kepentingan permainan

15
Kepentingan permainan Permainan, menari dan menyanyi adalah termasuk dalam bermain sama ada secara sedar atau tidak. Semua budaya terikat dengan bermain dan mereka mengambilnya secara serius. Permainan boleh menjadi imaginasi, realiti, ikutan, perbezaan, pertikaian, dorongan dan kegembiraan. Bermain dan permainan merupakan aktiviti kanak-kanak dan orang dewasa walaupun permainan kanak-kanak mempunyai nilai budaya yang berbeza. Aktiviti permainan adalah berkait rapat dengan matematik. Setiap permainan itu mengandungi dua unsur iaitu alatan dan peraturan permainan.Dalam aktiviti permainan pula, ia menerangkan dua unsur utama iaitu simbol matematik dan prinsip matematik yang digunakan untuk menjalankan aktiviti seterusnya. Semua budaya mempunyai banyak aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Ia juga adalah satu aspek yang penting dalam kehidupan berbudaya. Vygotsky membantah bahawa pengaruh bermain dalam perkembangan kanak-kanak adalah sangat besar, ia adalah salah untuk memikirkan bahawa bermain itu hanyalah untuk kanak-kanak sahaja tetapi bermain itu juga merupakan untuk orang dewasa. Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan hiburan di samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam keadan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi dan mental di mana mereka juga dapat meningkatkan kekekuatan dan ketangkasan, dapat berinteraksi juga mempelajari nilai – nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang – rasa dan lain-lain lagi. Kesan keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran di mana maklum balas yang di beri serta merta tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep. Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, ia harus berkaitan dengan objektif pembelajaran. Permainan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman, kebolehan serta kecenderungan murid-murid. Arahan tentang permainan mestilah jelas, tepat dan mudah difahami. Kaedah ini harus melibatkan senua murid sekiranya dijalankan di dalam kelas. Maklum balas tentang betul atau salah dalam sesutu permainan hendaklah diberi dengan serta merta agar murid-murid bermotivasi untuk meningkatkan lagi motivasi mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek dan tidak

Upload: sathyan-ilangovan

Post on 02-Oct-2015

59 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

permainan

TRANSCRIPT

Kepentingan permainanPermainan, menari dan menyanyi adalah termasuk dalam bermain sama ada secara sedar atau tidak. Semua budaya terikat dengan bermain dan mereka mengambilnya secara serius.Permainan boleh menjadi imaginasi, realiti, ikutan, perbezaan, pertikaian, dorongan dan kegembiraan. Bermain dan permainan merupakan aktiviti kanak-kanak dan orang dewasa walaupun permainan kanak-kanak mempunyai nilai budaya yang berbeza.Aktiviti permainan adalah berkait rapat dengan matematik. Setiap permainan itu mengandungi dua unsur iaitu alatan dan peraturan permainan.Dalam aktiviti permainan pula, ia menerangkan dua unsur utama iaitu simbol matematik dan prinsip matematik yang digunakan untuk menjalankan aktiviti seterusnya.Semua budaya mempunyai banyak aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Ia juga adalah satu aspek yang penting dalam kehidupan berbudaya. Vygotsky membantah bahawa pengaruh bermain dalam perkembangan kanak-kanak adalah sangat besar, ia adalah salah untuk memikirkan bahawa bermain itu hanyalah untuk kanak-kanak sahaja tetapi bermain itu juga merupakan untuk orang dewasa.Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan hiburan di samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam keadan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi dan mental di mana mereka juga dapat meningkatkan kekekuatan dan ketangkasan, dapat berinteraksi juga mempelajari nilai nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang rasa dan lain-lain lagi. Kesan keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran di mana maklum balas yang di beri serta merta tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep.Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, ia harus berkaitan dengan objektif pembelajaran. Permainan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman, kebolehan serta kecenderungan murid-murid. Arahan tentang permainan mestilah jelas, tepat dan mudah difahami. Kaedah ini harus melibatkan senua murid sekiranya dijalankan di dalam kelas. Maklum balas tentang betul atau salah dalam sesutu permainan hendaklah diberi dengan serta merta agar murid-murid bermotivasi untuk meningkatkan lagi motivasi mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek dan tidak boleh terlalu panjang. Ia seharusnya mengambil masa yang sederhana dan sesuai. Permainan harus melibatkan aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Ia harus menekankan nilai kerjasama, keadilan, keseronokan dan kemahiran sosial. Permainan dijalankan dalam bentuk yang boleh menarik minat murid-murid dan merupakan satu bentuk pengajaran bukan sebagai pengganti guru.Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat terhadap bidang Matematik. Ibu bapa perlu menyediakan banyak permainan Matematik dan alat mainan Matematik yang banyak bagi membantu anak-anak memahami kepentingan konsep Matematik . Nombor, bentuk, saiz, aritmetik, logik dan lain-lain. Pendek kata, proses pembelajaran kanak-kanak adalah paling optimum semasa mereka bermain.Kanak-kanak tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan bermain permainan Matematik. Anak-anak anda (jika anda ialah para ibu bapa) atau pelajar (jika anda ialah para guru) mesti diberi peluang agar dapat menjadikan minat terhadap Matematik berakar umbi dalam diri kanak-kanak melalui aktiviti permainan Matematik sekolah rendah yang disediakan. Kanak-kanak tidak perlu melepaskan peluang keemasan ini.Kanak-Kanak Tadika Belajar Matematik Melalui Pengalaman Seharian Bukan melalui penghafalan! Cuba anda meneliti pemahaman anda terhadap konsep asas Matematik. Satu soalan yang paling digemari dan sering ditanya ialah: Kenapakah dua campur dua jadi empat? Jawapannya ialah empat dan tidak ada alasan kenapa jawapannya bukan empat. Saya berpendapat bahawa adalah lebih baik sekiranya kanak-kanak diajar Matematik melalui pendedahan masing-masing terhadap nombor dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya melalui permainan dan keriaan. Sama ada anda ialah seorang guru atau ibu bapa, permainan tersebut akan dapat membantu kanak-kanak kesayangan anda mempelajari Matematik melalui pendedahan yang berulang, aritmetik, saiz dan konsep Matematik yang lainPermainan Tambahan Satu Pancingan ialah satu permainan yang mempunyai peraturan yang mudah dan permainan ini boleh digunakan untuk mengajar fakta operasi asas operasi tambah seperti 3+1=4. Permainan ini boleh dimainkan dengan hanya menggunakan sebarang kad yang bernombor, seperti kad UNO. Apabila kanak-kanak berjaya menguasai kemahiran menambah nombor 1 kepada nombor -nombor lain, anda boleh menggalakkan mereka bermain permainan Tambahan Dua Pancingan, permainan Tambahan Tiga Pancingan atau bermain permainan Tambahan Tambahan Pancingan! Ini akan mendorong kanak-kanak explore permainan ini dan gembira dengan permainan Matematik ini.Permainan Matematik untuk kanak-kanak Tadika atau kertas kerja operasi tambah, bukanlah kerja kerja yang biasa dijumpai. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tentu suka akan permainan Matematik kerana permainan ini menggabungkan konsep Matematik dengan visual gambar yang berwarna-warni. Kanak-kanak memang gemar kepada permainan yang ada visual dan berwarna-warni. Jika permainan operasi tambah tadika dapat mengajar kanak-kanak menguasai operasi tambah, maka kamu boleh memperkenalkan permainan tadika operasi tolak kepada kanak-kanak pula. Yang paling penting ialah objektif pembelajaran matematik tercapai sepenuhnya dan pelajar atau anak-anak gembira dan menyukai subjek Matematik.

Pengaplikasian Teori Bruner dan Pembelajaran Induktif dengan unsur permainan dalam matematik.Teori pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan pembelajaran matematik awal kanak-kanak ialah teori pembelajaran Bruner. Dalam teori ini, Brunermenyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai tiga cara untuk mencapai kefahaman merekadalam mempelajari matematik iaitu melalui perwakilan enaktif, ikonik dan simbolik. Peringkatenaktif merupakan peringkat bagi kanak-kanak membuat manipulasi pengajaran secaralangsung dan aktivit yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah berdasarkan pergerakantubuh badan mereka sendiri. Sebagai contoh, kanak-kanak mempelajari mengenai jarak jauh dan dekat melalui aktiviti berlari dalam dua jarak yang berbeza iaitu jarak jauh dan jarakyang dekat. Dalam peringkat ikonik pula, kanak-kanak akan menunjukkan bahawa merekaberupaya untuk belajar dengan menggabungkan penggunaan mental mereka dengan imej.Sebagai contoh, kanak-kanak sudah boleh menggunakan simbol (+) bagi mewakili operasipenambahan yang dilakukan dalam pembelajaran matematik. Kanak-kanak juga sudahboleh menukarkan ayat penyelesaian masalah kepada ayat matematik yang melibatkansimbol operasi sama ada tambah atau tolak. Peringkat simbolik pula menyatakan bahawakanak-kanak berupaya membuat manipulasi mengenai simbol-simbol dalam operasimatematik dan berkeupayaan untuk memahami konsep abstrak. Hal ini dapat dibuktikanmelalui penggunaan kad nombor dalam pengajaran matematik kanak-kanak. Inimenunjukkan kanak-kanak sudah dapat membayangkan simbol nombor yang merekapelajari.Implikasi teori pembelajaran ini dalam proses pembelajaran matematik kanak-kanakialah guru perlu memberi kanak-kanak peluang mempelajari matematik denganmenggunakan objek di sekitar mereka dan galakkan kanak-kanak ini untuk membinapengalaman belajar sendiri. Sebagai contoh, guru memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mengenal nombor melalui permainan bongkah kayu. Galakkan mereka untukmengira menggunakan bongkah kayu tersebut satu demi satu. Selain itu, aktivit lain yangboleh dilakukan adalah mengira menggunakan butang kecil di atas kad manila mengikutkategori nombor. Galakkan kanak-kanak untuk meletakkan butang kecil dalam kotak yangdisediakan mengikut nombor yang betul. Dengan ini, kanak-kanak akan dapat merasaisendiri cara mengira menggunakan butang. Contoh aktiviti dapat dilihat dalam gambar dibawah:Implikasi seterusnya adalah dengan menggunakan objek, carta atau gambar yangmudah bagi membantu kanak-kanak memahami pembelajaran matematik. Contohnya, gurumenyediakan buku latihan matematik yang mengandungi operasi mudah yang dapatmembantu kanak-kanak untuk mengenal simbol nombor tesebut. Melalui buku latihan ini,kanak-kanak melihat, mengingat dan menulis sendiri nombor tersebut. Cara lain adalah gurumemperkenalkan simbol-simbol yang terdapat dalam pembelajaran matematik mudahseperti simbol (+), (-), (=) dan sebagainya supaya apabila mereka melihat simbol-simbol inidalam ayat matematik, mereka akan tahu kegunaan simbol-simbol tersebut. Aktivit lainadalah membuat permainan meneka nombor. Hanya sediakan satu lubang bagi sampulyang mengandungi nombor di dalamnya. Kemudian suruh kanak-kanak untuk teka simbolyang terdapat dalam sampul tersebut. Cara ini dapat membantu kanak-kanak untukmengingat simbol nombor tersebut dengan baik.Tambahan lagi, guru perlu menyusun proses pengajaran dengan betul iaitu daripadasenang kepada susah supaya kanak-kanak tidak menghadapi kesulitan dalam mempelajarimatematik secara berperingkat. Cara ini dapat menangkis pemikiran negatif kanak-kanaktentang pembelajaran matematik. Guru juga perlu mengambil kira kesediaan kanak-kanaktersebut untuk mempelajari sesuatu pembelajaran dalam matematik. Sebagai contoh,sekiranya kanak-kanak masih tidak mahir dalam proses pengiraan dan pengenalan simbolnombor, guru dilarang untuk memaksa kanak-kanak mempelajari operasi penambahan iaituperingkat yang susah bagi kanak-kanak.sekiranya dilakukan secara paksaan, kanak-kanakakan hilang minat untuk mempelajari matematik.Implikasi terakhir untuk teori pembelajaranBruner adalah guru perlu mewujudkan peluang untuk kanak-kanak merasa sendiri prosesmenyusun, menganalisis dan membuat sistesis. Proses ini penting supaya kanak-kanakdapt memupuk rasa seronok dalam belajar mengenai matematik kerana mereka dapatmelakukan sendiri setiap aktiviti sambil belajar mengenainya.

REKREASI MATEMATIKPengenalan

Matematik adalah satu bidang ilmu yang sangat luas penggunaannya dalam kehidupan. Matematik dilihat sebagai satu bidang yang mempunyai hubung jalin dengan bidang yang lain dan sentiasa diaplikasi dalam kehidupan.Kurikulum Pendidikan Matematik mendefinisikan Matematik sebagai suatu cara berfikir, kajian tentang pola, kajian perhubungan, suatu seni, suatu bahasa dan sebagai alat dalam kehidupan seharian.Menurt Carl Friedrich Gauss, (1856) Matematik ialah permaisuri bagi sains.Ini bermakna Matematik memainkan peranan penting dalam dunia sains. Namun demikian Matematik merupakan salah satu matapelajaran yang sering dilihat sebagai subjek yang membosankan serta menyusahkan.

Matematik juga dikenali sebagai satu matapelajaran yang tidak menarik,kering, sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti bahasa, sastera, latihan fizikal (Aplin dan Saunders,1996; Lee dan Cockman, 1995). Oleh yang demikian penyelidik-penyelidik yang telah membuat kajian dalam matapelajaran telah mengutarakan satu perkara penting iaitu penerapan rekreasi Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran dalam Matematik berbeza dengan matapelajaran yang lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman konsep dengan tepat dan menyeluruh.Rekreasi Matematik boleh didefinisikan sebagai satu cara atau kaedah yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya matapelajaran Matematik menjadi seronok untuk dipelajari.Aplikasi rekreasi Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran Matematik. Selain itu, murid juga dapat merasai keindahan Matematik, sedar tentang kepentingan Matematik dan seterusnya membantu mereka menguasai matapelajaran ini dengan lebih baik, (National Council of Teachers of Mathematics, 1989; Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).Rekreasi Matematik akan membantu murid untuk memahami kepentingan konsep matematik dengan lebih terperinci. Rekreasi Matematik ini sangat sesuai diaplikasikan dalam kelas pemulihan. Kaedah ini membantu murid yang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran Matematik atau memahami konsep Matematik. Murid dapat memahami sesuatu konsep dengan mudah dan senang.

Pengaplikasian rekreasi Matematik dalam pengajaran dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam bilik darjah. Bagi mewujudkan suasana ceria dalam pembelajaran Matematik, guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang menarik seperti teka-teki, puisi, lagu dan permainan yang berunsurkan Matematik. Aktiviti pembelajaran yang menarik dapat meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Matematik. Cara ini juga dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu aktiviti pembelajaran. Objektif pembelajaran yang optimum dapat dicapai melalui rekreasi Matematik.

Sebagai seorang pendididk yang berdedikasi, perlu bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pembelajaran murid. Guru perlu mengambil tahu tentang peringkat atau kebolehan murid dalam pembelajaran dan perlu merancang aktiviti mengikut tahap pembelajaran murid. Aktiviti pembelajaran yang dirancang tidak harus terlalu sukar atau terlalu senang. Ini disebabkan kerana murid akan menjadi cepat bosan jika aktiviti tidak sesuai dengan kebolehan mereka.

KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIKSetelah melihat teori-teori yang digariskan olehPiaget, Bruner,GagnedanDieneskita dapat melihat ia ada kaitan dengankonsep konstruktivisme.Konstruktisvismemerupakan satu teori mengenaipengetahuandanpembelajaran yang menarik minat,memotivasikansertamemudahkan pemahaman pelajar.Di samping itu, konstruktivismemenyarankankanak-kanakmembina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanaktersebut. Pembinaan pengetahuan tersebutboleh dihasilkanmelaluipermainandan eksperimentasidi sampingpembelajarankoperatif. Apabila kanak-kanakbekerjasama,merekaberkongsidalam prosespembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapatmembina pengetahuan baruhasil daripadapembelajaran secara kendiri.Dalam pendekatan konstruktivisme ini,persekitaran pembelajaranberpusatkankanak-kanakmenjadi asas yang penting dangurubertindak sebagaifasilitator.Kanak-kanak juga didorong untukmengemukakan ideadanteoribagimenyelesaikan masalah. Dalampendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akandiajardengan menggunakanbenda-benda konkritsupayamereka memperolehi pengalamanyang akan digunakan untukdikaitkandenganpembelajaranmatematik yang dipelajariakan datang.Secarakesimpulannya,kanak-kanakbelajarmatematik melaluipengalamandanpengamatansesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapatmeningkatkan pemikirandenganmenghasilkan konsep baru. Ini bermaknapengetahuanboleh dianggap sebagaikoleksi konsep-konsepdantindakan-tindakan bergunaberpandukankepadakeadaandanmasayang diperlukan.

PENUTUPKanak-kanak itu ibaratbekas yang kosongdanguruberperanan untukmemenuhkan bekastersebut denganilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untukmembimbing kanak-kanak untukmenghadapicabaranpada masa hadapan.Seharusnya kanak-kanakbelajar melalui pengalamandanmembentuk ilmu pengetahuanberdasarkanpermainandaneksperimendan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru.Guruhanyalah seorangfasilitatoryang akanmemantauperkembangankanak-kanak dalammempelajarisesuatukonsep.Menurut pandangankonstruktivime,kanak-kanakmembina pengetahuanbarunyadengan sendiridenganmenyesuaikanpengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini.Matlamat pendidikanmatematik adalah untukmelahirkan wargayang bukan sahajaberupayauntukmengaplikasikanapa yang mereka telahpelajari dalamsituasi dunia sebenartetapi jugaberupayamenyelesaikan masalahyangbelum pernahmerekatemuisebelum ini.Sesungguhnya,kanak-kanakperludidedahkan denganpembelajaransecarakonstruktivismedankoperatif.Selain daripada itu,gurujuga harusbersediadenganpelbagaikaedah pengajaransupaya dapatmembuka mindakanak-kanak tentangkeindahandankepentinganpendidikan matematikdalamkehidupan seharian.

Permainan Matematika) Apakah permainan Matematik?Sejak kebelakangan ini pelbagai pihak mula sedar peranan dan keupayaan matematik dalam menjayakan hasrat murni negara dalam mencapai status sebuah negara perindustrian pada tahun 2020. Penekanan kepada bidang matematik mula dirasakan apabila Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Wawasan 2020 pada 28 Februari 1991. Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menyatakan bahawa salah satu faktor yang menjejaskan kejayaan seseorang ialah kelemahannya dalam menguasai bidang matematik. Matematik dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan bahan atau kaedah khas untuk mempelajarinya. matematik juga sering dikaitkan sebagai subjek yang mempunyai taraf dan jenis matapelajaran yang tinggi. Isi kandungannya juga adalah sangat berturutan dan berhiraki iaitu melibatkan proses mental yang tinggi dan perlu memenuhi turutan kognitif iaitu berfikir secara analisis, rasional, logik, berupaya membuat penaakulan dan mahir dalam menyelesaikan sebarang masalah.Kaedah main sambil belajar.Aktiviti ini dijalankan secara spontan untuk faedah perbuatan itu sendiri. Ini bermakna kaedah tersebut memberi kepuasan dalam keadaan sedar atau tidak. Terdapat unsur-unsur kespontanan, kurang berstruktur, tiada paksaan, dan menimbulkan kepuasan. Sebagai contoh kanak-kanak bermain batu seremban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina ketelusan dalam mengira mata yang diperolehi.Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan hiburan di samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam keadan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi dan mental di mana mereka juga dapat meningkatkan kekekuatan dan ketangkasan, dapat berinteraksi juga mempelajari nilai nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang rasa dan lain-lain lagi. Kesan keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran di mana maklum balas yang di beri serta merta tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep.Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, ia harus berkaitan dengan objektif pembelajaran. Permainan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman, kebolehan serta kecenderungan murid-murid. Arahan tentang permainan mestilah jelas, tepat dan mudah difahami. Kaedah ini harus melibatkan senua murid sekiranya dijalankan di dalam kelas. Maklum balas tentang betul atau salah dalam sesutu permainan hendaklah diberi dengan serta merta agar murid-murid bermotivasi untuk meningkatkan lagi motivasi mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek dan tidak boleh terlalu panjang. Ia seharusnya mengambil masa yang sederhana dan sesuai. Permainan harus melibatkan aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Ia harus menekankan nilai kerjasama, keadilan, keseronokan dan kemahiran sosial. Permainan dijalankan dalam bentuk yang boleh menarik minat murid-murid dan merupakan satu bentuk pengajaran bukan sebagai pengganti guru.Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat terhadap bidang Matematik. Ibu bapa perlu menyediakan banyak permainan Matematik dan alat mainan Matematik yang banyak bagi membantu anak-anak memahami kepentingan konsep Matematik . Nombor, bentuk, saiz, aritmetik, logik dan lain-lain. Pendek kata, proses pembelajaran kanak-kanak adalah paling optimum semasa mereka bermain.Kanak-kanak tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan bermain permainan Matematik. Anak-anak anda (jika anda ialah para ibu bapa) atau pelajar (jika anda ialah para guru) mesti diberi peluang agar dapat menjadikan minat terhadap Matematik berakar umbi dalam diri kanak-kanak melalui aktiviti permainan Matematik sekolah rendah yang disediakan. Kanak-kanak tidak perlu melepaskan peluang keemasan ini.Kanak-Kanak Tadika Belajar Matematik Melalui Pengalaman Seharian Bukan melalui penghafalan! Cuba anda meneliti pemahaman anda terhadap konsep asas Matematik. Satu soalan yang paling digemari dan sering ditanya ialah: Kenapakah dua campur dua jadi empat? Jawapannya ialah empat dan tidak ada alasan kenapa jawapannya bukan empat. Saya berpendapat bahawa adalah lebih baik sekiranya kanak-kanak diajar Matematik melalui pendedahan masing-masing terhadap nombor dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya melalui permainan dan keriaan. Sama ada anda ialah seorang guru atau ibu bapa, permainan tersebut akan dapat membantu kanak-kanak kesayangan anda mempelajari Matematik melalui pendedahan yang berulang, aritmetik, saiz dan konsep Matematik yang lainPermainan Tambahan Satu Pancingan ialah satu permainan yang mempunyai peraturan yang mudah dan permainan ini boleh digunakan untuk mengajar fakta operasi asas operasi tambah seperti 3+1=4. Permainan ini boleh dimainkan dengan hanya menggunakan sebarang kad yang bernombor, seperti kad UNO. Apabila kanak-kanak berjaya menguasai kemahiran menambah nombor 1 kepada nombor -nombor lain, anda boleh menggalakkan mereka bermain permainan Tambahan Dua Pancingan, permainan Tambahan Tiga Pancingan atau bermain permainan Tambahan Tambahan Pancingan! Ini akan mendorong kanak-kanak explore permainan ini dan gembira dengan permainan Matematik ini.

Permainan Matematik untuk kanak-kanak Tadika atau kertas kerja operasi tambah, bukanlah kerja kerja yang biasa dijumpai. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tentu suka akan permainan Matematik kerana permainan ini menggabungkan konsep Matematik dengan visual gambar yang berwarna-warni. Kanak-kanak memang gemar kepada permainan yang ada visual dan berwarna-warni. Jika permainan operasi tambah tadika dapat mengajar kanak-kanak menguasai operasi tambah, maka kamu boleh memperkenalkan permainan tadika operasi tolak kepada kanak-kanak pula. Yang paling penting ialah objektif pembelajaran matematik tercapai sepenuhnya dan pelajar atau anak-anak gembira dan menyukai subjek Matematik.

b) Mengapa perlu permainan Matematik?Bagi pendapat saya permainan Matematik perlu diwujudkan kerana adanya permainan ini dapat merapatkan jurang kebimbangan pelajar kepada mata pelajaran Matematik. Pelajar harus belajar mengenal pasti soalan dan menentukan fakta yang di fahami. Dalam proses mengenal pasti masalah, kaedah,teknik, rujukan dan sumber yang sesuai perlu ditekankan. Pertama sekali pelajar perlu mengkaji ramalan kerana ia dapat membantu memandu murid-murid mendapatkan maklumat yang paling mudah. Ia juga memandu murid-murid membuat ramalan tentang apa yang mungkin berlaku, bagaimana masalah ini boleh diselesaikan dan apakah langkah yang perlu dilakukan. Kedua mengumpul maklumat, setelah maklumat dikumpul murid dapat menyusun maklumat mengikut urutan. Di sini murid dapat membuat ramalan, memeriksa maklumat dan menentukan kebenarannya. Seterusnys murid-murid harus merangka prosedur dan urutan untuk menyelesaikan masalah melalui uji kaji. Ketiga ialah menganalisis, di mana murid-murid membuat analisis dan ujian tentang ramalan yang dibuat. Di sini murid murid cuba menyelesaikan masalah, membuat penilaian kreatif untuk pengsahan. Akhir sekali membuat rumusan iaitu murid-murid seharusnya sudah mempunyai rumusan dan kesimpulan tentang masalah atau fenomena yang dikaji.

Aktiviti inkuiri dalam bentuk permainan Matematik .Sebelum melakukan aktiviti permainan Matematik, pastikan pelajar dapat aplikasikan aktiviti dalam bentuk inkuiri, iaitu;1) PemerhatianMempunyai dua keperluan asas iaitu pengesahan, kebolehpercayaan.2) PenjelasanMelalui pemerhatian murid-murid dapat mengenalpasti persamaan perbezaan terhadap masalah yang dikaji.

3) Membuat ramalanDi sini murid-murid memberi penjelasan dan huraian tentang maklumat yang telah mereka kumpul. Ini melibatkan kemahiran murid -murid untuk mengemukan sebab yang munasabah bagi hujah atau kenyataan tentang sesuatu kejadian, perkara, benda atau fenomena.4) Uji kajiDijalankan untuk membuktikan ramalan yang telah dibuat. Murid dapat menentukan ramalan itu sama ada benar atau salah. Murid juga sedar tentang arahan yang mereka ikut sama ada betul atau salah. Ini membolehkan mereka membuat uji kaji yang lain.

Di sini kita boleh gunapakai kaedah permainan matematik agar lima faktor tersebut dapat diaplikasikan semasa permainan matematik digunakan(1) pengeluaran idea individuMerupakan tindakan kanak-kanak mengeluarkan idea dalam mengatasi masalah di mana penyelesaian yang betul diperolehi daripada pengunaan sumber-sumber ingatan dan pesekitaran walaupun penyelesaian masalah yang betul tidak diketahui oleh kanak-kanak tersebut(2) Pencapaian konsepDimana kanak-kanak perlu mencari perhubungan mengenai pelbagai pekara dalam masalah tersebut dimana hasil daripada perhubungan atau penjelasan tentang masalah tersebut maka lahirlah konsep untuk menyelesaikan masalah tersebut.(3) Kerja kreatif.Tidak semua penyelesaian masalah dapat digolongkan sebagai masalah yang begitu jelas. Ada juga keadaan-keadaan yang dapat diselesaikan dengan berbagai-bagai cara dan tidak ada satu cara pun dianggap terbetul sekali. Tetapi dalam permainan matematik pasti dapat menyelesaikan masalah kerana kanak-kanak perlu berfikir dengan kreatif .(4) Membuat keputusanDalam menyelesaikan masalah, kanak-kanak dikehendaki membuat pilihan, dan pemilihan tersebut tidak semestinya bergantung kepada peraturan-peraturan tertentu tetapi bergantung kepada tekaan atau keinginan kanak-kanak semata-mata. Permainan matematik memang memerlukan kana-kanak berfikir kendiri agar permainan dapat dilangsungkan dan tamat mengikut apa yang dikehendaki oleh permainan tersebut. Ini dapat meningkatkan kecekapan kanak-kanak membuat keputusan tanpa rasa bimbang dan rasa terpaksa.(5) Menyelesaikan masalah dalam kumpulanSesuatu masalah boleh juga diselesaikan dalam kumpulan, kaedah penyelesaian ini diminati oleh para psikologis. Teknik ini juga boleh diubahsuai dalam bentuk permainan agar semangat kerjasama dalam kumpulan dapat diaplikasikan.

Dalam situasi pengajaran di dalam bilik darjah merupakan cara yang paling berkesan untuk mengajar teknik hafalan dengan berpandukan kepada 4 langkah, Guru dapat menggunakan permainan matematik agar pengukuhan ini dapat diteruskan dengan cara tidak langsung. Murid-murid dapat aplikasikan 4 langkah ini dengan penuh penghayatan.(1) Memikirkanpelajar harus memikirkan tentang sesuatu pekara dengan lebih mendalam samaada sifir atau formula matematik ini bermakna murid lebih menumpukan kepada isi kandungan yang harus diingat(2) Mengulangpelajar harus mengulangi bahan yang telah dipelajari, bahan-bahan tersebut diulang-ulang hingga murid tidak lagi teragak-agak apabila mengeluarkan idea tentang maklumat yang dipelajari.(3) Menyemakpelajar juga harus pastikan segala bahan yang telah dipelajari dengan menyemak dan memperbetulkan sekiranya terdapat sebarang kesalahan.(2) Mengingatkanpelajar harus mengingat secara bersendirian bahan-bahan yang telah dipelajari supaya segala ilmu yang dipelajari lebih kekal dan ini merupakan peringkat terakhir dalam proses hafalan.Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta dalam meningkatkan kecekapan tentang apa yang telah diajar agar tahap kemahiran atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya ia menjadi lebih kekal dalam ingatan.. Latih tubi dalam bentuk permainan amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti mengingati formula-formula yang penting. Di sini kita sedar mengapa perlunya permainan matematik Latihan latih tubi adalah sebahagian daripada usaha menghafal atau mengingat sesuatu. Sebenarnya kaedah permainan matematik boleh mengatasi masalah dan membantu proses meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam bidang matematik.