSA2-88

penghujung tahun 2003 untuk meneliti bagaimanapengawal selia boleh memperbaiki penguatkuasaan awam

dan persendirian terhadap tadbir urus korporat. Pasukanpetugas itu, dipengerusikan oleh Lembaga Sekuriti dan BursaIndia, dianggotai ahli dari Bahrain, Bermuda, Federal

Republic of Bosnia and Herzegovina, Indonesia, Jordan,Malaysia, Nigeria, Pakistan, Sri Lanka dan Turki.

Mandat Pasukan Petugas itu ialah–

• mengenal pasti alat dan strategi yang dirancang untuk

meningkatkan pengiktirafan nilai tadbir urus yangbaik dan kesedaran terhadap risiko yang kompleks(misalannya, “jurang pengetahuan”);

• menilai impak kod tadbir urus korporat yang ada kinidan mengemukakan cadangan bagi pembaharuan

tadbir urus korporat kepada prinsip yang “wajar dankukuh”; dan

• mencadangkan cara yang boleh mewujudkan mekanisme

penguatkuasaan pengawalseliaan awam dan persendirianyang berkesan dengan fokus terhadap faedah kos bagipenguatkuasaan.

Pasukan petugas pada masa ini sedang menyediakan laporanyang menjelaskan tentang mekanisme tadbir urus korporat

dalam bidang kuasa EMC. Selain itu, Pasukan Petugas jugamerancang untuk mengadakan perjumpaan meja bulat untukmemudahcarakan dialog antara pengawal selia dan korporat

dengan objektif bagi menimbulkan dan mengenal pasticabaran yang dihadapi oleh pengawal selia dan masyarakatperniagaan dalam bidang tadbir urus korporat.

ASEAN

Forum Pasaran Modal ASEAN

Suruhanjaya meneruskan penglibatan rapat dalam prosesASEAN, sebagai sebahagian daripada program kerjaantarabangsanya. Suruhanjaya menyediakan input dan

sokongan kepada Kementerian Kewangan dalam banyak isuberhubung dengan pasaran modal yang dibincangkan sesamaASEAN.

Pada tahun 2004, Suruhanjaya mencadangkan kepadaKementerian Kewangan supaya membentangkan cadangan

pada Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN bagimembentuk satu forum untuk pengawal selia sekuriti.Seterusnya, Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) telah

dibentuk dan mengandungi pengawal selia utama pasaransekuriti ASEAN. Forum ini menumpukan kepadapembangunan pasaran modal serantau dengan matlamat

untuk menganalisis isu-isu penting, dan lebih mustahak lagi,mendapatkan pandangan sebulat suara dalam menanganicabaran pasaran modal serantau yang kritikal.

Antara bidang tugas yang dijalankan bawah ASEAN danACMF termasuklah–

• pengharmonian standard perakaunan – Pada tahun 2004,Suruhanjaya menerajui satu projek bagi pakatan satu

standard perakaunan dan audit di ASEAN. Projek iniialah hasil daripada mesyuarat ACMF di Bangkok padabulan Jun 2004 yang, antara lain, meneliti pelbagaibidang yang memerlukan pengharmonian termasuklah

standard perakaunan dan audit, dengan hasrat untukmenggalakkan integrasi serantau dan dagangan antaraserantau, di samping memaksimumkan nilai ASEAN

sebagai satu kelas aset tersendiri dan akhirnya,meningkatkan daya saing ASEAN secara global. Projekini memerlukan soal selidik an laporan mengenai tahap

pakatan di kalangan negara-negara ahli. Menteri-menteriKewangan ASEAN dijangka membincangkan perkara inilebih lanjut pada bulan April 2005;

• ASEAN 100 – Ini ialah inisiatif yang diterima padaMesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN 2004,

dan diterajui oleh Suruhanjaya bersama denganSuruhanjaya Bursa dan Sekuriti Thailand. Projek inibermatlamat untuk menjenamakan ASEAN sebagai

satu kelas aset, memperluas pendedahan syarikat-syarikat ASEAN, memudahcarakan pelaburan dalamsyarikat-syarikat ASEAN dan bertindak sebagai ukur

rujuk bagi prestasi ASEAN. Pada masa ini, projek tersebutmempromosikan syarikat-syarikat utama rantau inikepada pelabur asing melalui himpunan senarai 100

Syarikat Teratas ASEAN. Syarikat-syarikat ASEANdimasukkan dalam senarai ini berdasarkan satu set kriteriayang telah ditetapkan. Senarai 100 ASEAN ini dijangka

diperkenalkan pada tahun 2006;

Page 5: Kerjasama Antarabangsa - sc.com.my · PDF filedan memainkan peranan aktif dalam organisasi tersebut, ... kualiti institusi tadbir urus sesebuah negara juga penting ... akhir Wawasan

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2004

KERJASAMA ANTARABANGSA 2-89

• Pasukan Petugas ASEAN bagi Pautan – Persaingan sengitbagi kecairan dalam pasaran global menyebabkan

berlaku gelombang penggabungan dalam industribursa pada akhir 1990an. Perubahan ini mempunyaiimplikasi terhadap pasaran sekuriti di Asia, termasuk

ASEAN. Sebagai sebahagian daripada kerjasamaASEAN dalam menempatkan pasarannya mendahuluicabaran ini, Menteri-menteri Kewangan ASEAN

bersetuju menubuhkan satu pasukan petugas bagimeneliti cara untuk memeterai perjanjian dan pautandalam lingkungan pasaran sekuriti ASEAN. Pasukan

petugas ini akan mengemukakan cadangan mengenaicara yang boleh dilakukan bagi kerjasama dan bantuanteknikal untuk ahli-ahli ASEAN yang sedang

membangunkan pasaran sekuriti mereka; dan

• Seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan ASEAN –

Suruhanjaya terlibat secara aktif dalam membangunkanprogram seminar yang julung kali diadakan iaituSeminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan ASEANyang berlangsung di New York pada bulan September

2004. Suruhanjaya juga terlibat secara aktif dalammerangka draf Laporan Ekonomi ASEAN, yangdikeluarkan sempena seminar tersebut. Seminar itu

mendapat sambutan baik dan dijangka menjadi acaratahunan.

Perjanjian Rangka Kerja Perkhidmatan ASEAN

Suruhanjaya memberi sokongan kepada KementerianKewangan dalam rundingan bagi liberalisasi perdagangandalam perkhidmatan kewangan di rantau ASEAN.

Rundingan ini tertakluk kepada Perjanjian Rangka KerjaPerkhidmatan (AFAS) yang diketuai oleh Thailand,lanjutan kepada Jawatankuasa Kerja Liberalisasi

Perkhidmatan Kewangan ASEAN, bawah naungan ProsesMenteri Kewangan ASEAN. Rundingan itu, yang telahdilancarkan semasa Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN

keenam di Yangon pada 6 April 2002, kini pada peringkatpusingan ketiga. Suruhanjaya kini membuat persiapan bagirundingan pusingan keempat, yang dijangka bermula pada

tahun 2005 dan berakhir pada tahun 2007.

ASEAN – Program Tindakan Vientiane

Program Tindakan Vientiane (VAP) telah ditandatanganioleh para pemimpin ASEAN semasa Persidangan KemuncakASEAN ke-10 di Laos pada 29–30 November 2004. VAP,

merangkumi tempoh dari tahun 2004 hingga 2010,merupakan pelan pengganti kepada Pelan Tindakan Hanoiyang berakhir pada tahun 2004, menuju ke arah matlamat

akhir Wawasan ASEAN 2020. ASEAN 2020 bermatlamatmembina masyarakat ASEAN yang terbuka, dinamik danbersemangat waja menjelang tahun 2020.

Sungguhpun perkhidmatan kewangan tidak termasuk dalam11 sektor keutamaan asal yang dikenal pasti bawah rangka

kerja VAP untuk integrasi sepenuhnya menjelang tahun2010, namun usaha kukuh sedang diambil bagipembentukan asas integrasi perkhidmatan kewangan

menjelang tahun 2020. Bawah VAP, kerjasama kewanganberhasrat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dankestabilan kewangan serantau melalui pengukuhanmekanisme pengawasan, peningkatan sistem kewangan

domestik, dan memudahcarakan perkembangan sertaintegrasi pasaran kewangan secara teratur sebagai sebahagiandaripada hala tuju ke arah Integrasi Monetari dan Kewangan

ASEAN.

Inisiatif Pasaran Bon Asia

Pegawai-pegawai ASEAN+3 menempa kemajuan penting

pada tahun 2004 bagi mencapai objektif Inisiatif PasaranBon Asia (ABMI). ABMI ialah usaha permuafakatan anggotanegara Asia Timur, bertujuan menubuhkan satu mekanisme

serantau untuk menggalakkan pembangunan pasaran bonserantau yang cekap dan cair di Asia. Pembentukan pasaranbon Asia akan menyumbang kepada kestabilan kewangan

di rantau ini dengan membolehkan penggunaan tabunganAsia untuk pelaburan Asia. ABMI juga dilengkapkan lagidengan tertubuhnya Dana Bon Asia, yang diterajui oleh

Mesyuarat Eksekutif Kumpulan Bank Pusat Asia Timur danPasifik (EMEAP) bagi menjalin permintaan atas dana yangdikeluarkan oleh entiti kerajaan dan korporat serantau.

Page 6: Kerjasama Antarabangsa - sc.com.my · PDF filedan memainkan peranan aktif dalam organisasi tersebut, ... kualiti institusi tadbir urus sesebuah negara juga penting ... akhir Wawasan

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2004

KERJASAMA ANTARABANGSA2-90

Malaysia komited sepenuhnya ke arah mempercepatpembangunan pasaran bon dalam negara sealiran dengan

ABMI. Dalam hal ini, Suruhanjaya telah menganjurkansatu persidangan pasaran bon antarabangsa di Kuala Lumpurpada 29 Mac 2004, dengan objektif untuk menyerlahkan

isu dasar dan cabaran yang perlu ditangani oleh pembuatdasar serantau dan peserta pasaran bagi melangkah kehadapan bersama ABMI.

Pelbagai kajian, projek penyelidikan dan program pembinaankeupayaan juga telah dilakukan oleh pegawai ASEAN+3,

dengan bantuan Bank Pembangunan Asia (ADB) danSekretariat ASEAN, bagi meletakkan asas yang kukuhbagi pembangunan pasaran bon di rantau ini. Pencapaian

penting oleh ABMI pada tahun 2004 termasuklah yangberikut:

• pengeluaran bon denominasi ringgit oleh ADB danPertubuhan Kewangan Antarabangsa (IFC) di Malaysia;

• pembentukan rentas sempadan obligasi bon sandaran

(collaterised bond obligations atau CBO) denominasi yenoleh kerajaan Jepun dan Korea, yang bon dasarnya berasaldaripada syarikat Korea manakala CBO berkenaan

dijamin oleh institusi kewangan milik kerajaan Jepun;

• peruntukan jaminan kredit oleh Bank Jepun bagi

International Cooperation and Nippon Export andInvestment Insurance bagi bon keluaran syarikatmultinasional Asia di negara-negara Asia; dan

• Pelancaran Tapak Web Dalam Talian Bon Asia oleh ADB

Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik

Proses Menteri Kewangan APEC 2003 mencapaikemuncaknya dalam Mesyuarat Menteri-menteri KewanganAPEC ke-11 yang diadakan pada 2–3 September 2004 di

Santiago, Chile. Malaysia diwakili oleh KementerianKewangan, Suruhanjaya dan BNM. Peranan Suruhanjayaialah menerajui dan/atau menasihati mengenai isu pasaran

modal dan inisiatif yang dibincangkan dalam mesyuarat.

Tema dasar yang dipilih ialah–

• “Dasar Fiskal bagi Pertumbuhan dan Kestabilan dalamRantau APEC Terbuka”; dan

• “Pembinaan Institusi dalam Dunia yang Aliran ModalBebas dan Aliran Modal Mudah Ubah: Maju KeHadapan Tahun 2020”.

Perbincangan berhubung dengan tema dasar pertamadifokuskan kepada, antara lain, peranan dasar fiskal dalam

mengekalkan kestabilan pembangunan dan ekonomi padajangka masa pendek, sederhana dan panjang, serta disiplinfiskal dan bagaimana ia boleh dicapai.

Bawah tema kedua, para Menteri tersebut menekankankepada rangka kerja pengawalseliaan dan institusi yang perlu

diterima pakai bagi meningkatkan daya ketahanan ekonomidalam menghadapi aliran modal yang mudah ubah dan kesanaliran modal ke atas kestabilan ekonomi makro.

Para Menteri Kewangan itu juga menerima laporan kemajuanbagi inisiatif dasar yang merangkumi Pelan TindakanSukarela bagi Menyokong Aliran Modal Lebih Bebas dan

Stabil, yang diketuai oleh Kanada, New Zealand dan Chile.Dua dialog dasar yang diadakan bawah inisiatif ini ialahinsurans deposit dan penzahiran kewangan.

Suruhanjaya turut serta dalam Dialog Dasar APEC bagiPenzahiran Kewangan yang diadakan di Kuala Lumpur pada

18–20 Februari 2004. Dialog itu dipengerusikan bersamaoleh Kementerian Kewangan Chile dan Reserve Bank of NewZealand, dengan BNM selaku tuan rumah. Dialog itu

membincangkan tentang kepentingan penzahiran bermututinggi dalam sektor korporat dan kewangan, dan caramenggalakkan penzahiran tersebut.

Inisiatif Latihan Pengawal Selia Kewangan(FRTI) yang diketuai oleh ADB dan AS

Pada mesyuarat FRTI tanggal 19 Julai 2004 di Manila,

Filipina, kumpulan petugas bersetuju dengan cadangansupaya jawatan pengerusi bagi kumpulan petugas bertukarsetiap tempoh dua tahun. Malaysia telah dilantik sebagai

Page 7: Kerjasama Antarabangsa - sc.com.my · PDF filedan memainkan peranan aktif dalam organisasi tersebut, ... kualiti institusi tadbir urus sesebuah negara juga penting ... akhir Wawasan

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2004

KERJASAMA ANTARABANGSA 2-91

pengerusi bagi tempoh 2004–2006. Suruhanjaya akanmengawasi komponen latihan pasaran kewangan dan BNM

akan mengawasi komponen penyeliaan bank.

Inisiatif Perintis Tadbir Urus Korporat

Suruhanjaya menyediakan laporan dan kajian kes terhadap

pencapaian atau pelan untuk reformasi tadbir uruskorporat di Malaysia bagi pihak Kementerian Kewangan.Laporan dan kajian kes itu menyumbang ke arah

Laporan Inisiatif Perintis APEC Terhadap Tadbir UrusKorporat yang dibentangkan pada mesyuarat Menteri-menteri Kewangan. Ahli Kumpulan Teras Inisiatif

itu termasuklah Australia, Korea, Malaysia, Mexico, NewZealand dan Singapura. Perintis tersebut merupakanproses tinjauan setara yang bertujuan menggalakkan

lebih banyak penyertaan dalam proses IMF dan Reports onthe Observance of Standards and Codes (ROSC) BankDunia, serta laporan mengenai pencapaian ahli atau pelanbagi reformasi tadbir urus korporat.

ORGANISASI KERJASAMA DANPEMBANGUNAN EKONOMI

Suruhanjaya menyediakan satu kertas mengenai isu-isu

dan cabaran dalam membangunkan keupayaan institusidan pengawalseliaan dalam penguatkuasaan agensi diPersidangan Meja Bulat Asia OECD yang Ke-6

Mengenai Tadbir Urus Korporat. Persidangan itu diadakandi Seoul pada bulan November 2004 dan memberi fokuske atas isu pelaksanaan dan penguatkuasaan dalam

tadbir urus korporat. Persidangan Meja Bulat TadbirUrus Asia OECD Mengenai Tadbir Urus Korporattelah ditubuhkan pada tahun 1999 dan menyediakan

platform untuk penggubal dasar, pengawal selia,pemimpin perniagaan, serta pakar serantau dan antarabangsauntuk berbincang secara kolektif mengenai pendekatan

ke arah memperbaiki tadbir urus korporat dalam ekonomianggota bukan OECD.

INISIATIF PROMOSI DAN KOMUNIKASIANTARABANGSA

Jerayawara Antarabangsa

Suruhanjaya telah dijemput menyertai beberapa jerayawarasepanjang tahun 2004. Hala tuju dan matlamat utama bagijerayawara itu adalah untuk menyediakan maklumat

mengenai perkembangan mutakhir dalam pasaran modalMalaysia kepada kumpulan antarabangsa (pengawal selia,bursa dan pelabur). Jerayawara telah diadakan di Australia

(Ogos), Indonesia (September) dan London (Oktober).

Suruhanjaya juga, berganding sama dengan Menteri

Kewangan Kedua Malaysia, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop,menyertai perjumpaan Menteri-menteri KewanganASEAN dan seminar yang julung kali diadakan iaitu

Seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan ASEAN diNew York, AS pada 29 September 2004.

Tema seminar pelaburan tersebut ialah “Harapan ASEAN”.

Tajuk persidangan termasuklah Perubahan Ekonomidan Integrasi Serantau dalam Asia, Sektor PembangunanASEAN dan Pasaran Modal ASEAN. Menteri-menteri

Kewangan ASEAN bertemu dengan lebih daripada 200orang pelabur dan pengurus dana antarabangsa dalam sesipanel awam dan sesi negara khusus. Anjuran bersama JP

Morgan, acara yang mendapat sambutan baik pelaburdaripada pelbagai industri itu menyorot minat mendalampasaran baru muncul di Asia Tenggara.

Mesyuarat Dua Hala Dengan Singapura

Suruhanjaya menjadi tuan rumah bagi mesyuarat dua halayang pertama bersama Monetary Authority of Singapore (MAS)

pada 27 Julai 2004. Mesyuarat dua hala tersebutmembincangkan cara menggalakkan kerjasama lebih eratdan bantuan antara Suruhanjaya dan MAS bagi mengawal

selia serta menggalakkan perkembangan pasaran modalantara dua negara tersebut, juga serantau. Antara lain,

Page 8: Kerjasama Antarabangsa - sc.com.my · PDF filedan memainkan peranan aktif dalam organisasi tersebut, ... kualiti institusi tadbir urus sesebuah negara juga penting ... akhir Wawasan

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2004

KERJASAMA ANTARABANGSA2-92

MAS berkongsi pengalamannya dalam menyeliapembentukan struktur dan pelaksanaan pautan dagangan

rentas Bursa Singapura – Bursa Saham Australia, juga isukawal selia yang mungkin timbul kesan daripada pautandagangan Bursa Malaysia – Bursa Singapura. Mesyuarat dua

hala akan datang dengan MAS dijadualkan pada bulanFebruari 2005.

Capital.My

Capital.My, surat berita suku tahunan terbitan Suruhanjaya,menyediakan laporan kemas kini mengenai perkembanganmutakhir dalam pasaran modal Malaysia. Dilancarkan

pada bulan Julai 2003, empat keluaran surat beritatersebut telah diterbitkan pada tahun 2004 bagi bulanJanuari, April, Julai dan Oktober. Antara tajuk yang

dimuatkan dalam tahun 2004 termasuk fasa selanjutnyabagi CMP, kemas kini bagi ICM, pindaan kepada undang-undang sekuriti, sorotan penting penguatkuasaan,prestasi suku tahunan pasaran, pengumuman belanjawan

negara dan langkah-langkah liberalisasi pasaran modal.Surat berita ini telah mendapat sambutan baik daripadapelabur antarabangsa dan pengawal selia sejagat.

PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN BANTUANKEPADA RAKAN SEJAWATAN ASING

Memorandum Persefahaman

Menandatangani MoU dengan rakan pengawal selia asingmerupakan sebahagian penting daripada penekanan

Suruhanjaya terhadap kerjasama antarabangsa. Sejak lama,Suruhanjaya telah menguntukkan sumber keperluan bagimembina hubungan dengan pengawal selia sekuriti lain dan

kini menikmati hubungan erat dengan pengawal selia sekuritidi serata dunia. Pada tahun 2004, Suruhanjayamenandatangani MoU dengan Suruhanjaya Sekuriti New

Zealand, Suruhanjaya Pengawasan Kewangan Korea danComissao do Mercado de Valores Mobilarios Portugal,menjadikan jumlah MoU ditandatangani kini sebanyak 22.

Selain itu, sebagai sokongan terhadap hasrat kerajaan untukmeningkatkan lagi kerjasama dan perikatan dengan rakan

niaga utama, Suruhanjaya menyediakan input pasaranmodal terhadap perundingan dua hala kerajaan ke kerajaan.Malaysia, secara sendiri atau bersama negara anggota

ASEAN, telah memulakan pelbagai rundingan dua halauntuk kerjasama teknikal, perkongsian maklumat dan aksespasaran/liberalisasi dengan Jepun dan China, manakala

perbincangan awal telah diadakan dengan New Zealand,Australia, AS dan Korea.

Aktiviti Lain

Sepanjang tahun ini, Suruhanjaya menjadi tuan rumahkepada 24 lawatan oleh badan pengawalselian asing,organisasi antarabangsa dan badan sektor swasta asing lain

yang meminta maklumat umum, bantuan teknikal khusus,atau bertukar-tukar pendapat mengenai isu tertentu, jugalawatan sambil belajar dan perkhidmatan sandaran.Suruhanjaya menerima pelawat, antaranya daripada

Kemboja, Thailand, Hong Kong, New Zealand, Kazakhstan,Australia, Nigeria, Kanada, India, Jepun, Korea, UK danAS. Suruhanjaya terus mengamalkan dasar terbuka bagi

menerima pelawat pengawalseliaan asing dan industri untukmemudah cara pertukaran idea dan kepakaran, lantasmempertingkat interaksi antarabangsa dengan masyarakat

pasaran sekuriti.

Selain itu, Suruhanjaya turut menerima dan menjawab

81 permintaan maklumat, termasuk maklumat berkaitandengan penguatkuasaan dan pelesenan. Semasamelaksanakan fungsinya, Suruhanjaya turut membuat 72

permintaan maklumat daripada rakan kawal selia asing.Kebolehan untuk bertukar-tukar maklumat kritikalmenambahkan lagi keberkesanan pengawalseliaan,

serta dapat dilakukan melalui MoU yang formal dikalangan pengawal selia, serta keanggotaan dalam platformpelbagai hala antarabangsa seperti IOSCO yang

menghimpunkan pengawal selia ke arah mencapai matlamatbersama.