kepentingan bersenam

3
Kepentingan Bersenam Bersenam dan bersukan telah menjadi “trend” masa kini kepada semua masyarakat di Malaysia . Terdapat pelbagai jenis senaman dan aktiviti sukan seperti “sit – up”, berbasikal, “jogging”, bermain badminton dan lain – lain lagi. Namun begitu, ada juga segelintir rakyat Malaysia yang hanya memandang ringan dan tidak ambil peduli tentang kepentingan aktiviti senaman ini. Di bawah ini saya sertakan tiga kepentingan bersenam di dalam kehidupan seharian. Kepentingan yang pertama ialah, dengan bersenam kita dapat mengisi masa lapang yang ada. Selain itu, bersenam juga boleh dijadikan sebagai hobi. Contohnya, jika kita mempunyai kelapangan masa, kita boleh melakukan aktiviti bersenam di gimnasium, taman – taman yang berdekatan dengan rumah dan sebagainya. Namun begitu, jika kita mempunyai jadual kerja atau jadual harian yang ketat, kita boleh melakukan senaman ringan seperti aktiviti regangan badan yang berupaya memberikan kelegaan setelah penat bekerja seharian. Di samping itu, senaman juga dapat menghindarkan kita daripada terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral dan tidak sihat. Tambahan lagi, bersenam dapat membentuk kita menjadi lebih berdisiplin kerana setiap senaman menpunyai urutan langkah yang tertentu, jadi kita perlu mengikut langkahnya satu – persatu supaya senaman tidak mendatangkan kecederaan kepada kita.

Upload: dayana-yana

Post on 26-Jul-2015

364 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Bersenam

Kepentingan Bersenam

Bersenam dan bersukan telah menjadi “trend” masa kini kepada semua

masyarakat di Malaysia . Terdapat pelbagai jenis senaman dan aktiviti sukan seperti

“sit – up”, berbasikal, “jogging”, bermain badminton dan lain – lain lagi. Namun

begitu, ada juga segelintir rakyat Malaysia yang hanya memandang ringan dan tidak

ambil peduli tentang kepentingan aktiviti senaman ini. Di bawah ini saya sertakan

tiga kepentingan bersenam di dalam kehidupan seharian.

Kepentingan yang pertama ialah, dengan bersenam kita dapat mengisi masa

lapang yang ada. Selain itu, bersenam juga boleh dijadikan sebagai hobi.

Contohnya, jika kita mempunyai kelapangan masa, kita boleh melakukan aktiviti

bersenam di gimnasium, taman – taman yang berdekatan dengan rumah dan

sebagainya. Namun begitu, jika kita mempunyai jadual kerja atau jadual harian yang

ketat, kita boleh melakukan senaman ringan seperti aktiviti regangan badan yang

berupaya memberikan kelegaan setelah penat bekerja seharian. Di samping itu,

senaman juga dapat menghindarkan kita daripada terjebak dalam kegiatan yang

tidak bermoral dan tidak sihat. Tambahan lagi, bersenam dapat membentuk kita

menjadi lebih berdisiplin kerana setiap senaman menpunyai urutan langkah yang

tertentu, jadi kita perlu mengikut langkahnya satu – persatu supaya senaman tidak

mendatangkan kecederaan kepada kita.

Kepentingan bersenam yang kedua ialah dapat merapatkan hubungan

silaturrahim sesama keluarga, rakan dan masyarakat sekeliling. Seperti yang kita

tahu, semua orang amat sibuk pada hari bekerja dan kadang – kadang tidak dapat

meluangkan masa bersama keluarga dan rakan yang tercinta. Dengan melakukan

aktiviti bersenam bersama – sama pada hujung minggu, hubungan yang renggang

itu tadi akan kembali erat. Contohnya, kita boleh melakukan aktiviti “jogging”

bersama keluarga atau rakan – rakan di taman rekreasi. Tambahan lagi, kita

berkongsi kemudahan alatan senaman di taman rekreasi dengan masyarakat

sekeliling. Dengan itu, kita boleh berkenalan dan beramah – mesra bersama mereka

Page 2: Kepentingan Bersenam

Kepentingan yang ketiga ialah, aktiviti senaman ini juga dapat menjadikan

tubuh badan kita sihat dan cergas. Contohnya, setiap kali kita melakukan senaman,

badan kita akan mengeluarkan peluh. Secara tidak langsung, garam yang

berlebihan didalam badan dapat dikeluarkan. Selain itu, bersenam juga dapat

meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Kita dapat meningkatkan daya tahan

kardivaskular dengan melakukan aktiviti larian seperti “jogging” dan lari jalan kaki.

Oleh itu, kesihatan jantung kita akan sentiasa terjamin jika kita kerap melakukan

senaman ini. Selain itu bagi kaum wanita, senaman juga boleh membentuk tubuh

badan yang langsing dan fleksibel. Wanita perlu menjaga badan dan kesihatan

masing – masing supaya rumah tangga aman bahagia dan dapat menjaga orang

lain dengan sempurna.

Oleh itu, semua pihak harus sedar tentang betapa pentingnya aktiviti

bersenam kepada manusia. Tambahan lagi, sekarang ini di Malaysia sudah ramai

orang yang menghidap obesiti kerana faktor pemakanan. Dengan itu, aktiviti

bersenam ini juga boleh dijalankan untuk mengurangkan masalah obesiti di samping

mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika semua masyarakat

bersenam, maka otak akan menjadi cerdas, hasil daripada tubuh badan yang sihat

dan cergas.