ring main unit (rmu)

27
RING MAIN UNIT (RMU) JENIS MINYAK (TAMCO-OLU/HFU) 1. PERKAKAS SUIS JENIS HFU (HIGH FUSING UNIT) Perkakas ini mempunyai tiga ruangan iaitu: i. Ruangan sesentuh dan basbar yang mana dipenuhi dengan minyak sebagai penebat ii. Ruangan fius yang bertebat udara iii. Ruangan kerja yang bertebat udara Perkakas suis ini mempunyai dua lengan kendalian, iaitu satu lengan untuk kendalian sesentuh dan satu lagi untuk membumikan fius. Dengan berpandukan kepada gambarajah komponen-komponen luar diperkakas suis adalah seperti berikut: a. PETUNJUK KENDALIAN SUIS Menunjukkan tiga kedudukan perkakas suis iaitu ‘Membumi Kabel’, ‘OFF’, ‘ON’. b. BUTANG PELANTIK Digunakan untuk memutuskan litar c. LENGAN BUMIKAN SUIS Untuk menyambungkan fius ke bumi d. LENGAN KENDALIAN SUIS Untuk mengendalikan perkakas suis dalam salah satu kedudukan membumi kabel ‘OFF’ dan ‘ONe. PENUTUP ESCUTHEON 1

Upload: mohamad-syukri-abd-rahaman

Post on 23-Jan-2016

692 views

Category:

Documents


59 download

DESCRIPTION

RING MAIN UNIT (RMU)

TRANSCRIPT

Page 1: Ring Main Unit (RMU)

RING MAIN UNIT (RMU) JENIS MINYAK (TAMCO-OLU/HFU)

1. PERKAKAS SUIS JENIS HFU (HIGH FUSING UNIT)

Perkakas ini mempunyai tiga ruangan iaitu:

i. Ruangan sesentuh dan basbar yang mana dipenuhi dengan minyak sebagai penebat

ii. Ruangan fius yang bertebat udaraiii. Ruangan kerja yang bertebat udara

Perkakas suis ini mempunyai dua lengan kendalian, iaitu satu lengan untuk kendalian sesentuh dan satu lagi untuk membumikan fius.

Dengan berpandukan kepada gambarajah komponen-komponen luar diperkakas suis adalah seperti berikut:

a. PETUNJUK KENDALIAN SUIS

Menunjukkan tiga kedudukan perkakas suis iaitu ‘Membumi Kabel’, ‘OFF’, ‘ON’.

b. BUTANG PELANTIK

Digunakan untuk memutuskan litar

c. LENGAN BUMIKAN SUIS

Untuk menyambungkan fius ke bumi

d. LENGAN KENDALIAN SUIS

Untuk mengendalikan perkakas suis dalam salah satu kedudukan membumi kabel ‘OFF’ dan ‘ON’

e. PENUTUP ESCUTHEON

Untuk menutup lengan bumikan fius dan lengan kendalian fius

1

Page 2: Ring Main Unit (RMU)

f. PINTU FIUS

Sebagai perlindungan kepada fius

g. PETI KABEL

Punca-punca menyambung kabel voltan 11kV ke atau dari basbar perkakas suis

h. SOKET PENGUJI

Soket untuk membuat ujian di kabel antara perkakas suis HFU dengan alatubah

2. PERKAKAS SUIS OLU (OIL LINK UNIT)

Perkakas ini mempunyai dua ruangan iaitu:

i. Ruangan sesentuh yang dipenuhi dengan minyakii. Ruangan kerja yang bertebat udara

Perkakas suis ini tidak mempunyai fius dan sesentuhnya direndam dalam minyak. Perkakas suis ini juga boleh dikendalikan dalam tiga kedudukan iaitu ‘ON’, ‘OFF’ dan ‘Membumikan Kabel’. Hanya satu lengan disediakan untuk tujuan menghindarkan kesilapan.

Dengan berpandu kepada gambarajah alat-alat diperkakas suis OLU adalah seperti berikut:

a. PETUNJUK KENDALIAN PERKAKAS SUIS

Menunjukkan tiga kedudukan, ‘membumi kabel’, ‘OFF’, ‘ON’

b. LENGAN KENDALIAN PAPAN SUIS

Untuk mengendalikan perkakas suis dalam salah satu kedudukan yang diatas

c. PENUTUP LENGAN KENDALIAN

Untuk menutup lengan perkakas suis peti kabel

d. PETI KABEL

Punca-punca menyambung kabel voltan 11kV ke atau dari basbar ke perkakas suis

2

Page 3: Ring Main Unit (RMU)

e. SOKET PENGUJI

Soket untuk membuat ujian di kabel antara perkakas suis OLU dengan OLU di lain pencawang yang disambungkan secara sistem gelang

3. PRINSIP KENDALIAN PERKAKAS SUIS HFU DAN SAMBUNGAN LITAR PERKAKAS SUIS HFU

3

Page 4: Ring Main Unit (RMU)

Lengan pengendalian di kedudukan ‘MEMBUMI KABEL’. Kabel voltan tinggi dibumikan

4

Page 5: Ring Main Unit (RMU)

HIGH FUSE UNIT

5

Page 6: Ring Main Unit (RMU)

a. Untuk menukar fius yang ada dalam HFU, pintu ruang fius mesti dibuka. Untuk membukanya tolak lengan membumi fius dari kedudukan ‘FUSE EARTH OFF’ kepada ‘FUSE EARTH ON’.

b. Sekarang barulah pintu fius dapat dibukac. Penunjuk keadaan suis masih menunjuk ‘OFF’

6

Page 7: Ring Main Unit (RMU)

a. Untuk mengendali HFU dari kedudukan ‘OFF’ kepada ‘Membumi Kabel’, tolak lengan kendalian dari kedudukan ‘OFF’ kepada ‘Membumi Kabel’

b. Lengan membumi fius mesti berada dalam kedudukan ‘FUSE EARTH ON’c. Penunjuk keadaan suis menunjuk ‘Membumi Kabel’

7

Page 8: Ring Main Unit (RMU)

CARA KENDALIAN PERKAKAS SUIS HFU

a. HFU didalam keadaan ‘ON’b. Penunjuk keadaan suis menunjukkan ‘ON’c. Lengan kendalian dikedudukan ‘ON’d. Lengan membumi fius dikedudukan ‘FUSE EARTH OFF’

8

Page 9: Ring Main Unit (RMU)

Mengikut gambarajah 2

a. Untuk mengendali HFU dari kedudukan ‘ON’ kepada ‘OFF’ tekan butang pelantik yang disediakan

b. Penunjuk keadaan suis menunjukkan ‘OFF’c. Tetapi, lengan pengendalian masih dalam kedudukan ‘ON’, walaupun suis HFU

dalam keadaan ‘OFF’

9

Page 10: Ring Main Unit (RMU)

Mengikut gambarajah 3

a. Lengan pengendalian ditolak kepada kedudukan ‘OFF’

10

Page 11: Ring Main Unit (RMU)

CARA KENDALIAN PERKAKAS SUIS OLU (OIL LINK UNIT)

Kendalian suis minyak OLU

Mengikut gambarajah 1

a. Suis minyak OLU dalam keadaan ‘ON”b. Penunjuk keadaan suis menunjukkan ‘ON”c. Lengan pengendalian berada dikedudukan ‘ON”

11

Page 12: Ring Main Unit (RMU)

Mengikut gambarajah 2

a. Untuk mengendali OLU dari keadaan ‘ON’ kepada ‘OFF’ lengan pengendali ditolak ke bawah

b. Lengan pengendalian dikedudukan ‘OFF’c. Penunjuk keadaan suis menunjukkan ‘OFF’

12

Page 13: Ring Main Unit (RMU)

Mengikut gambarajah 3

a. Untuk membolehkan kita mengendali OLU ke keadaan membumi kabel, lengan pengendalian mesti dialih tempatnya

b. Penunjuk keadaan menunjukkan ‘OFF’ lagi

13

Page 14: Ring Main Unit (RMU)

Mengikut gambarajah 4

a. Untuk mengendali OLU ke keadaan membumi kabel, lengan pengendalian di tolak ke bawah

b. Lengan pengendalian di kedudukan ‘Membumi Kabel’c. Penunjuk keadaan suis menunjukkan ‘Membumi Kabel’

14

Page 15: Ring Main Unit (RMU)

15

Page 16: Ring Main Unit (RMU)

CARA KENDALIAN PERKAKAS SUIS HFU

Gambarajah 1

a. HFU didalam keadaan ‘ON’b. Penunjuk keadaan suis menunjukkan ‘ON’c. Lengan kendalian di kedudukan ‘ON’d. Lengan membumi fius di kedudukan ‘FUSE EARTH OFF’

Mengikut gambarajah 1

a. HFU dalam keadaan ‘ON’. Arus dari busbar melalui fius dan terus ke kabel yang keluar kepada alatubah

b. Fius tidak di bumikan

16

Page 17: Ring Main Unit (RMU)

Mengikut Gambarajah 2

a. HFU dalam keadaan ‘OFF’. Ini menyebabkan sambungan diantara basbar dengan kabel terbuka

b. Fius tidak di bumikan

17

Page 18: Ring Main Unit (RMU)

Mengikut Gambarajah 3

a. HFU dalam keadaan ‘OFF’ lagib. Lengan membumi fius diletak pada ‘FUSE EARTH ON’ dan ini menyebabkan

fius dibumikan

Mengikut gambarajah 4

a. Lengan pengendalian diletak pada ‘MEMBUMI KABEL’, ini menyebabkan kabel yang keluar kepada alatubah dibumikan

b. Fius masih dibumikan

18

Page 19: Ring Main Unit (RMU)

PRINSIP KENDALIAN PERKAKAS SUIS OIL LINK UNIT (OLU) ATAU SAMBUNGAN LITAR PERKAKAS SUIS OLU

Mengikut gambarajah 1

Lengan pengendalian dikedudukan ‘ON’. Arus dari basbar akan mengalir kepada kabel jika OLU digunakan sebagai unit masuk (incoming unit). Jika OLU digunakan sebagai unit keluar (outgoing unit) arus akan mengalir dari kabel kepada basbar.

19

Page 20: Ring Main Unit (RMU)

Mengikut gambarajah 2

Lengan pengendalian dikedudukan ‘OFF’. Litar ini diantara basbar dan kabel terbuka

20