bagaimana bahasa melayu sebagai bahasa ilmu boleh tercapai

30
BAGAIMANA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU BOLEH TERCAPAI Menurut Havranek, di dalam Garvin (1984), sesuatu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri penting: keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Melalui keintelektualan, bahasa tersebut mestilah mempunyai keupayaan menyampaikan hujah dan buah fikiran yang berkesan dan tepat yakni mampu menyampaikan kesinambungan dan kerumitan fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan. Beliau juga mengatakan bahawa, kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa tersebut mesti sudah berada di dalam suasana 'saintifik' yang boleh menganalisis bahasa secara tepat yang mencerminkan kejelasan pemikiran yang logik. Keintelektualan bahasa dicapai melalui perbendaharaan kata dan melalui sistem tatabahasa. Keintelektualan perbendaharaan kata boleh dicapai melalui dua cara, iaitu: i. Pengembangan perbendaharaan kata (lexical development ) dengan menambah istilah baru, yang bersifat khusus dan kadangkala sukar difahami. ii. Melalui penukaran bentuk dan corak perbendaharaan kata iaitu dengan memberi pengertian khusus atau tertentu kepada perkataan tertentu yang berbeza dengan penggunaan biasa; perkataan baru mesti bersifat tepat, spesifik dan abstrak. Kesempurnaan bahasa pula bermaksud satu bahasa yang akan berfungsi sebagai bahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang lengkap yakni mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan. Kestabilan bermaksud sesuatu bahasa itu mesti lah mempunyai peraturan-peraturan atau sistem, contohnya peraturan sebutan, peraturan memakai imbuhan, peraturan menggunakan frasa atau ayat, di samping mempunyai sistem atau cara membentuk kata atau istilah-istilah. Tanpa peraturan ini, kestabilan bahasa tidak mungkin tercapai. Bersifat luntur pula bermaksud bahasa itu boleh menerima pembaharuan yang berlaku di dalam bahasa-bahasa lain. Misalnya, penggunaan imbuhan pinjaman (pro-, anti-, -isme, is-), penggunaan istilah baru dan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan Arab. Sifat keterbukaan ini membolehkan bahasa Melayu berfungsi dengan sempurna sebagai bahasa ilmu di dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi.

Upload: irdina-imanina-full

Post on 30-Jul-2015

398 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

BAGAIMANA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU BOLEH TERCAPAIMenurut Havranek, di dalam Garvin (1984), sesuatu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri penting: keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Melalui keintelektualan, bahasa tersebut mestilah mempunyai keupayaan menyampaikan hujah dan buah fikiran yang berkesan dan tepat yakni mampu menyampaikan kesinambungan dan kerumitan fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan. Beliau juga mengatakan bahawa, kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa tersebut mesti sudah berada di dalam suasana 'saintifik' yang boleh menganalisis bahasa secara tepat yang mencerminkan kejelasan pemikiran yang logik.

Keintelektualan bahasa dicapai melalui perbendaharaan kata dan melalui sistem tatabahasa. Keintelektualan perbendaharaan kata boleh dicapai melalui dua cara, iaitu:i.  Pengembangan perbendaharaan kata (lexical development ) dengan menambah istilah baru, yang bersifat khusus dan kadangkala sukar difahami.ii.  Melalui penukaran bentuk dan corak perbendaharaan kata iaitu dengan memberi pengertian khusus atau tertentu kepada perkataan tertentu yang berbeza dengan penggunaan biasa; perkataan baru mesti bersifat tepat, spesifik dan abstrak.

Kesempurnaan bahasa pula bermaksud satu bahasa yang akan berfungsi sebagai bahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang lengkap yakni mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan. Kestabilan bermaksud sesuatu bahasa itu mesti lah mempunyai peraturan-peraturan atau sistem, contohnya peraturan sebutan, peraturan memakai imbuhan, peraturan menggunakan frasa atau ayat, di samping mempunyai sistem atau cara membentuk kata atau istilah-istilah. Tanpa peraturan ini, kestabilan bahasa tidak mungkin tercapai. Bersifat luntur pula bermaksud bahasa itu boleh menerima pembaharuan yang berlaku di dalam bahasa-bahasa lain. Misalnya, penggunaan imbuhan pinjaman (pro-, anti-, -isme, is-), penggunaan istilah baru dan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan Arab. Sifat keterbukaan ini membolehkan bahasa Melayu berfungsi dengan sempurna sebagai bahasa ilmu di dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi.

Sifat kepelbagaian di dalam bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa ilmu pula bermaksud mempunyai pelbagai cara untuk menyatakan pelbagai peristiwa, perasaan atau pemikiran untuk mendapatkan kesan-kesan yang berbeza. Contohnya, untuk meminta seseorang itu membuka 'suis angin' kerana hawa di dalam bilik itu panas, boleh disampaikan dengan pelbagai gaya atau cara seperti:

i.    Berpeluh pula badan. Panas rasanya sekarang!ii.   Panas sungguh malam ini.iii.  Tolong pasangkan kipas angin. Saya rasa panas.iv.  Bilik ini patut dipasang dengan alat pendingin udara. Memang tidak sesuai pakai baju jenis ini. Panas rasanya.

Sifat keberkesanan pula bermaksud yang sempurna itu mempunyai keupayaan memberikan maksud dengan tepat dan berkesan. Antara ciri-cirinya ialah, bahasa itu mestilah mempunyai perkataan, istilah, frasa dan ayat yang boleh digunakan untuk menyemai maksud dengan tepat tanpa menimbulkankeraguan, kekeliruan dan kekaburan

Page 2: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

erti. Pada masa kini juga terdapat banyak buku ilmiah sama ada di dalam bidang teknologi mahupun sains yang digunakan sebagai rujukan di pusat pengajian tinggi atau universiti. Bahasa yang sempurna juga mestilah mempunyai keindahan bahasa yakni boleh melahirkan buah fikiran, pendapat ataupun kenyataan dengan bahasa yang indah dan sedap didengar serta mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi. Nilai estetika ini dapat kita lihat melalui puisi tradisional mahupun puisi moden seperti pantun, syair, gurindam dan sajak. Antara contoh keindahan bahasa dapat dilihat melalui bait-pait puisi di bawah:

1. Tanjung Katong airnya biru,    Tempat orang bermandi manda,    Sedang sekampung lagikan rindu,    Inikan pula jauh di mata.

2. Apa guna berkain batik,    Kalau tidak dengan sujinya,    Apa guna beristeri cantik,    Kalau tidak dengan budinya.

3. Barang siap tiada memegang agama,    Sekali-kali tiada boleh dibilang nama.

4. Burung kedidi terbang ke hutan,    Gugur bulunya di ranting sena,    Ranting patah menimpa budak,    Jangan menjadi rambutan jantan,    Orang berbunga awak berbunga,    Orang berbuah awak tidak. 

(Dipetik daripada A. Halim Ali (2006), Mendekati Puisi Melayu Tradisional.Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Sebenarnya, hasil daripada kerjasama pelbagai pihak boleh membuahkan buku ilmiah yang dapat digunakan di sekolah rendah, menengah, institut perguruan dan universiti. Peranan utama dimainkan oleh DBP sejak tertubuhnya institusi tersebut pada tahun 1956 dan hingga sekarang isu buku rujukan bagi sekolah rendah dan menengah sudah dapat diselesaikan. Di samping itu, pihak kerajaan juga telah memainkan peranan yang penting di dalam kemajuan menuju ke arah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Pihak kerajaan telah memberi bantuan kewangan yang amat banyak di dalam hal ini dan pelbagai aktiviti disediakan untuk pengembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Abstrak- ; Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia dan dimaktubkan

dalam Perlembagaan Persekutuan, Artikel 152. Sejak tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957 hingga kini

bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan terus menerus digunakan dan berkembang maju serta

meluas di negara kita terutamanya di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan namun banyak

cabaran yang perlu dilalui bahasa Melayu dalam merealisasikan peranannya sebagai bahasa ilmu.

Page 3: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

Perbincangan ini menyingkap mengenai cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam

konteks negara bangsa dan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama

membincangkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahagian kedua menjelaskan

ciri-ciri bahasa ilmu, keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa manakala bahagian akhir

iaitu bahagian ketiga menghuraikan cabaran yang perlu dihadapi bahasa Melayu sebagai bahasa

ilmu dalam konteks negara bangsa serta beberapa cadangan penyelesaiannya.PENDAHULUAN-;

Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bermaksud peranan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden iaitu ilmu

sains, teknologi, ekonomi, kedoktoran, undang-undang, sastera dan agama. Dengan perkataan lain,

bahasa Melayu boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras bahasa untuk

memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu moden. Misalnya dalam bidang

kejuruteraan, bahasa Melayu harus mempunyai laras bahasa yang khusus untuk menerangkan hal

tentang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal, dan

kejuruteraan kimia. Begitu juga dalam bidang kedoktoran bahasa Melayu perlu mempunyai laras

bahasa untuk memperkatakan hal dengan tepat tentang bidang anatomi, biokimia, farmakologi,

fisiologi, mikrobiologi perubatan, obstetrik dan ginekologi, oftalmologi, otorinolaringologi,

parasitologi, patologi, pediatrik, perubatan psikologi, perubatan kemasyarakatan dan surgeri. Laras

saintifik ini berbeza pula daripada laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan,

laras sejarah, laras seni ukir, laras sains rumah tangga, dan sebagainya. Sebagai bahasa ilmu,

bahasa Melayu harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah, dan laras bahasa yang cukup dan

sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal perdagangan antarabangsa,

perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan, dan perangkaan.

Maksudnya, kekuatan bahasa Melayu seharusnya setanding dengan kekuatan bahasa Inggeris

dalam memperkatakan konsep dan pemikiran ilmu moden. Bahasa Melayu perlu duduk sama

rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa antarabangsa yang lain seperti bahasa Inggeris,

bahasa Perancis, bahasa Jerman, dan bahasa Jepun yang sudah lama berperanan sebagai bahasa

ilmu moden. Ciri-ciri Bahasa Ilmu dan Keintelektualan bahasa-; Bahasa yang mencapai taraf

sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri penting iaitu keintelektualan bahasa dan

kesempurnaan bahasa. Keintelektualan yang dimaksudkan ialah bahasa itu harus mempunyai

keupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan iaitu mengungkap

kesinambungan dan kerumitan fikiran. Mengikut Havranek, kemuncak pencapaian taraf

keintelektualan bahasa ialah penggunaan laras saintifik yang berusaha menghasilkan bentuk

bahasa yang tepat dan mencerminkan kejelasan pemikiran yang logik. Keintelektualan bahasa

boleh dicapai terutamanya melalui perbendaharaan kata dan sebagainya melalui sistem tatabahasa.

Keintelektualan perbendaharaan kata dicapai melalui dua cara utama iaitu: a. Melalui

pengembangan perbendaharaan kata (lexical development) iaitu dengan menambah istilah baru.

Page 4: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

Istilah baru ini bersifat khusus dan mungkin sukar difahami oleh penutur biasa. b. Melalui penukaran

bentuk dan corak perbendaharaan kata iaitu dengan memberi pengertian khusus atau tertentu

kepada perkataan tertentu bagi satu-satu bidang tertentu yang berbeza daripada penggunaan biasa.

Perkataan yang baru itu hendaklah bersifat tepat, khusus, dan abstrak.Kesempurnaan Bahasa-;

Bahasa ilmu juga perlu mempunyai ciri kesempurnaan iaitu sifat yang menjadikan bahasa itu sesuai,

tepat, tegas, dan berkesan dalam situasi atau konteks penggunaannya. Bahasa yang sempurna

adalah bahasa yang memperlihatkan sifat kestabilan, keberkesanan, dan keindahan. Apakah yang

dimaksudkan dengan sifat kestabilan? Sifat kestabilan ialah bahasa ilmu harus mempunyai

peraturan atau sistem misalnya peraturan sebutan, peraturan pemakaian imbuhan ( awalan,

akhiran, sisipan, dan awalan bersama-sama akhiran ), peraturan atau sistem struktur ayat dan

frasanya. Peraturan dan cara penggunaan aspek kebahasaan ini penting kerana tanpa peraturan ini,

kestabilan bahasa tidak mungkin dicapai. Bahasa yang stabil perlu mempunyai peraturan

penggunaan perkataan dan istilah yang jelas supaya pengguna bahasa senang memahaminya.

Bahasa yang mempunyai peraturan yang tegas dan teratur ini dikatakan bahasa yang sudah

dikodifikasikan atau berkodikasi. Selain mempunyai sifat kestabilan, bahasa itu harus mempunyai

ciri kelenturan. Maksudnya bahasa itu harus lentur (flexible) iaitu menyesuaikan dan disesuaikan

dengan alam sekitar dan pembaharuan yang berlaku dalam masyarakat bahasa. Ertinya untuk

menjadi yang sempurna bahasa itu harus berupaya dan boleh menyesuaikan diri dengan perubahan

masa dan penuturnya tanpa mengorbankan sifat aslinya. Cabaran yang dihadapi bahasa Melayu

sebagai bahasa Ilmu dan cadangan penyelesaiannya Cabaran pertama dan paling hangat

dibincangkan timbul daripada cadangan kerajaan hendak melaksanakan penggunaan bahasa

Inggeris dalam pengajaran sains dan teknologi di peringkat pengajian tinggi. Perdana Menteri

sebagaimana yang dilaporkan oleh media elektronik pada malam 2 Disember 1994 dan media cetak

pada 3 Disember 1994 telah memberi bayangan yang jelas tentang hal itu. Malahan beliau memberi

pilihan kepada rakyat sama ada ingin maju dengan merujuk kepada pentingnya bahasa Inggeris

atau terus mempertahankan warisan bangsa iaitu bahasa Melayu. ( Utusan Malaysia, 1994 ). Pada

tanggal 6 Mei 1995 Perdana Menteri pada masa itu mengulang lagi kenyataan dengan mengatakan:

Kerajaan hari ini mengambil keputusan membenarkan penggunaan bahasa Inggeris di institusi

pengajian tinggi bagi tujuan mempertingkat ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Langkah ini perlu

bagi memastikan pencapaian dan penyertaan rakyat dalam pelbagai bidang dalam proses

menjayakan negara. Penyataan yang lebih bersifat amaran itu diikuti pula oleh penyataan Menteri

Pendidikan pada masa itu, Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud bahawa Akta Universiti dan Kolej

Universiti 1971 akan dipinda untuk memungkinkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar di peringkat pengajian tinggi. Sumber berlakunya salah faham ini timbul daripada

kenyataan bahawa penguasaan bahasa Inggeris pelajar amat rendah. Hal ini amat mengecewakan

kerana dalam usaha kita untuk maju dalam bidang sains dan teknologi kita perlu menimba ilmu

Page 5: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

pengetahuan dari luar dan kita perlu berhubung dengan dunia luar. Untuk tujuan ini, salah satu

bahasa yang penting dipelajari adalah bahasa Inggeris. Kenyataan ini memang benar. Penggunaan

bahasa Inggeris pelajar kita kurang memuaskan dan ianya perlu dipertingkatkan. Peranan bahasa

Inggeris penting terutama sebagai bahasa untuk mencari ilmu pengetahuan khususnya dalam

bidang sains dan teknologi. Hal ini diakui oleh semua pihak termasuk golongan yang

memperjuangkan bahasa Melayu. Mereka sedar bahawa kita tidak boleh hidup terpisah daripada

masyarakat lain tetapi sebaliknya perlu berhubung dengan dunia luar. Oleh itu, adalah wajar negara

kita mengetahui lebih daripada bahasa kebangsaan dan bahasa tempatan yang lain. Pemilihan

bahasa Inggeris sebagai bahasa asing untuk dipelajari tidak perlu dipersoalkan. Berdasarkan faktor

sejarah dan kedudukan bahasa itu sendiri yang menjadi bahasa dunia, pemilihan ini amat wajar. Hal

ini menjadi lebih wajar apabila disedari bahawa bahasa Inggeris diperlukan untuk menimba ilmu

pengetahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi. Tetapi yang menjadi masalah ialah

tindakan yang diambil setelah menyedari bahawa mutu bahasa Inggeris pelajar kita amat rendah.

Langkah yang dicadangkan dan ada kalanya bukan sahaja menuju ke arah mengukuhkan

kedudukan bahasa Inggeris tetapi juga bersifat mencabar dan melemahkan kedudukan bahasa

Melayu. Semua ini timbul sejak pucuk pimpinan melafazkan dan menekankan kepentingan bahasa

Inggeris. Banyak pihak termasuk pegawai dan orang perseorangan mengambil sikap bahawa kini

bahasa Inggeris perlu diketengahkan dan secara tidak langsung mengetepikan bahasa Melayu.

Kesan daripada tindakan tersebut timbul anggapan bahawa bahasa Melayu tidak mampu dan tiada

tempat dalam negara yang sedang membangun menuju ke Wawasan 2020. Dalam konteks negara

Malaysia, proses pembinaan negara bangsa dan menuju Wawasan 2020, ‘ acuan sendiri ‘ dan ‘

acuan negara ‘ perlu diberi perhatian yang sewajarnya . Bahasa negara iaitu bahasa Melayu

termasuklah dalam acuan sendiri dan tidak seharusnya dipinggirkan. Apa yang menghairankan kita

ialah sikap sangsi terhadap bahasa Melayu pada saat bahasa Melayu telah mencapai kejayaan

yang meluas. Di sekolah, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar. Di institusi pengajian tinggi,

bahasa Melayu digunakan secara meluas walaupun bahasa Inggeris tetap digunakan dalam kelas

yang dikendalikan pensyarah luar. Jikalau dilihat lulusan sekolah kita tidak kira kaum, mereka fasih

berbahasa Melayu. Mengapa pada saat bahasa Melayu telah berjaya maka kita mula sangsi?

Jangan melalui tindakan yang tergesa-gesa menghancurkan apa-apa yang telah dibina sejak tiga

abad yang lalu. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah

menyatakan bahawa kecintaan pada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah salah satu

asas kecintaan pada negara yang perlu dipupuk dan dikembangkan dengan amalan. Menurutnya

lagi, amalanlah yang akan menjadi bukti bagi menyuburkan dan memekarkan perasaan cinta serta

memberikan keyakinan untuk terus mencintai bahasa kebangsaan itu. Tambahnya, tanpa

mengamalkan bahasa Melayu sukar bagi kita hendak meyakinkan diri kita dan orang lain bahawa

kita mencintai bahasa kebangsaan kita. Inilah unsur rohaniah yang perlu disemadikan dalam setiap

Page 6: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

sanubari rakyat Malaysia khususnya ( Ucapan Perasmian Gerakan Cintailah Bahasa Kita, kuala

Lumpur, 11 Disember 1987 ). Percayalah bahawa bahasa yang tidak digunakan sebagai bahasa

ilmu dan cuma digunakan sebagai bahasa pasar, pertuturan tahap rendah, bahasa basahan,

sekadar untuk bersembang-sembang kosong di kedai kopi akhirnya akan kehilangan maruahnya.

Nilainya akan menjunam lalu hilang ditelan zaman sebagaimana bahasa Anglo-Saxon (bahasa

Inggeris tua). Selepas ini ilmuwan dan cendekiawan manakah yang akan menulis artikel , jurnal,

kajian, tesis sarjana, disertasi PhD, dan buku tentang sains, teknologi dan matematik dalam bahasa

Melayu selepas usaha itu tidak bernilai lagi? Siapakah yang akan membacanya dalam bahasa

Melayu jika sudah tidak ada orang yang faham kata dan istilah yang digunakan? Perkukuhkanlah

penguasaan bahasa Melayu tetapi janganlah dengan cara mengorbankan hak dan peranan bahasa

Melayu baik di Malaysia mahupun di dunia ini. Cabaran kedua ialah tanggapan bahawa kemajuan

bangsa hanya dicapai melalui bahasa Inggeris. Dengan perkataan lain, andaian yang dibuat ialah

bahawa jika negara kita ingin maju selaras dengan kemajuan yang dicapai oleh negara lain di dunia

ini hanya dapat dicapai melalui bahasa Inggeris. Hanya dengan bahasa Inggeris sahaja dapat

menjadikan sesebuah negara itu maju. Dari segi implikasi kenyataan ini, bahasa Melayu tidak

mampu menjadi alat atau media untuk kemajuan bangsa dan negara. Bahasa Melayu juga

dikatakan tidak mampu membawa kemajuan ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi.

Sepatutnya jangan ditanya adakah bahasa Melayu mampu memperkatakan ilmu dalam bidang sains

dan teknologi. Apa yang patut ditanya ialah orang yang terlibat dalam bidang itu sama ada

mampukah mereka memperkatakan bidang itu dalam bahasa Melayu atau tidak. Walaupun

sebahagian ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi ditulis dalam bahasa Inggeris tetapi

sistem pendidikan kita mengandaikan bahawa lulusannya terutama yang lulus pada peringkat ijazah

menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik. Oleh itu, mereka sepatutnya menimba

ilmu melalui bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dan kemudian menyalurkan ilmu sains dan

teknologi kepada rakyat dalam bahasa Melayu demi kemajuan bangsa kerana kebanyakan rakyat

biasa yang tinggal di pelosok rantau dan desa hanya memahami dan bertutur bahasa Melayu.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah anggapan yang mengatakan bahawa negara kita akan maju

jika mengamalkan dasar bahasa Inggeris adalah anggapan yang kurang tepat. Sebenarnya faktor

yang membawa kemajuan bukanlah bahasa tetapi ilmu pengetahuan itu sendiri. Pada masa ini

kemajuan diukur dari segi kebendaan khususnya kemajuan yang berkenaan dengan sains dan

teknologi sebagai salah satu aspek kemajuan ekonomi terutama dalam bidang industri. Sebagai

contoh kejayaan negara maju iaitu negara di Eropah, Amerika Syarikat, dan beberapa buah negara

di kawasan timur seperti Jepun dan Korea adalah berdasarkan kemajuan ilmu pengetahuan dalam

bidang sains dan teknologi. Agak keterlaluan jika dikatakan kejayaan negara ini dan beberapa buah

negara lain juga terletak semata-mata pada hakikat bahawa mereka menggunakan bahasa Inggeris.

Empat puluh buah negara bukan barat di Afrika, Asia, dan Amerika Selatan menggunakan bahasa

Page 7: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

Inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal atau salah satu bahasa rasmi masing-masing dan

kebanyakan daripada negara ini terutama yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

rasmi tunggalnya didapati tidak maju malah kebanyakannya cukup miskin contohnya di Afrika,

Gambia, Ghana, Nigeria, Uganda, Zambia dan Zimbabwe. Ingatlah bahawa Malaysia boleh maju

tanpa terlupa diri dan asal-usul. Nabi dan Rasul sendiri menyampaikan wahyu Allah dan segala

pengajaran melalui bahasa yang sama dengan umatnya. Contohnya peringatan dan pengajaran

tentang bahasa untuk penyampaian ilmu ( Surah Ibrahim: ayat 4 ). Justeru, ilmu akan lebih ‘ mujarab

‘ diungkapkan dan dipelajari melalui bahasa penutur aslinya. Bukti tentang hal ini dapat dilihat

misalnya banyak negara yang ‘ mengagungkan ‘ bahasa Inggeris, tetapi tidak sampai ke mana.

Contohilah negara-negara lain yang masih teguh menjunjung dan menggunakan bahasa ibunda

sekalipun mempelajari bahasa lain tetapi terus maju seperti Jepun, Korea, Jerman, Perancis,

Belgium, Itali, Scandinavia dan banyak lagi. Jika bangsa lain boleh maju dengan bahasa ibundanya

sendiri mengapa pula Malaysia tidak boleh maju dengan bahasa ibundanya? Di Malaysia, tidak

harus timbul soal mampu atau tidak mampu bahasa Melayu memperkatakan segala ilmu

pengetahuan. Sesiapa sahaja yang telah mendalami ilmu sains bahasa atau linguistik akan sedar

bahawa sesuatu bahasa memang mampu memperkatakan apa-apa sahaja benda dan buah fikiran

yang wujud dalam masyarakatnya baik yang muncul dari dalam atau yang dibawa dari luar. Yang

mungkin kurang berupaya bukanlah bahasa itu tetapi manusia yang menggunakan bahasa itu.

Cabaran ketiga berlaku dalam penggunaan bahasa Melayu di sektor korporat dan swasta. Kajian

menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Melayu yang bersifat ilmiah di sektor korporat dan

swasta di bawah paras bahaya dan amat membimbangkan. Penggunaannya amat rendah dan

sangat lemah serta belum meluas. Kita boleh melihat syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham

Kuala Lumpur ( BSKL ) misalnya daripada 29 buah syarikat hanya 20 peratus yang mengeluarkan

laporan tahunan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Lebih kurang enam

peratus menterjemah kenyataan pengerusi dalam bahasa Melayu. Selebihnya iaitu lebih kurang 74

peratus membuat laporan dalam bahasa Inggeris. Begitu juga bahan hebahan yang dikeluarkan

syarikat juga dalam bahasa Inggeris. Cabaran terhadap bahasa Melayu turut berlaku dalam bahasa

iklan. Sektor pengiklanan seharusnya turut menggunakan bahasa Melayu yang ilmiah dan bermutu

tetapi amat mengecewakan kerana amalan ini tidak berlaku. Daripada kajian dapat dirumuskan

seperti berikut: a. Minda rakyat masih terjajah. b. Kemampuan bahasa Melayu masih belum diyakini.

84 c. Bahasa Inggeris lebih standard dan mempunyai kumpulan sasaran yang lebih banyak. d. Iklan

barangan mewah di televisyen memaparkan pelakon bukan Melayu. e. Iklan bagi program

berbahasa Melayu tertumpu pada barangan asas. f. Pertumbuhan ekonomi tidak sejajar dengan

perkembangan bahasa Melayu dari segi pengiklanan. g. Peratusan iklan bahasa Melayu perlu

ditetapkan bagi perkembangan bahasa Melayu. h. Pengarah urusan dan pengarah kreatif syarikat

iklan kebanyakannya rakyat asing atau orang tempatan yang terdidik di Hong Kong atau di New

Page 8: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

York. i. Banyak iklan yang dibuat dengan cara tergesa-gesa. j. Dasar bahasa perlu disemak semula

dan dimantapkan dan Kementerian yang berkenaan perlu bertegas dalam pelaksanaannya. k.

Penggunaan bahasa Inggeris dalam iklan seolah-olah mencabar kedudukan bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan. Kesalahan bahasa pada papan tanda dan iklan juga kerap kelihatan di

kampus pusat pengajian tinggi setempat. Sepatutnya kesalahan bahasa seperti ini tidak berlaku di

menara gading. Cabaran terhadap bahasa Melayu juga berlaku dalam urusan surat menyurat yang

ditulis dalam bahasa Inggeris daripada pihak swasta dan korporat kepada pihak kerajaan seperti

yang dilakukan oleh pihak perbankan, kewangan, perindustrian dan perekonomian. Perkara ini

terjadi kerana pihak swasta dan korporat yang berkenaan lebih banyak menggunakan bahasa

Inggeris dalam surat dan dokumen mereka yang dihantar kepada kerajaan dan juga kepada institusi

pengajian tinggi setempat dan juga kepada orang awam di desa. (Ismail Dahaman, 1994:68). Iklan

masih di peringkat memujuk masyarakat untuk membeli sesuatu barangan dan mengabaikan aspek

bahasa yang betul dan bermutu, moral dan budaya setempat. Menjadi harapan kita supaya bidang

iklan, papan tanda, dan surat menyurat turut menggunakan bahasa Melayu yang canggih, bermutu

dan sesuai sebagai bahasa ilmu yang tinggi dan bahasa yang bermaruah. Cabaran keempat

merupakan cabaran kekurangan buku ilmiah dalam bahasa Melayu. Menurut Ismail Dahaman,

selama ini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya berupaya menerbitkan judul buku dalam

jumlah yang sangat kecil berbanding dengan keperluan masa kini. Ilmuwan kita pula tidak berusaha

secara serius untuk membuat penterjemahan karya besar dan karya agung dalam pelbagai bidang

ilmu dalam bahasa Melayu bahkan mereka lebih banyak menulis laporan ilmiah dan hasil kajian

ilmiah mereka dalam bahasa asing sehingga bahasa Melayu mengalami kemuflisan buku ilmu

pengetahuan sains dan teknologi yang bermutu. Sepatutnya masalah kekurangan buku ilmiah

dalam bahasa Melayu tidak berlaku sekiranya setiap pensyarah bidang menerbitkan buku ilmu

masing-masing yang dikuliahkan. Andainya setiap pensyarah menghasilkan sebuah buku pada

setiap tahun, sekiranya terdapat 8000 orang pegawai akademik di semua institusi pengajian tinggi

setempat, sudah pasti akan terhasil sebanyak 8000 buku ilmiah bahasa Melayu dalam setahun.

Kalau mereka menghasilkan lima buah buku ilmiah seorang ( untuk cepat dilantik ke jawatan

Profesor Madya atau Profesor ), maka jumlahnya akan menjadi 40 000 yang bererti di pusat

pengajian tinggi negara kita akan melimpah ruah dengan buku ilmu. Walau bagaimanapun terdapat

juga pegawai akademik yang menerbitkan lebih daripada 10 buah buku ilmiah dan tidak kurang pula

dengan tenaga pengajar yang belum menulis sebuah buku akademik pun. Jika amalan ini menjadi

kenyataan dan memang pun boleh, maka bahasa Melayu sesungguhnya akan menjadi bahasa ilmu

yang mantap dan mengagumkan. Cabaran yang kelima ialah cabaran dalam pembentukan dan

penggunaan nama singkatan dan akronim. Sepatutnya bidang ini turut menggunakan bahasa

Melayu ilmiah tetapi sayangnya bidang ini masih menggunakan bentuk singkatan dan akronim

dalam bahasa Inggeris. Menurut Ismail Dahaman, singkatan dan akronim yang digunakan hari ini

Page 9: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

ternyata dipengaruhi oleh tabiat lama yang diwarisi dari zaman sebelum merdeka yang

menghasilkan nama seperti CUEPACS (Congress of Union of Employees and Civil Services),

MTUC (Malaysian Trades Union Congress), CID (Criminal Investigation Department), UMNO, MCA,

dan MIC. Nama lain termasuklah FELDA, FELCRA, FAMA, FIDA, RISDA, KADA, PORLA, RRI,

SIRIM, SOCSO dan banyak lagi. Di samping itu terdapat juga pembentukan dan penggunaan nama

singkatan yang memberi saingan nama dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu misalnya EPF

dengan KWSP, ETV dengan TVP, EPRD dengan JPPP, dan seumpamanya. Penggunaan bahasa

Inggeris dalam pembentukan nama jabatan, agensi dan agensi kerajaan seperti ini meninggalkan

kesan yang mengusutkan keutuhan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa rasmi di

sektor awam. Pusat pengajian tinggi setempat turut menggunakan nama singkatan dan akronim

seperti R & D (Research and Development) yang sepatutnya ditulis P & P (Penyelidikan dan

(Pembangunan) IRPA (Intensification of Research in Priority Areas) yang sepatutnya Pendalaman

Penyelidikan dalam Bidang Keutamaan), R.A (Research Assistant) yang sepatutnya P.P (Pembantu

Penyelidik), begitu juga dengan V.C (Vice-Chancellor) yang sepatutnya N.C (Naib Canselor ) dan

banyak lagi. Perkara yang sama juga berlaku dalam proses penamaan skim perkhidmatan, jawatan,

pangkat, dan gelaran dalam perkhidmatan awam yang memperlihatkan nama-nama singkatan atau

akronim dalam bahasa Inggeris terus digunakan walaupun berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Contoh yang berikut memadai sebagai bukti perkara yang dimaksudkan iaitu DO (District Officer)

yang seharusnya Pegawai Daerah (PD), ADO (Assistant District Officer) yang seharusnya Penolong

Pegawai Daerah (PPD), OCPD (Officer-in-Charge of a Police District) yang seharusnya ditulis Ketua

Polis Daerah (KPD), MP (Member of Parliament) yang seharusnya Ahli Parlimen (AP), CC (Chief

Clark) yang seharusnya Kerani Besar (KB), COD (Cash on Delivery) yang seharusnya Bayar Waktu

Terima (BWT), dan SS (State Secretary) yang seharusnya ditulis Setiausaha Kerajaan Negeri

(SUK). Di universiti tempatan tidak sunyi pula dengan gelaran AP (Associate Professor ) yang

sepatutnya PM ( Profesor Madya ). Oleh sebab penggunaan singkatan atau akronim daripada kata

bahasa Inggeris boleh mengharu-birukan pembentukan dan penggunaan singkatan dan akronim

bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, maka langkah yang serius dan terancang perlu diambil untuk

memantapkan bahasa Melayu dan menghapuskan penggunaan bahasa Inggeris dalam lapangan

nama singkatan dan akronim bahasa Melayu. Terasa bahawa minda kita masih dijajah walaupun

kita sudah lebih 53 tahun merdeka. Pertama, semua nama khas di jabatan kerajaan dan

perkhidmatan awam yang dicipta dalam bahasa Melayu termasuk bentuk singkatan dan akronim

hendaklah terus digunakan sebagai nama khas rasmi dalam komunikasi bahasa Melayu misalnya

ASB, ASN, JPA, JPM, JPN, PTD, JPJ, BSN, HBKL, IPTAR, JAIS, KBSR, KBSM, LKIM, LKTP,

LUTH, MBKM, PNB, SRJK, PMR, SPM, STPM, TLDM,TUDM,YaPEIM, PDRM, ATM, KTM, dan

sebagainya. Kedua, semua pihak hendaklah menghindarkan penggunaan singkatan atau akronim

nama khas rasmi dalam bahasa Inggeris apabila berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Tidak wajar

Page 10: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

sama sekali kita menggunakan nama akronim dalam bahasa Inggeris sedangkan namanya ada

dalam bahasa Melayu kerana amalan ini akan menjejaskan usaha memberikan imej baharu kepada

bahasa Melayu yang sedang berkembang maju sebagai bahasa ilmu yang dihormati. Ketiga, mana-

mana nama khas baharu yang hendak dicipta dan diperkenalkan hendaklah terus dicipta dalam

bahasa Melayu misalnya IJN (Institut Jantung Negara), IKIM (Institut Kemahiran Islam Malaysia),

ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia), TNB (Tenaga Nasional Berhad), PLUS (Projek Lebuh

Raya Utara Selatan), TM (Telekom Malaysia) dan sebagainya. Begitu juga dengan nama LRT

seharusnya dipopularkan penggunaan bentuk singkatannya dalam bahasa Melayu iaitu TLR (Transit

Laju Ringan). Begitu juga dengan singkatan LPG (Liquified Petroleum Gas) harus dipopularkan

dengan nama Melayu iaitu GPC ( Gas Petroleum Cecair ). Keempat, nama yang terbentuk dalam

bahasa Melayu baku hendaklah disebut dengan menggunakan bahasa Melayu baku yang betul.

Perkara ini penting dititik beratkan untuk menghindarkan kesilapan penyebutan perkataan Melayu

menurut gaya sebutan bahasa Inggeris. Contoh yang amat ketara ialah perkataan IKIM yang

seharusnya disebut [ i.kim ], dan bukan [ ai.kim ], perkataan GIRO diucap [ gi.ro ] dan bukan [ jai.ro ]

atau [ gai.ro ]. Begitu juga dengan perkataan PLUS yang sepatutnya dilafazkan [ plus ] dan bukan

[plas]. Amalan sebutan bahasa Melayu baku seperti ini juga tidak meluas di pusat pengajian tinggi

setempat dan ini adalah satu cabaran. Selain itu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) perlu

lebih memainkan peranannya dalam menyediakan buku dan risalah panduan tentang sistem

penamaan bangunan, syarikat, taman perumahan dan sebagainya di samping mengadakan

seminar, bengkel, dan khidmat nasihat dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan. Siaran Radio Citra Dewan Bahasa dan Pustaka kelolaan Unit Radio DBP juga

diyakini dapat memperkukuh fungsi serta memantapkan imej DBP dalam memartabatkan bahasa

dan sastera kebangsaan. Pendengar Radio Citra DBP berpeluang mendengar siaran itu di Radio 1,

Radio dan Televisyen Malaysia ( RTM ) yang ke udara dari jam 9.30 hingga 10 pagi setiap hari Isnin

hingga Sabtu dengan empat segmen khusus iaitu Citra Bahasa ke udara setiap hari Isnin dan

Jumaat, Citra Sastera pada hari Selasa dan Sabtu, Citra Karya pada hari Rabu, dan Citra Budaya

setiap hari Khamis. Melalui segmen Citra Bahasa pendengar berpeluang mendengar pembicaraan

mengenai sejarah bahasa, Citra Sastera berkisar kepada berita dan isu semasa dunia sastera, Citra

Karya mengemukakan tokoh bahasa manakala Citra Budaya mengupas peristilahan baru dan lama

yang dibahagikan kepada ruangan Sepatah Kata Seungkai Bicara, Rentak Buana (kegiatan harian),

Anjung Kreatif (bacaan sajak, puisi, pantun) manakala Ujana Petua mencakupi petua kehidupan.

Strategi lain juga dilihat mampu mengukuhkan dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa

ilmu dan bahasa kebangsaan ialah dengan ‘meletakkan‘ pelajar asing di sesuatu institusi yang

dikhaskan misalnya di Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) selama tiga bulan bagi mempelajari

bahasa Melayu secara intensif. Mungkin ini melibatkan sedikit pertambahan kos bagi pelajar asing

tersebut tetapi dengan kos pengajian keseluruhan yang masih murah di negara ini jika dibandingkan

Page 11: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

dengan kos pengajian di negara lain khususnya di Eropah dan Amerika. Walau bagaimanapun

akhirnya terserah kepada kita juga sama ada mahu ‘memasarkan‘ bahasa Melayu tersebut ataupun

tidak. Ini adalah salah satu peluang terbaik bagi menjual bahasa kita kepada dunia melalui pelajar

mereka di sini. Inilah juga strategi yang digunakan oleh negara Jepun bagi memasarkan bahasanya.

Jika peluang sebegini baik tidak mahu digunakan usahlah dihairankan mengapa selepas bertahun-

tahun pelajar asing tersebut berada di negara kita mereka hanya sekadar tahu mengucapkan “

terima kasih “ dan “ selamat pagi “ sahaja dalam bahasa Melayu. Contoh lain juga dapat dilihat

daripada negara jiran kita Indonesia yang memasarkan bahasanya dengan begitu aktif sehingga ke

universiti luar negara termasuk negara Jepun. Di Osaka Foreign Studies University misalnya

terdapat jurusan pengajian bahasa Indonesia. Dengan usaha tersebutlah bahasa Melayu versi

Indonesia lebih terkenal di seluruh dunia berbanding bahasa Melayu versi Malaysia. Malah setiap

warga asing, para diplomat yang pernah bertugas di negara kita sehingga ada yang langsung tidak

tahu berbahasa Melayu. Di manakah silapnya? Siapakah yang bertanggungjawab tentang perkara

ini dan adakah perkara ini perlu dibiarkan secara berterusan? KESIMPULAN-; Bahasa Melayu

memang mampu berperanan sebagai bahasa ilmu malah lebih tepat jika dikatakan sudah mampu

meneruskan peranannya sebagai bahasa ilmu yang sudah pun bermula sejak abad ke-17 lagi

dengan syarat mendapat kerjasama, sokongan, dan penglibatan daripada semua pihak, semua

golongan, dan semua peringkat. Kesemuanya akan menggunakan bahasa Melayu yang baik, betul,

canggih, dan bermutu. Mereka perlu menyokong penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

di pusat pengajian tinggi sepenuhnya. Bahasa Melayu akan lebih berjaya menjadi bahasa ilmu

apabila mendapat sokongan penuh daripada pucuk pimpinan Perdana Menteri Malaysia. Pihak

kerajaan perlu melancarkan “Wawasan Bahasa” terhadap pelaksanaan bahasa Melayu sepenuhnya

di pusat pengajian tinggi sama seperti pelancaran “Wawasan 2020“. Sesungguhnya bahasa Melayu

sudah lama boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu. Kita tidak perlu meragui kemampuan bahasa

Melayu. Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa lingua franca sejak zaman kerajaan Palembang,

Majapahit, Melaka, Pasai, dan Acheh. Bahasa ini telah menjadi alat perhubungan pemerintahan dan

diplomatik, bahasa perdagangan di seluruh Asia dan Eropah seperti Itali, Perancis, Portugis,

Belanda, dan Inggeris. Jika pada zaman yang belum dikatakan moden dan maju itu, bahasa Melayu

sudah mampu maka mustahil pada zaman moden dan maju ini kemajuannya, kesanggupannya, dan

kewibawaannya diragui. Orang luar sendiri termasuk ahli akademik mengakui bahawa bahasa

Melayu sebagai salah satu bahasa yang maju dan besar pengaruhnya. Anehnya, kita sendiri tidak

mahu mengakuinya, Di manakah maruah kita sebagai bangsa dan negara yang merdeka yang

masih tidak mahu mengakui bahasa kita sendiri dan terus menerus mempersoalkan

kewibawaannya? Sepatutnya kita berasa bangga atas kebolehan, kemajuan, dan kepesatan bahasa

kita memikul tugas dan tanggungjawab dalam hampir semua bidang kehidupan. Ada orang

berpendapat bahawa bahasa kita masih belum cukup maju dan mampu terutamanya dalam bidang

Page 12: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

sains dan teknologi. Tidak ada buku dalam bahasa kita tentang kedua-dua ilmu itu. Sebenarnya

semua bahasa dalam dunia ini masih belum lengkap sepenuhnya dan masih ada kekurangannya di

sana sini. Bidang sains dan teknologi sebenarnya masih baru dalam budaya masyarakat Malaysia

terutamanya bangsa Melayu. Sudah tentu ilmu tentang bidang sains dan teknologi masih kurang.

Namun, sejak ilmu itu sudah menembusi bidang pendidikan negara kita, usaha membahasa

Melayukan kedua-dua ilmu itu sudah berjalan lancar dengan menggunakan lebih daripada 600 000

istilah dalam 500 bidang dan subbidang ilmu di samping menggunakan istilah asing. Begitu juga

dengan menggunakan bahasa Melayu dalam bidang undang-undang di mahkamah yang selama ini

tidak dapat ditembusi. Pendek kata, fungsi bahasa Melayu sejak merdeka semakin luas dan maju

sehingga dapat mengisi semua keperluan. Sikap meragui dan mempersoalkan kedaulatan bahasa

Melayu sudah lama berlalu dan tidak seharusnya diperkatakan. Kini masanya untuk kita terus

berusaha memajukan dan menambahkan istilah dan penggunaannya, mendaulatkannya sehingga

benar-benar menjadi bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, dan bahasa rakyat dalam erti

kata sebenarnya. Namun yang dikesalkan sejak akhir-akhir ini kedaulatan bahasa Melayu mula

dilemahkan. Kebanyakan tokoh kita lebih banyak bertutur dalam bahasa Inggeris dalam majlis rasmi

atau tidak rasmi. Begitu juga dengan rakyat Malaysia yang tidak mahu berbahasa Melayu dalam

kehidupan sehari-hari terutamanya dari segi perhubungan. Sudah 53 tahun kita merdeka dan

selama itu usaha mengajar dan mendidik bahasa Melayu/bahasa kebangsaan kepada rakyat masih

belum berhasil. Terlalu banyak yang masih bercakap pelat dan tidak lancar sebutan bahasa dan

tatabahasa mereka. Tetapi yang paling sedih ialah banyak pihak sengaja tidak mahu

menggunakannya. Alasannya, bahasa Melayu belum lengkap. Sebenarnya bukan bahasa Melayu

belum lengkap tetapi orang yang hendak menggunakan bahasa itu belum lengkap bahasanya.

Mereka perlu melengkapkan keupayaan bahasa Melayu dan apa yang paling penting jika kita mahu

berjaya dalam perjuangan ini kita perlu mengubah sikap dan keyakinan kepada bahasa kita sendiri

dan perlu bersikap positif terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa

Melayu mampu membicarakan pelbagai bidang ilmu termasuklah dalam bidang sains dan teknologi.

Oleh yang demikian dalam konteks negara Malaysia, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

perlu dikukuhkan bagi menyingkap pemikiran dan kebudayaan Malaysia baru yang menjadi penyalur

penting ilmu pengetahuan moden termasuk sains dan teknologi dan apa yang lebih penting bahasa

Melayu perlu diterima secara jujur oleh kaum bukan peribumi sebagai alat pemersatuan dan

penyatuan bangsa Malaysia. Apabila sikap kita positif dan kita yakin, maka perjuangan menegakkan

bahasa Melayu tetap berjaya. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan tetap mantap dan kukuh.

Bahasa Jiwa Bangsa. Maju Bangsa Maju Negara. BIBLIOGRAFI-; A.Aziz Deraman

( penyelenggara ). ( 2004 ). Tamadun Melayu Jilid Enam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Abdul Hamid Mahmood. (1993). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printext

(M) Sdn Bhd. Asraf, ed. (1996). Manifesto Budaya Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur:

Page 13: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

Persatuan Linguistik Malaysia. Darwis Harahap & Abdul Jalil Hj Anuar ( penyelenggara ). ( 2000 ).

Kolokium Bahasa dan Pemikiran Melayu / Indonesia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Dahaman.(1994). Agenda Bahasa Melayu dalam Wawasan 2020: Pemantapan Bahasa

Rasmi, dlm Jurnal Dewan Bahasa, Oktober 1994. Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa

Melayu Apa Sudah Jadi?. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Mahathir

Mohamad. (1987). Teks Ucapan Perasmian Gerakan Cintailah Bahasa Kita. Kuala Lumpur 11

Disember 1987. Mohd Salleh Majid. (1992). Bahasa Melayu Menjelang Tahun 2020. dlm Jurnal

Persatuan Linguistik Malaysia, 1991/1992. Nik Safiah Karim & Nuwairi Khaza’ai (1997). Bahasa

Melayu dalam cabaran. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles& ArticleID=550

ahasa ilmu merupakan bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi

penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi (Kamus Dewan, 1994:

88). Konsep Bahasa Melayu sebagai “bahasa ilmu” telah mula diperkenalkan dalam

tahun 1990-an seiring dengan penekanan “budaya ilmu” kepada seluruh

masyarakat .Konsep ini membawa maksud Bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu

pengetahuan atau wadah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti sains,

teknologi, kedoktoran, ekonomi,undang-undang dan sebagainya. Bahasa Melayu kini

bukan hanya terhad kepada soal kebahasaan dan sastera sahaja, malah turut

merangkumi bidang-bidang yang sebelum ini dimonopoli oleh bahasa Inggeris.

Di peringkat pengajian tinggi, Bahasa Melayu telah beperanan sebagai bahasa

pengantar ilmu peringkat demi peringkat. Di universiti, pelaksanaan Bahasa Melayu

sebagai bahasa penyampai ilmu bermula dengan tertubuhnya Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) pada tahun 1970. Pada tahun 1983, semua kursus tahun pertama di

universiti-universiti tempatan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penyalur

ilmu. Walau bagaimanapun pelaksanaan secara menyeluruh bagi semua mata

pelajaran di universiti bermula pada tahun 1984.

Page 14: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

Sebagai bahasa ilmu, Bahasa Melayu mempunyaiperbendaharaan kata, istilah

dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks

dan abstrak. Bahasa melayu juga memiliki tatabahasa yang sempurna agar setanding

dengan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain di dunia dalam menjadi bahasa yang

memperkatakan konsep dan ilmu moden disamping nilai keintelektualan bahasa yang

tinggi.

PERBENDAHARAAN KATA

Perbendaharaan kata atau kosa kata Bahasa Melayu kini jauh lebih banyak,

meluas dan lebih khusus sifatnya. Hal ini rentetan usaha-usaha serta langkah-langkah

mapan yang telah diambil oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditubuhkan pada

tahun 1956 dalam mencipta istilah-istilah yang diperlukan dalam bidang akademik.

Beberapa jawatankuasa istilah telah ditubuhkan seperti Jawatankuasa Istilah

Pendidikan Undang-undang, Botani dan Sains bagi menjayakan proses memperkayaan

kosa kata ini. Jawatankuasa ini telah dianggotai pensyarah-pensyarah universiti serta

pakar-pakar dari pelbagai bidang (Jurnal Dewan Bahasa Ogos 1996 : 717).

Antara contoh, dalam bidang Botani diwujudkan istilah pembiakan seks, aseks

dan mikro (Mustafa Kamal Mohd. Shariff, 1990). Dalam bidang Sains pula, dicipta

istilah-istilah seperti autoradiografi, radioisotop, neutron dan juga proton (Abdul Ghafar

Ramli, 1991 : 240). Defendan serta plaintif pula merupakan beberapa contoh istilah

yang digunakan dalam bidang Undang-undang (Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned,

1985 : 275).

TATABAHASA YANG SEMPURNA

Menurut Harvanek dan Garvin (1984), bahasa yang berfungsi sebagai bahasa ilmu

perlulah sempurna, iaitu sempurna dari segi tatabahasa dan sempurna dari segi

keintelektualan bahasa. Hal ini bertepatan dengan bahasa melayu kerana bahasa

Page 15: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

melayu sememangnya sudah pun mempunyai buku-buku taatabahasa yang sempurna

dan sesuai dijadikan panduan dan rujukan seperti buku Pelita Bahasa oleh Za’ba.

Kesempurnaan ini dicapai melalui “kestabilan”, “kelenturan”, “keberkesanan”,

“kepelbagaian”, dan “keindahan”, iaitu ciri-ciri penting yang harus dimiliki oleh bahasa

yang berfungsi sebagai bahasa ilmu. Sifat kestabilan di sini merujuk kepada kepatuhan

terhadap peraturan-peraturan sedia ada dalam aspek sistem ejaan, pengimbuhan,

sebutan baku dan ayat. Kesesuaian terhadap pembaharuan-pembaharuan yang

berlaku dalam masyarakat bahasa, perubahan masa dan selera penuturnya tanpa

mengorbankan sifat-sifat aslinya pula menerangkan aspek kelenturan.

Ciri keberkesanan merupakan keupayaan dalam memberikan maksud dengan tepat

dan berkesan.

Kepelbagaian pula merujuk kepada gaya, atau stail dalam menyampaikan

sesuatu maksud atau idea demi mewujudkan kesan yang berlainan. Manakala, bahasa

yang sedap didengar, bertenaga dan menarik serta dapat menyentuh perasaan

dikaitkan kepada cirikeindahan bahasa itu sendiri.

KEINTELEKTUALAN BAHASA

Keintelektualan bahasa bermaksud bahasa yang berperanan sebagai bahasa ilmu

haruslah mempunyai keupayaan untuk menyampaikan buah fikiran dan hujah yang

tepat serta berkesan iaitu mampu merungkaikan kesinambungan dan kerumitan fikiran.

Kemuncak taraf keintelektualan bahasa dicapai terutamanya melalui perbendaharaan

kata (Rujuk 3.1) dan sebahagiannya melalui sistem bahasa (Harvanek, 1984).

Keintelektualan perbendaharaan kata ini dicapai melalui dua cara iaitu :

Pengembangan kata (Language Development), iaitu dengan menambahkan istilah-

istilah baru yang bersifat khusus dan mungkin sukar difahami oleh penutur-penutur

biasa.

Page 16: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

Penukaran bentuk dan 8888 perbendaharaan kata, iaitu memberi maksud-maksud

khusus atau kepada sesetengah perkataan bagi satu-satu 8888 tertentu yang

berbeza dari penggunaan biasa. Perkataan baru itu hendaklah bersifat tepat,

spesifik dan abstrak. Dengan erti lain, bahasa yang bersifat intelektual, yang

akademik adalah bahasa yang mempunyai laras yang tepat, spesifik dan abstrak

(Havranek, 1984)

Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah kajian faktor-faktor psikologi dan neurobiologi yang

membolehkan manusia memperoleh, menggunakan, dan memahami bahasa. Penglibatan-penglibatan

singkat dalam bidang ini pada mula-mulanya merupakan usaha-usaha falsafah, diakibatkan sebahagian

besarnya oleh kekurangan data-data yang padu tentang bagaimana otak manusia berfungsi.

Penyelidikan moden mempergunakan biologi, neurosains,sains kognitif, dan teori maklumat untuk

mengkaji bagaimana otak memperoses bahasa. Adadnya beberapa subdisiplin; umpamanya, teknik-

teknik tak invasif untuk mengkaji pengerjaan neurologi otak semakin digunakan,

dengan neurolinguistik kini merupakan sebuah bidang baru pada dirinya.

Psikolinguistik meliputi proses-proses kognitif yang membolehkan penjanaan ayat-ayat yang

bertatabahasa dan bermakna dari segi perbendaharaan katadan struktur tatabahasa, serta proses-proses

yang membolehkan pemahaman pernyataan, perkataan, teks, dan sebagainya. Psikolinguistik

perkembangan mengkaji keupayaan bayi-bayi dan kanak-kanak untuk membelajari bahasa, biasanya

melalui kaedah-kaedah uji kaji atau sekurang-kurangnya kaedah kuantitatif (dan bukannya pencerapan

naturalistik seperti yang dilakukan oleh Jean Piaget dalam penyelidikannya terhadap perkembangan

kanak-kanak).

Page 17: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

Isi kandungan

  [sorokkan] 

1   Bidang kajian

2   Teori-teori

3   Perkaedahan

4   Persoalan dan bidang penyelidikan

5   Lihat juga

o 5.1   Pembelajaran/penterjemahan mesin

6   Rujukan

7   Bibliografi/Bacaan tambahan

[sunting]Bidang kajian

Psycholinguistik bersifat antara disiplin dan dikaji oleh orang-orang daripada berbagai-bagai bidang,

seperti psikologi, sains kognitif, dan linguistik. Adanya banyak subbahagian dalam

bidang psikolinguistik yang mendasari komponen-komponen bahasa manusia.

Fonetik  dan fonologi adalah berkenaan dengan kajian bunyi pertuturan. Dalam

bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada bagaimana otak memproses dan

memahami bunyi-bunyi itu.

Morfologi  ialah kajian struktur-struktur kata, khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang

berkait (seperti jalan dan berjalan), dan pembentukan perkataan berdasarkan peraturan-peraturan

(umpamanya, pembentukan kata berimbuhan).

Sintaksis  ialah kajian pola-pola yang menetapkan bagaimana perkataan-perkataan digabungkan

untuk membentuk ayat.

Semantik  adalah berkenaan dengan makna perkataan-perkataan dan ayat-ayat. Jika sintaksis

adalah berkenaan dengan struktur formal ayat, semantik mengolahkan maksud ayat-ayat yang

sebenar.

Pragmatik  adalah berkenaan dengan peranan konteks dalam pentafsiran makna.

Kajian tentang pengecaman kata dan pembacaan memeriksa proses-proses yang terlibat dalam

pemerolehan maklumat ortografi, morfologi, fonologi, dan semantik daripada pola-pola dalam teks

tercetak.

[sunting]Teori-teori

Teori-teori mengenai bagaimana bahasa bertindak dalam akal manusia mencuba menjelaskan, antara

lain, bagaimana kita mengaitkan bunyi-bunyi (atau isyarat-isyarat) bahasa, dan bagaimana kita

menggunakan sintaksis — iaitu, bagaimana kita dapat menyusun perkataan-perkataan untuk

menghasilkan dan memahami urutan-urutan kata yang kita panggil "ayat". Yang pertama antara perkara-

perkara ini — mengaitkan bunyi dengan maksud — tidak menimbulkan begitu banyak perbalahan dan

secara amnya dianggap sebagai bidang yang komunikasi haiwan dan manusia mempunyai sekurang-

Page 18: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

kurangnya sesetengah persamaan (sila lihat Komunikasi haiwan). Sebaliknya, sintaksis adalah penuh

dengan perbalahan, dan merupakan tumpuan perbincangan yang berikut.

Pada dasarnya, terdapat dua buah aliran fikiran tentang bagaimana kita dapat mencipta ayat-ayat

sintaksis:

1. Sintaksis ialah hasil evolusi kecerdasan manusia yang semakin meningkat dengan berlalunya

masa, dan faktor-faktor sosial yang menggalakan perkembangan bahasa pertuturan;

2. Bahasa wujud kerana manusia mempunyai keupayaan semula jadi untuk memperoleh apa yang

telah dipanggil "tatabahasa sejagat".

Pandangan kedua ini menganggap bahawa keupayaan manusia untuk memperoleh sintaksis adalah

"terbina" di dalam otak, dan mendakwa bahawa, sebagai contoh, ciri-ciri sintaksis yang rumit seperti

rekursi tidak dapat difahami juga oleh makhluk-makhluk bukan manusia yang paling cerdas dan sosial.

(Rekursi, umpamanya, termasuk penggunaan ganti nama relatif untuk merujuk kembali kepada bahagian-

bahagian ayat yang awal — "Gadis itu yang keretanya menghalang pemandangan pokok yang saya

tanam pada tahun lalu ialah kawan saya".) Keupayaan untuk menggunakan sintaksis seperti ini tidak

akan wujud tanpa konsep semula jadi yang mengandungi sokong bawah untuk peraturan-peraturan

tatabahasa yang menghasilkan rekursi, berkata pandangan "semula jadi" Oleh itu, kanak-kanak yang

membelajari sesebuah bahasa mempunyai ruang pencarian yang luas untuk memeriksa dengan teliti

antara tatabahasa-tatabahasa manusia yang mungkin, dan secara logik memilih bahasa(-bahasa) yang

dituturkan di dalam komuniti penuturnya. Sintaksis ini, menurut sudut pandangan kedua, adalah yang

mentakrifkan bahasa manusia dan menyebabkannya berbeza juga daripada bentuk-bentuk komunikasi

haiwan yang paling canggih.

Pandangan pertama adalah amat popular sehingga kira-kira tahun 1960, dan diwakili oleh teori-teori

mentalisme Jean Piaget dan penyokong empirisisme, Rudolf Carnap. Aliran fikiran psikologi yang dikenali

sebagai faham ketingkahlakuan (sila lihat Tingkah laku lisan (1957) oleh B.F. Skinner) mengemukakan

pandangan bahawa bahasa (termasuk sintaksis) ialah tingkah laku yang dibentuk oleh gerak belas

terlazim. Sudut pandangan kedua — iaitu "yang semula jadi" — boleh dikatakan secara adil sebagai

bermula dengan ulasan Noam Chomsky yang amat kritis terhadap buku Skinner pada tahun 1959 di

dalam halaman-halaman jurnal Bahasa [1]. Ulasan itu memulakan apa yang telah diistilahkan sebagai

"revolusi kognitif" dalam bidang psikologi.

Bidang psikolinguistik sejak masa itu telah ditakrifkan oleh gerak-gerak balas terhadap Chomsky.

Pandangan penyokong masih menganggap bahawa keupayaan manusia untuk menggunakan sintaksis

adalah berbeza secara kualitatif daripada sebarang komunikasi haiwan. Keupayaan itu mungkin

dihasilkan oleh mutasi yang menggalakkan (terlalu tidak mungkin), atau (lebih mungkin) oleh

penyesuaian kemahiran-kemahiran yang dikembangkan untuk tujuan-tujuan yang lain. Dengan kata yang

lain, sintaksis tepat mungkin memenuhi keperluan-keperluan kelompok; ungkapan-ungkapan linguistik

yang lebih baik mungkin menghasilkan kepaduan, kerjasama, dan potensi untuk hidup, TETAPI sintaksis

tepat hanya dapat berkembang daripada sintaksis asas — atau tiada sintaksis — yang tidak mempunyai

sebarang nilai hidup dan oleh itu, langsung tidak akan berkembang. Oleh itu, seseorang harus melihat

pada kemahiran-kemahiran lain yang ciri-cirinya mungkin berguna untuk sintaksis. Dalam istilah biologi

evolusi moden, kemahiran-kemahiran ini dikatakan "disesuaikan lebih dahulu" untuk sintaksis (sila lihat

Page 19: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

"Eksaptasis"). Apakah kemahiran-kemahiran ini yang sebenarnya merupakan tumpuan penyelidikan

terkini, atau sekurang-kurangnya, tekaan.

Pandangan penentang masih menganggap bahawa bahasa (termasuk sintaksis) ialah hasil daripada

perkembangan kecerdasan selama beratus-ratus ribu tahun, serta interaksi manusia selama berpuluh-

puluh ribu tahun. Dari sudut pandangan ini, sintaksis dalam bahasa beransur-ansur meningkatkan

kepaduan kumpulan dan potensi untuk hidup. Bahasa, termasuk sintaksis dan lain-lain, ialah artifak

kebudayaan. Pandangan ini mencabar pandangan "semula jadi" kerana kebenarannya tidak dapat

dibuktikan secara saintifik; dengan kata yang lain, ia tidak dapat diuji. Fakta bahawa sesuatu struktur

sintaksis yang dapat difikirkan tidak wujud dalam mana-mana bahasa di dunia adalah suatu pencerapan

yang memang menarik, tetapi ia bukannya bukti tentang kekangan genetik terhadap bentuk-bentuk yang

mungkin, ataupun bukti bahawa bentuk-bentuk itu tidak dapat wujud atau tidak dapat dibelajari.

Ahli-ahli teori sezaman, selain daripada Chomsky, yang mengerjakan bidang teori-teori psikolinguistik

termasuk George Lakoff, Steven Pinker, dan Michael Tomasello.

[sunting]Perkaedahan

Kebanyakan perkaedahan dalam bidang psikolinguistik mengambil bentuk uji-uji kaji tingkah laku. Dalam

jenis-jenis kajian ini, -subjek eksperimen diberikan sesuatu bentuk input linguistik dan dimintai melakukan

sesuatu tugas (umpamanya, membuat pertimbangan, menghasilkan semula rangsangan, membaca

perkataan yang dipaparkan dengan kuat). Masa tindak balas (biasanya pada peringkat milisaat) dan

kadar jawapan yang betul paling biasa digunakan untuk mengukur prestasi.

Tugas-tugas ini mungkin termasuk meminta subjek menukarkan kata nama menjadi kata kerja;

umpamanya, "buku" membayangkan "menulis", "air" membayangkan "minum", dan sebagainya. Lagi satu

eksperimen mungkin memberikan ayat aktif seperti "Ali membaling bola kepada Ahmad", serta padanan

ayat pasifnya, "Bola itu dibaling oleh Ali kepada Ahmad", lalu bertanya, "Siapakah yang membaling bola

itu?" Kita mungkin akan menyimpulkan bahawa ayat-ayat aktif dapat diproses dengan lebih mudah (lebih

cepat), berbanding dengan ayat-ayat pasif (sebenarnya, ini telah dibuktikan benar). Lagi menarik, kita

mungkin mendapati bahawa sesetengah orang tidak berupaya memahami ayat-ayat pasif (ini juga

terbukti benar), dan kita mungkin akan mengambil langkah-langkah sementaraan untuk memahami jenis-

jenis kekurangan bahasa yang tertentu (secara amnya dikumpulkan ke dalam istilah afasia yang umum).

Sehingga kemunculan teknik-teknik perubatan tak invasif, pembedahan otak merupakan cara yang lebih

disukai oleh penyelidik-penyelidik bahasa untuk memahami bagaimana bahasa bertindak di dalam otak.

Umpamanya, pemotongan korpus kalosum (berkas saraf yang mengaitkan kedua-dua hemisfera otak)

merupakan rawatan untuk sesetengah jenisepilepsi pada suatu ketika. Jadi penyelidik-penyelidik dapat

mengkaji cara-cara bagaimana pemahaman dan penghasilan bahasa akan dijejaskan oleh pembedahan

yang drastik. Sudah tentu, otak tidak dibedah hanya untuk mengkaji bahasa. Bagaimanapun, jika patologi

memerlukan pembedahan otak, penyelidik-penyelidik bahasa akan mengambil kesempatan itu untuk

mengejar penyelidikan mereka.

Teknik-teknik tak invasif yang lebih baru kini termasuk pengimejan otak oleh tomografi pancaran

positron (PET); pengimegan resonans magnet fungsian (fMRI); keupayaan berkait peristiwa (ERP),

serta perangsangan magnet transkranial (TMS). Teknik-teknik pengimejan otak berbeza-beza dari segi

peleraian ruang dan masaan (fMRI mempunyai peleraian sebanyak beberapa ribu neuron per piksel,

Page 20: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

manakala ERP mempunyai ketepatan pada peringkat milisaat). Setiap jenis perkaedahan memberikan

kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan tersendiri untuk mengkaji sesuatu masalah dalam bidang

psikolinguistik.

Pemodelan pengiraan merupakan lagi sejenis perkaedahan, dan merujuk kepada amalan membina

model-model kognitif dalam bentuk atur cara boleh laku. Atur-atur cara ini amat berguna kerana ia

mendorong ahli-ahli teori supaya mengemukakan hipotesis-hipotesis yang lebih jelas, dan kerana atur-

atur cara ini boleh dipergunakan untuk menjanakan ramalan-ramalan yang lebih tepat bagi model-model

teori yang amat rumit sehingga analisis diskursif tidak boleh dipercayai (umpamanya, model DRC untuk

pembacaan dan pengecaman kata yang dicadangkan oleh Coltheart dan rakan-rakan sekerjanya). [2]

Lebih terkini, penjejakan mata telah dipergunakan untuk mengkaji pemprosesan bahasa dalam talian.

Bermula dengan Tanenhaus et al. [3], sebilangan kajian telah mula menggunakan gerakan mata sebagai

alat untuk mengkaji proses-proses kognitif yang berkait dengan bahasa pertuturan. Oleh sebab gerakan-

gerakan mata adalah amat berkait dengan fokus perhatian terkini, pemprosesan bahasa boleh dikaji

melalui pengawasan gerakan-gerakan mata ketika seseorang subjek diberikan input linguistik.

[sunting]Persoalan dan bidang penyelidikan

Adanya beberapa soalan yang belum dijawab dalam bidang psikolinguistik. Sebahagiannya telah

dikemukakan dalam bahagian "Teori-teori" di atas. Umpamanya, adakah keupayaan manusia untuk

menggunakan sintaksis berdasarkan struktur-struktur mental semula jadi atau adakah pertuturan

sintaksis suatu fungsi kecerdasan dan interaksi dengan manusia yang lain? Bolehkah kita mereka bentuk

uji-uji kaji psikolinguistik untuk menjawabnya? Penyelidikan dalam bidang komunikasi haiwan dapat

memberi sumbangan yang banyak dalam persoalan-persoalan ini. Bolehkan sesetengah haiwan

diajar sintaksis bahasa manusia? Jika ya, apakah maksudnya? Jika tidak, apakah maksudnya pula?

Bagaimanakah bayi-bayi dapat membelajari bahasa? Hampir semua bayi manusia yang sihat

memperoleh bahasa dengan mudah pada tahun-tahun pertama dalam hidup mereka. Ini adalah benar

untuk semua kebudayaan dan masyarakat. Dan bagaimanakah pula dengan kanak-kanak yang tidak

membelajari bahasa dengan betul? Terdapat satu bidang yang luas yang dipanggil afasia yang

mengolahkan kekurangan-kekurangan bahasa. Bolehkah penyelidikan dalam bidang psikolinguistik

menghasilkan sesetengah nilai terapi? Tambahan pula, orang-orang dewasa lebih susah

membelajari bahasa kedua berbanding dengan bayi-bayi membelajari bahasa pertama mereka (bayi-bayi

dwibahasa berupaya membelajari kedua-dua bahasa asli mereka dengan mudah). Oleh itu, tempoh

genting mungkin wujud ketika bahasa dapat dibelajari dengan mudah. Banyak penyelidikan dalam

psikolinguistik menumpukan perhatian pada bagaimana keupayaan ini berkembang dan merosot dengan

berlalunya masa. Ia kelihatan juga bahawa semakin banyak bahasa seseorang mengetahui, semakin

mudah orang itu dapat membelajari bahasa-bahasa yang baru.

Penyelidikan terkini yang menggunakan teknik-teknik pengimejan tak invasif yang baru mencuba

memahami di manakah bahasa terletak di dalam otak. Betapa setempatkah bahasa? Bagaimanakah ia

dibahagikan dari satu hemisfera ke hemisfera yang lain? Pemerihalan-pemerihalan tradisional yang lebih

lama tentang fungsi-fungsi bahasa kawasan Broca, kawasan Wernicke, dan kawasan-kawasan lain di

dalam otak akan dihalusi dengan penerusannya penyelidikan.

Page 21: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

[sunting]Lihat juga

Bahasa haiwan

Bahasa isyarat

Kanak-kanak feral

Neurolinguistik

Otak manusia

Pembacaan

Pemerolehan bahasa

Psikologi pendidikan

[sunting]Pembelajaran/penterjemahan mesin

Lagi satu masalah yang belum diatasi dalam bidang ini adalah bagaimana mencipta atur-atur cara

komputer yang dapat memahami bahasa serta manusia. Meskipun soalan ini sudah tentu mempunyai

segi falsafah, ia adalah amat berkait dengan linguistik pengiraan dan kecerdasan buatan, serta

mempunyai banyak kegunaan praktik yang berpotensi.

[sunting]Rujukan

1. ↑  Chomsky, N. (1959) "A Review of B. F. Skinner's Verbal Behavior" dalam Language, 35, No. 1 (1959), 26-

58.

2. ↑  Coltheart, M., Rastle, K., Perry, C., Langdon, R., & Ziegler, J. (2001). DRC: "A dual route cascaded of

visual word recognition and reading aloud." Psychological Review, 108, 204-256.

3. ↑  Tanenhaus, M. K., Spivey-Knowlton, M. J., Eberhard, K. M. & Sedivy, J. E. (l995). "Integration of visual

and linguistic information in spoken language comprehension." Science, 268, 1632-1634.

[sunting]Bibliografi/Bacaan tambahan

Sebuah senarai ringkas buku-buku yang berkenaan dengan ahli-ahli psikolinguistik dan yang ditulis

dalam bahasa yang mudah untuk orang biasa, termasuk:

Belyanin V.P. Foundations of Psycholinguistic Diagnostics (Models of the World). Moscow, 2000

(dalam bahasa Rusia) [1]

Chomsky, Noam. (2000) New Horizons in the Study of Language and Mind. Cambridge: Percetakan

Universiti Cambridge.

Lakoff, George. (1987) Women, fire, and dangerous things: what categories reveal about the mind.

Chicago: Percetakan Universiti Chicago.

Piattelli-Palmarini, Massimo. (ed.) (1980) Language and learning: the debate between Jean Piaget

and Noam Chomsky. Cambridge, Mass.: Percetakan Universiti Harvard.

Pinker, Steven. (1994) The Language Instinct. New York: William Morrow.

Steinberg, Danny D., Hiroshi Nagata, dan David P. Aline, ed. (2001) Psycholinguistics: Language,

Mind and World, edisi ke-2. Longman [2]

Page 22: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

Steinberg, Danny D. & Sciarini, Natalia. (2006) Introduction to Psycholinguistics, edisi ke-2. London:

Longman.

Definasi mentera, jampi serapahMentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kepada

kata-kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda. Dalam masyarakat Melayu, mentera atau

juga dikenali sebagai jampi, serapah, atau seru merupakan sejenis pengucapan yang

berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan bertujuan bagi menpengaruhi atau

mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan penuturnya. Antara lain, mentera

merupakan ayat yang dibaca bagi melakukan sihir, iaitu melakukan sesuatu secara

kebatinan, seperti menundukkan musuh, melemahkan musuh, atau memikat wanita.

Selain itu mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-biasa yang membolehkan

pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi.

Antara ciri-ciri mentera adalah ia berbentuk puisi, isi dan konsepnya melambangkan

kepercayaan masyarakat masa itu, dicipta bagi satu tujuan tertentu.

Secara kebiasaannya, ia bersifat sihir simpati, iaitu sesuatu sifat disebut atau dikaitkan agar

pembaca mentera tersebut dapat memiliki sifat yang sama. Sebagai contoh bacaan

mentera, "....Aku bukan tepuk bantal, tetapi tepuk hatimu....." dan yang lain-lain yang

seumpama dengannya.

Ciri-ciri umum sesuatu mentera biasanya adalah :-

1.Ia terdiri daripada beberapa rangka yan berirama.

2.Kandungannya mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib

3.Ia diamalkan dengan mempunyai matlamat tertentu.

4.Ia diwarisi daripada perguruan atau melalui cara ghaib seperti menurun atau mimpi.

5.Biasanya memerlukan pengamalnya yakin bersungguh-sungguh, dan sekiranya

pengamalnya 6.berasa kurang keyakinan, ia akan menjadi tawar dan tidak berkesan.

Antara jenis mentera adalah:

Mentera pakaian diri

Mentera perubatan

Page 23: Bagaimana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Boleh Tercapai

Mentera pendinding

Mentera upacara tertentu

Mentera pembinasa bagi melakukan sesuatu perkara terhadap musuh.

Mentera dalam kepercayaan Melayu telah mengalami perubahan daripada kepercayaan

anisma, kepada kepercayaan Hindu dan kemudiannya kepada kepercayaan Islam. Oleh itu

tidak menghairankan bahawa terdapat istilah-istilah Islam yang digunakan dalam mentera

yang menggantikan istilah Hindu pada awalnya. Salah satu contohnya adalah mentera

pengasih seperti di bawah.

Bismi’Ilahi ’L-Rahmani’L-Rahim

Tepuk bantal panggil semangat

Semangat datang dalam mimpi

Aku tak menepuk bantal

Aku menepuk jasad dan roh (si anu)

Satu badan dua nyawa

Satu jasad dua nyawa

Rindu kasih sayang kasih

Goncangkan jasad dan roh .........

(dipetik dari Haron Daud 2001)