kerja kursus sejarah

31
TAJUK KAJIAN

Upload: uptrend2u

Post on 12-Jun-2015

1.480 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: kerja kursus sejarah

TAJUK KAJIAN

Page 2: kerja kursus sejarah

BIL ASPEK MUKASURAT

1 TAJUK KAJIAN 1

2 PENGHARGAAN 3-4

3 OBJEKTIF KAJIAN 5-6

4 KAEDAH KAJIAN 7-85 HASILKAJIAN

1- Nama Bangunan

2-Latar Belakang- Asal usul- Pengasas- Tarikh Pembinaan- Lokasi- Tujuan Penubuhan - Kos Pembinaan- Perasmian

3-Keistimewaan Bangunan- Rekabentuk Pelan- Bahan Binaan- Pengubahsuaian- Hiasan Dalaman- Kegunaan Dahulu dan Sekarang- Cara Pembinaan

4-Mercu Tanda dan Kejayaan MCKK

9-17

6 RUMUSAN 18

7 LAMPIRAN 19-21

8 RUJUKAN 22-23

Page 3: kerja kursus sejarah

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang

terlibat dalam menjayakan kerja kursus saya ini. Antara pihak yang terlibat dalam

menjayakan kerja ini ialah seperti yang berikut.

Pertama, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Guru Sejarah saya

iaitu Puan Saudah Binti Seman kerana beliau telah memberi penerangan tentang

membuat kerja kursus ini. Selain itu, beliau telah memberi tunjuk ajar dan

memberi penerangan berkenaan format kajian selain memberi teguran bagi

menghasilkan tugasan yang betul dan sempurna.

Kedua, saya ingin mengucapkan sekalung terima kasih kepada dua orang

insan yang tercinta iaitu ibu bapa saya, En. Saipul Bahari bin Mohd Nor dan

Rosbi bte Zakaria kerana mereka telah memberikan peruntukan perbelanjaan bagi

saya menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu mereka telah memberi perangsang

kepada saya dalam melaksanakan kerja kursus dan kedua-duanya telah menyediakan

kenderaan untuk saya berkunjung ke tempat-tempat penyelidikan seperti

Perpustakaan Desa Kuala Krai.

Seterusnya, saya ingin memberikan penghargaan kepada rakan-rakan saya

yang banyak membantu iaitu Amirul Ridzuan bin Mohd Shafie, Luqman bin Amri

Page 4: kerja kursus sejarah

dan Muhamad Shahir bin Mohd Zin serta Muhammad Adib bin Mohd Sambri

kerana mereka telah memberi pendapat yang bernas kepada saya dalam

menghasilkan kajian ini. Seterusnya, mereka turut membantu saya untuk membuat

penyelidikan bersama selain berkongsi idea-idea buku ilmiah yang digunakan untuk

mendapatkan maklumat. Mereka juga memberi perangsang untuk menyiapkan

tugasan yang diberi.

Page 5: kerja kursus sejarah

Kerja Kursus Sejarah ini perlu dilakukan bagi memenuhi beberapa objektif kajian

Maka, saya telah melakukan tugasan ini bagi memenuhi beberapa objektif kajian

yang telah ditetapkan. Antara objektif kajian ini dilakukan ialah seperti yang berikut.

Objektif utama kajian ini dilakukan ialah untuk memenuhi tugasan Kerja

Kursus Sejarah PMR 2009. Tugasan PMR 2009 ini mengehendaki pelajar

melakukan penyelidikan mengenai sebuah bangunan bersejarah di Malaysia. Saya

telah memilih bangunan di negeri Perak iaitu Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Saya melakukan kajian ini untuk mendapatkan maklumat bertulis tentang bangunan

tersebut dan menambahkan lagi pengetahuan mengenai bangunan tersebut.

Objektif kedua kajian ini ialah meningkatkan kemahiran dalam membuat

kajian. Kemahiran baharu yang mampu diperolehi pelajar setelah menghasilkan

kajian ini ialah kemahiran membuat penyelidikan, kemahiran mencatat fakta,

kemahiran merekod maklumat dan kemahiran melakukan tugasan mengikut waktu

yang telah ditetapkan. Pelajar mampu mendapat kemahiran-kemahiran tersebut

setelah mereka mematuhi jadual kerja untuk menyiapkan kajian, mengetahui

disiplin membuat kajian dan membezakan maklumat penting atau tidak penting

semasa merekod maklumat berdasarkan Elemen 1.

Page 6: kerja kursus sejarah

Objektif seterusnya tugasan ini dilaksanakan adalah untuk mengambil iktibar

daripada kajian yang dibuat. Melalui kajian yang dilakukan, iktibar yang boleh

diambil oleh pelajar termasuklah menepati masa iaitu berdasarkan kepatuhan

terhadap jadual pelaksanaan kajian. Selain itu, iktibar yang boleh diambil ialah

bertolak ansur dan patuh, masing-masing berdasarkan penerimaan terhadap

pendapat orang lain dalam kajian dan mematuhi arahan guru dalam menghasilkan

kerja kursus yang baik dan sempurna.

Page 7: kerja kursus sejarah

Dalam menghasilkan tugasan ini saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk

mendapatkan maklumat mengenai bangunan bersejarah ini. Saya telah menggunakan

3 kaedah kajian dalam tugasan ini. Kesemua kaedah ini adalah seperti yang tertera

di bawah ini.

saya

Kaedah kajian pertama yang telah gunakan untuk mendapatkan maklumat

ialah kaedah melayari internet. Saya telah melayari laman blog-blog mengenai

bangunan ini. Selain itu, saya telah melayari laman sesawang rasmi sekolah

berkenaan. Saya juga telah melayari laman yang telah disediakan oleh orang-orang

perseorangan dan juga institusi-institusi lain untuk mendapatkan seberapa banyak

maklumat yang diperlukan bagi menghasilkan kerja kursus ini. Melalui kaedah ini

saya telah mendapat maklumat mengenai tarikh penubuhan bangunan ini. Selain

itu, saya juga telah mendapatkan maklumat mengenai asal usul dan rekabentuk

bangunan bersejarah ini.

Keedah kajian kedua yang saya gunakan dalam tugasan ini ialah kaedah

lawatan dan pemerhatian. Saya telah melawat bangunan ini. Bangunan ini

beralamat Maktab Melayu Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Saya telah

bekunjung ke tempat ini dan melihat struktur bangunan ini. Selain itu, saya juga

telah mengambil beberapa keping foto berkenaan bangunan bersejarah ini. Melalui

Page 8: kerja kursus sejarah

kaedah ini, saya telah memperoleh maklumat mengenai struktur dan senibina

bangunan ini.

Kaedah ketiga yang saya gunakan dalam tugasan ini ialah penyelidikan

perpustakaan. Saya telah berkunjung ke Perpustakan Desa di bandar Kuala Krai. Selain

itu, saya juga telah mengunjungi Pusat Sumber Sekolah di SMKA Tok Bachok bagi

mendapatkan maklumat berkenaan bangunan bersejarah ini. Saya telah menfotokopi

bahan berilmiah yang mengandungi maklumat penting berkaitan bangunan ini. Maklumat

yang diperoleh adalah berkaitan asal usul, keistimewaan dan perkembangan serta

penubuhan maktab ini. Selain itu, saya juga mendapat maklumat yang berkaitan dengan

pengasasan Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Page 9: kerja kursus sejarah

NAMA BANGUNAN

Maktab Melayu Kuala Kangsar merupakan sekolah elit yang pertama. Maktab ini lebih

dikenali pada masa dahulu dengan nama Malay College Kuala Kangsar. Pada mulanya,

maktab ini telah ditubuhkan dengan nama Malay Residential School.

Setelah siap dibina bangunan tambahan, maktab ini dirasmikan dengan nama

Malay College Kuala Kangsar. Bangunan ini juga dirujuk secara tidak rasmi sebagai

‘Eton of Malaya’ atau ‘Eton of The East’ oleh pegawai-pegawai British.

Page 10: kerja kursus sejarah

LATAR BELAKANG

Penubuhan maktab ini adalah atas cadangan Sultan Idris Shah, Sultan Perak

sejak 1887. Baginda sangat berminat dengan pendidikan Inggeris kerana

hubungannya yang sangat rapat dengan pegawai-pegawai British. Baginda juga

memikirkan tentang peri perlunya anak-anak raja dan pembesar Melayu Perak diberi

pendidikan Inggeris kerana mereka adalah bakal pentadbir Perak. Tambahan pula,

baginda melihat Hugh Low, Residen Perak, menghantar Raja Chulan dan Raja Mansor ke

Raffles Institution, Singapura, dan Raja Ngah Abu Bakar dan Abdul Shukor ke Malacca

High Class. Dengan itu, Sultan Idris telah memulakan ‘Raja Class’ pada tahun1888 di

Kuala Kangsar dan meminta seorang tutor daripada residen untuk mengajar anak-anak

raja mempelajari bahasa Inggeris. Setahun kemudian, Clifford School telah ditubuhkan

bagi memberi pendidikan dalam pengantar bahasa Inggeris dan sekolah itu diletakkan di

bawah naungan dan perhatian Sultan Idris sendiri.

Tindakan dan usaha Sultan Idris telah menggalakkan Raja Muda Sulaiman

mendesak Residen British menubuhkan sebuah sekolah khas bagi mendidik anak-anak

raja dan pembesar Melayu Selangor. Sekolah itu dinamakan ‘Selangor Raja School’ dan

ditubuhkan pada Disember 1890 di Gombak Cave, Kuala Lumpur. Sekolah ini mendidik

12 orang murid. Oleh sebab perbelanjaannya tinggi, pada tahun 1894, mereka telah

dipindahkan ke Victoria Institution, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, mereka diberi

keistimewaan sebagai kelas aristokrat Melayu. Kedua-dua usaha ini telah menarik minat

dan perhatian yang jelas tehadap keperluan untuk mengadakan sebuah sekolah khas

secara kolektif dalam kalangan pentadbir British Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Page 11: kerja kursus sejarah

Beberapa cadangan mula diajukan pada pertengahan tahun 1890 oleh Residen

Selangor dan Perak kepada Gabenor Negeri-Negerri Selat. Cadangan itu terbit daripada

keperluan mendapatkan lebih banyak tenaga pentadbir di Negeri- Negeri Melayu

Bersekutu terutamanya daripada kalangan orang Melayu sebagai usaha untuk

menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British.

Apabila W.H.Treacher menyandang jawatan Residen Jeneral Negeri-Negeri

Melayu Bersekutu dan R. J. Wilkinson sebagai Nazir Sekolah-Sekolah Persekutuan,satu

usaha dibuat untuk mengadakan sekolah khas bagi golongan bangsawan Melayu. Usaha

ini dibuat selaras dengan desakan raja-raja Melayu yang merupakan pengasasnya, iaitu

Sultan Idris, Sultan Sulaiman, Sultan Ahmad dan Yang di-Pertuan Besar Mohd Shah

dalam persidangan kedua Durbar pada tahun 1903. Untuk mendapatkan lebih banyak

pegawai-pegawai Melayu yang terlatih, sebuah sekolah khas melatih anak-anak

bangsawan Melayu itu telah diusahakan oleh R. J. Wilkinson, melalui cadangannya

kepada Residen Jeneral dalam Persidangan Residen-Residen pada Mac 1904. Pada April

1904 pula, cadangan itu diterima oleh Sir John Anderson, Pesuruhjaya Tinggi Negeri-

Negeri Melayu Bersekutu. Sebagai percubaan, Malay Residential School ( nama asal

MCKK ) dibina pada 2 Januari 1905.

Malay Residential School diketuai oleh William Hargreaves, guru besar Penang

Free School. Dia dibantu oleh F.A. Vanenen dan R.C.W. Rowlands. Bangunannya ialah

sebuah rumah papan dan beratap rumbia dan didirikan di sebelah Kuala Kangsar English

School yang kini beralamat Maktab Melayu Kuala Kangsar ,33000 Kuala Kangsar, Perak

Darul Ridzuan. Menjelang tahun 1905, muridnya seramai 79 orang. Mereka ditempatkan

Page 12: kerja kursus sejarah

di rumah-rumah guru besar dan penolongnya. Mereka dididik menggunakan English

Educational Code dan dibahagikan kepada Kelas I ( anak raja), Kelas II ( anak pembesar

tertinggi ) dan Kelas III ( anak pembesar rendah ) dengan elaun yang berbeza-beza,

masing-masing $ 20.00, $ 12.00 dan $ 9.00 bagi setiap bulan.

Kemajuan yang ditunjukkan oleh murid-murid itu telah meyakinkan British untuk

terus memajukan maktab tersebut. Misalnya pada bulan September 1907, 19 daripada 21

orang pelajar telah lulus sepenuhnya Senior class ( Standard VII ). Dengan itu, maktab itu

telah dilihat sebagai sekolah khas yang cukup sesuai untuk ‘boys of gentle birth’ dan

patut dikendalikan seperti English Public School.

Dengan dasar baru itu, peningkatan pembangunan sekolah itu telah dibuat

sepenuhnya. Ini termasukalah membina bangunan baharu, meningkatkan sukatan

pelajaran, kokurikulum yang elitis, tingkah laku ‘Anglo-Malay Gentlemen’ dan guru-

guru yang lebih khusus. Sebanyak $ 30 000 diperuntukkan bagi membina bangunan

tambahan yang siap pada tahun1909. Istiadat pembukaan rasmi disempurnakan oleh

Sultah Idris Mursyidul Shah pada 11 Disember 1909 dan ditukar kepada nama Maktab

Melayu Kuala Kangsar.

Page 13: kerja kursus sejarah

KEISTIMEWAAN BANGUNAN

Pelan 1 Aras bawah bangunan Big School

Pelan 2 Aras satu bangunan Big School

Page 14: kerja kursus sejarah

Pelan 3 Aras bawah dan aras satu bangunan Prep School

Gambar 1 Tiang berkembar yang menonjolkan senibina Greco-Roman

Page 15: kerja kursus sejarah

Reka bentuk pelan Maktab Melayu Kuala Kangsar adalah bersegi kerana binaan

bangunan ini mengikut senibina Greco-Roman. senibina ini merupakan senibina yang

pertama bertapak di seluruh Eropah ketika Rom pernah menguasai sebilangan besar

negara Eropah.

Sejarah pembinaan Maktab Melayu Kuala Kangsar yang pertama di bawah

pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan penubuhan

sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan kira-kira 7 juta

batu bata, 9 500 tong simen, 25 700 pikul kapur, 6 230 lb tembaga, 70 tan besi keluli

dan 47 000 kaki padu kayu.

Pada mulanya, maktab ini yang dikenali sebagai Malay Residential School

hanya menempatkan rumah papan beratap rumbia. Bermula 1909, bangunan tambahan

dibina iaitu Big School, Prep School, West Wing dan East Wing, Overfloor, Menara

Jam, Blok Pentadbiran, Asrama Baru dan Pavilion.

Big School telah dibina pada tahu 1909, Prep School pula telah dibina pada

1912, manakala pada tahun 1955 binaan West Wing dan East Wing ditambah pada

Overfloor dan membentuk Asrama Besar, seterusnya Pavilion dan Asrama Baru pula

masing-masing dibina pada tahun 1963 dan 1972. Blok Pentadbiran dan Menara Jam

dibina untuk memenuhi keperluan semasa.

Hiasan dalaman maktab ini mengamalkan sepenuhnya senibina Greco-Roman.

Penggunaan kapur untuk membentuk bahagian luar dan siling bangunan menampakkan

lagi senibina agung tersebut.

Pada zaman dahulu, awal abad ke-20, maktab ini digunakan sebagai sekolah

latihan anak-anak bangsawan Melayu bagi menambah pentadbir rendah di Negeri-

Negeri Melayu Bersekutu, selain untuk menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British.

Page 16: kerja kursus sejarah

Semasa Jepun menduduki Tanah Melayu, maktab ini terpaksa ditutup.

Bangunannya diduduki oleh tentera Jepun selama lima bulan pada tahun 1943. Setahun

kemudian, MCKK dijadikan sekolah Jepun dan padang sekolah dijadikan kebun sayur.

Pada tahun-tahun akhir pendudukan Jepun, bangunan sekolah ini menjadi hospital pula.

Dasar melatih anak-anak golongan bangsawan dan pembesar ini kekal sehingga tanah

Melayu mencapai kemerdekaan. Sebelum itu sedikit perubahan dilakukan iaitu

membenarkan kemasukan anak-anak bukan bangsawan tetapi berkait rapat dengan

golongan bangsawan seperti anak-anak penghulu dan dan pegawai kanan kerajaan.

Selepas kemerdekaan, secara beransur-ansur MCKK telah dibuka kepada mereka yang

pandai walaupun tidak berketurunan bangsawan. Kini, MCKK merupakan sebuah

sekolah berasrama penuh.

Mengikut logik mahupun fakta, cara pembinaan maktab ini adalah menggunakan

cara yang moden kerana senibina Greco-Roman ini sendiri memerlukan teknologi yang

tinggi. Penggunaan jentera, alatan serta pengangkutan moden adalah perlu untuk

menghasilkan binaan yang terulung seperti ini.

Page 17: kerja kursus sejarah

MERCU TANDA DAN KEJAYAAN MCKK

Sekolah ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pembinaan Menara Jam pada tahun

1955 bukan sahaja bagi memenuhi keperluan semasa, malah menjadi mercu tanda

sekolah ini. Satu lagi mercu tanda sekolah ini ialah Big Tree, sebatang pokok hijau yang

terletak di sebelah timur bangunan Overfloor, yang berusia lebih tua daripada bangunan

Overfloor sendiri.

MCKK telah berjaya mendidik pelajrnya sehingga menbentuk sebilangan mereka

menjadi tokoh tersohor di negara ini. Antara bekas pelajar ternama ialah:

Sultan Azlan Shah

Tan Sri Khalil Yaakob

Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Dato’ Onn Jaafar

Tun Abdul Razak Dato’ Hussein.

Tan Sri Sanusi Judid

Dato’ Seri Hishamudin Hussain

Dato’ Panglima Bukit Gantang

Raja Chulan ibni Raja Hamid, dan lain-lain.

Penubuhan MCKK dianggap bermakna sebagai perintis penubuhan sekolah-

sekolah Inggeris lain dan menyerapkan ramai tokoh Melayu ke dalam pentadbiran

British, sterusnya membentuk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.

Page 18: kerja kursus sejarah

Pelaksanaan kajian ini memberi iktibar kepada diri, masyarakat dan negara.

Pertama, kajian ini memupuk semangat cinta akan negara. Kajian ini memperlihatkan

bahawa negara kita mempunyai pelbagai unsur sejarah. Kita seyogianya bersyukur

kerana negara kita mempunyai pelbagai unsur sejarah. Kekayaan sejarah itu menjadikan

kita bangga sebagai rakyat Malaysia. Saya berharap agar bangunan ini dapat

memperkasakan jati diri masyaarakat.

Seterusnya, kajian ini dapat memupuk perpaduan dalam masyarakat. Hal ini

demikian kerana, rakyat Malaysia yang mempunyai semangat cinta akan negara, tidak

dapat tidak harus bersatu bagi menjamin kesejahteraan negara. selain itu juga, perpaduan

bangsa adalah suatu nilai estetika yang amat diperlukan dalam pemeliharaan dan

pemuliharaan bangunan bersejarah.

Selain itu, kajian ini juga mampu untuk menghasilkan negara yang terbilang di

mata dunia. Sudah pasti, negara yang mempunyai tarikan bersejarah seperti ini mampu

mengkomersialkan Malaysia di mata dunia. Selain itu, perpaduan yang utuh dalam

kalangan rakyat oleh sebab semangat cinta akan tanah air akan menjadi sanjungan

manusia sejagat seterusnya meningkatkan martabat Malaysia di dunia. Mereka juaga

akan berusaha memperkenalkan bangunan-bangunan bersejarah ini di seluruh pelosok

dunia selain memelihara dan memulihara unsur sejarah ini.

Page 19: kerja kursus sejarah

Gambar 2 Clock Tower yang terletak dalam kawasan Kolej Melayu Kuala Kangsar, turut menjadi simbol institusi tersebut

Gambar 3 Antara tiang berkembar bangunan Big School yang menggunakan senibina Greco-Roman

Page 20: kerja kursus sejarah

Gambar 4 Gambar hadapan bangunan Big School

Gambar 5 Bangunan Prep School yang merupakan infrastruktur yang telah dibina pada 1912

Page 21: kerja kursus sejarah

Gambar 6 Ilustrasi MCKK

Page 22: kerja kursus sejarah

JURNAL

“Maktab Melayu Kuala Kangsar” dalam Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan

Melayu Jilid 3, 1998

INTERNET

Kuala Kangsar Elite School,

http://www.asiaexplorers.com/malaysia/Malay_College_Kuala_Kangsar

Sejarah Maktab Melayu, http://www.mckk.edu.my/information/history-of-Malay-

College

Keratan Akhbar, http://www.mckk.edu.my/blog/newspaper-clippings

Malay College Kuala Kangsar,

http//en.wikipedia.org/wiki/Malay_College_Kuala_Kangsar

Maktab Melayu Kuala Kangsar, http://matsbp.blogspot.com/2008/07/mckk-

Maktab-Melayu-Kuala-Kangsar

Kolej Melayu Kuala Kangsar,

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kolej_Melayu_Kuala_Kangsar

Sejarah Penubuhan MCKK,

http://utusanmelayu.net/arkib/mengingati_penubuhan_Kolej_Melayu_Kuala_

Kangsar

Page 23: kerja kursus sejarah

BUKU ILMIAH

Ghulam Jie M Khan, 2000, Buku Rekod Malaysia Edisi Khas 2, Negeri

Sembilan, Ainna’s Publications.

MELAWAT TEMPAT KAJIAN

Maktab Melayu Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar, Perak.

SUMBER LAIN-LAIN

Wan Hashim Wan Teh, 1991, Biografi Bergambar D.Y.M.M. Sultan Azlan

Shah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Zainuddin Maidin, 1997, Tun Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot, Kuala

Lumpur, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Razak dengan kerjasama

Utusan Publications & Distributors