kerja kursus projek pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah - bmm3107

16
KONSEP DAN PRINSIP PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (PBS) Pentaksiran dan penilaian merupakan dua perkara yang berbeza namun saling mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kedua-dua perkara ini mempunyai peranan penting dalam kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan aspek ini adalah untuk melengkapkan keperluan kurikulum itu sendiri dan dalam perkara yang dibincangkan ini, bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan taksiran sebagai hasil anggaran nilaian manakala pentaksiran pula merujuk kepada hasil perbuatan menilai yang dilakukan. Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), pentaksiran ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pelaksanaan prosedur pentaksiran boleh membantu pengurusan biik darjah yang baik. Kovalik (2002) dalam Haliza Hamzah et. All (2009) pula menjelaskan bahawasanya pentaksiran di dalam bilik darjah memberikan maklumat yang membolehkan guru mengubahsuai prosedur pengajarannya agar mampu memenuhi keperluan muridnya. Sumber daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikel Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas mendefinisikan pentaksiran sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Dalam konteks pendidikan pula ia dikatakan sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Pentaksiran juga boleh dinyatakan sebagai proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan (David Lambert dan David Lines, 2000 dalam Siti Nur Farhana Ridzuan, 2010). Manakala Blog Taman Ilmu (2011) mendefinisikan pentaksiran sebagai satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Kesimpulannya, pentaksiran boleh dinyatakan sebagai satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Penilaian pula merupakan perkara yang berbeza dengan pentaksiran. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), nilai ialah kualiti, darjat, mutu atau taraf manakala penilaian ialah perbuatan atau proses melihat kualiti sesuatu perkara. Nordin Tahir (2011) menakrifkan penilaian sebagai proses memperolehi maklumat dan menggunakannya untuk membuat pentafsiran dan keputusan. D. Stufflebeam melalui bukunya, Educational Evaluation and Decision Making pula menjelaskan penilaian sebagai proses menentukan, mendapat dan memberikan 1 | KERJA KURSUS PROJEK PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Upload: qamarul-aqramin-rosli

Post on 24-Apr-2015

122 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Ini merupakan draf kerja kursus projek yang telah saya jalankan bagi memenuhi tuntutan subjek BMM3107 - Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Diharapkan agar ia boleh memberi manfaat kepada mana-mana individu yang memerlukan bantuan dalam subjek ini.

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Projek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMM3107

KONSEP DAN PRINSIP PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH

RENDAH (PBS)

Pentaksiran dan penilaian merupakan dua perkara yang berbeza namun saling

mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kedua-dua perkara ini mempunyai peranan

penting dalam kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia

menyediakan aspek ini adalah untuk melengkapkan keperluan kurikulum itu sendiri dan

dalam perkara yang dibincangkan ini, bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan taksiran sebagai hasil anggaran

nilaian manakala pentaksiran pula merujuk kepada hasil perbuatan menilai yang dilakukan.

Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), pentaksiran ialah sebahagian

daripada proses pengajaran dan pelaksanaan prosedur pentaksiran boleh membantu

pengurusan biik darjah yang baik. Kovalik (2002) dalam Haliza Hamzah et. All (2009) pula

menjelaskan bahawasanya pentaksiran di dalam bilik darjah memberikan maklumat yang

membolehkan guru mengubahsuai prosedur pengajarannya agar mampu memenuhi

keperluan muridnya.

Sumber daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikel Pentaksiran

Dalam Pendidikan Khas mendefinisikan pentaksiran sebagai sebahagian daripada proses

pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Dalam konteks

pendidikan pula ia dikatakan sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti

menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan

maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.

Pentaksiran juga boleh dinyatakan sebagai proses pengumpulan, menterjemah,

merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan

(David Lambert dan David Lines, 2000 dalam Siti Nur Farhana Ridzuan, 2010). Manakala

Blog Taman Ilmu (2011) mendefinisikan pentaksiran sebagai satu proses mendapatkan

malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk

sesuatu proses pendidikan.

Kesimpulannya, pentaksiran boleh dinyatakan sebagai satu proses mendapatkan

maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses

pendidikan.

Penilaian pula merupakan perkara yang berbeza dengan pentaksiran. Kamus Dewan

Edisi Keempat (2005), nilai ialah kualiti, darjat, mutu atau taraf manakala penilaian ialah

perbuatan atau proses melihat kualiti sesuatu perkara.

Nordin Tahir (2011) menakrifkan penilaian sebagai proses memperolehi maklumat

dan menggunakannya untuk membuat pentafsiran dan keputusan. D. Stufflebeam melalui

1 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

Page 2: Kerja Kursus Projek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMM3107

bukunya, Educational Evaluation and Decision Making pula menjelaskan penilaian sebagai

proses menentukan, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untak membuat

pertimbangan dan tindakan susulan (dipetik daripada Nordin Tahir, 2011).

Blog d JouRNeY oF mY LiFe menyatakan dua pandangan dari dua tokoh berbeza

mengenai penilaian. Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu

mempunyai satu tafsiran tentang nilai fenomena pendidikan. Manakala Gay (1985) pula

berpendapat bahawa penilaian boleh diertikan sebagai proses yang sistematik semasa

mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah

ditetapkan itu telah tercapai.

Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009) pula telah mendefinisikan

penilaian sebagai proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran.

Penilaian akan menghasilkan satu keputusan berdasarkan gred, sijil dan pemarkahan.

Kesimpulannya, penilaian boleh diertikan sebagai satu proses menentu dan

mengumpulkan maklumat daripada pelbagai punca bagi membuat perbandingan dengan

kriteria berkenaan supaya penghakiman mengenai kebaikan, nilai atau kesan seseorang

atau sesuatu objek dapat dilakukan.

TUJUAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

a) Tujuan Pentaksiran

Pelaksanaan pentaksiran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah mempunyai pelbagai

tujuan penting. Antaranya adalah untuk mendapat maklumat mengenai prestasi murid dalam

sesuatu sesi pembelajaran. Guru dapat mengenal pasti kelemahan murid melalui

pentaksiran yang dijalankan.

Selain itu, guru juga boleh menilai atau membuat refleksi terhadap kaedah

pengajaran masing-masing dalam satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah

mereka laksanakan. Secara tidak langsung, guru boleh membuat penambahbaikan terhadap

kaedah pengajaran mereka supaya keberkesanan proses P&P dapat ditingkatkan dari

semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, matlamat utama pelaksanaan pentaksiran bukan hanya

berfokus atau berpusatkan murid semata-mata tetapi ia turut melibatkan proses penilaian

keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah.

2 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

Page 3: Kerja Kursus Projek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMM3107

b) Tujuan Penilaian

Pelaksanaan penilaian mempunyai matlamat utama yang tertentu. Rajah di bawah

menunjukkan tujuan utama penilaian dilaksanakan dalam proses pembelajaran.

Rajah 1: Tujuan Penilaian.

3 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

Tujuan Penilaian

Diagnosis

Pencapaian

Pemilihan dan Penempatan

Bimbingan dan

Kaunseling

Page 4: Kerja Kursus Projek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMM3107

Penerangan mengenai tujuan penilaian adalah seperti rajah di bawah ini:

Rajah 2: Penerangan Tujuan Penilaian.

4 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

Diagnosis Penilaian dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.

Diagnosis atau analisis untuk melihat sebab dan punca kelemahan murid boleh dilakukan melalui penilaian.

Guru boleh menyusun strategi bagi memastikan kemajuan murid meningkat dari semasa ke semasa.

Pencapaian Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru.

Pemilihan dan Penempatan

Penilaian diguna pakai dalam meletakkan murid dalam kelompok mereka yang tersendiri,mengikut tahap penguasaan mereka.

Hal ini membolehkan guru melaksanakan kaedah pengajaran mengikut tahap pemikiran murid serta aliran yang mereka ambil.

Bimbingan dan Kaunseling

bertujuan untuk memberi motivasi kepada murid untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh.

satu usaha galakan kepada murid untuk berjaya.

Page 5: Kerja Kursus Projek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMM3107

PRINSIP PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Amir Syamimi Ibrahim (2011) telah menggariskan lima prinsip utama bagi pentaksiran

Bahasa Melayu. Berikut adalah lima prinsip utama bagi pentaksiran bahasa Melayu.

Rajah 3: 5 Prinsip Pentaksiran Bahasa Melayu

5 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

Skor adalah alat atau bahan bagi melaksanakan pentaksiran.Skor menggambarkan hasil yang diperolehi daripada ujian yang telah dilaksanakan.Skor ini akan menjadi asas terhadap pelaksanaan pentaksiran. Pentaksir akan melihat skor ini bagi menganalisis keputusan yang akan dikeluarkan.

Skor

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk membuat proses pentaksiran terhadap pelajar tersebut.Instrumen membantu guru dalam melaksanakan proses pentaksiran dengan lebih tersusun lagi.

Instrumen

Kumpulan yang ditaksir ialah murid-murid yang mendiami sekolah tersebut. Murid-murid ditaksir bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan serta pencapaian mereka dari semasa ke semasa.

Kumpulan yang ditaksir

Tindak balas yang dimaksudkan ialah hasil yang diperolehi daripada kumpulan yang ditaksir.Tindak balas juga boleh diertikan sebagai hasil pencapaian yang diperolehi. Tindak balas ini membolehkan guru melihat perubahan pencapaian murid mereka dan menilai kembali sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran mereka.

Tindak balas

kumpulan yang mentaksir boleh diertikan sebagai kumpulan yang diamanahkan untuk menyemak jawapan soalan ujian.

Kumpulan yang mentaksir

Page 6: Kerja Kursus Projek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMM3107

Prinsip utama penilaian pula adalah berbeza sama sekali dengan prinsip

pentaksiran. Penilaian yang baik dan bermutu ialah penilaian yang hasilnya dapat

dimanfaatkan untuk menambah baik keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bagi

memastikan penilaian yang dilakukan berkesan dan berkualiti, terdapat dua prinsip utama

yang perlu dititikberatkan seperti berikut:

Rajah 4: Prinsip Utama Penilaian.

6 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

Sifat Kesahan

Menurut Mokhtar Ismail (2009; 376), kesahan ialah ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur.Kesahan ialah ketepatan sesuatu instrumen penilaian untuk mengukur, menilai atau menguji sesuatu.Menurut Messick (1989) dalam Mokhtar Ismail (2009; 376), kesahan adalah satu pertimbangan evaluatif yang bersepadu setakat mana bukti-bukti empirikal dan rasional teori yang menyokong kecukupan dan kesesuaian inferens yang dibuat.Semakin tepat maklumat diperolehi daripada penilaian yang dilakukan maka semakin nilai kesahan sesuatu instrumen yang digunakan.

Kebolehpercayaan ujian

Kebolehpercayaan ujian merujuk kepada persoalan sama ada sesuatu ujian itu mengukur apa yang hendak diukur.keboleh percayaan ini dikaitkan dengan ketepatan ujian.Ketepatan ujian dilihat pada sejauh mana ujian yang dilaksanakan menepati objektif ujian.

Page 7: Kerja Kursus Projek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMM3107

PERBEZAAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Terdapat beberapa aspek yang membezakan antara pentaksiran dan penilaian. Jadual berikut menunjukkan perbezaan antara

pentaksiran dan penilaian.

CIRI

JENIS

PENGUJIAN PENTAKSIRAN PENILAIAN

DEFINISI1. Alat pengukuran perubahan

sesuatu aspek tingkah laku.

1. Proses menentukan peringkat

pencapaian dan kedudukan

pelajar.

1. Proses menentukan perubahan

tingkah laku dan membuat

pertimbangan nilai.

TUJUAN/

KEGUNAAN

1. Menentukan pencapaian

sesuatu pembelajaran.

1. Untuk membuat pengelasan

bagi pencapaian dan

kedudukan dalam

pembelajaran.

1. Memberi maklumat tentang

pencapaian objektif

pembelajaran, kaedah mengajar

dan kurikulum.

BENTUK

1. Pemerhatian.

2. Ujian lisan.

3. Bertulis.

1. Set ujian bertulis dengan

markah dan gred.

1. Jadual.

2. Gred berdasarkan teknik

perangkaan.

CARA/PROSES

1. Persediaan Ujian.

2. Pentadbiran.

3. Pemeriksaan.

1. Proses pengujian.

2. Merekod markah/gred.

1. Proses pengukuran.

2. Proses penganalisisan.

3. Proses interprestasi.

4. Melapor.

5. Tindakan.

7 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

Page 8: Kerja Kursus Projek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMM3107

MASA 1. Selepas pembelajaran. 1. Selepas pembelajaran.1. Sebelum, semasa, selepas

pembelajaran.

LIPUTAN

1. Terhad pada sesuatu

kemahiran atau

pembelajaran.

1. Sesuatu peringkat

pembelajaran.

1. Dari sesuatu pembelajaran

tertentu ke seluruh kurikulum.

KEPUTUSAN

1. Menunjukkan prestasi

sesuatu kemahiran atau

penguasaan pembelajaran

yang spesifik.

1. Menunjukkan pencapaian

secara relatif.

1. Menunjukkan pencapaian

keseluruhan tetapi tidak

semestinya membayangkan

kebaikan seorang individu.

Jadual 1: Perbezaan Antara Pengujian, Pentaksiran dan Penilaian.

8 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

Page 9: Kerja Kursus Projek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMM3107

Konsep Pentaksiran, Penilaian dan Pengujian boleh dirumuskan dalam grafik seperti berikut:

Rajah 5: Konsep Pentaksiran.

9 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

KONSEP DAN TEORI PENTAKSIRAN

Mokhtar Ismail; Langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu.

Tahap, status, nilai.

Proses / nilai yang menunjukkan nilai kuantitatif.

Merangkumi skala ordinal atau skala selang.

Menentukan kedudukan / pencapaian murid.

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.

Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.

Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

KONSEP PENTAKSIRAN

Pentaksiran haruslah dilihat sebagai :

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.

Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti yang dijalankan secara berterusan.

Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

Page 10: Kerja Kursus Projek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMM3107

Rajah 6: Konsep Penilaian.

10 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

KONSEP PENGUJIAN :

o Penilaian / pencapaian pada tahap eksplisit : Perubahan tingkah laku yang

nyata, menjawab secara lisan atau bertulis.

Persediaan

PelaksanaanPemeriksaan

Peringkat pengujian :

KONSEP PENGUJIAN :

KONSEP PENILAIAN

Proses pengumpulan maklumat.

Proses membuat analisis.

Selepas peperiksaan dan pentaksiran.

Tindakan selanjutnya.

Prosedur :

1) Persediaan Ujian.

2) Pentadbiran Ujian (Pemilihan Lokasi).

3) Pemeriksaan Dan Pengukuran Ujian.

4) Buat Analisis.

5) Interpretasi / Dapatan / Tindakan.

Page 11: Kerja Kursus Projek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMM3107

Rajah 7: Kepentingan Ujian.

11 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

Kepentingan Penilaian Ujian Dalam Bilik Darjah

Membandingkan pencapaian pelajar dengan rakan-rakan sekelas atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.

Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain bagi melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang. Maklumat ini digunakan untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya.

Mengenal pasti pelajar yang tinggi dan amat lemah keupayaannya bagi menentukan kerja-kerja pemuliha dan pengayaan.

Membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pembelajaran pelajar agar dapat menentukan arah dan jenis pendidikan pelajar bagi menyalurkan mereka ke jurusan-jurusan tertentu seperti jurusan sains, sastera dan teknikal.

Membolehkan guru menilai bahan, teknik, dan kaedah pengajaran mereka sebagai asas meningkatkan pengajaran mereka.

Pelajar mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera pula memperbaikinya.

Page 12: Kerja Kursus Projek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMM3107

REFLEKSI INDIVIDU (CONTOH)

NAMA : Opsyen:

No. Kad Pengenalan: No. Angka Giliran:

Assalamu’alaikum wbt. saya ucapkan. Selangit kesyukuran saya panjatkan ke hadrat

Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatnya, naskhah KKP ini berjaya dihasilkan akhirnya.

Tugasan yang terdiri daripada tiga komponen ini harus diselesaikan dalam masa sebulan

dan inilah hasilnya.

Ini adalah pengalaman pertama saya dan rakan-rakan menghasilkan tugasan

berdasarkan format baharu yang lebih dikenali sebagai Kerja Kursus Projek (KKP). Bentuk

laporan yang perlu kami sediakan juga sedikit berbeza dengan format Kerja Kursus

Berasaskan Ilmu (KKBI) mahupun Kerja Kursus Pendek yang pernah kami laksanakan

dahulu.

Tugasan ini adalah tugasan yang lebih kurang sama dengan tugasan kami untuk

subjek major pada semester lalu. Namun begitu, ada beberapa komponen yang tidak

mempunyai persamaan dan kami lihat banyak perkara baharu yang dapat kami pelajari

daripada tugasan ini khususnya yang melibatkan aspek pentaksiran.

Memandangkan tugasan ini dilaksanakan semasa praktikum dan secara

berpasangan, maka saya dan Mohd Fahmi telah membahagikan antara kami tugasan yang

perlu dilakukan bagi memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan baik dan pada masa

yang telah ditetapkan. Saya dipertanggungjawabkan untuk menjawab soalan ke-2 iaitu

pembinaan JSU berdasarkan set soalan yang diperoleh dari pihak sekolah dan

mendapatkan beberapa bahan tentang pentaksiran. Mohd Fahmi pula telah mendapatkan

beberapa bahan tentang pentaksiran daripada sumber-sumber lain dan menjawab soalan 1

dan 3. Namun begitu, untuk soalan 1 dan 3, saya ada membantunya dalam mendapatkan

sumber yang baik dan menyusun atur laporan kami dengan baik.

Tugasan kali ini membuka mata saya untuk menyediakan JSU bagi ujian Bahasa

Melayu di sekolah nanti. Jika dibandingkan dengan JSU bagi mata pelajaran major kami

iaitu Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraa, JSU Bahasa Melayu ini

lebih menumpukan kepada aspek penguasaan kemahiran bahasa dan aplikasi kemahiran

tersebut di dalam ujian dan juga dalam kehidupan seharian. Berdasarkan instrumen

pengujian yang baik, kita akan dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan murid

terhadap pengajaran guru di dalam bilik darjah.

12 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

Page 13: Kerja Kursus Projek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMM3107

Saya juga berpeluang untuk mempelajari tentang aspek pentaksiran ini melalui

pembacaan tambahan 3 jurnal pendidikan. Sesungguhnya kajian yang teliti telah dilakukan

dan sentiasa dilakukan bagi memperbaiki sistem pentaksiran sedia ada seterusnya

membantu meningkatkan kemahiran murid-murid di sekolah. Penyelidikan dan

Pembangunan (R&D) haruslah diteruskan dengan mengambil kira pelbagai faktor bagi

memastikan matlamat kurikulum dapat dicapai dengan menggunakan pendekatan yang

sesuai.

Selain itu juga, melalui tugasan ini saya telah belajar 1 perkara penting iaitu untuk

menghasilkan JSU yang ideal adalah amat sukar. Ini adalah kerana kemahiran yang ingin

dinilai juga amat banyak untuk dikumpulkan di dalam set ujian yang sama. Namun begitu,

semua penggubal soalan khususnya para guru di sekolah harus sedar akan kepentingan

menggubal JSU sebelum membina item pengujian yang akan digunakan. Kadangkala,

sudah menjadi tabiat para guru yang hanya mengambil soalan-soalan daripada buku-buku

latihan yang dibeli di pasaran dan terus digunakan untuk pengujian. Daripada aspek

perancangan, ternyata ia melanggar etika akan tetapi, ia tidaklah salah 100% pada

pandangan saya. Asalkan komponen pengujian tersebut merangkumi kebanyakan aspek

kemahiran yang ingin diuji, maka ia dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan

terhadap item pengujian tersebut.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan sendiri

atas bimbingan dan tunjuk ajar berkenaan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada Mohd Fahmi

Bin Mohd Radzi yang sudi meluangkan masa membantu saya dalam menjayakan tugas ini.

Buat rakan-rakan yang ada turut sama memberikan pendapat, hanya terima kasih yang

mampu saya ucapkan. Diharapkan kita menimba pengalaman yang baik untuk persediaan

sebelum masuk ke alam pekerjaan nanti di mana keadaannya pasti berbeza sekali daripada

alam pengajian di IPG dan semestinya penuh dengan pelbagai cabaran buat kita selaku

pendidik. Sekian, terima kasih.

13 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

Page 14: Kerja Kursus Projek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMM3107

BIBLIOGRAFI

Buku dan Jurnal

Baharom, H. N. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Murid. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Malaysia, L. P. (2003). Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS). Kuala Lumpur:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rujukan Internet

Davian, J. (2010, Disember 22). PENTAKSIRAN, PENGUJIAN & PENILAIAN. Retrieved

Ogos 24, 2012, from JOEDAVIAN:

http://joedavian.files.wordpress.com/2010/12/pentaksiran-penilaian-1.pdf

Ibrahim, A. S. (2011, September 24). Amir Syahmi Ibrahim. Retrieved Ogos 24, 2012, from

KONSEP PENTAKSIRAN: http://amirgassi.blogspot.com/2011/09/bmm3103.html

Mahfuzah, S. (2010, Julai 12). d JouRNeY oF mY LiFe. Retrieved Ogos 24, 2012, from PKU

3106: DEFINISI PENTAKSIRAN: http://snfr-siti-edu.blogspot.com/2010/07/pku-3106-

pentaksiran-dalam-pendidikan_12.html

Mohktar, R. (2011, Julai 27). KONSEP DAN PRINSIP PENTAKSIRAN DALAM BAHASA

MELAYU. Retrieved Ogos 22, 2012, from Taman Ilmu:

http://suriaangkasa.blogspot.com/2011/07/konsep-dan-prinsip-pentaksiran-

dalam.html

14 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H