laporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik oleh...

22
LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH JKR CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAGI TAHUN 2010 DISEDIAKAN OLEH : UNIT PERUNDING INSPEKTORAT & KESELAMATAN ELEKTRIK CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK IBU PEJABAT JKR MALAYSIA KUALA LUMPUR

Upload: others

Post on 09-Sep-2019

320 views

Category:

Documents


29 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK

OLEH JKR CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAGI TAHUN 2010

DISEDIAKAN OLEH : UNIT PERUNDING INSPEKTORAT & KESELAMATAN ELEKTRIK CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK IBU PEJABAT JKR MALAYSIA KUALA LUMPUR

Page 2: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

1/21

LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH JKR CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAGI TAHUN 2010

____________________________________________________________ 1.0 PENGENALAN

Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah bertanggungjawab dalam merancang, merekabentuk dan membina projek-projek infrastruktur di negara ini. Selain daripada itu, ia juga bertindak sebagai Jabatan yang mengurus dan menyelenggara infrastruktur dan bangunan-bangunan Kerajaan supaya ia selamat untuk digunakan dan dapat beroperasi mengikut standard yang ditetapkan.

Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) membantu menguruskan urusan

penyenggaraan elektrik bagi premis-premis Kerajaan apabila diminta oleh pihak pelanggan dan dibuat mengikut kemampuan sumber. Tanggungjawab ini adalah bagi menyokong teras bisnes ketiga JKR iaitu mengurus dan menyelenggara aset-aset Kerajaan.

Objektif laporan tahunan ini disediakan adalah untuk melaporkan kerja-kerja

penyenggaraan dan menilai kemampuan kakitangan CKE sama ada di peringkat negeri dan Ibu Pejabat dalam urusan pengendalian kerja-kerja penyenggaraan. Kemampuan ini boleh dinilai dari sudut prestasi, keupayaan kendalian, kompetensi, kemahiran dan pengetahuan dalam urusan penyenggaraan. Selain daripada itu, beban tugas kerja-kerja penyenggaraan di peringkat negeri juga dapat dinilai berdasarkan laporan ini.

CKE melaksanakan senggaraan elektrik secara menyeluruh di peringkat negeri

iaitu pembaikan aduan harian yang dibuat secara jabatan dan kerja penyenggaraan secara ‘outsourcing’ iaitu secara kontrak. Unit Perunding Inspektorat dan Keselamatan Elektrik, (UPIKE) bertanggungjawab dalam melaksanakan projek-projek senggaraan elektrik dan kerja-kerja naiktaraf sistem elektrik serta menjalankan program senggaraan elektrik secara terancang dan menyeluruh. Selain daripada itu, unit ini turut membantu, memantau dan memastikan kerja-kerja penyenggaraan elektrik dibuat mengikut peraturan-peraturan semasa, Manual Prosedur Senggara Elektrik Cawangan Kejuruteraan Elektrik dan Spesifikasi JKR.

Penekanan dari aspek pematuhan kepada kualiti kerja, masa, kos dan

kepuasan pelanggan turut menjadi keutamaan dalam perlaksanaan kerja penyenggaraan. Perhatian dan sokongan dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan pendedahan kepada teknologi baru perlu diberi kepada staf-staf yang mengurus penyenggaraan agar mutu kerja mengikut standard yang ditetapkan.

Pelanggan-pelanggan JKR yang mendapat khidmat pengurusan penyenggaraan

elektrik adalah : -

i. Kementerian Pelajaran. ii. Kementerian Dalam Negeri. iii. Kementerian Kesihatan.

Page 3: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

2/21

iv. Kementerian Pertahanan. v. Kementerian Kerja Raya. vi. Agensi-agensi persekutuan yang lain. vii. Kerajaan-kerajaan negeri.

Laporan ini mengandungi maklumat mengenai aktiviti kerja penyenggaraan di

peringkat ibu pejabat dan juga JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri (CKEN) yang merangkumi laporan aduan kerosakan elektrik, laporan kerja undi, sebutharga dan tender serta laporan program komprehensif Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.0 ADUAN KEROSAKAN ELEKTRIK DAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK Pengendalian aduan kerosakan elektrik hanya dibuat di peringkat negeri sahaja. Aduan kerosakan harian yang diterima daripada pihak pelanggan akan diambil tindakan seperti yang termaktub dalam Piagam Pelanggan Cawangan Kejuruteraan Elektrik iaitu dalam masa 24 jam dari masa aduan diterima bagi kerosakan biasa. Sekiranya aduan melibatkan kerosakan yang rumit, masa yang diambil adalah satu (1) minggu/ tujuh hari. Pembaikan kerosakan aduan harian adalah dibuat secara jabatan kecuali kes-kes tertentu yang memerlukan kepakaran khas.

Kerja-kerja pembaikan ke atas aduan-aduan harian telah ditingkatkan untuk memastikan 100% aduan dapat diambil tindakan mengikut piagam pelanggan. Setiap aduan yang diterima diklasifikasikan mengikut jenis kerosakan iaitu :-

Kumpulan A : Tiada bekalan elektrik pada pepasangan Kumpulan B : Kerosakan pada peralatan seperti: suis, suis utama,

MCCB, RCCB, holder dan pengatur. Kumpulan C : Kerosakan pada alat elektrik seperti : Kipas siling,

Kipas Dinding/kipas Pelawas, Motor dan Assessori. Kumpulan D : Lampu Jalan/Lampu kawasan/ Lampu Limpah. Kumpulan E : Servis ACB/OCB, Janakuasa dan kerja-kerja senggara ke

atas kabel bawah tanah dan talian atas (Voltan Rendah). Manakala perkhidmatan elektrik terbahagi kepada dua jenis iaitu ;-

Kumpulan F : Pemasangan sementara dan tunggu sedia atau tugas khas Kumpulan G : Semakan keatas pepasangan/ pendawaian (General check-up).

Jadual 1 di bawah menunjukkan pencapaian keseluruhan aduan kerosakan elektrik mengikut Piagam Pelanggan CKE.

Page 4: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

3/21

Bil Negeri Jumlah

kerosakan Diterima

Kerosakan Biasa

Kerosakan Rumit

Jumlah kerosakan Yang Diambil Tindakan Mematuhi Piagam CKE

Jumlah kerosakan Yang Diambil Tindakan Tidak Mematuhi Piagam CKE

1 Perlis 925 910 15 913 12

2 Kedah 3,540 3,540 0 3,539 1

3 Pulau Pinang 5,357 5,102 255 5,243 114

4 Perak 6,574 6,491 83 6,467 107

5 Selangor 5,015 4,999 16 4,963 52

6 Kuala Lumpur

11,112 11,112 0 11,112 0

7 N. Sembilan 2,148 2,148 0 2,148 0

8 Melaka 2,848 2,845 3 2,804 44

9 Johor 4,337 4,323 14 4,296 41

10 Kelantan 3,136 2,987 149 3,091 45

11 Terengganu 4,214 4,208 6 4,202 12

12 Pahang 3,949 3,786 163 3,946 3

13 WP Labuan 481 473 8 481 0

JUMLAH 53,636 52,924 712 53,205 431

Jadual 1

Berdasarkan jadual 1 di atas didapati 98.7 % adalah kerosakan jenis biasa dan

1.3 % adalah kerosakan dalam kategori rumit iaitu kerosakan yang memerlukan tindakan pembaikan lebih dari satu hari. Daripada keseluruhan jumlah kerosakan yang diterima, 99.2 % kerosakan diambil tindakan pembaikan yang mematuhi Piagam Pelanggan Cawangan Kejuruteraan Elektrik. Manakala 0.8 % lagi kerosakan tidak mematuhi Piagam Pelanggan. Pencapaian ini boleh dibanggakan kerana hanya sebilangan kecil aduan sahaja yang tidak dapat diselesaikan mengikut tempoh yang disyaratkan dalam piagam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti ketiadaan peralatan/ bahan elektrik pelanggan di stor pejabat negeri atau pihak pelanggan tidak menurunkan sebarang peruntukan untuk tujuan pembaikan secara jabatan. Selain daripada itu, ia juga boleh disebabkan oleh keperluan tenaga pakar dalam urusan pembaikan tersebut.

Page 5: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

Jadual 2 di bawah menunjukkan kutipan jumlah kerosakan elektrik mengikut kumpulan dalam tahun 2010. Graf 1 di bawah menunjukkan perbandingan jumlah kerosakan mengikut kumpulan kerosakan bagi tahun 2010. Jumlah kerosakan yang diterima paling tinggi adalah dari Kumpulan A iaitu gangguan terhadap bekalan elektrik. Jumlah aduannya adalah 20,942 iaitu 39.04 % dari jumlah kerosakan keseluruhan iaitu 53,636.

Jenis

Kumpulan Kerosakan

A

B

C

D

E

Jumlah Kerosakan Elektrik

Jumlah Kerosakan

20,942 14,507 11,216 5,444 1,527 53,636

Jadual 2

0

3,000

6,000

9,000

12,000

15,000

18,000

21,000

A B C D E

Kumpulan Kerosakan

Graf Jumlah Kerosakan Elektrik Mengikut Kumpulan Kerosakan Bagi Tahun 2010

JUMLAH KEROSAKANELEKTRIK

Graf 1 Jadual 3 pula menunjukkan jumlah perkhidmatan elektrik yang diberikan

kepada pelanggan samada membuat pemasangan sementara dan kerja tunggu sedia atau semakan ke atas pepasangan/ pendawaian elektrik.

Jenis

Perkhidmatan Elektrik

F

G

Jumlah Perkhidmatan

Elektrik Jumlah

Perkhidmatan 4,948 3,296 8,244

Jadual 3

4/21

Page 6: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

Manakala graf 2 pula menunjukkan kutipan jumlah kerosakan elektrik mengikut negeri bagi tahun 2010.

Graf 2

Jadual 4 adalah jumlah kerosakan elektrik mengikut jabatan pelanggan. Daripada jadual tersebut, kita dapati aduan kerosakan yang diterima paling tinggi adalah dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu 22,560 jumlah kerosakan. Ini kerana Kementerian Pelajaran Malaysia adalah pelanggan JKR yang terbesar yang mana ia mempunyai sekolah dan pejabat pentadbiran yang banyak bagi setiap negeri di seluruh Malaysia.

Oleh yang demikian, Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah menjalankan

Program Senggara Elektrik secara menyeluruh di semua premis KPM seluruh Malaysia kecuali Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sabah dan Sarawak bagi membantu pihak pelanggan memastikan bangunan-bangunannya berada dalam keadaan selamat untuk digunakan dan dapat beroperasi dengan baik.

Analisa ke atas kutipan aduan kerosakan elektrik dibuat untuk melihat paten aduan. Graf 3 di bawah menunjukkan Jumlah Kerosakan elektrik mengikut bulan pada tahun 2010. Daripada Graf 3 didapati kutipan aduan bagi semua negeri seragam setiap bulan.

5/21

Page 7: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

Bil. Kementerian Jumlah

Kerosakan Elektrik

1 Pelajaran 22,560 2 Dalam Negeri 4,136 3 Kesihatan 1,961 4 Pertahanan 1,527 5

Kerja Raya USJ Lampu Jalan/ Lampu Isyarat

6,107

6

Kerajaan Negeri Bangunan

9,219

7

Kerajaan Negeri Lampu Jalan/ Lampu Isyarat

2,161

8 Agensi Persekutuan Lain

5,965

Jumlah 53,636

Jadual 4

Graf 3

6/21

Page 8: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

7/21

3.0 KERJA-KERJA PEMBAIKAN SENGGARA ELEKTRIK SECARA KONTRAK

Kerja-kerja penyelenggaraan elektrik secara kontrak merangkumi kerja-kerja perolehan secara Lantikan Terus, Undi, Sebutharga dan Tender yang dijalankan oleh JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik negeri-negeri dan ibu pejabat. Berikut adalah laporan kerja penyelenggaraan mengikut kaedah perlaksanaan iaitu :-

3.1 KERJA LANTIKAN TERUS (KECEMASAN)

Laporan kerja-kerja kecemasan dari 10 negeri tahun 2010 adalah seperti Jadual 5 di bawah yang mana menunjukkan kendalian bilangan kerja kecemasan dan kos yang terlibat dalam tahun 2010.

Bil. Caw. Kej. Elektrik Negeri

Bil. Kerja Lantikan Terus Kos (RM)

1 Perlis 7 26,020.69

2 Perak 135 1,644,549.02

3 Selangor 8 106,935.76

4 K.Lumpur 43 482,117.60

5 N.Sembilan 3 15,585.51

6 Melaka 1 88,000.00

7 Johor 4 1,125.00

8 Kelantan 6 67,968.81

9 Terengganu 16 203,378.00

10 W.P.Labuan 30 81,312.00

Jumlah 253 2,716,992.39

Jadual 5

Dari jadual 5 di atas, kita dapati Kerajaan telah membelanjakan

RM 2,716,992.39 untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan secara lantikan terus bagi menjaga bangunan-bangunan Kerajaan dan kemudahan infrastruktur di 10 buah negeri agar sistem elektrik dapat beroperasi seperti yang sepatutnya.

Graf 4 pula menunjukkan JKR CKEN Perak menggunakan peruntukan tertinggi

iaitu RM 1,644,549.02 bagi menjalankan 135 kerja-kerja pembaikan/ penyelenggaraan secara lantikan terus.

Page 9: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

Graf 4 3.2 KERJA UNDI

Jadual 6 di bawah menunjukkan kendalian bilangan kerja undi dan kos yang terlibat bagi kerja-kerja penyelenggaraan elektrik yang dilaksanakan secara undi oleh 13 buah negeri sepanjang tahun 2010.

Dari jadual 6 di bawah, kita dapati Kerajaan telah membelanjakan RM

25,899,811.22 melalui 1,250 cabutan kerja undi untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan dan senggara elektrik di bangunan-bangunan kerajaan dan kemudahan-kemudahan infrastruktur di seluruh 13 buah negeri.

Graf 5 pula menunjukkan JKR CKEN Selangor menggunakan peruntukan

tertinggi iaitu RM 4,655,016.79 untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan/ penyelenggaraan melalui 156 cabutan kerja undi. 8/21

Page 10: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

Bil. Caw. Kej. Elektrik Negeri Bil. Kerja Undi Kos (RM)

1 Perlis 169 3,128,464.312 Kedah 149 2,443,668.123 P.Pinang 52 1,523,334.134 Perak 252 4,347,091.935 Selangor 156 4,655,016.796 K.L 108 2,103,562.707 N.Sembilan 36 971,653.108 Melaka 126 2,664,492.669 Johor 44 811,373.8210 Kelantan 30 1,052,747.3511 Terengganu 58 1,357,970.8412 Pahang 58 583,778.4713 W.P.Labuan 12 256,657.00

Jumlah 1250 25,899,811.22

Jadual 6

Graf 5

9/21

Page 11: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

10/21

3.3 KERJA SEBUTHARGA Bagi kerja-kerja penyenggaraan elektrik melalui kaedah sebutharga pula,

jadual 7 menunjukkan kendalian bilangan kerja sebutharga dan kos yang terlibat dalam tahun 2010.

Bil. Caw. Kej. Elektrik Negeri

Bil. Kerja Sebutharga Kos ( RM )

1 Perlis 36 3,416,841.992 Kedah 31 2,371,740.173 P.Pinang 59 4,714,801.304 Perak 36 3,169,060.405 Selangor 21 3,209,053.006 K.Lumpur 72 10,444,478.867 Negeri Sembilan 29 2,032,350.788 Melaka 10 707,705.109 Johor 104 8,663,694.1810 Kelantan 23 1,676,691.5111 Terengganu 15 2,848,126.0012 Pahang 60 3,504,414.4113 W.P.Labuan 26 2,046,319.1014 UPSE 7 2,136,203.00

Jumlah 529 50,941,479.80

Jadual 7

Dari jadual 7 di atas, kita dapati Kerajaan telah membelanjakan RM 50,941,479.80 melalui 529 kerja Sebutharga untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan dan senggara elektrik di bangunan-bangunan kerajaan dan kemudahan-kemudahan infrastruktur di seluruh 13 buah negeri.

Mengikut graf 6 di bawah, didapati peruntukan kewangan tertinggi adalah

dibelanjakan oleh Bahagian Elektrik, JKR W.P.K.Lumpur iaitu RM 10,444,478.86 untuk menjalankan 72 kerja pembaikan elekrik secara sebutharga seterusnya diikuti oleh Negeri Johor dan Pulau Pinang.

Page 12: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

Graf 6 3.4 KERJA TENDER

Sehingga hujung tahun 2010, didapati hanya 7 kerja tender dijalankan untuk kerja-kerja penyelenggaraan yang membelanjakan peruntukan sebanyak RM 6,302,413.00 seperti jadual 8.

Bil. JKR Negeri Bil.

KerjaTender Kos (RM)

1 UPSE 1 777,340.00

2 Selangor 1 533,000.00

3 P.Pinang 2 1,915,073.00

4 N.Sembilan 3 3,077,000.00

Jumlah 7 6,302,413.00

Jadual 8

11/21

Page 13: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

12/21

3.5 PENCAPAIAN KESELURUHAN

Secara keseluruhan, Jadual 9 menunjukkan jumlah peruntukan yang dibelanjakan oleh Kerajaan untuk kerja-kerja senggara elektrik secara kontrak melalui kaedah perolehan secara lantikan terus, undi, sebutharga dan tender. Daripada jadual tersebut, sebanyak RM85,860,696.41 telah dibelanjakan sepanjang tahun 2010 oleh Kerajaan untuk memastikan bangunan Kerajaan dan kemudahan-kemudahan infrastruktur di negara kita berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Bil. JKR Negeri Kos ( RM )

1 Perlis 6,571,326.99

2 Kedah 4,815,408.29

3 P.Pinang 8,153,208.43

4 Perak 9,160,701.35

5 Selangor 8,504,005.55

6 K.Lumpur 13,030,159.16

7 Negeri Sembilan 6,096,589.39

8 Melaka 3,460,197.76

9 Johor 9,476,193.00

10 Kelantan 2,797,407.67

11 Terengganu 4,409,474.84

12 Pahang 4,088,192.88

13 W.P.Labuan 2,384,288.10 14 Ibu Pejabat JKR 2,913,543.00

Jumlah 85,860,696.41

Jadual 9

Page 14: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

Graf 7 4.0 LAPORAN KOMPREHENSIF PROGRAM SENGGARA ELEKTRIK SECARA

TERANCANG BAGI PELANGGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2010

Program penyelenggaraan elektrik secara terancang dicadangkan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menangani masalah penyelenggaraan elektrik di sekolah-sekolah dan pejabat pentadbiran JPN yang dilaksanakan dengan kaedah yang pelbagai dan tidak mengikut peraturan semasa dan spesifikasi JKR. Memandangkan jumlah premis KPM adalah aset Tak Alih Kerajaan yang terbesar, adalah menjadi tanggungjawab JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik untuk menyediakan satu sistem pengurusan penyelenggaraan yang teratur dan sistematik untuk pelanggan. Susulan dari itu, cadangan ini telah dibawa ke pihak KPM pada tahun 2006 untuk dibincangkan dan diselaraskan. Pengurusan program dan komunikasi yang baik dan lancar menyebabkan pihak JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik masih lagi diberi tanggungjawab yang penuh untuk menguruskan masalah pendawaian dan penyelenggaraan elektrik di bangunan milik KPM. Berikut adalah laporan pengurusan program dan laporan 2010 iaitu :- 4.1 Perancangan Strategik Program 4.1.1 Menyediakan jadual tindakan perancangan penyediaan Dokumen Pelan

Bisnes Senggara Tahun 2010 (PBST) dan Anggaran Pelan Senggara Tahun 2010 (APST).

13/21

Page 15: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

14/21

4.1.2 Unit Perunding Inspektorat & Keselamatan Elektrik adalah sebagai Pengurus

dan Pentadbir kepada program ini telah mengeluarkan surat arahan kepada semua Ketua Jurutera Elektrik Negeri, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri, pada bulan September tahun 2009 bagi memohon kerjasama pihak pelaksana di peringkat negeri menyediakan Pelan Bisnes Senggara Tahun 2010 (PBST) dan Anggaran Pelan Senggara Tahun 2010 (APST) yang mengandungi senarai premis, skop kerja dan anggaran kos yang diperlukan untuk perlaksanaan kerja pembaikan/ penyelenggaraan.

4.1.3 Menerima peruntukan pada bulan April 2010.

4.1.4 Menyediakan Sub-Waran kepada JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri

untuk agihan.

4.1.5 Pihak Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri diarah mengadakan mesyuarat koordinasi dengan Pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi tujuan memuktamadkan senarai premis yang memerlukan tindakan penyelenggaraan elektrik berdasarkan keutamaan keperluan.

4.1.6 Unit Perunding Inspektorat & Keselamatan Elektrik mengemukakan laporan

kemajuan perbelanjaan kewangan dan kerja kepada pihak pelanggan setiap bulan sebelum 10 haribulan setiap bulan.

4.1.7 Unit Perunding Inspektorat & Keselamatan Elektrik menjalankan pemantauan

perlaksanaan program secara berkala iaitu mengikut sukuan ke peringkat negeri.

4.1.8 Unit Perunding Inspektorat & Keselamatan Elektrik mengkaji prestasi perlaksanaan program dan membuat analisis ke atas kelemahan yang ditemui dan memohon tindakan pembaikan segera diambil.

4.2 Laporan

4.2.1 Laporan Program Tahun 2010

Berdasarkan program pada tahun 2010, peruntukan diterima daripada Bahagian Kewangan dan Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kerja-kerja senggaraan elektrik dan pendawaian semula elektrik. Butiran peruntukan yang diterima adalah seperti berikut :-

Page 16: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

15/21

BIL. SUMBER KEWANGAN KOD OBJEK

JUMLAH (RM)

1 Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, BPPA

28000 15,533,500.00

2 Bahagian Kewangan 26000 2,011,500.00 21000 40,000.00 28000 555,290.00 29000 625,000.00 JUMLAH KESELURUHAN

PROGRAM 18,765,290.00

Jadual 10

Laporan Perbelanjaan Peruntukan Kod Objek 28000 sepanjang tahun 2010 iaitu :-

BIL. NEGERI JUMLAH JUMLAH BAKI JUMLAH PERATUS

PERUNTUKAN BELANJA BELANJA (RM) (RM) (RM) ( % ) 1 Perlis 1,112,166.03 268.00 1,111,898.03 99.98

2 Kedah 1,349,161.02 977.24 1,348,183.78 99.93

3 P.Pinang 981,762.30 14,126.21 967,636.09 98.56

4 Perak 1,288,326.90 9,508.25 1,278,818.65 99.26

5 Selangor 1,931,500.00 588.69 1,930,911.30 99.97

6 WPKL 1,038,964.10 2,750.00 1,036,214.10 99.74

7 N.Sembilan 1,484,000.00 92.05 1,483,907.95 99.99

8 Melaka 821,467.80 71.81 821,395.99 99.99

9 Johor 1,440,500.00 454.50 1,440,045.50 99.97

10 Pahang 1,682,500.00 296.44 1,682,203.56 99.98

11 Terengganu 1,208,290.00 81.28 1,208,208.72 99.99

12 Kelantan 1,132,910.94 409.55 1,132,501.39 99.96

13 WP.Labuan 630,000.00 161.15 629,838.85 99.97

UPSE -12,759.09 0.00 -12,759.09 100.00

16,088,790.00 29,785.17 16,059,004.82 99.81

Jadual 11

Page 17: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

16/21

Laporan Perbelanjaan Peruntukan Objek 26000 iaitu untuk Pembelian Alatganti sepanjang tahun 2010.

BIL. NEGERI JUMLAH JUMLAH JUMLAH PERATUS

PERUNTUKAN BAKI BELANJA BELANJA (RM) (RM) (RM) ( % )

1 Perlis 91,000.00 112.66 90887.34 99.88

2 Kedah 127,000.00 5083 121917.00 96.00

3 P.Pinang 270,000.00 27286.5 242713.50 89.89

4 Perak 292,000.00 635.80 291364.20 99.78

5 Selangor 340,000.00 160.40 339839.60 99.95

6 WPKL 175,000.00 3909.85 171090.15 97.77

7 N.Sembilan 120,000.00 185 119815.00 99.85

8 Melaka 114,000.00 4233.10 109766.50 96.29

9 Johor 100,000.00 9.30 99990.70 99.99

10 Pahang 160,000.00 44.50 159955.50 99.97

11 Terengganu 50,500.00 38.30 50461.70 99.92

12 Kelantan 75,000.00 52.50 74947.50 99.93

13 WP.Labuan 100,000.00 130.50 99869.50 99.87

UPSE -3,000.00

2,011,500.00 41,880.41 1,972,618.19 98.07 Jadual 12

Laporan Perbelanjaan Peruntukan Objek 21000 iaitu untuk Pembiayaan Tuntutan Perjalanan Kakitangan CKE yang terlibat dengan program sepanjang tahun 2010.

Page 18: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

17/21

BIL. NEGERI RENDAH (RM) PERATUS (B41/211/220400/030302/ 21000) BELANJA

JUM.

PERUNTUKAN BELANJA BAKI

( % )

1 Kedah 5,000.00

4,887.85

112.15 97.76

2 P.Pinang 2,500.00

2,498.75

1.25 99.95

3 Selangor 8,000.00

7,927.45

72.55 99.09

4 N.Sembilan 4,000.00

3,989.55

10.45 99.74

5 Melaka 2,500.00

2,496.01

3.99 99.84

6 Pahang 5,000.00

4,562.80

437.20 91.26

7 Terengganu 4,000.00

3,987.35

12.65 99.68

8 Kelantan 4,000.00

795.30

3,204.70 19.88

10 UPSE 5,000.00

4,996.30

3.70 99.93

40,000.00 36,141.36 3,858.64 90.35

Jadual 13

Laporan Perbelanjaan Peruntukan Objek 29000 iaitu untuk Pembiayaan Perolehan Perkhidmatan Orang Kompeten.

BIL. NEGERI JUMLAH JUMLAH JUMLAH PERATUS

PERUNTUKAN BAKI BELANJA BELANJA (RM) (RM) (RM) ( % )

1 Perlis 60,200.00 0.00 60,200.00 100.00

2 Kedah 129,600.00 4,536.00 125,064.00 96.50

3 Selangor 75,000.00 0.00 75,000.00 100.00

4 WPKL 85,200.00 100.00 85,100.00 99.88

5 Terengganu 125,000.00 0.00 125,000.00 100.00

6 Kelantan 150,000.00 640.00 149,360.00 99.57

JUMLAH 625,000.00 5,276.00 619,724.00 99.16

Jadual 14

Page 19: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

18/21

Berdasarkan program pada tahun 2010, permohonan peruntukan di bawah kod

objek 29000 dibuat untuk memenuhi keperluan Peraturan-peraturan Elektrik 1994. Perolehan untuk kerja ini di buat secara sebutharga untuk mendapatkan harga yang kompetitif ke atas syarikat Kontraktor Perkhidmatan Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga. Skop bagi kerja perolehan di bawah kod objek 29000 adalah lawatan dan pemeriksaan ke atas pepasangan elektrik di sekolah-sekolah yang menerima bekalan tidak melebihi 600 volt melalui gear suis 100A atau lebih. Hasil dari perlaksanaan kerja tersebut, beberapa penemuan, output dan ’outcome’ kepada pihak JKR dan pihak sekolah telah dilaporkan ke unit ini untuk makluman dan tindakan penambahbaikan. Perlaksanaan lawatan orang kompeten dibuat oleh enam negeri seperti Jadual 14, namun empat laporan output dan ’outcome’ diperolehi dari pihak negeri iaitu dari Bahagian Elektrik JKR W.P.K.Lumpur, JKR CKEN Kedah, Kelantan dan Perlis. Pihak JKR CKEN melaporkan kerja ini telah memberi faedah yang banyak kepadanya antaranya adalah pematuhan kepada Peraturan-peraturan Elektrik 1994 di bawah peraturan 66,67 dan 68 mengenai lawatan dan pemeriksaan orang kompeten ke atas pepasangan elektrik. Laporan yang dikemukakan oleh orang kompeten ke atas sesuatu pepasangan menjadi bahan rujukan/ output kepada pihak JKR untuk digunakan sebagai asas untuk tindakan pencegahan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Selain daripada itu, laporan itu juga digunakan untuk memantau/ menyelia pepasangan elektrik di sekolah dari masa ke masa. Platform ini juga digunakan sepenuhnya oleh pihak JKR CKEN untuk merancang keperluan tindakan pembaikan/ naiktaraf dan juga permohonan peruntukan dalam urusan penyenggaraan. Keperluan peruntukan juga boleh dibuat mengikut keutamaan seperti yang dilaporkan dalam laporan lawatan. Perlaksaan kerja ini turut digunakan oleh pihak JKR CKEN dalam penyediaan laporan inspektorat ke atas pepasangan elektrik di premis-premis Kerajaan yang mana telah menjadi tanggungjawab pihak JKR CKEN untuk menjalankan inspektorat ke atas beberapa premis setiap bulan. Hasil daripada perlaksanaan kerja ini juga, pihak JKR CKEN dapat memastikan sistem perlindungan di Papan Suis Utama dan papan suis kecil ditatah mengikut spesifikasi bagi mengelakkan ’discrepancy’ dan ’unnecessary tripping’. Malah harapan pihak JKR CKEN negeri, senggaraan kerosakan dapat dikurangkan dengan adanya lawatan orang kompeten ini. Dalam perlaksanaan kerja ini, pihak ibu pejabat bukan sahaja menharapkan faedah yang baik diperolehi oleh pihak JKR sahaja, tapi pihak kami berharap agar pihak sekolah/ ’ end user’ juga mendapat manfaat dengan perlaksanaan kerja ini. Output/ outcome yang telah dilaporkan oleh pihak sekolah adalah secara tidak langsung menjadikan pihak sekolah telah mematuhi Peratuhan-peraturan Elektrik

Page 20: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

19/21

1994. Malah usaha ini telah memberi kesedaran kepada pihak sekolah tentang kepentingan penyenggaraan elektrik dan keselamatan elektrik di sekolah. Pihak sekolah juga dapat mengetahui tahap keselamatan pepasangan elektrik di sekolah masing-masing. Berdasarkan laporan orang kompeten, membolehkan pihak sekolah mengambil tindakan sewajarnya atas teguran oleh orang kompeten yang kerap berlaku di sekolah-sekolah seperti bilik suis dijadikan stor/ bilik rehat. Laporan itu juga boleh digunakan oleh pihak sekolah dalam usaha permohonan peruntukan untuk pembaikan. Pihak sekolah menyatakan kerja ini dapat mengurangkan risiko bahaya apabila berlaku kegagalan peralatan berfungsi dengan baik ke atas pengguna.

Akhir sekali, harapan pihak sekolah, kegagalan kefungsian/gangguan bekalan elektrik dapat dikurangkan seterusnya sistem pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan selesa. Dengan adanya program komprehensif KPM ini, wujudnya hubungan harmoni antara sekolah dengan pihak JKR dan ini memudahkan urusan aduan kerosakan.

Laporan Jumlah Kerosakan Elektrik yang diterima daripada Kementerian Pelajaran sepanjang tahun 2010 dan tindakan pembaikan dibuat secara Jabatan.

BIL. NEGERI JUMLAH

KEROSAKAN DARI KPM

JUMLAH KEROSAKAN

KESELURUHAN

PERATUS JUMLAH

KEROSAKAN DARI KPM (%)

1 Perlis 235 925 25.41 2 Kedah 938 3,540 26.50 3 P.Pinang 2365 5,357 44.15 4 Perak 1764 6,574 26.83 5 Selangor 2160 5,015 43.07 6 WPKL 6532 11,112 58.78 7 N.Sembilan 1856 2,148 86.41 8 Melaka 1541 2,848 54.11 9 Johor 1680 4,337 38.74 10 Pahang 850 3,949 21.52 11 Terengganu 1511 4,214 35.86 12 Kelantan 1036 3,136 33.04 13 W.P.Labuan 92 481 19.13 JUMLAH 22,560 53,636 42.06

Jadual 15

Page 21: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

20/21

5.0 KESIMPULAN Daripada maklumat yang dianalisis, beberapa kesimpulan boleh dibuat iaitu :-

a) Bahagian Elektrik JKR W.P.K.Lumpur paling banyak membelanjakan

peruntukan Kerajaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan elektrik dan diikuti oleh JKR CKEN Johor dan Perak.

b) Terdapat negeri-negeri yang banyak menjalankan kerja-kerja

penyelenggaraan secara kecemasan. Ia boleh dielak dengan merancang senggara pencegahan sebelum kerosakan berlaku.

c) Dari aspek pengurusan fasiliti aset pula, didapati pematuhan 99.2 % kepada

Piagam Pelanggan Cawangan Kejuruteraan Elektrik mencerminkan kemampuan JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik untuk memastikan setiap aduan yang diterima diambil tindakan dengan cekap dan betul.

d) Perlaksanaan Program Senggara Elektrik menyeluruh dilihat banyak memberi

impak yang positif kepada perkembangan pengurusan aset yang menyeluruh dan pentadbiran pengurusan fasiliti yang terancang samada di pihak pelaksana khususnya JKR dan pihak pelanggan.

e) Perlaksanaan program ini adalah satu langkah yang paling strategik dalam memastikan tugas dan tanggungjawab JKR terlaksana dalam urusan penyelenggaraan bangunan-bangunan Kerajaan.

f) Memandangkan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah pelanggan terbesar JKR, hasil daripada kejayaan/ kegagalan program ini dapat memberi petunjuk atau tauladan kepada jabatan pelanggan yang lain.

g) Program Senggara Elektrik telah banyak memberi peningkatan ke atas mutu

penyampaian perkhidmatan JKR CKE kepada pelanggan. Contohnya, penyerahan projek tidak sahaja difokuskan kepada projek-projek yang besar tetapi pendekatan / perlaksanaan kerja-kerja pembaikan yang kecil juga dibuat penyerahan kepada pelanggan samada kerja secara undi mahupun sebutharga.

Akhir sekali, dapatlah dirumuskan bahawa perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik di semua premis kerajaan telah dijalankan oleh JKR CKE secara menyeluruh dan telah mematuhi peraturan-peraturan Perbendaharaan yang ditetapkan. Selain daripada itu, JKR CKEN juga dilihat mampu menjaya dan melaksanakan kerja-kerja perolehan dan pemantauan dengan baik dan berkesan. Malah staf yang menguruskan urusan penyenggaraan juga berjaya mencapai tahap kompetensi, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang sepatutnya kerana semasa siri audit yang dijalankan oleh pejabat ini, didapati hanya kelemahan biasa sahaja ditemui.

Page 22: LAPORAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK OLEH …epsmg.jkr.gov.my/images/2/22/Laporan-kerja-penyenggaraan-2010.pdflaporan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik . oleh jkr cawangan

21/21

Oleh itu semua JKR CKEN perlu mengambil tanggungjawab yang serius dalam setiap laporan yang dikemukakan kepada pihak Ibu Pejabat bagi menjamin penerbitan laporan yang tepat dan terperinci serta menjadi rekod rujukan yang utama kepada jabatan dalam rekod-rekod kerja-kerja senggara elektrik. Unit Perunding Inspektorat & Keselamatan Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia sangat berterima kasih kepada semua kakitangan CKEN yang memberi komitmen padu dalam memastikan pengurusan penyelenggaraan elektrik berjalan dengan lancar.

Laporan disediakan oleh : UNIT PERUNDING INSPEKTORAT DAN KESELAMATAN ELEKTRIK, (Dulunya dikenali sebagai Unit Perunding Senggara elektrik) CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA. Tarikh : APRIL 2011