kejohanan bola sepak 9 sepasukan sukan … fileperaturan pertandingan 10.1 pegawai pasukan diminta...

20
KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KSKTM KPKT) 2017 1. NAMA KEJOHANAN Kejohanan Bolasepak 9 Sepasukan Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KSKTM KPKT) 2017. Terbuka kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia sahaja. 2. PENGANJUR Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, MALA, ANULAE dan Majlis Perbandaran Kuantan selaku tuan rumah. 3. TARIKH PERTANDINGAN Tarikh : 30 September & 1 Oktober 2017 (Sabtu & Ahad) Masa : Bermula 8.00 pagi 4. TEMPAT Padang MPK 1 (A) dan (B), Jalan Mahkota, Kuantan. 5. YURAN PENDAFTARAN 5.1 Ahli : RM 250.00 5.2 Bukan Ahli : RM 350.00 6. HADIAH 6.1 Johan : RM2000 + Piala Iringan + Medal 6.2 Naib Johan : RM1500 + Medal 6.3 Tempat Ke 3 : RM1000 + Medal 6.4 Tempat Ke 4 : RM 500 + Medal

Upload: buikhanh

Post on 05-May-2019

352 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN

SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

(KSKTM KPKT) 2017

1. NAMA KEJOHANAN

Kejohanan Bolasepak 9 Sepasukan Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia,

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

(KSKTM KPKT) 2017. Terbuka kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

di Malaysia sahaja.

2. PENGANJUR

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

MALA, ANULAE dan Majlis Perbandaran Kuantan selaku tuan rumah.

3. TARIKH PERTANDINGAN

Tarikh : 30 September & 1 Oktober 2017 (Sabtu & Ahad)

Masa : Bermula 8.00 pagi

4. TEMPAT

Padang MPK 1 (A) dan (B), Jalan Mahkota, Kuantan.

5. YURAN PENDAFTARAN

5.1 Ahli : RM 250.00

5.2 Bukan Ahli : RM 350.00

6. HADIAH

6.1 Johan : RM2000 + Piala Iringan + Medal

6.2 Naib Johan : RM1500 + Medal

6.3 Tempat Ke 3 : RM1000 + Medal

6.4 Tempat Ke 4 : RM 500 + Medal

Page 2: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

7. SYARAT-SYARAT AM

7.1 Setiap Pihak Berkuasa Tempatan dibenarkan mendaftar hanya satu

pasukan sahaja dan penyertaan terhad kepada 24 pasukan.

7.2 Setiap pasukan perlu menghantar borang pendaftaran pasukan, pemain

dan pegawai selewat-lewatnya sebelum/pada 25 September 2017 (Isnin).

7.3 Pendaftaran pasukan seramai 3 orang pegawai beserta 15 orang pemain

hendaklah dilengkapkan melalui borang yang disediakan dan sebarang

pertukaran hendaklah dimaklumkan dalam mesyuarat pengurus-pengurus

pasukan yang akan diadakan pada 29 September 2017 (Jumaat) jam 5.00

petang bertempat di Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan.

7.4 Pendaftaran pegawai dan pemain hendaklah disertakan satu salinan kad

pengenalan, slip gaji beserta kad pekerja (jika ada).

7.5 Tarikh tutup penyertaan pada 25 September 2017 (Isnin) jam 5.00

petang.

7.6 Jawatankuasa Pertandingan berhak meminda jadual pertandingan yang

melibatkan masa dan tempat bergantung kepada situasi semasa atau

yang difikirkan perlu bagi melancarkan perjalanan kejohanan tersebut

dengan memaklumkan kepada pengurus-pengurus yang terlibat.

8. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PESERTA

8.1 Pegawai dan kakitangan yang berkhidmat sama ada bertaraf tetap,

kontrak yang telah berkhidmat selama enam (6) bulan di sesebuah Pihak

Berkuasa Tempatan sahaja dibenarkan menyertai kejohanan ini. Sila

kemukakan Salinan penyata KWSP bersama borang penyertaan

8.2 Setiap pemain juga diminta untuk menyediakan salinan kad pengenalan

dan tiga (3) bulan slip gaji mulai bulan Jun-Ogos 2017 yang disahkan oleh

Datuk Bandar/Yang Dipertua/Setiausaha.

8.1 Setiap pasukan diwajibkan untuk mendaftar sekurang-kurangnya minima

dua orang pemain veteran dalam setiap pasukan.

8.2 Umur bagi setiap pemain-pemain veteran yang didaftarkan mestilah

berumur 45 tahun dan ke atas pada tahun 2017.

8.3 Seorang pemain veteran yang didaftarkan untuk bermain wajib berada

dalam padang sehingga tamat permainan dan akan dipakaikan

tanda@handband (disediakan oleh urusetia).

Page 3: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

8.4 Setiap pegawai pasukan yang juga bertindak sebagai pemain dikehendaki

mendaftar sebagai pemain sesebuah pasukan yang diwakilinya.

9. FORMAT PERTANDINGAN

9.1 Liga Kumpulan

i. Pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan di mana setiap

pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan A - 4

pasukan, kumpulan B - 4 pasukan, kumpulan C - 4 pasukan dan kumpulan

D - 4 pasukan. (Tertakluk kepada penyertaan pasukan)

ii. Semua pasukan akan ditentukan kedudukan melalui undian.

iii. Johan dan Naib Johan setiap Kumpulan akan layak bermain di pusingan

peringkat seterusnya.

iv. Sekiranya terdapat persamaan dalam kutipan mata, kaedah yang

digunakan adalah seperti berikut:-

(a) Perbezaan Gol

(b) Jumlah Jaringan

(c) Head to head

v. Sekiranya mata masih lagi sama, penentuan akan ditentukan secara 'toss

coin'.

9.2 Masa Permainan

i. Masa permainan adalah 10+1+10 minit untuk setiap perlawanan.

ii. Setiap pasukan dikehendaki hadir ke padang sekurang-kurangnya 30

minit sebelum sepak mula sesuatu perlawanan. Jika mana-mana pasukan

gagal hadir pada masa yang ditetapkan, pihak penganjur berhak untuk

memberikan kemenangan 3-0 kepada pihak lawan.

iii. Bagi peringkat pusingan kedua dan seterusnya tiada tambahan masa

diperuntukan sekiranya keputusan masih seri sehingga tamat permainan.

iv. Lima (5) sepakan dari tanda penalti akan diadakan bagi menentukan

pemenang bagi perlawanan tersebut tersebut. Jika masih seri tendangan

penalti sudden death akan diadakan sehingga habis pemain yang berada

di atas padang semasa tamat perlawanan. Jika masih seri penentuan

dibuat secara 'toss coin' sebanyak 3 kali.

v. Sepakan dari tanda penalti bagi penentuan pemenang akan dijalankan

mengikut Undang- Undang FAM.

Page 4: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

9.3 Mata

Pasukan menang - 3 mata

Pasukan Seri - 1 mata

Pasukan kalah - 0 mata

10. PERATURAN PERTANDINGAN

10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada

urusetia pertandingan 10 minit sebelum sepak mula dijalankan.

10.2 Pemain yang GAGAL menunjukkan DOKUMEN PENGENALAN (kad

akreditasi/kad pengenalan) sekiranya diminta oleh Jawatankuasa

Pertandingan dan teknikal tidak akan dibenarkan bermain.

10.3 Setiap pasukan hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya 2 (dua) set

jersi yang berlainan warna.

10.4 Setiap pemain dikehendaki menggunakan nombor yang sama sepanjang

kejohanan berlangsung dengan nombor jersi yang jelas.

10.5 Penjaga gol mestilah menggunakan warna jersi yang berlainan dari

kedua- dua pasukan dan pengadil.

10.6 Jika terdapat persamaan warna jersi, pasukan pelawat perlu menukarkan

jersi yang berlainan warna. Pasukan Tuan Rumah adalah pasukan yang

disebut dahulu pada jadual perlawanan.

10.7 Sebarang perubahan nombor jersi hendaklah dimaklumkan kepada pihak

Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal.

10.8 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan disebelah kiri lengan

jersi.

10.9 Minimun bagi memulakan perlawanan adalah 7 orang pemain bagi

pasukan yang berkenaan.

10.10 Pasukan yang GAGAL hadir pada perlawanan seperti yang dijadualkan

kemenangan 3-0 akan diberikan kepada pasukan yang menunggu dan

pasukan yang GAGAL hadir tersebut akan dikenakan tindakan TEGAS

oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal.

10.11 Pemain-pemain wajib memakai alas kaki yang sesuai serta pelapik tulang

(shin pads) pada masa perlawanan.

10.12 Pertukaran pemain boleh dilakukan sebanyak 5 kali dalam sesuatu

perlawanan dan pemain yang keluar tidak dibenarkan untuk masuk

semula pada perlawanan tersebut.

Page 5: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

10.13 Peraturan pertandingan adalah mengikut peraturan yang berkuatkuasa

sebagaimana yang diputuskan dan disiarkan oleh Jawatankuasa

Pertandingan dan Teknikal.

10.14 Pihak urusetia akan menjalankan kawad cam sebelum perlawanan

bermula.

11. KESALAHAN DAN PENGGANTUNGAN

11.1 Peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan adalah

muktamad.

11.2 Pemain yang menerima 2 (dua) kad kuning di dalam perlawanan liga akan

dikenakan penggantungan secara automatik 1 (satu) perlawanan

berikutnya.

11.3 Pemain yang menerima 2 (dua) kad kuning di dalam satu perlawanan (1

kad merah) akan dikenakan penggantungan secara automatik 1 (satu)

perlawanan berikutnya. Sekiranya pemain mendapat kad merah atas

kesalahan pergaduhan, pemain tersebut akan disingkirkan daripada

pertandingan berdasarkan laporan pengadil.

11.4 Pemain yang menerima 1 (satu) kad merah di dalam perlawanan semasa

akan dikenakan penggantungan secara automatik 2 (dua) perlawanan

berikutnya.

11.5 Pasukan yang menurunkan pemain yang masih di dalam tempoh

penggantungan dan jika terdapat bantahan oleh pasukan lawan atau

dikenalpasti oleh Jawatankuasa Pertandingan dan teknikal, kemenangan

3-0 akan diberikan kepada pasukan yang berkenaan.

11.6 Setiap bantahan hendaklah dengan mengisi borang Bantahan berserta

Wang Tunai sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja)

secara tunai dan wang tidak akan dikembalikan.

12. PERKARA-PERKARA LAIN

12.1 Keputusan yang telah diputuskan semasa mesyuarat pengurus-pengurus

pasukan adalah muktamad.

12.2 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang

kemalangan, kecederaan, kematian atau sebarang bentuk kesakitan serta

segala kerugian ke atas pasukan yang bertanding dan segala risiko

tersebut adalah tanggungjawab pengurusan masing-masing.

Page 6: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

12.3 Pihak penganjur berhak untuk meminda mana-mana jadual pertandingan

atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan atau difikirkan perlu.

12.4 Sebarang keputusan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan teknikal atas

apa syarat-syarat dan peraturan pertandingan adalah MUKTAMAD dan

boleh dipinda atau digubal mengikut kesesuaian Jawatankuasa

Pertandingan.

13. PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PASUKAN

13.1 Pihak penganjur menerima pendaftaran pasukan melalui faks, emel atau

hadir sendiri ke Sekretariat.

13.2 Borang penyertaan boleh juga dimuat turun di laman sesawang atau portal

MPK di alamat www.mpk.gov.my.

13.3 Bayaran secara tunai @ cek atas nama TABUNG PINJAMAN DAN

EKONOMI KESUMBA MPK, nombor akaun 06019010002028 (BIMB)

atau boleh hadir ke pihak sekretariat. Pendaftaran lengkap hendaklah

dihantar ke:

Sekretariat Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan

Majlis Perbandaran Kuantan

Wisma Belia Indera Mahkota

25200 Bandar Indera Mahkota

Telefon: 09-5735239

Faks: 09-5735381

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 25 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)

Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:

Pn. Haslinda binti Hassan (Sekretariat) H/p: 013-9321495

Emel: [email protected]

En. Ashari bin Yakub (Sekretariat) H/p: 0 17-972 1351

Emel: [email protected]

En. Yusoff bin Husain (Penyelaras Bolasepak) H/p: 013-9319731 Emel: [email protected]

En. Muhamad Hafiz bin Abdul Rahim (Penolong Penyelaras) H/p: 012-9093240

Emel: [email protected]

Page 7: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN

BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KSKTM KPKT) 2017

NAMA PBT/PASUKAN : _______________________________________________

ALAMAT : _______________________________________________

_______________________________________________

NAMA PENGURUS : _______________________________________________

NO. H/P PENGURUS : _______________________________________________

BIL. NAMA PEGAWAI JAWATAN NO. KAD PENGENALAN

JURULATIH

FISIOTERAPI

BIL. NAMA PEMAIN NO. KAD PENGENALAN

NO. KWSP NO. JERSI

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

Pengurus Pasukan Datuk Bandar/Yang Dipertua/Setiausaha

…............................................. …....................................................................................... Tandatangan & Cop Tandatangan & Cop

Page 8: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

KEJOHANAN KAROM

SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

(KSKTM KPKT) 2017

1. NAMA DAN PENGANJUR KEJOHANAN

Kejohanan Karom Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia, Kementerian Kesejahteraan

Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KSKTM KPKT) 2017 anjuran

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

MALA, ANULAE dan Majlis Perbandaran Kuantan selaku tuan rumah.

2. PERATURAN AM

2.1 Permainan akan diputuskan berasaskan kepada peraturan Am Kejohanan Sukan

Kerajaan Tempatan Malaysia 2017.

2.2 Mana-mana peraturan dan syarat-syarat yang tidak tercatat, jawatan kuasa

Penganjur Sukan Karom adalah berhak meminda atau menambah peraturan-

peraturan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah muktamad.

3. TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN

3.1 Dewan Pameran Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan

3.2 30 September hingga 1 Oktober 2017 (Sabtu dan Ahad)

4. KELAYAKAN PESERTA

4.1 Seperti yang telah ditetapkan di dalam syarat induk.

5. YURAN PENYERTAAN

5.1 Ahli MALA : RM250.00

5.2 Bukan ahli MALA : RM350.00

6. HADIAH

6.1 Johan : RM2000+ Piala Iringan + Medal

6.2 Naib Johan : RM1500 + Medal

6.3 Tempat Ke 3 : RM1000 + Medal

6.4 Tempat Ke 4 : RM 500 + Medal

Page 9: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

7. PENDAFTARAN PENYERTAAN

7.1 Setiap Pihak Berkuasa Tempatan dibenarkan mendaftar hanya satu pasukan

sahaja.

7.2 Setiap pasukan terdiri daripada seorang (1) pengurus, seorang (1) jurulatih, lapan

(8) orang pemain dan dua (2) orang pemain simpanan. Pengurus dan jurulatih

dibenarkan bermain dengan syarat didaftarkan sebagai pemain.

7.3 Pegawai dan kakitangan yang berkhidmat sama ada bertaraf tetap, kontrak yang

telah berkhidmat selama enam (6) bulan di sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan

sahaja dibenarkan menyertai kejohanan ini. Sila kemukakan Salinan penyata

KWSP bersama borang penyertaan.

7.4 Setiap pemain juga diminta untuk menyediakan salinan kad pengenalan dan tiga

(3) bulan slip gaji mulai bulan Jun-Ogos 2017 yang disahkan oleh Datuk

Bandar/Yang Dipertua/Setiausaha.

8. ACARA-ACARA YANG AKAN DIPERTANDINGKAN

8.1 Pertandingan karom akan dijalankan seperti berikut:-

8.1.1 Perseorangan Lelaki

8.1.2 Beregu Lelaki

8.1.3 Perseorangan Wanita

8.1.4 Beregu Wanita

8.1.5 Beregu Campuran (Lelaki + Wanita)

8.2 Setiap pemain hanya dibenarkan menyertai satu (1) acara sahaja.

9. FORMAT PERTANDINGAN

9.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga dalam kumpulan pada peringkat awal

dan kalah keluar pada peringkat seterusnya.

9.2 Untuk memulakan perlawanan, undian akan dijalankan bagi pemain pertama

membuat jentikan bagi set pertama dan set kedua. Jika pemain tersebut ada

memasukkan buah karomnya, beliau boleh meneruskan gilirannya.

Page 10: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

9.3 Buah merah akan dikeluarkan sejurus selepas pemain pertama membuat

jentikan bagi set pertama dan set kedua. Jika pemain tersebut ada memasukkan

buah karomnya, beliau boleh meneruskan gilirannya.

9.4 Sekiranya berlaku seri, perlawanan akan diteruskan ke set ketiga bagi

menentukan pemenangnya. Di dalam set penentuan ini, undian akan dibuat oleh

pengadil bagi menentukan tempat duduk dan pihak yang akan memulakan

jentikan. Pemenang undian akan diberi keutamaan untuk membuat pilihan. Jika

pemenang undian memilih untuk memulakan pukulan, pihak lawan berhak

memilih tempat duduk.

10. MATA PENENTUAN KEMENANGAN

10.1 Di peringkat kumpulan pasukan yang menang diambil kira melalui 'set' yang

dimenangi dalam satu-satu perlawanan (3) set pertandingan kemenangan

mestilah 3-0 dan 2-1 sahaja.

10.2 Setiap set perlawanan akan dimainkan selama 20 minit. Jika masa yang

diberikan berakhir, penentu kemenangan pemain yang mempunyai buah yang

kurang jumlahnya di atas meja dianggap pemenang.

10.3 Jika jumlah buah sama bilangannya. Pemain akan diberi peluang memasukkan

buah secara penalti sebanyak tiga biji. Buah tersebut mestilah diletak di tengah

bulatan merah papan. Pemain yang berjaya memasuki buah yang banyak akan

dikira pemenang.

10.4 Jika didapati pemain masih gagal untuk memasuki buah ataupun kedudukan seri

maka lambungan duit akan dilaksanakan untuk penentu kemenangan.

10.5 Jika terdapat persamaan mata bagi penentu tempat ke separuh akhir perbezaan

jumlah set yang dimenangi akan diambilkira.

10.6 Jika masih terdapat persamaan, jawatankuasa akan menentukan cara bagi

menentukan pemenang.

Page 11: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

11. UNDANG-UNDANG

11.1 Papan karom jenis poket luar

11.2 Buah 9 biji (kuning), 9 biji (hitam) dan 1 merah

11.3 Striker mestilah boleh masuk ke dalam ke empat-empat poke papan karom.

11.4 Tidak boleh diletak atau dilekatkan sebarang benda di atas striker.

12. MEMBUAT PUKULAN (JENTIKAN)

12.1 Hanya pergelangan tangan dibenarkan berada di atas bingkai tetapi tidak memasuki permukaan papan.

12.2 Siku atau badan tidak boleh melebihi garisan anak panah (arrow) ketika

membuat pukulan. 12.3 Striker mestilah menyentuh dua garisan UFUK ketika membuat pukulan

(jentikan). 12.4 Apabila menggunakan bulatan (moon), striker pemain mestilah menutupi

bulatan penuh (full moon) dan tidak menyentuh garisan anak panah (arrow). 12.5 Kerusi tempat duduk tidak boleh dialihkan semasa membuat pukulan. 12.6 Pemain diberi masa 15 saat untuk membuat pukulan dan jika melebihi masa

tersebut, pemain akan hilang giliran. 12.7 Keluarkan buah merah selepas pukulan pertama.

13. BUAH KAROM TERPELANTING KELUAR

13.1 Sekiranya terdapat buah karom yang terpelanting keluar semasa permainan,

buah tersebut diletakkan di bulatan tengah (merah). Jika terdapat buah lain di

bulatan tengah pada ketika itu, buah yang terpelanting mestilah diletakkan di

atas buah sedia ada.

13.2 Jika buah koram terkeluar dan meniti di atas bingkai lalu masuk semula ke

dalam di atas permukaan papan, ia dikira dalam permainan.

13.3 Buah karom yang keluar dan meniti di atas bingkai lalu masuk ke dalam

poket ia dikira masuk.

13.4 Bila mana buah terpelanting keluar, pemain (pada masa yang sama) dapat

memasukkan buahnya, beliau boleh meneruskan gilirannya selepas buah

terpelanting itu diletakkan di bulatan tengah.

Page 12: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

13.5 Buah yang terpelanting terkena tangan/badan lalu masuk semula ke dalam

papan adalah dikira keluar dan perlu diletakkan di bulatan tengah.

14. DENDA

14.1 Denda satu (1) biji dan hilang giliran sekiranya melanggar peraturan sewaktu

membuat pukulan (10.1 hingga 10.5) selepas diberi amaran sekali oleh

pengadil.

14.2 Denda satu (1) biji dan hilang giliran sekiranya melanggar peraturan di para

seperti berikut:-

14.2.1 Jika striker masuk poket sedangkan buah karom masih penuh

maksima (9 biji) tiada denda dikenakan.

14.2.2 Denda satu (1) biji dan hilang sekiranya memasukkan buah dan

striker dengan satu pukulan kecuali buah terakhir. Buah karom

yang masuk tidak perlu dikeluarkan, sekiranya buah terakhir

pemain tersebut dikira menang.

14.2.3 Denda satu (1) biji dan hilang giliran jika pemain melanggar buah

karom di atas papan semasa pertandingan sedang berlangsung.

14.2.4 Buah denda hendaklah diletakkan oleh pihak lawan dalam bulatan

besar tetapi tidak ditengah bulatan pusat merah, jarak meletak

buah denda adalah sekadar tidak menyentuh buah lain yang

sediada di ruang bulatan besar.

15. HAL-HAL LAIN

15.1 Gundu (striker) dengan berat 15 gram dan garis pusat tidak melebihi 4.13

cm sahaja dibenar digunakan. Sementara serbuk pelicin akan disediakan

oleh pihak penganjur (Swasik's Wintex Disco Carrom Powder).

15.2 Ujian striker tidak dibenarkan semasa perlawanan sedang berlangsung.

15.3 Pemain tidak dibenarkan meniup buah semasa permainan sedang

berlangsung.

15.4 Buah karom yang berdiri, bersandar ke bingkai atau buah karom yang lain

bertindih dengan sebab pukulan tidak perlu dibetulkan kedudukannya.

Page 13: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

15.5 Ketika pemain membuat pukulan, striker terlepas tetapi tidak melepasi

dua garisan ufuk, ia diberi peluang sekali lagi untuk meneruskan giliran.

15.6 Pemain tidak dibenarkan menukar buah kecuali buah itu terpelanting

keluar daripada permukaan papan.

15.7 Sekiranya sesorang pemain memasukkan buah karomnya diikuti dengan

buah lawan (tetapi bukan buah yang terakhir) atau sebaliknya. Beliau

boleh meneruskan gilirannya.

15.8 Jawatankuasa pertandingan berhak menentu dan meminta sebarang

syarat atau undang- undang serta peraturan apabila difikirkan perlu

berbuat demikian.

15.9 Jika terdapat satu kejadian yang mana tidak tertakluk di bawah peraturan

atau undang-undang permainan karom, maka keputusan akan dirujuk

kepada jawatankuasa adalah muktamad.

16. BANTAHAN

16.1 Bantahan seperti yang telah ditetapkan peraturan induk.

16.2 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Lembaga Rayuan dan Bantahan

adalah muktamad.

16.3 Setiap bantahan hendaklah dengan mengisi borang Bantahan beserta

Wang Tunai sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja)

secara tunai dan wang tidak akan dikembalikan.

17. PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PASUKAN

17.1 Pihak penganjur menerima pendaftaran pasukan melalui faks, emel atau

hadir sendiri ke Sekretariat. Borang penyertaan boleh dimuat turun di laman

sesawang atau portal MPK di alamat www.mpk.gov.my.

Page 14: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

17.2 Bayaran secara tunai @ cek atas nama TABUNG PINJAMAN DAN

EKONOMI KESUMBA MPK, nombor akaun 06019010002028 (BIMB) atau

boleh hadir ke pihak sekretariat. Pendaftaran lengkap hendaklah dihantar ke:

Sekretariat Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan

Majlis Perbandaran Kuantan

Wisma Belia Indera Mahkota

25200 Bandar Indera Mahkota

Telefon : 09-5735239

Faks: 09-573538

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 25 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)

Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:

Pn. Haslinda binti Hassan (Sekretariat)

H/p: 013-9321495

Emel: [email protected]

En. Ashari bin Yakub (Sekretariat)

H/p: 0 17-972 1351

Emel: [email protected]

Encik Tahir @ Tony bin Abu Bakar (Penyelaras Karom)

H/p: 013-3332855

Emel: [email protected]

Encik Saipudin bin Pauzi (Penolong Penyelaras)

H/p: 014-2160191 / 013-9687837

Emel: [email protected]

Page 15: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

KEJOHANAN KAROM

SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

(KSKTM KPKT) 2017

PIHAK BERKUASA TEMPATAN : ______________________________________________

PENGURUS PASUKAN : _______________________________________________

JURULATIH : ______________________________________________

NO. TELEFON : ______________________________________________

BIL NAMA PEMAIN NO. KAD PENGENALAN NO. PEKERJA

NO. KWSP

1

2

3

4

5

6

7

8

PEMAIN SIMPANAN

9

10

Pengurus Pasukan Datuk Bandar/Yang Dipertua/Setiausaha

.............................. .............................................................

Tandatangan Tandatangan & Cop

Page 16: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

KEJOHANAN GOLF SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN

BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KSKTM KPKT) 2017

1. NAMA KEJOHANAN

Kejohanan Golf Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia, Kementerian Kesejahteraan

Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KSKTM KPKT) 2017 terbuka kepada

semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia sahaja.

2. PENGANJUR

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

MALA, ANULAE dan Majlis Perbandaran Kuantan selaku tuan rumah.

3. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

3.1 Mahkota Golf and Country Club (MGCC), Indera Mahkota, Kuantan

3.3 1 Oktober 2017 (Ahad)

4. KATEGORI PERTANDINGAN

4.1 Kategori Berpasukan

5. PENYERTAAN DAN YURAN PENYERTAAN

5.1 Setiap PBT hanya boleh menghantar satu pasukan sahaja yang terdiri daripada

empat (4) orang pemain.

5.2 Pendaftaran pemain boleh terdiri daripada Ahli Majlis dan pegawai/kakitangan

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pertandingan ini TERHAD kepada 20

pasukan bagi kategori berpasukan yang terawal mendaftar dan membuat

bayaran sahaja.

5.3 Pegawai dan kakitangan yang berkhidmat sama ada bertaraf tetap, kontrak yang

telah berkhidmat selama enam (6) bulan di sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan

sahaja dibenarkan menyertai kejohanan ini.

Page 17: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

5.4 Setiap pemain juga diminta untuk menyediakan salinan kad pengenalan dan tiga

(3) bulan slip gaji mulai bulan Jun-Ogos 2017 yang disahkan oleh Datuk

Bandar/Yang Dipertua/Setiausaha.

5.5 Yuran penyertaan sepasukan adalah seperti berikut:

5.5.1 Ahli MALA : RM1500.00

5.5.2 Bukan ahli MALA : RM2000.00

5.6 Pendaftaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 25 September 2017

secara tunai atau cek atas nama TABUNG PINJAMAN DAN EKONOMI

KESUMBA MPK, nombor akaun 06019010002028 (BIMB).

6. FORMAT DAN MAKLUMAT PERMAINAN

6.1 Sistem permainan yang digunakan dalam kejohanan ini adalah System 36

Stableford.

6.2 Susunan “flight” pemain-pemain di hari pertandingan akan ditentukan oleh

Jawatankuasa Penganjur.

6.3 Undang-undang permainan akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang

ditetapkan oleh MGA.

6.4 'Practise Round” boleh dibuat sendiri sebelum hari pertandingan dan bayaran

adalah di bawah tanggungan pemain sendiri.

6.5 Kelayakan untuk kategori berpasukan (hanya untuk pasukan yang menghantar

sekurang-kurangnya tiga (3) orang pemain sahaja layak memenangi kategori

berpasukan berdasarkan keputusan terbaik). Tiga (3) dimestikan dikalangan

pegawai bergred 41 dan ke atas manakala baki seorang lagi adalah dairpada

mana-mana gred.

6.6 Kelayakan untuk kategori individu (semua pemain yang bertanding layak untuk

memenangi kategori ini).

6.7 Tiga (3) acara “Novelties” juga dipertandingan iaitu “Longest Drive”, “Nearest To

The Line” dan “Nearest To The Pin”. Acara Novelties ini akan dijalankan di

enam (6) laluan yang berbeza.

6.8 Setiap pemain akan menggunakan sebuah “buggy” secara berkongsi (2

orang/buggy). Caddie tidak disediakan.

Page 18: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

7. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN

7.1 Pengiraan mata kemenangan bagi acara berpasukan adalah berdasarkan “score”

terbaik oleh tiga (3) orang pemain terbaik dari PBT yang sama.

7.2 Pengiraan mata kemenangan bagi acara individu adalah berdasarkan “score”

terbaik setiap pemain yang bertanding.

7.3 Pemain boleh memenangi acara individu @ berkumpulan.

8. BANTAHAN

8.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan

wang tunai sebanyak RM500.00 kepada Jawatankuasa Penganjur. Wang tunai

tersebut tidak akan dipulangkan sama ada bantahan diterima atau ditolak.

9. HADIAH

10. PENGANGKUTAN DAN PENGINAPAN

10.1 Pihak Jawatankuasa Penganjur tidak menyediakan penginapan dan

pengangkutan. Hanya PBT dari luar Semenanjung sahaja iaitu Sabah,

Sarawak dan WP Labuan akan disediakan pengangkutan.

TEMPAT BERPASUKAN INDIVIDU + MEDAL VIP + MEDAL

Johan + Medal RM2,000.00 RM500.00 (baucer) RM300.00 (baucer)

Naib Johan + Medal

RM1,500.00 RM450.00 (baucer) RM200.00 (baucer)

Ketiga + Medal RM1,000.00 RM400.00 (baucer) RM100.00 (baucer)

Keempat + Medal

RM500.00 RM350.00 (baucer) -

Kelima + Medal - RM300.00 (baucer) -

Keenam - RM250.00 (baucer) -

Ketujuh - RM200.00 (baucer) -

Kelapan - RM150.00 (baucer) -

Kesembilan - RM100.00 (baucer) -

Kesepuluh - RM50.00 (baucer) -

Page 19: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

11. TENTATIF / PROGRAM KEJOHANAN

01 OKTOBER 2017 (AHAD)

7.00 pagi - Pendaftaran peserta

- Sarapan

7.45 pagi - Sesi bergambar

- Taklimat pertandingan

7.55 pagi - Bergerak ke tee-box

8.00 pagi - Tee-Off (Short gun start)

1.00 petang - Tamat pertandingan

- Jamuan tengahari

- Bersurai

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 25 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-

Sekretariat Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan

Majlis Perbandaran Kuantan

Wisma Belia Indera Mahkota

25200 Bandar Indera Mahkota

Telefon : 09-5735239

Faks: 09-5735381

Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:

Pn. Haslinda binti Hassan (Sekretariat) H/p: 013-9321495 Emel: [email protected]

En. Ashari bin Yakub (Sekretariat) H/p: 0 17-972 1351

Emel: [email protected]

Tuan Haji Mohd. Fauzee bin Muhammad (Penyelaras Golf) H/p: 019-9897365

Emel: [email protected]

En. Rahimi bin Abdul Rahman (Penolong Penyelaras) H/p: 013-922 4469 Emel: [email protected]

Page 20: KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN … filePERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum

KEJOHANAN GOLF

SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

(KSKTM KPKT) 2017

Tarikh : _________________________________________

Tempat : _________________________________________

MAKLUMAT PESERTA

PBT

ALAMAT

NAMA PENGURUS

SAIZ BAJU

NO. TELEFON (PEJ) E-MEL H/FON

SENARAI NAMA PEMAIN

Nota: Saiz T-Shirt Europe

Pengurus Pasukan Datuk Bandar/Yang Dipertua/Setiausaha

................................ .............................................................

Tandatangan & Cop Tandatangan & Cop

BIL

NAMA NO. K/PENGENALAN

JAWATAN GRED HANDICAP SAIZ T-SHIRT

NO. KWSP

1

2

3

4