kepentingan memulihara dan memelihara organisma hidup

4
Sains Tingkatan 2 Bab 4 : Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan Persekitaran Kepentingan Memulihara dan Memelihara Organisma Hidup

Upload: nur-syafika

Post on 23-Jun-2015

3.499 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan  memulihara dan memelihara organisma hidup

Sains Tingkatan 2

Bab 4 : Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan

Persekitaran

Kepentingan Memulihara dan Memelihara Organisma Hidup

Dalam konteks organisma hidup, memulihara bermaksud memulih serta

memlihara, dan melindungi organisma hidup supaya tidak mengalami kepupusan.

Page 2: Kepentingan  memulihara dan memelihara organisma hidup

Memelihara pula bermaksud mengekalkan organisma hidup dalam keadaan asal

atau semula jadi. Banyak kepentingan untuk kita memulihara dan memelihara

organisma hidup.

Antaranya ialah tumbuhan dan haiwan penting dalam kitar karbon dan kitar

oksigen untuk mewujudkan ekosistem yang seimbang. Haiwan memerlukan

oksigen untuk bernafas manakala tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk

melakukan proses fotosintesis. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama

lain untuk hidup.

Selain itu, hutan penting sebagai kawasan tadahan hujan dan penuras semula

jadi yang membekalkan air yang bersih. Pada masa sekarang, banyak berlakunya

krisis bekalan air bersih. Penduduk mengalami kesukaran untuk mendapatkan

bekalan air bersih disebabkan banyak hutan ditebang dan diteroka oleh pemaju.

Masalah banjir dan tanah runtuh juga tambah menjadi-menjadi akibat tidak

mempunyai kawasan tadahan air dan pokok-pokok untuk mencengkam tanah.

Tumbuhan di kawasan paya bakau boleh mencegah hakisan pantai dan

melindungi kawasan pantai daripada ribut dan tsunami. Kerajaan telah membuat

satu usaha untuk menanam pokok-pokok di sekitar kawasan untuk menghalang

daripada terkena ribut yang datang dari laut. Tumbuhan di kawasan ini juga

penting sebagai tempat anak-anak ikan berlindung.

Di samping itu, hutan membantu mengawal suhu udara terhadap

persekitarannya. Tumbuhan memberikan teduhan daripada cahaya matahari yang

terik dan dapat mengurangkan suhu persekitarannya menjadi rendah. Ia boleh

menjadikan kawasan sekelilingnya menjadi sejuk, nyaman dan selesa. Oleh itu,

bumi menjadi lebih selesa untuk diduduki dan mengurangkan pemanasan global.

Page 3: Kepentingan  memulihara dan memelihara organisma hidup

Seterusnya, hutan,laut dan pantai penting kepada ekonomi negara. Hutan

harus dipelihara kerana hutan bukan sahaja menjadi habitat flora dan fauna, malah

merupakan sumber pendapatan harian kepada penduduk. Kayu-kayu pokok

contohnya pokok jati dan pokok balak boleh dijual untuk dijadikan perabot. Pantai

pula boleh dijadikan sebagai pusat pelancongan.

Kesimpulannya, setiap individu perlu memainkan peranan penting dalam

memulihara dan memelihara organisma hidup. Kita hendaklah menyokong dan

menyertai aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan atau badan bukan kerajaan bagi

tujuan ini.