kerja kursus pendidikan jasmani

9
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN __________________________________________________________________________ HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF MEI 2012 ______________________________________________________________________ ___________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam Bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda . Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. 7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 9hb hingga 17 Julai 2013 (ONLINE). Serahan selepas 17hb Julai 2012 TIDAK akan diterima. 8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Upload: ehalee-leamal

Post on 31-Oct-2015

715 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Pergerakan kreatif

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Pendidikan Jasmani

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN__________________________________________________________________________

HBPE 2103PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

MEI 2012_________________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam Bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.

7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 9hb hingga 17 Julai 2013 (ONLINE). Serahan selepas 17hb Julai 2012 TIDAK akan diterima.

8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Page 2: Kerja Kursus Pendidikan Jasmani

PENILAIAN Tugasan ini akan menyumbangkan 40 % markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan.

Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH

Amaran : Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50 % : potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

2

Page 3: Kerja Kursus Pendidikan Jasmani

SOALAN TUGASAN

Sekolah anda akan menyertai Pertandingan Pergerakan Kreatif antara sekolah-sekolah di daerah anda bagi tahun 2013. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, anda diarahkan untuk mencungkil bakat pelajar Tahun 5 atau Tahun 6 (4-5 orang sekumpulan) di sekolah anda bagi menyertai pertandingan tersebut yang bertemakan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Sebelum memulakan latihan intensif, anda telah terlebih dahulu membuat perancangan persembahan bagi pertandingan

Berdasarkan maklumat ini, anda dikehendaki membuat persediaan pertandingan berdasarkan perkara berikut:

Tema persembahan pilihan berkaitan dengan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia

Sinopsis persembahan Senarai watak atau peranan Jenis-jenis pergerakan Muzik jika ada Peralatan atau props Lakaran rekaan pergerakan persembahan (koreografi) Jadual latihan

[Jumlah : 40 markah]

MUKA SURAT TAMAT

3

Page 4: Kerja Kursus Pendidikan Jasmani

RUBRIK PEMARKAHAN

KOD KURSUS : HBPE2103SEMESTER : MEI 2012

KriteriaPemberatan

Sangat Lemah Lemah Sederhana Baik Sangat Baik Markah Maksimum

0 1 2 3 4

Tema

Tema perersembahan mempunyai ciri-ciri berikut:

Tepat dengan tema perpaduan.Mempunyai nilai-nilai perpaduanTema menarikMembawa makna kepada audiens.Lain-lain berkaitan

1 Tema pergerakan lari daripada tajuk

Tema hanya memenuhi hanya 1 ciri sahaja.

Tema persembahan memenuhi hanya 2 ciri sahaja.

Tema persembahan memenuhi 3 ciri sahaja.

Tema persembahan memenuhi 3 atau lebih ciri.

4

Sinposis persembahanSinopsis persembahan menunjukkan ciri-ciri berikut:KreatifMenarikMempunyai aliran ceritaMemberi maknaNilai-nilai sewarjagatMenggembirakanLain-lain yang berkaitan

1 Tiada sinopsis Sinopsis persembahan memenuhi hanya 1 ciri yang ditetapkan.

Sinopsis persembahan memenuhi hanya 2 ciri yang ditetapkan.

Sinopsis persembahan memenuhi hanya 3 ciri yang ditetapkan.

Sinopsis persembahan memenuhi hanya 4 atau lebih ciri yang ditetapkan.

4

Senarai watak atau peranan

Senarai watak atau peranan melibatkan perkara-perkara berikut:

Pelbagai watakWatak mudah dibawa oleh muridWatak berkaitan dengan tema

1 Tiada senarai watak dicadangkan.

Watak dalam sinopsis hanya melibatkan 1 perkara sahaja.

Watak dalam sinopsis hanya melibatkan 2 perkara sahaja.

Watak dalam sinopsis hanya melibatkan 3 perkara sahaja.

Watak dalam sinopsis hanya melibatkan 4 atau lebih perkara sahaja.

4

4

Page 5: Kerja Kursus Pendidikan Jasmani

Watak memberi makna kepada temaMenarikLain-lain berkaitanJenis-jenis pergerakan

Pergerakan yang dipilih melibatkan pelbagai berikut:

AliranAras Bentuk badanKreatif Mudah diikutiMenggalakkan penerokaanPenggunaan kawasanMeningkatkan kemahiran dalam pergerakanBoleh dilaksanakan dalam masa yang diperuntukkan.Lain-lain berkaitan

2 Tiada pilihan pergerakan.

Pergerakan yang dipilih melibatkan 2 aspek sahaja.

Pergerakan yang dipilih melibatkan 3 aspek sahaja.

Pergerakan yang dipilih melibatkan 4 aspek sahaja.

Pergerakan yang dipilih melibatkan 5 atau lebih aspek.

8

Muzik

Muzik yang dipilih memenuhi aspek-aspek berikut:

Sesuai dengan temaBoleh diikuti oleh pelajarMemberi maknaMempunyai nilai MenarikSesuai dengan pergerakanLain-lain berkaitan

1.5 Tiada muzik sampingan.

Pilihan muzik hanya memenuhi 2 sahaja aspek yang diberikan.

Pilihan muzik hanya memenuhi 3 sahaja aspek yang diberikan.

Pilihan muzik memenuhi 4 sahaja aspek yang diberikan.

Pilihan muzik memenuhi 5 atau lebih sahaja aspek yang diberikan.

6

Props atau alatan

Props atau alatan mempunyai ciri-ciri berikut:Sesuai dengan temaBerwarnaPelbagaiMudah digunakan oleh pelajar

1.5 Tiada props atau alatan.

Props atau alatan memenuhi hanya 2 ciri sahaja.

Props atau alatan memenuhi hanya 3 ciri sahaja.

Props atau alatan memenuhi hanya 4 ciri sahaja.

Props atau alatan memenuhi hanya 5 atau lebih ciri sahaja.

6

5

Page 6: Kerja Kursus Pendidikan Jasmani

MenarikDigunakan dengan maksimumLain-lain berkaitanLakaran koreografi

Lakaran menunjukkan aspek-aspek berikut:

AliranAras Bentuk Kreativiti Mudah diikutiPenerokaanPenggunaan kawasanMeningkatkan kemahiran dalam pergerakanLain-lain berkaitan

1 Tiada lakaran koreografi.

Lakaran koreografi hanya memenuhi 3 daripada aspek yang disediakan.

Lakaran koreografi hanya memenuhi 4 daripada aspek yang disediakan.

Lakaran koreografi memenuhi 5 daripada aspek yang disediakan.

Lakaran koreografi memenuhi 6 atau lebih daripada aspek yang disediakan.

4

Jadual latihan

Jadual latihan perlu memenuhi perkara berikut:

Mempunyai data latihan Jadual bagi 8 minggu Mempunyai objektif Jenis-jenis latihan Mempunyai format tersusun. Lain-lain berkaitan

1 Tiada jadual latihan.

Jadual latihan hanya memenuhi satu aspek sahaja.

Jadual latihan hanya memenuhi 2 aspek sahaja.

Jadual latihan hanya memenuhi 3 aspek sahaja.

Jadual latihan memenuhi 4 atau lebih aspek yang dikehendaki.

4

JUMLAH MARKAH 40

6

Page 7: Kerja Kursus Pendidikan Jasmani

Lampiran II: PANDUAN PELAJAR

Anda dinasihatkan:

1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain seperti jurnal atau sumber dalam Internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai.

2. Membuat pencarian di Internet berkaitan pergerakan kreatif dan pendidikan pergerakan untuk mendapatkan pelbagai artikel yang berkaitan dengan tugasan.

3. Merujuk kepada buku-buku rujukan seperti:

i) Tunas Cemerlang (Gimnastik Artistik dan Gimnastik Irama)ii) Buku Panduan Guru Pendidikan Pergerakan untuk sekolah rendah iii) Laman-laman web yang berkaitan dengan soalan tugasan (Contoh : Sport

Coach)

4. Berbincang dengan guru Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan sekolah bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang diperlukan untuk meningkatkan kefahaman berkaitan perlaksanaan tugasan dan sumber.

5. Pandauan tugasan dan pemarkahan tugasan anda juga adalah berdasar kepada kriteria panduan rubrik. Sila rujuk dan teliti selain daripada soalan tugasan.

Lampiran III: PANDUAN TUTOR

1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan penulisan.

2. Mencadangkan Format yang sesuai bagi setiap subtajuk.

3. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar. Sila cadangkan buku-buku rujukan mengikut bidang.

4. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman web dengan betul. Guna gaya APA.

7