kepentingan main sambil belajar kepada an bahasa kanak

Upload: muhammad-rizam-hj-bakri

Post on 07-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Kepentingan Main Sambil Belajar Kepada an Bahasa Kanak

    1/5

    Pengenalan

    Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti

    yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa

    menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak

    bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu.

    Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah

    pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu.

    Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan

    semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu

    dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak

    memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling

    berharga buat perkembangan kanakkanak. Carr, dalam teori nya menyatakan,

    main adalah penting kepada kanak-kanak kerana main menyediakan peluang

    kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990).

    Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada

    kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak-kanak

    yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan

    mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan

    permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapatmenyuarakan perasaan kecewa tersebut.

    KEPENTINGAN MAIN SAMBIL BELAJAR KEPADA PERKEMBANGAN

    BAHASA KANAK-KANAK

    1. Membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran bertutur

    Dalam hal ini, para pelajar khususnya pada peringkat sekolah diajar dan dididik

    untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran bertutur. Kemahiran ini perlu

    dikuasai oleh para pelajar melalui interaksi lisan sesama rakan sebaya dan guru.

    Rakan sebaya mempengaruhi cara kanakkanak bertutur manakala guru

    berperanan untuk membentuk dan memberi pengetahuan kepada kanak-kanak

  • 8/6/2019 Kepentingan Main Sambil Belajar Kepada an Bahasa Kanak

    2/5

    pra sekolah tentang cara gaya bertutur dengan cara bertatasusila. Kemahiran

    bertutur secara bertatasusila diberi penekanan di dalam sukatan Pelajaran

    Bahasa Melayu. Ini membolehkan pelajar-pelajar dapat berkomunikasi dengan

    yakin, mampu bersoaljawab, perbualamn memberi pendapat, hujah dan

    cadangan. Namun begitu, kebanyakan para pelajar tidak mampu untuk

    berkomunikasi secara lisan dengan baik, teratur dan bertatasusila. Hasilnya,

    sebahagian besar pelajar-pelajar kita mampu menulis dengan memberi jawapan

    dan pendapat serta hujah dengan baik. Namun begitu, para pelajar tidak dapat

    memberi hujah dan pendapat secara lisan dengan baik dan berkesan.

    Kegagalan ini pastinya bukan berpunca daripada kegagalan system pendidikan

    kita hari ini, tetapi disebabkan oleh kurangnya penerapan interaksi lisan di dalam

    perbualan di dalam bilik darjah.

    2. Merangsang interaksi verbal pelajar

    Dalam permainan, pelajar akan diminta bercakap untuk menyuarakan

    pandangan dan pendapat mereka. Di samping itu, mereka juga diminta

    memberikan alasan-alasan tertentu yang berkaitan. Lazimnya, mereka perlu

    terlibat sepenuhnya secara aktif dalam permainan itu. Setiap ahli kumpulan akan

    merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan itu dan pada bila-bila masasahaja mereka akan diminta bercakap dan mengutarakan pandangan. Tiada

    seorang pun daripada mereka dibiarkan bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya,

    mereka harus mengutarakan tekad dan berazam sepenuhnya untuk

    berkomunikasi. Kesedaran seperti ini akan memberi peluang kepada guru

    menghasilkan satu suasana pembelajaran yang menarik dan berorientasikan

    pelajar. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan menjaga disiplin kelas.

  • 8/6/2019 Kepentingan Main Sambil Belajar Kepada an Bahasa Kanak

    3/5

    3. Menambah kefasihan dan keyakinan

    Permainan bahasa boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan

    kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri. Bahasa yang

    digunakan dalam sesuatu permainan itu tidak harus terhad kepada beberapa

    struktur ayat sahaja. Fungsi bahasa boleh melibatkan semua peringkat

    kerumitan berbahasa yang berbeza-beza. Permainan yang mengandungi

    kegiatan memberikan arahan umpamanya, boleh dimainkan pada semua

    peringkat bergantung pada pengetahuan bahasa dan kefasihan tertentu pelajar.

    Pelajar biasanya merasa seronok apabila dihadapkan dengan permainan yang

    mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan

    keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari. Peranan guru sebagai

    pemaklumat bahasa sangatlah penting. Guru harus bersedia memenuhi

    keperluan pelajar dalam permainan tersebut, terutama dalam konteks

    kepelbagaian bentuk kosa kata serta kecanggihan tatabahasa dan sintaksis.

    4. Alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan

    Dalam pengajaran bahasa, permainan boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk

    mengikut tujuannya. Justeru, permainan sangat berguna dalam aktivitipemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Kebanyakan pelajar yang lemah

    menghadapi masalah pengamatan dan pendengaran. Kelemahan ini dapat

    diatasi sedikit demi sedikit melalui aktiviti permainan yang dirancangkan. Jika

    tiada langkah yang diambil untuk mengatasi kelemahan ini, pelajar berkenaan

    akan menemui kesukaran menyebut bunyi, huruf, membunyikan suku kata dan

    perkataan. Selepas sesuatu pengajaran, gerak kerja pengukuhan pula diadakan.

    Latihan yang dijalankan secara berterusan mungkin membosankan pelajar.

    Walau bagaimanapun, aktiviti pengukuhan masih boleh diteruskan dengan

    syarat latihan dan latih tubi yang diperkenalkan itu dipelbagaikan dalam bentuk

    aktiviti permainan bilik darjah.

    Pelajar di dalam sesebuah kelas, biasanya mempunyai pelbagai peringkat

    kebolehan, misalnya kumpulan cergas, sederhana dan lemah. Sesetengah

  • 8/6/2019 Kepentingan Main Sambil Belajar Kepada an Bahasa Kanak

    4/5

    pelajar mempunyai perasaan malu yang tebal dan ada juga yang pendiam atau

    tidak begitu ramah. Namun demikian, mereka perlu dilibatkan sama supaya

    perasaan negatif yang menguasai diri mereka itu dapat dihapuskan. Sebagai

    aktiviti pengayaan, pelajar yang lemah boleh digalakkan mengambil bahagian

    bersama-sama dengan pelajar yang bersesuaian dengan kebolehan dan

    kemampuan mereka. Bagi pelajar yang cergas pula, permainan dalam aktivitki

    pengayaan akan menambahkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman

    mereka.

    5.0 Pembelajaran bahasa semula jadi

    Permainan bahasa membolehkan berlakunya pembelajaran secara semula jadi.

    Malahan kecenderungan bermain adalah satu gesaan yang semula jadi. Ia harus

    digunakan sebaik mungkin oleh guru, terutama yang sentiasa berusaha mencari

    jalan merangsang keinginan pelajar untuk belajar. Pembelajaran bahasa berlaku

    dalam diri pelajar dan ia adalah satu proses yang perlahan. Banyak aspek yang

    berhubung dengan pembelajaran bahasa boleh berlaku melalui proses yang

    semula jadi. Ia terlaksana apabila seseorang itu terlibat dengan penggunaan

    bahasa itu secara langsung.

    http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article89.pdf

    http://www.ipsmb.edu.my/pdf/jpm/bermain.pdf

  • 8/6/2019 Kepentingan Main Sambil Belajar Kepada an Bahasa Kanak

    5/5