kerja kursus muzik hbms2103

Upload: wencelaus

Post on 04-Nov-2015

121 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Teknik fonasi untuk murid-murid menyebut senikata lagu dengan betul.Cara-cara bagaimana nyanyian solfa dengan teknik tangan Curwen

TRANSCRIPT

HBMS2103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER SEPTEMBER/2012HBMS2103PENGAJARAN MUZIK II KANDUNGAN

MUKA SURAT1. Pengenalan

2-32. Lima contoh latihan teknik fonasi yang dapat

membantu murid-murid untuk menyebut senikata

lagu denegan sebutan yang mudah.

4-53. Lima cara bagaimana nyanyian solfa dengan isyarat

tangan Curwen dapat diaplikasikan untuk membantu

murid-murid memahami kedudukan pic lagu.

5-7

4. Sepuluh urutan cara memperkenalkan lagu kepada

murid-murid untuk menarik minat mereka dengan

menggunakan kaedah baris demi baris.

7-85. Cadangan satu contoh aktiviti improvasi dan satu contoh

aktiviti soal jawab yang sesuai untuk mengajar konsep

irama dan melodi kepada murid-murid berdasarkan

lagu yang diberikan.

8-96. Analisis skor lagu yang diberikan dan terangkan bagaimaana

seseorang guru dapat memperkenalkan tiga konsep muzik

berikut iaitu tekstur, bentuk dan harmoni kepada murid-murid

semasa kelas pendidikan muzik.

9-107. Kesimpulan

111. PengenalanKemahiran muzikal dan penguasaan ilmu pengetahuan memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar memperkembangkan daya apresiasi dan ekspresi kreatif mereka. Pelajar perlu mengetahui teknik menyanyi dan bermain alat muzik dan berketrampilan dalam hal-hal tersebut. Dalam pendidikan muzik, penekanan terhadap kemahiran muzikal yang terdiri daripada kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik. Melalui aktiviti muzik pelajar didorong untuk membina kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan ini memerlukan disiplin diri yang tinggi untuk berketrampilan dalam persembahan muzik.Nyanyian merupakan salah satu elemen atau bidang muzik yang amat penting bagi kanak-kanak.Kanak-kanak sangat meminati aktiviti nyanyian dan ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan kanak-kanak semasa kelas muzik dijalankan.Pada kebiasaannya kanak-kanak mempunyai kecenderungan (aptitude) untuk mempelajari dan memahami sesuatu dengan cepat dan tepat. Teknik nyanyian yang betul perlu diajar di kalangan kanak-kanak kerana lebih mudah untuk memupuk kemahiran dari usia yang muda. Kanak-kanak akan memperkembangkan teknik nyanyian dan pitching bagi notasi di masa hadapan sekiranya mereka didedahkan dengan kemahiran-kemahiran tersebut dengan betul pada usia yang muda. Pelbagai aspek penting yang perlu diberi perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik di sekolah terutamanya nyanyian. Proses pengajaran dan pembelajaran nyanyian akan lebih berkesan dan teratur jika pelajar dapat diajar teknik-teknik nyanyian berdasarkan kaedah-kaedah yang tertentu serta mengenalpasti konsep-konsep muzik yang boleh diaplikasikan dalam kelas. Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Kita perlu mengetahui alat-alat vokal dan anatomi manusia yang berkaitan dengan pernafasan dan fonasi serta latihan-latihan vokal yang sistematik untuk menghasilkan sebutan yang jelas dan ton yang berkualiti semasa menyanyi. Suara manusia dihasilkan melalui getaran pita suara yang terdapat pada kerongkong manusia.Sekiranya hendak mengeluarkan bunyi,pita suara perlu dikawal supaya ia dapat menggetarkan udara yang melaluinya. Akhirnya satu bunyi yang akan terhasil."Alat-alat artikulasi yang terdapat dalam rongga mulut seperti gigi dan langit-langit keras akan membentuk suara yang indah tadi menjadi bentuk "Vocal dan Konsonan. Bentuk Vocal dan Konsonan ini belum sempurna disebabkan beberapa faktor,iaitu alat-alat artikulasi yang belum terbiasa dan terlatih untuk mengucapkan vokal dan konsonan tadi. Beberapa alat artikulasi tersebut perlu dilatih secara baik agar boleh menghasilkan suara yang indah. Maka itu untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik agar lebih menyeronok dan menarik minat para pelajar disamping mendapat impak yang tinggi terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira.Faktor-faktor tersebut adalah seperti latihan teknik nyanyian fonasi, nyanyian solfa dengan isyarat tangan Curwen, memperkenalkan lagu dengan kaedah baris demi baris,aktiviti improvasi,konsep irama dan melodi,konsep muzik iaitu tekstur, bentuk dan harmoni.Faktor-faktor tersebut akan dikupas lebih terperinci dalam huraian-huraian yang tersenarai dibawah ini.2. Lima contoh latihan teknik fonasi yang dapat membantu murid-murid untuk menyebut senikata lagu denegan sebutan yang mudah.Bagi menghasilkan satu nyanyian baik, penggunaan teknik-teknik vokal dengan betul menjadi faktor utama dan terpenting. Terdapat lebih dari 5 teknik iaitu bermula dengan pernafasan, postur badan, fonasi, projek suara, sebutan, register suara dan beberapa teknik yang lain. Selain pernafasan dan juga postur, teknik fonasi merupakan salah satu teknik terpenting bagi mendapatkan kualiti suara yang baik.Menurut sumber laman sesawang iaitu nukilan Paul Mason di laman "Voice Training", mengikut beliau fonasi adalah satu penghasilan suara kesan getaran yang terhasil daripada peti suara dan juga aliran udara.Untuk mewujudkan hasil suara yang baik, penyelarasan nafas pengawalan peti suara adalah penting bagi melancarkan aliran udara di bahagian peti suara atau kawasan lipatan vokal. Teknik ini sangat penting kerana ia mengajar murid-murid menyebut setiap perkataan dalam lirik menggunakan sebutan yang betul.Dengan teknik fonasi ini kesemua 26 abjad dapat diajar dengan menggunakan fonasi yang betul.Lazimnya murid-murid yang berlainan bangsa mempunyai masalah fonetik yang berlainan.Murid-murid Melayu mempunyai masalah untuk menyebut perkataan-perkataan Inggeris yang mempunyai bunyi th [].Bunyi f dan p juga kadang-kadang menimbulkan masalah bagi mereka. Berlainan pula dengan halnya bagi murid-murid Cina, mereka meghadapi masalah dengan bunyi l dan r. Manakala bagi murid-murid India pula mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang mempunyai huruf w dan v. Jenis-jenis latihan fonasi yang boleh dipraktikkan bagi menghasilkan kualiti suara yang baik adalah seperti berikut:2.1 Membuat aktiviti menguap sambil membuka rongga suara. Di awal aktiviti, mulakan dengan pic yang tinggi kemudian diluncurkan ke pic yang rendah. Semasa menguap gunakan vokal ah atau oh.

Contoh notasi :

Kemudian latihan tersebut diteruskan kepada pergerakan yang lebih sukar iaitu meluncurkan pic tersebut ke atas dan ke bawah.

Contoh notasi :

2.2 Anda sedang membayangkan diri anda sedang meniup lilin pada kek hari jadi

anda.Mulakan teknik ini dengan menghembus keluar udara dan kemudian sebutkan bunyi ooo pada pic yang selesa untuk anda.

2.3 Gunakan perkataan Ssss untuk menyanyikan lagu mudah seperti Lagu

Selamat Hari Jadi.2.4 Kanak-kanak secara berpasangan dan disuruh mengimitasi suara anjing bergaduh sesama sendiri. Seorang mengeluarkan bunyi woof manakala seorang lagi mengeluarkan bunyi yip,yip. Latihan ini menggunakan sokongan abdomen.2.5 Kanak-kanak dilatih menyebut yang mempunyai perkataan l,y dan r di hadapan sepert la,lu,yah,yeh,ra,ru dan sebagainya untuk menyanyikan pic-pic yang mudah seperti yang ditunjukkan dalam skor di bawah.

3. Lima cara bagaimana nyanyian solfa dengan isyarat tangan Curwen dapat

diaplikasikan untuk membantu murid-murid memahami kedudukan pic lagu.

Bagi membantu murid-murid memahami kedudukan pic lagu,isyarat tangan

Curwen dapat diaplikasikan semasa pengajaran nyanyian solfa dijalankan dalam

kelas.Sistem isyarat tangan ini diperkenalkan oleh John Curwen pada tahun 1870

di England. Gambarajah dibawah adalah isyarat tangan Curwen untuk solfa Do,

Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do satu oktaf di atas. Murid-murid digalakkan untuk menggunakan tangan dominan mereka untuk menunjukkan isyarat tangan ini. Murid yang menggunakan tangan kanan untuk

menulis perlu menggunakan tangan kanan mereka. Manakala bagi murid yang

menulis menggunakan tangan kiri pula harus menggunakan tangan kiri untuk

menunjukkan isyarat ini. Lima cara bagaimana nyanyian solfa dengan isyarat

tangan Curwen dapat diaplikasikan untuk membantu murid-murid memahami

kedudukan pic lagu adalah seperti berikut :3.1 Gunakan kedua-dua tangan untuk menunjukkan pic yang berlainan.Jika

untuk not Do yang berada di oktaf yang lebih tinggi, tangan haruslah berada

di bahagian dahi kepala. Manakala untuk not Do biasa, tangan diletakkan di bahagian pinggang atau perut semasa menunjukkan isyarat tangan.Ini adalah untuk membezakan antara kedua-dua oktaf bagi not yang sama. Murid-murid

akan memahami bahawa untuk pic Do pada oktaf tinggi, mereka perlu

meletakkan tangan pada bahagian dahi kepala manakala untuk pic Do yang

berada satu oktaf di bawah pula tangan perlu diletakkan pada bahagian

pinggang.3.2 Gunakan tangan kiri untuk menunjukkan pic yang tetap seperti Do dan tangan kanan digunakan untuk menunjukkan pic Do-So-Do. Melalui cara ini, murid-murid akan memahami kedudukan setiap pic dalam skel muzik.3.3 Pastikan bahawa isyarat untuk Do yang pertama adalah pada bahagian perut dan isyarat untuk pic-pic yang selanjutnya adalah lebih tinggi daripada pic yang sebelumnya. Maka semasa pic menaik, kedudukan isyarat tangan juga menaik. Murid-murid akan mengetahui bahawa pic-pic Do,Re,Me,Fa,So,La,Ti dan Do sedang bergerak dalam urutan menaik.

3.4 Murid-murid diperkenalkan pic dengan isyarat tangan Curwen berdasarkan lagu. Kemudian murid-murid akan menyanyikan lagu berpandukan isyarat tangan guru. Ini dilakukan secara baris demi baris seperti contoh solfa di bawah:

3.5 Guru menunjukkan beberapa isyarat tangan manakala murid-murid

menyanyikan isyarat tersebut melalui solfa. Apabila guru berhenti pada mi, serentak dengan itu dia akan memberi isyarat untuk so dengan menggunakan tangan kiri. Murid-murid akan menyanyikan pic sosama dengan mi. Dengan meneruskan latihan ini secara konsisten, murid-murid akan memperoleh kemahiran dalam menukar nada dan solfa.4. Sepuluh urutan cara memperkenalkan lagu kepada murid-murid untuk

menarik minat mereka dengan menggunakan kaedah baris demi baris.

Kaedah baris demi baris ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudian dikuti dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyikan keseluruhan lagu tersebut.Kaedah ini penting untuk murid-murid tahap satu dan dua yang tidak mempunyai pengalaman muzik yang luas. Di samping itu daya ingatan muzikal mereka tidak dapat mengingati frasa-frasa yang panjang. Sepuluh urutan untuk memperkenalkan lagu tersebut kepada murid-murid agar dapat menarik minat mereka adalah seperti berikut:4.1 Perkenalkan tajuk lagu kepada murid-murid sambil itu menerangkan latarbelakang lagu tersebut. Galakkan murid-murid berkongsi idea dan maklumat tentang lagu tersebut.4.2 Perkenalkan lagu tersebut dengan memainkan keseluruhan lagu tersebut menggunakan pemain DVD. Biarkan murid-murid mendengar lagu tersebut beberapa kali. Jika boleh, mainkan lagu tersebut beberapa hari sebelum diajar kepada murid. Ini akan memberi pengetahuan sedia ada kepada murid-murid. 4.3 Selepas itu,suruh murid-murid menepuk tangan dalam rentak dan nadi

yang sama.Perkenalkan murid-murid kepada nadi lagu tersebut terlebih dahulu dengan meter lagu yang betul agar mereka dapat merasa nadi lagu tersebut.

4.4 Sediakan skor lagu yang berasingan untuk setiap frasa lagu tersebut. Bincang

tentang aspek yang terdapat dalam lagu tersebut seperti nada,melodi dan irama.

4.5 Guru perlu menyanyi atau memainkan frasa pertama lagu tersebut. Frasa tersebut hendaklah dinyanyikan dengan nada,melodi dan irama yang betul agar murid-murid dapat menyanyikan semula frasa tersebut dengan betul.4.6 Selepas guru menyanyikan frasa yang pertama, murid-murid dikehendaki

untuk menentukan pic yang tertinggi dan terendah dalam frasa pertama. Murid-murid dikehendaki melukis kuntur melodi dalam setiap frasa tersebut menggunakan lirik lagu yang disediakan.

4.7 Kemudian, murid-murid dikehendaki untuk menyanyikan frasa tersebut dalam

nada tempo dan melodi yang sama dengan guru. Frasa ini perlu diulang sehingga majoriti murid dapat menyanyikan frasa pertama dengan pic,melodi dan irama yang betul.

4.8 Setelah murid-murid dapat menyanyi frasa dengan betul, murid-murid akan

diperkenalkan kepada frasa kedua.Kemudian kembali ke frasa pertama dan

suruh murid menyanyikan kedua-dua frasa tersebut.Tambahkan frasa yang

seterusnya dengan cara yang sama.4.9 Kerapkan latihan menyanyi lagu tersebut dan cabar murid-murid untuk

menghafal lagu tersebut. Suruh murid-murid menyanyikan lagu tersebut tanpa iringan muzik. Di samping itu, guru perlu membetulkan kesalahan murid-murid seperti pic, melodi dan irama.

4.10 Akhir sekali suruh murid-murid menyanyi keseluruhan lagu tersebut dengan iringan muzik. 5. Cadangan satu contoh aktiviti improvasi dan satu contoh aktiviti soal jawab yang sesuai untuk mengajar konsep irama dan melodi kepada murid-murid berdasarkan lagu yang diberikan.Improvisasi adalah matlamat utama dalam pendekatan Orff, kerana ia memainkan peranan yang penting kearah mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam seseorang kanak-kanak. Menurut Orff, improvisasi merupakan kemahiran muzikal yang penting dalam memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam diri murid serta menunjukkan tahap pemahaman muzikal mereka.Menurut Orff lagi, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringkat permulaan seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi,ritma dan sebagainya.Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka.Berikut ialah contoh-contoh untuk aktiviti improvisasi(Contoh 1) dan aktiviti soal jawab (Contoh 2) untuk mengajar konsep irama dan melodi kepada murid-murid.Contoh 1:

Dalam contoh ini guru akan memberi sebuah corak irama dengan menggunakan sebutan berirama seperti ta ti-ti ta ta. Murid-murid dikehendaki untuk menepuk corak irama ini menggunakan tempoh nilai not yang betul. Latihan ini boleh diulangi menggunakan corak irama yang berbeza. Guru boleh memanjangkan corak irama yang diberi seperti ta ti-ti too ti-ti ta tri-o-la ta dan murid-murid perlu menepuk balik irama yang diberi. Latihan ini boleh mengukuhkan pemahaman dan ingatan murid dalam sebutan irama.

Contoh 2:

Uji murid dengan menggunakan corak melodi dan corak irama yang mudah

dahulu. Gunakan corak melodi yang mempunyai sedikit pergerakan not dan

pergerakan jeda yang kecil. Pergerarakan jeda seperti Do Mi So adalah sesuai

untuk kelas-kelas permulaan. Mulakan latihan dengan menyanyikan melodi yang

pendek beberapa kali supaya murid-murid dapat mengingat pergerakan not dalam

melodi yang telah dinyanyikan oleh guru. Pastikan bahawa mereka menyanyi

dalam pic dan irama yang betul.

8. Analisis skor lagu yang diberikan dan terangkan bagaimana seseorang guru dapat memperkenalkan tiga konsep muzik berikut iaitu tekstur, bentuk dan harmoni kepada murid-murid semasa kelas pendidikan muzik.

Semasa membuat penganalisaan skor lagu, terdapat beberapa perkara penting dalam unsur muzik yang harus dipertimbangkan seperti tajuk lagu, tanda masa, tanda nada,jumlah bar,bentuk dan tekstur lagu tersebut.8.1 Tajuk lagu : Bunga Berkembang

8.2 Tanda masa :Lagu Bunga Berkembang ini mempunyi tanda masa 4

4

8.3 Tanda nada : Lagu Bunga Berkembang ini ditulis dalam nada G Major8.4 Jumlah bar : Lagu Bunga Berkembang ini mempunyai 24 bar8.5 Bentuk : Tenari Lagu Bunga Berkembang adalah dalam bentuk ABA atau juga dikenali sebagai Tenari yang bermaksud tiga.Lagu-lagu dalam bentuk ABA mempunyai tiga bentuk yang utama. Bahagian pertama iaitu dari Bar 1 hingga Bar 8. dilabel sebagai A, manakala dari Bar 9 hingga Bar 16 sebagai B dan dari Bar 1 hingga Bar 8 sebagai A kerana ulangan daripada bahagian yang pertama. Dalam bentuk ini, bahagian B biasanya dikenali sebagai bridge lagu di mana ia dicipta untuk memberi sedikit variasi selalunya dari segi melodi dan corak irama kepada lagu tersebut.8.6 Tekstur- Tekstur untuk lagu Bunga Berkembang ialah Tekstur Monofoni. Lagu Bunga Berkembang ini hanya mempunyai satu baris melodi.Pada dasarnya dalam tekstur monofoni, hanya satu bunyi sahaja yang dapat didengar pada satu-satu masa.8.7 Harmoni Harmoni adalah gabungan dua atau lebih not yang dimainkan serentak.Kod yang digunakan adalah gabungan daripada not-not tersebutb yang digunakan untuk mengiringi sesuatu melodi. Triad adalah bagi kod yang mengandungi tiga not.Not-not tersebut adalah not pertama,ketiga dan kelima daripada skel lagu.Harmoni juga boleh mujud dengan hanya memainkan dua not secara serentak. Dalam lagu Bunga Berkembang,harmoni yang digunakan adalah penggunaan not tinggi pada Bar 1 hingga Bar 16 seperti skor lagu Bunga Berkembang di bawah . 7.Kesimpulan Mengikut Kodaly, muzik boleh membantu dalam perkembangan emosi,intelek, jasmani dan rohani kanak-kanak. Mengikut kajian yang dibuat oleh The San Jose Unifred School District Project di Amerika Syarikat, tahap pencapaian murid-

murid di sekolah yang mempunyai muzik sebagai matapelajaran utama adalah

lebih baik daripada sekolah yang kurang meluangkan masa untuk matapelajaran

muzik. Beliau juga berpendapat tujuan muzik dijadikan nadi adalah bukan untuk

menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang dan seterusnya muzik

dijadikan mata pencarian seseorang tetapi untuk dijadikan cara hidup seseorang lebih bermakna. Oleh itu sebagai seorang pendidik, kita seharusnya sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu dan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik bagi memastikan ianya berjalan dengan baik dan berkesan. Ini sangat penting demi untuk memartabatkan lagi profesion guru muzik itu sendiri dan juga melahirkan murid-murid yang celik muzik, Iaitu mereka yang tahu menilai mana yang baik dan buruk dalam muzik itu sendiri.2,490 patah perkataan Rujukan Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Menengah Rendah(Semakan). Kuala Lumpur :PPK C.H.Lee (2004).Pendidikan Muzik KBSR Tahun 4.Rhytm Distributor Sdn.Bhd.

Kheng L.P.(2004). A Book of Musical Terms and Musical Instruments

Malaysia.Rhytm Distributor Sdn.Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik

KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum

Johami Abdullah (19930.Pendidikan muzik semasa. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Khadijah Mohamed. Hasil kumpulan nota pendekatan Kodaly.Kuala Lumpur.

la

lu

la

lu

la

lu

la

lu

yah

yeh

yah

yeh

yah

yeh

yah

yeh

ra

re

ra

re

ra

re

ra

re

Di-ri ku se- a kan ber- mim- pi

Ka-sih dan sa-yang te-lah ber-se- mi

tak mung-kin la-gi a- ku meng-hin-da-ri

ha- ti

Bu-nga erkem-bang di da-lam

yu

wa- jah mu nan

ba- yang- kan

ku

ra- na.

nan- ti kau me-

tik sa- yang

Ja- ngan lah di- pe-

la- gu yang sy-ah - du

nya-nyi- kan

a-ku

Se nga - ja

tang-kai-nya

Di- a tas

Ber- kem

Bu-nga

Bi-

bang

PAGE 1

_1253083327.bin