kerja kursus titas

3
Soalan 3 Peranan interaksi antara tamadun Cina, Jepun dan Islam dalam menghadapi cabaran global. Interaksi antara tamadun merupakan salah satu cara sesuatu tamadun untuk berkembang dari pelbagai aspek untuk menghadapi cabaran global. Interaksi antara tamadun mempunyai pelbagai peranan dan boleh dilihat melalui tamadun Cina, Jepun dan Islam dan hasil interaksi antara tiga tamadun tersebut. Antara peranan interaksi antara tamadun adalah ia boleh menyediakan suatu tamadun itu untuk bersedia dalam menghadapi interaksi dengan tamadun yang lain. Hal ini adalah kerana apabila manusia menemui sesuatu yang baru, mereka akan menjadi terkejut dengan perbezaan sesuatu perkara itu kerana samada perkara itu merupakan sesuatu yang baru ataupun amat berbeza sekali dengan budaya mereka. Apabila seseorang itu gagal mengasimilasikan diri dengan sesuatu yang baru, dia akan membawa satu masyarakat dan apabila suatu masyarakat itu gagal, ia akan membawa satu negara dan apabila negara itu gagal, ia akan membawa satu tamadun. Selain itu, interaksi antara tamadun juga membolehkan suatu tamadun itu untuk tidak ketinggalan zaman dalam peredaran masa yang kian berlalu. Sebagai contoh, interaksi antara tamadun Cina dan Islam telah memberikan tamadun Islam kaedah untuk membuat kertas dan ia memudahkan pedagang– pedagang arab untuk menyebarkan agama islam dengan meletakkan perkara yang ingin disebarkan di atas kertas dan apabila mereka telah menguruskan hal perdagangan mereka, para penduduk

Upload: fikri-mosleh

Post on 16-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kerja kursus titas 2013

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus TITAS

Soalan 3

Peranan interaksi antara tamadun Cina, Jepun dan Islam dalam menghadapi

cabaran global.

Interaksi antara tamadun merupakan salah satu cara sesuatu tamadun untuk

berkembang dari pelbagai aspek untuk menghadapi cabaran global. Interaksi antara

tamadun mempunyai pelbagai peranan dan boleh dilihat melalui tamadun Cina,

Jepun dan Islam dan hasil interaksi antara tiga tamadun tersebut.

Antara peranan interaksi antara tamadun adalah ia boleh menyediakan suatu

tamadun itu untuk bersedia dalam menghadapi interaksi dengan tamadun yang lain.

Hal ini adalah kerana apabila manusia menemui sesuatu yang baru, mereka akan

menjadi terkejut dengan perbezaan sesuatu perkara itu kerana samada perkara itu

merupakan sesuatu yang baru ataupun amat berbeza sekali dengan budaya

mereka. Apabila seseorang itu gagal mengasimilasikan diri dengan sesuatu yang

baru, dia akan membawa satu masyarakat dan apabila suatu masyarakat itu gagal,

ia akan membawa satu negara dan apabila negara itu gagal, ia akan membawa satu

tamadun.

Selain itu, interaksi antara tamadun juga membolehkan suatu tamadun itu

untuk tidak ketinggalan zaman dalam peredaran masa yang kian berlalu. Sebagai

contoh, interaksi antara tamadun Cina dan Islam telah memberikan tamadun Islam

kaedah untuk membuat kertas dan ia memudahkan pedagang–pedagang arab untuk

menyebarkan agama islam dengan meletakkan perkara yang ingin disebarkan di

atas kertas dan apabila mereka telah menguruskan hal perdagangan mereka, para

penduduk tamadun yang lain boleh merujuk ajaran mereka melalui helaian kertas

yang ditinggalkan oleh pedagang-pedagang tersebut.

Selepas itu, apabila dua tamadun berinteraksi, satu jalinan persahabatan

akan terjalin antara dua tamadun tersebut. Hubungan persahabatan ini

membolehkan kedua-dua tamadun tersebut untuk membantu antara satu sama lain.

Sebagai contoh, apabila tamadun Cina menghadapi suatu masalah seperti

kekurangan bahan mentah untuk berdagang, tamadun Jepun boleh berkongsi sedikit

barang perdagangan mereka dengan tamadun Cina dan mereka boleh

membahagikan hasil dagangan mereka dengan sama rata.

Page 2: Kerja Kursus TITAS

Selebihnya, dengan berinteraksi dengan satu tamadun, tamadun itu dapat

mengenali tamadun lain dengan mudah. Dengan ini, suatu tamadun itu dapat

mempelajari pelbagai perkara dari tamadun yang lain serta memperluaskan lagi

perhubungan dengan tamadun lain. Oleh itu, pelbagai masalah boleh dielakkan

dengan adanya jumlah kenalan yang banyak.

Kesimpulannya, interaksi antara tamadun merupakan satu aspek yang

penting supaya suatu tamadun itu tidak akan ketinggalan dalam suatu perkara serta

boleh mencegah beberapa masalah dengan mudah. Oleh itu, tanpa interaksi antara

tamadun, perkembangan suatu tamadun itu akan terbantut dan akan menjejaskan

prestasi tamadun itu.

Page 3: Kerja Kursus TITAS

PERANAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN CINA, JEPUN DAN

ISLAM DALAM MENGHADAPI

CABARAN GLOBAL

PERSEDIAAN BERINTERAKSI

DENGAN TAMADUN LAIN

BERKONGSI ILMU DENGAN

TAMADUN YANG LAIN

MENJALINKAN PERSAHABATAN

DENGAN TAMADUN LAIN

MEMPERLUASKAN BULATAN

PERHUBUNGAN ANTARA

TAMADUN