kerja kursus titas 2013

Upload: irene-chua

Post on 03-Apr-2018

303 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    1/23

    1

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN ,

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    TERENGGANU DARUL IMAN .

    KERJA KURSUS TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

    ( PISMP SEMESTER 1)

    NAMA : CHUA HOOI LING

    NO. KAD PENGENALAN : 911007- 02 - 5532

    UNIT : PISMP SEMESTER 1

    KURSUS : PENDIDIKAN PRASEKOLAH 3

    MATA PELAJARAN : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

    KOD MATA PELAJARAN : WAJ 3101

    NAMA PENSYARAH : ENCIK ABDUL AZIZ BIN MAT AIL

    TARIKH HANTAR : 03 MAC 2013

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    2/23

    I

    Halaman Pengakuan

    Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

    yang telah saya jelaskan sumbernya.

    Tandatangan :

    Nama Penulis : CHUA HOOI LING

    Tarikh : 03 MAC 2013

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    3/23

    II

    Biodata

    Nama : Chua Hooi Ling

    No K/P : 911007 - 02 -5532

    Unit :1 PISMP Pendidikan Prasekolah 3

    Alamat : 2-B , Jalan Jeniang , 08300 Gurun Kedah .

    No Matrik : 6641

    Tarikh Lahir : 07 Oktober 1991

    E-mel : [email protected]

    No. Tel : 012 -5719906

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    4/23

    III

    Penghargaan

    Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana

    dengan limpah dan kurnianya , saya dapat menyiapkan Tugasan Tamadun Islam

    dan Tamadun Asia ini dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan .

    Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Abdul Aziz Bin Mat

    Ail selaku pensyarah mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang telah

    banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat dalam

    membantu saya menyiapkan kerja kursus ini .

    Selain itu , saya juga ingin mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan

    kepada pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan atas

    kemudahan yang telah disediakan kepada para guru pelatih seperti kemudahan

    pusat sumber bagi mendapatkan buku rujukan yang berkaitan dengan tugasan dan

    kemudahan Wifi bagi memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat yang

    berkaitan daripada internet untuk melengkapkan kerja kursus ini .

    Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

    sekelas yang turut banyak membantu saya dalam bentuk perbincangan dan curahanidea-idea yang berkaitan dengan tugasan ini. Bak kata pepatah berat sama dipikul

    ringan sama dijinjing. Semua permasalahan dapat diselesaikan dengan kerjasama

    dan sokongan mereka.

    Akhir, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak lain yang

    terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus ini

    dijalankan. Bantuan daripada kalian sangat dihargai.

    Sekian terima kasih.

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    5/23

    IV

    Senarai Kandungan

    TAJUK MUKA SURAT

    HALAMAN PENGAKUAN I

    BIODATA II

    PENGHARGAAN III

    SENARAI KANDUNGAN IV

    PENGENALAN 1

    1.0 TOKONG CHENG HOON TENG 2 - 3

    2.0 WAYANG KULIT 3 - 4

    3.0 MASJID KAMPUNG LAUT 5 - 6

    4.0 BATU BERSURAT TERENGGANU 7 - 9

    5.0 PONDOK LUBUK TAPAH 10 - 11

    KESIMPULAN 12

    REFLEKSI 13

    BIBLIOGRAFI 14

    LAMPIRAN 15 - 17

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    6/23

    1

    Pengenalan

    Slogan yang menggambarkan Malaysia sebagai Truly Asia bukanlah satu

    slogan kosong , tetapi merupakan hakikat sebenar yang dibentuk oleh sejarah

    pembinaan negara dan masyarakat Malaysia yang begitu panjang . Sebenarnya ,

    Malaysia telah mewarisi hampir kesemua tamadun Asia sehingga masyarakat kita

    hari ini begitu istimewa kerana begitu kaya dengan pelbagai warisan tamadun dan

    budaya .

    Pembentukan sesebuah negara tidak dapat dipisahkan dengan akar- umbi

    atau sejarah yang membentuk masyarakatnya . Dalam tugasan ini , telahdisenaraikan lima kes yang berunsur agama seperti Hindu , Buddha dan Islam .

    Berdasarkan 5 kes tersebut , lokasi , sejarah , latar belakang serta analisa

    pengaruhnya terhadap masyarakat telah dibuat . Di sinilah , kita dapat lihat betapa

    pentingnya elemen ketamadunan dalam pembinaan masyarakat Malaysia .

    Pembinaan sesebuah negara yang masyarakatnya berkongsi nilai- nilai sejagat dan

    saling hormat- menghormati terhadap nilai yang berbeza bukanlah satu usaha yang

    mudah .

    Sorotan terhadap kemunculan tamadun- tamadun di dunia sebelum ini

    sememangnya begitu menarik . Tidak dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk

    secara lengkap menggambarkan bagaimana boleh berlakunya perubahan pada

    sesebuah masyarakat daripada kehiduoan mereka yang tidak bertamadun sehingga

    kehidupan bertamadun . Oleh itu , dalam tugasan ini telah dihuraikan peranan kes

    dalam tamadun serta pengaruhnya terhadap masyarakat kini supaya kita dapat

    melihat perkembangnya secara drastik .

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    7/23

    2

    1.0 Kes Pertama: Tokong Cheng Hoon Teng

    1.1 Lokasi :

    Alamat : 25, Jalan Tokong 5 ,75200

    Malacca

    Transit : Stesen Bas Ekspres Melaka

    1.1.2 Latar belakang dan Sejarah

    Tokong ini dinamakan Cheng Hoon Teng yang bermaksud ' Tokong Awan

    Hijau' yang menjadi rumah ibadat untuk orang-orang Cina terutamanya Cina

    Hokkien . Tokong ini dibina pada tahun 1646 dengan menggunakan bahan-bahan

    yang dibawa daripada negara China oleh Kapitan Tay Kie Ki atau dikenali juga

    sebagai Tay Hong Yong. Pada era tersebut, tokong ini bukan sahaja menjadi pusat

    penyembahan kaum Cina malah turut menjadi pusat pengadilan atau mahkamah

    bagi etnik Cina dan juga pusat pentadbiran dan kebajikan. Selain Kapitan Tay Kie Ki.

    Kapitan Li Wei King, Chan Lak Kua dan Chua Su Cheong juga terlibat dalam

    pembangunan dan pembinaan tokong tertua ini.

    1.20 Peranan dalam Tamadun :

    Tokong Cheng Hoon Teng merupakan tempat ibadat di mana rumah

    ibadat ialah suatu institusi atau lokasi di mana sekumpulan orang (jemaah) datang

    untuk bersembahyang atau melakukan kegiatan keagamaan lain. Bentuk dan

    fungsi seni bina keagamaan telah berkembang selama ribuan tahun dari segi

    perubahan kepercayaan dan gaya seni bina.

    Pengganut Buddha mengunjung ke tempat ibadah untuk melakukan aktiviti

    kerohanian dan program sosial . Sebagai contoh , mereka akan melakukan aktivi

    yang berkaitan dengan ibadah iaitu mereka melakukan sembahyang dengan

    menggunakan colok. Sementara itu, mereka turut menyedekahkan makanan kepada

    sami sebagai cara untuk membuat pahala dan menilik nasib. Hal ini kerana,masyarakat Buddha mempercayai tilik nasib bagi perkara yang akan datang

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Seni_bina_suci&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Seni_bina_suci&action=edit&redlink=1
  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    8/23

    3

    1.30 Pengaruh terhadap masyarakat

    Tokong Cheng Hoon Teng merupakan satu tempat beribadat bagi penduduk

    di sekitar Melaka . Bukan sahaja begitu , tokong ini sekarang turut dijadikan sebagai

    satu tempat pelancongan yang dikunjungi oleh penganut Buddha setelah

    pengiktirafan sebagai tokong tertua di Malaysia .

    Sememangnya , bagi setiap agama tersebut mempunyai satu tempat khusus

    yang dibina untuk penganut yang mana tempat tersebut dikenali sebagai tempat

    ibadat . Komitmen dan penghayatan nilai-nilai keagamaan merupakan suatu yang

    penting dalam setiap agama . Tokong ini telah memberi peluang kepada penganut

    Buddha terutamanya sekitar Melaka menunaikan tanggungjawab mereka sebagai

    seseorang penganut yang alim . Diharapkan Tokong Cheng Hoon Teng akan terus

    berjalan dan berkembang dengan baik pada masa akan datang .

    2.0 Kes Kedua : Wayang Kulit

    2.10 Lokasi :

    Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

    Alamat : 2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak , 53200

    Kuala Lumpur, Malaysia.

    Kereta : 5 minit dari Menara Kembar Petronas

    2.1.2 Latar Belakang dan Sejarah :

    Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di

    Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau

    Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah

    mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks

    masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit pada

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    9/23

    4

    dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa

    pengutaraan kesenian.

    Pada asasnya, aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagi

    mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegan kelakar

    'comic relief' yang sering terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu, ianya jelas

    mengemukakan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan juga peristiwa-peristiwa

    yang digambarkan. Oleh itu, wayang kulit sebenamya boleh dinikmati (hayati) dalam

    dua peringkat. Kedua-duanya mempunyai peranan yang penting.

    2.20 Peranan dalam Tamadun :

    Wayang kulit adalah salah satu unsur kebudayaan Melayu peninggalan

    warisan yang mengandungi nilai-nilai seni, pendidikan dan nilai yang tinggi dan

    benar-benar berharga untuk dipelajari dengan sedalam-dalamnya. Pelajar dapat

    menghayati kesenian yang diwarisi sejak dahulu lagi . Persembahan wayang kulit

    Kelantan yang dipentaskan pada waktu malam juga mempunyai maksud tersirat iaitu

    gambaran masyarakat . Ketika manusia berada dalam kegelapan, kita memerlukan

    cahaya untuk dijadikan panduan. Bayang-bayang itu sendiri memberi gambaran

    kepada masyarakat umum bahawa lumrah manusia, lekas benar mengalami 'gila

    bayang' terhadap semua perkara seperti kuasa, wanita dan harta sehingga lupa

    tanggungjawab . Maka ini akan memberi iktibar kepada penonton untuk menunaikan

    tanggungjawab masing- masing .

    2.30 Pengaruh terhadap masyarakat :

    Pada masa kini, wayang kulit juga merupakan satu alat perhubungan

    masyarakat di samping satu rupa pengutaraan kesenian. Wayang kulit dapat

    berfungsi sebagai medium untuk memupuk perpaduan antara sama lain ini

    disebabkan penonton dapat membincangkan topik yang sama berasaskan

    persembahan wayang kulit . Persembahan wayang kulit turut berperanan sebagai

    satu hiburan semata- mata dengan unsur ceritan yang beraneka serta sebagai satu

    medium untutk pelajar pada era digital ini mengenali kesenian yang diwarisi sejakturun - temurun .

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    10/23

    5

    3.0 Kes Ketiga : Masjid Kampung Laut

    3.10 Lokasi :

    Alamat : Daerah Sungai Pinang, 16040

    Tumpat, Kelantan.

    Kedudukannya sekarang di Nilam Puri

    selepas banjir besar tahun 1966 yang

    asalnya terletak di tepi sungai

    berhampiran Kampung Laut di Tumpat,

    arah selatan Kota Bharu.

    3.1.2 Latar Belakang dan Sejarah :

    Ada tiga teori popular tentang asal-usul Masjid Kampung Laut. Salah satu

    teori adalah diriwayatkan oleh seorang sejarawan tempatan, Nik Man bin Nik Mat

    yang menyatakan bahawa asal-usulnya boleh dilihat daripada nenek moyang - Raja

    Iman yang sebenarnya membina Masjid Kampung Laut. Nik Mat mengaitkan cerita

    bahawa sekitar empat ratus tahun yang lalu ada seorang putera muslim Sri Vijayan

    bernama Syed Mahmud yang bergelar Raja Muda Laksamana yang belayar dariJawa selepas pertengkaran melibatkan perebutan takhta. Kapalnya tenggelam

    akibat badai sehingga membawanya ke pantai selatan Siam. Beberapa pengikutnya

    menetap di sana sementara yang lain terus menjelajahi daratan sehingga mereka

    tiba di sebuah desa kecil bernama Kampung Laut. Syed Mahmud, yang telah

    menukar namanya menjadi Raja Iman membina sebuah surau yang dikatakan

    dalam bentuk terbuka iaitu 'wakaf' atau tempat berlindung yang kecil.

    3.20 Peranan dalam Tamadun :

    Kemahsyuran reka bentuk Masjid Kampung Laut yang unik telah menjadi

    suatu lambang kemegahan rakyat negeri Kelantan. Penampilan bentuk bumbung

    bersegi tiga ( bertenggek/ bertingkat ) menirus ke atas, buah gutung dan menorah

    adalah lambang keunggulan Masjid Kampung Laut yang sekaligus menyemarakkan

    lagi keagungan Islam di Kelantan. Selain berfungsi sebagai pusat perkembangan

    Islam, masjid itu turut dijadikan tempat persinggahan alim ulama yang berdagang ke

    Kampung Laut, menjadikan kawasan itu pusat perniagaan tersohor di Tanah Melayu.

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    11/23

    6

    Masjid yang banyak berbakti kepada penduduk Kampung Laut itu masih lagi

    memberi sumbangan besar kepada umat Islam, khususnya mereka yang tinggal di

    Kampung Nilam Puri terutama penuntut Kolej Akademik Pengajian Islam Universiti

    Malaya dan Kolej Islam Sultan Ismail Petra (KIAS).

    3.30 Pengaruh terhadap masyarakat :

    Terdapat banyak bangunan kerajaan menerapkan identiti masjid ini dengan

    mengaplikasikan reka bentuk bumbung bertingkat tiga lapis dan buah gutung seperti

    bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Pejabat Menteri Besar dalam

    Kota Darul Naim, bangunan Majlis Agama Islam Kelantan dan Jabatan Hal EhwalAgama Islam Kelantan.

    Masjid Kampung laut mempunyai reka bentuk yang unik dan pembinaan

    asalnya tidak menggunakan sebarang paku tetapi digunakan potongan kayu dan

    buluh sebagai pemasak. Dengan pembinaan yang begitu unik ini , penarikan lebih

    ramai usmat Islam untuk mengunjungi ke masjud ini .

    Dalam penghayatan keindahan seni binanya , masyarakat turut dapatmenerapkan unsur- unsur keagamaan yang tersirat dalam pembinaanya .

    Pembaikanpulihan yang dijalankan atas masjid ini haruslah dihargai dan diwarisi

    secara turun- temurun supaya keistimewaan seni bina masjid ini dapat dikekalkan

    selama- lamanya .

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    12/23

    7

    4.0 Kes Keempat : Batu Bersurat Terengganu

    4.10 Lokasi

    Batu Bersurat Terengganu : Muzium

    Negeri Terengganu ( Bukit Losong ,

    20566 Kuala Terengganu Darul Iman .

    Memorial Batu Bersurat : Kampung

    Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu

    Jarak : 50 km dari Kuala Terengganu ,

    115 km dari Kota Bahru ,150 km dari

    Kuantan ,3 km dari Kuala Berang

    4.1.2 Latar Belakang dan Sejarah

    Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di

    tepi Sungai Tara, di Kampong Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian

    pada tahun 1902, Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari,

    seorang ahli perniagaan, di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang di jadikan

    alas membasuh kaki untuk naik ketangga surau tersebut. Batu itu telah patahsebahagian di sebelah atasnya. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang

    kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala

    Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, Batu ini dipersembahkan Kebawah Duli

    Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian Batu itu diletakkan atas

    Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris Di Terengganu Encik

    H.S. Peterson meminta seorang Jurufoto berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil

    gambar dan dihantarkan kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan.

    Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga

    Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah

    dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura. Pada 12 Februari

    1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium

    menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan

    bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri

    telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan NegeriTerengganu .

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    13/23

    8

    4.20 Peranan dalam Tamadun :

    Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan

    yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan

    menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran.

    Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada

    tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum

    dipindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.

    Batu bersurat telah membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum

    1326 atau 1386. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menganut

    fahaman animisme . Keadaan ini berubah selepas kedatangan Islam yang

    membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak.

    Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya

    menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian

    masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan

    akidah ditinggalkan secara beransur-ansur ( Ruslan Zainuddin, 2004: 91-92 ).

    Dalam seni epigrafi , Batu bersurat Terengganu merupakan salah satu hasil

    seni terutamanya dari sudut seni tulisan / Seni khat merupakan seni tulisan dalamIslam . Orang Melayu gemar jenis tulisan khat daripada jenis kufi dan nasakh .

    Selain itut, tulisan khat yang terdapat di masjid , madrasah dan surau juga

    merupakan petikan daripada ayat al- Quran terutamanya surah Yasin dan surah al-

    Fatihah .

    4.30 Pengaruh terhadap masyarakat :

    Bukti Batu Bersurat Terengganu yang menunjukkan kedatangan Islam ke

    Tanah Melayu telah mempengaruhi banyak aspek dalam masyarakat . Dari segi

    sosial dan budaya , Islam telah menyatukan masyarakat melalui asimilasi budaya

    yang dapat diterima oleh masyarakat Melayu. Budi bahasa serta adab masyarakat

    banyak berteraskan ajaran Islam. Islam juga telah membentuk pemikiran politik yang

    berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Islam, dan antaranya ialah wujudnya kerajaan

    Melayu yang menggunakan undang-undang Islam sebagai undang-undang negara,

    contohnya kerajaan Melaka dan Aceh.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Agama_rasmi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Arkib_Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Arkib_Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Agama_rasmi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam
  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    14/23

    9

    Kedatangan Islam juga turut memberi kesan terhadap sistem ekonomi, di

    mana penggunaan mata wang Dinar juga melambangkan pengaruh Islam. Selain itu,

    sistem perdagangan yang diamalkan terutama di Melaka pada masa itu banyak

    merujuk kepada perniagaan yang berlandaskan Islam. Contohnya, Hukum Jual Beli

    dan Hukum Riba turut dikuatkuasakan. Kesan terhadap sistem ekonomi yang

    berlandaskan Islam ini telah menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan

    antarabangsa.

    Faktor bahasa dan tulisan juga turut mempengaruhi masyarakat Melayu,

    penggunaan tulisan jawi sebagai alat komunikasi utama menunjukkan bagaimana

    Islam merubah dan meletakkan nilai insani kepada tahap yang betul. Tulisan jawi

    digunakan secara meluas, bahkan tulisan jawi masih berterusan terutama apabila

    berhubung dengan raja-raja Melayu. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa

    penyebaran Islam di alam Melayu atau Nusantara. Kemampuan bahasa Melayu

    sebagai bahasa Islam telah memantapkan kekuatan Islam di Nusantara.

    Penyebaran Islam juga turut memberi kesan kepada alam pemikiran

    masyarakat Nusantara. Sebelum Islam, masyarakat lebih terikat dengan faham

    agama Hindu yang banyak memasukkan unsur-unsur mistik sebagai anutan. Apabila

    Islam datang, segala kekhurafatan dan ketahyulan dapat dijelaskan dan dirungkai

    dalam pemikiran masyarakat. Seterusnya , perubahan terhadap alam pendidikan

    turut berlaku dalam masyarakat Melayu, sebelum itu pendidikan masyarakat lebih

    menjurus kepada adat-istiadat terutama faham Hindu dan unsur animisme, tetapi

    setelah Islam sampai pendidikan lebih kepada penilaian akal budi serta adab dan

    akhlak. Pendidikan lebih kepada memahami Khaliq atau Maha Pencipta, seperti

    pengenalan ilmu Tauhid, Fekah, Muamalat, Usuluddin dan Syariah. Kanak-kanak

    mula mempelajari al-Quran sebagai asas utama, kelas-kelas al-Quran dibuka oleh

    guru-guru agama dan imam-imam. Surau, Masjid, Rangkang dan Pondok didirikan

    bagi memberi ruang kepada masyarakat mempelajari agama dengan lebih luas lagi.

    Apa yang jelas, bukti Batu Bersurat Terengganu telah menunjukkan

    kedatangan Islam ke alam Melayu adalah satu perubahan yang besar, bahkan boleh

    disifatkan kedatangan Islam merupakan pemodenan budaya, sosial, ekonomi dan

    pemikiran masyarakat Melayu.

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    15/23

    10

    5.0 Kes Kelima : Pondok Lubuk Tapah

    5.10 Pengenalan :

    Pondok Lubok Tapah atau nama

    rasminya Madrasah Rahmaniah Ad-Diniah ,

    adalah sebuah institusi pengajian islam yang

    berkonsep tradisional dan merupakan antara

    pondok yang tertua di Kelantan. Pondok Lubok

    Tapah tidak asing bagi masyarakat negeri

    Kelantan memandangkan institusi diasas

    sekitar tahun 1931 itu .

    5.1.2 Lokasi :

    Alamat Surat Menyurat : Pondok Lubuk Tapah, 17200 Lemal, Pasir Mas, Kelantan.

    Tel : 09-7908566

    a) Jarak dari Pusat Bandar ( Kota Bharu ) 16 KM

    b) Jarak dari Bandar Terdekat ( Pasir Mas ) 4 Km.

    5.1.3 Sejarah dan Latar Belakang :

    Pengasas Pondok Lubuk Tapah ialah ulama tersohor, Allahyarham Tuan

    Guru Haji Abdul Rahman Che Wan yang pernah berguru dengan Tok Kenali

    sebelum melanjutkan pengajian ke Makkah selama empat tahun. Selepas kematian

    beliau, pondok ini diusahakan anaknya, Allahyarham Abdullah Abdul Rahman

    yang mendapat didikan dan bimbingan bapanya selain pendidikan di Makkah dari

    tahun 1953 hingga 1966.

    Pemberian nama Kampung Lubuk Tapah adalah disebabkan Haji Muhammad

    bin Lebai Abdul Latif seorang pendatang yang hanyut di laut yang terdampar di

    pantai Ni ( Patani atau Pattani ).Seorang yang berkepandaian dalam bidang bacaan

    Al Quran sehingga Raja Patani melantiknya menjadi guru Quran . Kesudahannya

    Beliau berhijrah ke Kelantan lalu meneroka sebuah desa pada mulanya dikenali

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    16/23

    11

    dengan panggilan kampung Tok Haji .Tapak perkampungan tersebut bertempat

    disekitar Stesen jana letrik Lemal . Akhirnya kampung Tok Haji dikenali sebagai

    kampung Lubuk Tapah

    5.20 Peranan dalam Tamadun :

    Pondok Lubuk Tapah telah berperanan sebagai satu pusat pengajian agama

    melalui satu sistem pendidikan di kalangan orang-orang Melayu .

    Difahamkan, matlamat penubuhan institusi pondok di Lubok Tapah ini adalah

    untuk memartabatkan pengajian pondok di dalam memberikan pendidikan agama

    kepada masyarakat agar menjadi ummah beriman, beramal dan bertakwa.

    Pada masa yang sama , penubuhan institusi ini turut berperanan dalam

    mempertahankan sistem pondok agar terus relevan dalam menjalankan misi dakwah

    kepada masyarakat serta melahirkan ulama pelapis pondok bagi mewarisi tradisi

    keilmuan ulama silam dan memastikan sistem pengajian pondok terus dipelihara.

    5.30 Pengaruh terhadap masyarakat :

    Sehingga kini , Pondok Lubuk Tapah telah melahirkan ribuan pelajar dimana

    ada dikalangan bekas-bekas pelajar pondok ini pulang menyebarkan ilmu dan

    memberi khidmat kepada masyarakat samada mengajar dengan membuka pondok

    atau sekolah agama mengajar di masjid dan madrasah menjadi imam masjid bilal

    dan sebagainya.

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    17/23

    12

    6.0 Kesimpulan

    Setiap Tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri

    tersendiri dalarn memastikan kelangsungan dan perkembangannya.Kesinarnbungan

    dari kelangsungan sesebuah Tamadun itu sebenamya hasil sikap terbuka dalarn

    menerima sebarang perubahan dan pengaruh Tamadun lain. Sesungguhnya wujud

    saling hubungan atau interaksi antara Tamadun sama ada di peringkat perkongsian

    nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling

    hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatif.

    Setelah kita lihat kelima- lima kes yang berunsurkan berlainan unsur , dapatkita rumuskan bahawa hubungan mesra dan persefahaman sejagat dalam kalangan

    rakyat Malaysai sebagai sebuah negara berbilang kaum amatlah penting . Sebagai

    rakyat Malaysia , kita seharusnya saling menghormati dan bekerjasama antara satu

    sama lain . Selain itu , kita juga harus menghargai kejayaan tamadun yang telah

    diwujudkan pada masa dahulu supaya kita dapat setiasa menyedar bahawa

    kepentingnya untuk hidup dalam negara yang aman dan damai ini .

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    18/23

    13

    7.0 Refleksi

    Semasa melaksanakan kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini,

    saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai

    bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang maklumat mengenai

    kebudayaan sesuatu tamadun itu yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan

    secara terperinci seperti ini.

    Sebagai seorang bakal guru , tugasan ini telah melengkapkan saya dengan

    pengetahuan konsep- konsep kewujudan sesuatu tamadun itu daripada 5 kes yang

    telah kami kaji dalam tugasan ini. Dengan lebih memahami ciri- ciri perkara yang

    menyumbang kepada tamadun, saya dapat mengambilnya sebagai iktibar supaya

    lebih mencintai negara serta melaksanakan tugas saya sebagai guru dengan lebih

    berusaha .

    Sebagai contoh , kes Pondok Lubuk Tapah yang terletak di Kelantan di mana

    merupakan antara pondok yang tertua di Kelantan telah berperanan sebagai satu

    pusat pengajian agama melalui satu sistem pendidikan di kalangan orang-orang

    Melayu . Kejayaannya boleh dilihat apabila ribuan pelajar dimana ada dikalangan

    bekas-bekas pelajar pondok ini pulang menyebarkan ilmu dan memberi khidmat

    kepada masyarakat setelah tamat pembelajaran . Kemunculan pondok ini telah

    membawa perubahan terhadap masyarakat tempatan dari segi taraf pendidikan ,

    sahsiah dan pembentukan insan yang murni . Daripada situ , saya mendapati

    bahawa pendidikan amat penting terhadap sesuatu tamadun dan akan lebih

    berusaha untuk menimba ilmu untuk menjadi seorang guru yang cemerlang pada

    masa akan datang .

    Dalam proses mendapatkan matlumat , saya telah mengambil kesempatan ini

    untuk bertanya kepada rakan- rakan yang berasal dari Melaka mengenai Tokong

    Cheng Hoon Teng yang dikaji dalam tugasan ini supaya lebih mengenali kajian

    tersebut . Rupa - rupanya tokong tersebut mempunyai dua nama dimana juga

    dikenali sebagai Guan Yin Ting sempena dewa Guan Yin dipersembahkan dalam

    tokong ini .

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    19/23

    14

    Seterusnya , melalui proses membuat tugasan kerja kursus ini yang saya

    laksanakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara rakan sekelas semakin

    rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan semua

    rakan-rakan juga dapat ditingkatkan dan saya mula lebih mengenali sikap dan

    sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus

    mengukuhkan hubungan dua hala kami.

    Sebagai seorang guru pelatih, sememangnya saya tidak pernah lari daripada

    berhadapan dengan masalah semasa menyiapkan tugasan yang diberikan. Antara

    masalah utama saya adalah dari segi perancangan masa yang tidak begitu efisien.

    Oleh kerana penyerahan tugasan ini bertindih dengan tugasan KKP yang lain, saya

    semakin sukar untuk membuat perancangan masa dengan baik.

    Kesimpulannya , sepanjang perlaksanaan tugasan ini banyak pengalaman

    dan ilmu serta kemahiran baru yang dapat saya peroleh dan timba. Saya sedar

    bahawa sebagai seorang bakal pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan

    dicari sebanyak mungkin sebagai persediaan dan bekalan untuk dibawa ke alam

    pekerjaan yang sebenar nanti.

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    20/23

    15

    8.0 Bibliografi

    Afifah Abu Yazid (2003) ; Pengajian Tamadun Asia edisi kedua; Kuala Lumpur. PTS

    Publications & Distributors SDN.BHD.

    Chow Fong Peng (2008). Budaya & Masyarakat berbilang kaum di Malaysia; Kuala

    Lumpur; Jabatan Kebudayaan dan kesenian Negara Kementerian Perpaduan

    kebudayaan dan kesenian.

    Mohd Nor Jusoh (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia; Kuala Lumpur; Sarjana

    Media SDN. BHD.

    Nadiah binti Abdul Rahman, Priscilla Law Nguik Hung (2008), Tamadun Islam dan

    Asia, ; Malaysia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.

    Sazelin Arif, Ahmad Ridzwan Mohd Noor et.al (2007), Tamadun Islam dan Tamadun

    Asia. Malaysia ; McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.

    Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan (2000), Nota Lengkap

    Tamadun Dunia STPM; Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti SDN.BHD ;

    Casel Clarence (2012). Tamadun China (TITAS), Diperoleh pada 28 Februari 2013

    daripada lama SlideShare:http://www.slideshare.net/CaselClarence/tamadun-

    china-titas

    Haba (2008), Pengenalan dan Konsep Asas, Diperoleh pada 28 Februari 2013

    daripada Laman Blogger :http://titas-haba.blogspot.com/2008/11/definisi-

    tamadun.htmlVisit Terengganu . Memorial Batu Bersurat Terengganu . Diperoleh pada 28 Februari

    2013 daripada laman Visit Terengganu :http://www.visit-

    terengganu.net/memorial-batu-bersurat/

    Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia . Masjid Kampung Laut Kelantan .

    Diperoleh pada 28 Februari 2013 daripada laman Arkib Negara Malaysia :

    http://www.arkib.gov.my/masjid-kampung-laut-kelantan

    http://www.slideshare.net/CaselClarence/tamadun-china-titashttp://www.slideshare.net/CaselClarence/tamadun-china-titashttp://www.slideshare.net/CaselClarence/tamadun-china-titashttp://www.slideshare.net/CaselClarence/tamadun-china-titashttp://titas-haba.blogspot.com/2008/11/definisi-tamadun.htmlhttp://titas-haba.blogspot.com/2008/11/definisi-tamadun.htmlhttp://titas-haba.blogspot.com/2008/11/definisi-tamadun.htmlhttp://titas-haba.blogspot.com/2008/11/definisi-tamadun.htmlhttp://www.visit-terengganu.net/memorial-batu-bersurat/http://www.visit-terengganu.net/memorial-batu-bersurat/http://www.visit-terengganu.net/memorial-batu-bersurat/http://www.visit-terengganu.net/memorial-batu-bersurat/http://www.arkib.gov.my/masjid-kampung-laut-kelantanhttp://www.arkib.gov.my/masjid-kampung-laut-kelantanhttp://www.arkib.gov.my/masjid-kampung-laut-kelantanhttp://www.visit-terengganu.net/memorial-batu-bersurat/http://www.visit-terengganu.net/memorial-batu-bersurat/http://titas-haba.blogspot.com/2008/11/definisi-tamadun.htmlhttp://titas-haba.blogspot.com/2008/11/definisi-tamadun.htmlhttp://www.slideshare.net/CaselClarence/tamadun-china-titashttp://www.slideshare.net/CaselClarence/tamadun-china-titas
  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    21/23

    16

    9.0 Lampiran

    Kandungan Batu Bersurat

    Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum dipindahkan

    ke Arkib Negara pada tahun 60-an.

    Batu Bersurat TerengganuMuka 2

    Batu Bersurat TerengganuMuka 3

    Batu Bersurat TerengganuMuka 3

    Batu Bersurat TerengganuMuka 1

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Arkib_Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Pr_Trengganu_D.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Pr_Trengganu_C.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Pr_Trengganu_B.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Pr_Trengganu_A.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Pr_Trengganu_D.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Pr_Trengganu_C.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Pr_Trengganu_B.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Pr_Trengganu_A.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Pr_Trengganu_D.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Pr_Trengganu_C.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Pr_Trengganu_B.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Pr_Trengganu_A.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Arkib_Negara
  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    22/23

    17

  • 7/29/2019 kerja kursus Titas 2013

    23/23

    18