kepentingan amalan gama dalam kehidupan individu

Upload: vasanthi-marimuthu

Post on 04-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Kepentingan amalan gama Dalam Kehidupan Individu

    1/2

    KEPENTINGAN AMALAN AGAMA DALAM KEHIDUPAN INDIVIDU

    Agama merupakan sesuatu yang asas kepada seseorang manusia. Setiap individu di dunia

    ini menganuti sesuatu agama dan mematuhi amalannya dalam seumur hidup mereka. Agama

    merupakan sesuatu kepercayaan yang asas dalam membina diri seseorang untuk menjadi

    seorang yang bermoral, berakhlak, berdisiplin dan juga berbudi pekerti. Justeru, adalah penting

    bagi ,mematuhi amalan agama yang dianutinya. Dengan mengamalkan amalan- amalan agama

    seseorang penganut Hindu akan memperoleh banyak kebaikan dalam seumur hidupnya.

    Justeru, adalah penting bagi seseorang penganut agama Hindu untuk mematuhi amalan

    agamanya.

    Amalan agama Hindu perlulah diikuti atau dipatuhi untuk mengamalkan dan juga

    menghayati nilai- nilai agama. Antaranya ialah, mempercayai kewujudan uhan sebagai

    pencipta alam dan mempercayai bahawa uhan adalah satu. Apabila mempercayai kewujudanuhan, manusia sendiri akan merasakan dirinya terpelihara dan sesuatu kuasa sentiasa

    mengelilinginya. Dengan ini, individu tidak akan berani membuat sesuatu perkara yang negati!

    dan juga yang dilarang dari aspek agama Hindu. Dengan individu yang mengamalkan amalan

    budaya Hindu dapat hidup dengan sejahtera. "adahal bukan semua orang yang mematuhinya,

    justeru bagi yang tidak mengamalkannya akan mengalami kesusahan dalam kehidupannya.

    #ilai agama lain yang boleh dipraktikkanya adalah sabar. Dalam agama Hindu manusia disuruh

    untuk bersabar dalam mana- mana situasi dan tidak bergesa- gesa dalam mengambil apa- apa

    keputusan, kerana ia akan memberi kesan kepada dirinya sediri. $enurut agama Hindu apabilaseseorang individu sabar dalam melakukan sesuatu dan sewaktu mengambil keputusan,

    perkara yang dibuatnya akan berjaya dan akan memberi man!aat kepada dirinya.

    Seterusnya, dengan mengamalkan amalan- amalan agama seseorang dapat memelihara

    amalan tersebut supaya tidak dilupai oleh generasi akan datang. Hal ini kerana, masyarakat

    %aman kini semakin moden dan juga semakin sibuk dengan rutin harian mereka. dalam

    lingkungan masa ini mereka akan lupa untuk mengamalkan amalan agama masing- masing.

    Justeru, bagi agama Hindu pula penganut agama Hindu perlulah memelihara amalan agama

    mereka dengan mengamalknya setiap hari. &ontohnya, perlulah sembahyang setiap hari dan

    sekurang- kurangnya membacakan '$antram(, untuk kepentingan diri sendiri.

    Selain itu, dengan mengamalkan amalan- amalan agama Hindu seseorang individu dapat

    menjadi seorang yang berdisiplin dan juga bermoral. &ontohnya, apabila seseorang penganut

    agama Hindu duduk bersila semasa makan, ini bermaksud dia mengamalkan amalan agam

  • 7/21/2019 Kepentingan amalan gama Dalam Kehidupan Individu

    2/2

    Hindu sewaktu makan. Sikap ini akan diikuti kalau individu tersebut berada luar daripada

    rumahnya. Apabila, seseorang individu mandi sebelum bersembahyang ini bermaksud dia

    merupakan seorang yang bermoral dan mematuhi prinsip- prinsip dalam amalan agama Hindu.

    Dengan mengamalkan amalan agama Hindu, seseorang akan mempunyai pegangan hidup

    yang tesendirinya. Hal ini kerana, individu kini ramai yang menganggur dan tidak ada hala tuju

    dalam kehidupannya dan melakukan perkara yang tidak ber!aeda adalah kerana mereka tidak

    mempunyai satu pegangan hidup yang tetap. Apabila mengamalkan amalan agama seseorang

    itu akan mengenali erti kehidupann dan sebab uhan menciptanya. Dengan ini individu tersebut

    dapat menentukan satu pegangan hidup baginya dan dapat berjaya dalam kehidupannya.

    Akhirnya, dengan mengamalkan amalan- amalan agama bagi penganut Hindu individu

    dapat menenangkan !ikirannya. Hal ini kerana, dunia kini semakin sibuk dan masyarakat hanya

    menuju kearah mencari wang dan juga harta benda dari pelbagai cara. Justeru, !ikirannya tidak

    akan menentu dan akan bercerabut. Apabila !ikiran cerabut individu tidak dapat melakukan

    sebarang aktiviti rutin harian dan individu tersebut mungkin akan mengalami stress dan stress

    akan menyebabkan individu tersebut akan menghidapi pelbagai jenis penyakit. Justeru bagi

    mengelak daripada perkara ini berlaku individu perlulah bersembahyang. $enurut agama Hindu

    bersembahyang dapat menenangkan minda dan !ikiran individu. )ndividu boleh mengatakan

    dan menyerahkan segala kesusahannya kepad uhan dan bersembah untuk membawanya ke

    arah yang terbaik bagi menyelesaikan masalahnya. Dengan ini, pastinya uhan akan

    menolongnya dari mana- mana jua. Justeru, bersembahyang mrupakan sesuatu yang sangat

    penting kepada seseorang individu.

    *esimpulannya, amalan agama Hindu perlulah dipatuhi oleh semua penganut Hindu untuk

    hidup dalam suasana yang tenang dan juga gembira. Amalan agama Hindu merupakan perkara

    yang penting bagi penganut Hindu untuk menjadi insan yang mulia dan juga yang berguna

    kepada sosial.