kerja kursus sejarah
DESCRIPTION
KERJA KHUSUS SEJARAH 2010.-PERAYAAN TAHUN BARU CINA-TRANSCRIPT
TAJUK :
PERAYAANTAHUN
BARU CINA
SENARAI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka Surat
1 TAJUK KAJIAN
2 SENARAI KANDUNGAN
3 PENGHARGAAN
4 OBJEKTIF KAJIAN
5 KAEDAH KAJIAN
6 HASIL KAJIAN
7 RUMUSAN
8 LAMPIRAN
9 RUJUKAN
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Pn Mek Zahrah
bt Awang, Pengetua SMK Wangsa Melawati dan Pn Hasniza binti Abdul Halim, selaku guru
mata pelajaran Sejarah kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar semasa saya menjalankan
kajian ini.
Ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya,.................................................dan..............
.................... kerana telah menyumbang bantuan kewangan untuk membeli alat-alatan penulisan
untuk kajian bagi kerja kursus Sejarah seperti alat-alat tulis dan kertas folio.
Terima kasih juga kepada orang sumber saya iaitu, ................................................,
kerana telah banyak memberi maklumat yang amat berguna kepada saya berkaitan Perayaan
Tahun Baru Cina dan membantu saya untuk menyiapkan kajian ini.
Tidak lupa kepada rakan-rakan saya iaitu ................................................ kerana telah
menyumbangkan idea dan pandangan yang bernas semasa saya menjalankan kajian ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian ini,
Saya dapat mengetahui tentang Perayaan Tahun Baru Cina yang disambut oleh
masyarakat Cina di negara kita.
Saya dapat mengetahui dan menyatakan dengan jelas mengenai tujuan perayaan Tahun
baru Cina dirayakan, masyarakat yang merayakannnya, sejarah dan asal usul perayaan ini,
persiapan dan sambutan perayaan ini dan iktibar sesuatu sambutan perayaan kepada masyarakat.
Saya juga berpengalaman merayakan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina yang dirayakan oleh
masyarakat Cina di negara kita, Malaysia.
Saya juga dapat menghargai dan menilai kepentingan sesuatu perayaan dalam
mewujudkan perpaduan kaum di negara kita, Malaysia. Melalui perayaan, terutamanya perayaan
Tahun Baru Cina, masyarakat sering kunjung-mengunjungi dan dengan ini dapat mengeratkan
hubungan antara 2 masyarakat yang berbeza budaya dan adat resam.
KAEDAH KAJIAN
Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menjalankan beberapa kaedah iaitu :-
Kaedah Temubual - Saya telah menemubual .......................... berumur ...........tahun, tinggal di
............................... dan bekerja sebagai .................................................................,
beliau telah memberi maklumat yang amat berguna mengenai Sambutan Perayaan tahun Baru
Cina yang disambut oleh masyarakat Cina di Malaysia.
Kaedah Melayari Internet – Saya telah melayari internet dan memuat turun bahan-bahan yang
berkaitan kajian saya iaitu mengenai Perayaan Tahun Baru Cina.
Kajian Perpustakaan - Saya telah membuat kajian di perpustakaan Negara Malaysia dan
Perpustakaan sekolah saya untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan Perayaan Tahun
Baru Cina.
Lawatan – Saya telah melawat tempat kajian iaitu..............................................., saya telah
melihat bagaimana perayaan Tahun baru Cina diraikan
.
HASIL KAJIAN
1. PERAYAAN TRADISI
a) Nama Perayaan / Nama Lain
Tahun Baru Cina
Malam Tahun Baru Cina
Selain Tahun Baru Cina, ianya juga dikenali dengan nama Tahun Baru Qamari atau
Perayaan Musim Bunga.
b) b) Pihak / Etnik / Kaum Yang Terlibat
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun
baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12
tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Contoh :-
Haiwan / Tahun
1. Tikus – 1996 dan 2008
2. Lembu – 1997 dan 2009
3. Harimau – 1998 dan 2010
4. Arnab – 1999 dan 2011
5. Naga - 2000 dan 2012
6. Ular – 2001 dan 2013
7. Kuda – 2002 dan 2014
8. Kambing – 2003 dan 2015
9. Monyet – 2004 dan 2016
10. Ayam – 2005 dan 2017
11. Anjing – 2006 dan 2018
12. Khinzir – 2007 dan 2019
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut
dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang
dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai
kalendar qamari Cina.
c) Tarikh / Tempoh masa dirayakan
Hari pertama
Tarian Naga semasa Perayaan Tahun Baru CinaHari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.
Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha,
menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai
bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.
Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila
keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam
seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.
Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk
menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.
Hari ke-2
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" menyaksikan anak
perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut
tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang
menziarahi keluarga kandung sendiri
Hari ke-3
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk
menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut:
Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" yang bermaksud bahawa
adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk
ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami
kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah
sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar
dijadikan hari menziarahi kubur.
Hari ke-5
Di bahagian utara China, ladu dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" Ini juga
merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan,
perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.
Hari ke-7
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai, iaitu hari yang mana usia setiap
orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.
Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga
berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi
menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang
terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan
Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau
tersebut.
Hari ke-9
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah
Maharaja Jed di Kayangan di tokong agama Tao. Tambahan pula, hari ini dianggap
sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari
kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja
tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk
melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.
Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.
Hari ke-15
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai atau Chap Goh Mei. Bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah sejenis
makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur
dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan
dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa
isi.Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali
sebagaiPerayaan Tanglung.
d) d) Tujuan Perayaan
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali
berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar
mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar
pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau
puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol
murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga
akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih
pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan
menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang
diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.
Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi
bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun
Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown, London.
2. LATAR BELAKANG
a) Sejarah / Asal usul perayaan
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang
bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup
dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini.
Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara,
meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.
Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat
Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia
menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah
akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi
dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan
kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang
menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa
dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang
sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi
penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu
ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.
Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan
untung nasib binatang tersebut.
b) Upacara khusus dalam perayaan
Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara
dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada
orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.Sampul merah ini sentiasa
mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau
sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan
wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian .
Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya
dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8
dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam
angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.
Bunga api
Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan
letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah
ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali
panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana
warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun
melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam
bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir
roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek
penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.
Pakaian
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana
dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang
memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.
Shou Sui
Shou Sui berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan
malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang
akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu
bapa.
Simbol
Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan
budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak
menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang
berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab
yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara
, atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan
tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina , atau "terbalik", berbunyi sama
dengan "tiba". Maka, fú dào melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan
kemakmuran.
Bunga
Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika
pasaran tahun baru.
Hiasan Bunga Maksud
Bunga plum melambangkan tuah
Kumkuat melambangkan kemakmuran
Narcissus melambangkan kemakmuran
Bunga kekwa melambangkan panjang umur
Buluh tumbuhan digunakan sepanjang tahun
Bunga matahari bermaksud tahun yang elok
Ucapan
Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang dikenali
sebagai "ungkapan pembawa tuah"
"Selamat Tahun Baru" ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini
diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat.
"Gong xi fa cai “yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat
rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun
baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai
kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan
menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan
kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk); manakala dua aksara terakhir
ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di
kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang
berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai
komuniti berbahasa Cina yang ketara, termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap
selama beberapa generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan
Taiwan, dan pendatang transit (khususnya golongan siswa).
Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya tanpa
mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun baru dianggap
tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian "Suìsuì píng'ān" (Cina Tradisional: 歲歲平安,:
岁岁平安) diucapkan serta-merta, yang bermakna "semoga keamanan berkekalan tahun demi
tahun". 歲 (Suì, bermaksud "usia") sama bunyi dengan 碎 ("pecah"), sebagai demonstrasi bagi
kegemaran orang Cina "bermain-main" dengan perkataan dalam bahasa mereka. Melalui cara
yang sama, 年年有餘 (Niánnián yǒuyú), hajat penambahan hasil setiap tahun, memanipulasi
suku kata yú yang juga ditulis 魚 (ikan), menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru
berikan dan juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan hadiah.
Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila bertukar
hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di Malaysia dan
Singapura.
Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap: Gōngxǐ fācái, hóngbāo
nálái), yang diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang pau."
c) Individu yang mengetuai upacara khusus
Bagi jamuan pertemuan semula, jamuan ini lazimnya diadakan di rumah anggota
keluarga yang paling tua.
d) Tempat khusus sambutan di jalankan
Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar,
apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina seberang
laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak saudara pada
malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" dan boleh disamakan dengan fenomena
"balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia
tidak terkecuali daripada balik kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan
keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika
Aidilfitri.
3. PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN
a) Sebelum
Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini
biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan
sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai
hiasan rumah.
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah
mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini
menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta
menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul
habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik
itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap
dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap
kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula.
Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan
paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk
memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya
berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang
diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam
bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.
b) Semasa
Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu
bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang
masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun
temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan
bersama arak.
Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang
dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan
dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli
keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan
tahun baru bermula.
Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina
Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan
memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama
penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. Tetamu mula
berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi
‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.
c) Selepas
Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan
pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing,
beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini
dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan
besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau
mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam
sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga
kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan,
dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.
d) Peraturan / Pantang-larang / Amalan Sampingan
Tuah baik
Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka
pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar
mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan
peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan
untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang
bergosip tentang pemakainya.
Nasib Malang ("Tuah buruk")
Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana
perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau
"sukar".
Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan
Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya
sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya
dengan "kaya".)
Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan
hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa
Kantonis".
Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal
kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah
bagi tahun baru.
Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru
Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi
"buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".
4. KESAN PERAYAAN
a) Kekeluargaan
Semua ahli keluarga akan balik ke kampung untuk sama-sama meraikan sambutan Tahun baru
Cina. Ahli keluarga akan berkumpul untuk jamuan keluarga. Yang tua akan memberi angpau
kepada yang muda dan yang belum berkahwin. Amalan ini akan dapat mengeratkan hubungan
sesama ahli keluargaan.
b) Perpaduan
Amalan ziarah-menziarahi akan dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat. Semasa
Perayaan tahun baru Cina, masyarakat Melayu, India dan lain-lain bangsa akan menziarahi dan mengunjungi masyarakat Cina yang meraikannya. Hubungan yang terjalin dapat mengeratkan
dan mengukuhkan perpaduan sesama masyarakat yang berlainan bangsa.
c) Pelancongan
Kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia yang unik dan berbilang mengikut kaum dapat
menarik pelancong-pelancong luar datang ke negara kita dan dapat menambah pendapatan
negara melalui industri pelancongan. Industri pelancongan akan mendapat pulangan yang
lumayan dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti kebudayaan yang dianjurkan oleh kerajaan
melalui pihak yang dipertanggungjawabkan. Semasa Perayaan Tahun Baru Cina, yang menarik
dan dapat dipertontonkan ialah Tarian naga. Selain masyarakat Cina, terdapat juga kumpulan
yang dianggotai oleh masyarakat lain iaitu orang Melayu dan India. Ini menunjukkan keunikkan
budaya Masyarakat Malaysia yang pelbagai dan dapat hidup secara harmoni dan bersatu padu
d) Pendidikan / Pengetahuan
Melalui perayaan yang pelbagai terutamanya Perayaan Tahun Baru Cina dapat memberi
pengetahuan kepada generasi muda erti persahabatan dan hormat-menghormati antara satu sama
lain. Masyarakat Melayu dan India boleh mengunjungi masyarakat Cina yang merayakan Tahun
Baru Cina begitu juga sebaliknya. Melalui Sambutan perayaan juga, generasi muda dapat
mengenal dan mengetahui budaya masyarakat lain.
e) Kebudayaan
Sambutan Tahun Baru Cina adalah salah satu daripada kepelbagaian kebudayaan masyarakat
Malaysia yang unik. Semasa sambutan ini, masyarakat lain akan dipertontonkan dengan budaya
masyarakat Cina dari hari pertama sambutan hinggalah ke hari yang ke-15 iaitu semasa perayaan
Chap Goh Mei. Masyarakat berbangsa Cina masih lagi menghargai budaya tradisi lama
walaupun hidup dalam arus kemodenan. Mereka juga masih berpegang kepada tradisi lama
seperti warna pakaian, pemberian angpau, adat dan pantang larang .
RUMUSAN
Saya dapat menghargai kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia melalui sambutan
perayaan yang berbeza mengikut kaum. Melalui sambutan Tahun Baru Cina, saya dapat
mengetahui dengan lebih jelas bagaimana masyarakat Cina merayakan sambutan Tahun Baru
Cina serta pantang larang yang berkaitan.
Perayaan Tahun Baru Cina dan perayaan-perayaan lain dapat mengeratkan hubungan
antara masyarakat di negara kita yang berbilang bangsa. Melalui perayaan ini, masyarakat saling
kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Mereka juga saling hormat-menghormati walaupun
berlainan bangsa. Hubungan yang erat antara kaum yang berbeza dapat menjamin keharmonian
dan keamanan negara.
Sambutan Tahun Baru Cina dan perayaan-perayaan lain dapat menarik minat pelancong-
pelancong luar dan dalam negara mengunjungi Malaysia dan ini dapat menjana ekonomi negara
melalui sektor pelancongan.
RUJUKAN
1. Orang Sumber
Nama, umur, no kp, alamat
2. Rancangan Televisyen
Malaysia Hari Ini, TV3, Ahad, 14 Februari 2010
3. Internet –
Tahun Baru Cina , http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina
4. Keratan Akhbar
“Pantang Larang Tahun Baru Cina”, Metro, Sabtu, 13 Februari 2010, halaman“Kreatif Tanpa Sang Belang”, Kosmo, Khamis, 11 Februari 2010, halaman
5. Majalah
“Perayaan Tahun Baru Cina, Mengapa 15 Hari”, Dewan Budaya, Februari 2006
6. Lain-lain
“Pameran Perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia”, Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 10hb Februari 1983 – 20hb Mac 1983 dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara Malaysia.
Soalan Temubual
Hanis : Selamat Pagi!, Puan Tan
Puan Tan : Selamat Pagi!.
Hanis : Nama saya ialah ......................................... Saya telah memilih tajuk
Perayaan Tahun Baru Cina bagi tajuk tugasan saya untuk kerja kursus Sejarah.
Boleh tak saya menemu bual Puan mengenai Sambutan Tahun Baru Cina ?
Puan Tan : Boleh, apa yang ingin awak tahu mengenai Perayaan Tahun Baru Cina?
Hanis : Bilakah Perayaan ini disambut oleh masyarakat Cina ?
Puan Tan : Tarikh perayaan berbeza mengikut tahun, tapi pada tahun ini, ianya disambut
pada 14 Februari 2010. Setiap tahun melambangkan simbol binatang yang
berbeza
Hanis : Tahun ini melambangkan binatang apa?
Puan Tan : Tahun ini ialah Tahun Harimau
Hanis : Oh..... Harimau. Bagi masyarakat Cina, harimau melambangkan apa?
Puan Tan : Harimau melambangkan keberanian dan cabaran bagi yang berani dan tabah.
Harimau juga bermaksud kekayaan. Seseorang mesti berusaha untuk
mendapatkan kekayaan dan kemakmuran
Hanis : Apakah warna kegemaran masyarakat Cina semasa Sambutan Tahun Baru Cina?
Puan Tan : Masyarakat Cina akan memakai pakaian berwarna merah dan dilarang memakai
baju berwarna hitam kerana hitam melambangkan kesedihan.
Hanis : Bagaimana orang Cina merayakan Sambutan Tahun Baru Cina ?
Puan Tan : Biasanya semua akan balik kampung dan berkumpul untuk makan besar
bersama-sama dengan ahli keluarga, ang pau akan diberi kepada kanak-kanak
dan kepada yang belum berkahwin. Masyarakat Cina dilarang menyapu rumah
pada hari pertama perayaan kerana dikatakan membuang tuah yang datang.
Semuanya memakai pakaian yang ceria dan baru.
Hanis :Biasanya apa yang selalu dikaitkan dengan Perayaan tahun Baru Cina?
Puan Tan : Tarian Singa, Buah Limau, Yee Sang, Makan besar dan pemberian ang pau
Hanis : Terima kasih, Puan Tan kerana telah memberi banyak maklumat yang berguna
mengenai Sambutan Tahun Baru Cina
Puan Tan : Sama-sama
TUGASAN 2
Tajuk : Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat
memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia, saya dapat menghargai dan mengamalkan tradisi dan
budaya bangsa. Rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan budaya yang berbeza.
Pelbagai sambutan perayaan dirayakan antaranya Perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha bagi
masyarakat Melayu beragama Islam, Perayaan Deepavalli dan Thaipusam bagi masyarakat India
dan Perayaan Tahun baru Cina bagi masyarakat Cina. Kepelbagaian budaya menjadikan
masyarakat Malaysia hidup dalam keadaan aman, bersatu padu dan harmoni. Keharmonian ini
dapat dilihat pada setiap sambutan perayaan kerana setiap bangsa menghormati budaya dan
tradisi bangsa lain.
Amalan hidup bersatu padu dan hormat menghormati dapat dilihat semasa setiap
perayaan diadakan. Masyarakat berbagai kaum akan saling kunjung mengunjungi antara satu
sama lain. Mereka juga saling menghormati amalan masyarakat lain.
Masyarakat di Malaysia juga saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu
sama lain. Amalan seperti ini dapat dilihat apabila mengadakan jamuan rumah terbuka.
Masyarakat pelbagai kaum saling membantu dan ringan tulang membantu menjayakan majlis
tersebut. Amalan tolong-menolong ini melambangkan masyarakat yang mementingkan
bersefahaman dan bermuafakat yang tinggi di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara
kita, Malaysia walaupun dilahirkan dalam budaya dan agama yang berbeza.
Amalan kunjung mengunjungi semasa perayaan melambangkan semangat muhibbah
atau semangat bermasyarakat antara kaum yang berbeza. Perbezaan budaya dan amalan bukan
halangan untuk memupuk semangat bermasyarakat. Perayaan mengeratkan hubungan
masyarakat kerana pada hari tersebut mereka dapat meluangkan masa dan menziarahi rakan
taulan dan sahabat handai mereka yang merayakan perayaan tersebut.