kepentingan perpaduan.docx

Upload: sneffets-ydna

Post on 03-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Kepentingan Perpaduan.docx

    1/17

    Kepentingan Perpaduan

    'Bagai aur dengan tebing'merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan

    masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat

    tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara.

    Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu

    padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkinkeharmonian dapat dinikmati ibarat ' bersatu ki ta teguh, bercerai k ita roboh'.

    Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

    yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang

    dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat

    Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata

    pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya,

    masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang

    telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar

    tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

    Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat

    kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala ' enau dalam belukar , melepaskan pucuk

    masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum.

    Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika

    Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan

    jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya,

    wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit.

    Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan

    semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

    Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan

    ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat

    pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang

    berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras

    dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing.

    Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan

    negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu,

    perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan

    Malaysia berdir i sama tinggi, duduk sama rendahdengan negara lain.

    Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapatmemupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan

    dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52

    tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk

    menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia

    Boleh'perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

    Kepentingan Perpaduan Kaum

    Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnyaterdiri daripada pelbagai kaum.Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh

  • 7/28/2019 Kepentingan Perpaduan.docx

    2/17

    yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya

    dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan.Namum,persoalan

    sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap

    anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia.Tambah pula,aspek perpaduan

    telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia.Oleh sebab itu,setiap

    rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek perpaduan inimemberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

    Dalam hal ini,perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik.Kestabilan

    politik dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran

    Malaysia.Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak

    negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku

    ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan

    perdagangan bagi mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah

    memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi

    membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).Oleh itu,perpaduan kaum yang telah

    menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysiabak kata pepatah Melayu pucuk dicta,ulam mendatang kerana kedua-duanya memberikan

    faedah kepada Malaysia.

    Seperkara lagi,perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia .Amnya mengetahui

    bahawa Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri

    daripada bangsa Melayu,Cina dan India yang mempunyai pelbagai adapt resam,agama dan

    kepercayaan sejak lima dekad yang lalu.Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul

    Rahman,Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain

    telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang

    tercinta.Kini,sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang

    telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi.Melalui perpaduan dan keharmonian,Malaysia

    telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita standing

    dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia.Tambahan

    pula,ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk

    membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan keharmonian negara,

    Dalam nada yang sama,perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan

    ekonomi pelbagai kaum di Malaysia.Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar

    Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2,Allahyarham

    Tun Abdul Razak pada tahun 1970,beliau berjaya merungakai satu masalah yang

    membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaumyang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969.Impak positif daripada formulasi ini,wujud

    semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi

    kemiskinan.Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha

    meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar

    bandar.Intihanya,usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha

    memupuk perpaduan kaum.

    Akhirulkalam,tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi

    tugas rakyat Malaysia bersama-sama.Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin-

    pemimpin terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa

    mengira latar belakang agama, bangsa,maupun budaya.Oleh itu marilah sama-sama kita

  • 7/28/2019 Kepentingan Perpaduan.docx

    3/17

    menghayati cogan kata bersatu teguh,bercerai roboh dalam usaha meningkatkan lagi

    kesedaran kita tentang peri penting hidup bersatu-padu.

    KEPENTINGAN PERPADUAN DAN LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK

    PERPADUAN(TEMA PERPADUAN)

    Pengubalan dan pelaksanaan dasar-dasar oleh kerajaan adalah bertujuan untuk menekankan

    peri pentingnya melahirkan masyarakat yang adil dan bersatu padu. Bincangkan kepentingan

    perpaduan rakyat kepada negara dan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk memupuk

    perpaduan rakyat yang lebih erat.

    Pendahuluan

    Negara Malaysia unik dari segi penduduknya yang berbilang kaum. Dalam konteks

    kepelbagaian ini, perpaduan rakyat Malaysia sememangnya penting. Demi mencapai

    perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat Malaysia, Perdana Menteri Malaysiakita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan pelaksanaan dasar 1Malaysia.

    Kepentingan Perpaduan Rakyat Kepada Negara

    1. Menjadikan Negara Malaysia Sebagai Negara Maju Menjelang Tahun 2020

    * Perpaduaan rakyat Malaysia adalah cabaran pertama untuk membentuk sebuah Negara

    yang utuh

    * Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama

    mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia

    * Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa Negara kita ke tahap kemajuan yang

    optimum

    * Oleh itu, Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan

    rakyat Malaysia

    2. Mengekalkan Keharmonian Dan Kedamaian

    * Malaysia yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya.

    * Kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat mengelakkan

    daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain.

    * Sikap toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan rakyat Malaysia* Hal ini demikian, kerana rakyat Malaysia sedar bahawa sikap bertolak ansur penting bagi

    mengekalkan keharmonian Negara.

    * Kaum yang berlainan menyambut perayaan seperti tahun Baru Cina dan Depavali bersama

    melalui amalan rumah terbuka.

    Langkah-Langkah

    3. Peranan Kerajaan

    * Bersikap adill and saksama.

    * Menglibatkan semua kaum dalam aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, rukun tetanggadan persatuan peringkat daerah sehinggalah kebangsaan demi mewujudkan hubungan yang

  • 7/28/2019 Kepentingan Perpaduan.docx

    4/17

    erat sesama masyarakat berbilang kaum.

    * Kewujudan unsur kerjasama dan sikap toleransi antara kaum.

    * Melaksanakan dasar kerajaan yang menekankan kepada perpaduan seperti Dasar

    Pendidikan Kebangsaan, Dasar Perpaduan Negara dan sebagainya.

    4.Peranan Masyarakat

    Sikap saling memahami antara kaum dan tidak membangkitkan isu-isu sensitif.

    * Kebebasan bersuara dan penerbitan perlu dikawal.

    * Isu-isu yang mengancam perpaduan tidak dibangkitkan sama ada peringkat tempatan atau

    kebangsaan.

    * Tidak mendiskriminasikan kaum berlainan sama ada dalam perucapan, perbuatan atau

    pemikiran.

    * Parti-parti politik perlu menekankan perpaduan, iaitu tidak terus-menerus membangkitkan

    isu-isu yang berpotensi memecahbelahkan perpaduan penduduk.

    Kesimpulan

    Secara tuntasnya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam menjayakan aspirasi 1Malaysia

    umpama bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Aspirasi

    1Malaysia membawa dasar bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan untuk

    keharmonian dan kemakmuran Negara. Semua bangsa Malaysia akan hidup bersama secara

    aman, damai dan sejahtera

    Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatupadu ditakrifkan sebagai bersatu

    benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah

    kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatupadu sudah memadai dan

    mencapai maksud ayat tersebut.

    Terda Pengenalan

    Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu

    perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020

    yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat

    yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum,

    berasaskan persamaan hak dan keadilan

    Semenjak sebelum merdeka, Pendidikan telah dijadikan wahana untuk menyatupadukan

    masyarakat berbilang kaum sebagaimana jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan

    menjadi cabaran negara dalam usaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Manakala

    hasrat penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara

    sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat

    untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta

    melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara.SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang

  • 7/28/2019 Kepentingan Perpaduan.docx

    5/17

    menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan

    sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau

    bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah

    pilihan utama masyarakat. Sehingga kini, masih terdapat SK yang mempunyai prasarana

    kurang memuaskan, terutama di kawasan pedalaman. Selain itu, terdapat anggapan

    masyarakat bahawa pencapaian akademik di SK adalah lebih rendah berbanding sekolahrendah aliran Cina. Masyarakat bukan Bumiputera mempunyai tanggapan bahawa SK juga

    terlalu bercirikan Islam manakala masyarakat Islam pula menyatakan sebaliknya.

    Definisi

    Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara

    sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama

    secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh

    masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta danbanggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu

    terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian,

    kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.

    Menurut Kamus Dewan 1994, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga

    mengajar. Manakala maksud bagi perkataan memperkasakan adalah memantapkan atau

    mengukuhkan sesuatu.

    Wawasan 2020

    Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia, khasnya

    golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s 105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat

    menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-

    benar maju, mampu berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat

    Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap

    sebagai cabaran.

    Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu diasaskan kepada

    Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan masyarakat Malaysia yang

    bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama.

    Imbasan Perkembangan Pendidikan di Malaysia

    Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan

    Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan

    Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama

    Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia

    Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

    Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini

  • 7/28/2019 Kepentingan Perpaduan.docx

    6/17

    Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

    Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsurdisiplin yang diingini

    Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

    Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

    Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

    Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajarankeseluruhan

    Rang Undang Undang Pendidikan 1995

    Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia

    dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara

    Falsafah Pendidikan Negara dijadikan

    Tempoh pendidikan rendah adalah

    landasankepada dasar pendidikan kebangsaan antara 5-7 tahun

    Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem Pendidikan kebangsaan

    Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan

    Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

    Bagaimana Penyata Razak Dapat Mewujudkan Penyatuan Kaum

    Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan

    kebangsaan menyatakan:

    Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran

    yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa

    pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta

    melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

    (Penyata Razak, perenggan 12, 1956)

    .Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat

    melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan

    sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk

    mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan

    Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa

    Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961

    ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk

    mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang

    Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan

    perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat

    sukar untuk menyatukan mereka.

    Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan

    Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk

    mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan

    Laporan Rahman Talib.

  • 7/28/2019 Kepentingan Perpaduan.docx

    7/17

    Bagaimana Dasar dan Rangka Kerja Dapat Mewujudkan Perpaduan dan Pembangunan

    Negara.

    Dasar Pendidikan Kebangsaan

    Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah

    dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukanwarga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    menyatakan bahawa:

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

    potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis

    dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

    kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    masyarakat dan negara

    Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu

    padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan

    penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem

    peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum

    yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.

    Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat

    berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan

    perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan

    suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

    dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran

    Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan

    Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-

    sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati

    sesama manusia.eg menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang

    sewajarnya.

    Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

    Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun melancarkan Pelan

    Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada 16 Januari 2007 PIPP ini bertujuan

    melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan mengangkat imej sistem pendidikan negara dimata dunia.

    Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan enam teras strategik bagi melahirkan

    modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membentuk Misi Nasional

    menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

    TERAS STRATEGIK PIPP

    Membina Negara Bangsa

    Membangunkan Modal Insan

    Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

    Merapatkan Jurang PendidikanMemartabatkan Profesion Keguruan

  • 7/28/2019 Kepentingan Perpaduan.docx

    8/17

    Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

    Membina Negara Bangsa

    Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi tujuan perpaduan

    kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun 2020. KPMberhasrat pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan akan membangunkan warganegara

    dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta

    menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara

    Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin

    pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta

    menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi

    bahasa dan adab di kalangan pelajar.

    Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

    Teras Ketiga iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (rendah dan menengah) supayasekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah

    kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti,

    bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru

    terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.

    Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem pendidikan yang

    berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya

    dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat KPM ialah

    Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.

    Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.

    Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

    Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

    Hasrat murni kerajaan itu dapat dicapai sepenuhnya melalui:

    Penubuhan Sekolah Wawasan

    Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam

    satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga

    buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam

    kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dankantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu

    sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah

    wawasan akan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada

    murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai

    aktiviti

    Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan

    Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan

    latar belakangUntuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran

  • 7/28/2019 Kepentingan Perpaduan.docx

    9/17

    Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi

    demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu

    Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui

    perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah

    Untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan

    RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN, (RMK9) 2006-2010

    Rancangan Malaysia Kesembilan, adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga

    rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional (2006-2010) ke arah mencapai

    Wawasan 2020. Rancangan ini merupakan kesinambungan perancangan Kerajaan

    membentuk sebuah negara yang maju ekonominya; seimbang pembangunan sosialnya;

    memiliki warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran

    maju dan berpandangan jauh. Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan Malaysia

    Kesembilan, kita perlu melipatgandakan usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi

    Membina Tamadun dan Menjulang Martabat Negara.

    Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem pendidikan, sepanjang

    tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi tumpuan oleh semua pihak ialah

    pertama, memperkasakan Sekolah Kebangsaan; agar ia menjadi pilihan rakyat. Kedua,

    membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia; agar generasi yang dilahirkan nanti

    mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang

    pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar, jurang di antara

    yang miskin dengan yang kaya; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus

    pembangunan negara. Keempat, mempertabatkan profesion keguruan.

    Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa ingat bahawa tidak sampai

    empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke tahun 2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi

    sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah

    negara yang bersatu dengan masyarakat Bangsa Malaysia.

    Isu dan Cabaran Perpaduan Kaum

    Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak menyeluruh. Hanya 80

    peratus pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah yang menyertai aktiviti ini. Bagi

    menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikan syarat

    kemasukan ke IPTA mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan programkokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas pilihan aktiviti

    kokurikulum dan sukan pada semua peringkat pendidikan.

    Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah

    polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah negara bergantung

    kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan

    permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai

    kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing

    sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti

    merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah

    perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan

    yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara.

  • 7/28/2019 Kepentingan Perpaduan.docx

    10/17

    Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa.

    Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku

    sekolah. Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting.

    Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Olehyang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari

    hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat

    perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang

    sama untuk memperkasakan sekolah.

    Strategi Pelaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan Memperkasakan Sekolah

    Pelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh dijalankan di

    peringkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya memperkasakan

    sekolah.

    Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah

    Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang

    Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana

    Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di

    sekolah. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah maka pengetahuan,

    pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-

    prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat

    dan diperkukuhkan.

    Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri -

    Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi sekolah. Semua warga sekolah

    bingkas bangun dengan sendirinya apabila dimaklumkan oleh pengacara majlis dan

    menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina

    perasaan setia, cinta dan bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan

    seluruh rakyat Malaysia.

    Sekolah Penyayang

    Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep Sekolahku

    Syurgaku dan Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi dengan penyertaan bersamaibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Program ini dapat mewujudkan

    golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka

    menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan

    kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar.

    Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat

    Sekolah juga mewujudkan program pemuwafakatan dengan masyarakat setempat melalui

    program-program ilmiah seperti ceramah agama, solat hajat, sambutan Maulidur Rasul,

    Maal Hijrah, gotong royong membersih tanah perkuburan dan sebagainya. Sekolah juga

    memberi kerjasama kepada penduduk dan masyarakat setempat apabila mereka memohonkerjasama dari pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan padang dan dewan untuk

  • 7/28/2019 Kepentingan Perpaduan.docx

    11/17

    melaksanakan aktiviti-aktiviti, majlis-majlis dan permainan tertentu.

    Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) -

    Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari

    pelajar Melayu, antaranya berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabahdan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari

    sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolahsekolah lain

    yang, mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan

    kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah

    dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul

    secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan.

    Penyertaan Dalam Kokurikulum

    Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian

    seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan,persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada

    situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa

    mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara

    demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat

    berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari

    penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan

    terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan

    sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni dan bersatu padu.

    Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan

    Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena

    memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat

    sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan

    Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar.

    Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan

    Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang

    dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik,

    pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran Jalur Gemilang, hiasan bilik darjah dan

    asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara,

    perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat denganprogram sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan

    kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina

    keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan

    bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan

    kestabilan negara.

    Lawatan Sambil Belajar

    Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah,

    Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-

    rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara

  • 7/28/2019 Kepentingan Perpaduan.docx

    12/17

    diadakan semasa Lawatan Sambil Belajar tersebut seperti perbincangan, gotong royong,

    persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari

    program Lawatan Sambil Belajar ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar

    peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat

    berbilang kaum dan keturunan.

    Acara kebudayaan dan kesenian-

    Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan

    tradisi, dikir barat, nasyid, marhaban, berzanji dan lain-lain lagi yang disertai oleh pelajar,

    kakitangan dan guru sekolah. Selain dapat berhibur,semua yang terlibat dapat memahami dan

    mematuhi peraturan yang digariskan. Penyertaan dari pelbagai kaum harus digalakkan.

    Perkhemahan Bina Insan

    Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongansekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan

    sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri,

    kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang

    dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat

    maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat

    kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

    Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina -

    Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur program yang melibatkan seluruh

    warga sekolah. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang

    diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

    Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk

    perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam dunia sekolah yang kecil.

    Sistem Rumah

    Pelajar sekolah dari daerah yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak ditempatkan

    dalam satu rumah supaya mereka dapat berinteraksi dan berkongsi hidup dalam kehidupan

    sebagai pelajar sekolah berasrama penuh. Setiap rumah dibimbing dan dipantau oleh para

    warden dan guru-guru dari pelbagai kaum. Perlaksanaan sistem ini berjaya mewujudkan

    suasana kediaman yang aman dan sihat yang memberi semangat kepada pelajar mengikuti

    proses persekolahan mereka dalam situasi yang terbaik dan kondusif. Hasilnya kehidupanyang harmoni dan berdisiplin dalam kalangan ahli rumah sebagai sebuah komuniti sekolah

    yang mempunyai semangat bersatu padu.

    Kesimpulan

    Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata Razak

    1956 dulu telah menampakkan kejayaan. Walaupun tidak sepenuhnya. Sebagai sebuah negara

    yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih

    untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara.

    Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu amat payah untuk kita selesaikan, keranamasyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk

  • 7/28/2019 Kepentingan Perpaduan.docx

    13/17

    kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu, menyebabkan

    pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk

    mencapai perpaduan.

    Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic" yang masyarakatnya

    mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman "Cultural pluralism" tentunya perkara yang

    berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Untukmewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah

    terpenting.

    Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi

    wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan

    generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan

    dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran Negara,

    semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling

    utama daripada kepentingan masing-masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan

    sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha murni dan program-program yang sistematik.

    Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang

    terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.

    Di pihak anak didik selaku pelajar hari ini, yang bakal mengganti pemimpin dan pembina

    negara pada masa akan datang, biarpun berasal dari wilayah yang berlainan, menjadi ahli

    dalam komuniti sebuah sekolah yang terdiri dari para guru dan kakitangan sokongan yang

    berbilang kaum sepatutnya menjadikan alam persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama

    medan terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia peri pentingnya perpaduan

    ke arah pencapaian akademik, kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang dan

    seterusnya memperkasakan

    ,"bulat air kerana pemb -Selagi kerajaan kita mementingkan kemajuan sains dan teknologi,

    selagi kepentingan perpaduan antara kaum dilunturkan. Kini, kerajaan kita sedar bahawa

    kepentingan perpaduan antara kaum adalah unsur utama kesejahteraan negara. Oleh itu,

    pelbagai langkah dikenalpastikan untuk

    merapatkan jurang perkauman demi masyarakat dan negara harmoni yang kita lama

    harapkan.

    -Pertama sekali, dasar-dasar kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam

    mendorong perpaduan antara kaum. Sebagai contohnya, Perdana Menteri yang kini 'Dato' Sri

    Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak' menperkenalkan konsep 1 Malaysia. Seperti

    yang dinyatakan 'rakyat didahulukan'. Ertinya kerajaan Malaysia amat mementingkanintegrasi antara kaum. Walaupun kemajuan sains dan teknologi penting sekali dalam

    membangunkan negara, perpaduan kaum juga tidak boleh diabaikan.

    -Tambahan pula, dengan mengadakan kempen, aktiviti dan program-program yang berkaitan

    dengan perpaduan kaum dapat merapatkan jurang perkauman. Pihak berkenaan bolehlah

    mengadakan pelbagai aktiviti seperti 'Larian 1 Malaysia' yang baru-baru ini berjaya

    memainkan peranan dalam memupuk kepentingan antara kaum. Selain itu, kempen kesedaran

    boleh diadakan dalam kalangan remaja. Ini disebabkan semangat ini perlu diperihara sejak

    kecil sekali.

    -Selain itu, semangat kejiranan juga boleh menjaminkan perpaduan kaum. Negara kita yangberbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dengan ini, kebanyakan jiran-jiran

  • 7/28/2019 Kepentingan Perpaduan.docx

    14/17

    kita adalah kaum yang berlainan. Oleh itu, semangat kejiranan yang kuat membawa kepada

    perpaduan. Kita boleh mengadakan gotong-royong ataupun rumah terbuka di kawasan tinggal

    sendiri dalam menjayakan perkara ini.

    -Akhir sekali, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam isu ini. Ibu bapa

    perlulah sentiasa mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan perpaduan antara kaum.Ibu bapa boleh mengajar melalui ajaran agama diri sendiri. Pemikiran positif tentang

    perpaduan perlulah dipupuk sejak kecil kerana fikiran anak dan remaja yang masih mental.

    Ibu bapa juga merupakan panutan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan

    semangat perpaduan dihadapan anak-anak mereke supaya boleh dicontohi.

    -Kesimpulannya, semangat perpaduan antara kaum kepada sesebuah negara merupakan unsur

    pertama kerjayaan dan kesejahteraan negara. Kita perlulah menjamin dan meningkatkan

    semangat perpaduan untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Keharmonian dan

    perpaduan dalam masyarakat majmuk negara membolehkan kita menrealisasikan Wawasan

    2020.

    Re: Esei 1: Laras Sastera

    Perpaduan kaum amat penting dalam membangunkan negara di samping itu dapat memberi

    sumbangan dalam menjamin keselamatan negara, menjamin pertumbuhan sosial-ekonomi,

    DAN membekal sumber tenaga yang berkecekapan tinggi demi mengecap ke wawasan 2020.

    Namun, masyarakat kita masih tidak berhenti ditayang-tayangkan dengan pelbagai isu

    sentimen perkauman yang membingungkan dan merunsingkan masyarakat kita. Realitinya,

    perpaduan masih lagi belum berlaku sepenuhnya di negara ini. Sebagai negara yang melaung-

    laungkan perpaduan antara kaum, adalah amat memalukan apabila masih lagi timbul

    permasalahan sebegini di masyrakat negara kita.

    Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ini, pihak kerajaan telah giat melaksanakan

    pelbagai dasar-dasar yang merapatkan jurang perkauman di masyarakat kita dari segi

    pendidikan sejak kita mendapatkan kemerdekaan sehinggalah ke masa kini. Contohnya, pihak

    kerajaan telah menyeragam Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta

    memperkenalkan Laporan Razak, dasar kependidikan kebangsaan, sekolah wawasan 2020

    dan lain-lain. Usaha-usaha ini dibuat untuk mendidik dan menyatupadukan golongan belia

    yang berlainan kaum tentang pentingnya perpaduan kaum untuk mengecap ke arah

    pembangunan negara.

    Selain itu, pihak kerajaan jugapun telah memperkenalkan pelbagai dasar ekonomi dari

    semasa ke semasa untuk merapatkan jurang perkauman. Antaranya ialan Dasar Ekonomi

    Baru ,Dasar Pembangunan Nasional serta Dasar Wawasan Nasional yang memainkan

    peranan penting dalam menghapuskan pergeseran kaum yang disebabkan oleh pemisahan

    aktiviti ekonomi ataupun faktor geografikal dengan melibatkan golongan bumiputera dalam

    aktiviti komersial, mencampur-adukan orang dari pelbagai kaum untuk melibatkan diri dalam

    pelbagai sektor misalnya pertanian, perkilangan, perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain.

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa usaha ini dapat merapatkan jarak hubungan antara

    satu kaum dengan yang lain, dan seterusnya dapat membina persefahaman kaum dan bangsa

    yang manakah ini dapat mengkagumkan negara lain di tahap antarabangsa.

    http://pengajianam900.forumotion.com/t1269-esei-1-laras-sastera#4436http://pengajianam900.forumotion.com/t1269-esei-1-laras-sastera#4436http://pengajianam900.forumotion.com/t1269-esei-1-laras-sastera#4436
  • 7/28/2019 Kepentingan Perpaduan.docx

    15/17

    Dari segi budaya, pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan

    menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara. Pihak kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa

    sentiasa menyeru rakyat kita supaya melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, hari

    perayaan terbuka, persembahan-persembahan pada hari kemerdekaan atau hari perayaan , dan

    kempen. Selain itu, pihak kerajaan juga berproaktif dalam menyampaikan suara dan seruan

    perpaduan kaum melalui media massa, mereka berpendapat bahawa media massa merupakansaluran yang dapat mencapai ke hati semua orang daripada pelbagai tahap sosial masyarakat.

    Masyarakat merupakan tonggak negara, masyarakat yang bersatu padu mampu menghadapi

    sebarang rintangan dan permasalahan, bahkan kata "Bersatu padu, bercerai roboh"!

    Di samping itu, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan ideologi kebangsaan iaitu Rukun

    Negara semenjak kemerdekaan untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum di

    kalangan masyarakat Malaysia. Dari segi politik juga, parti-parti politik juga digabungkan

    melalui Barisan Nasional untuk mewujudkan kesatuan kaum. Tambahan juga dengan slogan

    "1 Malaysia" yang giat dilaung-laungkan oleh perdana menteri sejak kebelakangan ini. Amat

    ketara bahawa perpaduan kaum dan keharmonian masyrakat merupakan cabaran yang utama

    bagi kerajaan. Dengan adanya kerjasama masyrakat , barulah dapat menjayakan segala seruankerajaan untuk menjana pembangunan negara.

    Pada kesimpulannya, dasar-dasar kerajaan mengenai perpaduan nasional adalah bersifat

    integrasi, dan dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dan kaum dalam negara kita.

    Pelbagai langkah telah dikenalpasti untuk merapatkan jurang perkauman demi mewujudkan

    keharmonian dalam kalangan masyarkat majmuk di negara kita. Bahkan kata "Bulat air

    kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat", oleh itu, demi mengecap ke arah

    pembangunan dan pemordenan negara, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengamalkan

    sikap bersatu padu dan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang cabaran bersama-sama.

    Perpaduan merupakan kunci kejayaan negara kita. Tanpa keamanan dan keharmonian,

    Malaysia tidak akan mencapai kemajuan yang dinikmati pada hari ini. Kerajaan telah sedar

    akan perpaduan antara kaum dalam menjamin kesejahteraan negara.

    Perpaduan dapat mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu dan stabil. Masyarakat yang

    stabil dapat membangunkan negara dari segi ekonomi dan sosial. Dengan kewujudan

    persefahaman antara kaum, rakyat dapat bersama-sama membangunkan negara tanpa mengira

    kaum, ras dan agama. Pencapaian Wawasan 2020 juga menjadi lebih mudah. Hal ini juga

    dapat menarik pelaburan asing. Oleh itu, ekonomi negara dapat diperkembang dan taraf hidup

    rakyat dapat dipertingkatkan.

    Selain itu,perpaduan membentuk masyarakat yang menjalin ikatan kukuh dari segi

    kekeluargaan dan keagamaan. Hal ini dapat melahirkan rakyat yang mementingkan prinsip

    bertoleransi, hormat-menghormati dan sabar. Dengan adanya rakyat yang berpegang teguh

    terhadap prinsip-prinsip ini, perselisihan faham dapat dikurangkan. Pergaduhan dan

    perpecahan kaum juga dapat dielakkan. Rusuhan kaum juga tidak akan berlaku. Justeru,

    masyarakat dapat disatukan di bawah satu bumbung yang kukuh.

    Langkah-langkah untuk mengekalkan perpaduan ialah kerajaan mewujudkan konsep sekolah

    wawasan. Sekolah wawasan dapat mengukuhkan hubungan antara kaum Melayu, Cina danIndia. Langkah ini lebih berkesan jika dimulakan sejak sekolah rendah lagi. Kanak-kanak

  • 7/28/2019 Kepentingan Perpaduan.docx

    16/17

    dapat bergaul dengan rakan-rakan berbilang kaum sejak kecil lagi. Kebudayaan dan adat

    resam pelbagai kaum diperkenalkan antara satu sama lain. Wahana ini dapat menjamin

    perpaduan rakyat.

    Di samping itu, kerajaan juga melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Wawasan 2020

    dengan hasrat menyatupadukan rakyat. Dasar-dasar kerajaan dapat melahirkan masyarakatyang lebih adil dari segi sosioekonomi. Hal ini dapat menjamin persefahaman antara kaum

    serta menyemarakkan kemakmuran dari segi politik dan sosial dalam kalangan rakyat

    Malaysia. Wawasan 2020 yang diperkenalkan juga dapat mewujudkan negara Malaysia

    bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Melalui wadah ini,

    perpaduan rakyat dapat diwujudkan.

    Kesimpulannya, perpaduan merupakan komponen utama dalam pembentukan masyarakat

    majmuk yang harmonis. Perpaduan dapat menjamin keamanan dan meningkatkan ekonomi

    negara. Langkah-langkah proaktif perlulah diambil untuk mewujudkan perpaduan antara

    kaum supaya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai kejatian diri yang

    teguh, bersatu padu dan berdaya saing.

    k mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara kita telah menyedari kepentingan

    perpaduan antara kaum dalam menjamin kesejahteraan negara. Dengan perpaduan semua

    bangsa, negara kita barulah akan maju dan dapat bertanding di peringkat antarabangsa. Oleh

    itu, kerajaan sentiasa memastikan pelbagai langkah telah diambil bagi merapatkan jurang

    perkauman demi mewujudkan keharmonian dan keamanan di negara kita.

    ----- Perpaduan memainkan peranan penting dalampembentukan keadaan politik yang stabil.

    Rakyat haruslah bersatu-padu pada setiap masa. Dengan ini, kerajaan barulah dapat

    menumpukan perhatian terhadap pembangunan negara. Sebaliknya, sesebuah negara akanberada dalam keadaan kacau-bilau maju jaya jika penduduknya tidak bersatu-padu.

    Tambahan pula. negara itu akan mudah diambil alih oleh negara asing. Rakyat negara pasti

    akan hidup dengan penuh sengsera atas jajahan negara asing seperti zaman kependudukan

    Jepun.. Rakyat mungkin akan didera dan tidak dapat layanan yang adil dan saksama.

    ----- Selain itu, perpaduan juga akan menggalkkan perlaburan asing dalam negara. Memang

    tidak dapat dinafikan bahawa pelaburan asing akan memajukan perindustrian sesebuah

    negara. Pelaburan asign yang amat berpengalaman dapat membawa masuk teknologi dan

    jentera yang canggih ke negara kita. Contohnya, pelabur asing dari negara Jepun, Amerika

    Syarikat dan Korea, dapat memajukan sektor perindustrian dengan membawa teknologi dari

    negaranya. Secara tidak langsung, Malaysia dapat menikmati dua faedah pada masa yang

    sama iaitu kemasukan teknologi dan kemajuan perindustrian.

    ----- Salah satu langkah telah diambil oleh kerajaan untuk merapatkan jurang perkauman

    adalah melaluiperlaksanaan pelbagai dasar-dasar. Contohnya, dasar Pembangunan Nasional

    dan Dasar Wawasan Nasional. Dasar-dasar ini dapat menjamin persefahaman antara kaum

    serta menyemarakkan semangat patriotisme antara kaum. Seterusnya, memajukan negara dari

    segi politik dan sosial. Memang tidak dapat dinafikan bahawa usaha ini telah merapatkan

    jarak hubungan antara kaum dan membina persefahaman kaum dan bangsa. Dengan ini,

    negara kita barulah akan maju, dan penduduk akan hidup dengan penuh harmoni.

    ----- Di samping itu, kempen, aktiviti dan program-program perpaduanjuga harus

  • 7/28/2019 Kepentingan Perpaduan.docx

    17/17

    diperbanyakkan. Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di

    sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak

    ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Oleh itu, aktiviti yang melibatkan penglibatan

    pelbagai kaum seperti gotong-royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum

    harus diperbanyakkan. Dengan ini, sifat bersatu-padu barulah dapat disemai antara

    masyarakat berbilang kaum dan mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuknegara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.

    ----- Secara tuntasnya, sokongan padu dan kerjasama sayugianya menyeluruh semua pihak

    supaya perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dapat dicapai dan jurang antara kaum

    dapat dikurangkan. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk merealisasikan 1Malaysia.

    "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'