kepentingan resos dalam matematik
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 KEPENTINGAN RESOS DALAM MATEMATIK
1/7
KEPENTINGAN RESOS MATEMATIK
Resos merupakan bahanbahan yang boleh digunakan untuk membantu
proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan menarik.
Penggunaan resos merupakan satu strategi yang sangat berkesan dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik kerana ia akan memudahkan muridmurid
untuk memahami konsep-konsep yang terdapat dalam matematik dengan
menggunakan bahan- bahan konkrit. Ia merupakan salah satu daripada resos.
Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat mewujudkan
suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif
merupakan aspek yang paling penting perlu dititikberatkan supaya murid-murid
dapat belajar dan menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan.
Dengan itu, murid-murid yang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana
mereka dapat belajar dengan baik.
Guru perlu menyedari bahawa penggunaan resos yang baik dan menarik
sangat penting bagi meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap konsep
matematik dan menggalakkan pemikiran matematik dan kreativiti murid-murid. Oleh
itu, guru perlulah berusaha untuk menyediakan resos dan bahan supaya dapatmenyampaikan pengajaran dengan berkesan. Dengan itu, proses pengajaran dan
pembelajaran matematik yang berlaku dalam bilik darjah memberi kebaikan kepada
murid-murid dan guru itu sendiri.
Antara contoh resos yang boleh didapati ialah bahan bercetak, bahan
manipulatif dan pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian komputer
serta teknologi maklumat dan komunikasi. Contoh bahan bercetak ialah buku-buku,
jurnal-jurnal dan kalender. Contoh bahan manipulatif pula ialah kit manipulatif yang
terdiri daripada papan geo, blok Dienes, rod Cruisenaire dan blok asas sepuluh.
Selain itu, alat penimbang dan alat mengira seperti kalkulator, abakus, rod dan
batang kayu juga merupakan resos. Manakala, komputer, projektor dan perisian
komputer yang berkaitan penyelesaian masalah matematik juga boleh digunakan.
Sebagai seorang guru, menjadi tanggungjawab utama untuk mempelajari
kepentingan penggunaan resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran
khususnya dalam subjek matematik. Guru perlu sedar tentang peranan resos untuk
-
7/28/2019 KEPENTINGAN RESOS DALAM MATEMATIK
2/7
meningkatkan pemahaman pelajar mengenai konsep matematik serta pemikiran
matematik murid.
Proses pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah harus
berubah dan lebih kreatif, daripada diberitahu oleh guru dan dibina oleh pelajar.
Salah satu kaedahnya ialah dengan penggunaan resos yang pelbagai. memilih dan
menyediakan resos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
kondusif merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matematik. Dengan penggunaan resos yang menarik dan sesuai,
murid akan lebih berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik.
Resos sangat penting dalam proses pengajaran. Resos yang digunakan oleh
guru berpotensi untuk mengelak kebosanan pelajar di dalam kelas matematik dan
menukarkannya kepada suasana yang memupuk minat yang positif terhadap
matematik.
Selain itu, resos yang baik mestilah memenuhi ciri-cirinya. Kesesuaian resos
dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru penting bagi memastikan
isi pelajaran yang ingin disampaikan dapat diterima dengan jelas oleh pelajar.
Seterusnya kekemasan,kejelasan dan menarik perhatian pelajar mesti dipenuhi. Jikatidak resos yang digunakan tidak mampu mencapai matlamat penggunaan resos
tersebut.
Resos memain peranan serta banyak membantu dalam proses pengajaran.
Resos mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan oleh guru untuk
membuat pengajaran di dalam kelas. Matematik banyak melibatkan idea-idea
abstrak lebih daripada objek. Implikasinya bahan resos jarang digunakan secara
optimum seperti yang diharapkan. Sesuatu makna atau konsep abstrak tidak
semuanya dapat ditafsir dan diterangkan melalui pengajaran langsung iaitu dengan
menggunakan perkataan sahaja. Kebiasaannya, apabila seorang guru gagal
menerangkan konsep matematik kepada murid secara berlisan, dia seharusnya
mencari jalan inisiatif lain untuk mencapai matlamat tersebut. Di sinilah pentingnya
penggunaan resos dalam pengajaran matematik.
Salah satu daripada fungsi resos adalah untuk membantu murid menemui
konsep, prinsip dan kemahiran matematik. Kemahiran metematik merujuk kepada
-
7/28/2019 KEPENTINGAN RESOS DALAM MATEMATIK
3/7
keupayaan seperti menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan
mengaplikasikan penaakulan matematik serta menggunakan matematik untuk
memperihalkan dunia fizikal. Selain itu, resos juga berfungsi sebagai kaedah untuk
mempelbagaikan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru sekolah
rendah digalakkan mempelbagaikan kaedah mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matematik sekolah rendah. Guru boleh memilih pendekatan dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik
dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan
menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan
berinteraksi.
Memilih dan menyediakan resos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif merupakan satu aspek yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini bagi memastikan segala bahan resos
yang digunakan oleh guru mahupun pelajar dapat membawa manfaat dan kelebihan
kepada kedua-dua pihak. Dengan penggunaan resos yang menarik dan sesuai,
murid akan lebih berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik. Untuk
menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, bahan resos yangdigunakan harus disediakan ciri fizikal yang sesuai seperti saiz yang tidak terlalu
besar dan jelas. Faktor jarak antara pelajar dengan bahan resos yang digunakan
juga perlu diambil kira. Jika resos yang digunakan terlalu kecil mungkin bagi pelajar
yang duduk di bahagian depan kelas dapat melihat dengan jelas tetapi bagi pelajar
yang duduk di bahagian belakang sudah tentu fokus padangan mata mereka sudah
berkurangan. Ini akan menyebabkan mereka hilang tumpuan dan minat terhadap
pengajaran guru di hadapan.
Selain itu, bahan resos yang digunakan harus disediakan dengan
menggunakan gambar atau imej yang berwarna- warni. Kajian berkaitan
penggunaan warna di dalam penyediaan bahan resos juga telah dijalankan oleh
Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002, m.s. 21). Hasil daripada kajian yang
beliau jalankan, penggunaan gambar atau imej yang berwarna dapat meningkatkan
pemahaman pelajar dan menyenangkan proses penyimpanan maklumat.
-
7/28/2019 KEPENTINGAN RESOS DALAM MATEMATIK
4/7
Oleh yang demikian, para guru haruslah berusaha untuk memperbaiki serta
meningkatkan kemahiran diri dan kreativiti dalam menghasilkan serta
mengendalikan resos supaya dapat memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. Contohnya,
guru perlu bersedia menghadiri kursus yang berkaitan dengan bahan-bahan resos.
Guru haruslah mengendalikan pengajaran Matematik dengan bantuan resos
matematik dengan cara yang menarik supaya pelajar mendapat kesan positif dan
berguna. Hasilkan resos yang berlainan dan unik di mata pelajar. Ini serta merta
akan meningkatkan daya tarikan pelajar terhadap resos yang digunakan oleh guru
tersebut. Guru perlu kreatif dan inovatif dalam memainkan peranannya sebagai
pencetus idea dan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, menguasai dan
mengamalkan sikap dan nilai yang baik serta dapat mengembangkan daya kreativiti
dan inovasi murid.
Resos merupakan aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Ia akan membantu untuk meningkatkan kefahaman murid-
murid dalam matematik. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai adalah sangat
penting bagi mewujudkan suasana yang kondusif bagi membantu proses pengajaran
dan pembelajaran matematik. Seorang guru yang baik perlu sedar tentang peranan
resos dalam meningkatkan pemahaman konsep serta pemikiran matematik murid-murid. Dengan penggunaan resos yang sesuai dan menarik, murid- murid akan lebih
berminat dan seronok untuk belajar matematik. Resos boleh didapati dalam pelbagi
bentuk seperti bahan bercetak, bahan manipulatif, dan juga pengajaran dan
pembelajaran menggunakan perisian komputer serta teknologi maklumat dan
komunikasi.
Pendidikan di alaf baru hasil daripada perledakan dan perkembangan
teknologi maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan bijak oleh
para pendidik yang bergelar guru. Guru di bilik darjah harus memahami fenomena
perubahan ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti
ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna kepada
pelajar mereka.
-
7/28/2019 KEPENTINGAN RESOS DALAM MATEMATIK
5/7
Alat Bantu Mengajar
Definisi : Sebarang objek, bahan, kelengkapan, model,rekaan, alat, gambar, carta, penerbitan atau sebarang
kemudahan yang menolong menambah atau memudahkanpembelajaran matematik.
Pengelasan Alat Bantu Mengajar
a) Ruang pengajaranb) Buku teksc) Bahan bertulisd) Alat tayange) Model- model matematikf) Bahan terancang
g) Alat elektronik sepertiKalkulator dan Komputer
Fungsi Alat Bantu Mengajar
a) Sebagai cara untuk membantu murid memahami konsep danprinsip matematik
b) Sebagai cara motivasic) Sebagai cara untuk menggayakan pengajarand) Sebagai cara untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajarane) Sebagai cara untuk mendirikan simulasi mengenai situasi hakikatf) Sebagai cara untuk mencapai perwakilan tiga dimensig) Sebagai cara untuk menampung perbezaan individuh) Sebagai cara untuk menjelaskan aplikasi
Contoh Alat Bantu Mengajar
a) Penggunaan papan hitamb) Sifat-sifat geometric) Polihedron-polihedrond) Model trigonometrie) Sifat-sifat algebraf) Penggunaan kalkulator elektronik
g) Penggunaan mikrokomputer
-
7/28/2019 KEPENTINGAN RESOS DALAM MATEMATIK
6/7
BAHAN
PENGAJARAN
Artikel- digunakan untuk
menerangkan kepentinganmatematik
Jenaka DalamMatematik-
Masalah yang menarik,lucu dan menduga akal
Matematik RekreasiPengajaran dan
pembelajaran dalambentuk hiburan
Misteri Dalam Matematik-
Teka- teki dan masalah kod
merupakan soalan misteriyang mengkagumkan murid
Aspek Sejarah Matematik-
menjadikan topik lebih mudahdifahami, motivasi,pengembangan sikap positif
Permainan Matematik-
Untuk pengembangan
proses berfikir
1. Pembelajaran matematik bantuperkembangan fikiran penyelesaianmasalah
2. Kemahiran fikir dalam matematikbantu dalam subjek lain
3. Pelbagai kerjaya boleh diceburidengan matematik
4. Lulus matematik syarat kemasukanIPT
5. Penghargaan terhadap muridcemerlang matematik
1. Mengarahkan murid baca notasejarah yang berkaitan matematik
2. Mulakan pengajaran dengan gunabahan sejarah matematik sebagai setinduksi
3. Kaitkan bahan sejarah dengan topik4. Tunjukkan filem dan ahli matematik
terkenal
5. Memberikan projek berkaitan sejarahmatematik
1. Membina minat murid
2. Pengajaran yang bosanmenyebabkan muridberpotensi hilang minatterhadap matematik
3. Pelajar yang lemah dan tidakberminat menjauhi matematik
1. Menggambarkan situasi yang
lucu dan memberikanjawapan yang tidak disangka-sangka
2. Penyelesaian menjadihiburan
1. Contohnya ialah susunkan digit1, 2, 3, 4 supaya menghasilkansatu nombor yang bolehdibahagi tepat dengan 11
jawapan : 1342, 2134, 1234,2431, 3124, 4213, 4312
1. Bermula denganpermasalahan ditimbulkandalam soalan
2. Cara untuk menyelesaikanDan rumus untuk digunakan
3. Jawapan yang akandiperolehi
-
7/28/2019 KEPENTINGAN RESOS DALAM MATEMATIK
7/7
KEPENTINGAN RESOS
MATEMATIK
- Meningkatkan pemahaman
pelajar mengenai konsepmatematik serta pemikiran
matematik murid.
- Mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif
- memastikan isi pelajaran
yang ingin disampaikan
dapat diterima dengan jelas
oleh pelajar
- membantu murid menemui
konsep, prinsip dan
kemahiran matematik
- Berpotensi untuk mengelak
kebosanan pelajar di dalamkelas matematik
- Menukar kelas kepada suasana
yang memupuk minat yang
positif terhadap matematik
- murid akan lebih berminat
dan seronok untuk lebih
memahami matematik
- meningkatkan daya tarikan
pelajar terhadap sessi
pengajaran dan
pembelajaran