kepentingan perpustakaan

5
Kepentingan Perpustakaan Perpustakaan merupakan sumber rujukan ilmu pengetahuan. Setiap sekolah biasanya menyediakan kemudahan perpustakaan. Jelas sekali perpustakaan sebenarnya banyak faedahnya. Sewaktu berada di sekolah atau di rumah, pada masa lapang kita boleh ke perpustakaan untuk belajar. Suasana yang selesa di perpustakaan memudahkan kita untuk mengulangkaji pelajaran. Di perpustakaan terdapat banyak buku yang dapat dijadikan rujukan untuk mengulangkaji pelajaran. Perpustakaan merupakan gedung ilmu. Di situ terdapat pelbagai buku yang boleh dibaca untuk menambahkan pengetahuan. Melalui buku-buku di perpustakaan juga kita boleh mengetahui mengenai negara-negara luar. Melalui pembacaan atlas, ensiklopedia dan sebagainya boleh membantu kita mendapat pengalaman baru. Bahkan melalui pembacaan bahan- bahan tersebut kita boleh mengenali dengan lebih dekat negara-negara luar. Banyak juga bahan di perpustakaan dapat dijadikan sumber hiburan kepada kita. Selepas penat mengulangkaji pelajaran kita boleh meminjam bahan-bahan ringan seperti buku cerita dan sebagainya. Jelaslah bahawa perpustakaan banyak kepentingannya kepada kita. Tepatlah bahawa perpustakaan adalah sumber maklumat kepada kita.

Upload: twin-sis

Post on 24-Jun-2015

4.056 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Perpustakaan

Kepentingan Perpustakaan

Perpustakaan merupakan sumber rujukan ilmu pengetahuan. Setiap sekolah biasanya menyediakan kemudahan perpustakaan. Jelas sekali perpustakaan sebenarnya banyak faedahnya.

Sewaktu berada di sekolah atau di rumah, pada masa lapang kita boleh ke perpustakaan untuk belajar. Suasana yang selesa di perpustakaan memudahkan kita untuk mengulangkaji pelajaran. Di perpustakaan terdapat banyak buku yang dapat dijadikan rujukan untuk mengulangkaji pelajaran.

Perpustakaan merupakan gedung ilmu. Di situ terdapat pelbagai buku yang boleh dibaca untuk menambahkan pengetahuan.

Melalui buku-buku di perpustakaan juga kita boleh mengetahui mengenai negara-negara luar. Melalui pembacaan atlas, ensiklopedia dan sebagainya boleh membantu kita mendapat pengalaman baru. Bahkan melalui pembacaan bahan-bahan tersebut kita boleh mengenali dengan lebih dekat negara-negara luar.

Banyak juga bahan di perpustakaan dapat dijadikan sumber hiburan kepada kita. Selepas penat mengulangkaji pelajaran kita boleh meminjam bahan-bahan ringan seperti buku cerita dan sebagainya.

Jelaslah bahawa perpustakaan banyak kepentingannya kepada kita. Tepatlah bahawa perpustakaan adalah sumber maklumat kepada kita.

Page 2: Kepentingan Perpustakaan

Soalan ramalan1.Sekolah kamu telah mengadakan sukan tahunan. Tulis catatan mengenai sukan tersebut.

2 Kamu ialah seorang pengawas sekolah. Pada waktu rehat, kamu telah melihat dua orang murid sedang bertengkar. Kamu cuba untuk mendamaikan mereka. Tuliskan dialog antara kamu dan dua orang murid itu.

3 Aku dan beberapa orang rakanku sedang membersihkan tapak untuk mendirikan khemah. Tiba-tiba salah seorang daripada rakanku pengsan. Lengkapkan cerita di atas.

Contoh Jawapan:

Soalan 1

Sabtu, 24 Mei 2010

7.30 pagi - Aku tiba di sekolah. Ramai rakan-rakanku telah tiba lebih awal. Kami terus berkumpul di rumah sukan masing-masing untuk mendengar taklimat daripada ketua rumah.

8.00 pagi - Para tetamu telah mula memenuhi khemah-khemah tetamu kerana acara sukan akan bermula.

8.30 pagi - Acara sukan bermula dengan acara-acara sukanika murid pra sekolah dan murid tahap satu. Antara acara yang menarik ialah acara tiup belon dan rebut hadiah murid pra sekolah. Pelbagai aksi yang melucukan dapat disaksikan.

10.00 pagi - Waktu rehat, para hadirin dihiburkan dengan persembahan gimrama oleh murid-murid tahun empat. Persembahan ini telah mendapat tepukan gemuruh.

10.30 pagi - Acara sukan tahap dua bermula. Setiap rumah telah menunjukkan persaingan yang sengit untuk menjadi juara. Acara kemuncak ialah tarik tali antara rumah. Rumah saya, rumah merah telah muncul sebagai juara.

12.00 tengah hari - Upacara penutup dan penyampaian hadiah dijalankan. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah telah menyempurnakan upacara tersebut. Rumah Merah telah muncul sebagai juara keseluruhan temasya sukan kali ini.

Page 3: Kepentingan Perpustakaan

Contoh Jawapan:Soalan 2

Pengawas : Hisham, Zaki! Mengapa kamu bertengkar?Hisham : Zaki telah mengambil duit saya ketika saya tiada di dalam kelas.Pengawas : Kamu tidak boleh menuduh seseorang itu mengambil duit kamu jika kamu tidak mempunyai bukti dan saksi.Zaki : Sebenarnya saya telah menjelaskan kepada Hisham bahawa saya tidak mencuri duitnya. Tetapi Hisham tidak mempercayainya. Pengawas : Bertenanglah. Janganlah kamu terus bertegang leher kerana tidak akan menyelesaikan masalah. Hisham, sudah kamu periksa dengan teliti meja kamu?Hisham : Saya telah memeriksa laci meja saya tetapi duit itu tidak ada di situ.Pengawas : Kamu Zaki! Ada kamu melihat sesiapa menghampiri meja Hisham ketika dia tiada di dalam kelas.Zaki : Saya kurang pasti kerana ketika Hisham pergi ke tandas, saya dan Sailan pergi menemui Cikgu Zainab di hadapan kelas.Pengawas : Baiklah Hisham, Zaki. Sebenarnya tiada siapa yang tahu orang yang telah mengambil duit itu. Janganlah kamu bertengkar lagi. Biarlah kita adukan masalah ini kepada Guru Disiplin untuk disiasat.Hisham : Saya minta maaf, Zaki kerana menuduh kamu mengambil duit saya.Zaki : Tidak mengapa. Saya sedia memaafkan kamu. Pengawas : Semoga kamu akan berbaik-baik semula.

Contoh jawapan soalan 3Aku, Nasir, dan Hilal sedang membersihkan tapak perkhemahan.

Kami mencabut rumput dan membuang daun serta ranting kering. Tiba-tiba, Hilal menjerit, “Nasir pengsan! ”.

Aku dan Hilal tergamam seketika. Kami meghampiri Nasir. Muka Nasir kelihatan pucat dan tidak bermaya. Aku dan Hilal segera memapah Nasir dan membawanya ke bawah pokok. Aku menyuruh Hilal mengambil

Page 4: Kepentingan Perpustakaan

kotak ubat yang kami bawa.

Aku pasti Nasir pengsan kerana keletihan dan tambahan pula dia belum bersarapan lagi. Aku membuka butang bajunya, sambil mengipas-ngipaskannya. Hilal menyapukan minyak angin di bahagian kepala dan leher Nasir. Lima minit berlalu, namun Nasir masih tidak sedar.

Aku dan Hilal mengambil keputusan untuk membawa Nasir ke hospital. Kami segera memapahnya ke tepi jalan. Aku menahan sebuah kereta dan meminta pemandunya menghantar Nasir ke hospital.

Sampai di hospital , aku memberitahu doktor mengenai kejadian yang menimpa Nasir. Nasir telah dibawa ke unit rawatan rapi. Aku berdoa semoga Nasir akan selamat.

Sepuluh minit kemudian, doktor yang merawat Amran menepuk-nepuk bahuku sambil berkata, “Mujurlah kamu dapat memberi pertolongan segera, kalau tidak mungkin….” Aku bersyukur kerana Nasir selamat walaupun terpaksa membatalkan hasrat untuk berkhemah .