kepentingan (ekonomi)

3
Seterusnya, kepentingan hubungan etnik di Malaysia turut memberi kesan terhadap dasar ekonomi negara. Sungguh beruntung Negara Malaysia walaupun adanya kepelbagaian kaum, budaya dan agama, negara Malaysia masih berada dalam keadaan harmoni dan aman. Tetapi, pada detik peristiwa hitam 13 Mei 1969, di mana rusuhan kaum telah berlaku dengan kejamnya, kedudukan ekonomi negara telah terjejas kerana berlakunya jurang pencapaian ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu. Hal ini disebabkan oleh ketidakseimbangan pengagihan pendapatan, pelajaran dan status sosial antara kumpulan etnik. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosio-ekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Antara dasar yang telah diperkenalkan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai strategi kearah mengukuhkan pendapatan dan ekonomi bumiputera Melayu dan seterusnya dapat mengurangkan jurang ekonomi dengan masyarakat bukan Melayu. Pada pertengahan tahun 1970, DEB yang begitu bermakna telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak. Implikasi dasar ini terletak pada matlamatnya yang berbentuk serampang dua mata iaitu bersiratkan maksud menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi. Salah satu strategi serampang dua mata yang dilaksanakan oleh DEB adalah untuk menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan kedudukan kawasan dapat dihapuskan. Matlamat DEB untuk menyusun semula masyarakat biasanya merujuk kepada aspek-aspek seperti agihan milik saham syarikat, guna tenaga dan pembangunan wilayah. Tujuan DEB yang lebih positif lagi dalam usaha menyusun semula masyarakat adalah untuk meningkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan.Sejarah telah memperlihatkan bagaimana pihak British melaksanakan 'Dasar Pecah dan Perintah' ke atas Tanah Melayu semasa

Upload: dayang-nur-zawani

Post on 01-Oct-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

oo

TRANSCRIPT

Seterusnya, kepentingan hubungan etnik di Malaysia turut memberi kesan terhadap dasar ekonomi negara. Sungguh beruntung Negara Malaysia walaupun adanya kepelbagaian kaum, budaya dan agama, negara Malaysia masih berada dalam keadaan harmoni dan aman. Tetapi, pada detik peristiwa hitam 13 Mei 1969, di mana rusuhan kaum telah berlaku dengan kejamnya, kedudukan ekonomi negara telah terjejas kerana berlakunya jurang pencapaian ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu. Hal ini disebabkan oleh ketidakseimbangan pengagihan pendapatan, pelajaran dan status sosial antara kumpulan etnik. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosio-ekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Antara dasar yang telah diperkenalkan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai strategi kearah mengukuhkan pendapatan dan ekonomi bumiputera Melayu dan seterusnya dapat mengurangkan jurang ekonomi dengan masyarakat bukan Melayu. Pada pertengahan tahun 1970, DEB yang begitu bermakna telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak. Implikasi dasar ini terletak pada matlamatnya yang berbentuk serampang dua mata iaitu bersiratkan maksud menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi. Salah satu strategi serampang dua mata yang dilaksanakan oleh DEB adalah untuk menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan kedudukan kawasan dapat dihapuskan. Matlamat DEB untuk menyusun semula masyarakat biasanya merujuk kepada aspek-aspek seperti agihan milik saham syarikat, guna tenaga dan pembangunan wilayah. Tujuan DEB yang lebih positif lagi dalam usaha menyusun semula masyarakat adalah untuk meningkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan.Sejarah telah memperlihatkan bagaimana pihak British melaksanakan 'Dasar Pecah dan Perintah' ke atas Tanah Melayu semasa penjajahannya. Dari itu, melalui perpaduan antara variasi kaum telah menjayakan rancangan kerajaan dalam menjayakan DEB dan seterusnya dapat mengurangkan kegoyahan sosioekonomi antara kaum dan wilayah.Selain daripada menstabilkan semula ekonomi negara, hubungan etnik di Malaysia turut beroleh dalam membasmi kemiskinan. Menurut Zakry Abadi (1992) kemiskinan orang Melayu disebabkan oleh berlakunya penindasan ke atas mereka semasa zaman kolonialisme di mana orang-orang Melayu hanya digalakan menanam tanaman untuk keperluan mereka sedangkan bangsa asing digalakan membuka lading-ladang, perlombongan, dan perniagaan di bandar-bandar besar. Inilah antara sebab kebanyakan penduduk luar bandar yang berbangsa Melayu mengalami kemiskinan. Penglibatan orang Melayu adalah lebih tertumpu kepada perkhidmatan awam di peringkat persekutuan dan negeri yang telah dikhaskan oleh pihak Inggeris di mana orang bukan Melayu tidak tertarik untuk menyertainya. Dari segi sejarah, walaupun terdapat desakan dan tekanan dalam susunan ekonomi dan sosial namun orang Melayu dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap perubahan serta menyerap pengaruh asing ke dalam masyarakatnya. Orang Melayu tetap boleh menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan pada masa yang sama mereka tetap mengekalkan identiti diri sendiri. Namun demikian, kebanjiran kaum pendatang yang mengambil tempat orang Melayu menyebabkan orang Melayu sendiri berundur jauh dari pekan dan pusat bandar.Hal ini menyebabkan orang Melayu mula berasa bimbang terhadap penyertaan kaum pendatang.Kemiskinan adalah salah satu sebab utama yang membangkitkan rasa tidak puas hati antara kaum. Inilah yang mencetuskan rusuhan kaum di Negara kita. Oleh itu, pihak kerajaan pada masa itu berusaha untuk menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya.seperti pada zaman sebelum era kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum cina yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini telah dilatih untuk memegang ekonomi dan sehingga sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi Negara kita masih dipegag oleh kaum Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk memastikan kaum lain juga boleh memegang ekonomi dengan meningkatkan penguasaan kaum Melayu dalam bidang ekonomi supaya orang Melayu tidak terus membiarkan orang-orang Cina menguasai ekonomi Negara kita. Dari sini, dapatlah disamaratakan penguasaan ekonomi oleh semua kaum di Negara Malaysia. Tanpa adanya perpaduan dan hubungan baik antara pelbagai etnik tidak dapatlah Malaysia menikmati kekayaan hasil daripada pengagihan penglibatan ekonomi secara rata.