kepentingan kajian

10
PERNYATAAN MASALAH Masalah kemahiran menulis di kalangan murid lebih-lebih lagi melibatkan murid bukan Melayu seperti Cina dan India bukanlah sesuatu isu yang baru. Ia dilihat sebagai masalah yang sentiasa timbul di kalangan pendidik yang mempunyai tugas yang semakin mencabar. Bukan sahaja melibatkan sesebuah sekolah, malah ia turut dialami di setiap sekolah seluruh negara. Ia tidak hanya berlaku ke atas murid Cina semata, murid-murid di kalangan bangsa Melayu juga kerap menghadapi masalah yang sama menjadikan ia sebuah isu yang tidak dipandang enteng memandangkan masalah ini merupakan isu nasional. Berdasarkan Laporan Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (2014), 26 November yang lalu, subjek Penulisan Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mengalami penurunan di beberapa buah negeri seperti Negeri Sembilan, Perlis, Perak dan Selangor. Berbanding 2013, sebanyak 2.27 Gred Purata Nasional (GPN) dicatatkan yang mana sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) keseluruhan UPSR tahun ini dengan mencatatkan penurunan purata sebanyak 0.02. Ini jelas menunjukkan pemasalahan kemahiran menulis Bahasa Melayu masih timbul di kalangan murid SJKC walaupun sudah merentas beberapa tahun kecemerlangan bagi peperiksaan peringkat nasional itu melaui subjek lain.

Upload: miroswat

Post on 10-Nov-2015

37 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

PERNYATAAN MASALAHMasalah kemahiran menulis di kalangan murid lebih-lebih lagi melibatkan murid bukan Melayu seperti Cina dan India bukanlah sesuatu isu yang baru. Ia dilihat sebagai masalah yang sentiasa timbul di kalangan pendidik yang mempunyai tugas yang semakin mencabar. Bukan sahaja melibatkan sesebuah sekolah, malah ia turut dialami di setiap sekolah seluruh negara. Ia tidak hanya berlaku ke atas murid Cina semata, murid-murid di kalangan bangsa Melayu juga kerap menghadapi masalah yang sama menjadikan ia sebuah isu yang tidak dipandang enteng memandangkan masalah ini merupakan isu nasional. Berdasarkan Laporan Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (2014), 26 November yang lalu, subjek Penulisan Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mengalami penurunan di beberapa buah negeri seperti Negeri Sembilan, Perlis, Perak dan Selangor. Berbanding 2013, sebanyak 2.27 Gred Purata Nasional (GPN) dicatatkan yang mana sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) keseluruhan UPSR tahun ini dengan mencatatkan penurunan purata sebanyak 0.02. Ini jelas menunjukkan pemasalahan kemahiran menulis Bahasa Melayu masih timbul di kalangan murid SJKC walaupun sudah merentas beberapa tahun kecemerlangan bagi peperiksaan peringkat nasional itu melaui subjek lain. Menurut Yahya Othman dan Suzanawaty Osman (2014), masalah yang sering dikaitkan dalam kemahiran menulis ialah guru masih lagi mengekalkan kaedah konvensional. Seperti biasa, guru hanya lebih bercakap melalui isi karangan dan pemberian idea-idea kepada murid untuk menyediakan rangka karangan yang menyebabkan murid akan menjadi pasif dan kurang menyeronokkan. Hal ini juga berkaitan dengan sikap guru yang kurang yakin dengan kelebihan murid bagi mendapatkan isi penulisan melalui cara penerokaan sendiri. Dalam perkembangan berkaitan, guru kesuntukan masa dalam mengejar sesebuah silibus dalam penulisan yang penting untuk dikecapi setiap murid. Di sini kita akan dapat lihat ada murid yang tertinggal dan kurang memahami sesuatu tajuk menjadikan murid itu tertinggal dan tidak diberi ruang.Selain daripada masalah yang dihadapi guru, dapatan kajian Che Zanariah Hassan dan Fadzilah Abd. Rahman (2011), jelas menunjukkan antara masalah berkaitan murid pula adalah bahan ransangan yang tidak difahami dengan mendalam, yang mana murid-murid tidak memahami kehendak soalan dalam penulisan serta hanya menyalin soalan semasa latihan dan ujian. Apabila murid tidak memahami bahan ransangan terutama berkaitan karangan bergambar semasa proses pengajaran dan di dalam kertas peperiksaan, mereka akan menulis perkataan dan ayat yang tidak menepati kehendak bahan ransangan tersebut. Menurut Nik Safiah Karim, Hashim Musa, Hamid Mahmood dan Farid M.Onn (2009) pula, walaupun beberapa elemen wacana dimasukkan iaitu peringkat tertinggi dalam tingkatan tatabahasa selepas kata, frasa, klausa dan ayat, murid-murid baik sekolah kebangsaan mahupun jenis kebangsaan masih tidak mampu menhasilkan ayat yang bombastik dan kohesif dalam penulisan mereka. Selain itu, ketidakupayaan murid SJKC untuk mahir menulis dengan cemerlang dalam kalangan mereka adalah berpaksi kepada kurangnya maklumat yang ada dalam pengetahuan murid bagi mengenalpasti tajuk dan meluaskan isi atau buah fikiran. Ia adalah hasil pembacaan yang kurang di kalangan murid ini dan datang daripada keluarga yang tidak menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di rumah. Ia turut disokong oleh Nursidah Ab. Hamid (2010) yang menyatakan 89% murid bukan Melayu lemah dalam penguasaan tatabahasa, ia menunjukkan kemiskinan penguasaan perbendaharaan kata serta pengetahuan kosa bahasa menjadi punca yang menyebabkan mereka sukar menterjemah kemahiran mereka di dalam penulisan. Dalam sisi yang lain, kehidupan sosial mereka di luar turut memainkan peranan yang besar mengapa murid-murid ini lemah dan mempengaruhi masalah penulisan mereka. Kita dapat lihat bagaimana, percampuran mereka sesama bangsa mereka, yang langsung tidak mahu bergaul dengan murid Melayu samada persekitaran rumah, taman atau ketika bermain menjadikan ruang lingkup Bahasa Melayu itu menjadi sempit dan caca marba. Lihat sahaja, di sebuah kedai motor, pertembungan murid Cina dan Melayu akan diselangi dengan perbualan yang menjurus kepada percampuran bahasa atau bahasa rojak (cina dan melayu). Ini memungkinkan penggunaan perkataan Bahasa Melayu yang kurang tepat seterusnya diadaptasi kelemahannya dalam penulisan.

RUMUSAN Sebagai rumusan keseluruhannya, peranan guru dilihat sangat bertepatan dan menjadi pencetus utama kepada sekolah sebagai pembimbing murid dalam pembelajaran kemahiran menulis karangan bahasa Melayu. Melalui pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P), jelas kemahiran menulis adalah salah satu induksi penting selain Membaca dan Mengira melalui mekanisme 3M yang harus dijalankan dengan usaha yang tercapai. Kertas konsep ini ditulis bertujuan untuk mengenalpasti masalah murid Cina masih lagi lemah dalam kemahiran menulis karangan bahasa Melayu dan membantu meningkatkan pencapaian murid-murid Cina dalam kemahiran menulis karangan bahasa Melayu di sekolah dengan skop kajian yang boleh diperbesarkan dan diperhebatkan dengan melaksana cadangan lanjut yang diekspresi oleh penulis. Ia sekaligus membantu pelbagai pihak untuk mendapatkan hasil pencapaian terbaik terutama di dalam proses p&p dan peperiksaan. Selain itu, strategi pengajaran dan pembelajaran oleh guru juga mendatangkan kesan yang positif kepada murid dalam memupuk pembelajaran kondusif dan menyeronokkan melalui kemahiran menulis disebabkan oleh sikap dan perlakuan mereka yang sentiasa berubah lebih-lebih lagi di dalam subjek yang tidak mereka minati. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia perlu melihat hasil kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji dalam membantu murid-murid Cina. Sukatan pelajaran juga memainkan peranan penting dalam membantu guru dan murid untuk menghasilkan penulisan karangan yang baik. Walaupun ia telah ditambah, namun ia masih tidak mencukupi bagi guru dan murid mengecap pembelajaran dan memahirkan penulisan mereka. Melalui kertas konsep ini juga, dapat dijadikan sebagai kayu pengukur menambah baik, melengkapkan dan memberikan idea kepada perancang kurikulum untuk modul pengajaran bahasa terutama kemahiran menulis dan bahasa dengan lebih teratur dan berkesan. Melalui projek, rancangan dan modul yang tebaik, ia akan menghasilkan rancangan yang jitu dan holistik dalam kemhiran murid-murid bukan Melayu dalam penulisan. Bukan sekadar guru dan perancang kurikulum, murid juga adalah peneraju utama dalam pentas ilmu mereka untuk mendalami kemahiran menulis kerana ia terhasil dari persekitaran dan kehidupan yang membantu dan membina. Ibu bapa dan murid di rumah terutamanya, dilihat perlu mengubah cara hidup mereka berbahasa, bergaul dan penerimaan sosio budaya dengan bangsa yang lain bagi memacu kemahiran menulis mereka seiring, sehebat dan setanding murid-murid Melayu.

KEPENTINGAN KAJIANKajian ini penting untuk mendapatkan maklumat dan mengenalpasti permasalahan murid dalam menghasilkan penulisan karangan bahasa Melayu. Memandangkan masalah ini masih lagi berterusan sehingga kini dan beberapa langkah yang positif perlu diambil. Hal ini adalah sebagai satu usaha untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah kemahiran menulis karangan khususnya dalam kalangan murid Cina di SJKC. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran masalah ini ini biasa terjadi, namun sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh murid tidak boleh dibiarkan berlanjutan.Selepas kajian dijalankan, maka sedikit sebanyak dapat mengenalpasti serta menyelesaikan segala masalah dalam kemahiran menulis karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC. Sehubungan dengan itu, hasil kajian ini dapat dijadikan sumberrujukan bagi pihak-pihak yang terlibat seperti :Kementerian Pendidikan MalaysiaKajian ini akan membuka ruang kepada pihak kementerian khususnya bahagian pembangunan kurikulum dalam mengkaji strategi-strategi baru untuk penambahbaikan, pengemaskinian, penilaian, pengubahsuaian, strategi dan teknik yang bersesuaian dengan dengan bahan. Selain itu, kajian ini juga dapat memberi idea dan pandangan dalam penghasilan dan penulisan buku teks. Hal ini kerana buku teks merupakan bahan yang penting dan kandungannya mestilah selari dengan dengan kehendak soalan peperiksaan bagi mempersiapkan murid dengan dengan kelebihan dan kebolehan bagi menjawab soalan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang.Guru-guruKajian ini memberikan pemahaman kepada guru-guru tentang apa jenis kesalahan utama murid-murid khususnya murid berbangsa Cina dan punca wujudnya kesalahan dalam kemahiran menulis karangan. Oleh hal yang demikian, kajian ini untuk memungkinkan guru membuat perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, langkah pertama yang boleh dilaksanakan ialah memberi kesedaran dan pengetahuan kepada guru tentang wujudnya masalah ini dan bagaimana cara untuk membantu mereka dalam meningkatkan proses kemahiran menulis karangan. Pemahaman guru yang kukuh tentang proses kemahiran menulis karangan akan membantu guru membentuk rancangan pengajaran yang baik, sesuai dan menarik minat murid untuk menulis. Hasil kajian ini juga dapat membantu guru menghasilkan satu sesi pengajaran yang lebih efisyen bagi membantu murid yang lemah dalam kemahiran menulis karangan khususnya di sekolah jenis kebangsaan Cina.

Ibu BapaIbu bapa dapat mengetahui sejauh mana tahap penguasaan anaknya dan menjadikan panduan untuk membantu murid dalam membaiki kesalahan dalam kemahiran menulis karangan. Selain itu, kajian ini dapat memberikan pengetahuan asas kepada ibu bapa bentuk karangan yang baik dan strategi pengajaran menulis karangan yang lebih baik dan mudah.Murid-muridKajian ini dapat membantu murid mengetahui kelemahan merka dalam kemahiran menulis karangan bahasa Melayu. Hal ini secara tidak langsung akan membuatkan mereka faham dan tahu bagaimana penulisan karangan yang baik dan tidak mengulangi kesalahan yang sama. Di samping itu, dapat melazimkan murid dengan kemahiran menulis karangan bahasa Melayu yang betul.

Cadangan Kajian SeterusnyaOleh sebab banyak kesalahn dan kelemahan yang dikenalpasti dalam kerta konsep ini, pengkaji bercadang untuk menjalankan kajian dengan mencari kaedah yang bersesuaian bagi membantu murid mengatasi masalah tersebut. Antara kaedah yang boleh digunakan ialan pembelajaran secara koperatif. Kaedah pembelajaran koperatif ialah strategi yang diperkenalkan dalam sistem pembelajaran bestari. Dengan strategi ini, murid-murid digalakkan berdikari dalam meneroka ilmu daripada pelbagai sumber. Kaedah pembelajaran ini membolehkan murid yang pandai dan lemah bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat bersama (Gan,1999). Setiap murid dibahagikan kepada kelompok dan guru menjadi sebagai pemerhati. Peranan utama diberikan kepada kumpulan-kumpulan murid berkenaan untuk berbincang dan melantik ketua, pencatat, pelapor dan seumpamanya. Aktiviti ini memberi ruang kepada murid-murid tadi untuk berinteraksi serta memberi tunjuk ajar dan kenal pasti apa yang betul dan yang salah dalam sesuatu kemahiran yang diajar.Pengkaji juga bercadang menghasilkan satu modul panduan untuk digunakan oleh semua guru bagi memudahkan proses membantu murid tidak melakukan kesalahan dalam kemahiran menulis karangan bahasa Melayu. Modul tersebut juga boleh digunakan selepas murid-murid telah menguasai kemahiran bagi melazimkan mereka dengan penulisan bahasa Melayu yang betul. Selain itu, guru-guru hendaklah berusaha untuk menggunakan kaedah-kaedah lain yang dirasakan bersesuaian dalam pengajaran karangan. Guru juga mestilah memperbanyakkan aktiviti kumpulan belajar bersama supaya murid dapat berbincang dan berkongsi masalah dalam penulisan karangan. Dengan itu, guru berpeluang untuk memantau penggunaan bahasa murid, sama ada dalam lisan mahupun tulisan.Guru juga perlu sentiasa membaiki kesilapan yang dilakukan murid dalam semua aspek. Semakan yang teliti terhadap penulisan murid perlu diadakan dari semasa ke semasa agar mempertingkatkan lagi penguasaan kemahiran menulis bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina khususnya.