kerja kursus smu3063 statistik.docx

11
PPG SEMESTER 8 SMU 3063 STATISTIK ASAS [PANDUAN KERJA

Upload: ires

Post on 12-Dec-2015

57 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERJA KURSUS SMU3063 STATISTIK.docx

PPG SEMESTER 8

SMU 3063

STATISTIK ASAS

[PANDUAN KERJA KURSUS]

Page 2: KERJA KURSUS SMU3063 STATISTIK.docx

ARAHAN

1. Kursus SMU 3063 ini mengandungi TIGA tugasan:

Tugasan 1 : Rancangan pengajaran, bahan dan rakaman pengajaran (30%)

Tugasan 2 : Artikel dan statistik (20%)

Tugasan 3 : E-Forum : Penilaian kendiri (10%)

2. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar dalam bentuk soft-copy (CD) dan hard-copy (Cetak) kepada pensyarah bagi kumpulan masing-masing.

3. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

PENJELASAN KERJA KURSUS / TUGASAN

KATEGORI TUGASAN

ARAHAN MARKAH TARIKH

TUGASAN 1(Kumpulan)

Tugasan 1 : Projek mini (30%)

Mengumpul dan memproses data. Mentadbirkan data supaya diperolehi dalam bentuk graf

dan carta. Membuat kesimpulan terhadap data yang diperolehi. Melaksanakan kerja projek mini secara berkumpulan.

Arahan:

1. Anda dikehendaki medapatkan data keputusan peperiksaan UPSR 2014 di sekolah anda dan sekolah berhampiran.

2. Keputusan mestilah melibatkan calon melebihi 50 orang pada tahun 2014 untuk keseluruhan kertas peperiksaan yang diambil.

3. Data yang diperolehi mestilah data yang sah bukan data rekaan yang memerlukan pengesahan daripada pihak pentadbir sekolah berkenaan.

4. Proses data mentah tersebut dan dapatkan min, sisihan piawai serta fakta lain yang berkenaan semasa memproses data itu.

5. Secara penggunaan perisian Microsoft Excel bina graf dan carta yang menunjukkan keseluruhan data yang diproses.

6. Cadangkan beberapa kaedah yang sesuai untuk meningkatkan atau langkah0langkah penambahbaikan terhadap kesimpulaan keputusan peperiksaan yang diperolehi.

7. Hasil dapatan ini mestilah didokumenkan mengikut kaedah penghasilan tugasan.

8. Lampiran terhadap data mentah seperti senarai nama murid , sekolah yang dijadikan sampel perlu disertakan

Page 3: KERJA KURSUS SMU3063 STATISTIK.docx

TUGASAN 2(Berpasangan)

TUGASAN 3(INDIVIDU)

dan mendapat pengesahan pentadbir sekolah berkenaan.9. Bibliografi wajib dinyatakan sekurang-kurangnya tiga

buah buku rujukan.

Tugasan 2: (20%)Pemberatan markah bahagian ini ialah 20% daripada keseluruhan markah tugasan. Anda dikehendaki menyelesaikan masalah ini secara berpasangan.

Arahan:

Jawab semua soalan. Rujuk soalan di bawah.

a. Cari satu artikel yang terdapat di dalam akhbar atau media masa yang memperkatakan tentang kegunaan statistik. Kenal pasti dan nyatakan :

I. Laporan statistik yang digunakan di dalam artikel tersebut

II. Pemboleh ubah yang digunakan di dalam statistik tersebut

III. Sampel yang digunakan di dalam artikel tersebutIV. Populasi bagi sampel yang digunakan di dalam

statistik tersebut.

b. Anda dikehendaki mendapatkan satu artikel yang menggunakan graf (sebarang bentuk persembahan data ) sebagai perwakilan / persembahan data secara statistik. Terdapat graf yang menyalah tafsirkan (misrepresents) maklumat yang terdapat di dalamnya. Bincangkan bagaimanakah penyalahtafsiran ini boleh berlaku. Anda boleh memasukkan sebarang keratan akhbar, carta, gambar rajah bagi menyokong huraian tersebut.

c. Nyatakan sekurang-kurangnya 3 rujukan yang anda gunakan dalam tugasan ini.

Tugasan 3: Penggunaan E-Forum (10%)

Tugasan ini bertujuan mengetahui penglibatan anda dalam membaca dan memberi makna kepada modul kursus ini.

1. Semua tugasan adalah dalam bentuk soalan yang dipilih mengikut bab di dalam modul pembelajaran yang disediakan.

2. Terdapat lima soalan forum.

3. Anda diminta memberi respon sekurang-kurang empat kali bagi setiap soalan forum dan respon juga kepada tulisan dari rakan kursus.

Page 4: KERJA KURSUS SMU3063 STATISTIK.docx

Soalan Forum 1:Setiap orang memerlukan kefahaman asas dalam statistik dan ia merupakan subjek utama yang diajarkan di hampir kesemua peringkat institusi pengajian tinggi. Jelaskan kepentingan mempelajari literasi statistik berserta contoh yang sesuai.

Soalan Forum 2 :

Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan terma “Proses Statistik (The Statistical Process)”? Apakah proses-proses yang perlu dilalui dalam melaksanakan sesuatu proses statistik.

Soalan Forum 3:Terangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan statistik deskriptif dan statistik inferensi.

Soalan Forum 4:Persampelan secara rawak amat sukar untuk diperolehi. Mengapa? Jelaskan juga mengapa persampelan secara rawak ini begitu penting dalam menjalankan statistik.

Soalan Forum 5:Teknologi komputer membantu dalam peningkatan kegunaan statistik untuk golongan profesional seperti penyelidik, kakitangan kerajaan, pekerja yang menganalisis data, perunding statistik dan sebagainya? Bagaimanakah perisian komputer dapat membantu anda dalam statistik ?

Item petunjuk dan markah:Tumpuan utama diberi kepada respon pertama pelajar terhadap soalan forum. Perhatian kepada ketepatan, kewajaran dan kesesuaiannya. Markah juga berpandu pada kekerapan penglibatan berforum.

JUMLAH 60%

Perhatian: Segala perkara yang berkaitan merujuk dan mengikut arahan pensyarah anda.

Page 5: KERJA KURSUS SMU3063 STATISTIK.docx

PANDUAN PENYERAHAN TUGASAN DALAM BENTUK PORTFOLIO

1. Portfolio MESTI lengkap dengan mengandungi 3 TUGASAN di dalamnya:

Tugasan 1 : Projek minia) Plan tindakanb) Jadual laksanac) Peta mindad) Data yang dikumpule) Borang kolaborasif) Gambar rajah sebaran pada kertas graf

- mengandungi garisan regresi, dan persamaan regresi linear g) Sumber-sumber rujukan

h) Keputusan dan kesimpulan

(Dalam bentuk cetak dan softcopy yang menggunakan program Microsoft Excel )

l) Refleksi : Untuk Projek mini(Dalam bentuk cetak)

Tugasan 2: Artikel dan statistik Jawapan yang lengkap

Tugasan 3: Respon anda terhadap lima soalan forum

2. Portfolio yang telah lengkap mestilah disususn mengikut susunan:(a) Cover atau muka hadapan (Gunakan format seperti di LAMPIRAN 1)(b) Mempunyai isi kandungan dan halaman (Rujuk format dalam LAMPIRAN 2)

3. Setiap pelajar mesti memuat naik (upload) portfolio masing-masing menerusi tapak penghantaran tugasan mengikut kumpulan masing-masing menerusi LMS. Lawati laman Assignment dan uploadkan mengikut tapak dalam kumpulan masing-masing.

4. Tarikh akhir penghantaran ialah pada (LIHAT PENGUMUMAN :………………. Pelajar perlu peka dengan tarikh yang ditentukan dengan merujuk ruangan pengumuman dari masa ke semasa.

5. Penghantaran yang lewat tidak akan dilayan

6. Sebagai backup tugasan boleh dihantar melalui pos dalam bentuk berjilid dan CD (hard copy & soft copy)

7. Sebarang masalah yang timbul sila berhubung dengan pensyarah anda.

Page 6: KERJA KURSUS SMU3063 STATISTIK.docx

FORMAT MELAKSANAKAN E-FORUM

1. Terdapat 5 soalan untuk aktiviti pelajar berforum secara on-line di laman LMS bersama pensyarah dan sesama pelajar yang lain.

2. Pelajar diminta menjawab SEMUA soalan forum tersebut dengan idea asli yang bernas. (2 markah diperuntukkan bagi setiap jawapan kepada soalan yang dikemukakan)

3. Pelajar juga dimestikan memberi pandangan, ulasan, penambahan dan komentar terhadap jawapan rakan-rakan yang lain (minimum 4 kali bagi setiap satu soalan perbincangan). Lebih banyak perbincangan adalah lebih baik. (2 markah diperuntukkan bagi perbincangan ini)

4. Pemarkahan diberikan menerusi jawapan kepada soalan dan kekerapan penyertaan berforum dengan rakan-rakan pelajar yang lain. Secara keseluruhannya jawapan pelajar dalam e-forum pada aras minimum ialah 5 jawapan kepada soalan dan 20 kali respon/interaksi secara on-line untuk markah penuh (10 markah).

5. Semua jawapan dan perbincangan yang dilaksanakan mestilah dicetak dan dimasukkan ke dalam portfolio dan disalin ke dalam CD. Hantarkan kedua-dua bahan (portfolio dan CD) kepada pensyarah masing-masing sebagai back-up.

SKALA PEMARKAHAN TUGASAN (PORTFOLIO)PORTFOLIO

A Menepati format penulisan folio, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

A- Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit . Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

B+ Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan da nada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format & bahasa.

B Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan da nada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan)

B- Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan da nada contoh. Ada idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan)

C+ Kesalahan format yang diminta (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan da nada contoh. Ada idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) & kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan).

C Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. Isi mencukupi, isi di huraikan da nada contoh. Ada idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak melebihi 7 perkara.

D Kesalahan format melebihi 5 perkara. Isi tidak mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada contoh. Ada idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara.

E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

PERINGATAN!!!!!!

i. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiriii. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Page 7: KERJA KURSUS SMU3063 STATISTIK.docx

iii. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan.iv. Sentiasa rujuk pengumuman dari masa ke semasa.v. Berhubung dengan tutor E-Learning anda.vi. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.vii. Kegagalan anda melengkapkan tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri.viii. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.ix. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.

TARIKH PENGHANTARAN

(Cyberjaya)

Page 8: KERJA KURSUS SMU3063 STATISTIK.docx

KOD & NAMA KURSUS

SMU3063: STATISTIK ASAS SEMESTER 8

PORTFOLIO

KUMPULAN

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING:

TARIKH POS:

LAMPIRAN 1

PEMARKAHAN

1. PROJEK MINI (30%)

2. LATIHAN (20%)

3. Forum (10%)

JUMLAH

Page 9: KERJA KURSUS SMU3063 STATISTIK.docx

ISI KANDUNGAN

1.0 TUGASAN 1: PROJEK MINI 1.1 1.2

2.0 LATIHAN Ujian Khi-kuasadua dan ANOVA

3.0 FORUM E_LEARNING

LAMPIRAN 2