kepelbagaianpelajardalametnik-writeup-121213191912-phpapp02.docx

16

Click here to load reader

Upload: alicia-ng

Post on 18-Nov-2015

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEPELBAGAIAN PELAJAR DALAM ETNIK / RAS dan SOSIOBUDAYA SERTA STRATEGI GURU dan STAIL PEMBELAJARAN

ISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.0 PENGENALAN2

2.0 PERNYATAAN MASALAH Pengaruh Budaya terhadap Kepelbagaian di dalam Kelas3

3.0 KESAN-KESAN 3.1 Implikasi kepelbagaian etnik, ras dan sosio-budaya di dalam bilik darjah terhadap guru.3.2 Implikasi kepelbagaian etnik, ras dan sosio-budaya di dalam bilik darjah terhadap pelajar4-5

6-7

4.0 STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU7-13

5.0 KESIMPULAN14

6.0 PETA MINDA15

1.0 PENGENALAN

Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi etnik majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli tidak lupa juga pada kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik mempunyai sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu. Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi ( cara berfikir dan berkelakuan). Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu sedar kewujudan kepelbagaian sosio-budaya ini yang meliputi adat resam, bangsa, kepercayaan, jantina, bahasa dan struktur masyarakat.Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilhat dari aspek ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja, malah ia juga merangkumi skop yang lebih luas. Di dalam bilik darjah, terdapat pelbagai ras, etnik dan budaya yang tersendiri dan berbeza-beza. Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza antara satu sama lain. Setiap pelajar berbeza dari segi mereka berkomunikasi ( verbal dan bukan verbal) , nilai-nilai sosial, intelektual, cara berinteraksi, gerak badan, dan pandangan serta pendapat mereka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka. Guru juga membawa budaya mereka tersendiri di dalam bilik darjah. Jika wujud perbezaan dalam kalangan pelajar dan guru dari segi cara mereka berkomunikasi, pandangan nilai dan sebagainya, maka akan timbul masalah dalam interaksi antara mereka. Secara kesimpulannya, kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya dalam membantu memahami gaya pembelajaran setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan.2.0 PERNYATAAN MASALAH

PENGARUH BUDAYA TERHADAP KEPELBAGAIAN DI DALAM KELAS

Pengaruh budaya telah memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Cara pelajar disosialisasi, terutama sekali yang memupuk nilai-nilai kebebasan atau pergantungan, mempengaruhi tahap pergantungan pelajar dalam proses pembelajarannya. Para pengkaji mendapati masyarakat tradisional yang memberi nilai yang tinggi terhadap hubungan kekeluargaan, yang mempunyai kaitan sosial yang ketat, melahirkan pelajar yang lebih berdikari.Belum ada kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti pengaruh budaya terhadap stail pembelajaran di negara kita. Di Amerika Syarikat kaitan sedemikian telah diselidik, melibatkan pelajar kulit hitam, kulit putih dan beberapa kumpulan minoriti yang lain. Pengetahuan tentang pengaruh budaya terhadap stail pembelajaran pelajar di Malaysia yang berlainan ras, etnik boleh membantu para pendidik memahami dan merancang strategi Pengajaran dan Pembelajaran yang paling berkesan untuk pelajar mereka. Lazimnya, guru mengajar mengikut stail pembelajaran mereka sendiri, ini mungkin tidak sesuai dengan keperluan pelajar mereka. Prestasi pelajar akan meningkat jika mereka berasa seronok belajar dan mendapati mereka boleh menggunakan cara mereka sendiri yang paling berkesan untuk belajar.

3.0 KESAN KESAN

3.1 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN ETNIK, RAS DAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP GURU

Malaysia mempunyai kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi satu cabaran besar kepada guru lebih-lebih lagi dalam era globalisasi. Pendidikan juga mengalami perubahan seiring dengan perkembangan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang pelajar sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, dia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai latar belakang keluarga, budaya dan tahap sosio-ekonomi yang berbeza- beza.Semua guru di dalam kelas perlu melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Guru tidak sepatutnya membezakan bangsa pelajar dan tidak mengelompokkan pelajar mengikut kaum mereka sahaja. Pelajar daripada kaum yang berlainan juga harus di tempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berkomunikasi dan berinteraksi terbuka luas. Guru digalakkan mengajar pelajar tanpa membezakan kelas mereka. Pelajar hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan tidak ada pinggiran yang ditunjukkan. Guru perlu berkemahiran untuk menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya pelajar. Sepatutnya, guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru, perkara-perkara asas seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan. Tugas-tugas ini perlu dipikul oleh guru dalam konteks memahami setiap pelajarnya.Perbezaan tahap kecerdasan yang perlu dititikberatkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran iatu dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap pelajar. Perkara ini sangat perlu bagi mengelakkan pelajar merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal. Guru harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dalam menjalinkan hubungan yang mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial, budaya dan kecerdasan individu. Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan, pelanggan iaitu pelajar haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Hukuman berbentuk deraan dan memalukan seharusnya tidak dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan pelajar akan renggang dan seterusnya menghilangkan minat mereka untuk belajar. Dengan kata lain atau secara ringkasnya, Guru perlu :1. Mengajar tanpa mengira sosial dan budaya pelajar2. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan profesional3. Membantu pelajar memilih kerjaya4. Sentiasa menepati masa5. Menghormati pelajar dan bersifat adil6. Tidak menyentuh kepercayaan pelajar7. Kurangkan penggunaan bahasa dialek8. Catat kemajuan dan kelemahan pelajar9. Guru mempunyai wawasan

3.2 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP PELAJAR

Pelajar adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan dengan memberikan pendidikan yang terbaik dan tidak melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaaan antara individu atau kumpulan pelajar dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah amat penting guru mendalami tingkah laku dan budaya pelajar supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.Setiap pelajar mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti dan tidak harus dipertikaikan. Aktiviti menyemai semangat saling percaya dan mempercayai perlulah diterapkan. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri pelajar dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalankan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran memacu pembangunan negara. Pelajar digalakkan menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi sesama rakan. Dialek mengkut kaum hendaklah dielakkan. Pelajar hendaklah sentiasa diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pelajar digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina. Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi tersebut. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap pelajar perlu diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cinta akan kelas mereka. Biasanya nilai-nilai ini diterapkan oleh guru dalam subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan yang menjadi pokok kepada pembentukkan nilai setiap pelajar. Selain itu dalam matapelajaran lain juga, seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, guru haruslah sentiasa menyelitkan unsur-unsur dan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.Pelajar perlu diberi motivasi secara berhemah. Guru perlu menggunakan komunikasi dengan berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman selain kerap memberi penghargaan apabila pelajar mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Pelajar biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan , menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat. Pelajar perlu mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya. Tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah dapat melahirkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

4.0 STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU

Di dalam bilik darjah yang berbilang kaum, terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk memastikan tiada pelajar yang berasa terpinggir lantaran ras, etnik dan budaya mereka. ISI KANDUNGAN (CONTENT)Guru boleh menggunakan bahan-bahan dan contoh daripada pelbagai budaya untuk menerangkan konsep yang di ajar. Pelajar akan berasa bangga dan yakin diri apabila perkara-perkara positif daripada budaya mereka diketengahkan dan dibincangkan. Ini akan menarik minat mereka dan mereka akan memberi tumpuan terhadap proses pembelajaran dalam bilik darjah.

MENGURANGKAN PRASANGKA DAN STREOTAIPGuru perlu membantu pelajar supaya bersikap positif terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat di kalangan rakan-rakan mereka dengan :1. Memberi ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif terhadap ras dan kelompok lain.2. Menambahkan kontak pelbagai latar belakang dengan aktiviti-aktiviti terancang dan dengan mengamalkan pembelajaran koperatif. Dalam kaedah ini, pelajar bekerjasama belajar dalam kelompok kecil yang dianggotai oleh pelajar berbilang kaum, kebolehan dan keistimewaan.

MEMUPUK BUDAYA SEKOLAH YANG POSITIFSegala bentuk amalan pengelompokkan pelajar perlulah dihentikan dan situasi dan iklin yang bekerjasama, tolong menolong dan hormat-menghormati serta sikap guru yang lebih terbuka perlu diwujudkan. Tidak perlu ada amalan prejudis terhadap pelajar yang berbeza latar belakang dan sentiasa mewujudkan kesefahaman dan perpaduan.

MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN DAN KAEDAH YANG BOLEH MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIKJika guru mengendalikan kelas mereka supaya lebih selaras dengan budaya dan keperluan serta stail pembelajaran pelajar, maka penerimaan pelajar terhadap pengajarannya lebih mudah.

PERBEZAAN STAIL PEMBELAJARANStail pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai gaya pembelajaran seseorang individu itu. Setiap individu mempunyai gaya sendiri untuk belajar. Manusia adalah sangat unik dan berbeza dari segi mereka melihat sesuatu, membuat keputusan, dan cara mereka berinteraksi. Ada orang yang membentuk persepsi berasaskan sensasi, ada yang berasaskan intuisi, ada yang menggunakan pengetahuan, ada yang menggunakan pemikiran logikal. Perbezaan ini wujud disebabkan oleh personaliti setiap individu itu berbeza. Guru-guru perlu peka terhadap stail pengajaran mereka supaya pelajar dapat merealisasikan potensi dirinya setinggi mungkin, Bennet (1990) menyarankan empat strategi untuk mengenal pasti stail pembelajaran iaitu :

Dimensi Stail Pembelajaran penggantungan (field independence)Mengikut Bennet(1990), ciri-ciri pelajar mengikut dimensi pergantungan adalah seperti berikut:Pembelajar Field dependentPembelajar Field Independence

Persepsi global Melihat sesuatu dalam bentuk bahagian-bahagian tertentu

Lemah dalam menyelesaikan masalah analitikal Pemikiran abstrak dan analitikal

Suka menerima sahaja apa yang dipelajari Individualistik, tidak sensitif ( kepada emosi orang lain, kemahiran sosial yang lemah)

Memerlukan motivasi luaran, responsif kepada ganjaran sosial. Suka belajar bersendirian, pemikiran cara tersendiri untuk belajar dan bentuk motivasi dalaman, tidak responsif kepada ganjaran sosial.

Ada sesetengah pihak beranggapan pelajar field dependent mempunyai IQ (intelligence quotient) yang kurang berbanding field independence. Ini adalah satu anggapan yang kurang tepat kerana apa yang berbeza antara kedua-dua pelajar jenis ini adalah stail pembelajaran mereka mengikut bidang yang diminati. Field independent menjurus kepada pelajar yang meminati aliran sains manakala field dependent kepada bidang sastera.Castenda dan rakan-rakan (1974) dipetik oleh Bennet (1990) telah mencadangkan pendekatan P&P yang sesuai mengikut stail pembelajaran pelajar seperti berikut :1. Hubungan pelajar dengan rakan sebayaPembelajar Field dependentPembelajar Field Independence

Suka bekerja dengan orang lain Suka bekerja bersendirian

Suka membantu orang lain Suka berlumba-lumba

Sensitif kepada perasaan orang lain Berorientasikan tugas, tidak peka terhadap persekitaran sosial semasa membuat sesuatu tugas.

2. Hubungan sosial dengan guruPembelajar Field dependentPembelajar Field Independence

Melahirkan perasaan positif kepada guru secara terbuka Jarang berhubung dengan guru

Menjadikan guru sebagai contoh dan role model Hubungan dengan guru formal dan terhad kepada tugas yang dilakukan

3. Hubungan Instruksi dengan guruPembelajar Field dependentPembelajar Field Independence

Memerlukan bimbingan yang jelas dan terperinci Diterangkan konsep dengan terperinci

Konsep dibentangkan dalam bentuk cerita dan berkaitan minat dan pengalaman pelajar Suka konsep-konsep sains dan matematik

Keperluan Pelajar kepada StrukturPelajar berbeza dari segi kebolehan mereka bekerja sendiri, keperluan mereka untuk mendapat penjelasan sebelum melakukan sesuatu tugasan, dan kemampuan mereka untuk menyelesaikan sesuatu tugasan itu. Hunt (1979) dipetik oleh Bennet (1990) mengenal pasti cri-ciri pelajar dan tahap keperluan struktur mereka dalam proses pembelajaran. Ada pelajar yang memerlukan lebih banyak struktur, ada yang memerlukannya pada tahap sederhana, ada pula yang memerlukan sedikit sahaja struktur dalam proses pembelajaran mereka. Menurut Hunt, pelajar yang mempunyai tunjuk ajar lebih (struktur) tidak boleh duduk diam,disruptif, tidak suka berfikir sendiri(suka bertanya), tidak pandai membuat inferensi, tidak yakin terhadap diri sendiri, mahu maklumat asas sahaja, bekerja hanya sebab disoal dan memberi jawapan yang singkat kepada soalan yang diajukan.Pelajar yang memerlukan tunjuk ajar yang sederhana lazimnya pentingkan jawapan yang betul, mahu disukai oleh guru, mengikut kata, bekerja sendiri, tidak suka cuba sesuatu yang baru(takut salah) , tidak suka bertanya, tidak suka diganggu, dan sering meminta pandangan guru sama ada apa yang dilakukan oleh mereka betul atau tidak, dan apakah yang seterusnya dilakukan, tidak berimaginatif dan tidak berapa gemar kerja berkumpulan.Pelajar yang memerlukan sedikit struktur, suka berbincang dan berdebat, suka menyoal dan memberi pendapat, mahu menyelesaikan masalah sendiri, tidak suka dibimbing dengan terperinci dan kurang memerlukan input guru. Mereka boleh berfikir secara abstrak, tidak takut gagal mencuba, boleh memberi tumpuan yang lama kepada sesuatu tugas, lebih mementingkan diri sendiri dan kurang menghiraukan orang lain.Para guru perlu menggunakan strategi yang sesuai dengan keperluan pelajar dan pada masa yang sama memupuk sikap yang diingini di kalangan mereka. Pelajar yang terlalu bergantung perlulah dilatih berdikari, yang terlalu mementingkan diri perlulah dilatih bekerjasama. Pendekatan guru perlu meningkatkan keyakinan pelajar, estim diri mereka dan kemahiran belajar mereka.

Modaliti PerseptualPelajar juga berbeza dari segi deria yang dominan yang digunakan untuk belajar. Pelajar yang visual belajar dengan lebih baik jika mereka dapat melihat objek atau aktviti yang ingin dipelajari. Gambar, filem dan model dan demonstrasi dapat membantu mereka belajar secara lebih sempurna. Ada pelajar yang lebih selesa membaca apa yang perlu dipelajari, ada pula yang lebih suka mendengar untuk mendapat manfaat daripada pembelajaran. Ada pembelajar kinestetik, mereka belajar dengan baik melalui pergerakan- menulis nota atau membuat akiviti, menggaris nota dan sebagainya. Para guru boleh mengesan cara belajar yang paling berkesan dikalangan pelajar mereka dan cuba menggunakan pendekatan yang memerlukan pelbagai cara dan deria untuk pembelajaran yang berkesan.

Inventori Stail PembelajaranDunn dan Dunn ( 1979) dipetik oleh Bennet (1990), telah membina inventori stail pembelajaran dengan menggunakan bagaimana empat rangsangan (stimuli) asas mempengaruhi pembelajaran seseorang itu. Rangsangan asas itu adalah persekitaran (bunyi, cahaya, suhu dan keadaan susunan), emosi (motivasi), ketekalan(persistance), tanggungjawab dan struktur sosiologi (berkawan, sendiri, berpasangan, berkumpulan,orang dewasa dan kepelbagaian sumber), fizikal (fizikal,makanan,masa, pergerakan). Inventori ini boleh mengesan keperluan pembelajar dari segi semua aspek asas yang penting baginya untuk belajar dengan berkesan. Dunn dan Dunn telah menambah satu lagi rangsangan asas iaitu proses kognitif (analitikal / global, kecenderungan cerebal dan reflektf / impulsif)

5.0 KESIMPULAN

Pelbagai ras, etnik dan budaya di Malaysia telah mewujudkan norma-norma baru di dalam masyarakat terutama di dalam bilik darjah. Guru sebagai agen perubahan yang dapat membentuk interaksi sosial pelajar serta berperanan dalam memperkembangkan bakat dan minat pelajar tanpa mempunyai pemikiran yang diskriminasi antara kaum. Guru perlu diingatkan bahawa kejayaan seseorang pelajar bukan boleh dilihat dar segi pencapaian akademik sahaja tetapi juga mengambil kira pembentukkan sahsiah diri bagi setiap pelajar supaya mereka seimbang dari segi intelek dan rohani.Oleh itu, profesyen keguruan bukanlah satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat dan iltzam serta berjiwa pendidik sahaja yang patut menjadi guru. Pengetahuan ilmu pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada pelajar. Konsep kebudayaan dalam sosiologi dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuai dan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme , sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik anak-anak mengikut kehendak masyarakat dah guru bertanggungjawab memenuhi keperluan pelajar tanpa prejudis.

PETA MINDA

KEPELBAGAIAN PELAJAR DALAM ETNIK, RAS DAN SOSIO-BUDAYA

Impak kepada GURU

MODAL INSAN YANG SEIMBANG ( JERIS)Nilai-nilai murniMinat pelajarBakat pelajarImpak kepada PELAJARIsi kandungan (content)Mengurangkan prasangka dan streotaipMemupuk budaya sekolah yang positifMenggunakan bahan yang sesuaiStail PembelajaranSTRATEGI PENGAJARAN yang BERKESANKepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan SosiobudayaPage 7