saling bersandaran antara organisma hidup

Download Saling bersandaran antara organisma hidup

Post on 21-Jul-2015

1.288 views

Category:

Automotive

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

OpenJDK 64-Bit Server VM warning: Insufficient space for shared memory file: 32424Try using the -Djava.io.tmpdir= option to select an alternate temp location.

SALING BERSANDARAN ANTARA ORGANISMA HIDUP

SALING BERSANDARAN ANTARA ORGANISMA HIDUPSpesies ialah sekumpulan organisma yang mempunyaiciri-ciri dan rupa bentuk yang sama. Organisma ini boleh saling membiak menghasilkan anak.Contoh : spesies rama-ramaSPESIES

POPULASIPopulasi ialahsekumpulan organisma daripada spesies yang samahidup dan membiak di kawasan yang sama.Contoh : populasi monyet

KOMUNITIKomuniti ialahbeberapa populasihaiwan dan tumbuhan yanghidup bersama-samadan saling bersandaran antara satu sama lain.Contoh : populasi zirafah yang hidup bersama populasi zebra membentuk satu komuniti

HABITATHabitat merupakantempat tinggal semula jadibagi organisma. Ini adalah bagi tujuan mendapatkan makanan, perlindungan dan tempat pembiakan.Contoh : Hutan Hujan Tropika

EKOSISTEMEkosistem terdiri daripadabeberapa komunitiyang saling bersandaran dan berinteraksi antara satu sama lain serta juga mempunyai hubungan dengan persekitarannya yang merangkumibenda bukan hidupseperti air, udara, tanah dan cahaya matahari.

Interaksi Antara Organisma Hidup : Mangsa-Pemangsa, Persaingan, Simbiosis, Komensalisme, Mutualisme, dan ParasitismeOrganisma berinteraksi antara satu sama lain dalam pelbagai cara dan bagi pelbagai tujuan. Terdapat banyak interaksi atau hubungan antara organisma hidup, antaranya adalah mangsa-pemangsa, persaingan intraspesies, persaingan interspesies, simbiosis, komensalisme, mutualisme dan juga parasitisme. MANGSA-PEMANGSAContoh hubungan ini adalah hubungan antara ular dan burung. Ular sebagai pemangsa dan burung sebagai mangsa.

PERSAINGANPersaingan Intraspesies Hubungan antara organisma yangbersainguntuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalamspesies yang sama.

PERSAINGANB) Persaingan Interspesies Hubungan antara organisma yangbersainguntuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalamspesies yang berlainan.

SIMBIOSISKomensalismeKomensalisme ialah interaksi antara dua organisma, dengansatu organisma mendapat faedahdaripada organisma laintanpa menjejaskannya.Sebagai contohnya, ikan remora yang menumpang pada badan ikan yu. Ikan remora akan memperolehi perlindungan dan makanan, manakala ikan yu tidak mendapat apa-apa (faedah / kerugian)

SIMBIOSISMutualismeMutualisme adalah interaksi antara dua organisma dengankedua-duanya mendapat faedah.Sebagai contohnya, hubungan antara kerbau dan burung gembala kerbau. Burung gembala kerbau dapat makanan dengan makan kutu yang ada pada badan kerbau. Manakala kerbau pula mendapat manfaat kerana tiada kutu yang menghisap darahnya.

SIMBIOSISParasitismeParasitisme ialah hubungan interaksi antara dua organisma, dengansatu organisma mendapat faedah, manakala yangsatu lagi mendapat kerugian.Contohnya adalah cacing pita yang ada dalam badan manusia. Cacing pita ini akan memperoleh faedah kerana mendapat makanan percuma daripada manusia, tetapi manusia pula mendapat kerugian kerana zat makanan habis diserap oleh cacing tersebut.

KAWALAN BIOLOGIKawalan biologi adalah kaedah bagi mengawal populasi haiwan perosak dengan tanpa menggunakan racun serangga (bahan kimia). Kebiasaannya, interaksimangsa-pemangsa digunakan sebagai kawalan biologi di Malaysia.

KAWALAN BIOLOGISebagai contohnya, burung hantu dan ular digunakan untuk memburu dan memakan tikus di ladang kelapa sawit. Contoh lain adalah seperti memelihara ikan dalam kolam bagi memakan jentik-jentik.Burung hantu dipelihara di ladang sawit untuk memakan tikusKAWALAN BIOLOGI

Kumbang Ladybird memakan afit, perosak tumbuhanKAWALAN BIOLOGI

Ikan guppy dipelihara dalam kolam untuk memakan jentik-jentik

KAWALAN BIOLOGI

Ular dipelihara di ladang sawit untuk menangkap tikus

KAWALAN BIOLOGIKEBAIKANMurah dan tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggiSelamat digunakan tiada kesan sampinganTidak mencemarkan alam sekitarTidak mendatangkan kesan buruk kepada organisma lain kecuali perosak

KEBURUKANMemerlukan masa yang lebih lamaSukar dikawal kerana melibatkan organisma hidupPerlu perancangan dan pengurusan yang lebih teliti

SIRATAN MAKANANSiratan MakananSiratan Makanan ialah gabungan daripada beberapa rantai makanan.

RANTAI MAKANANRantai MakananRantai makanan pula ialah terdiri daripada pengeluar, pengguna dan pengurai

PENGELUARPengeluar ialah tumbuhan hijau yang menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesi

PENGGUNAPengguna ialah haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain. Terbahagi kepada 3 jenis iaitu Pengguna Primer, Pengguna Sekunder dan Pengguna Tertier.

PENGGUNAPengguna PrimerPengguna Primer ialah pengguna yang memakan tumbuhan sahajaPengguna SekunderPengguna sekunder ialah pengguna yang memakan pengguna primerPengguna TertierPengguna tertier ialah pengguna yang memakan pengguna sekunder

PENGURAIPengurai ialah organisma yang menguraikan bangkai haiwan dan tumbuhan yang mati kepada bahan-bahan yang ringkas yang boleh diguna semula oleh tumbuhan hijau.

FOTOSINTESISFotosintesis ialah proses yang dilakukan oleh tumbuhan hijau untuk menghasilkan makanan (dalam bentuk glukosa) dan oksigen dengan menggunakan karbon dioksida, air dan cahaya matahari.

Klorofil adalah pigmen (pewarna) hijau yang dapat memerangkap cahaya matahari

FOTOSINTESISFaktor-Faktor Yang Diperlukan Untuk Fotosintesis1. Cahaya matahari2. Klorofil3. Air4. Karbon Dioksida

FOTOSINTESISKepentingan Fotosintesis1. Fotosintesis membekalkan makanan kepada semua organisma2. Fotosintesis terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udarFOTOSINTESISKitar KarbonKitar karbon adalah kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara dengan mengambil karbon dioksida daripada udara dan mengembalikannya semula ke udara secara berterusan.FOTOSINTESIS

FOTOSINTESISKitar OksigenKitar oksigen adalah kitar yang melibatkan pengambilan oksigen daripada udara dan pengembaliannya semula ke udara secara berterusan.

FOTOSINTESIS

Pemuliharaan dan Pemeliharaan Hidupan Liar di MalaysiaTahukah anda Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) meramalkan bahawa harimau akan pupus dalam masa 12 tahun lagi, jika tiada inisiatif pemuliharaan dilakukan dengan segera! Setelah kehilangan tiga subspesies harimau, iaitu spesies Bali, Jawa dan Caspian, kini hanya tinggal lebih kurang 3 200 ekor harimau daripada enam subspesies lain.

Justeru itu kita perlulah bersama-sama memastikan langkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharaan dapat meneruskan kelangsungan hidup bagi semua haiwan-haiwan ini.DEFINISIPemuliharaanPemuliharaan bermaksud usahamemulihkan dan memeliharasumber alam semula jadi dengan bijak dan sistematik supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

PemeliharaanPemeliharaan pula bermaksud usahamengekalkan keadaan asalsumber-sumber alam semula jadi daripada musnah.

Langkah-Langkah Pemuliharaan dan PemeliharaanPenguatkuasaan undang-undang- menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara dan Akta Perlindungan Hidupan Liar- mengawal kegiatan pembalakanharam- mencegah perdagangan haram haiwan dan tumbuhan

Hutan Simpanan-memastikan tumbuhan dan haiwan di dalamnya tidak terancam

Tanam Semula- menggantikan pokok yang telah ditebang

Pendidikan- meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar dan persekitarannyaPembalakan secara berpilih-hanya menebang pokok yang matang

Santuari- mewujudkan tempat perlindungan haiwan dan tumbuhan

Pusatpembiakan- membiakkan haiwan yang hampir pupus

Kitar Semula- menggunakanbahan seperti kertas Langkah-Langkah Pemuliharaan dan PemeliharaanKesan Aktiviti Manusia Terhadap Keseimbangan AlamAktiviti manusia telah menyebabkan timbulnya isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar, sepertikesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon dan kejadian hujan asid.Kepentingan Mengekalkan Ekosistem Yang Stabil, Produktif dan SeimbangManusia saling berkait rapat dengan ekosistem dan saling bersandaran dengan organisma hidup yang lain. Manusia memperoleh keperluan dan kesenangan hidup melalui pelbagai cara. Dalam memenuhi keperluan hidup, kadangkala manusia juga telah mengeksploitasi dan juga mengganggu ekosistem.Jika semua ini tidak terkawal, tidak mustahil suatu hari nanti kita tidak akan dapat menikmati udara segar, makanan yang bersih, serta tempat tinggal yang selesa. Oleh itu manusia seharusnya menggelakkan kemusnahan terhadap hidupan liar, habitat dan sumber semula