kerja kursus : projek mata pelajaran : teknologi...

20
KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN KOD : EDU3105 NAMA NUR AMIRAH BINTI LIAKAT ALI KHAN NO MATRIKS 1416 NO KAD PENGENALAN 920305-13-6438 PROGRAM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2012 KUMPULAN/UNIT PISMP 4.06 (PENGKHUSUSAN BAHASA ARAB) NAMA PENSYARAH PUAN MAZILAH BINTI ABDULLAH TARIKH HANTAR 02 OGOS 2013 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Upload: others

Post on 30-Sep-2020

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru

KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI DALAM

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

KOD : EDU3105

NAMA NUR AMIRAH BINTI LIAKAT ALI KHAN

NO MATRIKS 1416

NO KAD PENGENALAN 920305-13-6438

PROGRAM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JANUARI 2012

KUMPULAN/UNIT PISMP 4.06 (PENGKHUSUSAN BAHASA ARAB)

NAMA PENSYARAH PUAN MAZILAH BINTI ABDULLAH

TARIKH HANTAR 02 OGOS 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Page 2: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru

ISI KANDUNGAN

1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

2. PENULISAN REFLEKTIF

i. NUR AMIRAH BINTI LIAKAT ALI KHAN

ii. AINUL BASIRAH BINTI GADIUS

3. LAMPIRAN

i. BORANG MAKLUMBALAS

ii. BORANG KOLABORATIF

iii. RUJUKAN

Page 3: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru

Mata Pelajaran dan Kelas Pendidikan Islam Tahun 2 Aisyah

Masa 60 minit

Standard Kandungan Memahami adab sebelum dan selepas bangun tidur

Standard Pembelajaran 1. Menyatakan adab sebelum dan selepas bangun tidur

2. Menerangkan kaedah dan mengamalkan adab sebelum dan selepas bangun tidur

3. Menjelaskan akibat tidak beradab sebelum dan selepas bangun tidur

Objektif Pembelajaran Murid dapat :

1. Menyatakan enam adab sebelum dan selepas bangun tidur

2. Menerangkan kaedah dan mengamalkan adab sebelum dan selepas bangun tidur

3. Menjelaskan akibat tidak beradab sebelum dan selepas bangun

Aktiviti Pembelajaran dan

Pengajaran

1. Soal jawab

2. Sumbang saran

3. Tayangan video

4. Penerangan

5. Perbincangan

E.M.K 1. Keusahawanan : Murid bekerjasama dan mempunyai daya saing dalam permainan

2. Kreativiti : Membezakan kebaikan beradab dan akibat tidak beradab sebelum dan

selepas bangun tidur

Page 4: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru

Bahan Bantu Mengajar 1. Patung

2. Kotak patung

3. Kotak beracun

4. Kad ayat

5. Video

6. Audio

Penilaian Pembelajaran dan

Pengajaran

1. Murid dapat mengetahui adab sebelum dan selepas bangun tidur

2. Murid dapat membezakan kebaikan beradab dan akibat tidak beradab sebelum dan

selepas bangun tidur

Langkah/masa Isi Kandungan Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran Catatan

Muqaddimah

(3 minit)

Bacaan doa :

واحلل أمري لي ويسر صدري لي اشرح رب

قولي يفقهوا لساني من عقدة

Lafaz dua kalimah syahadah :

اهلل رسول حممدا أن وأشهد اهلل إال إله ال أن أشهد

1. Murid membaca doa dan lafaz dua

kalimah syahadah secara berjamaah

Nilai : adab berdoa

Page 5: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru

Fasa persediaan

1.1

Pemerhatian

(set induksi)

(2 minit)

Patung yang sedang tidur :

1.1.1 Murid ditunjukkan oleh guru kotak

yang mengandungi patung yang

sedang tidur

1.1.2 Murid bersoal jawab dengan guru

1.1.3 Jawapan murid dikaitkan dengan

isi pelajaran

Keinginan kepada

maklumbalas

segera

Nilai : bersungguh-

sungguh

Bahan : patung

1.2

Analisis

(3 minit)

Soalan-soalan :

Bagaimana kamu tidur?

Pukul berapa tidur?

Tidur di mana?

Apa yang kamu buat sebelum tidur?

Bacaan doa sebelum tidur

1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru

berkenaan tidur

1.2.2 Murid diminta membaca doa

sebelum tidur secara berjamaah

Kesanggupan

belajar dari

kesilapan

Fasa Imaginasi

1.3

Penjanaan

idea

(8 minit)

Adab sebelum tidur :

Memakai pakaian yang sesuai

Menggosok gigi

Berwudhu’

Bersalaman dengan ibu bapa

Mengemas tempat tidur

1.3.1 Murid bersoal jawab dengan guru

tentang adab sebelum tidur

1.3.2 Murid ditunjukkan video adab

sebelum tidur

1.3.3 Murid mendengar penerangan

guru tentang adab sebelum tidur

Peka terhadap

peluang

Nilai : bersungguh-

sungguh

Bahan : video

Page 6: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru

Membaca doa 1.3.4 Murid membaca secara kelas.

Kumpulan dan individu tentang adab

sebelum tidur

1.4

Sintesis idea

(10 minit)

Adab selepas bangun tidur :

Bangun awal

Berdoa

Mengemas tempat tidur

Menggosok gigi

Mandi

Berwudhu’ dan solat subuh

1.4.1 Murid bersoal jawab dengan guru

dan sumbang saran adab selepas

bangun tidur

1.4.2 Jawapan murid dicatatkan pada

papan tulis

1.4.3 Murid ditunjukkan video adab

selepas bangun tidur

1.4.4 Murid dan guru menyemak

jawapan tadi

1.4.5 Murid membaca/menyebut adab

selepas tidur secara kelas, kumpulan

dan individu

Berani mengambil

risiko atas apa

yang dilakukan

Nilai : Berani

Fasa Perkembangan

1.5

Penambah-

baikan

(10 minit)

Kebaikan beradab dan akibat tidak beradab

dengan adab tidur

1.5.1 Murid ditunjukkan kebaikan

beradab dan akibat tidak beradab

dengan adab tidur oleh guru

1.5.2 Murid diberi penerangan oleh

Daya kreativiti dan

inovasi

Bahan : Jadual

perbezaan

Page 7: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru

Kebaikan Akibat tidak

beradab

Menjaga kesihatan Kesihatan

terganggu

Mengikut sunnah

Nabi

Tidak mendapat

pahala sunat

Melatih diri

berdisiplin

Malas, tidak

berdisiplin

Hindar sihir dan

gangguan syaitan

Diganggu mimpi

buruk

guru

1.5.3 Murid bersoal jawab dengan guru

untuk membezakan sama ada ia

kebaikan atau akibat tidak beradab

dengan adab tidur

1.6

Penilaian

(12 minit)

Permainan kotak beracun dan aktiviti

menampal

1.6.1 Murid bermain permainan “kotak

beracun”

1.6.2 Apabila muzik berhenti, murid

yang memegang kotak akan

mengambil kad ayat dan menampalkan

pada ruangan yang disediakan

Boleh membina

jaringan sosial

Nilai : Kerjasama

Bahan : kotak,

audio, kad ayat

Page 8: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru

Adab selepas bangun tidur

- - -

Adab sebelum tidur - - -

Akibat - - -

Kebaikan - - -

Fasa Tindakan

1.7

Pelaksanaan

(10 minit)

Adab selepas bangun tidur

- - -

Adab sebelum tidur - - -

Akibat - - -

Kebaikan - - -

1.7.1 Daripada kad ayat yang ditampal,

murid diminta untuk menyalin semula

di dalam buku tulis

Fleksibiliti

Nilai : Rajin

Bahan : buku tulis

1.8

Amalan

berterusan

(2 minit)

Rumusan sosial : Nasihat 1.8.1 Murid dinasihatkan supaya

beramal dengan adab tidur yang

dipelajari

Nilai : beramal

dengan apa yang

dipelajari

Page 9: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru

PENULISAN REFLEKTIF (NUR AMIRAH BINTI LIAKAT ALI KHAN)

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana

dengan izinNya, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan EDU3105 untuk

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 4/ Januari 2013. Saya

ingin merakamkan penghargaan terima kasih saya kepada pensyarah pembimbing

kami untuk subjek ini, Puan Mazilah binti Abdullah atas tunjuk ajar dan panduan yang

telah diberikan. Sekalung terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan sekumpulan

saya, Ainul Basirah binti Gadius atas kerjasama dan bantuan yang tidak putus-putus

dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga penghargaan saya tujukan

buat rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi maklumat dalam perlaksanaan kerja

kursus ini.

Kami telah diberi taklimat kerja kursus ini pada 9 Julai 2013. Pada mulanya saya

berasa susah hati kerana kerja ini nampak senang tapi sebenarnya agak rumit untuk

dilaksanakan. Namun saya percaya tiada yang mustahil dilakukan. Dengan tunjuk ajar

dari pensyarah dan bantuan dari rakan-rakan, terutamanya dari rakan sekumpulan

saya, tidak mustahil kerja yang rumit akan menjadi mudah.

Untuk kerja kursus ini, kami telah diarahkan untuk membuat kerja secara

berpasangan. Kami telah diarahkan untuk membuat satu video pendidikan untuk

kegunaan pengajaran. Kami juga diminta untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran

Harian berdasarkan tajuk dan bahan bantu mengajar yang dipilih. Saya bersyukur

kerana ahli kumpulan saya sangat memberikan kerjasama untuk tugasan ini seterusnya

memudahkan kerja kami untuk menyiapkan tugasan ini. Bukan mudah untuk membuat

video pendidikan seperti yang diarahkan, namun dengan kerjasama dan sokongan dari

rakan sekumpulan, kerja yang sukar menjadi mudah dan kami berpuas hati dengan

kerja kami.

Melalui kerja kursus ini, banyak ilmu yang telah saya perolehi. Antaranya ialah

pengalaman membuat video pendidikan. Saya juga telah mengetahui pelbagai perisian

Page 10: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru

yang boleh digunakan untuk menghasilkan video yang menarik. Antaranya ialah

Cyberlink dan Fantashow. Dalam menghasilkan video ini, kami telah menggunakan

kedua-dua perisian tersebut. Hal ini demikian kerana kami berasa teruja untuk mencuba

kedua-dua perisian tersebut supaya kami boleh membuat perbandingan perisian yang

lebih mudah digunakan. Selain itu saya juga belajar membuat Rancangan Pengajaran

Harian dan menggunakan video yang telah dihasilkan dalam pengajaran saya. Melalui

tugasan ini saya menyedari bahawa tugasan sebagai seorang guru tidak mudah untuk

dilaksanakan.

Selain daripada itu, saya menyedari bahawa pembinaan komunikasi antara

rakan sekelas amat penting kerana melalui komunikasi ini kita dapat membina

hubungan baik dengan semua orang. Perkara ini memudahkan kita untuk bekerjasama

antara satu sama lain. Komunikasi juga menyebabkan orang sekeliling berasa selesa

untuk berada di samping kita. Komunikasi juga membolehkan kita bertukar pendapat

dan berkongsi idea. Hal ini berlaku apabila saya dikehendaki bekerjasama dengan

rakan untuk membuat tugasan ini. Tanpa komunikasi yang baik, saya tidak akan

mampu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

Apa yang saya perolehi juga ialah kekreatifan seorang guru itu sangat penting

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran . Guru hendaklah menggunakan pelbagai

kaedah yang berkesan untuk membuatkan murid sentiasa seronok dan merangsang

minat mereka untuk belajar. Sebagai contoh, melalui tugasan ini kami dikehendaki

untuk membuat video pendidikan yang sesuai untuk menarik minat pelajar di dalam

kelas. Melalui tugasan tersebut saya belajar bahawa kepelbagaian teknik mengajar

boleh menarik minat murid untuk belajar. Minat tercetus dalam kalangan pelajar dan

objektif pembelajaran dapat dicapai justeru memudahkan kerja guru untuk mendidik

dan membina modal insan cemerlang untuk menjadi generasi berguna pada masa

hadapan.

Meskipun pelaksanaan kerja kursus ini berdepan dengan pelbagai masalah,

saya bersyukur kerana mempunyai sahabat dan juga pensyarah yang ringan tulang

Page 11: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru

membantu di saat saya memerlukan. Tunjuk ajar dan sokongan dari rakan dan

pensyarah sangat saya hargai.

Akhir kata pengalaman saya membuat tugasan ini menaikkan semangat saya

dan membuat saya teruja untuk melaksanakan tugasan sebagai bukan sahaja seorang

guru, malahan sebagai fasilitator dan pembimbing kepada pelajar apabila mereka

berada di sekolah. Saya dapat merasakan nikmatnya apabila usaha untuk mendidik

modal insan berjaya dan saya dapat berbakti untuk generasi akan datang. Saya

berharap semoga pengalaman ini dapat memberi saya peluang untuk menimba

seberapa banyak ilmu sebelum bergelar pendidik yang sebenar. Sekian wassalam.

PENULISAN REFLEKTIF (AINUL BASIRAH BINTI GADIUS)

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat-Nya, saya dan rakan tugasan

saya, Nur Amirah Binti Liakat Ali Khan dapat menyiapkan tugasan projek bagi subjek EDU 3105

ini dengan sempurna.

Tugasan projek ini memerlukan kami untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian

(RPH) beserta dengan Bahan Bantu Belajar (BBB) berbentuk video pendidikan. Tugasan ini

hanya diberi tempoh selama empat minggu bermula pada 2 Julai 2013 sehingga 2 Ogos 2013.

Pada mulanya, kami telah diberikan taklimat berkenaan tugasan oleh pensyarah.

Memandangkan pelajar semester empat terlibat dengan program Bina Insan Guru (BIG), maka

tugasan ini lewat sedikit diberikan daripada tarikh asal. Walaubagaimanapun, tugasan ini tidak

terlalu membebankan kerana kami telah diarahkan untuk menyiapkannya secara berkumpulan.

Selepas mendengar taklimat, kami bergerak mencari rakan tugasan masing-masing. Selepas

mendapat rakan tugasan, kami berbincang mengenai tugasan yang diberikan. Dalam

perbincangan, kami telah membuat persetujuan mengenai subjek yang akan dipilih, bahan-

bahan yang diperlukan dalam tugasan, tarikh dan masa untuk membuat kolaboratif sepanjang

tempoh tugasan diberikan.

Matapelajaran yang kami pilih sebagai rancangan pengajaran kami ialah subjek

pendidikan islam. Hal ini kerana subjek tersebut merupakan subjek minor bagi kursus pelajar

Page 12: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru

bahasa Arab. Tajuk yang kami ambil pula ialah tajuk berkaitan dengan adab iaitu adab sebelum

tidur dan adab selepas bangun tidur. Manakala, perisian yang kami gunakan iaitu Cyber Link

dan Fantashow.

Semasa membuat tugasan ini, terdapat beberapa permasalahan yang berlaku.

Antaranya ialah ketika memilih tajuk pengajaran. Tempoh pemilihan tajuk pengajaran pun sudah

mengambil masa yang lama. Hal ini disebabkan kami sendiri yang perlu menentukan tajuk

pengajaran. Oleh itu, penilaian yang kritis dalam memilih tajuk amat perlu sekali. Selain itu,

komputer riba saya tidak mempunyai kapasiti yang besar untuk memuatkan perisian-perisian

video seperti Cyber link dan Fantashow. Saya juga menghadapi kekangan masa ketika

membuat rakaman video. Pada hujung minggu pula, saya diarahkan oleh keluarga saya untuk

balik ke rumah dan berbuka puasa bersama-sama mereka. Selepas balik ke maktab, saya

terlibat dengan program berbuka puasa anak-anak Sabah di PWTC. Oleh itu, banyak masa

yang tertangguh dalam menyiapkan tugasan ini. Memandangkan tugasan ini secara

berkumpulan, kami perlu meluangkan masa yang sama untuk membuat interaksi dalam

membuat video. Kesibukan saya dan rakan tugasan saya dalam perkara yang berlainan

menjadi salah satu sebab dalam masalah masa yang dihadapi. Selain itu, semasa memproses

video menggunakan perisian juga memerlukan masa yang lama. Hal ini tidak dapat dielakkan

kerana video merupakan bahan media yang berat dan besar. Tidak kurang juga video yang

tidak menjadi selepas selesai menghasilkannya dalam perisian video. Oleh itu, proses

penghasilan dalam perisian terpaksa diulang kembali untuk memperbaiki kesan yang tidak

menjadi.

Walaupun menghadapi beberapa masalah, saya dan rakan tugasan tidak

menjadikannya sebagai halangan untuk menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah

ditetapkan. Dalam pemilihan tajuk, kami memilih berdasarkan kemampuan, keadaan dan

suasana serta kelengkapan yang cukup bagi melaksanakan tajuk pengajaran yang dipilih.

Sementara itu, saya telah membuat keputusan untuk membeli komputer riba yang baru dan

mempunyai kapasiti yang besar untuk memuatkan perisian-perisian yang berat seperti Cyber

Link dan Fantashow. Saya tidak merasakannya sebagai tindakan yang terburu-buru kerana

saya memikirkan kegunaannya dalam jangka masa yang panjang pada masa akan datang.

Masalah masa yang dihadapi pula tidak menghalang kami untuk tidak membuat rakaman video.

Pada mulanya kami ingin menjadikan seorang budak lelaki sebagai pelakon dalam video

pendidikan kami. Tetapi disebabkan kesuntukan masa, rakan tugasan saya yang menjadi

Page 13: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru

pelakon dalam video tersebut dan saya sendiri yang menjadi jurukamera. Sehubungan itu,

kesabaran yang tinggi dalam memproses video pendidikan ini amat perlu bagi mendapatkan

hasil yang baik. Kami tidak lupa untuk sentiasa merujuk kepada pensyarah untuk menunjukkan

hasil kami. Pensyarah memberikan komen-komen terhadap video yang terhasil. Oleh itu,

perkara yang perlu diperbaiki kami laksanakan dengan penuh kesabaran walaupun terpaksa

menggunakan masa yang lama dalam pemprosesan video.

Banyak pengajaran dan pengalaman yang sangat bermanfaat telah saya perolehi hasil

daripada tugasan ini. Pertama sekali saya mendapat pengalaman membuat video pendidikan

berdasarkan RPH yang dibuat bersama. Saya merasakan pengalaman ini begitu berharga

kerana saya bukan sahaja berpeluang membuat BBB yang produktif malah dapat mempelajari

bagaimana mengintegrasikan penggunaan multimedia dalam pendidikan. Sebelum ini, kami

pernah juga membuat video menggunakan Cyber Link dalam tugasan projek semester yang

lepas. Oleh itu, kemahiran menggunakan Cyber link lebih mudah diaplikasikan dalam membuat

video. Sehubungan itu, saya mencuba menggunakan benda yang baru dan belum pernah saya

gunakan iaitu perisian Fantashow. Perisian Fantashow sangat menarik kerana alat

pengarangan telah tersedia diintegrasikan dan disusun aturkan dalam perisian tersebut. Saya

hanya perlu memasukkan bahan seperti gambar dan video yang telah terhasil daripada Cyber

Link dalam perisian tersebut dan memproses terus tanpa perlu langkah yang banyak dalam

penghasilannya. Walaubagaimanapun, proses menunggu video lengkap siap memerlukan

masa yang lama. Di samping itu, tugasan ini membantu saya meningkatkan kemahiran

membuat RPH.

Semasa membuat BBB berdasarkan video pendidikan, seorang guru perlu memikirkan

bagaimana bahan yang digunakan dapat memberi kesan terhadap pemahaman kanak-kanak

yang akan diajar. Perkara penting iaitu video yang akan ditayangkan mestilah sesuai dengan

tahap pemikiran kanak-kanak. Oleh itu, pemilihan dari segi perkataan, bahasa, gerak geri dan

tindakan serta suasana keadaan yang digunakan perlu sesuai kerana benda yang akan

ditayangkan akan dinilai oleh murid-murid dan boleh dicontohi oleh mereka. Pengalaman sedia

ada juga perlu diambil berat untuk memudahkan proses pemahaman. Pada pandangan saya,

bahan seperti video pendidikan amat menarik perhatian murid-murid. Walaubagaimanapun,

guru perlu bijak memikirkan bagaimana menjadikan video tersebut menarik perhatian murid-

murid. Video pendidikan yang menarik dapat menghilangkan bosan semasa di dalam kelas.

Murid akan lebih suka untuk belajar dengan bahan video ini. Oleh itu, murid yang suka bermain

Page 14: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru

dan kurang memberi perhatian dalam kelas dapat dikurangkan. Video pendidikan juga dapat

membantu murid yang pasif di dalam kelas agar turut serta dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberi manfaat kepada diri saya bukan sahaja

pada masa sekarang tetapi juga pada masa hadapan. Video yang dihasilkan ini dapat

digunakan sebagai bahan bantu belajar di sekolah nanti. Selain itu, saya dan rakan-rakan kelas

yang lain boleh berkongsi dan bertukar-tukar video pendidikan yang telah terhasil daripada

tugasan ini. Tugasan ini juga memberi kesedaran kepada saya mengenai kepentingan teknologi

dalam pendidikan. Dengan adanya subjek ini, saya terdorong untuk memiliki sebuah komputer

riba yang baru dan berfungsi serta sesuai dengan kerjaya saya pada masa akan datang.

Semoga dengan tugasan ini saya lebih bersemangat untuk menjadi seorang guru yang

berinovasi, kreatif dan dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah saya perolehi semasa

bertugas sebagai guru di sekolah nanti. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada pensyarah, rakan tugasan dan rakan-rakan yang membantu serta pihak-pihak yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyelesaikan projek ini. Segala yang baik

itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diri saya sendiri yang

semula jadi fitrahnya lemah sebagai hamba. “Wallahu Alam”

Yang benar,

__________________________

(AINUL BASIRAH BINTI GADIUS)

Page 15: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru
Page 16: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru
Page 17: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru
Page 18: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru
Page 19: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru
Page 20: KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI …chekgumiera.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480024/kkp_edu3105_… · Bacaan doa sebelum tidur 1.2.1 Murid bersoal jawab dengan guru