kerja kursus[1]

7
TAJUK: NAMA : KELAS : SEKOLAH : TARIKH HANTAR : 28 MEI 2010 TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU —————————- —————————

Upload: mohdkhamdani

Post on 08-Jul-2015

580 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

Kerja kursus ini untuk a

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja kursus[1]

TAJUK: NAMA : KELAS : SEKOLAH : TARIKH HANTAR : 28 MEI 2010 TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU —————————- —————————

Page 2: Kerja kursus[1]

(Nombor 2) SENARAI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

1) Penghargaan

2) Pendahuluan

3) Objektif Kajian

4) Kawasan Kajian

5) Kaedah Kajian

6) Hasil Kajian

7) Rumusan

8) Rujukan

9) Lampiran

10) Bukti ( soal selidik dan temu bual )

(Nombor 3) PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Bukit Sentosa 2, Pn Rokiah bt.

Ramlan kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga

kepada guru Geografi saya iaitu Dr. Mohd. Khamdani b. Sairi yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan

nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada

saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan

kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu ________ yang telah banyak membantu saya ketika proses soal

selidik dan temu bual dilakukan.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk __________ yang telah sudi memberikan

kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi

baik kalian semua.

(Nombor 4) PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah

( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Amalan Kitar Semula. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk

membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai amalan kitar semula.

Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di kawasan kami mempunyai pusat kitar semula dan ini

memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan April sehingga bulan Jun iaitu kira-

kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan

amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

Page 3: Kerja kursus[1]

(Nombor 5) OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

1) Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas

2) Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula

3) Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula

4) Menghuraikan masalah/halangan amalan kitar semula

5) Mencadangkan langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar semula.

6) Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap penduduk di Kg. Parit Raja Ahmad tentang

kepentingan amalan kitar semula.

(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Kampung Parit Raja Ahmad Parit Sulong Batu Pahat Johor. Lokasi kawasan kajian

ini terletak kira-kira 24 kilometer dari Bandar Batu Pahat dan kira-kira 1 km dari pekan Parit Sulong. Biasanya

tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah 40 sen untuk perjalanan pergi dan balik

yang mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebuah sekolah

menengah iaitu SMK Penghulu Saat yang mempunyai pelajar seramai 1200 orang. Kampung saya juga mudah

untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik.

Kampung Parit Raja Ahmad mempunyai tanah subur (tanah pamah) yang rata dan ini menggalakkan

sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor

pertanian iaitu menanam kepala sawit dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan

profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta.

PETA KAJIAN

1) Lukis Peta Daerah / Zon Batu Pahat

2) Peta Pekan Parit Sulong

3) Peta Kg. Parit Raja Ahmad

( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka menjalankan kajian) = kena lukis sendiri dan

lengkapkan dengan

i) Tajuk dan Bingkai [1 m]

ii) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]

iii) Simbol Piawai [ 1 m ]

iv) Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]

(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk

memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4

kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-

1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti amalan kitar semula yang

terdapat di kawasan kampung saya.

2) Temu Bual = seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung untuk

mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang amalan kitar semula. Temu bual dijalankan kepada

penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang

keadaan kawasan kampung.

3) Soal Selidik = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk

kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal selidik – sila rujuk

lampiran )

Page 4: Kerja kursus[1]

4) Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk

mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan kitar semula

(Nombor8) DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep Kitar Semula

Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk

dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar semula barang-barang terpakai diperkenalkan dalam usaha

untuk menjimatkan penggunaan sumber, memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan pencemaran,

dan mengurangkan pembaziran. Antara barang yang boleh dikitar semula termasuklah kertas, plastik, besi,

aluminium dan getah. Barang seperti botol kaca boleh digunakan semula setelah melalui proses pembersihan.

8.2 Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula

Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh penduduk di kampung saya ialah kertas, plastik dan kaca.

Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk kampung saya ialah MENJUALbahan-bahan kitar semula

ini di pekan Parit Sulong. Kebanyakan daripada penduduk kampung akan membawa sendiri bahan tersebut ke

pusat memproses bahan kitar semula.

Terdapat juga penduduk kampung yang MENGGUNAKAN SEMULA bahan kitar semula ini untuk menjimatkan

perbelanjaan. Contohnya, digunakan untuk membuat keceriaan di dalam rumah, menggunakan kedua-dua

helaian kertas dan membuat perhiasan rumah seperti bunga kertas dan pasu kaca yang telah dibersihkan.

Selain itu, terdapat penduduk kampung yang sudi bekerjasama MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PIHAK

SEKOLAH bahan-bahan kitar semula mereka untuk menambah pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan guru

(PIBG) bagi menampung program-program pelajar di sekolah memandangkan bahan kitar semula mempunyai

nilai ringgit yang tinggi di pasaran.

Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk yang cuba

untuk MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN SEPERTI KERTAS DAN PLASTIK.Sebagai contoh terdapat

penduduk yang tidak menggunakan plastik, polisterin ketika membungkus barang atau makanan. Kertas juga

dijimatkan supaya tidak membazir begitu sahaja.

Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan seterusnya menambahkan pendapatan

hasil jualan kitar semula.

8.3 Kepentingan Kitar Semula.

1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita

Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga

150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan

sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular

mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal?

2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih

Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika dibiarkan bersepah ia boleh

mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang

dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu

punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar

tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita.

4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga

i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam

televisyen.

Page 5: Kerja kursus[1]

ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang

bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang.

Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan

kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.

iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol

lampu 100 watt selama 4 jam.

iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga

yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

Dengan amalan kitar semula ini ia akan dapat menerapka unsur tanggungjawab dan sayangkan kepada negara

seperti peribahasa negara bersih rakyat sihat.

8.4 Masalah /halangan Amalan Kitar Semula

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti.

1. Sikap

Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan plastik, kertas dan

kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja.

Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

2. Kurang Pengetahuan

Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampung yang membuang bahan kitar semula ini adalah

disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula. Mereka lebih senang

membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula. bagi mereka amalan kitar semula ini hanya

membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

3. Harga Terlalu Rendah

Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah. Kertas di beli

dengan harga tidak kurang 20 sen untuk I kilogram. Harga yang rendah menyebabkan penduduk lebih senang

membakar bahan tersebut daripada menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak menguntungkan.

4. Kurang Pusat Pengumpulan.

Di kawasan Parit Sulong hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula. Keadaan ini

menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat

penduduk yang tinggal di kawasan hujung kampung. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar

semula yang dihantar oleh penduduk sahaja. Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barangan

kitar semula daripada penduduk kampung.

5. Kurang Kerjasama

Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh

kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha

kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan tercapai atau terlaksana.

Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikan amalan kitar semula ini

sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Amalan ini dapat menyelamatkan negara kita daripada mengalamai

kemusnahan sumber.

8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula

Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah atau tindakan dapat di

lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.

Langkah tersebut ialah seperti :-

1. Kempen

Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan

Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran

menjaga alam sekitar. Ini bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan

Page 6: Kerja kursus[1]

peranan untuk mengamalkan amalan kitar semula. kempen dan program yang dilaksanakan ini dapat member

keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan.

2. Pendidikan

Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula. Guru

perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada

musnah. Guru juga boleh mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar

semula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan tersebut.

3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan.

Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula bagi menarik

penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting supaya penduduk lebih peka dengan tidak

membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka hati. Ini dapat mengelakkan daripada pembaziran.

Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi yang strategik bagi

memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul.

4. Gotong Royong

Penduduk kampung boleh juga bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan kawasan kampung.

Pastikan penduduk kampung mengumpulkan bahan kitar semula ini dan tidak membakar atau membuangnya

begitu sahaja. Ketua kampung memainkan peranan yang penting supaya penduduk bekerjasama mengamalkan

amalan kitar semula ini.

Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan kitar semula ini dapat

dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk sama-

sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami kemusnahan.

Bahan Grafik

- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :-

i) Jadual

ii) Graf

iii) Carta Pai

iv) Peta Aliran

- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai

(Nombor 9) RUMUSAN

Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya

kita mengamalkan kitar semula, banyak hutan dapat diselamatkan daripada ditebang. Alam sekitar pula dapat

terpelihara daripada sebarang ancaman dan bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada

dalam setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengamalkan amalan kitar semula mendapat

sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.

(Nombor 10). LAMPIRAN

1. Surat pengenalan diri murid

2. Surat kebenaran membuat kajian

3. Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga

4. Surat kebenaran ibu/bapa penjaga

5. Borang soal selidik

6. Gambar / foto yang berkaitan

(Nombor 11). RUJUKAN

Buku Teks

Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3

Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd

Chong Mui Seng dan rakan, 2002 Geografi Tingkatan 1

Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd.

Buku Rujukan

Page 7: Kerja kursus[1]

Piara Singh, 2005 Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5

Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd

Fokus PMR Tingkatan 1, 2 dan 3

Internet

Blog smkpenghulusaad.wordpress.com.my

Orang Sumber

En. Mohd Khamsuldin B Abdul Wahab, 12 tahun, Seorang Guru di SMK Penghulu Saad, Pt. Sulong. Akhir kata,

diharapkan maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk menghasilkan sebuah kerja kursus

yang bermutu…

-SMKPS-