kepentingan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

Upload: sktkzuera

Post on 04-Oct-2015

100 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam ransangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni, pemulihan dan juga pengayaan.0.1PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRANApa yang disebut sebagai strategi penggabungjalinan kemahiran ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan strategi ini dilaksanakan ialah bagi membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu strategi ini juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna murid. Proses penggabungjalinan kemahiran juga dapat memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif serta seluruh kelas. Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran, penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran ialah apabila proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan melibatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain. Penggabungjalinan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan. Kemahiran fokus merupakan kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagaimana yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran manakala kemahiran sampingan pula ialah kemahiran yang digabungkanjalinkan setelah dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran yang di fokus. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam pelaksanaan pengajaran yang melibatkan proses penggabungjalinan seperti membuat penelitian terhadap keperluan mata pelajaran untuk mengenal pasti kemahiran yang di fokus dan kemahiran sampingan yang akan terlibat ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penilitian ini sangat penting dalam menentukan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar objektif pengajaran dapat dicapai. Di samping itu guru perlu memastikan keutamaan kemahiran agar kemahiran fokus dapat dikuasai oleh murid berbanding kemahiran sampingan. Selain itu guru juga perlu menetapkan susunan atau tertib kedudukan kemahiran-kemahiran tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai persediaan sebelum bermulanya proses pengajaran guru boleh menyediakan keperluan bahan-bahan yang diperlukan bagi tujuan pelaksanaan kemahiran-kemahiran tersebut selaras dengan objektif mata pelajaran. Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain.Proses ini memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar. Sebagai contoh yang jelas dapat dilihat penggabungjalinan yang diaplikasikan ialah seperti penggabungan kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan mata pelajaran Kajian Tempatan iaitu melalui aktiviti seperti melukis Jalur Gemilang atau pelan kedudukan sekolah. Penggabungjalinan ini perlu diwujudkan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan murid. Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum pula melibatkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Setiap kemahiran ini mempunyai hubungan dan berkait rapat dengan kehidupan seharian murid. Oleh itu kemahiran-kemahiran ini perlu dititikberatkan ole setiap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu guru yang juga perlu menitikberatkan soal kemahiran pelbagai kecerdasan serta kemahiran generik kerana kemahiran ini melibatkan kecerdasan murid dan penting untuk proses pertumbuhan dan perkembangan murid.Implikasi daripada proses penggabungjalinan kemahiran ini objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Proses ini juga merupakan suatu pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh oleh murid daripada mata pelajaran lain. Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.Selain itu murid-murid juga berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan. Kemahiran-kemahiran yang telah mereka perolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dalam aktiviti kehidupan seharian seperti membaca, menulis, melukis dan mengira. Penggabungjalinan juga berkeupayaan untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan dapat mengelakkan kebosanan murid disamping menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang, harmonis dan bersepadu. 0.2PENYERAPAN PENGETAHUANPenyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah kerana setiap perkara yang dipelajari dalam suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan dan amat berguna bagi mata pelajaran lain. Sebagai contohnya isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains dan Matematik diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep penggabungjalinan kerana proses penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran. Dalam proses ini murid akan dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. Hasil daripada penyerapan ini maka wujudlah beberapa kelebihan kepada proses pengajaran dan pembelajaran antaranya seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya. Oleh itu secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih produktif serta efektif. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan disamping murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang telah dipelajarinya melalui penyerapan kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung isi pengajaran telah dihubungkaitkan dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain. Guru haruslah bijak memilih isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain untuk meransang minat murid terhadap pengajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta progresif.0.3PENYERAPAN NILAI MURNIPenyerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai murni ini melibatkan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran, penyerapan nilai murni ini telah dilakukan secara sedar dan terancang tetapi murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara semulajadi dan sendirinya.

Walaubagaimanapun, secara terperincinya penyerapan nilai-nilai murni ini telah berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan juga pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit digunakan apabila guru-guru secara tidak langsung telah menerapkan sesuatu nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas dan adil. Pendekatan ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum serta oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa dan di mana-mana yang difikirkan sesuai.

Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan ssesuatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan sepert arahan untuk tidak membuang sampah di merata-rata serta menjaga kebersihan persekitaran. Terdapat juga sesetengah pihak sekolah yang mengadakan program atau aktiviti yang khusus untuk menerapkan sesuatu nilai murni dalam kalangan murid seperti program motivasi, khemah ibadat, sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Guru, kempen kebersihan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian. Penyerapan nilai murni melalui pendekatan eksplisit adalah lebih terancang bersesuaian dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan serta penilaian yang jelas.

Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:NILAICONTOH

Baik hati1. Belas kasihan2. Bertimbang rasa3. Murah hati4. Saling memahami5. Sedia memaafkan

Berdikari1. Bertanggungjawab2. Tidak berharap atau bergantung kepada bantuan orang lain3. Jaya diri4. Yakin kepada diri sendiri

Berhemah tinggi1. Kesopanan2. Mengaku kesalahan sendiri3. Ramah mesra

Hormat-menghormati1. Hormat kepada ibu bapa2. Hormat kepada orang yang lebih tua3. Taat kepada raja dan Negara4. Hormat kepadda hak asasi5. Hormat kepada undang-undang6. Menghargai maruah diri

Kasih sayang1. Sayang kepada nyawa2. Sayang kepada alam sekeliling3. Cinta kepada Negara4. Cinta kepada keamanan dan keharmonian

Keadilan1. Bertindak adil2. Sentiasa saksama

Kebebasan1. Kebebasan di sisi undang-undang2. Kebebasan dalam sistem demokrasi

Keberanian1. Berani dengan tidak membuta tuli2. Berani kerana benar3. Berani mempertahankan kebenaran4. Berani bertanggungjawab

Kebersihan fizikal dan mental1. Kebersihan diri2. Kebersihan persekitaran3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan

Kejujuran1. Bersifat amanah2. Bercakap benar3. Sentiasa ikhlas

Kerajinan1. Cekal2. Daya usaha3. Dedikasi4. Gigih5. Tekun

Kerjasama1. Persaudaraan2. Tanggungjawab bersama3. Gotong-royong4. Toleransi5. Kebaikan bersama6. Perpaduan

Kesederhanaan1. Sederhana dalam meningkatkan kepentingan diri dan orang lain2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku

Kesyukuran1. Berterima kasih2. Mengenang budi3. Menghargai

Rasional1. Boleh membuat pertimbangan2. Boleh membuat penaakulan3. Berfikiran logik dan terbuka

Semangat bermasyarakat1. Bermuafakat2. Kejiranan3. Peka kepada isu-isu sosial dan masyarakat

Semangat kewarganegaraan1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia2. Bersemangat patriotik3. Berusaha ddan produktif

0.4PEMULIHANKonsep seterusnya ialah konsep pemulihan. Konsep ini telah dibentuk dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi membantu murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas 3M. Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya (Koh Boh Boon, 1982).

Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui pendidikan pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding murid lain. Hal ini berlaku kerana murid adalah berbeza dari segi pengalaman, minat dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang lemah atau menghadapi masalah tertentu perlulah diberi perhatian dan bimbingan. Objektif pendidikan pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan murid.

Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental mereka di samping membolehkan murid mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru-guru dan juga pihak lain. Murid juga turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta sama-sama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah apabilawujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid. Selain itu masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang ada dalam diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang kurang baik serta disiplin diri yang rendah. Faktor kecacatan sejak lahir dan selepas lahir juga turut menyumbang kepada masalah pembelajaran. Murid yang mengalami kecacatan ini akan ditempatkan disekolah khas yang bersesuaian dengan keadaan mereka.

Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu, pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran bimbingan rakan sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantuan yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil pula guru akan membimbing murid yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama dan mempunyai masalah yang sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari guru.

Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti membuat perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai, menentukan masalah yang sama tidak berulang, mengikuti kemajuan murid dengan menggunakan senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti penhukuhan yang sesuai dan secocok bagi menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses pemulihan sebagaimana yang telah dijadualkan satu penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid. Penilaian ini bertujuan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan terlah tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil ke atas murid.0.5PENGAYAANCabang konsep yang terakhir ialah aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-murid pintar cerdas. Konsep ini mengambil kira bahawa murid-murid yang pintar cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah. Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas.

Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada murid untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.

Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereja disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Selain itu aktiviti ini juga dapat membuatkan murid berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta meelahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.Secara keseluruhannya pelaksanaan konsep 5P ini dalam KBSR adalah penting dan wajar demi meningkatkan kredibiliti anak bangsa. Konsep integrasi dalam kurikulum dan pengajaran yang diterapkan adalah ke arah pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni secara bersepadu dan menyeluruh.Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Semua rakyat Malaysia sedia maklum dengan penubuhan Jawatankuasa Razak pada tahun 1956, jelas dapat dilihat bahawa wawasan yang ingin dicapai dalam pembentukkan negara berkaitan juga dengan aspek bahasa juga diambil kira. Laporan Razak ini telah menegaskan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara kita. Rancangan ini kemudian telah dikukuhkan lagi oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Jawatankuasa ini telah menjadi asas kepada pembentukan Akta Pendidikan 1961 dan diperteguhkan lagi dalam Akta Pendidikan 1996.

Peranan atau kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu dapat dilihat apabila bahasa ini dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara kita. Apabila bahasa ini digunakan maka bahasa Melayu dapat mengisi erti pendemokrasian pendidikan kerana sebahagian besar rakyat mendapat ilmu melalui satu bahasa sahaja. Apabila semua orang mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu maka jurang pendidikan dapat dielakkan kerana kita sudah mempunyai sistem pendidikan kebangsaan dan bukan sistem yang memisahkan jurang antara rakyat. Selain daripada itu penggunaan bahasa kebangsaan ini juga dapat mengembangkan ilmu dan memudahkan proses penyampaian ilmu kepada masyrakat menjadi lebih berkesan.

Kejayaan hasil daripada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila ratusan ribu ahli ilmu, korporat, professional dan tenaga pembangunan negara dalam pelbagai bidang telah berjaya dihasilkan setelah Akta Pendidikan ini diwartakan. Aspek kejayaan sistem pendidikan mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kerana kesatuan sikap, pemikiran. Sistem nilai dalam kalangan generasi muda kita. Selain daripada itu disebabkan juga budaya berbahasa yang secara relatifnya seragam. Kejayaan dan kepentingan semua ini dapat dilihat oleh pihak sekolah yang berperanan mengajar generasi masa kini bahasa Melayu. Melalui bahasa Melayu juga prasangka buruk antara kaum dapat dielakkan.

Selain daripada kepentingan yang telah disebutkan tadi bahasa Melayu juga amat penting untuk hal ehwal pembinaan negara kita sebagai negara bangsa. Hal ini kerana bahasa Melayu amat penting untuk mengeratkan perhubungan dalam pembinaan konsep kebangsaan dan kenegaraan yang dikenali sebagai Malaysia. Sesungguhnya perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu amat penting untuk menyatukan roh bangsa, asas jati diri dan citra bangsa selain daripada untuk menyampaikan ilmu pengetahuan.

KONSEP PENGGABUNGJALINAN, PEYERAPAN, PENGAYAAN, PEMULIHAN DAN PENILAIAN(5P)PenggabungjalinanPenggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut:

i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan kemahiran berbahasa membaca. Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran.

ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan dan menulis.

iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada umum atau istilah) dan peribahasa serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.

Prinsip-prinsip penggabungjalinan Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid

Bentuk-bentuk penggabungjalinanAda 3 bentuk penggabungjalinan1. Penggabungjalinan kemahiran2. Penggabungjalinan bahan3. Penggabungjalinan aktiviti

1. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran.K1: Kemahiran mendengarK2: Kemahiran bertuturK3: Kemahiran membacaK4: Kemahiran menulis

Sila rujuk rajah di bawah:

2. Penggabungjalinan AktivitiAnda boleh menggabungkan sekurang-kurang dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan. Bacaan dan kefahaman dan tulisan.

3.Penggabungjalinan BahanPenggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Peracangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dngan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid.

PenyerapanPenyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan seperti yang berikut:

i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.

ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang namun, murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.

iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut:

Mencirikan Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan Membuat kaitan dan perhubungan Membanding dan membeza Menyusun atur Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu Membezakan fakta dengan pendapat Menganalisis Mengesan kecondongan pendapat Mengenal pasti sebab akibat Meramal Mensintesis Mengitlak Membuat analogi Membuat inferens Membuat kesimpulan Menginterpretasi, mentafsir Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan Menilai Menjana idea Merumus, meringkas Membuat keputusan Menyelesaikan masalah

Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan kemahiran berfikir tersebut dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun grafik (graphic organizer), soalan bertumpu dan bercapah, dan peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang ada.

Rajah di atas menunjukkan penyerapan antara mata pelajaran Bahasa Melayu dengan mata pelajaran lain.

KB: Kemahiran bahasa

KS: Kemahiran Pendidikan Seni

KM: Kemahiran muzik

PenilaianPenilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif. Penilaian biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif (ujian kemajuan) dan penilaian sumatif (ujian pencapaian).

Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu1. Penilaian mengesan penguasaan2. Penilaian mengesan kemajuan3. Penilaian mengesan pencapaian

Aktiviti PenilaianPada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu:

i. Penilaian formatifPenilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara formal dan tidak formal dengan tujuan:

Mengesan kemajuan pelajar Melihat keberkesanan pengajaran guru Mengesan masalah pembelajaran murid (diagnostik) supaya guru dapat membuat alternatif pengajaran Menentukan kesediaan murid untuk menerima pelajaran baru

ii. Penilaian SumatifPenilaian sumatif ialah ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau semester. Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh dan mengandungi semua aras kemahiran.Penilaian ini bertujuan:

Mengesan tahap pencapaian murid pada akhir sesuatu pembelajaran Memperoleh maklum balas tentang pencapaian murid Membuat perbandingan pencapaian antara murid

PemulihanPemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan mereka. Individu yang memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran.

PengayaanPengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.

Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan. Antaranya adalah seperti berikut:

a. Menggunakan daya usaha sendirib. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiric. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental.d. Mengunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubahe. Melibatkan pembacaan luas danf. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial

Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah:

Pembelajaran akses kendiri Kerja projek Bacaan tambahan Permainan dan rekreasi da Pembelajaran berbentuk computer

Konsep 5P merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni, pemulihan dan pengayaanPERLAKSANAAN 5P DALAM PENGAJARAN PSV

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran.

Meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Menarik lebih minat pelajar kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna kepada murid-murid.Memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid- murid secara seimbang dan menyeluruh.

Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran, pengabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain. Contohnya cikgu menyuruh pelajar melukis lima buah-buahan tempatan kemudian mewarna buah-buahan tersebut Oleh itu pelbagai kemahiran yang dapat diterapkan dalam aktiviti tersebut antaranya ialah kemahiran berfikir, melukis dan mewarna. Kemahiran utama yang cikgu tersebut hendak fokuskan ialah kemahiran melukis iaitu objektif utama pengajaran dan pembelajaran. Manakala kemahiran sampingan ialah kemahiran yang digabungjalinkan dengan kemahiran utama iaitu kemahiran mewarna dan berfikir.

Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran yang lain. Penggabungjalinan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain amatlah penting untuk meningkatkan kemahiran murid. Contohnya kemahiran daripada Pendidikan Seni Visual boleh digabungjalinkan dengan mata pelajaran Kajian Tempatan. Bagi mata pelajaran Kajian Tempatan, pelajar perlu megenali peta Malaysia. Oleh itu pelajar perlu melukis dan mewarna peta Malaysia mengikut nama-nama negeri yang terdapat di Malaysia. Kemahiran dalam Pendidikan Seni Visual seperti melukis dan mewarna digabungjalinkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.Bentuk penggabungjalinan yang terakhir ialah penggabungjalinan merentas kurikulum. Penggabungjalinan ini melibatkan kemahiran - kemahiran belajar untuk belajar, kemahiran berfikir secara kreatif & kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pelbagai kecerdasan dan kemahiran generik. Penggabungjalinan merentas kurikulum bermaksud kemahiran diluar pembelajaran. Contohnya dalam menghasilkan kraf tangan, pelajar haruslah berfikir secara kreatif dan kritis bagaimana hendak menghasilkan kraf yang menarik.

Penyerapan Pengetahuan

Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu matapelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu mata pelajaran yang diajar. Penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran.

Kelebihan Penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik walaupun tajuk yg hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.Kelebihan ke dua ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yng lebih produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain,murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif.

Terakhir, murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain. Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, guru boleh menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Seni Visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran mewarna dan melukis sahaja

Penerapan Nilai-Nilai Murni

Penerapan nilai-nilai murni ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Penerapan nilai ini berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit.

Pendekatan implisit seperti guru-guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya, guru berpakaian bersih dan kemas apabila mengajar dan secara tidak langsung guru tersebut menerapkan nilai kebersihan dan kekemasan untuk dijadikan contoh kepada pelajar.

Pendekatan eksplisit ialah mengadakan suatu peraturan, arahan dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan. Penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang, dengan matlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas.

Dalam konteks pendididikan seni visual, guru tersebut boleh meminta sekumpulan pelajar mengemas bilik seni sekolah. Secara tidak langsung ini dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, ambil berat dan sikap toleransi.

Pengayaan

Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajar disamping menambah minat dan pengalaman yang dapat membantu pelajar ke arah perkembangan dan bakat diri. Pengayaan juga dapat membuatkan pelajar berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.

Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk mengembang minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.

Dalam Pendidikan Seni Visual, guru boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran mengikut bidang-bidang tertentu untuk meningkatkan dan menambah minat pelajar dalam mata pelajaran seni. Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajar supaya pelajar dapat melahirkan daya kreattviti tersendiri.

Pemulihan

Pemulihan bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Melalui pendidikan pemulihan pelajar yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding pelajar lain. Contohnya, dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar yang kurang kemahiran dalam melukis akan diajar mengikut teknik-teknik yang sesuai secara berulang kali.

Pelajar juga turut diberikan peluang untuk mencuba menggembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mecuba ke tahap yang lebih majuKONSEP 5P

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 5P?. Konsep ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Konsep 5P juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan.Konsep 5P menekankan penggabungjalinan , penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. 1. PenggabungjalinanPenggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut:

a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.Prinsip-prinsip penggabungjalinan

Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajarBentuk-bentuk penggabungjalinan

Ada 3 bentuk penggabungjalinan :

1.Penggabungjalinan kemahiran2.Penggabungjalinan bahan3.Penggabungjalinan aktiviti

2. Penyerapan

Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan.

Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi2.5.1 Tujuan Penyerapan.

Aspek ini boleh membantu murid untuk :a.Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melaluiaktiviti yang dijalankan;b.Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan;c.Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati;d.Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu;e.Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; danf.Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.g.Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks;h.Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri; dan

i.Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat.2.5.2. Unsur Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu.Terdapat 5 unsur penyerapan iaitu :

i.Ilmu Pengetahuan.Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains,dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata pelajaran lain.Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak.Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan.

ii.Nilai murni.Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah melalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas.Kadangkala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan kerja projek.Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik , berakhlak mulia , berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan lain.

iv.KewarganegaraanPenyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Bahasa Melayu mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.

v.Peraturan sosio-budaya.Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam nasyarakat Malaysia.Peraturan sisio-budaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

vi.Kemahiran Bernilaian Tambah.Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bagi membolehkan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran itu dapat dunia sebenar pelajar. Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai

3. PengayaanPengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.Objektif Pengayaana.Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluaspengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran tertentu;b.Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar kebolehan mereka;c.Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilaisesuatu hasil kerja sendiri;d.Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan;e.Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskanpembelajaran seumur hidup.

4. PemulihanDalam konteks ini pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. (3M) Sebaik sahaja masalah pembelajaran dikesan dan dikenal pasti, program ini akan dilaksanakan. Murid-murid dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.Objektif program pemulihanAntara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:a)Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka;b)Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu;c)Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru;d)Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju;e)Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama adadi dalam atau di luar bilik darjah;f)Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari;g)Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing

5. PenilaianStufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.Sebagai rumusannya, penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif P&P

KONSEP 5P

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.

PENGGABUNGJALINAN Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. PENYERAPAN Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain. PENGAYAAN Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.PEMULIHAN Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. PENILAIAN Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.

Penggabungjalinan Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut:

i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan kemahiran berbahasa membaca. Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran.

ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan dan menulis.

iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada umum atau istilah) dan peribahasa serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.

Prinsip-prinsip penggabungjalinan Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid

Bentuk-bentuk penggabungjalinanAda 3 bentuk penggabungjalinan1. Penggabungjalinan kemahiran2. Penggabungjalinan bahan3. Penggabungjalinan aktiviti

1. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran. K1: Kemahiran mendengarK2: Kemahiran bertuturK3: Kemahiran membacaK4: Kemahiran menulis

Sila rujuk rajah di bawah:

2. Penggabungjalinan AktivitiAnda boleh menggabungkan sekurang-kurang dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan. Bacaan dan kefahaman dan tulisan.

3.Penggabungjalinan BahanPenggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Peracangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dngan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid.

PenyerapanPenyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan seperti yang berikut:

i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.

ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang namun, murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.

iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut:

Mencirikan Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan Membuat kaitan dan perhubungan Membanding dan membeza Menyusun atur Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu Membezakan fakta dengan pendapat Menganalisis Mengesan kecondongan pendapat Mengenal pasti sebab akibat Meramal Mensintesis Mengitlak Membuat analogi Membuat inferens Membuat kesimpulan Menginterpretasi, mentafsir Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan Menilai Menjana idea Merumus, meringkas Membuat keputusan Menyelesaikan masalah

Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan kemahiran berfikir tersebut dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun grafik (graphic organizer), soalan bertumpu dan bercapah, dan peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang ada.

Rajah di atas menunjukkan penyerapan antara mata pelajaran Bahasa Melayu dengan mata pelajaran lain.

KB: Kemahiran bahasa

KS: Kemahiran Pendidikan Seni

KM: Kemahiran muzik

PenilaianPenilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif. Penilaian biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif (ujian kemajuan) dan penilaian sumatif (ujian pencapaian).

Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu1. Penilaian mengesan penguasaan2. Penilaian mengesan kemajuan3. Penilaian mengesan pencapaian

Aktiviti PenilaianPada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu:

i. Penilaian formatifPenilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara formal dan tidak formal dengan tujuan:

Mengesan kemajuan pelajar Melihat keberkesanan pengajaran guru Mengesan masalah pembelajaran murid (diagnostik) supaya guru dapat membuat alternatif pengajaran Menentukan kesediaan murid untuk menerima pelajaran baru

ii. Penilaian SumatifPenilaian sumatif ialah ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau semester. Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh dan mengandungi semua aras kemahiran. Penilaian ini bertujuan:

Mengesan tahap pencapaian murid pada akhir sesuatu pembelajaran Memperoleh maklum balas tentang pencapaian murid Membuat perbandingan pencapaian antara murid

PemulihanPemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan mereka. Individu yang memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran.

PengayaanPengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.

Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan. Antaranya adalah seperti berikut:

a. Menggunakan daya usaha sendiri b. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiric. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental.d. Mengunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubahe. Melibatkan pembacaan luas danf. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial

Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah:

Pembelajaran akses kendiri Kerja projek Bacaan tambahan Permainan dan rekreasi da Pembelajaran berbentuk komputer