kepentingan pentaksiran dalam pendidikan khas

Upload: tompok-manggis

Post on 02-Apr-2018

831 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    1/15

    PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

    Tajuk 1 KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DALAM

    PENDIDIKAN KHAS

    6 JAM

    SINOPSIS

    Tajuk ini menerangkan tentang konsep pentaksiran berfokus kepada definisi, proses dankegunaan pentaksiran dalam pendidikan. Tajuk ini juga menghurai pelbagai carapengumpulan maklumat yang berkaitan dengan pentaksiran dalam pendidikan.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Selepas mengikuti topik ini, pelajar dapat:

    i. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dalam pendidikan khas.

    ii. Membina pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk tujuan mengumpul

    maklumat.

    KERANGKA TAJUK

    1

    Kepentingan Pentaksiran dalamPendidikan Khas

    Konsep pentaksiran Pelbagai cara

    pengumpulan maklumat

    Rekod lama

    Sampel kerja Pengujian

    Pemerhatian

    Soal selidik

    Maksud pentaksiran

    Proses penerimaan,perancangan dan

    pelaksanaan pendidikan khas

    Kegunaan pentaksiran dalam

    pendidikan khas

  • 7/27/2019 Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    2/15

    PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

    1.0 KONSEP PENTAKSIRAN

    1.1 Pendahuluan

    Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silihberganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusanberdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagiandaripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga, pentaksiran dianggapsebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang muridbagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000).

    Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikankhas. Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan khas berkait rapat dengan maklumatyang dikumpulkan melalui proses pentaksiran. Maklumat diperlukan untuk mengenal pastimasalah yang dihadapi oleh seseorang murid. Seterusnya, bagi menjalankan pengajaran

    yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, guru memerlukan maklumat yangdikumpul melalui cara pengujian atau kaedah lain. Seterusnya, apabila pengajaran danlangkah-langkah yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesananperancangan dan pengajarannya

    Pentaksiran berlaku setiap hari di dalam bilik darjah. Contohnya, guru memerhatitingkah laku murid menyelesaikan masalah matematik. Guru seterusnya menyemakjawapan murid dan secara tidak langsung dapat menentukan tahap kebolehan muridterhadap penguasaan kemahiran matematik tertentu murid. Jika terdapat kesalahan,semestinya guru akan menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan murid untukmembuat pembetulan. Pendekatan yang dilakukan oleh guru tersebut sebenarnyamerupakan satu daripada jenis pentaksiran.

    Konsep pentaksiran merangkumi istilah-istilah berikut yang mana ianya perlu difahamiterlebih dahulu;

    Pengujian satu kaedah penilaian kemajuan dan penentuan keperluan murid.

    Penilaian proses yang menggunakan maklumat atau data untuk membuat

    keputusan

    Peperiksaan pentadbiran alat/instrumen ujian dalam jangka masa, tempat dan

    suasana yang formal.

    Pengukuran skor pencapaian yang diperoleh untuk mengukur prestasi

    individu

    Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayaiuntuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusipentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti tinggi mempunyai tahap kebolehpercayaan dankesahan yang tinggi.

    Kebolehpercayaan

    Berkaitan dengan ketekalan pentaksiran yang dilakukan. Kebolehpercayaan pentaksiranmerujuk kepada hasil pentaksiran yang sama bagi setiap kohort murid. Terdapat pelbagai

    2

  • 7/27/2019 Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    3/15

    PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

    faktor yang boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan seperti soalan yang kabur,terlalu banyak pilihan dalam kertas soalan. Tradisinya, kebolehpercayaan pentaksiranberasaskan kepada yang berikut;

    i) kestabilan sementara : ujian yang dilakukan adalah membandingkan dua atau lebih

    peristiwa yang berasingan.ii) Kesamaan bentuk : jawapan murid memperlihatkan bentuk yang berbeza walaupunkandungan ujian adalah sama.

    iii) Ketekalan dalaman : jawapan ujian tekal merentasi soalan Contohnya- jika soalanberkaitan dengan sikap terhadap penggunaan teknologi, seharusnya ketekalanjawapan adalah berbentuk seperti saya gembira menggunakan komputer atau saya tidak meminati komputer

    Kesahan

    Kesahan adalah ukuran di mana apa yang ditentukan untuk diukur. Contohnya, adalah tidaksah jika menguji kemahiran memandu hanya menggunakan ujian bertulis sahaja.

    Pentaksiran pemanduan akan lebih sah jika ada kombinasi ujian terhadap pemanduanseperti melalui ujian bertulis (untuk uji pengetahuan pemanduan) dan ujian sebenarpemanduan (untuk uji apa yang pemandu perlu buat semasa memandu) Kesahanpentaksiran adalah gauged melalui bukti ujian mengikut kategori berikut;i) Kandungan - adakah kandungan ujian mengukur objektif yang telah ditetapkan?ii) Kriteria adakah skor korelat dengan ujian rujukan (contoh: adakah skor yang tinggi

    terhadap ujian bacaan murid tahun 4 bertepatan dengan jangkaan kemahiranmembaca bagi tahun 5 dan seterusnya)

    iii) Konstruk adakah pentaksiran corresponddengan pembolehubah yang signifikan?

    1.2 Pentaksiran dalam pendidikan khas

    Pentaksiran dalam pendidikan khas juga menggunakan prinsip yang sama denganpentaksiran dalam kelas normal. Dalam kebanyakan kes, pentaksiran yang digunakanadalah sama seperti pentaksiran pendidikan normal iaitu pemerhatian ke atas tingkah lakumurid, membuat penilaian kemajuan murid dan seterusnya mereka bentuk program/strategipengajaran berdasarkan maklumat yang telah diperoleh.

    Merujuk http://specialed.about.com/od/assessment/a/Aandee.htm iaitu satu lamanweb pendidikan khas, matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalampembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperincitentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil

    pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkanpencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan danstandard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan buktidan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran danpemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembarankerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan datatersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaanuntuk penempatan.

    Pentaksiran dalam pendidikan khas adalah untuk memberi maklumat dan gambarantentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis,mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan

    merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahapkebolehannya. Mempelajari kemahiran asas adalah amat penting bagi proses pengajaran

    3

    http://specialed.about.com/od/assessment/a/Aandee.htmhttp://specialed.about.com/od/assessment/a/Aandee.htm
  • 7/27/2019 Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    4/15

    PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

    dan pembelajaran (P&P). Hal ini kerana ia akan membantu murid untuk mempelajari setiapmata pelajaran dengan lebih mudah dan cepat jika mereka mahir dalam menguasaikemahiran asas.

    Terdapat beberapa komponen dalam kemahiran asas. Antaranya ialah kemahiran3M dan kemahiran pengurusan diri.

    Kemahiran 3M ialah membaca, menulis dan mengira. Terdapat beberapa

    kepentingan mempelajari kemahiran ini. Pertama, kemahiran ini adalah asas utama dalamsetiap pembelajaran. Setiap murid seharusnya mempunyai kemahiran untuk membaca,menulis dan mengira supaya mereka dapat menjalankan segala proses P&P denganberkesan. Menguasai kemahiran membaca membolehkan mereka membaca maklumat danlatihan yang diberikan oleh guru. Mereka juga dapat mencari bahan-bahan pembelajarandan melakukan ulang kaji pelajaran dengan mudah. Selain itu, penguasaan dalamkemahiran menulis pula membolehkan murid untuk menulis nota pelajaran dan melakukanlatihan yang diberikan oleh guru. Seterusnya, kemahiran mengira bukan sahaja penting bagimata pelajaran yang melibatkan pengiraan tetapi ia juga penting dalam kehidupan seharian

    mereka.

    Kemahiran pengurusan diri pula ialah keupayaan dalam menguruskan diri sendiri.

    Hal ini meliputi kemampuan dalam membersihkan diri sendiri, memakai pakaian tanpabantuan, makan dengan cara yang betul dan mampu memenuhi kehendak asas diri sepertimembuang air. Kepentingan kemahiran ini adalah supaya murid dapat menjagakeperibadian diri sendiri dan berupaya menguruskan diri sendiri tanpa pertolongan oranglain.

    Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk

    berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama-sama masyarakat. Sesetengah pendidikmerujuk kemahiran sosial sebagai keupayaan sosial individu yang mampu mencapaikejayaan tanpa mengganggu orang lain. Selain itu, kemahiran sosial juga dapat dikatakansebagai pengumpulan tingkah laku seseorang yang membolehkannya berinteraksi denganpersekitaran. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran sosial iaitu kemahiranberkomunikasi, kemahiran asertif, kemahiran bergaul, kemahiran menyelesaikan masalahdan lain-lain lagi. Tujuan pentaksiran kemahiran sosial adalah untuk mengenal pasti muridyang mempunyai kelemahan dalam bersosial. Prosedur pentaksiran kemahiran sosial yangbiasa digunakan di luar negara ialah (a) pengukuran sosiometrik, (b) penilaian oleh guru, (c)ujian role play dan (d) pemerhatian langsung. Penguasaan dalam kemahiran sosial adalahamat penting kerana ia membantu murid dalam proses P&P dan kehidupan seharianmereka.

    Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antaramasyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Kemahiran ini jugamembantu mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang melibatkanorang lain. Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk berkomunikasi denganorang lain mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka dan emosi yang betul. Sekiranyamereka gagal menguasai kemahiran ini, ia akan menyebabkan timbulnya perasaan rendahdiri, mengasingkan diri daripada orang lain dan menyebabkan kemurungan.

    Kemahiran tingkah laku melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang itu

    membawa penampilan dirinya. Ia merupakan karektor asas benda hidup kerana setiapbenda hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri. Faktor utama yangmempengaruhi tingkah laku ialah melalui persekitaran. Sekiranya seseorang itu dibesarkan

    dalam persekitaran yang aman dan harmoni, maka dia akan berkelakuan baik sertabertamadun. Sebaliknya, sekiranya seseorang itu dibesatkan dalam suasana berpecah

    4

  • 7/27/2019 Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    5/15

    PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

    belah seperti peperangan, kemungkinan besar dia akan menjadi seorang yang kasar danpanas baran. Walau bagaimanapun, tingkah laku berubah menerusi pembelajaran. Tingkahlaku manusia akan berubah apabila mereka menjadi semakin terpelajar.

    1.3 Maksud pentaksiran

    Pentaksiran dalam pendidikan adalah proses dokumentasi yang mana sering menggunapakai istilah pengukuran, pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan. Pentaksiranboleh berfokus kepada seseorang murid, komuniti sekolah (kelas,bengkel atau kumpulan),institusi atau keseluruhan sistem pendidikan.

    Pentaksiran didefinisi sebagai proses pengumpulan maklumat untuk mengenal pastimasalah dan membuat sesuatu keputusan keputusan (Salvia dan Ysseldyke 2007). Iamelibatkan pengumpulan maklumat mengenai kekuatan dan bidang keperluan yang perludiberi perhatian.

    Terdapat beberapa istilah yang selalu digunakan oleh para professional untukmenjelaskan jenis pentaksiran yang dilakukan. Jenis-jenis pentaksiran terdiri daripada yangberikut:

    Pentaksiran berterusan

    Pentaksiran informal/formal

    Pentaksiran portfolio

    Pentaksiran subjektif/objektif

    Pentaksiran penempatan

    Pentaksiran diagnostik

    Pentaksiran pencapaian

    Pentaksiran kecekapan Pentaksiran kemajuan

    Pentaksiran formatif/sumatif

    Ujian-ujian yang sering diguna dalam jenis-jenis pentaksiran di atas didefinisikan dalamjadual berikut:

    Istilah Maksud

    5

  • 7/27/2019 Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    6/15

    PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

    Ujian standard / ujianformal

    Merupakan ujian yang telah siap dibina dan penguji hanyamentadbirkan ujian dengan mengikut arahan dan prosuder yangdisediakan. Ujian tersebut mempunyai skor yang dicapai oleh oranglain (norma) supaya perbandingan prestasi dapat dibuat.

    Ujian tidak formal Ujian yan dibina oleh guru. Ia tidak mempunyai arahan dan prosuderpentadbir yang standard.

    Ujian kumpulan Ujian yang boleh ditadbir secara sekumpulan orang.

    Ujian individu Ujian yang hanya boleh ditadbir kepada seseorang murid dalam satumasa. Contohnya : WISC-III

    Ujian berdasarkankurikulum

    Ujian yang dijalankan berdasarkan isi kandungan kurikulum yangdigunakan di sekolah.

    Ujian formatif Ujian yang dijalankan untuk menguji penguasaan kemahiran olehmurid semasa sesuatu unit masih / sedang diajar oleh guru. Ujiandijalankan dengan kerap.

    Dalam kehidupan seharian murid di sekolah, guru sebenarnya melaksanakan pentaksirantidak formal. Ia berlaku setiap hari di mana murid tidak mengetahui yang guru membuatpemantauan kemajuan murid. Menurut Overton (1992), pentaksiran tidak formal melibatkanpenggunaan kaedah yang tidak standard bagi menilai kemajuan seperti senarai semak, kerjarumah murid, kuiz, projek kumpulan, temu bual murid, pemerhatian tingkah laku murid, dan ujian-ujian yang dibina sendiri oleh guru. Ia tidak diberi skor pemarkahan atau gred. Pentaksiran tidakformal memberi peluang kepada guru membuat pemantauan berterusan ke atas murid yangbermasalah dalam akademik dan murid berkeperluan khas. Pentaksiran formal berkaitan dengandokumen bertulis seperti ujian atau peperiksaan yang direkodkan. Ia diberi skor pemarkahan ataugred untuk menunjukkan pencapaian murid.Pentaksiran sumatif dan formatif sering merujuk kepada konteks pembelajaran. Pentaksiransumatif dilakukan dalam situasi sebenar murid dan bertujuan untuk mengukur hasil

    6

    Ujian sumatif Ujian yang merumuskan pencapaian murid selepas satu unitpengajaran telah dilakukan. Biasanya satu gred akan diberikansebagai tanda tahap pencapaian murid.

    Ujian saringan Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti kanak-kanak yang berisikomenghadapi masalah. Ditadbirkan kepada semua murid, termasuk

    murid normal.

    Ujian diagnostik Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti dengan lebih terperincimasalah yang dihadapi oleh murid. Selepas ujian diagnostikdijalankan, jenis dan ciri-ciri masalah yang dihadapi dapat diketahui.

    Ujian speed Ujian yang perlu dihabiskan dalam masa yang agak terhad.

    Ujian power Ujian yang memberi masa yang agak lama untuk dihabiskan. Biasanyaitem agak sukar sedikit.

  • 7/27/2019 Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    7/15

    PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

    pembelajaran serta pelaporannya kepada murid, ibu bapa dan pentadbir. Manakalapentaksiran formatif dilakukan dalam situasi sebenar dan diguna oleh guru sebagaipanduan kaedah pengajaran akan datang.

    Pentaksiran diagnostik biasanya adalah berbentuk pentaksiran formatif. Iamengukur pengetahuan dan kemahiran semasa murid bagi tujuan mengenal pastikesesuaian pembelajaran. Pentaksiran kendiri adalah bentuk pentaksiran diagnostik dimana melibatkan murid membuat pentaksiran terhadap diri mereka.

    Pentaksiran (sumatif/formatif) sering dikategori juga sebagai subjektif atau objektif.Pentaksiran objektif adalah bentuk soalan di mana satu jawapan betul. Pentaksiransubjektifadalah bentuk soalan yang mempunyai jawapan betul lebih daripada satu (ataulebih daripada satu cara untuk memperoleh jawapan betul). Terdapat pelabagai jenis soalanobjektif dan subjektif. Jenis soalan objektif termasuklah jawapan betu;/salah, aneka pilihan,soalan pelbagai respon dan padanan. Soalan subjektif melibatkan soalan berbentuk huraiandan esei.

    Latihan 1.1

    1.3 Proses penerimaan, perancangan dan pelaksanaan pendidikan khas

    Pendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk

    memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya.Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihanjasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Kurikulumuntuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suaidengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalamipelbagai jenis kecacatan / kurang upaya itu.

    Dalam konteks kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia,ia menekankan kepadakebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengkembangan (developmental skills).Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan danketidakbolehan (medical deficit model). Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-

    kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang muriddengan keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan tingkah

    7

    Ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria merupakan ujian yang digunakan secara meluasoleh pra professional dan guru-guru dalam pentaksiran dan penilaian murid-murid bermasalahpembelajaran. Namun, guru-guru di Malaysia kurang didedahkan kepada ujian-ujian tersebut. Inidisebabkan ujian tersebut kurang dibina dan dijual di pasaran di Malaysia. Walau bagaimanapun,sebagai seorang guru pendidikan khas anda perlu faham apakah maksud kedua-dua ujiantersebut

    Huraikan ciri-ciri kedua-dua ujian itu dan buat banding beza antara keduanya. Bagi membantuguru, perbandingan boleh dikaji dari aspek cara pembinaan ujian, arahan dan prosedurpentadbiran, cara penskoran dan pentafsiran skor. Bentangkan tugasan anda ini dalam sesitutorial nanti.

  • 7/27/2019 Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    8/15

    PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

    laku sosial / perkembangan kemahiran sosial, penguasaan bahasa lisan / pertuturan,penguasaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia,kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan, kebolehan penglihatan dan yang terakhirkebolehan pendengaran.

    Bagi tujuan penempatan, pentaksiran penempatan perlu dilakukan ke atas muridberkeperluan khas.Pentaksiran penempatan adalah untuk menentukan keupayaan muridberkeperluan khas pada permulaan pembelajaran. Prosedur penempatan muridberkeperluan khas untuk menerima pendidikan khas diringkaskan dalam carta alir berikut;

    Rajah 1

    Latihan 1.3a

    8

    mula

    1

    4

    5

    7

    2

    3

    6

    Sekolah biasa

    A

    B

    Program Pendidikan Khas

    8

    9

    12

    10

    11

    Selesai

    Rajah 1 di atas menunjukkan carta alir proses penempatan murid berkeperluan khas dalampendidikan khas.

    Huraikan secara terperinci carta alir tersebut.

  • 7/27/2019 Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    9/15

    PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

    Prosedur penempatan murid dalam pendidikan khas dalam rajah 1, memperlihatkankemahiran tinggi yang sangat diperlukan untuk membuat penilaian secara global, tepat danpraktikal ke atas seseorang kanak-kanak. Perkembangan kemahiran tersebut memerlukanpengetahuan yang tinggi terhadap komponen-komponen berikut;

    Pengumpulan : Proses pengenalpastian dan pengumpulan maklumat daripadapelbagai sumber mengenai latar belakang kanak-kanak seperti rekod kemajuansekolah, pemerhatian, maklumat ibu bapa dan laporan guru.

    Analisis : Pemprosesan dan pemahaman ke atas corak pendidikan, sosial,

    perkembangan, persekitaran, perubatan dan sejarah emosi kanak-kanak.

    Penilaian : Penilaian akademik, intelektual, psikologi, emosi, persepsi, bahasa,kognitif dan perkembangan perubatan kanak-kanak bagi menentukan kekuatan dankelemahannya.

    Penentuan : Penentuan ke atas kemungkinan ketidakupayaan berdasarkanpengetahuan terhadap kriteria yang mewakili kategori-kategori.

    Cadangan : Cadangan khususnya kepada penempatan dan program pendidikan

    yang perlu dilakukan oleh ibu bapa, guru dan pihak sekolah.

    Pelaksanaan Pendidikan Khas di Malaysia adalah berdasarkan Akta Pendidikan 1996iaitu Bahagian II, Pendidikan Khas yang menyatakan;

    1. Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan khas yangboleh dididik adalah layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali bagi murid-murid yang berikut :

    a. murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar sepertimurid biasa; dan

    b. murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atauyang terencat akal yang berat.

    2. Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untukmengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan olehsuatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai dari KementerianPendidikan dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupayamengikuti program pendidikan kebangsaan.

    3. Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubah suaikaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan

    9

  • 7/27/2019 Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    10/15

    PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

    aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamatpendidikan khas.

    Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Peruntukan dibawah seksyen 40; Menteri Pendidikan hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah

    khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1) (b) atau di mana-mana sekolah rendahatau menengah yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat. Tertakluk seksyen 40.1subseksyen (2) dan (3), Menteri Pendidikan bolehlah melalui peraturan-peraturanmenetapkan;

    a. tempoh pendidikan randah dan menengah yang sesuai dengan keperluan muridyang menerima pendidikan khas ;

    b. kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas ;

    c. kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagipendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas ; dan

    d. apa-apa perkara lain yang difikirkan Menteri suai manfaat atau perlu bagi maksudbab ini.

    Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan 1 (a) tidak boleh kurangdaripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut mana-mana yangberkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan kurikulum yang ditetapkan di bawahperenggan (1) (b) hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yangsemunasabah praktik.

    Latihan 1.3b

    1.4 Kegunaan pentaksiran dalam pendidikan khas

    Pentaksiran bertujuan untuk mengumpul bukti pembelajaran. Setiap individu yang berbezamempunyai keperluan yang berbeza terhadap maklumat yang diperoleh mengenaipembelajaran. Sehubungan itu, tujuan pentaksiran boleh dikategori berdasarkan keperluanindividu seperti berikut;

    Murid memerlukan maklum balas mengenai pencapaian mereka. Oleh itu, murid

    mengetahui di mana tahap pencapaian terbaik yang telah dilakukannya dan dimanatahap usaha yang perlu ditingkatkannya.

    Guru memerlukan maklumat mengenai kefahaman murid bagi membolehkannya

    untuk membuat keputusan yang bijak terhadap apa dan bagaimana pengajaran yangperlu ditambahkan.

    10

    Seorang murid bermasalah pembelajaran baru ditempatkan di sekolah anda. Apakah yang anda

    harus lakukan ke atas murid tersebut bagi mengenal pasti status keupayaannya dalam

    pengamatan.

    Bina item ujian yang berkaitan dengan pengamatan murid tersebut.

  • 7/27/2019 Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    11/15

    PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

    Ibu bapa memerlukan maklumat mengenai kemajuan belajar anak. Dengan itu, ibu

    bapa dapat mengetahui bidang mana yang anak mereka memerlukan sokongantambahan dalam pembelajaran.

    Pentadbir sekolah memerlukan maklumat mengenai pembelajaran murid bagi

    membolehkan mereka memberi sokongan tambahan kepada guru dan murid jikadiperlukan.

    Pembuat dasar perlu mengetahui pencapaian murid sebagai pendekatan menguji

    status pentaksiran dalam pendidikan peringkat negeri/negara. Maklumat yang diperolehmembolehkan mereka mengetahui tahap peruntukan/program tambahan untuk tujuanpenambahbaikan.

    Justeru itu, pentaksiran adalah bersepadu dan berkaitan dengan kurikulum dan

    pengajaran seperti dalam rajah 2 berikut;

    Rajah 2

    Kesimpulan : Guru yang berkualiti menggunakan bukti dalam pembelajaran (pentaksiran)untuk memberitahu apa yang telah mereka ajarkan (kurikulum) dan bagaimana merekamengajara (pengajaran).

    Dalam pendidikan khas, terdapat banyak keputusan yang perlu di buat oleh guru dan

    ahli profesional lain yang terlibat dalam perkhidmatan kepada murid berkepelruan khas.Keputusan perlu dibuat dengan teliti supaya pengajaran dan perkhidmatan yang disediakanadalah wajar dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh mereka. Antarakeputusan yang perlu dibuat termasuk:

    Siapakah di antara murid di sekolah yang mungkin menghadapi masalah dan perlu

    disediakan dengan pendidikan khas?

    Apakah jenis masalah yang dihadapi oleh seseorang murid? Apakah kelemahan-

    kelemahan dan kekuatan-kekuatan murid tersebut? Prestasi dalam bidang apakahyang dijejaskan oleh masalah-masalah yang dihadapinya?

    Apakah jenis penempatan pendidikan yang sesuai disediakan? Apakah kemahiran

    yang perlu diajar kepada kepada murid? Apakah perkhidmatan-perkhidmatan khususyang sesuai disediakan untuk membantunya mencapai kemahiran-kemahiran padatahap yang optimum?

    11

    Pentaksira

    n

    Kurikulum Pengajaran

  • 7/27/2019 Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    12/15

    PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

    Adakah nampak keberkesanannya selepas pengajaran dan perkhidmatan

    disediakan?

    Adakah program pengajaran yang telah disediakan perlu diteruskan atau digantikan

    dengan sesuatu program yang baru?

    Berehat seketika

    2.0 Pelbagai cara pengumpulan maklumat

    2.1 Pendahuluan

    Sebagai guru pendidikan khas, anda harus memahami segala aspek yang mendalamberkaitan dengan murid. Oleh yang demikian, pentaksiran dan penilaian yang selalu

    dijalankan oleh guru di sekolah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan:

    Kemahiran kognitif

    o Kecerdasan

    o Memori

    Kemahiran motor

    o Motor kasar

    o Motor halus

    Kemahiran persepsi

    o Persepsi visual

    o Persepsi auditori

    Kemahiran akademik

    o Bacan

    o Tulisan

    o Matematik

    Kemahiran bahasa

    o Bahasa eskpresif

    o Bahasa reseptif

    Tingkah laku Keadaan sosio-emosi

    Maklumat yang dikumpul berkenaan aspekaspek di atas akan memberi satu gambaranyang komprehensif berkaitan murid, dan menunjuk arah tentang jenis bantuan danpengajaran yang perlu disediakan. Dengan demikian, guru boleh merancang satu programintervensi yang bersesuaian dengan keperluan individu setiap orang murid. Seorang guruyang beerkesan akan selalu berpandukan kepada maklumat pentaksiran untuk mengendalimurid di sekolah

    Guru- guru pendidikan khas perlu membiasakan diri dengan cara mengumpul maklumat

    untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan proses pengajaran-pembelajaran danmengetahui masalah yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas. Maklumat yang

    12

    Anda masih mengikuti modul ini dengan penuh minat. Sekarang masa untuk berehatdan minum secawan kopi.

  • 7/27/2019 Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    13/15

    PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

    diperlukan untuk membuat keputusan-keputusan dalam pelaksanaan pendidikan khas bolehdidapati daripada pelbagai sumber seperti:

    Rekod dan laporan berkaitan

    o Latar belakang keluarga

    o

    Kesihatan murido Prestasi akademik dahulu

    o Minat murid

    Sampel kerja

    o Analisis ralat

    o Kualiti kerja

    Pengujian

    o Ujian rujukan norma

    o Ujian rujukan kriteria

    o Inventori tidak formalo Kuiz

    o Probe

    o Analisis tugaan

    Pentaksiran portfolio

    Pemerhatian

    Senarai semak

    Skala pengkadaran

    Temubual

    2.2 Sumber-sumber maklumat

    Rekod dan laporan

    Seseorang murid bermasalah pembelajaran sudah pasti telah menjalani pelbagai jenispentaksiran sebelum dia masuk ke sekolah. Laporan-laporan yang dibuat oleh paraprofesional akan memberi banyak maklumat berkaitan murid yang boleh digunakan olehguru pendidikan khas. Guru pendidikan khas perlu merujuk kepada laporan-laporan tersebutuntuk mendapat satu gambaran yang lebih menyeluruh berkaitan murid.

    Sampel kerja

    Salah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah sampel-sampel kerjayang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di sekolah. Untukmendapat maklumat yang berfaedah, guru pendidikan khas perlu membuat analisis sampelkerja untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yangdipelajari.

    Ujian

    Guru pendidikan khas boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan mentadbirkanujian-ujian kepada murid. Pengujian boleh ditadbirkan dengan pelbagai cara mengikutapakah tujuan sebenarnya guru. Nama yang diberikan kepada sesuatu ujian biasanya

    menunjukkan tujuannya.

    13

  • 7/27/2019 Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    14/15

    PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

    Ujian rujukan kriteria : Ujian untuk mengukur sama ada kemahiran yang telah diajarboleh dianggap sebagai telah dikuasai murid.

    Ujian rujukan norma : Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatuujian dengan pencapaian orang yang telah mengambil ujianyang sama.

    Kuiz : Ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu pelajaran telahdisampaikan untuk menguji sama ada murid telahmemahami apa yang telah diajar.

    Probe : Jika seorang guru ingin tahu sama ada murid bolehmenjalankan sesuatau tugasan atau ujian dalam keadaan yanglain., dia boleh memberi tugasan atau ujian yang sama tetapidengan sedikit pengubahsuaian seperti memberi penyampaianyang berlainan. Guru telah sebenarnya menjalankan probe.

    Pemerhatian

    Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para profesional atauguru untuk mengumpul maklumat, khusunya berkaitan tingkah laku seseorang murid.Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untukmerekodkan hasil pemerhatian.

    Temubual

    Guru pendidikan khas boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan menemubualibu bapa, penjaga, guru-guru yang lain atau rakan sebaya murid. Kaedah temubualsesuai digunakan untuk tujuan ini.

    Latihan 2.1

    Syabas dan Tahniah! Anda telah Berjaya menamatkan tajuk 1.

    14

    Anda telah mengikuti modul ini dengan tekun dan sabar. Sekarang masa untuk berehat danminum secawan kopi.

    Rujukan pada satu fail individu murid. Di bahagian depan fail biasanya terdapat borang yangmerekodkan butir-butir peribadi dan latar belakang murid. Kaji format borang itu dan bandingkandengan suatu borang lain yang disediakan dalam buku pentaksiran. Buat penambahbaikanborang yang digunakan di sekolah dan jelaskan apa yang telah anda lakukan dan kenapa andalakukan.

    Rujuk juga kepada beberapa laporan kesihatan/ perubatan murid. Adakah laporan yang diberikandapat membantu anda dalam perancangan pengajaran anda? Beri komen atau cadangan yangbermanfaat berkaitan bagaimana laporan kesihatan/ perubatan murid boleh dibuat supaya ia akanmenjadi lebih berguna kepada guru.

  • 7/27/2019 Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    15/15

    PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

    Rujukan

    Earl, L. (2003). Assessment as Learning: Using classroom assessment to maximise

    student learning. Thousand Oaks, CA, Corwin Press.

    Overton, T. (1992).Assessment in special education : An applied approach. New York:

    MacMillan Publishing Co.

    Salvia, J., & Ysseldyke,J. (2007). Assessment in special and remedial education.

    Boston: Houghton Mifflin Co

    Undang-Undang Malaysia,(1999). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-

    Peraturan Terpilih. International Law Book Services : Kuala Lumpur.

    15