kerja sepasukan

3
Kerja sepasukan membawa maksud saling bantu membantu kearah menuju target/ matlamat atau KPI yang dirancang. Kepimpinan akan berlaku apabila seseorang itu berjaya mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapajan sesuatu objektif tertentu. Yang membezakan kepimpinan dengan fungsi pengurusan amnya ialah tugas-tugas mendorong, memujuk dan mempengaruhi yang bercorak peribadi. Umpamanya, di dalam tugas-tugas inerancang atau membaca laporan, mereka tidak melibatkan interaksi peribadi. Kepimpinan pula terdiri daripada interaksi-interaksi kelakuan dengan rakan-rakan sekerja, pekerja-pekerja bawahan, ketua, para pelanggan dan pihak-pihak lain. Boleh dikatakan bahawa di mana wujudnya seorang pengurus yang berkesan di dalam suatu sistem pengurusan yang cekap, di situ juga akan terdapat seorang pemimpin yang berkesan. Pada pendapat saya, kerja sepasukan sangat memberi impak kepada sesuatu organisasi. Ini adalah kerana apabila kita berkerja dalam sesuatu kumpulan, idea dan kelemahan sesuatu projek akan nampak dengan lebih jelas. Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Antara ciri2 sebuah pasukan adalah:

Upload: zuraidah-ahmad

Post on 18-Jun-2015

27 views

Category:

Lifestyle


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja sepasukan

Kerja sepasukan membawa maksud saling bantu membantu kearah menuju target/ matlamat

atau KPI yang dirancang. Kepimpinan akan berlaku apabila seseorang itu berjaya

mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapajan

sesuatu objektif tertentu. Yang membezakan kepimpinan dengan fungsi pengurusan amnya

ialah tugas-tugas mendorong, memujuk dan mempengaruhi yang bercorak peribadi.

Umpamanya, di dalam tugas-tugas inerancang atau membaca laporan, mereka tidak

melibatkan interaksi peribadi. Kepimpinan pula terdiri daripada interaksi-interaksi kelakuan

dengan rakan-rakan sekerja, pekerja-pekerja bawahan, ketua, para pelanggan dan pihak-pihak

lain. Boleh dikatakan bahawa di mana wujudnya seorang pengurus yang berkesan di dalam

suatu sistem pengurusan yang cekap, di situ juga akan terdapat seorang pemimpin yang

berkesan.

Pada pendapat saya, kerja sepasukan sangat memberi impak kepada sesuatu organisasi. Ini

adalah kerana apabila kita berkerja dalam sesuatu kumpulan, idea dan kelemahan sesuatu

projek akan nampak dengan lebih jelas. Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada

pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas

secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada

gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari

segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan

komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.

Antara ciri2 sebuah pasukan adalah:

1. Ketua.

Mestu tahu membuat keputusan

Mempunyai matlamat

Tahu bagaimana unti membuat penentuan kerja

Seorang yang boleh Kerjasama

Seorang yang bijak betrKomunikasi

Memantau hasil kerja

Membuat Penilaian

Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber

kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan

yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara

bersendirian. Lapan nilai2 utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara

berpasukan iaitu:

Page 2: Kerja sepasukan

1. Matlamat sama

2. Tanggungjawab bersama

3. Saling percaya mempercayai

4. Berkongsi idea

5. Saling bantu membantu

6. Bertolak ansur

7. Musyawarah

8. Kerjasama

Sering kali wujud kekeliruan antara kerja berpasukan dengan kerja berkumpulan. perlu

dipastikan bahawa kedua-dua istilah ini berbeza. Kerja dalam kumpulan belum tentu membawa

maksud kerja sepasukan. Terdapat banyak jenis kerja yang dilakukan oleh individu dalam

kumpulan tetapi ia belum menjadi kepada contoh kepada kerja berpasukan kerana:

“Kerja berkumpulan menumpukan kepada kerja masing2 tetapi secara beramai-ramai setiap

orang telah ditetapkan kerja yang mesti di siapkan. Malah seseorang dalam kumpulan hanya

menerima arahan daripada ketua serta tidak terlibat di dalam menentukan sebarang 

Pengurus selaku pemimpin, boleh memberi kebebasan dan penglibatan yang lebih kepada staf

di bawah arahannya apabila terdapat para pekerja tersebut mempanyai sifat berikut:

(a) Mahukan tanggungjawab membuat keputusan;

(b) Inginkan kebebasan bertindak dan berdikari;

(c) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi

untuk mengendalikan dan menyelesaikan masalah dengan cekap;

(d) Menanamkan komitmen dan menghayati matlamat organisasi.

Tanpa sifat-sifat tersebut, para pengurus akan lebih mengamalkan gaya yang bermirip kepada

corak autoritarian. Namun demikian, mereka boleh mengubahsuaikan gaya mereka apabila

para pekerja mereka dapat memperoleh keyakinan diri setelah biasa bekerja bersama mereka.