sistem peredaran darah organisma multisel

6
Sistem peredaran darah organisma multisel Perbandingan antara sistem peredaran darah ikan, amfibia dan manusia Sifat Ikan Amfibia Manusia Jenis peredaran darah tertutup, tunggal tertutup, ganda dua, tidak lengkap tertutup, ganda dua, lengkap Bilangan ruang jantung dua tiga empat Pengaliran darah perlahan cepat cepat Sistem Peredaran Darah Organisma Multisel Sistem peredaran terbuka Serangg a - belalan g - lipas Sistem peredaran tertutup Peredaran tunggal Ikan Peredaran ganda dua Tidak lengkap Amfibia Lengkap Burung Manusia & mamalia lain

Upload: siti-noraisyah

Post on 17-Feb-2016

460 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Biologi Tingkatan 5 bab 1

TRANSCRIPT

Sistem peredaran darah organisma multisel

Perbandingan antara sistem peredaran darah ikan, amfibia dan manusia

Sifat Ikan Amfibia ManusiaJenis peredaran darah

tertutup, tunggal

tertutup, ganda dua,

tidak lengkap

tertutup, ganda dua,

lengkapBilangan ruang jantung

dua tiga empat

Pengaliran darah dalam salur

perlahan cepat cepat

Tekanan darah

rendah tinggi tinggi

Mekanisme Pembekuan Darah

Sistem Peredaran Darah Organisma Multisel

Sistem peredaran terbuka

Serangga- belalang

- lipas

Sistem peredaran tertutup

Peredaran tunggal

Ikan

Peredaran ganda dua

Tidak lengkap

Amfibia

Lengkap

BurungManusia &

mamalia lain

1. Pendarahan akan berlaku apabila salur darah tercedera. Bahagian salur darah yang tercedera akan merangsang mekanisma pembekuan darah.

2. Pembekuan darah diperlukan untuk:a) Mencegah kehilangan darah bagi individu yang tercederab)Mencegah kemasukan mikroorganisma seperti bakteriac) Membolehkan luka sembuh dengan cepatd)Mencegah penurunan tekanan darah akibat kehilangan

terlalu banyak darahe)Mengekalkan peredaran darah dalam sistem peredaran

tertutup

a. Apabila kecederaan berlaku pada salur darah, platelet melekat pada tisu penghubung yang terdedah dan membebaskan faktor pembeku (clotting factors).

b. Penggumpalan platelet, faktor pembeku dan tisu yang rosak membentuk pengaktif iaitu trombokinase.

c. Trombokinase menukarkan protrombin (sejenis protein plasma yang tidak aktif) kepada trombin (protein aktif) dengan kehadiran vitamin K dan ion kalsium.

d. Thrombin bertindak balas (sebagai pemangkin) terhadap fibrinogen yang larut dan menukarkannya kepada fibrin yang tak larut.

e. Fibrin membentuk jaringan pada permukaan luka untuk memerangkap sel darah dan menghalangnya daripada keluar.

f. Darah membeku dan keruping terbentuk apabila terdedah kepada udara.

Kecacatan mekanisme pembekuan darah

1. Hemofilia Penyakit keturunan yang disebabkan oleg gen resesif

pada kromosom seks X. penghidap hemophilia

kekurangan satu gen yang menghasilkan faktor pembeku (faktor VIII).

Ketiadaan faktor pembeku menyebabkan pendarahan berlaku secara berlebihan walaupun berpunca daripada kecederaan yang kecil.

Hemophilia lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki.2. Trombosis

Merupakan pembentukan bekuan darah dalam salur darah yang tidak tercedera. Gumpalan ini dipanggil trombus.

Thrombus boleh bergerak dalam salur darah ke organ penting seperti otak dan jantung. Gumpalan thrombus yang bergerak ini dipanggil embolus.

Sekiranya penyumbatan berlaku di dalam arteri koronari (arteri yang membawa darah ke jantung), keadaan ini disebut trombosis koronari dan boleh menyebabkan serangan jantung.

Trombosis vena dalam ialah thrombosis pada vena kaki. Trombosis dalam otak boleh menyebabkan strok. Thrombosis juga boleh berlaku akibat aterosklerosis, iaitu

enapan lemak dan kolestrol pada dinding arteri. Keadaan ini menyebabkan lumen arteri menjadi semakin

sempit dan dinding arteri mengeras dan menjadi kurang kenyal.

Pengaliran darah dalam arteri tersekat menyebabkan tekanan darah meningkat.

Latihan:

i. Nyatakan dua cara bagaimana peredaran darah dalam manusia dikekalkan. (2 markah)

ii.