keperibadian rasulullah saw

Upload: ibnuomari

Post on 30-May-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Keperibadian Rasulullah Saw

    1/7

    KEPERIBADIAN RASULULLAH SAW DAN

    KEAGUNGAN AKHLAK

    MUKADIMAH

    Bulan Rabiul Awal adalah antara bulan yang tercatat detik yang bersejarah bagi umat

    Islam seluruh dunia. Khususnya setiap kali tiba tarikh 12 Rabiul Awal umat Islam akan

    meraikan sambutan Maulidur Rasul iaitu hari kelahiran junjungan besar baginda

    Rasulullah SAW. Hari kebesaran ini disambut sebagai satu bentuk kesyukuran terhadap

    rahmat Allah Taala yang telah mengutuskan seorang rasul dan merupakan sesuatu

    kehidupan ke arah kebenaran.

    Firman Allah Taala:

    107Maksudnya:

    Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi

    rahmat bagi sekalian alam.

    SEJARAH SAMBUTAN MAULIDUR RASULRasulullah SAW dilahirkan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April

    570M. Dinamakan Tahun Gajah kerana sempena serangan tentera bergajah oleh Abrahah

    untuk meruntuhkan Kaabah, namun usaha tersebut telah digagalkan oleh Allah SWT.

    Sebagaimana yang disebut dalm surah Al-Fil. Orang yang pertama mengadakan

    sambutan Maulidur Rasul ialah kerajaan Islam Fatimiah ( Zaman Abbasiah ) yang

    berfahaman Syiah iaitu )341-365 H )1

    Beliau telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan membahagi-bahagikanhadiah kepada golongan tertentu termasuk Ahlul Bait ( pada istilahnya ialah Keluarga

    Nabi Muhammad SAW yang terdiri dari keluarga Bani Abdul Mutalib dan keluarga Bani

    Hasyim. Termasuk anak, menantu dan isteri-isteri2 )

    1 Ensiklopedia Hukum Islam, jld.4, m/s. 11582 Ahmad, Dasuki, Kamus Pengetahuan Islam, m/s. 20.

    1

  • 8/9/2019 Keperibadian Rasulullah Saw

    2/7

    Cara sambutan Maulidur Rasul telah berubah dan salah satu cara tersebut adalah dengan

    membaca sejarah hidup Rasulullah SAW dalam bentuk syair atau puisi. Diantara

    sesterawan Arab yang menulis sejarah hidup Rasulullah SAW dalam bentuk syair atau

    puisi ialah Syed Jaafar bin Hasan. Beliau menulis dalam bentuk puisi dan prosa mengikut

    kecederungan masyarakat Arab di masa itu dan ia dibukukan serta tersebar di seluruh

    masyarakat Islam yang masyhur dengan Berzanji3

    KEUTAMAAN SIRAH RASULULLAH SAW

    Mengkaji dan menghayati sirah ( sejarah ) hidup Rasulullah SAW. Sangat penting

    khususnya umat Islam bagi mendapat iktibar dan pengajaran yang berguna. Al-Quran

    sendiri banyak menceritakan tentang sejarah para Nabi, firman Allah dan kerajaan-

    kerajaan dahulu yang meninggalkan pelbagai pengajaran untuk pedoman umat ini.

    Penghayatan sirah Rasulullah SAW akan menambahkan keyakinan dan keimanan

    seseorang itu tentang sifat kerasulan yang terpancar dengan jelas melalui akhlak, teladan

    dan cara pergaulan yang tinggi budipekertinya.

    Jika para sahabat RA.telah beriman dan semakin bertambah keyakinan mereka terhadap

    Rasulullah SAW dengan melihat akhlak dan mukjizat baginda maka kita yang dilahirkan

    selepas kewafatan Rasulullah SAW juga boleh mendapat kelebihan yang sama melalui

    penghayatan Sirah Rasulullah SAW yang sampai kepada kita melalui riwayat-riwayat

    yang sahih.

    Di dalam satu hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah SAW.pernah memuji

    umat akhir zaman yang beriman dengan kerasulan baginda walaupun mereka tidak

    pernah melihat baginda seperti para sahabat RA.

    3 Dikaitkan kepada nama sebuah kampung di pendalaman, Iraq, Rujuk: Berzanji dan konsep Amalannya di

    Malaysia dan Nusantara oleh Syaikh Abd. Ghaffar bin Syaikh Abd.Kuddus m/s. 586

    2

  • 8/9/2019 Keperibadian Rasulullah Saw

    3/7

  • 8/9/2019 Keperibadian Rasulullah Saw

    4/7

    kaumnya bahkan bijak disebalik sifat dan kelebihan sebagai Rasul pilihan Allah

    SWT yang sentiasa mendapat taufik dan hidayah.

    2. Mencari teladan yang terbaik di dalam setiap bidang kehidupan untuk dijadikan

    pegangan dan panduan. Tidak dinafikan sesiapa sahaja yang memerhatikan Sirah

    Rasulullah SAW pasti akan menemui teladan yang terbaik untuk diikuti sama ada

    dia seorang pemimpin, pendakwah, peniaga mahupun rakyat biasa. Perkara-

    perkara ini telah ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya:

    21

    Maksudnya:

    Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang

    baik.

    3. Membentuk dan memudahkan fahaman dan penghayatan yang sebenar terhadap

    Al-Quran. Ini adalah kerana banyak ayat Al-Quran telah dijelaskan dan

    ditafsirkan melalui peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh Rasulullah SAW serta

    pendirian baginda. Sebagai contoh, Rasulullah SAW telah menunjukkan cara

    menunaikan solat Khauf yang disebut dalam Al-Quran di dalam salah satu

    peperangan dan pernah melakukan solat Qasar dan Jama sebagai menjelaskan

    lagi perkara yang disebut oleh Al-Quran.

    4. Menambahkan lagi pengetahuan serta fahaman yang sebenar mengenai Islam

    sama ada dari segi akidah, hukum-hakam dan akhlak. Ini kerana kehidupan

    Rasulullah SAW merupakan gambaran dan contoh sebenar kepada ajaran Islam.

    5. Mendapat contoh terbaik lagi realistik bagi cara atau method dakwah dan tarbiah

    yang berkesan. Rasulullah SAW.merupakan seorang pendidik yang cemerlang.

    Baginda tidak pernah putus asa dalam usaha mendidik umat sehingga akhirnya

    bangsa Arab yang hidup mundur ( nomad ) telah berjaya muncul sebagai umat

    yang dihormati. Sifat sabar, ikhlas dan bijaksana dalam menjalankan dakwah

    merupakan antara sifat yang perlu ada dalam diri pendidik atau pembimbing.

    4

  • 8/9/2019 Keperibadian Rasulullah Saw

    5/7

    Iktibar dan Teladan

    Islam telah menyeru kepada sekalian manusia supaya mengikut sunnah atau ajaran Nabi

    SAW. Iktibar dan pengajaran daripada perjalanan hidup Rasulullah SAW meliputi setiap

    golongan dan pelbagai bangsa. Apabila disebut tentang perniagaan, ikutilah sifat

    Rasulullah SAW ketika menjadi seorang pedagang yang jujur, yang berusaha di negeri

    Hijaz dan Syam. Jika diceritakan tentang dugaan serta kesusahan, hendaklah kita

    mengambil contoh di waktu Nabi SAW terkurung diboikot oleh kaum musyrikin

    sehinggalah baginda dan sahabat RA berhijrah ke Madinah.

    Jika diambil contoh kepimpinan dan kekuasaan, ikutilah perjalanan dan gaya

    pemerintahannya sewaktu memerintah bangsa Arab, menundukkan pembesar-pembesar

    dan para cerdik pandai dibawah pimpinnnya. Kalau teladan sebagai rakyat biasa, maka

    Rasulullah SAW merupakan contoh ikutan yng terbaik dari segi kesederhanaan hidup,

    cara pergaulan dan sebagainya. Sekiranya disebut tentang pejuang yang hebat, ambillah

    iktibar dari kisah kehebatan perjuangan Rasulullah SAW sewaktu peperangan Badar dan

    Ahzab.

    Jika sesorang menerima bencana, hayatilah kejadian perang Uhud, betapa Nabi SAW

    mendapat luka-luka diantara sahabat dan umatnya. Kalau diceritakan tentang ketekunan

    serta ketabahan, maka teladanilah Rasulullah SAW yang tidak pernah putus asa dalam

    dakwah walaupun dicaci, dimaki dan diboikot sebagaimana dalam peristiwa dakwah

    Nabi SAW ke Taif. Sekiranya seseorang itu menjadi pendidik, maka perhatikanlah

    bagaimana cara Nabi SAW memberi pengajaran atau mendidik para sahabat RA.

    Jika seseorang itu menjadi pelajar, ikutilah cara Rasulullah SAW dan gambarkanlah

    bagaimana tekunnya Nabi SAW di hadapan Ruhul Amin Malaikat Jibril ketika baginda

    diajar dan diturunkan wahyu.

    Sekiranya seseorang itu menjdi Qadhi atau hakim, perhatikanlah bagaimana Nabi SAW

    sebagai seorang hakim yang melatakkan Hajar Aswad pada Kaabah ketika orang-orang

    Mekah sedang berselisih faham, jika ingin menjadi seorang ketua rumah tangga atau

    5

  • 8/9/2019 Keperibadian Rasulullah Saw

    6/7

    suami yang terbaik, hayatilah riwayat hidup Nabi SAW dengan isteri-isteri baginda. Jika

    seseorang ingin menjadi bapa contoh, maka pelajarilah apa yang dilakukan oleh Nabi

    SAW terhadap anaknya sepertimana nasihat yang pernah diajarkan oleh baginda kepada

    Fatimah RA.

    Sesungguhnya sejarah suatu contoh teladan dari Nabi SAW begitu sempurna

    merangkumi segala hal ehwal masyarakat.

    Kesimpulan

    Mengikut sunnah dan ajaran Rasulullah SAW dalam seluruh aspek kehidupan

    menjadikan seseorang muslim itu sentiasa berada dalam keadaan keinsafan diri, peka dan

    berdisiplin dalam hidupnya. Sesuai dengan seruan Rasulullah SAW kepada umatnya

    agar mengutamakan ajaran Rasulullah SAW dalam setiap detik kehidupan, maka seluruh

    aktiviti dan amalan seseorang muslim lakukan akan dipandu oleh pengawasan nuraninya

    dan sudah tentu dia tidak melakukan sesuatu amalan secara sukahati tanpa bimbingan

    oleh kesedaran jiwa dan pemikiran yang waras. Mengikut sunnah dan ajaran baginda

    SAW akan melahirkan keperibadian yang unggul, mengangkat darjat seseorang Muslim,

    meningkatkan ketaqwaan dan memupuk akhlak mulia. Akhirnya akan melahirkan

    personaliti terpuji yang boleh dicontohi, mantap akidahnya, istiqamah ibadatnya, tinggi

    akhlaknya, matang pemikirannya dan sihat sejahtera jasmaninya. Firman Allah SWT.

    -7

    Maksudnya:

    Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah

    serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah

    laranganNya.

    6

  • 8/9/2019 Keperibadian Rasulullah Saw

    7/7

    7