laporan siasatan eaic berhubung kes

309
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES KEMATIAN N. DHARMENDRAN DALAM TAHANAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Upload: truonganh

Post on 16-Jan-2017

443 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN

Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC)

LAPORAN SIASATAN EAIC

BERHUBUNG KES KEMATIAN N. DHARMENDRAN

DALAM TAHANAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Page 2: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

ISI KANDUNGAN

Butiran

Tajuk Muka Surat

1

PENGENALAN

1 – 3

2

PASUKAN PETUGAS

4 – 5

3

TERMA-TERMA RUJUKAN PASUKAN PETUGAS

5 – 6

4

SESI PENDENGARAN AWAM 6

5

KEHADIRAN PADA SESI PENDENGARAN AWAM 7 – 8

6

PROTOKOL TATACARA PENDENGARAN AWAM 8

7

KEPUTUSAN (RULINGS) TERHADAP PERMOHONAN

PEGUAM UNTUK MILIKAN DAN SIMPANAN DOKUMEN

9 – 10

8

LATAR BELAKANG TANGKAPAN DAN TAHANAN SI

MATI

10 - 11

Page 3: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

9

DOKUMEN-DOKUMEN YANG RELEVAN

12 – 13

10

LAWATAN KE TEMPAT KEJADIAN 14 – 15

11

PROSIDING PENDENGARAN AWAM

15 – 17

12

KETERANGAN:

TANGKAPAN KE ATAS DHARMENDRAN A/L

NARAYANASAMY (SI MATI)

12.1 Laporan polis SBESI/004827/13 bertarikh 11 Mei

2013 berhubung dengan pergaduhan di Jalan

Budiman 19, Bandar Tun Razak (Perenggan 9.1

(c))

12.2 Laporan polis SBESI/004828/13 bertarikh 11 Mei

2013 oleh si mati berhubung dengan pergaduhan

pada 11 Mei 2013 (Perenggan 9.1(b))

12.3 Laporan polis Pudu/003960/13 bertarikh 12 Mei

2013 berhubung dengan tangkapan ke atas si

mati (Eksibit P52)

12.4 Keterangan saksi-saksi berhubung dengan

tangkapan ke atas si mati pada 12 Mei 2013

12.5 Penahanan si mati di Lokap IPD Dang Wangi dan

pemindahan si mati dari Lokap IPD Dang Wangi

ke Lokap D9 IPK Kuala Lumpur (Eksibit P53)

17

17 – 18

19

19 – 20

20 – 21

13

KETERANGAN:

PERGERAKAN SI MATI SEPANJANG TEMPOH

PENAHANAN DI LOKAP D9, IPK KUALA LUMPUR DARI

13 HINGGA 21 MEI 2013 (EKSIBIT P31 & EKSIBIT P32)

21 – 25

Page 4: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

14

KETERANGAN:

KEJADIAN PADA 21 MEI 2013 (HARI KEMATIAN SI

MATI)

25 – 37

15

KETERANGAN:

KEJADIAN PADA 22 MEI 2013

15.1 Proses pengecaman mayat secara rasmi

15.2 Bedah siasat (post mortem)

37 – 38

38 – 59

16

KETERANGAN:

PENGURUSAN LOKAP D9, IPK KUALA LUMPUR

59 – 62

17

KETERANGAN:

PERANAN BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH KHAS (D9)

DALAM PENGURUSAN LOKAP D9, IPK KUALA

LUMPUR

62 – 63

18

KETERANGAN:

TAHANAN-TAHANAN (OKT-OKT) DI LOKAP D9, DARI

TARIKH 13 MEI 2013 HINGGA 21 MEI 2013

63 – 73

19

RINGKASAN KETERANGAN SAKSI-SAKSI (SP1 –

SP62)

19.1 Muhammad Khairil Anuar bin Mansur (SP1)

19.2 Marry a/p Mariay Susay (SP2)

19.3 Narayanasamy a/l Venugopal (SP3)

19.4 Majistret Erry Shahriman bin Nor Arifin (SP4)

73 – 75

75 – 78

78 – 79

79 – 82

Page 5: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

19.5 Majistret Saifulakmal bin Mohd Said (SP5)

19.6 Mohammad Anwar bin Mohamad (SP6)

19.7 Dr. Siew Sheue Feng (SP7)

19.8 Puan Adibah binti Abdul Kadir (SP8)

19.9 Dr. Kamarudin bin Asri (SP9)

19.10 Encik Baktiar bin Kassim (SP10)

19.11 L/Kpl. Kasmir bin Luntuk (SP11)

19.12 Kpl. Ahmad Sapari bin Semaon (SP12)

19.13 D/Kpl. Mohd Ikram bin Sulaiman (SP 13)

19.14 D/Kpl. Kamarol Zaman bin Mat Noor (SP14)

19.15 ACP Abdul Majid bin Mohd Ali (SP15)

19.16 Maliswaran a/l Supramaniam (SP16)

19.17 SAC Dato’ Zainuddin bin Ahmad (SP17)

19.18 Sjn. Rahim bin Md Diah (SP18)

19.19 Kpl. Mohamad Adnan Masri bin Safril (SP19)

19.20 Kpl. Mohamad Shahril bin Sarini (SP20)

19.21 L/Kpl. Mohd Azry bin Mohd Toyeb (SP21)

19.22 L/Kpl. Nik Abdul Rahman bin Salim (SP22)

19.23 L/ Kpl. Mohamad Redzuan bin Harun (SP23)

19.24 L/Kpl. Mohd Fairus bin Mohd Saharuddin (SP24)

19.25 D/L/Kpl Mohd Fairul bin Mohd Fauzi (SP25)

19.26 Mohd Saad bin Kimbok (SP26)

19.27 A/ACP Yahya bin Abdul Rahman (SP27)

19.28 D/Kpl. Nizam bin Yahya (SP28)

19.29 D/Kpl. Salmi bin Putit (SP29)

19.30 D/Kpl. Kartiman bin Majidal (SP30)

19.31 Balachantar a/l Muniadi (SP31)

19.32 Korporal Norazman bin Mohamed (SP32)

19.33 Insp. Mohamed Hafiz bin Mokhtar (SP33)

19.34 Insp. Mohd Fauzi bin Mohd Shariff (SP34)

19.35 Kpl. Norazuan bin Baharin (SP35)

19.36 Kpl. Shahrul Effendi bin Ismail (SP36)

19.37 L/Kpl Nor Hafizah binti Lasa (SP37)

19.38 Kons. Jasmin bin Jasin (SP38)

82 – 83

83 – 85

85 – 88

88 – 89

89 – 91

91 – 92

92 – 93

93 – 94

94 – 96

96 – 97

97 – 105

105 – 107

107 – 109

109 – 110

111 – 112

113

113 - 114

114

114

115 – 120

120 – 126

126 – 127

127 – 131

131 – 134

134 – 135

135 – 136

136 – 138

138

139

139 – 140

140

140 – 141

141 – 142

142 – 144

Page 6: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

19.39 DSP Glenn Anthony Sinappah (SP39)

19.40 L/Kpl. Mohd Aminuddin bin Che Hamid (SP40)

19.41 D/Kpl. Mohd Haswadi Zamri bin Shaari (SP41)

19.42 D/Sjn. Jaffri bin Jaafar (SP42)

19.43 D/Kpl. Mohd Nahar bin Abdul Rahman (SP43)

19.44 Insp. Hare Krishnan a/l Subramaniam (SP44)

19.45 ASP Tay Chew Thwa @ Rico Tay (SP45)

19.46 Kpl. Mat Rozai bin Salleh (SP46)

19.47 Insp. Kamaruzaman bin Endut (SP47)

19.48 L/Kpl Mohd Izhar bin Ibrahim (SP48)

19.49 Kpl. Fadilah bin Putit (SP49)

19.50 Insp. Khairul Fairoz bin Rodzuan (SP50)

19.51 L/Kpl Mohd Khairul Hafiz bin Mohamad Tarmizi

(SP51)

19.52 ASP Mohamed Sazif bin Mohamed Subri (SP52)

19.53 ASP Kamarul Rizal bin Jenal (SP53)

19.54 ASP Chang Chee Fong (SP54)

19.55 L/Kpl. Norhayati bte Mohamed Nor (SP55)

19.56 D/Kpl. Javis Aldrian Oyo (SP56)

19.57 D/Sjn. Sri Hari a/l Ramachandran (SP57)

19.58 Sjn Kanaran a/l Kunji Raman (SP58)

19.59 D/Kpl. Romzi bin Kasim (SP59)

19.60 A/SAC Khairi Ahrasa (SP60)

19.61 Insp. Hairul Zaidi bin Zainal (SP61)

19.62 Supt. Choo Lily (SP62)

144 – 149

149

149 – 156

156 – 161

161 – 165

165 – 168

169 – 172

172 – 174

174 – 176

176

176 – 178

178 – 179

180

180 – 184

184 – 186

186 – 189

189

189 – 190

190 – 191

192

192 – 193

193 – 196

196 – 197

197 – 199

20

ISU BERKAITAN LAPORAN TANGKAPAN SEMULA

(Eksibit P50)

199 – 204

Page 7: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

21

BUKU PERHARIAN BALAI (STATION DIARY), LOKAP

D9, IPK KUALA LUMPUR

21.1 Kegunaan Buku Perharian Balai Lokap D9

(Eksibit P31 dan Eksibit P32)

21.2 Standard Operating Procedures (SOP) terpakai

ke atas Eksibit P31 dan Eksibit P32

21.3 Entri no. 3150 Eksibit P31 (sebelum pindaan)

21.4 Latar belakang kemasukan entri no. 3150 serta

entri-entri berikutnya

21.5 Pindaan masa pada entri no. 3149 dan entri no.

3150

21.6 Penafian SP24 dan SP25 ke atas kesahihan

(authenticity) sebahagian (partly) entri no. 3150

hingga entri no. 3155

204 – 205

205 – 206

206 – 207

207 – 212

212 - 213

213 – 214

22

PENEMUAN DAWAI KOKOT (BULLET STAPLER) DI

TELINGA SI MATI

22.1 Keterangan SP7 (Dr. Siew Sheue Feng)

22.2 Gambar di Eksibit P17A dan Eksibit P17B

214 – 215

215 – 216

23

CCTV LOKAP D9

23.1 Sebelum kejadian

23.2 Semasa kejadian (21 Mei 2013)

23.3 Selepas kejadian (selepas 21 Mei 2013)

23.4 CCTV Bilik Soal Siasat

217 – 218

218 – 220

220

220 – 221

24

LOKAP D9, IPK KUALA LUMPUR

221 – 223

Page 8: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

25

UBAT SEDUTAN ASTHMA (INHALER)

25.1 Si mati menghidap asthma

25.2 Pengesahan ubat sedutan asthma oleh anggota

sentri Lokap D9, IPK Kuala Lumpur

25.3 Kedudukan ubat sedutan asthma di sisi mayat si

mati pada 21 Mei 2013

224

224

225

26

PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN LOKAP

APABILA BERLAKU KEMATIAN DI DALAM LOKAP

226 – 227

27

PEMERIKSAAN MAYAT OLEH PEMBANTU

PERUBATAN (SP6)

227 – 228

28

KETIBAAN MAJISTRET KORONER (SP4)

228

29

REMAN PERTAMA (EKSIBIT P8)

229 – 230

30

REMAN KEDUA / SAMBUNG REMAN (EKSIBIT P12)

230 – 231

31

PENILAIAN DAN DAPATAN

31.1 Sebab kematian si mati

31.2 Pakatan bagi membuat entri palsu/salahnyata di

Buku Perharian Balai (Station Diary) Lokap D9

31.3 Meminda (tampering) masa “14:20” kepada

masa “12:20” di entri no. 3149 dan masa “14.30”

kepada masa “12.30” di entri no. 3150 (Eksibit

P32).

231 – 234

234 – 239

240

Page 9: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

31.4 Laporan polis kematian si mati (Eksibit P38)

31.5 Tangkapan semula si mati (Eksibit P50)

31.6 Kegagalan fungsi CCTV di Lokap D9

31.7 Kelewatan dalam memberi hak kepada si mati

untuk berhubung dan akses ahli keluarga ke atas

si mati semasa tempoh tahanan

31.8 Anggota dan pegawai yang ada kaitan dengan

kematian si mati

31.9 Ketiadaan soal siasat ke atas si mati oleh

Pasukan Projek dari 13 Mei 2013 hingga tengah

hari 19 Mei 2013

31.10 Ketiadaan pengetahuan pegawai dan anggota

ke atas SOP

31.11 Menyimpan orang tahanan secara berlebihan di

Lokap D9

31.12 Ketiadaan sampling darah bagi tujuan

perbandingan DNA

241

241 – 245

245 – 247

247 – 248

248 – 250

250 – 254

255

255 – 257

258

32

SYOR DAN PERAKUAN SURUHANJAYA

259 – 263

33

PENGHARGAAN

264 – 265

34

LAMPIRAN A - SENARAI SAKSI PENDENGARAN

AWAM KES KEMATIAN N. DHARMENDRAN

266 – 270

35

LAMPIRAN B - SENARAI DOKUMEN (EKSIBIT)

PENDENGARAN AWAM KES KEMATIAN N.

DHARMENDRAN

271 – 276

Page 10: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

36

LAMPIRAN C - SENARAI KORUM PENDENGARAN

AWAM KES KEMATIAN N. DHARMENDRAN

i. Sesi Pertama : 27 – 31 Julai 2015

ii. Sesi Kedua : 17 – 21 Ogos 2015

iii. Sesi Ketiga: 14 - 18 September 2015

iv. Sesi Keempat: 28 - 29 Oktober 2015

v. Sesi Kelima: 16 November 2015

277 – 281

281 – 286

286 - 290

290 – 293

294 - 295

37

LAMPIRAN D – PERATURAN-PERATURAN,

PROSEDUR DAN AMALAN PENDENGARAN AWAM

296 – 299

Page 11: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

1

LAPORAN SIASATAN EAIC 5

BERHUBUNG KES KEMATIAN N. DHARMENDRAN

DALAM TAHANAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

10

1. PENGENALAN

1.1 Pada 12 Mei 2013, lebih kurang jam 2.00 pagi, Dharmendran a/l

Narayanasamy (No. K/P: 811028-14-5551) (“si mati”) bersama 3 orang 15

lagi individu iaitu Balachantar a/l Muniandi, Kannan a/l Subramaniam

dan Kalaimani a/l Sithamparam telah ditahan oleh polis di perkarangan

Blok B, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Kuala Lumpur berkaitan

laporan polis Sungai Besi/4827/13 berhubung satu kejadian melepaskan

tembakan semasa pergaduhan di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur 20

pada 11 Mei 2013.

1.2 Pada 15 Mei 2013, media tempatan melaporkan bahawa pihak Polis

Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan satu pasukan “Special CID

Task Force” di setiap kontinjen PDRM di seluruh Malaysia untuk 25

mengesan dan menangkap mereka yang terlibat di dalam kes-kes

tembakan yang banyak berlaku pada ketika itu termasuk kes kematian

akibat tembakan ke atas Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia,

Datuk Shaharuddin bin Ibrahim.

30

1.3 Pada 21 Mei 2013, media tempatan termasuk portal-portal internet

melaporkan berita berhubung dengan kematian si mati Dharmendran a/l

Narayanasamy tersebut semasa berada di dalam tahanan PDRM.

1.4 Pada 24 Mei 2013, media dan portal-portal internet juga melaporkan 35

bahawa PDRM telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat

kes kematian si mati tersebut lanjutan daripada laporan bedah siasat

(post mortem) yang dikeluarkan oleh Hospital Kuala Lumpur yang

Page 12: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

2

menjalankan bedah siasatan ke atas si mati pada 22 Mei 2013, yang 5

mengesahkan sebab kematian si mati adalah akibat daripada “diffuse

soft tissues injuries due to multiple blunt force trauma”.

1.5 Pada 26 Mei 2013, Marry a/p Mariay Susay iaitu isteri si mati telah

membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi (THSL/019049/13) 10

berhubung dengan kematian suaminya dan mendakwa suaminya telah

didera oleh polis sehingga mati ketika di dalam tahanan PDRM tersebut.

1.6 Pada 28 Mei 2013, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

(EAIC) telah mengadakan satu Mesyuarat Khas Bil. 2/2013 dan telah 15

memutuskan bahawa selaras dengan fungsinya di bawah seksyen 4

Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] dan

demi kepentingan awam, satu penyiasatan di bawah seksyen 28 Akta

700 hendaklah dimulakan ke atas kematian si mati semasa berada di

dalam tahanan PDRM. 20

1.7 Bagi maksud menjalankan siasatan tersebut, satu Pasukan Petugas

telah ditubuhkan oleh Suruhanjaya selaras dengan seksyen 17 Akta

700.

25

1.8 Siasatan awal oleh Pasukan Petugas telah bermula pada 1 Jun 2013.

Namun, memandangkan Perbicaraan Jenayah No. WPPJ 46B-02-

09/2013 (Pendakwa Raya lwn. 1. Jaffri bin Jaafar, 2. Mohd Nahar bin

Abd Rahman, 3. Mohd Haswadi Zamri bin Shaari) dan Perbicaraan

Jenayah No. WPPJ 45B-03-09/2013 (Pendakwa Raya lwn. Hare 30

Krishnan a/l Subramaniam) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

berhubung kematian si mati masih berjalan di bawah pertuduhan

seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun

yang sama, siasatan Pasukan Petugas EAIC tersebut telah

ditangguhkan sementara untuk menunggu penyelesaian perbicaraan 35

kes jenayah tersebut.

Page 13: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

3

1.9 Pada 12 Disember 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah 5

melepas dan membebaskan keempat-empat tertuduh tersebut (dalam

kedua-dua perbicaraan jenayah) tanpa dipanggil membela diri terhadap

pertuduhan selepas mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan

telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh

itu. Pada 22 Disember 2014, pihak Pendakwa Raya (Peguam Negara) 10

telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan Malaysia

terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tanpa pembelaan diri

tersebut.

1.10 Pada 8 Januari 2015, setelah mengambil kira penyelesaian kedua-dua 15

perbicaraan kes jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tersebut,

Mesyuarat Suruhanjaya telah memutuskan supaya Pasukan Petugas

EAIC meneruskan semula siasatan secara pendengaran awam ke atas

kes kematian si mati dengan berpandukan kepada terma-terma rujukan

siasatan, khususnya dalam menentukan samada terdapat salah laku 20

oleh anggota dan pegawai yang telah membawa kepada kematian ke

atas si mati serta pengendalian ke atas si mati sepanjang berada di

dalam tahanan polis.

1.11 Pada 26 Februari 2016, ketika pendengaran awam telah selesai dan 25

Pasukan Petugas dalam proses menyediakan Laporan Siasatan ini,

Pasukan Petugas mendapat tahu daripada laporan akhbar-akhbar dan

portal bahawa Mahkamah Rayuan Malaysia telah membenarkan rayuan

pihak Pendakwa Raya dan Mahkamah Rayuan telah memerintahkan

keempat-empat tertuduh tersebut dipanggil membela diri di atas 30

pertuduhan seksyen 302 sebagaimana tuduhan dan kedua-dua kes

perbicaraan jenayah tersebut dikembalikan semula kepada Mahkamah

Tinggi bagi sambung bicara pada peringkat pembelaan diri oleh

tertuduh-tertuduh tersebut.

35

Page 14: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

4

2. PASUKAN PETUGAS 5

2.1 Pasukan Petugas yang telah ditubuhkan selaras dengan seksyen 17

Akta 700, adalah dianggotai oleh ahli-ahli berikut:

(a) YA Datuk Yaacob bin Haji Md. Sam 10

Pengerusi Suruhanjaya

(mengambil alih daripada mantan Pengerusi Suruhanjaya

iaitu YBhg. Datuk Heliliah Mohd Yusof, mulai 15.10.2014)

(b) Dato’ Sri Robert Jacob Ridu 15

Pesuruhjaya Suruhanjaya

(c) Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

Pesuruhjaya Suruhanjaya

20

(d) Puan Leong May Chan

Pesuruhjaya Suruhanjaya

(e) YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil bin Johari

Mantan Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Perunding 25

(f) YBhg. Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah binti

Syed Hasan Shahabudin

Mantan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia

merangkap Perunding 30

(g) Encik Lim Chee Wee

Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia merangkap

Perunding

35

(h) Encik Kamal Baharin bin Omar

Setiausaha Suruhanjaya merangkap Penyelaras Pasukan

Petugas (pada ketika itu)

Page 15: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

5

(i) Encik Ahmad Razif bin Mohd Sidek 5

Pengarah Bahagian Operasi/Pegawai Pengendali EAIC

(pada ketika itu)

(j) Puan Eda Mazuin binti Abdul Rahman

Penasihat Undang-Undang/Pegawai Pengendali EAIC. 10

3. TERMA-TERMA RUJUKAN PASUKAN PETUGAS

Terma-terma Rujukan (terms of reference) Pasukan Petugas adalah seperti 15

berikut:

3.1 Untuk mengenal pasti dan mengkaji peraturan-peraturan, kaedah-

kaedah, “Standard Operating Procedures” (SOP) dan apa-apa

mekanisme lain yang diguna pakai oleh PDRM ke atas orang yang 20

ditahan (“person in detention”) dan orang dalam jagaan (“person in

custody”);

3.2 Untuk menentukan sama ada telah berlaku apa-apa pelanggaran

terhadap peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, SOP atau mekanisme 25

tersebut yang membawa kepada kematian si mati;

3.3 Untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang salah laku seperti

yang diperuntukkan di bawah seksyen 24 Akta 700 oleh pegawai /

anggota PDRM semasa mengendalikan tahanan tersebut; 30

3.4 Sekiranya terdapat salah laku dizahirkan, untuk menentukan dan

mengenal pasti:

3.4.1 bagaimana dan mengapa salah laku itu terjadi; 35

Page 16: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

6

3.4.2 apakah peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, SOP atau 5

mekanisme yang menyebabkan atau mendorong kepada

berlakunya salah laku tersebut; dan

3.4.3 siapakah individu yang bertanggungjawab ke atas salah laku

tersebut. 10

3.5 Untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau yang

semunasabahnya perlu bagi, atau yang bersampingan dengan,

pelaksanaan fungsinya dalam menyiasat kes kematian tahanan tersebut

selaras dengan peruntukan Akta 700; 15

3.6 Untuk mengesyorkan apa-apa penambahbaikan atau penggubalan

semula peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, SOP atau mekanisme

bagi memastikan salah laku tersebut tidak berulang; dan

20

3.7 Untuk menyedia dan mengedarkan laporan mengenai hasil dan dapatan

siasatan dan syor-syor terhadapnya.

4. SESI PENDENGARAN AWAM 25

4.1 Pendengaran awam sesi pertama, kedua dan ketiga telah diadakan

bertempat di Bilik Persidangan SUHAKAM, Aras 13, Menara TH

Perdana, Kuala Lumpur pada 27-31 Julai 2015, 17-21 Ogos 2015, 14-

18 September 2015, masing-masingnya. 30

4.2 Sesi Pendengaran Awam bagi sesi keempat dan kelima disambung

pada 26-29 Oktober 2015 dan pada 16 November 2015 bertempat di

Bilik Pendengaran EAIC, Aras 11, Menara Usahawan, Presint 2,

Putrajaya. 35

4.3 Keseluruhan sesi pendengaran awam tersebut diadakan secara terbuka

kepada orang ramai dan wakil-wakil media.

Page 17: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

7

5. KEHADIRAN PADA SESI PENDENGARAN AWAM 5

5.1 Pendengaran Awam siasatan telah dipengerusikan oleh Pesuruhjaya

EAIC dengan korum minima yang ditentukan tidak kurang daripada dua

orang Pesuruhjaya EAIC pada setiap masa sepanjang sesi

pendengaran diadakan. 10

5.2 Turut membantu dalam mengendalikan pendengaran awam tersebut

ialah tiga orang perunding yang dilantik oleh EAIC, seperti nama-nama

yang telah disebutkan di perenggan 2.1 di atas.

15

5.3 Barisan pegawai undang-undang EAIC bagi mengendalikan siasatan

semasa pendengaran awam diketuai bersama oleh Encik Ahmad Razif

bin Mohd Sidek iaitu Pengarah Bahagian Operasi EAIC (pada ketika itu)

dan Puan Eda Mazuin binti Abdul Rahman iaitu Pengarah Seksyen

Undang-Undang EAIC, dengan dibantu oleh tiga orang pegawai undang-20

undang EAIC, iaitu Encik Muhammmad Musawwir Kamal bin Hashim

Kamal, Encik Mohd Arif bin Salleh dan Puan Susan Anak Leo.

5.4 Sepanjang prosiding pendengaran awam, pegawai undang-undang

EAIC, iaitu Cik Anis Sofia binti Ab. Rahman, Cik Renuka a/p Jeyabalan, 25

Puan Nurul Suffina binti Ahmad, Puan Wardah binti Faisol, Cik Khairul

Barriyah binti Muhamad, Encik Mohammad Hakeem Buang bertugas

secara bergiliran sebagai pegawai perakam bagi merakam keterangan

saksi-saksi semasa pendengaran awam tersebut. Turut hadir membantu

sekretariat Pasukan Petugas ialah Cik Noor Farahani binti Norizan iaitu 30

pegawai khas Pejabat Pengerusi EAIC.

5.5 Selaras dengan seksyen 36 Akta 700, Suruhanjaya telah membenarkan

perwakilan dan kehadiran pihak-pihak berkepentingan yang berikut

sepanjang sesi pendengaran awam tersebut: 35

(a) Majlis Peguam Malaysia (Malaysian Bar Council) diwakili oleh

peguam-peguam pemerhati seperti berikut: Encik Roger Chan

Page 18: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

8

Weng Keng, Dato’ Ramachelvam Manimuthu, Cik Firdaus binti 5

Husni, Cik Chan Yen Hui, Cik Maria Soosai Joseph Thamby

Raj, Encik Saha Deva Arunasalam, Encik Dinesh Muthal dan

Cik Pang Chein Chein (secara bergiliran);

(b) Polis Diraja Malaysia (PDRM) diwakili oleh ACP Allaudeen Bin 10

Abdul Majid, DSP Kamarul Ariffin bin Shahman, DSP Amir Bin

Hussain, DSP Koh Joe Tian, DSP Kamarudin, ASP

Subramaniam a/l Sateeyam dan Insp. Nur Aisyah (secara

bergiliran);

15

(c) Keluarga si mati diwakili oleh peguamcara Encik Eric Paulsen

dan Puan Latheefa Koya (secara bergiliran).

20

6. PROTOKOL TATACARA PENDENGARAN AWAM

6.1 Dalam menjalankan pendengaran awam tersebut, Suruhanjaya telah

menggubal dan mengeluarkan Peraturan-Peraturan, Prosedur dan

Amalan (Pendengaran Awam EAIC) (“Tatacara Pendengaran”) bagi 25

diguna pakai sebagai garis panduan dalam perjalanan prosiding

pendengaran awam.

6.2 Di antara ciri penting dalam Tatacara Pendengaran awam tersebut ialah

kebenaran (leave) yang diberikan kepada perunding dan peguam-30

peguam yang mewakili pihak berkepentingan termasuk peguam

pemerhati untuk melakukan pemeriksaan lanjut ke atas saksi-saksi yang

dipanggil memberi keterangan di bawah kuasa kawalan oleh

Pesuruhjaya yang mempengerusikan pendengaran awam.

35

6.3 Naskah Tatacara Pendengaran awam adalah seperti yang terdapat

dalam lampiran kepada Laporan ini (“Lampiran D”).

Page 19: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

9

7. KEPUTUSAN (RULINGS) TERHADAP PERMOHONAN PEGUAM UNTUK 5

MILIKAN DAN SIMPANAN DOKUMEN

7.1 Dalam sesi pertama permulaan pendengaran awam, pada 29 Julai 2015,

peguamcara Puan Latheefa Koya yang mewakili keluarga si mati telah

membuat permohonan serta penghujahan lisan supaya beliau 10

dibekalkan dengan semua dokumen yang digunakan oleh saksi-saksi

dalam pendengaran awam serta diberi kebenaran untuk menyimpan

dokumen-dokumen bagi membolehkan persediaan awal dibuat dalam

usaha memeriksa lanjut saksi-saksi secara yang efektif. Permohonan

oleh peguamcara mewakili keluarga si mati tersebut mendapat 15

sokongan oleh peguamcara pemerhati yang mewakili Majlis Peguam

Malaysia (Bar Council Malaysia) yang juga membuat permohonan yang

serupa.

7.2 Pesuruhjaya yang mempengerusikan pendengaran awam setelah 20

mendengar hujahan pihak-pihak telah menangguhkan pendengaran

awam sebentar bagi membolehkan pertimbangan terhadap permohonan

tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya-Pesuruhjaya yang mempengerusikan

pendengaran awam. Rujukan telah dibuat kepada Tatacara

Pendengaran awam yang menjadi protokol tatacara pendengaran awam 25

khususnya kepada Peraturan 14 yang meletakkan kuasa budibicara

kepada Pesuruhjaya yang mempengerusikan perdengaran awam untuk

memberi kebenaran (leave) kepada peguamcara bagi memeriksa lanjut

saksi-saksi dan kebenaran bagi memeriksa dokumen-dokumen dengan

mengambil kira bahawa siasatan yang dijalankan adalah bersifat 30

“inquisitorial” atau ingin tahu berpandukan kepada seksyen 34 dan 35

Akta 700. Perjalanan siasatan dijalankan berhubungan secara khusus

dengan Terma-Terma Rujukan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

7.3 Keputusan (rulings) telah dibuat bahawa permohonan peguamcara bagi 35

mendapat dan menyimpan dokumen adalah ditolak. Ini adalah untuk

menentukan dokumen-dokumen yang diperolehi oleh Suruhanjaya

dalam menjalankan kuasa-kuasa siasatannya di bawah Akta 700

Page 20: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

10

sentiasa dikawal rapi dan berada di dalam kawalan Suruhanjaya selari 5

dengan kehendak seksyen 52 Akta 700. Pun begitu dalam membantu

peguamcara bagi melakukan pemeriksaan lanjut ke atas saksi-saksi

secara efektif, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya telah membenarkan supaya

semua dokumen yang digunakan oleh saksi diberikan sesalinan kepada

semua peguamcara termasuk pegawai pemerhati yang mewakili PDRM 10

sebelum prosiding bermula pada awal setiap hari pendengaran terlibat

atau ketika dokumen tersebut dikemukakan oleh saksi supaya dokumen-

dokumen tersebut boleh diperiksa oleh peguamcara dan pegawai terlibat

bagi melakukan pemeriksaan lanjut dan peguamcara serta pegawai

terlibat dikehendaki menyerahkan semula dokumen-dokumen yang 15

diberikan itu kepada Pegawai Pengendali Suruhanjaya sebaik sesi

pendengaran pada hari terlibat itu ditangguhkan. Pesuruhjaya-

Pesuruhjaya juga bersetuju memberi kebenaran kepada peguamcara

untuk memeriksa atau membuat akses ke atas dokumen-dokumen yang

yang dikemukakan sebagai eksibit semasa pendengaran awam tersebut 20

di premis EAIC bagi persediaan membuat hujahan bertulis setelah tamat

prosiding pendengaran awam nanti dalam membantu Suruhanjaya

menimbangkan dan memutuskan keterangan yang telah dikemukakan

semasa pendengaran awam tersebut. Nota prosiding pendengaran

awam juga akan dibekalkan kepada peguamcara. 25

8. LATAR BELAKANG TANGKAPAN DAN TAHANAN SI MATI

8.1 Pada 11 Mei 2013, si mati telah terlibat dalam satu pergaduhan antara 30

dua kumpulan yang mengakibatkan 2 orang lelaki India daripada

kumpulan lawan telah ditembak di Bandar Tun Razak, Cheras Kuala

Lumpur. Pada 12 Mei 2013, si mati bersama 3 lelaki India lain iaitu

Balachantar a/l Muniandi, Kannan a/l Subramaniam dan Kalaimani a/l

Sithamparam telah ditangkap bersabit kes tembakan tersebut dan 35

mereka telah ditahan di Lokap IPD Dang Wangi. Si mati telah direman

dari 12 Mei 2013 hingga 16 Mei 2013. Pada 13 Mei 2013, Insp. Hare

Krishnan a/l Subramaniam, D/Sjn. Jaffri bin Jaafar, D/Kpl. Mohd Nahar

Page 21: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

11

bin Abdul Rahman dan D/Kpl. Mohd Haswadi Zamri bin Shaari telah 5

diarahkan untuk menjalankan soal siasat ke atas si mati.

8.2 Pada 13 Mei 2013, jam lebih kurang 11.15 tengah hari si mati bersama

3 orang lelaki India lain tersebut telah dipindahkan dari Lokap IPD Dang

Wangi ke Lokap D9, IPK Kuala Lumpur (Lokap D9). Pada 16 Mei 2013, 10

si mati telah dibawa ke Lokap IPD Dang Wangi untuk tujuan sambung

reman dan sambung reman si mati telah dibenarkan oleh Majistret Kuala

Lumpur selama 5 hari lagi sehingga 21 Mei 2013 dan si mati dimasukkan

semula ke Lokap D9 pada jam 12.32 tengah hari. Semasa penahanan

beliau di Lokap D9, si mati telah dibawa keluar untuk tujuan soal siasat 15

pada 17 dan 19 Mei 2013. Si mati kemudiannya ditemui mati dalam sel

Lokap D9 pada 21 Mei 2013. Si mati dikatakan telah mati akibat

serangan asthma selepas si mati dimasukkan semula ke Lokap D9.

8.3 Pembantu Pegawai Perubatan, Encik Mohammad Anwar Mohmad dan 20

Encik Armizi bin Abdul Aziz mengesahkan bahawa si mati telah

meninggal dunia. Mayat si mati juga telah diperiksa oleh Majistret Kuala

Lumpur, Majistret Erry Shahriman bin Nor Arifin di Lokap D9 dan telah

mengarahkan agar bedah siasat ke atas mayat si mati dijalankan.

25

8.4 Pada jam lebih kurang 8.30 malam, mayat si mati telah dibawa ke Unit

Forensik Hospital Kuala Lumpur. Pada 22 Mei 2013, jam lebih kurang

2.00 petang, Dr. Siew Sheue Feng telah menjalankan bedah siasat ke

atas mayat si mati. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian

adalah “diffuse soft tissue injuries due to multiple blunt force trauma”. 30

8.5 Pada tarikh yang sama iaitu 22 Mei 2013, isteri si mati, Puan Marry a/p

Mariay Susay telah membuat laporan polis No.THSL/018548/13

berhubung dengan kematian si mati. Pada 26 Mei 2013, Puan Marry

sekali lagi membuat laporan polis iaitu No. THSL/019049/13 berhubung 35

dengan hasil bedah siasat ke atas mayat si mati yang mendapati si mati

meninggal kerana “multiple blunt force trauma” dan menuntut satu

siasatan kes bunuh dijalankan oleh pihak PDRM.

Page 22: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

12

9. DOKUMEN-DOKUMEN YANG RELEVAN 5

9.1 Dokumen-dokumen berikut adalah relevan dan dibuat rujukan dalam

siasatan:

(a) Laporan Polis Petaling/001384/13 bertarikh 21/1/2013;

(b) Laporan Polis Sungai Besi/004828/13 bertarikh 11/5/2013; 10

(c) Laporan Polis Sungai Besi/004827/13 bertarikh 11/5/2013;

(d) Laporan Polis Pudu/003960/13 bertarikh 12/5/2013;

(e) Laporan Polis THSL/018421/13 bertarikh 21/5/2013;

(f) Laporan Polis Sungai Besi/005125/13 bertarikh 19/5/2013;

(g) Laporan Polis THSL/018468/13 bertarikh 21/5/2013; 15

(h) Laporan Polis THSL/018548/13 bertarikh 22/5/2013;

(i) Laporan Polis THSL/019049/13 bertarikh 26/5/2013;

(j) Laporan Polis THSL/019613/13 bertarikh 30/5/2013;

(k) Laporan Polis THSL/020337/13 bertarikh 5/6/2013;

(l) Laporan Polis THSL/018468/13 bertarikh 21/5/2013; 20

(m) Laporan Polis THSL/018468/13 bertarikh 21/5/2013;

(n) Laporan Polis Dang Wangi/021984/13 bertarikh 1/6/2013;

(o) Laporan Polis THSL/027373/13 bertarikh 29/7/2013;

(p) Laporan Polis THSL/005889/14 bertarikh 16/2/2014;

(q) Laporan Polis THSL/005892/14 bertarikh 16/2/2014; 25

(r) 7 Borang Penyerahan Barang Kes yang dikeluarkan oleh ASP

Chang Chee Fong;

(s) Jadual Tugas Harian Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK Kuala

Lumpur bertarikh 12 hingga 21 Mei 2013;

(t) Jadual Tugas Harian Cawangan Kem Komandan IPK Kuala 30

Lumpur bertarikh 11 hingga 22 Mei 2013;

(u) Borang Pengendalian Spesimen Mediko – Legal bertarikh 22

Mei 2013;

(v) Cabutan Buku Perharian Rasmi 2013 Insp. Hare Krishnan a/l

Subramanian (I/14794); 35

(w) Cabutan Buku Saku Polis D/Sjn Jaffri bin Jaafar (D/Sjn

124039);

Page 23: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

13

(x) Cabutan Buku Saku Polis D/Kpl Mohd Haswadi Zamri Shari 5

(D/Kpl 132728);

(y) Cabutan Buku Saku Polis D/Kpl Mohd Nahar Abd Rahman

(D/Kpl 124039);

(z) Cabutan Buku Saku Polis D/Kpl Javis Aldrian Oyo (D/Kpl

142315); 10

(aa) Cabutan Buku Saku Polis D/Kpl Sri Hari a/l Ramachandran

(D/Kpl 116273);

(bb) Cabutan Buku Saku Polis (pocket diary) anggota-anggota

sentri daripada Cawangan Kem Komandan yang bertugas

dari 11 hingga 21 Mei 2013; 15

(cc) Senarai Lock-up Bagi Orang-orang Salah Yang Belum

Dijatuhkan Hukuman (POL 84) Lokap IPD Dang Wangi;

(dd) Borang Perawatan Pra Hospital bertarikh 21 Mei 2013;

(ee) Minit Permohonan Reman bertarikh 12 Mei 2013;

(ff) Minit Permohonan Reman bertarikh 16 Mei 2013; 20

(gg) Laporan Kimia No. (PJ) FOR 7569/13-1 bertarikh 30 Mei

2013;

(hh) Laporan Kimia No. (PJ) FOR 7569/13-1 bertarikh 6 Jun 2013;

(ii) Laporan Kimia No. (PJ) FOR 7569/13-2 bertarikh 25 Julai

2013; 25

(jj) Laporan Bedah Siasat, Jabatan Forensik Hospital Kuala

Lumpur bertarikh No. P 225/13 disediakan oleh Dr. Siew

Sheue Feng;

(kk) Hukuman Tetap KPD Bil. 1/89 Tugas Pengawal Lokap IPK

Kuala Lumpur; 30

(ll) Pelan Lantai Tingkat 7 Bangunan IPK Kuala Lumpur; dan

(mm) Cabutan Perharian Balai Lokap D9 IPK Kuala Lumpur No. Siri

2932 – 3164.

35

Page 24: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

14

10. LAWATAN KE TEMPAT KEJADIAN 5

10.1 Pada 25 Jun 2015, Pasukan Petugas dan Pegawai Penyiasat

Suruhanjaya telah membuat lawatan ke Lokap D9 dan Pejabat Bahagian

Siasatan Jenayah Khas (D9) IPK Kuala Lumpur.

10

10.2 Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi kefahaman

(familiarization) kepada Pasukan Petugas dan Pegawai Penyiasat

kepada keadaan dan kedudukan sebenar Lokap D9 yang terletak di

Tingkat 7, Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) IPK Kuala

Lumpur. 15

10.3 Pada 30 Julai 2015, semasa sesi Pendengaran Awam berlangsung,

lawatan kedua ke Lokap D9 dan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah

Khas (D9) IPK Kuala Lumpur telah dilaksanakan dengan kehadiran

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya yang mempengerusikan 20

Pendengaran Awam, Perunding-Perunding, Pegawai-Pegawai

Pengendali, Pendaftar, Pegawai-Pegawai Perakam serta peguamcara

pemerhati dan wakil-wakil daripada PDRM.

10.4 Tujuan lawatan adalah untuk memberi kefahaman (familiarization) 25

kepada pihak-pihak yang terlibat dalam Pendengaran Awam akan

keadaan dan kedudukan Lokap D9 di Pejabat Bahagian Siasatan

Jenayah Khas (D9) IPK Kuala Lumpur dan melihat pemasangan

peralatan seperti kedudukan CCTV, kedudukan meja anggota sentri

lokap dan keadaan lokap. 30

10.5 Selain dari lawatan ke Pejabat D9 dan Lokap D9, lawatan juga dibuat ke

Bahagian D6, iaitu Unit Foto IPK Kuala Lumpur, tempat di mana si mati

dibawa untuk dirakam gambarnya pada 21 Mei 2013.

35

10.6 Semasa lawatan-lawatan ke Lokap D9 tersebut, Pasukan Petugas telah

membuat tindakan berikut:

Page 25: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

15

(a) Melakar Pelan Lantai Lokap D9 (Rujuk Eksibit P15 & P15A); 5

(b) Mengambil 6 keping gambar-gambar Lokap D9 dan persekitaran

lokap; dan

(c) Mendapatkan daripada IPK Kuala Lumpur dua pelan lantai 10

Tingkat 7, Bangunan IPK Kuala Lumpur yang menempatkan

Pejabat D9 (walau bagaimanapun, pelan lantai tersebut tidak

menggambarkan keadaan sebenar susun atur Pejabat D9

semasa kejadian pada 21 Mei 2013 kerana sejak tarikh tersebut

kerja ubahsuai pejabat telah dibuat. Oleh itu pelan lantai 15

tersebut tidak digunakan sebagai eksibit di dalam prosiding

Pendengaran Awam ini).

11. PROSIDING PENDENGARAN AWAM 20

11.1 Selaras dengan kuasa yang diberikan kepada Suruhanjaya di bawah

seksyen 34 Akta 700, Pasukan Petugas telah mengadakan

Pendengaran Awam yang dipengerusikan oleh 4 orang Pesuruhjaya

Suruhanjaya yang terdiri daripada: 25

(a) YA Datuk Yaacob bin Haji Md. Sam;

Pengerusi Suruhanjaya;

(b) Dato’ Sri Robert Jacob Ridu; 30

Pesuruhjaya Suruhanjaya;

(c) Encik Vinayak Prabhakar Pradhan;

Pesuruhjaya Suruhanjaya; dan

35

(d) Puan Leong May Chan;

Pesuruhjaya Suruhanjaya.

Page 26: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

16

11.2 Bagi tujuan membantu Suruhanjaya, selaras dengan subseksyen 15(1) 5

Akta 700, 3 orang perunding telah menyertai Pasukan Petugas bagi

tujuan Pendengaran Awam ini iaitu:

(a) YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil bin Johari;

Mantan Timbalan Ketua Polis Negara; 10

(b) YBhg. Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah binti

Syed Hasan Shahabudin;

Mantan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia; dan

15

(c) Encik Lim Chee Wee;

Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia.

11.3 Pendengaran Awam ini telah melibatkan seramai 62 orang saksi yang

diadakan sebanyak 5 sesi seperti berikut: 20

(a) Sesi Pertama pada 27 hingga 31 Julai 2015 yang

dipengerusikan oleh Y.A. Datuk Yaacob bin Haji Md. Sam, Encik

Vinayak Prabhakar Pradhan dan Puan Leong May Chan

melibatkan seramai 10 orang saksi; 25

(b) Sesi Kedua pada 17 hingga 21 Ogos 2015 yang dipengerusikan

oleh YA Datuk Yaacob bin Haji Md Sam dan Encik Vinayak

Prabhakar Pradhan melibatkan 28 orang saksi;

30

(c) Sesi Ketiga pada 14 hingga 18 September 2015 yang

dipengerusikan oleh YA Datuk Yaacob bin Haji Md Sam, Encik

Vinayak Prabhakar Pradhan, Puan Leong May Chan dan Dato’

Sri Robert Jacob Ridu melibatkan 9 orang saksi dan 2 orang

saksi panggil semula; 35

(d) Sesi Keempat pada 26 hingga 29 Oktober 2015 yang

dipengerusikan oleh YA Datuk Yaacob bin Haji Md Sam, Encik

Page 27: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

17

Vinayak Prabhakar Pradhan, Puan Leong May Chan dan Dato’ 5

Sri Robert Jacob Ridu melibatkan 14 orang saksi dan 2 saksi

panggil semula; dan

(e) Sesi Kelima pada 16 November 2015 yang dipengerusikan oleh

YA Datuk Yaacob bin Haji Md Sam, Encik Vinayak Prabhakar 10

Pradhan, Puan Leong May Chan dan Dato’ Sri Robert Jacob

Ridu melibatkan 1 orang saksi dan 4 orang saksi panggil semula.

KETERANGAN 15

12. TANGKAPAN KE ATAS DHARMENDRAN A/L NARAYANASAMY (SI MATI)

12.1 Laporan polis SBESI/004827/13 bertarikh 11 Mei 2013 berhubung

dengan pergaduhan di Jalan Budiman 19, Bandar Tun Razak 20

(Perenggan 9.1 (c))

Pada 11 Mei 2013, jam lebih kurang 9.12 malam, anggota polis bernama

Jahim bin Mahadi (RF110223) telah membuat satu laporan polis

SBESI/004827/13 melaporkan bahawa dia telah menerima panggilan 25

telefon daripada Pusat Kawalan Kuala Lumpur yang memaklumkan

terdapat kejadian pergaduhan di Jalan Budiman 19, Bandar Tun Razak,

Kuala Lumpur di mana terdapat 2 orang lelaki berbangsa India telah

ditembak.

30

12.2 Laporan polis SBESI/004828/13 bertarikh 11 Mei 2013 oleh si mati

berhubung dengan pergaduhan pada 11 Mei 2013 (Perenggan

9.1(b))

12.1.1 Pada 11 Mei 2013, jam lebih kurang 9.35 malam, si mati telah 35

membuat satu laporan polis SBESI/004828/13 bertarikh 11

Mei 2013 dan menyatakan bahawa si mati telah dipukul oleh

Page 28: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

18

tujuh (7) orang lelaki yang dikenalinya dan salah seorang 5

daripada mereka ialah seorang lelaki bernama Saravanan.

12.1.2 Si mati melaporkan bahawa dia telah dipukul dengan

menggunakan helmet, kayu besi dan parang secara bertubi-

tubi dan semasa diserang, si mati tidak dapat berbuat apa-10

apa dan ada mendengar salah seorang daripada kumpulan

penyerang ada mengeluarkan kata-kata bahawa mereka

mahu membunuh si mati.

12.1.3 Si mati telah pengsan dan diselamatkan oleh orang ramai 15

yang telah membantu menyuraikan keadaan.

12.1.4 Si mati telah kehilangan dompetnya yang mengandungi kad

pengenalan, lesen memandu kelas B2, kad ATM Maybank,

dan wang tunai lebih kurang berjumlah RM1,200.00. 20

12.1.5 Si mati juga menyatakan bahawa motosikal jenis Yamaha LC

bernombor pendaftaran WTD 1859 milik salah seorang

daripada kumpulan penyerang tersebut telah ditinggalkan di

kawasan tersebut. 25

12.1.6 Dalam kejadian serangan ini, si mati telah membuat aduan

bahawa dia telah mengalami kesakitan seperti bengkak di

kepala, kedua-dua belah tangan, jari tangan kanan, dan

kedua-dua belah kaki. 30

12.1.7 Tujuan laporan polis dibuat oleh si mati adalah kerana

bimbangkan keselamatan dirinya di kemudian hari.

35

Page 29: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

19

12.3 Laporan polis Pudu/003960/13 bertarikh 12 Mei 2013 berhubung 5

dengan tangkapan ke atas si mati (Eksibit P52)

Laporan polis berhubung tangkapan ke atas si mati ini dibuat oleh Insp.

Mohd Fauzi b. Mohd Shariff (SP34) yang melaporkan bahawa beliau

bersama-sama dengan beberapa orang pegawai dan anggota polis 10

bertindak atas maklumat berhubung dengan satu laporan polis

SBESI/004827/13 yang disiasat oleh ASP Mohamed Sazif bin Mohamed

Subri (ketika itu) di bawah seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih

Berat) 1971 (FIPA) dan seksyen 307 Kanun Keseksaan, telah menahan

4 orang lelaki India iaitu: 15

(a) Dharmendran A/L Narayanasamy

(b) Balachantar A/L Muniandi

(c) Kannan A/L Subramaniam

(d) Kalaimani A/L Sithamparan

20

12.4 Keterangan saksi-saksi berhubung dengan tangkapan ke atas si

mati pada 12 Mei 2013 –

12.4.1 Berdasarkan keterangan oleh Marry a/p Mariay Susay (SP2)

(balu kepada si mati), pada 11 Mei 2013, si mati telah keluar 25

secara berseorangan daripada rumah untuk gunting rambut.

12.4.2 SP2 juga menyatakan bahawa, sebelum si mati keluar

daripada rumah pada hari tersebut, si mati telah tertinggal

dompet dan apabila SP2 menghubungi si mati melalui telefon, 30

panggilannya tidak dijawab.

12.4.3 Walau bagaimanapun menurut SP2, si mati ada

menghubunginya semula dan telah memaklumkan bahawa si

mati telah terlibat dalam pergaduhan dengan Saravanan yang 35

merupakan kenalan si mati semenjak kecil.

Page 30: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

20

12.4.4 SP2 mengetahui bahawa si mati ada membuat laporan polis 5

berhubung dengan kejadian pergaduhan tersebut dan

mendapat tahu bahawa pihak polis telah menghubungi si mati

untuk hadir ke balai polis bagi tujuan rakaman percakapan

berhubung dengan laporan polis yang dibuat oleh si mati.

10

12.4.5 Berdasarkan keterangan Maliswaran a/l Supramaniam

(SP16) iaitu bapa mertua si mati, SP16 ada menerima

panggilan telefon daripada SP2 di mana SP16 telah

dimaklumkan oleh SP2 bahawa si mati sedang bergaduh di

kedai di bawah rumah si mati. 15

12.4.6 Menurut SP16, dia dan isterinya telah pergi berjumpa dengan

si mati dan meminta si mati untuk balik ke rumah, namun si

mati enggan dan memberikan alasan hendak pergi membuat

laporan polis. 20

12.4.7 Menurut SP16, si mati tetap berkeras untuk pergi ke balai

polis walaupun SP16 telah menasihatinya untuk tidak pergi

memandangkan hari sudah lewat malam.

25

12.5 Penahanan si mati di Lokap IPD Dang Wangi dan pemindahan si

mati dari Lokap IPD Dang Wangi ke Lokap D9 IPK Kuala Lumpur

(Eksibit P53)

12.5.1 Berdasarkan kepada keterangan Buku Perharian Balai 30

Lokap IPD Dang Wangi (Eksibit P53) bertarikh 12 Mei 2013

dan keterangan Kpl Fadzilah bin Putit (SP49), anggota sentri

lokap yang bertugas pada 12 Mei 2013, SP49 telah membuat

catatan pada entri no. 0545 bahawa pada 12 Mei 2013, pada

jam 3.45 pagi, 3 orang anggota polis IPD Cheras telah 35

menyerahkan 4 orang Orang Kena Tahan (OKT) baru iaitu

Dharmendran A/L Narayanasamy; Balachantar A/L Muniandi

Page 31: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

21

(SP31); Kannan A/L Subramaniam; dan Kalaimani A/L 5

Sithamparan masuk ke dalam Lokap IPD Dang Wangi.

12.5.2 Di dalam keterangannya, SP49 turut menyatakan bahawa dia

tidak ada melihat sebarang kecederaan fizikal pada tubuh

badan si mati pada ketika itu. 10

12.5.3 Seterusnya, berdasarkan Eksibit P53 bertarikh 13 Mei 2013

dan keterangan L/Kpl Nor Hafizah bt Lasa (SP37) iaitu

anggota sentri lokap yang bertugas, SP37 telah membuat

catatan pada entri no. 0617 bahawa pada 13 Mei 2013, pada 15

jam 11.15 pagi, 4 orang OKT tersebut dan seorang OKT lain,

Mohd Razmy b. Zainal Abidin telah dikeluarkan daripada

Lokap IPD Dang Wangi untuk diserah kepada 2 orang

anggota D9 IPK Kuala Lumpur iaitu D/Sjn Jaffri Bin Jaafar

(SP 42) dan D/Kpl Mohd Nahar Bin Abdul Rahman (SP 43) 20

untuk dibawa ke Lokap D9, IPK Kuala Lumpur.

12.5.4 SP37 turut memberi keterangan bahawa semasa serahan

OKT-OKT kepada anggota-anggota D9, OKT-OKT tersebut

(termasuk si mati) adalah dalam berpakaian Lokap IPD Dang 25

Wangi dan kesemua OKT tersebut berada dalam keadaan

baik tanpa apa-apa kecederaan.

13. PERGERAKAN SI MATI SEPANJANG TEMPOH PENAHANAN DI LOKAP 30

D9, IPK KUALA LUMPUR DARI 13 HINGGA 21 MEI 2013 (EKSIBIT P31 &

EKSIBIT P32)

Berdasarkan kepada catatan oleh anggota-anggota sentri Lokap D9 di dalam

Buku Perharian Balai Lokap D9 (Eksibit P31 & Eksibit P32), perincian 35

mengenai pergerakan keluar masuk si mati sepanjang tempoh penahanannya

di Lokap D9 daripada 13 sehingga 21 Mei 2013 adalah seperti berikut:-

Page 32: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

22

13.1 Pada 13 Mei 2013, merujuk kepada entri no. 2973 di dalam Eksibit P31, 5

anggota sentri bertugas, SP24 mencatatkan bahawa si mati telah

dibawa masuk ke Lokap D9 pada jam lebih kurang 12.25 tengah hari

oleh “anggota D9 IPK KL”. Menurut keterangan SP43, SP43 dan SP41

(D/Kpl. Mohd Haswadi Zamri Bin Shaari) telah menghantar si mati

masuk ke dalam Lokap D9. Walau bagaimanapun, SP41 menafikan 10

bahawa dia ada bersama semasa menghantar si mati ke lokap pada

tarikh tersebut.

13.2 Pada 14 Mei 2013, berdasarkan kepada Eksibit P31, tiada pergerakan

si mati direkodkan pada tarikh ini. 15

13.3 Pada 15 Mei 2013, berdasarkan kepada Eksibit P31, tiada pergerakan

si mati direkodkan pada tarikh ini.

13.4 Pada 16 Mei 2013, merujuk kepada entri no. 3042 di dalam Eksibit P31, 20

anggota sentri bertugas, Kpl Mohd Adnan Masri Bin Safril (SP19) telah

mencatatkan bahawa si mati telah dibawa keluar dari Lokap D9 pada

jam lebih kurang 9.30 pagi oleh Insp. Govindan, D/Kpl 118586, D/Sjn

103778 dari D6 Bukit Aman (entri no. 3042). SP19 juga telah membuat

catatan di dalam entri no. 3043 di Eksibit P31, bahawa D/Kpl Norazuan 25

Bin Baharin (SP35) dan D/Kpl Shahrul Effendi Bin Ismail (SP36) telah

mengambil seorang tahanan berbangsa Cina bernama Lim Hock Ann.

Walau bagaimanapun, semasa memberi keterangan SP19 menjelaskan

bahawa mungkin berlaku kesilapan catatan nama tahanan yang diambil

pada entri no. 3042 dan 3043 di dalam Eksibit P31 tersebut. Menurut 30

keterangan SP35 dan SP36, mereka telah mengambil keluar si mati dan

bukannya tahanan berbangsa Cina bernama Lim Hock Ann.

13.5 Pada 16 Mei 2013, merujuk kepada entri no. 3048 di dalam Eksibit P31,

anggota sentri bertugas, Konst. Jasmin bin Jassin (SP38) telah 35

mencatatkan bahawa si mati telah dibawa masuk semula ke Lokap D9

pada jam lebih kurang 12.32 tengahari. Namun tiada catatan nama

anggota yang menghantar si mati ke lokap. Walau bagaimanapun,

Page 33: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

23

menurut keterangan SP35 dan SP36, setelah selesai permohonan lanjut 5

reman di Lokap IPD Dang Wangi, mereka berdua telah menghantar

semula si mati ke Lokap D9, IPK Kuala Lumpur.

13.6 Pada 17 Mei 2013, merujuk kepada entri no. 3076 di dalam Eksibit P31,

anggota sentri bertugas, L/Kpl Sani telah mencatatkan bahawa si mati 10

telah dibawa keluar dari Lokap D9 pada jam lebih kurang 3.25 petang

oleh SP36. Semasa memberi keterangan, SP36 mengesahkan bahawa

dia yang mengeluarkan si mati pada ketika itu. Walau bagaimanpun,

beliau tidak dapat mengingati tujuan dia mengambil si mati keluar dan

atas arahan siapa. Namun, menurut keterangan Insp. Khairul Fairoz bin 15

Rodzuan (SP50), SP50 ada membuat rakaman percakapan di bawah

seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah ke atas si mati pada 17 Mei 2013

bermula pada jam lebih kurang 3.30 petang dan tamat pada jam lebih

kurang 4.30 petang.

20

13.7 Pada 17 Mei 2013, merujuk kepada entri no. 3079 di dalam Eksibit P31,

anggota sentri bertugas iaitu L/Kpl Sani telah mencatatkan bahawa si

mati telah dibawa masuk semula ke Lokap D9 pada jam lebih kurang

4.25 petang oleh SP36.

25

13.8 Pada 18 Mei 2013, berdasarkan kepada Eksibit P31, tiada pergerakan

si mati direkodkan pada tarikh ini.

13.9 Pada 19 Mei 2013, merujuk kepada entri no. 3111 di dalam Eksibit P31,

anggota sentri bertugas, Konst. Hadi telah mencatatkan bahawa si mati 30

telah dibawa keluar oleh RF/122839 (SP43) dari Lokap D9 pada jam

lebih kurang 10.35 pagi. Namun, SP41 memberi keterangan bahawa dia

yang membawa keluar si mati pada waktu itu untuk tujuan perjumpaan

si mati dengan keluarganya. Menurut keterangan SP2 dan SP16, kedua-

duanya mengesahkan bahawa mereka ada berjumpa dengan si mati di 35

Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur pada 19 Mei 2013.

Page 34: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

24

13.10 Merujuk kepada entri no. 3115 di dalam Eksibit P31, anggota sentri 5

bertugas, L/Kpl Mohd Khairul Hafiz bin Mohamad Tarmizi (SP51) telah

mencatatkan bahawa si mati telah dibawa masuk semula pada jam 4.00

petang oleh Insp. Hare Krishnan (SP44). Namun, SP44 di dalam

keterangannya menafikan bahawa beliau yang menghantar si mati

masuk semula ke Lokap D9 pada waktu tersebut. Walau bagaimanapun, 10

SP51 semasa memberi keterangan menyatakan bahawa dia yakin si

mati telah dihantar semula ke Lokap D9 oleh SP44 pada jam 4.00

petang, 19 Mei 2013.

13.11 Berikutnya, pada tarikh yang sama, 19 Mei 2013, merujuk kepada entri 15

no. 3119 di dalam Eksibit P31, anggota sentri bertugas, L/Kpl Mohd Azry

bin Mohd Toyeb (SP21) telah mencatatkan bahawa si mati telah dibawa

keluar dari Lokap D9 pada jam lebih kurang 8.45 malam oleh SP41 untuk

tujuan soal siasat. SP21 kemudiannya mencatatkan bahawa si mati

telah dibawa masuk semula ke dalam Lokap D9 pada jam lebih kurang 20

11.00 malam oleh SP41. Menurut keterangan SP43 dan SP41, kedua-

duanya telah mengesahkan bahawa mereka yang telah menghantar si

mati masuk ke Lokap D9 pada ketika itu.

13.12 Pada 20 Mei 2013, merujuk kepada entri no. 3127 di dalam Eksibit P31, 25

anggota sentri lokap yang bertugas, SP19 telah mencatatkan bahawa si

mati telah dibawa keluar dari Lokap D9 oleh D/Kpl Romzi Bin Kasim

(SP59) pada jam lebih kurang 10.55 pagi. Walau bagaimanapun, fakta

ini dinafikan oleh SP59 sendiri dan beliau menyatakan bahawa pada

waktu tersebut beliau tidak membawa si mati keluar sebaliknya beliau 30

membawa tahanan yang bernama Loganathan dan Thanabalan. Oleh

yang demikian, si mati tidak dibawa keluar oleh mana-mana anggota

pada 20 Mei 2013.

13.13 Pada 21 Mei 2013, merujuk kepada entri no. 3145 di dalam Eksibit P31, 35

anggota sentri bertugas, L/Kpl. Nik Abdul Rahman bin Salim (SP22)

telah mencatatkan bahawa si mati telah dibawa keluar dari Lokap D9

oleh SP41 pada jam lebih kurang 10.15 pagi. Merujuk kepada entri no.

Page 35: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

25

3148, anggota sentri bertugas iaitu SP24 telah mencatatkan bahawa si 5

mati telah dibawa masuk semula ke Lokap D9 pada jam lebih kurang

11.15 pagi oleh “anggota D9 IPK KL”. Semasa ditanya mengapa identiti

nama “anggota D9 IPK KL” tidak dicatat di dalam catatan tersebut, SP24

menjelaskan nama anggota tidak ditulis kerana catatan entri no. 3148

dirujuk kepada entri no. 3145 (melibatkan anggota yang sama iaitu 10

SP41).

13.14 Pada 21 Mei 2013, merujuk kepada entri no. 3149 di dalam Eksibit P31,

SP24 juga telah mencatatkan bahawa si mati telah dibawa keluar dari

Lokap D9 oleh SP43 pada jam lebih kurang 2.20 petang. Walau 15

bagaimanapun, fakta berhubung masa sebenar si mati dibawa keluar

menjadi isu persoalan kerana terdapat pengubahan ke atas catatan

masa di entri no. 3149 di dalam Eksibit P31 tersebut sepertimana

keterangan dan penjelasan oleh SP24.

20

13.15 Catatan lain berhubung pergerakan si mati di entri no. 3150 hingga entri

no. 3164 di dalam Eksibit P32 diragui kebenaran kandungannya

disebabkan ianya tidak dibuat secara serta merta oleh anggota sentri

lokap tetapi dicatatkan selepas kejadian kematian si mati dan selepas

perjumpaan antara pegawai-pegawai kanan IPK Kuala Lumpur dengan 25

anggota-anggota sentri lokap terlibat (SP24 dan L/Kpl Mohd Fairul Bin

Mohd Fauzi (SP25)).

14. KEJADIAN PADA 21 MEI 2013 (HARI KEMATIAN SI MATI) 30

14.1 Berdasarkan kepada Eksibit P32, pada 21 Mei 2013, hanya si mati

seorang sahaja yang masih lagi ditahan di Lokap D9, IPK Kuala Lumpur

(Tingkat 7).

35

14.2 Menurut keterangan SP22 iaitu anggota sentri Lokap D9 dan catatannya

di entri no. 3145 di Eksibit P32, pada sekitar jam 10.15 pagi, si mati telah

dibawa keluar oleh SP41 untuk urusan foto di Bahagian Foto (D6) yang

Page 36: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

26

terletak di Tingkat 2 Bangunan IPK Kuala Lumpur. SP22 turut 5

memaklumkan bahawa si mati berada dalam keadaan baik pada waktu

tersebut.

14.3 Menurut keterangan SP41, apabila SP41 bersama-sama SP43 dan si

mati tiba di D6, SP43 telah mengisi bahagian atas Borang Permintaan 10

Kerja (Eksibit P16) dan borang tersebut kemudiannya telah diserahkan

kepada D/Kpl. Mohd Ikram bin Sulaiman (SP13).

14.4 Berdasarkan kepada keterangan SP13, si mati telah diiringi oleh SP41

dan SP43 yang mana si mati kelihatan normal pada waktu itu dan berada 15

dalam keadaan tangan bergari ke belakang. SP13 kemudiannya telah

mengambil gambar si mati pada dua posisi yang berlainan (Eksibit P17A

dan P17B).

14.5 Kemudian, Kpl. Ahmad Sapari bin Semaon (SP12) telah mendaftarkan 20

butiran yang dicatatkan dalam Eksibit P16 seperti nama si mati, nombor

kad pengenalan, nombor laporan polis dan nama pegawai penyiasat ke

dalam buku daftar.

14.6 Menurut SP12, urusan untuk memindahkan (burn) gambar yang diambil 25

oleh SP13 (Eksibit P17A dan P17B) ke dalam ke cakera padat (P17C)

hanya dilakukan olehnya pada 5 Ogos 2013.

14.7 Menurut keterangan SP41, setelah urusan mengambil gambar itu

selesai, SP41 dan SP43 telah membawa si mati kembali ke Lokap D9 30

dan si mati telah diserahkan kepada SP24 yang mengambil alih tugas

sentri lokap daripada SP22 pada jam 11.00 pagi.

14.8 Keterangan SP41 ini disahkan oleh keterangan SP24 di mana, menurut

SP24, semasa beliau masuk tugas sebagai sentri lokap pada jam 11.00 35

pagi, Lokap D9 berada dalam keadaan kosong. Perkara ini telah

dicatatkan oleh SP22 di entri no. 3146 di Eksibit P32.

Page 37: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

27

14.9 Menurut SP24, lebih kurang 15 minit kemudian iaitu pada jam 11.15 5

pagi, si mati telah dibawa ke Lokap D9 dan diserahkan kepadanya dalam

keadaan sihat. Perkara ini telah dicatatkan olehnya di entri no. 3148 di

Eksibit P32.

14.10 SP24 juga memberi keterangan bahawa sepanjang tugasannya sebagai 10

sentri Lokap D9 pada waktu tersebut, si mati hanya tidur, duduk dan

membuat hal sendiri.

14.11 Menurut SP24, si mati kemudiannya telah dibawa keluar oleh SP43 bagi

tujuan soal siasat pada jam 2.20 petang. Menurut keterangan SP24 lagi, 15

SP43 sendiri yang telah datang ke Lokap D9 bersama kunci lokap dan

kunci sel dan SP43 sendiri yang telah membuka kunci pintu lokap dan

pintu sel tersebut sebelum membawa si mati keluar. SP24 hanya

menerima kunci sel dan Lokap D9 daripada SP43 apabila si mati dibawa

keluar dari Lokap D9 oleh SP43. 20

14.12 SP43 dalam keterangannya memaklumkan bahawa arahan telah

diberikan oleh Insp. Hare Krishnan A/L Subramaniam (SP44) untuk

mengeluarkan si mati dari lokap sebelum tangkapan semula dibuat.

25

14.13 Menurut SP43, proses mengeluarkan si mati dari Lokap D9 untuk tujuan

tangkapan semula telah dilakukan olehnya bersama-sama dengan

SP41 dan lanjutan daripada tangkapan semula tersebut, satu laporan

tangkapan semula (Eksibit P50) juga telah dibuat oleh SP41.

30

14.14 Menurut keterangan SP24 lagi, apabila Lokap D9 itu telah kosong

selepas si mati dibawa keluar, SP24 telah mengambil keputusan untuk

turun ke pondok pengawal di bawah. Menurut keterangannya lagi, pintu

lokap tidak dikunci, namun ianya sekadar dirapatkan sahaja dan mangga

pintu hanya diletakkan di pintu lokap. 35

14.15 Sebelum turun ke pondok pengawal, SP24 dalam keterangannya telah

memaklumkan kepada anggota Kaunter Pejabat Inkuiri D9, iaitu D/Sjn.

Page 38: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

28

Mohd Saad bin Kimbok (SP26) dan D/Kpl Nizam bin Yahya (SP28) 5

bahawa SP24 akan turun ke pondok pengawal dan kemudian telah

menyerahkan kunci kepada SP28.

14.16 Dalam keterangannya juga, SP24 memaklumkan bahawa SP26 dan

SP28 ada memaklumkan kepadanya jika si mati hendak dibawa masuk 10

semula ke lokap, panggilan telefon akan dibuat ke pondok pengawal

untuk meminta SP24 naik semula ke lokap bagi menjalankan tugasan

sentri Lokap D9.

14.17 Setibanya di pondok pengawal, SP24 telah memaklumkan kepada 15

pegawai penyelianya, Kpl. Mat Rozai Bin Salleh (SP46) bahawa si mati

telah dibawa keluar dari lokap dan urusan masih belum selesai.

14.18 SP24 telah berada di pondok pengawal sehingga jam 3.00 petang dan

telah memaklumkan bahawa tiada panggilan yang dibuat kepadanya 20

oleh Kaunter Pejabat Inkuiri D9 memintanya untuk kembali semula ke

lokap.

14.19 SP24 kemudiannya telah menyerahkan tugas sentri Lokap D9 kepada

SP25 secara lisan dan memaklumkan kepada SP25 bahawa si mati 25

telah dibawa keluar untuk tujuan soal siasat dan panggilan akan dibuat

oleh Kaunter Pejabat Inkuiri D9 sekiranya si mati hendak dibawa masuk

semula ke lokap. Menurut SP24, dia tidak membuat apa-apa catatan

berkaitan serahan tugas kepada SP25 di Eksibit P32.

30

14.20 Menurut keterangan SP25, oleh kerana Lokap D9 kosong, SP25 telah

diarahkan oleh Kpl. Norazman bin Mohamed (SP32) untuk “stand-by”

sebagai anggota menjaga pas keselamatan di pondok pengawal.

Kemudian pada jam 4.30 petang, SP25 telah dimaklumkan oleh SP38

yang menerima panggilan daripada anggota D9, meminta supaya SP25 35

naik ke Tingkat 7, Bahagian D9 kerana si mati telah dibawa masuk

semula ke Lokap D9.

Page 39: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

29

14.21 Kemudian, SP25 terus naik ke Pejabat D9 dan setibanya di sana, SP25 5

telah pergi ke Kaunter Pejabat Inkuiri dan meminta kunci lokap, namun

SP25 telah dimaklumkan oleh SP28 bahawa kunci Lokap D9 berada

dengan “anggota” di dalam Lokap D9.

14.22 Kemudian, SP25 terus berjalan ke arah lokap dan dari Kaunter Pejabat 10

Inkuiri lagi, dia mendapati bahawa pintu lokap telah terbuka. Semasa

SP25 memasuki lokap tersebut, SP25 juga mendapati bahawa pintu sel

turut terbuka dan ada melihat SP42 bersama-sama dengan si mati

berada di dalam sel.

15

14.23 Pada waktu tersebut, menurut SP25 si mati berada di dalam keadaan

terbaring di lantai sel dalam posisi terlentang, dengan tangan ke atas,

manakala SP42 berdiri di sebelah kepala si mati.

14.24 SP25 dalam keterangannya telah dirujuk dengan Eksibit P5 (gambar 20

no.3) dan SP25 mengatakan bahawa terdapat perbezaan antara

kedudukan si mati di dalam gambar tersebut berbanding dengan apa

yang dilihat oleh SP25 sendiri pada waktu mula-mula SP25 memasuki

lokap.

25

14.25 Menurut SP25, pada kali pertama dia melihat kedudukan si mati di dalam

sel, kedudukan si mati adalah sedikit rapat dengan pintu sel dengan

posisi tangan si mati ke atas, si mati tidak berbaju dan SP25 tidak ada

melihat inhaler di sisi si mati berbanding dengan apa yang ditunjukkan

di dalam gambar No.3, Eksibit P5. 30

14.26 Menurut SP25 lagi, dia telah bertanya kepada SP42 tentang apa yang

telah berlaku, dan kemudian SP42 menjawab tidak tahu dan

memaklumkan kemungkinan si mati telah meninggal dunia.

35

14.27 SP25 kemudiannya telah ke meja sentri di dalam lokap untuk membuat

catatan masuk tugas di dalam Eksibit P32, namun telah ditegah oleh

SP42. Oleh yang demikian, SP25 telah membatalkan niatnya untuk

Page 40: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

30

menulis di Eksibit P32 tersebut. Kemudian, Eksibit P32 tersebut telah 5

diambil dan dibawa keluar dari Lokap D9 oleh SP42.

14.28 Menurut SP25, selepas ASP Tay Chew Thwa @ Rico Tay (SP45) masuk

ke lokap, SP42 kemudiannya telah masuk balik ke dalam sel dan SP45

telah bertanya kepada SP42 sama ada ambulans sudah dihubungi dan 10

SP42 menjawab sudah. Selepas perbualan tersebut, SP42 dan SP45

cuba menyelamatkan si mati seperti menekan dada, menggerakkan

tangan seperti membuat CPR namun tiada apa-apa pergerakan

daripada si mati.

15

14.29 Selepas itu, SP25 telah pergi ke Kaunter Pejabat Inkuiri dan

menghubungi SP32 selaku pegawai in-charge di pondok pengawal dan

memaklumkan bahawa kemungkinan ambulans akan memasuki

Bangunan IPK Kuala Lumpur. SP25 selanjutnya meminta SP32 untuk

memaklumkan perkara tersebut kepada “OC Kem Komandan” bahawa 20

ada kemungkinan si mati telah meninggal dunia. Setelah itu, SP25 telah

kembali semula ke lokap dan SP45 telah memberi arahan kepada SP25

supaya tidak pergi ke mana-mana kerana perlu membuat laporan

kematian.

25

14.30 Menurut keterangan SP42, setibanya di Pejabat D9 pada jam lebih

kurang 5.00 petang, SP42 telah dimaklumkan bahawa si mati sedang

nazak kerana mengalami sesak nafas. SP42 kemudiannya

mendapatkan pengesahan daripada anggota D9 sama ada paramedik

telah dihubungi dan SP42 telah dimaklumkan bahawa paramedik telah 30

pun dihubungi.

14.31 Kemudian, SP42 pergi ke lokap dan setibanya di Lokap D9, SP42

mendapati pintu lokap tidak berkunci. SP42 kemudiannya telah

memasuki lokap dan turut mendapati pintu sel juga tidak berkunci. SP42 35

melihat si mati berada di dalam kedudukan terlentang di atas lantai, lalu

SP42 cuba mengejutkan si mati. Menurut SP42, si mati pada waktu itu

ada memakai baju dan terdapat inhaler di sebelah kanan si mati. SP42

Page 41: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

31

juga memberi keterangan semasa dia sedang memeriksa si mati yang 5

terbaring di dalam sel, SP25 iaitu anggota sentri yang sepatutnya

bertugas telah masuk ke Lokap D9.

14.32 SP42 kemudiannya telah membaca Eksibit P32 dan berasa tidak puas

hati dengan catatan yang dibuat oleh anggota sentri kerana catatan yang 10

dibuat ke dalam Eksibit P32 adalah tidak lengkap.

14.33 Menurut SP42, Eksibit P32 telah diambil olehnya kerana SP42 hendak

melihat catatan yang telah dibuat oleh anggota sentri dan juga bagi

mengelakkan SP25 daripada membuat apa-apa catatan di dalam Eksibit 15

P32 tersebut. SP42 kemudiannya telah menyerahkan Eksibit P32

kepada Supt. Yahya Bin Abd Rahman (SP27) apabila SP27 tiba di

Pejabat D9.

14.34 Berdasarkan kepada keterangan Muhammad Anwar bin Mohamad 20

(SP6), yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan dari

Hospital Kuala Lumpur pada ketika itu, beliau telah tiba bersama rakan

sekerjanya di Pejabat D9 pada jam lebih kurang pukul 5.09 petang.

14.35 Kemudian SP6 telah membuat pemeriksaan pada badan si mati selama 25

lebih kurang 10 minit dan SP6 kemudiannya telah melaporkan kepada

Hospital Kuala Lumpur dengan menggunakan walkie talkie bahawa tiada

“tanda-tanda kehidupan” pada si mati. Butiran pemeriksaan ke atas si

mati telah direkodkan oleh SP6 dalam Borang Perawatan Pra Hospital

(Eksibit P9). 30

14.36 SP24 dalam keterangannya memaklumkan bahawa semasa dia berada

di rumah, dia telah menerima panggilan telefon daripada SP43 pada jam

sekitar pukul 5.00 petang yang memintanya untuk datang ke Pejabat D9

dengan segera. Setibanya di IPK Kuala Lumpur pada jam 6.00 petang 35

lebih, SP24 terus naik ke Pejabat D9 dan disambut oleh SP41 yang terus

memegang tangan SP24 dan kemudian membawanya masuk ke bilik

SP27.

Page 42: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

32

14.37 SP24 mendapati SP27, DSP Glenn Anthony Sinappah (SP39) berada di 5

dalam bilik SP27. Menurut SP24, keadaan di dalam bilik SP27 pada

ketika itu, sedikit kelam kabut seperti sedang mencari sesuatu buku.

SP24 ada bertanya kepada SP39 mengapa dia dipanggil, namun SP24

tidak menerima apa-apa jawapan dan SP24 diminta untuk duduk sahaja.

SP39 telah menunjuk Eksibit P32 kepada SP24 dan SP24 ditanya sama 10

ada catatan di entri terakhir iaitu entri no. 3150 iaitu “Konst/S 20563 turun

di Pos Pengawal IPK. Lokap dalam keadaan kosong. Terkawal” adalah

tulisan SP24 sendiri.

14.38 SP24 kemudiannya, telah dibawa ke Bilik Mesyuarat dan pada waktu itu 15

SP24 mendapati terdapat ramai anggota dan pegawai di Bilik Mesyuarat

yang jumlahnya adalah dalam belasan orang. SP24 telah mengenal

pasti antara yang hadir di Bilik Mesyuarat itu ialah SP27, SP39, SP41,

SP42, SP43, SP44 dan SP26.

20

14.39 SP24 memaklumkan bahawa entrinya yang terakhir di dalam Eksibit P32

adalah catatan yang dibuatnya di ruangan entri no. 3150 iaitu “KONST/S

20563 turun di pos pengawal IPK. Lokap dalam keadaan kosong.

Terkawal.”

25

14.40 SP39 kemudiannya telah mengarahkan SP24 untuk menulis catatan di

dalam Eksibit P32 dan memberikan sehelai kertas yang mengandungi

catatan kepada SP24. Namun SP24 memaklumkan kepada SP39

bahawa dia tidak memahami dan tidak boleh membaca tulisan di atas

kertas tersebut. 30

14.41 SP39 kemudiannya memberikan kertas tersebut kepada SP44 dan

mengarahkan SP44 untuk membaca tulisan di atas kertas tersebut.

SP39 turut mengarahkan SP24 untuk menulis catatan di Eksibit P32

seperti apa yang dibacakan oleh SP44. SP24 kemudiannya telah 35

menulis di Eksibit P32 seperti apa yang dibacakan oleh SP44.

Page 43: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

33

14.42 Menurut keterangan SP24, catatan “OKT diambil oleh Insp. Hairi 5

Krishnan dan anggota untuk dibebaskan tanpa syarat,” di Eksibit P32 di

entri no. 3150, telah ditulis olehnya berdasarkan kepada apa yang

dibacakan oleh SP44.

14.43 SP24 dalam keterangannya mengatakan bahawa maklumat tersebut 10

tidak betul dan sebagai anggota pangkat bawahan, SP24 terpaksa

mengikut arahan yang diberikan oleh pegawai. SP44 telah memeriksa

semula apa yang telah ditulis oleh SP24. Catatan di entri no. 3151 di

dalam Eksibit P32 turut ditulis oleh SP24 berdasarkan kepada perkara

yang dibacakan secara lisan oleh SP44. 15

14.44 Semasa SP24 membuat catatan sebagaimana yang dibaca oleh SP44,

SP24 merasakan ada sesuatu yang berlaku kepada si mati dan pada

masa itu SP24 belum lagi mengetahui bahawa si mati telah pun

meninggal dunia. 20

14.45 Menurut SP24, dia telah memaklumkan kepada SP39 bahawa dia tidak

boleh menulis catatan lagi apabila sampai ke ayat “ ... minta ubat asthma

diserahkan kepadanya ...” di entri no. 3151, Eksibit P32 dan SP24

kemudiannya telah berhenti menulis. 25

14.46 Menurut SP24, dia telah diminta untuk bertenang oleh SP44 dan pada

ketika itu SP39 tidak ada berkata apa-apa. Kemudian barulah SP24

dimaklumkan oleh SP39 bahawa si mati telah pun meninggal dunia.

Kemudian, SP39 bertanya kepada SP24 tentang keberadaan ubat dan 30

telah memintanya untuk menunjukkan di mana ubat si mati disimpan.

Selepas itu, SP24 telah ke lokap dan diiringi anggota D9 untuk

menunjukkan kedudukan ubat tersebut.

14.47 Setibanya di lokap, SP24 melihat SP25 bersama Sjn. Rahim Bin Md. 35

Diah (SP18) dan ASP Wong dari Kem Komandan. Menurut SP24, itu

adalah kali pertama dia melihat mayat si mati dan SP24 telah terlupa

untuk menunjukkan ubat kepada anggota D9 sebaliknya SP24 telah

Page 44: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

34

berbual dengan SP25. Kemudian, baru SP24 dan SP25 diminta untuk 5

kembali ke Bilik Mesyuarat atas permintaan SP27. Menurut SP24,

apabila dia tiba di Bilik Mesyuarat D9, dia melihat ACP Khairi Arasa

(SP60) turut berada di dalam Bilik Mesyuarat itu.

14.48 Selepas itu, SP44 telah mengarahkan SP24 untuk menyambung tulis di 10

entri no. 3151 di Eksibit P32 dan catatan yang dibuat telah disemak oleh

SP44. SP24 selanjutnya memaklumkan bahawa catatan ‘berkenaan

serah tugas’ di entri no. 3152 di Eksibit P32 ditulis olehnya atas arahan

SP44 sekitar jam 7.00 malam. Selepas catatan di entri tersebut ditulis,

SP24 telah meminta izin untuk keluar dari Bilik Mesyuarat. 15

14.49 Menurut keterangan SP25, selepas SP24 selesai membuat catatan

sebagaimana yang diarahkan oleh SP44, barulah SP25 diarahkan untuk

menyambung membuat catatan di Eksibit P32. Berdasarkan keterangan

SP25, SP44 telah membuat catatan di atas sekeping kertas dan kertas 20

tersebut kemudiannya telah diberikan kepada SP25 sebagai rujukan

kepada SP25 untuk menulis catatannya di entri no. 3153.

14.50 Menurut keterangan SP25, catatan yang dibuatnya di entri no. 3153 di

dalam Eksibit P32 itu bukanlah perkataannya sendiri tetapi ianya telah 25

dirangka oleh SP44 dan SP39. SP25 mengatakan bahawa apa yang

telah ditulisnya di dalam entri no. 3153 itu adalah tidak benar dan tidak

betul kerana pada waktu tersebut, SP25 masih lagi berada di pondok

pengawal.

30

14.51 Setelah SP25 selesai membuat catatan di entri no. 3153, SP44 telah

memeriksa semula catatan tersebut. Menurut SP25, dia ada bertanya

kepada SP44 mengapa catatan sedemikian perlu dibuat, namun SP44

tidak memberikan sebarang jawapan dan hanya memberikan arahan

kepada SP25 untuk terus menulis. 35

14.52 Sekitar jam 7.00 lebih malam, SP25 telah diarahkan oleh SP60 untuk

membuat laporan kematian. SP25 ada melihat SP60 membuat lakaran

Page 45: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

35

laporan polis di atas sekeping kertas dan kertas tersebut telah diberikan 5

kepada anggota D9 bernama SM Md Ali. SP25 kemudiannya telah

dibawa oleh SM Md Ali ke Kaunter Inkuiri dan satu laporan kematian

telah ditaip oleh SM Md Ali atas nama SP25 (Eksibit P38). Laporan

kematian tersebut dibuat dengan merujuk kepada catatan yang ditulis di

atas kertas yang dibuat oleh SP60 tanpa ada apa-apa penambahan 10

daripada SP25.

14.53 Selepas Eksibit P38 selesai dibuat, SP25 ada bertanyakan kepada SM

Md Ali bukankah menjadi satu kesalahan kerana laporan yang

disediakan adalah satu laporan palsu. Walau bagaimanapun, SM Md Ali 15

menjawab “takpa, sebab OKT ada cakap OKT ada buat laporan dia kena

samun.” Selepas selesai Eksibit P38 ditaip oleh SM Md Ali, SP25 telah

diarahkan oleh SM Md Ali untuk menandatangani Eksibit P38 tersebut.

14.54 Keterangan SP25 mengenai Eksibit P38 ini turut disokong oleh SP24 di 20

mana SP24 di dalam keterangannya mengesahkan bahawa SM Md Ali

adalah orang yang bertanggungjawab di dalam urusan menaip laporan

kematian itu dengan menggunakan komputer yang terdapat di Kaunter

Inkuiri.

25

14.55 Namun, keterangan SP24 dan SP25 ini tidak dipersetujui oleh SP60, di

mana di dalam keterangannya, SP60 menyatakan bahawa ianya adalah

salah tafsiran oleh SP24 dan SP25 kerana catatan yang dimaksudkan

oleh SP24 dan SP25 itu sebenarnya adalah catatan yang dibuat sebagai

persediaan taklimat oleh SP60 kepada Majistret. 30

14.56 SP25 dalam keterangannya memaklumkan bahawa Majistret Erry

Shahriman Bin Nor Ariffin (SP4) telah sampai di Pejabat D9 pada jam

7.52 malam. Menurut SP25, SP4 telah pergi ke lokap dengan diiringi

oleh SP60, SP27 dan ACP Aziz. 35

14.57 SP4 dalam keterangannya mengatakan semasa beliau tiba di Lokap D9,

beliau telah melihat mayat si mati dalam keadaan terlentang di tengah-

Page 46: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

36

tengah sel. Selepas itu, SP4 telah ditaklimatkan oleh SP60 dan 5

kemudiannya telah menemu bual SP25.

14.58 Menurut SP4, beliau telah membuat pemeriksaan ke atas badan si mati

selama lebih kurang 15 hingga 20 minit. SP4 mengatakan semasa

pemeriksaan dibuat, beliau tidak ada melihat terdapatnya inhaler di 10

sebelah mayat si mati. SP4 telah membuat catatan hasil pemeriksaan

di atas sekeping kertas (Eksibit P6).

14.59 Menurut keterangan Insp. Kamaruzaman bin Endut (SP47), sebagai

pegawai penyiasat awal kes kematian si mati, SP47 telah menerima 15

arahan daripada Pegawai Penyiasat Kanannya, ASP Kamarul Rizal bin

Jenal (SP53) untuk membawa mayat si mati ke hospital. SP47 telah

meminta bantuan anggota bagi membawa mayat si mati ke hospital.

14.60 Menurut keterangan SP24, seramai 3 orang anggota dari Balai Tun H.S. 20

Lee telah datang untuk mengambil mayat si mati. SP24 bersama-sama

anggota-anggota tersebut telah membawa mayat si mati turun sebelum

dibawa masuk ke kenderaan Land Rover. Mayat tersebut kemudiannya

telah dibawa ke Rumah Mayat, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

25

14.61 Menurut keterangan SP47 sejurus tiba di Rumah Mayat, HKL, beliau

telah pergi ke kaunter pendaftaran untuk mendaftarkan mayat tersebut.

Semasa di sana, SP47 mendapati terdapat ramai orang yang disyakinya

sebagai ahli keluarga si mati telah berkumpul di kawasan sekitar Rumah

Mayat. Menurut keterangan SP47, selepas pendaftaran selesai, dia 30

telah mengarahkan anggota untuk membawa mayat si mati ke bilik

mayat.

14.62 Menurut keterangan SP2, dia dan SP16 bersama rakan dan ahli

keluarga si mati telah tiba di Rumah Mayat, HKL lebih kurang pukul 35

10.00 atau 11.00 malam.

Page 47: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

37

14.63 Menurut keterangan SP16, dia ada meminta kebenaran untuk masuk 5

melihat mayat si mati, namun telah dilarang oleh anggota polis yang

bertugas pada waktu itu. Keadaan menjadi kecoh dan bising apabila

SP16 tidak dibenarkan untuk melihat mayat si mati.

14.64 Menurut SP53, beliau telah sampai di HKL pada tengah malam dan 10

mendapati terdapat lebih kurang 30 lelaki dan perempuan berbangsa

India berkumpul di lobi bilik mayat. SP53 dalam keterangannya

memaklumkan bahawa beliau telah membenarkan SP16 untuk masuk

melihat mayat si mati dan bertujuan untuk membuat pengesahan

bahawa mayat tersebut adalah mayat si mati. 15

14.65 Kemudian SP53 ada mengiringi SP2 dan peguam bernama Puan

Sivamalar untuk melawat mayat si mati. Semasa lawatan dibuat, mayat

berada di dalam beg plastik hitam dan mayat si mati diletakkan di atas

troli. Menurut SP53 plastik yang menutupi bahagian muka si mati telah 20

dibuka bagi tujuan pengecaman oleh SP2.

15. KEJADIAN PADA 22 MEI 2013

25

15.1 Proses pengecaman mayat si mati secara rasmi

15.1.1 Menurut keterangan SP53, semasa beliau tiba di HKL bersama-

sama dengan Mohd Khairul Anuar bin Mansur (SP1) pada 22

Mei 2013 lebih kurang jam 9.00 pagi, SP53 telah berjumpa 30

dengan Dr. Siew Sheue Feng (SP7) dan SP7 telah

memaklumkan SP53 bahawa pada ketika itu, pihak keluarga si

mati masih lagi menunggu kehadiran peguam bagi pengecaman

mayat.

35

15.1.2 SP53 bersama-sama dengan SP16, SP1, SP7 dan seorang

peguam bernama Puan Sivamalar telah masuk ke bilik mayat

untuk pengecaman mayat si mati. Menurut SP53, semasa

Page 48: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

38

pengecaman mayat dibuat, SP53 tidak memberikan apa-apa 5

penerangan kepada keluarga si mati kerana SP53 hanya hadir

sebagai saksi.

15.1.3 Menurut keterangan SP53, proses pengecaman mayat telah

dibuat oleh SP16 dengan kehadirannya dan Puan Sivamalar. 10

Menurut SP53, mayat si mati berada di dalam bungkusan plastik

hitam di atas troli semasa itu.

15.1.4 SP53 dalam keterangannya lagi memaklumkan bahawa bedah

siasat ke atas mayat si mati bermula kira-kira jam 2.00 petang 15

dan selesai kira-kira pada jam 5.00 petang. Proses bedah siasat

yang dilakukan oleh SP7 tersebut telah dihadiri oleh SP53, SP1,

dan kakitangan hospital yang lain.

15.1.5 Menurut SP53 lagi, semasa proses bedah siasat dijalankan, 20

SP7 ada menunjukkannya dawai kokot pada telinga kiri si mati

seperti yang ditunjukkan pada Eksibit P1 (gambar no. 15 dan no.

19). Menurut SP53, maklumat berkenaan dengan penemuan

dawai kokot tersebut telah dimaklumkan oleh SP53 kepada DSP

Khoo Leng Huat dan Datuk Hadi Ho. 25

15.1.6 Berdasarkan kepada keterangan SP53, gambar-gambar bedah

siasat telah diambil oleh SP1 di atas panduan daripada SP7.

Gambar-gambar tersebut ialah Eksibit P1, iaitu gambar-gambar

no. 1 hingga no. 131. 30

15.2 Bedah siasat (post mortem)

15.2.1 Bedah siasat ke atas mayat si mati telah dijalankan oleh SP7

pada 22 Mei 2013 pada jam 2.00 petang di Bilik Mayat, HKL 35

dan tamat sekitar jam 5.00 petang. SP7 menyatakan bahawa

mayat si mati telah diterima oleh Jabatan Perubatan Forensik,

Kuala Lumpur pada 21 Mei 2013 jam 8.30 malam.

Page 49: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

39

15.2.2 Menurut SP7, SP53 memaklumkannya bahawa si mati telah 5

ditemui mati di dalam Lokap D9, IPK Kuala Lumpur pada 21 Mei

2013. SP7 turut dimaklumkan bahawa si mati sebelum itu ada

menghidap asthma dan mengalami kesukaran bernafas.

Menurut SP7, tujuan bedah siasat tersebut adalah untuk

mengenal pasti punca kematian si mati. 10

15.2.3 SP7 dalam keterangannya memaklumkan bahawa

pemeriksaan luaran (‘external examination’) ke atas mayat si

mati telah dijalankan terlebih dahulu dan diikuti dengan

pemeriksaan dalaman (‘internal examination’). Selepas 15

menjalankan pemeriksaan luaran tersebut, SP7 bertindak

mengumpulkan spesimen yang diperolehi daripada badan si

mati.

15.2.4 Pemeriksaan luaran mayat si mati oleh SP7, mendapati terdapat 20

beberapa kesan parut lama di tubuh badan si mati. SP7

menyatakan bahawa usia kesan parut lama ini sukar untuk

ditentukan di mana ianya mungkin berusia sekitar 2 bulan

hingga 10 tahun.

25

15.2.5 Berdasarkan kepada keterangan SP7, kesan-kesan parut lama

(multiple old scars) yang terdapat di badan si mati adalah seperti

yang dinyatakan di dalam laporan bedah siasat (Eksibit P11) di

muka surat 3 di perkara (a) hingga (i), iaitu:

30

(a) Two old scars over the body of sternum, measuring 2 x 1.5

cm and 2 x 1 cm;

(b) Old scar, measuring 2.5 x 2 cm on the elbow;

(c) Old scar, measuring 8 x 0.5 cm on left knee;

(d) Old scar, measuring 4.5 x 0.5 cm below left knee. 35

(e) Two hyperpigmented circular scar on back of left lower leg,

measuring 1x 1 cm and 1.5 x1 cm (above to below,

respectively);

Page 50: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

40

(f) Old scar, measuring 9 x 1 cm on front of lower third of right 5

thigh;

(g) Hyperpigmented scar, measuring 9 x 3.5 cm on antero-

medial aspect of the upper half of right lower leg;

(h) Old scar measuring 2.5 x 0.5 cm on front of lower half of

right lower leg; and 10

(i) Old scar measuring 3.5 x 0.5 cm on antero-medial aspect

of lower end of right lower leg.

15.2.6 Di dalam keterangannya, SP7 menyatakan bahawa beliau juga

menemui dawai kokot (bullet stapler) tertanam di telinga kanan 15

si mati dan 2 kesan berlubang (“puncture wound”). Secara

khusus, SP7 menyatakan bahawa:

“The back of right auricular was stapled with a metal staple. Each

puncture wound measuring 0.1 x 0.1 cm and the distance 20

between them was 1.1 cm. These wound partially penetrated the

right auricular and were associated with haemorrhage (an

escape of blood from a ruptured blood vessel, especially when

profuse) of the surrounding tissues.”

25

Semasa memberi keterangan ini SP7 telah merujuk kepada

Eksibit P11 dan juga kepada gambar-gambar no. 17, 18, 19 dan

123 di Eksibit P1.

15.2.7 SP7 kemudiannya menerangkan proses mengeluarkan dawai 30

kokot dari telinga si mati dengan menunjukkan gambar-gambar

no. 74, 75, 76 dan 77 Eksibit P1. Dalam keterangannya, SP7

menyatakan bahawa hanya sebahagian daripada dawai kokot

tersebut menembusi telinga si mati. Menurut SP7, kecederaan

akibat dawai kokot tersebut adalah kecederaan yang baru 35

kerana ketika dawai kokot tersebut dikeluarkan, darah telah

keluar daripada bahagian luka.

Page 51: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

41

15.2.8 Seterusnya, SP7 memberi keterangan bahawa terdapat juga 5

dawai kokot yang ditemui tertanam pada telinga kiri si mati. SP7

menyatakan:

“The front of left lobule was stapled with metal staple. Two

puncture wounds were noted after removing the staple. Each 10

puncture wound measuring 0.1 x 0.1 cm and the distance

between them was 0.6 cm. These wounds perforated the left

lobule and were associated with haemorrhage of the

surrounding tissues.”

15

15.2.9 Di dalam keterangan ini, SP7 telah merujuk kepada gambar-

gambar no. 14, 15, 78, 79, 80, 81, 84, dan 85 di Eksibit P1. SP7

juga memberi keterangan bahawa kesan luka yang diakibatkan

oleh dawai kokot ini adalah luka yang baru (“fresh injury”) dan

mempunyai kesan darah yang dianggarkan berlaku sekitar 20

kurang dari dua atau tiga hari dari masa bedah siasat (“less than

two to three days at the time of post mortem”). SP7 juga menolak

kemungkinan kecederaan yang diakibatkan oleh dawai kokot ini

adalah hasil perbuatan si mati sendiri.

25

15.2.10 SP7 dalam keterangannya menerangkan tanda-tanda

kecederaan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Eksibit P11

di mukasurat 3, di bawah tajuk “Marks of Injury”, iaitu kepada

perenggan no. 3, (“Bruise, measuring 7 x 4 cm in back left

auricular and left retro-auricular region”) telah merujuk kepada 30

gambar-gambar no. 16, 17, 18, 86 dan 88 di dalam Eksibit P1.

15.2.11 Menurut SP7, kesan-kesan lebam ini sukar dikesan (“Difficult to

trace the bruises”) kerana keadaan kulit si mati yang gelap. SP7

mengesahkan bahawa pendarahan boleh dilihat di gambar no. 35

88, Eksibit P1.

Page 52: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

42

15.2.12 SP7 dalam keterangannya juga menerangkan bahawa kesan 5

lebam tersebut disebabkan oleh “Force by the blunt object”,

yang mungkin disebabkan oleh tumbukan (“fist”) atau hentakan

ke dinding, namun jika ianya disebabkan oleh hentakan ke

dinding, ia sepatutnya menyebabkan koyakan (“tear”) dan

bukannya lebam-lebam (“bruises”). SP7 juga tidak menafikan 10

bahawa ada kemungkinan si mati juga dipukul dari belakang.

15.2.13 Merujuk kepada perenggan no. 4, di mukasurat 3, Eksibit P11

iaitu:

“Two bruises on right upper quadrant of abdomen, measuring 2 15

x 1.5 cm and 3 x 2 cm (outer to inner respectively)”,

SP7 memberi keterangan dengan merujuk kepada gambar no.

34, Eksibit P1 dan menyatakan bahawa lebam-lebam di

bahagian abdomen si mati adalah disebabkan oleh “blunt force

trauma”. 20

15.2.14 SP7 juga merujuk kepada gambar-gambar no. 36 dan 21 di

Eksibit P1, bagi menerangkan kecederaan yang

dimaksudkannya di perenggan no. 5, di muka surat 3, Eksibit

P11 iaitu “Bruise, measuring 5.5 x 2.5cm on lower half of left 25

upper quadrant of abdomen.”

15.2.15 SP7 juga merujuk kepada gambar-gambar no. 35, 36, 22 dan 27

di Eksibit P1, bagi menerangkan kecederaan yang

dimaksudkannya di perenggan no. 6, di mukasurat 3, Eksibit 30

P11 iaitu “Bruise, measuring 7 x 5cm on antero-lateral aspect of

left subcostal area”.

15.2.16 SP7 juga merujuk kepada gambar-gambar no. 36, 35, 24 dan 25

di Eksibit P1, bagi menerangkan kecederaan yang 35

dimaksudkannya di perenggan no. 7, di muka surat 3, Eksibit

P11 iaitu “Patterned bruise, resembling an incomplete digital

number 8 on left iliac fossa. This wound measuring 6.5 x 4.5 cm

Page 53: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

43

and was located below wound number “6”. Menurut SP7, kesan 5

lebam-lebam (“bruises”) ini adalah disebabkan oleh objek yang

seakan-akan berbentuk angka ‘8’ dan kesan lebam ini berumur

sekitar kurang dari 2 atau 3 hari dari tarikh bedah siasat (“Fresh

bruises, Less than 2 or 3 days on the day of post mortem. The

post mortem delay for a day …”). 10

15.2.17 SP7 dalam keterangannya juga telah menerangkan perenggan-

perenggan 8 hingga 11 mukasurat 3 dan 4, Eksibit P11 dengan

merujuk kepada:

15

(a) Gambar-gambar no. 35, 36, 26 dan 27 di dalam Eksibit P1,

berhubung dengan perenggan 8, (“Bruise, measuring 14 x

7 cm on left loin, lateral wound number “7”);

(b) Gambar-gambar no. 33 dan 28 di dalam Eksibit P1 20

berhubung dengan perenggan 9, (“Bruise, measuring 15 x

5cm on peri-umbilical area”);

(c) Gambar-gambar no. 31 dan 29 di dalam Eksibit P1

berhubung dengan perenggan 10, (“Bruise, measuring 3 x 25

2.5cm on lateral aspect of right inguinal region”);

(d) Gambar-gambar no. 20, 56, dan 124 di dalam Eksibit P1

berhubung dengan perenggan 11, (“Multiple bruises on

right shoulder region, over an area measuring 16 cm x 10 30

cm, with an abrasion, measuring 2 x 0.3 cm on mid

shoulder.”); dan

(e) Gambar-gambar no. 20, 21, 55, 120 dan 124, di dalam

Eksibit P1 berhubung dengan perenggan 12, (“Thick 35

haematoma, measuring 20 x 16 cm on left shoulder

region”).

Page 54: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

44

15.2.18 SP7 semasa disoal oleh Perunding, Profesor Tan Sri Dato’ Sri 5

Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, SP7

menjelaskan bahawa kesan lebam-lebam itu terhasil semasa si

mati masih lagi hidup dan dapatannya semasa bedah siasat

dijalankan mengesahkan bahawa kesan-kesan lebam itu terjadi

semasa si mati masih hidup dan tidak mungkin terjadi semasa si 10

mati telah meninggal dunia.

15.2.19 Berhubung dengan perenggan 13 di mukasurat 4, Eksibit P11,

iaitu:

“Multiple overlapping bruises with thick haematoma formation on 15

back of thorax, over an area measuring 56 cm x 35 cm. These

bruises were associated with the following”,

SP7 telah merujuk kepada gambar-gambar no. 58, 59, 60 dan

61 di Eksibit P1, dan menerangkan terdapat terlalu banyak

kesan lebam sehingga sukar bagi beliau untuk menyatakan 20

jumlah sebenar lebam-lebam itu. Apabila ditanya sama ada

kesan-kesan lebam itu diakibatkan oleh tolakkan ke dinding atau

dipijak di bahagian belakang si mati, dengan merujuk kepada

gambar no. 58, SP7 menerangkan bahawa dari permerhatian

beliau, berdasarkan kepada kesan yang terdapat di badan si 25

mati adalah tidak mungkin kesan tersebut terhasil daripada

badan si mati dihentak beberapa kali ke arah dinding. Beliau

berpendapat kesan tersebut terhasil daripada objek tumpul yang

dihentak (“inflicted”) ke badan si mati dan sekiranya si mati

dipijak, kesan tapak sepatutnya jelas kelihatan. 30

15.2.20 Berhubung dengan dapatan kecederaan, tercatat di perenggan

14 di muka surat 4, Eksibit P11, iaitu:

“A group of three double tramline abraded bruises over the

umbar vertebrae. These wounds were arranged in parallel 35

oblique pattern. Each wound measuring 1.5 x 1 cm”,

SP7 telah merujuk kepada gambar-gambar no. 68 dan 72 di

dalam Eksibit P1. SP7 tidak menafikan kemungkinan kesan-

Page 55: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

45

kesan ini diakibatkan oleh sesuatu benda yang berbentuk 5

silinder yang kecil (“cylindrical rod shape”) seperti rotan atau hos

getah paip yang kecil.

15.2.21 Berhubung dengan perenggan 15 hingga 32 di muka surat 4

hingga 5 di Eksibit P11, SP7 telah merujuk kepada: 10

(a) Gambar-gambar no. 68, 69 dan 72 di Eksibit P1 berhubung

dengan perenggan 15, (“A group of four double tramline

abraded bruises on lateral aspect of right posterior iliac

crest. These wounds were arranged in parallel oblique 15

pattern and measuring 3.5 x 1 cm, 3.2 cm x 1 cm, 3.5 x 1.2

cm and 3.5 x 0.5 cm (outer to inner, respectively);

(b) Gambar-gambar no. 69 dan 72 di dalam Eksibit P1

berhubung dengan perenggan 16, (“An oblique double 20

tramline bruise, measuring 4.5 x 1.2 cm on lateral aspect

of right posterior iliac crest, slightly below and inner to

wounds number ‘15’);

(c) Gambar-gambar no. 68, 70 dan 72 di dalam Eksibit P1 25

berhubung dengan perenggan 17, (“Two oblique double

tramline abraded bruises on the right posterior iliac crest,

measuring 2.5 x 1 cm and 3 x 1 cm (outer to inner,

respectively). These wounds were crisscrossed by three

linear abraded bruises, measuring 2 x 0.7 cm each.”); 30

(d) Gambar no. 68, 125 dan 126 di dalam Eksibit P1

berhubung dengan perenggan 18, (“Bruise, measuring 11

x 7 cm on outer quadrants of right gluteal region”);

35

(e) Gambar no. 62, di dalam Eksibit P1 berhubung dengan

perenggan 19, (“Multiple bruises on lateral aspect of left

groin, over an area measuring 9 cm x 6 cm”);

Page 56: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

46

(f) Gambar no. 62, di dalam Eksibit P1 berhubung dengan 5

perenggan 20, (“An interrupted bruise, measuring 8 x 3 cm

on upper quadrant of left gluteal region”);

(g) Gambar no. 62, di dalam Eksibit P1 berhubung dengan

perenggan 21, (“Bruise from lateral aspect of left gluteal 10

region to lateral aspect of the upper end of left thigh. This

wound measuring 12.5 x 3 cm and was located below

wound number ‘20’ ”);

(h) Gambar no. 62, di dalam Eksibit P1 berhubung dengan 15

perenggan 22, (“An oblique double tramline bruise,

measuring 2.5 x 0.8 cm on lateral aspect of upper end of

left thigh, below wound number ‘21’ ”);

(i) Gambar no. 62, di dalam Eksibit P1 berhubung dengan 20

perenggan 23, (“Multiple overlapping bruises on lower

quadrants of left gluteal region, over an area measuring

12.5 cm x 5 cm”);

(j) Gambar no. 61, di dalam Eksibit P1 berhubung dengan 25

perenggan 24, (“Bruise, measuring 7.5 x 3.5 cm on the

back of left arm, above the axilla”);

(k) Gambar-gambar no. 22 dan 61, di dalam Eksibit P1

berhubung dengan perenggan 25, (“Bruise, measuring 8 x 30

4 cm on lateral aspect of left arm”);

(l) Gambar-gambar no. 23 dan 24, di dalam Eksibit P1

berhubung dengan perenggan 26, (“Bruise, measuring 14

x 2.5 cm on medical aspect of left arm.”); 35

Page 57: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

47

(m) Gambar no. 61, di dalam Eksibit P1 berhubung dengan 5

perenggan 27, (“Two oblique, double tramline bruises on

back of left arm, measuring 6 x 2.5 cm each”);

(f) Gambar no. 32, di dalam Eksibit P1 berhubung dengan

perenggan 28, (“An abraded double tramline bruise, 10

measuring 4 x 0.8 cm on inner aspect of left wrist,

consistent with handcuff mark. This wound was associated

with the following injuries :

(i) Subcutaneous haemorrhage measuring 7 x 2 cm on

back of left wrist; dan 15

(ii) Subcutaneous haemorrhage measuring 6 x 2 cm on

frount of left wrist”);

(n) Gambar no. 58, di dalam Eksibit P1 berhubung dengan

perenggan 29, (“Bruise, measuring 6 x 1 cm on lateral wall 20

of right axilla”);

(o) Gambar-gambar no. 25, 26 dan 27, di dalam Eksibit P1

berhubung dengan perenggan 30, (“Bruise, measuring

11.5 x 4.5 cm on medial aspect of right arm”); 25

(p) Gambar-gambar no. 27, 28 dan 120, di dalam Eksibit P1

berhubung dengan perenggan 31, (“Bruise measuring 10 x

10 cm on right elbow region”); dan

30

(q) Gambar no. 29, di dalam Eksibit P1 berhubung dengan

perenggan 32, (“An oblique, double ‘tramline’ abrasion,

measuring 6 x 0.5 cm on back of right wrist-hand,

consistent with handcuff mark”).

35

15.2.22 Berhubung dengan perenggan 33 di mukasurat 4 hingga 5,

Eksibit P11, SP7 telah merujuk kepada (“Multiple bruises on

lateral aspect of right thigh, over an area measuring 43.5 cm x

Page 58: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

48

13 cm”), dan gambar-gambar no. 49, 50 dan 129 di Eksibit P1 5

telah dirujuk berhubung dengan perenggan 33. Semasa

memberi keterangan, SP7 menerangkan bahawa pada awalnya

beliau tidak menyedari akan bentuk kecederaan yang

dinyatakan di perenggan 33. Namun, semasa perbicaraan di

Mahkamah Tinggi, pihak Pendakwaraya telah mencadangkan 10

kepada beliau untuk melihat semula kepada bentuk kecederaan

tersebut. Lanjutan daripada itu, beliau menyedari bahawa

kecederaan tersebut berbentuk “elongated pattern with the

hoop”. Apabila ditanya sama ada bentuk tersebut terhasil

daripada pukulan kayu hoki atau kayu golf, beliau berpendapat 15

bahawa sekiranya pukulan daripada kayu golf, kecederaan akan

menjadi lebih serius. Walau bagaimanapun, SP7

menjelaskankan bentuk kecederaan tersebut mungkin daripada

pukulan “stick which is more nicely dissipated”.

20

15.2.23 Berhubung dengan perenggan 34 hingga 52 di mukasurat 5,

Eksibit P11, SP7 telah merujuk kepada:

(a) Gambar-gambar no. 37 dan 10, di dalam Eksibit P1

berhubung dengan perenggan 34, (“Thick haematoma on 25

lower half of the front and lower third of medial aspect of

right thigh measuring 28 x 20 cm”);

(b) Gambar-gambar no. 37 dan 45, di dalam Eksibit P1

berhubung dengan perenggan 35, (“Thick haematoma on 30

lower half of the front and lower third of medial aspect of

right thigh measuring 28 x 20 cm”);

(c) Gambar-gambar no. 45 dan 130, di dalam Eksibit P1

berhubung dengan perenggan 36, (“Bruise, measuring 4 x 35

2.5 cm on medial aspect of right knee”);

Page 59: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

49

(d) Gambar-gambar no. 53 dan 54, di dalam Eksibit P1 5

berhubung dengan perenggan 37, (“A group of three

bruises on front of right lower leg, measuring 6 x 3 cm, 4.5

x 3 cm and 3 x 2 cm (above to below, respectively”);

(e) Gambar-gambar no. 53 dan 54, di Eksibit P1 berhubung 10

dengan perenggan 38, (“Patterned injury in the form of two

puncture wounds, measuring 0.1 x 0.1 cm each on front of

middle third of right lower leg. The distance between them

was 1 cm”); SP7 semasa memberi keterangan

menjelaskan bahawa kesan kecederaan ini 15

berkemungkinan hasil daripada ketipan dawai kokot.

(f) Gambar no. 67, di dalam Eksibit P1 berhubung dengan

perenggan 39, (“Bruise, measuring 9.5 x 5.5 cm on lower

half of the back of right lower leg”); 20

(g) Gambar-gambar no. 49 dan 122, di dalam Eksibit P1

berhubung dengan perenggan 40, (“Bruise, measuring 11

x 10 cm on dorsum of right foot”);

25

(h) Gambar-gambar no. 9, 37, 38, 39 dan 131, di Eksibit P1

berhubung dengan perenggan 41, (“Extensive haematoma

on front, lateral aspect and back of left thigh, measuring 50

x 31 cm”);

30

(i) Gambar no. 48, di Eksibit P1 berhubung dengan

perenggan 42, (“Bruise, measuring 6 x 4 cm on inner

aspect of left knee.”);

(j) Gambar no. 46, di dalam Eksibit P1 berhubung dengan 35

perenggan 43, (“Bruise, measuring 3 x 2 cm below the left

knee”);

Page 60: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

50

(k) Gambar no. 46, di dalam Eksibit P1 berhubung dengan 5

perenggan 44, (“Patterned bruise, resembling an

incomplete outline of a rectangle, measuring 19 x 4.5 cm

on antero-medial aspect of upper third of left lower leg”);

(l) Gambar no. 47, di dalam Eksibit P1 berhubung dengan 10

perenggan 45, (“Multiple bruises on antero-medial aspect

of lower half of left lower leg, over an area measuring 6 cm

x 3 cm”);

(m) Gambar-gambar no. 43 dan 47, di dalam Eksibit P1 15

berhubung dengan perenggan 46, (“Puncture wound

measuring 0.1 x 0.1 cm on antero-medial aspect of middle

third of left lower leg”);

(n) Gambar no. 43 dan 47, di dalam Eksibit P1 berhubung 20

dengan perenggan 47, (“Patterned injury in the form of two

puncture wounds on antero-medial aspect of lower third of

left lower leg, measuring 0.2 x 0.1 cm and 0.1 x 0.1 cm

(upper to lower respectively). The distance between them

was 1.1 cm”); 25

(o) Gambar-gambar no. 43 dan 47, di dalam Eksibit P1

berhubung dengan perenggan 48, (“Bruise, measuring 7 x

4 cm on dorsum of left foot.”);

30

(p) Gambar no. 40, di Eksibit P1 berhubung dengan

perenggan 49, (“Bruise, measuring 23 x 14 cm on lateral

aspect of left lower leg”); dan

(q) Gambar no. 40, di Eksibit P1 berhubung dengan 35

perenggan 50, (“Abraded bruises, measuring 13.5 x 10 cm

on back of lower half of left lower leg”).

Page 61: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

51

15.2.24 SP7 memberi keterangan bahawa setelah beliau membuka 5

(dissection) kulit kepala si mati, kecederaan-kecederaan berikut

telah dikenalpasti:

(a) Haematoma, measuring 9 x 6.5 cm on left half of face,

seperti yang ditunjukkan melalui gambar-gambar no. 94, 10

93 dan 95 di dalam Eksibit P1; dan

(b) Patchy subcutaneous bruises on front of root of neck and

upper chest, over an area measuring 13 cm x 8 cm, seperti

yang ditunjukkan melalui gambar no. 92 di dalam Eksibit 15

P1.

15.2.25 Semasa memberi keterangan, SP7 menjelaskan bahawa kesan-

kesan lebam pada tubuh badan si mati ditemui di bahagian

lapisan lemak sahaja dan tidak memberi kesan ke atas otot. 20

Selanjutnya, SP7 turut menjelaskan bahawa kesemua 52

kesan-kesan kecederaan yang terdapat di tubuh badan si

mati adalah kesan-kesan baru dan berusia kurang daripada

2 atau 3 hari tetapi tidak lebih daripada 4 hari. Kesan-kesan

lebam tersebut mengambil masa untuk menyebabkan kematian 25

dan tidak memungkinkan kematian dengan cepat.

15.2.26 SP7 turut menjelaskan bahawa hasil daripada bedah siasat,

beliau tidak melihat terdapatnya kesan serangan asthma mahu

pun asthma yang kronik. SP7 menjelaskan lagi, pesakit 30

meninggal kerana asthma apabila berlakunya kerosakan

kepada paru-paru iaitu kegagalan pernafasan dan lebih kepada

kecederaan dalaman.

15.2.27 SP7 juga membuat pemeriksaan di bahagian dalaman kepala di 35

mana SP7 telah merujuk kepada gambar-gambar no. 88 dan 91

di dalam Eksibit P1 serta muka surat 5 di dalam Eksibit P11 di

Page 62: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

52

mana SP7 mendapati kecederaan di bahagian kulit kepala 5

(“scalp”) seperti berikut:

“Subgaleal haematoma measuring 18 x 11 cm on left

fronto-temporal region with haematoma of temporalis and

subgaleal haematoma measuring 9 x 6 cm on left occipital 10

region.”

15.2.28 Kecederaan pada tengkorak kepala (“skull”) pula adalah “the

skull cap and the basal skull were intact” dan SP7 tidak

menemukan apa-apa retakan di bahagian tengkorak si mati, 15

cuma apabila SP7 melihat kepada “meninges” beliau mendapati

“a small circular subarachnoid haemorrhage, measuring 1.5 x

1.2 cm over left parietal eminence. Thin layer of subarachno.id

haemorrhage seen over left occipital lobe.”, seperti yang

ditunjukkan di dalam gambar no. 108 di dalam Eksibit P1. 20

15.2.29 Semasa memberi keterangan berhubung dengan otak si mati,

SP7 mendapati bahawa “the brain weighed 1400 grams. The

cerebral vessels were congested. No contusion or laceration of

the parenchyma of the brain. Serial cut sections of the brain 25

showed no intra-cerebral bleeding or intra-ventricular

haemorrhage. The Circle of Willis was intact”.

15.2.30 SP7 juga telah membuat pemeriksaan pada bahagian mulut,

kerongkong dan struktur leher si mati dan mendapati tiada 30

tanda-tanda haematoma dan tiada apa-apa tanda mengenai

“cervical fracture” dikesan. Beliau juga tidak mendapati apa-apa

“fracture” atau lain-lain kecederaan di bahagian toraks (“thorax”).

Beliau juga tidak mendapati apa-apa mukus di dalam “trachea”

dan saluran udara ke paru-paru. SP7 di dalam keterangannya 35

telah merujuk kepada muka surat 6, 7 dan 9 Eksibit P11 iaitu

seperti berikut:

Page 63: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

53

“THORAX 5

Rib cage The sternum was intact. No facture ribs

demonstrated.

Pleural

cavities

No tension pneumothorax or

haemathorax. No pleural effusion or

adhesion noted.

Trachea &

air passages

Patent. No mucous plug noted in

lumens of trachea and main air

passages of lungs.

Lungs The right and left lungs weighed 460

grams and 400 grams respectively.

Both lungs showed mild degree of

congestion with adhesion found at

fissures between lobes. Cut sections

showed bilateral pulmonary oedema,

more in the lower lobes. The

parenchyma of lungs was intact. No

mucous plugs noted in the smaller air

passages.

Pericardium Intact.

Heart The weighed 380 gm. The coronaries

arose normally from the aorta and were

healthy. The lumens of the heart were

stained with autolyzed blood. No intra-

luminal or mural thrombus noted. No

myocardial fibrosis or haemorrhage

seen. The thickness of left and right

ventricles was 12 mm and 5 mm

respectively.

Aorta Intact. The lumen of aorta was stained

with autolyzed blood.

Page 64: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

54

Pulmonary

artery

No thrombo-embolus.

Oesophagus Intact.

ABDOMEN

Peritoneum No haemoperitoneum, ascites or

collection of pus. No retro-peritoneal

lesion found.

Stomach The stomach was filled with partially

digested rice. The gastric mucosa was

pale.

Intestines No significant abnormality detected.

Colon No significant abnormality detected.

Rectum No significant abnormality detected.

Mesenteric

nodes

Not enlarged.

Liver The liver weighed 1840 grams and was

pale on appearance with greenish

discoloration on the undersurface of

liver. Cut sections of the liver showed

yellowish discoloration of hepatic

parenchyma.

Biliary

system

Patent.

Pancreas The pancreas showed autolytic

changes.

Spleen The spleen weighed 120 grams and

was pale on appearance.

Adrenal

glands

No adrenal lesion of haemorrhages.

Kidneys The right and left kidneys weighed 110

grams and 120 grams respectively.

Page 65: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

55

Both kidneys were pale on

appearance.

Ureters Patent.

Urinary

bladder

No significant abnormality detected.

Reproductive

system

Healthy.

5

SKELETAL SYSTEM

No fracture of long bones, pelvis or vertebrae.

MICROSCOPIC EXAMINATION

Sections of the lungs show congestion of capillaries 10

in the alveolar walls. Normal aerated alveoli seen

but in the most of the lung fields, the lumens of

alveoli are contained pale pinkish fluid. The lumens

of airways are filled with desquamation of airway

epithelial cells, with no obvious mucous occlusion. 15

No significant eosinophil and other inflammatory

infiltration seen. Autolytic changes noted in patchy

areas of lungs. These findings are consistent with

pulmonary congestion and oedema.

20

Sections of the kidneys show ischaemic necrosis of

the renal tubules, more severe in the proximal

tubules. The lumens of the tubules are filled with

desquamated tubular epithelia cells. Selective

ischaemic changes noted in the cells of glomeruli 25

whereas the cells in the medulla of the kidneys were

relatively intact. These findings are consistent with

ischaemic acute tubular necrosis.

Sections of liver show the presence of small and 30

large vacuoles in the hepatocytes displacing their

Page 66: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

56

nuclei. The findings are consistent with hepatic 5

steatosis.

Sections of the heart show intact myofibril fibres

with mild interstitial oedema. No inflammatory

infiltration, myocardial necrosis or fibrosis noted. 10

Autolysis-decomposition changes noted in some

areas of heart together with the presence of bedah

siasat bacterial colonies.

Sections of the brain show normal architecture. The 15

blood vessels of the brain are intact and there is no

inflammatory infiltration seen.

Sections of the soft tissues from the back of thorax,

shoulder region and lower legs show acute 20

subcutaneous haemorrhage.

Frozen sections with Oil Red O staining from brain,

lungs and kidneys show no evidence of fat

embolism. 25

LABORATORY INVESTIGATIONS

The following specimens were collected from the

deceased during bedah siasat examination for laboratory

analysis:- 30

Blood for DNA profiling

Blood for alcohol and toxicology

Vitreous humor for alcohol and toxicology

Bile for toxicology

Scalp hair for trace evidence 35

Right fingernails for trace evidence

Left fingernails for trace evidence

Page 67: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

57

A staple removed from back of right pinna, and 5

A staple removed from front of left lobule for

comparison.

Laboratory analysis revealed the following:

The blood specimen contained 34 milligrams 10

per 100 millilitres of ethyl alcohol.

No other common drugs were detected in the

blood specimen.

No ethyl alcohol was detected in the vitreous

humor specimen. 15

No common drugs were detected in the bile;

but the specimen was insufficient for the

confirmation analysis of amphetamine type

stimulant, opiates and cannabinoids.”

20

15.2.31 Di dalam keterangannya, SP7 bersetuju dengan pandangan

Perunding, YBhg. Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah

Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin bahawa punca kematian

adalah disebabkan oleh “massive blood loss due to diffuse soft

tissue injuries due to multiple blunt force trauma”. SP7 membuat 25

kesimpulan dan rumusan sebagaimana yang dinyatakannya di

muka surat 9 di dalam Eksibit P11 iaitu:-

“Summary and conclusions:

30

1. The body was that of an adult Indian male positively

identified by his father-in-law as the above named person.

2. There was no significant natural disease found in his body

that could have caused or contributed to his death at that 35

particular moment in time.

Page 68: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

58

3. Each of his external ear was still stapled with a metal 5

staple.

4. Bedah siasat examination revealed he sustained multiple

blunt force trauma on his body.

10

5. These injuries were caused by blunt objects and the

wounds were relatively fresh.

6. Some of the injuries showed pattern of double ‘tramline’;

pair of superficial punctures with distances of 1 to 1.1 cm, 15

handcuff marks, and etc.

7. Internal dissection showed he had diffuse soft tissue

injuries with subcutaneous haemorrhage.

20

8. The subcutaneous haemorrhage was more severe in both

shoulder regions, back of thorax and both lower limbs.

9. No. defensive wound was identified on the body of the

deceased. 25

10. The overall pattern of these injuries is neither self-inflicted

nor accidental in nature.”

15.2.32 Semasa dipanggil semula (recall) bagi memberi keterangan 30

lanjut pada 16 November 2015, SP7 telah memberi keterangan

bagi mengesahkan bahawa punca kematian si mati adalah

“diffuse soft tissues injury due to multiple blunt injury, bruising

and bleeding everywhere.”

35

15.2.33 Selepas bedah siasat selesai, SP7 telah menyerahkan

spesimen-spesimen kepada SP53 beserta Borang

Pengendalian Spesimen Mediko-Legal (P58) yang telah diisi

Page 69: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

59

oleh SP53 untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisa. 5

Berikut merupakan spesimen yang disenaraikan di dalam

borang tersebut:

(a) Blood (FTA) DNA profiling;

(b) Blood-alcohol toxicology;

(c) Vitreous humor-alcohol, toxicology; 10

(d) Bile-toxicology;

(e) Scalp hair;

(f) Right fingernails-trace evidence;

(g) Left fingernails-trace evidence;

(h) Staple removed from back of Right Pinna; dan 15

(i) Staple removed from back of Left Lobule.

16. PENGURUSAN LOKAP D9, IPK KUALA LUMPUR

20

16.1 Lokap D9, IPK Kuala Lumpur telah diwartakan sebagai lokap khas untuk

kes-kes jenayah berat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan

no. pewartaan Jilid 31 No. 23(P.U(B) 537/1987) bertarikh 5 November

1987.

25

16.2 Pengurusan Lokap D9 pada tempoh tersebut adalah tertakluk kepada

peruntukan Hukuman Tetap Ketua Polis Daerah Campbell, Kuala

Lumpur Bil. 1/89 yang masih berkuatkuasa (Eksibit P18) dan Kaedah-

Kaedah Lokap, 1953 [L.N. 328 Tahun 1953].

30

16.3 Mengikut subkaedah 3(2) Kaedah-Kaedah Lokap 1953 tersebut, Ketua

Polis Daerah yang mana daerahnya mempunyai lokap yang diwartakan,

dengan sendirinya menjadi “Pegawai Penjaga Lokap” bagi setiap lokap

tersebut manakala subkaedah 3(3) Kaedah-kaedah Lokap 1953 pula

menyatakan Ketua Polis Balai menjadi “Timbalan Pegawai Penjaga 35

Lokap” dan bertanggungjawab dalam pengurusan lokap di balainya.

Page 70: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

60

16.4 Merujuk pula kepada Perkara 4.2 Hukuman Tetap Ketua Polis Daerah 5

Campell, Kuala Lumpur Bil 1/89 (Eksibit P18), bagi menjaga kepentingan

pentadbiran atau penyelarasan lokap di IPK Kuala Lumpur maka Ketua

Polis Daerah Dang Wangi akan bertindak sebagai pegawai lokap

keseluruhannya. Bagi kepentingan tugas Lokap D9, maka Ketua

Bahagian D9, adalah dengan sendirinya menjadi “Pegawai Penjaga 10

Lokap” dan anggota berpangkat rendah yang tertinggi sekali di dalam

Bahagian D9 adalah dengan sendirinya menjadi “Timbalan Pegawai

Penjaga Lokap”. Pada masa kejadian, Ketua Bahagian D9 ialah SP27

selaku Pegawai Turus D9, IPK Kuala Lumpur.

15

16.5 Berhubung dengan penugasan menjaga Lokap D9 di Tingkat 7,

Bangunan IPK Kuala Lumpur, kawalan lokap adalah ditugaskan kepada

anggota dari Cawangan Kem Komandan, IPK Kuala Lumpur. Giliran

tugas mereka adalah mengikut Daftar Pekerjaan Harian (Pol.69) yang

disediakan oleh Pejabat Kem Komandan. Lazimnya giliran tugas 20

seorang anggota sentri lokap itu adalah 4 jam dalam satu syif.

16.6 Semasa kejadian kematian si mati di dalam Lokap D9 pada 21 Mei 2013,

SP18 ialah merupakan penyelia Kem Komandan dan merupakan

anggota yang menyediakan Jadual Tugasan Harian Cawangan Kem 25

Komandan (Eksibit P20 sehingga P30) termasuk tugasan menjaga

Lokap D9 (sentri lokap).

16.7 Menurut Perkara 16 Hukuman Tetap Ketua Polis Daerah Campell, Kuala

Lumpur Bil 1/89 (Eksibit P18), anak kunci lokap di mana OKT ditahan 30

hendaklah disimpan oleh anggota yang bertugas di Kaunter Pejabat

Inkuiri atau oleh Ketua Pengawal dan ianya tidak boleh dipegang oleh

pengawal yang bertugas atau diletakkan di atas meja tempat pengawal

bertugas. Kunci tersebut hendaklah disimpan setiap masa.

35

16.8 Berdasarkan keterangan SP19 dan L/Kpl. Mohamad Sharil bin Sarini

(SP20), selama mereka berkhidmat, kunci lokap berada di Kaunter

Pejabat Inkuiri D9 dan tidak dipegang oleh Ketua Pengawal Lokap.

Page 71: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

61

16.9 Manakala, mengikut keterangan SP18, kunci lokap dipegang oleh 5

Kaunter Pejabat Inkuiri, Bahagian D9 dan jika sesiapa ingin berjumpa

dengan anggota sentri lokap, anggota D9 akan mengambil kunci itu di

Kaunter Inkuiri dan membuka pintu lokap.

16.10 Mengikut keterangan SP20 juga, kunci lokap yang diletakkan di Kaunter 10

Pejabat Inkuiri digantung di satu tempat dan dijaga oleh anggota

Bahagian D9. Anggota daripada Cawangan Kem Komandan hanya

menjaga lokap sahaja dan mengawal dalam kawasan lokap.

16.11 Susunan kerja tersebut juga dinyatakan oleh SP21 dan SP26. SP28 pula 15

menyatakan bahawa kunci lokap digantung di bahagian belakang

Kaunter Pejabat Inkuiri yang tidak kelihatan apabila dilihat dari bahagian

hadapan Kaunter Pejabat Inkuiri. Kunci tersebut berangkai dan

mengandungi kunci lokap dan sel.

20

16.12 Walau bagaimanapun, SP38 pula mengatakan bahawa sebelum kes

kematian si mati di dalam Lokap D9 tersebut, adalah menjadi amalan

sekian lama bahawa anggota sentri lokap yang akan memegang kunci

lokap dan sel. Kunci-kunci tersebut akan dibawa ke mana sahaja mereka

pergi sepanjang syif bertugas mereka. Menurut SP38, anggota D9 di 25

Kaunter Pejabat Inkuiri tidak menjaga kunci tersebut dan menyerahkan

tugas menjaga lokap sepenuhnya kepada anggota sentri lokap. Namun

begitu, SP38 mengatakan tidak semua anggota sentri lokap

mengamalkan perkara tersebut.

30

16.13 Mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A ‘118’ (PTKPN),

Perkara 27 menyatakan bahawa setiap pergerakan tahanan dan

sebarang tindakan yang diambil ke atas seseorang tahanan dan

termasuk dengan perbuatan rutin dikehendaki dicatatkan di dalam

Station Diary (SD Lokap) atau Buku Perharian Balai. 35

16.14 Berdasarkan kepada keterangan dokumen dan saksi-saksi, didapati

bahawa pihak pengurusan Lokap D9 mematuhi PTKPN dalam

Page 72: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

62

menyediakan Buku Perharian Lokap di Lokap D9 (Eksibit P32 dan P31). 5

Selanjutnya didapati juga pengurusan Lokap D9 turut menggunapakai

Pol 84 iaitu Borang Kehadiran OKT di lokap yang mencatatkan

kehadiran dan ketidakhadiran OKT di lokap, Buku Lawatan Penyelia

yang mencatatkan kehadiran mana-mana pegawai polis yang datang ke

Lokap D9 untuk membuat pemeriksaan lokap dan Borang Keluar Masuk 10

OKT yang akan diserahkan oleh mana-mana anggota D9 yang ingin

membawa keluar atau membawa masuk OKT ke dalam lokap. Walau

bagaimanapun saksi mengatakan fail borang tersebut hilang dan tidak

dapat dikemukakan. Maka itu, tiada keterangan dokumentasi

berdasarkan Borang Keluar Masuk tentang pergerakan si mati pada 21 15

Mei 2013 telah dikemukakan semasa pendengaran awam ini.

17. PERANAN BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH KHAS (D9) DALAM

PENGURUSAN LOKAP D9, IPK KUALA LUMPUR 20

17.1 Menurut Perkara 16 Hukuman Tetap Ketua Polis Daerah Campell, Kuala

Lumpur Bil 1/89 (Eksibit P18), anak kunci lokap di mana OKT ditahan

mestilah disimpan oleh anggota yang bertugas di Kaunter Pejabat Inkuiri

atau oleh Ketua Pengawal iaitu anggota yang berada di Pejabat Inkuiri. 25

Kaunter Inkuiri terletak berhampiran pintu masuk Pejabat D9 (merujuk

kepada Eksibit P15 iaitu lakaran pelan lantai Pejabat D9, Ibu Pejabat

Kuala Lumpur).

17.2 SP38 menyatakan di dalam keterangannya bahawa sebelum kes 30

kematian si mati pada 21 Mei 2013, anggota D9 di Kaunter Pejabat Inkuiri

tidak pernah menjaga kunci tersebut dan menyerahkan jagaan kunci dan

tugas menjaga lokap sepenuhnya kepada anggota sentri lokap dari Kem

Komandan Cawangan, IPK Kuala Lumpur.

35

17.3 Begitu pun saksi-saksi lain (kecuali SP38) mengatakan kunci lokap

disimpan di Kaunter Pejabat Inkuiri dan jadual tugas anggota inkuiri

dinyatakan di dalam tugas harian anggota-anggota D9 (merujuk kepada

Page 73: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

63

Eksibit P40 sehingga Eksibit P49). Anggota inkuiri juga adalah yang 5

bertanggungjawab untuk mengambil kunci yang berada di kaunter dan

membuka pintu sel untuk membawa masuk atau keluar OKT melalui

sentri lokap yang bertugas. Anggota sentri lokap tidak dibenarkan untuk

memegang dan menyimpan kunci lokap tersebut. Selain itu, anggota

sentri lokap juga tidak dibenarkan membuka sendiri lokap tersebut 10

melainkan dengan iringan anggota Kaunter Pejabat Inkuiri.

18. TAHANAN-TAHANAN (OKT-OKT) DI LOKAP D9, DARI TARIKH 13 MEI 2013

HINGGA 21 MEI 2013 15

18.1 Bilangan jumlah OKT yang ditempatkan di Lokap D9, IPK Kuala Lumpur

dari semasa ke semasa dari tarikh 13 Mei 2013 hingga 21 Mei 2013

(tempoh di mana si mati berada di bawah tahanan reman) dapat

dipastikan berdasarkan kepada Eksibit P31 dan Eksibit P32 seperti 20

berikut:

18.1.1 Pada 13 Mei 2013:

(a) Merujuk kepada entri no. 2964, terdapat seramai 10 orang 25

OKT dengan pecahan kaum 4 orang lelaki Melayu, 4 orang

lelaki Cina dan 2 orang lelaki India semasa proses terima

tugas oleh anggota sentri.

(b) Si mati telah dibawa masuk ke dalam Lokap D9 pada jam 30

12.25 tengah hari seperti yang ditulis oleh SP24 pada entri

no. 2973 di Eksibit P31.

(c) Pada jam 1.10 petang dengan merujuk kepada entri no.

2974, 3 orang lelaki India bernama Kalaimani a/l 35

Sitamparam, Kannan a/l Subramaniam dan Balachantar a/l

Muniandy (SP31) telah dibawa masuk ke dalam lokap.

Page 74: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

64

(d) Pada jam 1.15 petang seorang tahanan lelaki Melayu 5

bernama Mohd Razmi Bin Zainal Abidin telah dibawa

masuk ke Lokap D9 menjadikan bilangan seramai 15 orang

dengan pecahan kaum 5 orang lelaki Melayu, 4 orang lelaki

Cina dan 6 orang lelaki India.

10

(e) Pada jam 2.15 petang seorang tahanan lelaki Cina

bernama Lim Hock Ann telah dibawa keluar dan telah

dibawa masuk semula pada jam 5.45 petang.

(f) Sewaktu proses menyerah tugas untuk hari berikutnya 15

dengan merujuk kepada entri no. 2985 Eksibit P31,

bilangan tahanan yang berada di dalam lokap adalah

seramai 15 orang dengan pecahan kaum 5 orang lelaki

Melayu, 4 orang lelaki Cina dan 6 orang lelaki India.

20

18.1.2 Pada 14 Mei 2013:

(a) Merujuk kepada entri no. 2986 di dalam Eksibit P31, pada

jam 7.00 pagi, bilangan OKT semasa proses terima tugas

ialah seramai 15 orang dengan pecahan 5 kaum sebanyak 25

5 orang lelaki Melayu, 4 orang lelaki Cina dan 6 orang lelaki

India.

(b) Merujuk kepada entri no. 2991 di dalam Eksibit P31, pada

jam 9.30 pagi, 5 orang OKT berbangsa Melayu telah 30

dibawa keluar dan merujuk kepada entri no. 2992, pada

jam 9.40 pagi, seorang OKT berbangsa Cina telah dibawa

keluar. Seterusnya merujuk pada entri no. 2993, pada jam

10.45 pagi, 2 orang OKT berbangsa India telah dibawa

keluar dan dibawa masuk semula pada jam 10.55 pagi. 35

(c) Merujuk kepada entri no. 2998 di dalam Eksibit P31, 5

orang OKT berbangsa Melayu yang dibawa keluar pada

Page 75: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

65

jam 9.30 pagi telah dibawa masuk semula dan OKT 5

berbangsa Cina yang dibawa keluar pada pukul 9.40 pagi

juga telah dibawa masuk semula pada jam 12.50

tengahari.

(d) Di entri no. 2999 di dalam Eksibit P31, pada jam 1.30 10

tengahari, 2 orang OKT berbangsa India telah dibawa

keluar.

(e) Merujuk kepada entri no. 3002, pada jam 3.30 petang,

seorang OKT baru telah dibawa masuk ke Lokap D9. 15

(f) Merujuk kepada entri no. 3004, pada jam 4.00 petang, 2

OKT berbangsa India yang dibawa keluar pada jam 1.30

tengahari, telah dibawa masuk semula. Merujuk kepada

entri no. 3005, seorang OKT berbangsa Cina yang dibawa 20

keluar pada jam 9.40 pagi telah dibawa masuk semula.

(g) Merujuk kepada entri no. 3011, bilangan OKT semasa

proses serah tugas untuk hari berikutnya ialah sebanyak

16 orang dengan pecahan kaum 6 orang lelaki Melayu, 4 25

orang lelaki Cina dan 6 orang lelaki India.

(h) Tiada pergerakan melibatkan si mati pada 14 Mei 2013.

18.1.3 Pada 15 Mei 2013: 30

(a) Merujuk kepada entri no. 3015, pada jam 6.57 pagi, 2

orang OKT berbangsa India telah dibawa keluar daripada

Lokap D9.

35

(b) Merujuk kepada entri no. 3019, pada jam 9.00 pagi,

seorang OKT berbangsa Melayu telah dibawa keluar

daripada Lokap D9.

Page 76: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

66

(c) Merujuk kepada entri no. 3020, pada jam 9.25 pagi, 3 5

orang OKT berbangsa Cina telah dibawa keluar dan

merujuk kepada entri no. 3021, pada jam 9.30 pagi,

seorang OKT berbangsa Cina telah dibawa keluar dari

Lokap D9.

10

(d) Merujuk kepada entri no. 3022, pada jam 9.45 pagi, 3

orang OKT berbangsa India telah dibawa keluar dari lokap.

Di entri no. 3023, pada jam 10.00 pagi, seorang OKT

berbangsa Melayu telah dibawa keluar daripada Lokap D9.

15

(e) Merujuk kepada entri no. 3031, pada jam 4.30 petang,

seorang OKT berbangsa Cina yang telah dibawa keluar

pada jam 9.30 pagi, telah dibawa masuk semula ke dalam

Lokap D9.

20

(f) Merujuk kepada entri no. 3036 bilangan OKT semasa

proses serah tugas untuk hari berikutnya adalah sebanyak

7 orang dengan pecahan kaum 5 orang lelaki Melayu,

seorang lelaki Cina dan seorang lelaki India.

25

(g) Tiada pergerakan si mati keluar lokap pada 15 Mei 2013

tersebut.

18.1.4 Pada 16 Mei 2013:

30

(a) Merujuk kepada entri no. 3037, bilangan OKT semasa

proses terima tugas adalah seramai 7 orang dengan

pecahan 5 kaum orang lelaki Melayu, seorang lelaki Cina

dan seorang lelaki India.

35

(b) Merujuk kepada entri no. 3039, pada jam 8.50 pagi,

seorang OKT berbangsa Melayu bernama Mohd Ramzy

bin Zainal telah dibawa keluar dan merujuk kepada entri

Page 77: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

67

no. 3041, pada jam 9.02 pagi, OKT bernama Mohd Ramzy 5

bin Zainal tersebut dibawa masuk semula ke dalam Lokap

D9.

(c) Merujuk kepada entri no. 3042, pada jam 9:30 pagi dan

keterangan oleh SP19 semasa prosiding, si mati telah 10

dibawa keluar oleh Insp. Govindan, D/ Kpl. 118586 dan D/

Sjn. 103778 untuk tujuan soal siasat.

(d) Merujuk kepada entri no. 3043, pada jam 9.40 pagi,

seorang OKT berbangsa Cina bernama Lim Hock Ann 15

telah dibawa keluar dan merujuk kepada entri no. 3049,

pada jam 1.06 petang, OKT tersebut telah dibawa masuk

semula ke dalam Lokap D9.

(e) Merujuk kepada entri no. 3046, pada jam 11.47 pagi, 20

seorang OKT berbangsa Melayu, Mohd Ramzy bin Zainal

telah dibawa keluar untuk tujuan soal siasat dan merujuk

kepada entri no. 3051, pada jam 2.07 petang, OKT tersebut

telah dibawa masuk ke dalam Lokap D9.

25

(f) Di entri no. 3048, pada jam 12.32 tengah hari, si mati telah

dibawa masuk semula ke dalam lokap dan berdasarkan

kepada keterangan SP38, OKT berada dalam keadaan

baik dan tidak dipapah. Walaubagaimanapun, SP38

mengakui bahawa beliau terlupa untuk menulis 30

pegawai/anggota yang membawa masuk si mati ke dalam

Lokap D9.

(g) Merujuk kepada entri no. 3050, pada jam 1.27 petang, OKT

berbangsa Melayu bernama Mohd Zawawi telah dibawa 35

keluar dan merujuk kepada entri no. 3052, pada jam 2.30

petang, OKT tersebut telah dibawa masuk semula ke

dalam Lokap D9.

Page 78: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

68

(h) Merujuk kepada entri no. 3058, pada jam 7.50 malam, OKT 5

berbangsa Melayu bernama Mohd Ramzy bin Zainal telah

dibawa keluar untuk dihantar ke IPD Dang Wangi.

(i) Merujuk kepada entri no. 3060 bilangan OKT semasa

proses serah tugas untuk hari berikutnya adalah sebanyak 10

6 orang dengan pecahan kaum 4 orang lelaki Melayu,

seorang lelaki Cina dan seorang lelaki India.

18.1.5 Pada 17 Mei 2013:

15

(a) Merujuk kepada entri no. 3063, pada jam 2.45 pagi, 3

orang OKT bernama Vijaian a/l Krishnan, Thanabalan a/l

Rajamanikam dan Loganathan telah dibawa masuk ke

dalam lokap dan merujuk kepada entri no. 3069, pada jam

9.15 pagi, ketiga-tiga OKT tersebut telah dibawa keluar 20

untuk tujuan reman. Kesemua OKT ini telah dibawa masuk

semula ke dalam Lokap D9 dengan merujuk kepada entri

no. 3073 pada jam 12.20 tengah hari.

(b) Merujuk kepada entri no. 3071, pada jam 10.20 pagi, OKT 25

berbangsa Cina bernama Lim Hock Ann telah dibawa

keluar dan berdasarkan catatan di entri no. 3072, pada jam

11.10 pagi, OKT tersebut telah dibawa masuk ke dalam

Lokap D9 semula.

30

(c) Merujuk kepada entri no. 3076, pada jam 3.25 petang, si

mati telah dibawa keluar oleh SP36 untuk tujuan soal siasat

dan di entri no. 3079 pada jam 4.25 petang, si mati telah

dibawa masuk kembali ke dalam Lokap D9.

35

(d) Merujuk kepada entri no. 3077, pada jam 3.30 petang, OKT

berbangsa Cina bernama Lim Hock Ann telah dibawa

keluar untuk tujuan soal siasat dan merujuk pada catatan

Page 79: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

69

entri no. 3078 pada jam 3.50 petang, OKT tersebut telah 5

dibawa masuk semula ke dalam Lokap D9.

(e) Berdasarkan kepada entri no. 3082, pada jam 11.00 malam

bilangan OKT semasa proses serah tugas untuk hari

berikutnya adalah sebanyak 9 OKT dengan pecahan kaum 10

4 orang lelaki Melayu, seorang lelaki Cina, 3 orang lelaki

India dan seorang lelaki Myanmar.

18.1.6 Pada 18 Mei 2013:

15

(a) Merujuk kepada entri no. 3083, pada jam 11.01 malam,

bilangan OKT semasa proses terima tugas adalah seramai

9 OKT dengan pecahan kaum 4 orang lelaki Melayu,

seorang lelaki Cina, 3 orang lelaki India dan seorang lelaki

Myanmar. 20

(b) Merujuk kepada entri no. 3088, pada jam 10.25 pagi, OKT

berbangsa Cina bernama Lim Hock Ann telah dibawa

keluar untuk tujuan soal siasat.

25

(c) Merujuk kepada entri no. 3089, pada jam 10.30 pagi, OKT

warganegara Myanmar bernama Loganathan telah dibawa

keluar untuk tujuan soal siasat dan merujuk kepada entri

no. 3098, pada jam 2.00 petang, OKT tersebut telah

dibawa masuk semula ke dalam Lokap D9. 30

(d) Merujuk kepada entri no. 3092, pada jam 11.20 pagi, OKT

berbangsa India bernama Vijayan a/l Krishnan telah

dibawa keluar dan merujuk kepada entri no. 3015, pada

jam 12.30 tengah hari, OKT tersebut dibawa masuk semula 35

ke dalam Lokap D9.

Page 80: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

70

(e) Merujuk kepada entri no. 3103, pada jam 11.00 malam, 5

bilangan OKT semasa proses serah tugas untuk hari

berikutnya adalah sebanyak 8 OKT dengan pecahan kaum

4 orang lelaki Melayu, 3 orang lelaki India dan seorang

lelaki Myanmar.

10

18.1.7 Pada 19 Mei 2013:

(a) Merujuk kepada entri no. 3104, pada jam 11.01 malam,

bilangan OKT semasa proses terima tugas adalah seramai

8 OKT dengan pecahan kaum 4 orang lelaki Melayu, 3 15

orang lelaki India dan seorang lelaki Myanmar.

(b) Merujuk kepada entri no. 3111 yang dibuat oleh SP21, si

mati telah dibawa keluar oleh SP43 pada jam 10.35 pagi

untuk tujuan soal siasat. Namun demikian, berdasarkan 20

keterangan yang dibuat oleh SP43, tujuan si mati dibawa

keluar adalah atas tujuan untuk berjumpa keluarga.

(c) Si mati telah dibawa masuk semula ke dalam lokap pada

jam 4:00 petang berdasarkan entri no. 3115 yang ditulis 25

oleh SP51 menjadikan bilangan OKT di dalam lokap

adalah seramai 11 orang dengan pecahan kaum 4 orang

lelaki Melayu, 3 orang lelaki Cina, 3 orang lelaki India dan

seorang lelaki Myanmar.

30

(d) Merujuk kepada entri no. 3112, pada jam 3.00 petang, 3

OKT bernama Kok Hai Liong, Cheong Cheou Soon dan Yip

Kim Hoo telah dibawa masuk ke dalam Lokap D9.

(e) Merujuk kepada entri no. 3119, pada jam 8.45 malam, si 35

mati telah dibawa keluar dari Lokap D9 untuk disoal siasat

dan menurut catatan di entri no. 3120 pada jam 11.00

Page 81: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

71

malam, si mati telah dibawa masuk semula ke dalam Lokap 5

D9.

(f) Berdasarkan kepada entri no. 3120, semasa lokap di

bawah tugasan SP21, bilangan OKT semasa proses serah

tugas untuk hari berikutnya adalah sebanyak 11 OKT 10

dengan pecahan kaum 4 orang lelaki Melayu, 3 orang lelaki

Cina,3 orang lelaki India dan seorang lelaki Myanmar.

18.1.8 Pada 20 Mei 2013:

15

(a) Merujuk kepada entri no. 3121, pada jam 11.00 malam,

semasa lokap di bawah penugasan SP24, bilangan OKT

semasa proses terima tugas adalah seramai 11 OKT

dengan pecahan kaum 4 orang lelaki Melayu, 3 orang

lelaki Cina, 3 orang lelaki India dan seorang lelaki 20

Myanmar.

(b) Merujuk kepada entri no. 3122, pada jam 1.45 pagi, OKT

bernama Jamaludin bin Ali telah dibawa masuk ke dalam

lokap dan di entri no. 3125 pada jam 9.10 pagi, OKT 25

tersebut telah dibawa keluar dari Lokap D9 untuk tujuan

reman.

(c) Merujuk kepada entri no. 3126, pada jam 10.50 pagi, OKT

bernama Vijaiyan telah dibawa keluar dari Lokap D9 untuk 30

tujuan soal siasat.

(d) Di entri no. 3127, pada jam 10.55 pagi, semasa SP19

bertugas, si mati bersama Loganathan telah dibawa keluar

dari Lokap D9 oleh D/ Kpl. Romzi bin Kasim (SP59) 35

daripada D9 IPK Kuala Lumpur untuk tujuan ambil gambar.

Page 82: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

72

(e) Namun demikian, berdasarkan keterangan oleh SP59 5

semasa prosiding, SP19 telah tersalah tulis nama OKT

yang dibawa keluar, yang mana sepatutnya ditulis ialah

Loganathan dan Thanabalan, bukannya Dharmendran.

(f) Oleh yang demikian, si mati kekal berada dalam Lokap D9 10

tersebut dan tidak dibawa keluar pada 20 Mei 2013.

(g) Merujuk kepada entri no. 3129, pada jam 11.15 pagi, OKT

bernama Thanabalan telah dibawa masuk semula ke

dalam Lokap D9. 15

(h) Merujuk kepada entri no. 3130, pada jam 12.50 tengah

hari, OKT bernama Thanabalan telah dibawa keluar ke

Lokap Jinjang.

20

(i) Di entri no. 3131, pada jam 1.40 petang, 7 OKT dengan

pecahan kaum 4 orang lelaki Melayu dan 3 orang lelaki

Cina telah dibawa keluar dari Lokap D9.

(j) Merujuk kepada entri no. 3132, pada jam 3.00 petang, OKT 25

warganegara Myanmar telah dibawa masuk ke dalam

Lokap D9.

(k) Pada entri no. 3136, pada jam 8.15 malam, OKT

warganegara Myanmar telah dibawa keluar daripada 30

Lokap D9.

(l) Merujuk kepada entri no. 3138, pada jam 11.00 malam,

bilangan OKT semasa proses serah tugas untuk hari

berikutnya adalah 1 orang lelaki India iaitu si mati seorang 35

sahaja.

Page 83: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

73

18.2 Jumlah OKT di Lokap D9 pada 21 Mei 2013 (hari kematian si mati) 5

18.2.1 Pada 21 Mei 2013:

(a) Merujuk kepada entri no. 3139, pada jam 11.01 malam,

semasa lokap di bawah penugasan SP20, bilangan OKT 10

yang terdapat dalam Lokap D9 semasa proses terima

tugas oleh SP20 hanya seorang lelaki India, iaitu si mati

seorang sahaja.

(b) Merujuk kepada entri no. 3145, pada jam 10.15 pagi, 15

sewaktu lokap di bawah penugasan SP22, si mati telah

dibawa keluar oleh SP41 untuk urusan dirakam gambar di

Unit Fotografi, IPK Kuala Lumpur.

(c) Merujuk kepada entri no. 3148, si mati telah dibawa masuk 20

semula ke dalam Lokap D9 oleh SP41 pada jam 11.15

pagi, dan SP24 ialah anggota sentri lokap yang bertugas.

(d) Pada tarikh 21 Mei 2013 sehinggalah kematian si mati,

tiada mana-mana OKT lain ditahan di dalam sel Lokap D9 25

tersebut.

19. RINGKASAN KETERANGAN SAKSI-SAKSI (SP1 – SP62) 30

19.1 Muhammad Khairil Anuar bin Mansur (SP1)

SP1 merupakan jurufoto yang bertugas di IPD Dang Wangi sejak April

2013. Pada 22 Mei 2013, SP1 telah diarahkan untuk mengambil gambar 35

bedah siasat si mati di Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur. Walau

bagaimanapun, SP1 tidak ingat nama pegawai yang telah

Page 84: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

74

mengarahkannya. Setelah SP1 sampai di Hospital pada pukul 9.30 pagi, 5

SP1 telah berjumpa dengan pegawai penyiasat, SP53 dan juga SP7.

Menurut SP1, sebelum bedah siasat dijalankan, SP7 telah meminta

semua keluarga untuk melakukan pengecaman mayat si mati. SP7

kemudian telah memberikan sedikit penerangan kepada keluarga dan 10

peguam si mati. SP1 dalam keterangannya memaklumkan bahawa bedah

siasat telah dimulakan pada pukul 2.00 petang dan SP1 telah mengambil

gambar mengikut arahan SP7. Sepanjang sesi bedah siasat tersebut,

SP1 telah mengambil sebanyak 131 keping gambar. SP1 tidak

mengetahui sama ada SOP bagi tugasan mengambil gambar bedah 15

siasat ada dikeluarkan oleh PDRM dan tugasan mengambil gambar

dilakukan berdasarkan latihan yang diterima.

SP1 memberi keterangan bahawa di badan si mati terdapat lebam-lebam

dan juga terdapat dawai kokot pada telinga si mati. 20

Setelah selesai mengambil gambar bedah siasat, SP1 telah pulang ke

pejabat dan telah memindahkan gambar yang diambilnya ke CD

menggunakan mesin Noritsu (yang berfungsi untuk mencetak dan

menyalin gambar). Semua gambar dalam memory card kamera telah 25

dipadamkan setelah dipindahkan ke dalam CD. SP1 memberi keterangan

bahawa proses pemindahan gambar ke CD dibuat berdasarkan latihan

yang diterima dan tiada garis panduan mengenainya dikeluarkan oleh

PDRM. SP1 dalam keterangannya memaklumkan bahawa SP1 telah

menggunakan kamera untuk tugasannya tanpa merekodkannya dalam 30

buku log kerana tiada buku log disediakan.

SP1 menyatakan bahawa beliau telah menandakan nombor laporan polis

pada kulit CD. SP1 kemudiannya telah menyimpan CD di laci mejanya

dan laci tersebut telah dikunci. SP1 memaklumkan bahawa hanya SP1 35

yang menyimpan kunci tersebut. Walau bagaimanapun, di mana CD

tersebut disimpan tidak direkodkan. Namun semua rakan setugas SP1

mengetahui tempat simpanan CD SP1. SP1 telah menyerahkan CD

Page 85: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

75

gambar bedah siasat kepada SP53 pada keesokan harinya melalui 5

serahan tangan dan mencatatkannya dalam poket diari. CD gambar telah

ditandakan sebagai P4.

19.2 Marry a/p Mariay Susay (SP2)

10

SP2 merupakan balu si mati dan telah berkahwin dengan si mati selama

3 ½ tahun. Menurut SP2, si mati bekerja dengan syarikat Indah Water.

Dalam keterangannya, SP2 memaklumkan bahawa pada 11 Jun 2013 si

mati keluar rumah pada pukul 1.00 atau 2.00 petang untuk menggunting

rambut. Setelah si mati keluar dari rumah, SP2 telah menelefon si mati 15

beberapa kali tetapi tiada jawapan.

Pada jam antara 6.00 hingga 7.00 petang, si mati telah menelefon SP2

untuk memaklumkan bahawa beliau telah terlibat dalam pergaduhan

dengan rakan lamanya yang dikenali sejak kecil yang bernama 20

Saravanan. Si mati juga pernah memberitahu SP2 bahawa si mati pernah

bergaduh dengan Saravanan pada suatu masa dahulu. Pada hari tersebut

si mati tidak pulang ke rumah.

Pada malam hari yang sama, SP2 kemudiannya telah menghubungi si 25

mati dan dimaklumkan bahawa si mati telah ke Balai Polis bagi membuat

aduan mengenai pergaduhannya dengan Saravanan.

Pada 12 Mei 2013 jam 1 pagi, pegawai polis bernama Ridzuan daripada

Balai Polis Pudu telah menelefon SP2 memaklumkan bahawa beliau 30

mahu “meminjam” si mati sekejap untuk dirakam percakapan. SP2 tidak

mengetahui yang si mati telah dibawa ke Mahkamah Majistret pada 12

Mei 2013 ataupun ditahan. SP2 hanya mengetahuinya pada 13 Mei 2013

setelah beliau ke Balai Polis Pudu. Semasa di balai polis tersebut, SP2

dimaklumkan oleh pegawai polis yang bernama Ridzuan bahawa si mati 35

telah ditahan polis. SP2 kemudiannya telah berjumpa dengan seorang

pegawai polis berpangkat Sarjan yang memaklumkan bahawa si mati

telah ditahan kerana beliau merupakan seorang “suspek” bagi satu

Page 86: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

76

kejadian tembak-menembak. SP2 turut dimaklumkan bahawa beliau tidak 5

boleh melawat si mati kerana Pejabat IPK Kuala Lumpur telah mengambil

alih kes tersebut. SP2 telah diberikan satu surat bagi membolehkannya

melawat si mati di IPK Kuala Lumpur.

SP2 kemudiannya telah ke Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur untuk berjumpa 10

si mati tetapi telah tidak dibenarkan untuk berbuat demikian. SP2

memaklumkan kepada pegawai polis yang bertugas bahawa si mati

mempunyai minor asthma dan perlu menggunakan 2 jenis pam asthma

setiap hari. Pegawai polis yang bertugas telah memberikan nombor

telefon SP44 kepadanya. Sejurus itu, SP2 telah menelefon SP44 dan 15

telah dimaklumkan bahawa SP2 hanya boleh berjumpa si mati selepas

siasatan selesai dan perjumpaan hanya boleh dibuat di Balai Polis Pudu.

SP2 kemudiannya terus ke balai polis tersebut dan setelah menunggu

hampir sejam, SP2 kemudiannya telah pulang. SP2 telah menelefon 20

SP44 beberapa kali, dan SP2 telah dimaklumkan untuk menghubungi IO

(Investigating Officer) tanpa memberitahu siapa IO tersebut.

Pada 19 Mei 2013, SP2 akhirnya dapat berjumpa dengan si mati di

Tingkat 7, Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur dan perjumpaan tersebut 25

berlangsung selama sejam. SP2 telah membawa satu pam bulat (untuk

asthma) dan barangan lain seperti 5 bungkus nasi, 3 kotak rokok, 5 tin

100 plus seperti mana yang telah dipesan oleh si mati melalui telefon. SP2

dalam keterangannya memaklumkan bahawa si mati hanya memakan 1

bungkus nasi manakala selebihnya telah diberikan kepada pegawai polis. 30

Semasa perjumpaan tersebut, si mati tidak mengadu apa-apa kepada

SP2. Menurut SP2, si mati tidak meminum apa-apa minuman beralkohol

mahu pun menghidu apa-apa bau alkohol semasa perjumpaan tersebut.

Menurut SP2, si mati bercakap dalam keadaan bukan seperti biasa iaitu 35

si mati berhati-hati semasa bercakap dengan SP2. Selain itu, si mati tidak

menunjukkan reaksi sakit atau apa-apa tanda kesesakan nafas. SP2 telah

Page 87: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

77

memaklumkan bahawa penyakit asthma si mati tidak serius dan si mati 5

pernah mendapat rawatan gas sekali.

Semasa perjumpaan tersebut, si mati meminta SP2 menyediakan wang

jaminan pada 21 Mei 2013 (Selasa). Walau bagaimanapun, SP2 tidak

pasti wang jaminan untuk jaminan polis atau jaminan Mahkamah. SP2 10

telah dimaklumkan oleh si mati bahawa dia akan dituduh atas kesalahan

melakukan serangan. Si mati juga telah memaklumkan kepada SP2

bahawa dia tidak memerlukan peguam. Pegawai polis berbangsa Melayu

(SP2 tidak mengetahui nama pegawai) yang bertugas semasa lawatan

turut memaklumkan kepada SP2 bahawa si mati akan dituduh dengan 15

kesalahan ringan yang tidak memerlukan pembelaan oleh peguam bela.

Pegawai polis tersebut juga telah memaklumkan SP2 untuk

menghubunginya sekiranya mempunyai apa-apa pertanyaan.

Pada pagi 21 Mei 2013, sebelum ke Mahkamah, SP2 telah cuba hubungi 20

nombor telefon pegawai tersebut tetapi tidak dijawab dan dia telah

menghantar mesej untuk bertanyakan kehadiran si mati di mahkamah.

Pegawai polis tersebut memaklumkan kepada SP2 bahawa dia akan

mendapat maklumat mengenai si mati dan akan menghubungi SP2 kelak.

Walau bagaimanapun pegawai tersebut tidak menghubungi SP2. 25

Seterusnya pada pukul 8.00 malam, SP2 menerima panggilan daripada

pihak polis yang memaklumkan si mati telah meninggal dunia akibat

diserang asthma semasa dalam perjalanan ke mahkamah dan si mati

telah dibawa ke hospital. SP2 bersama bapanya serta ahli keluarga si mati 30

telah pergi ke Bilik Mayat, Hospital Besar Kuala Lumpur sebaik sahaja

menerima panggilan tersebut. SP2 tidak dibenarkan untuk melihat mayat

si mati dan diminta menandatangani surat untuk menuntut mayat. Bapa

SP2 melarang SP2 menandatangani surat tersebut. Setelah peguam

keluarga si mati tiba barulah SP2 dibenarkan untuk melihat mayat si mati. 35

Pegawai polis yang berada di hospital pada ketika itu telah memaklumkan

kepada SP2 bahawa si mati meninggal akibat sakit jantung. SP2

Page 88: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

78

mempertikaikan sebab kematian si mati kerana si mati tidak pernah 5

mempunyai masalah jantung dan pegawai polis itu kemudiannya dalam

keadaan teragak-agak memaklumkan si mati meninggal kerana

mengalami sesak nafas dan asthma. SP2 telah melihat mayat si mati

dengan kehadiran peguam. Pada waktu tersebut, SP2 hanya melihat

muka si mati. Selepas itu, SP2 telah pulang ke rumah. SP2 memaklumkan 10

bahawa kebenaran untuk proses bedah siasat si mati telah diberikan oleh

SP16 dan proses bedah siasat, diadakan dengan kehadiran SP16 dan

bapa saudara SP2.

Selepas dimaklumkan oleh bapanya bahawa banyak kecederaan dikesan 15

pada badan si mati semasa proses bedah siasat dibuat, SP2 telah

membuat laporan polis. Setelah laporan polis dibuat, SP54 telah

mengambil rakaman percakapan SP2. Setelah selesai bedah siasat,

doktor yang menjalankan bedah siasat telah memaklumkan kepada

keluarga dan peguam keluarga si mati sebab kematian si mati. Setelah 20

mendapat keputusan bedah siasat tersebut, SP2 kemudiannya telah

membuat laporan polis kedua (Eksibit P3).

19.3 Narayanasamy a/l Venugopal (SP3)

25

SP3 ialah bapa kepada si mati. SP3 menyatakan bahawa si mati

menghidap penyakit asthma yang sederhana sejak dia berusia 17 tahun

dan si mati tidak mempunyai apa-apa penyakit yang lain. SP3 telah

dimaklumkan oleh SP2 berhubung penahanan si mati oleh pihak polis

pada 13 Mei 2013 dan akan dilepaskan pada 21 Mei 2013. SP3 telah ke 30

Balai Polis Dang Wangi bersama SP2 untuk berjumpa si mati tetapi tidak

dibenarkan.

Pada 21 Mei 2013 jam 8:30 malam, SP2 memaklumkan kepada SP3

bahawa si mati telah meninggal dunia. SP3 bersama lebih kurang 50 35

orang termasuk adik beradik, keluarga dan kawan-kawan telah ke bilik

mayat Hospital Kuala Lumpur. Pihak polis pada mulanya enggan

membenarkan SP3 dan keluarga melihat mayat si mati namun setelah

Page 89: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

79

pegawai polis yang berada di situ mendapatkan kebenaran pegawai 5

atasannya, SP3 dibenarkan melihat muka si mati sahaja.

SP7 kemudian memaklumkan kepada SP3 dan keluarganya sebab

kematian si mati secara ringkas dan berjanji akan menerangkan

selebihnya keesokan harinya. 10

Pada 22 Mei 2013 SP3, SP2, SP16, peguam keluarga dan seorang

pegawai polis telah dimaklumkan oleh SP7 bahawa si mati telah dipukul

dengan teruk. SP7 telah bertanyakan kepada pegawai polis sama ada

sesi siasatan pihak polis dirakam dan pegawai polis telah memaklumkan 15

bahawa CCTV di bilik siasatan rosak.

SP7 menawarkan kepada SP3 untuk menyaksikan proses bedah siasat

tetapi SP3 tidak sanggup melihatnya. SP3 yang meminta bedah siasat

dijalankan kerana tidak berpuas hati dengan alasan kematian yang 20

dimaklumkan oleh pihak polis. Menurut SP3 rakaman percakapannya

tidak pernah diambil.

19.4 Majistret Erry Shahriman bin Nor Arifin (SP4)

25

SP4 merupakan Majistret Koroner yang memeriksa mayat si mati di lokap

D9 IPK Kuala Lumpur pada 21 Mei 2013. Beliau mendapat latihan

mengenai tugasan sebagai Majistret Koroner di Institut Latihan

Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Bangi. SP4 telah menjalankan

tugasan sebagai Majistret Koroner lebih daripada 10 kali setakat 21 Mei 30

2013 manakala tugasan membuat pemeriksaan terhadap kematian dalam

tahanan sebanyak 5 kali.

Menurut SP4 pada 21 Mei 2013, lebih kurang jam 6.00 petang beliau

dimaklumkan oleh seorang pegawai polis bernama Insp. Munusamy iaitu 35

pegawai yang bertanggungjawab di Mahkamah Kuala Lumpur terdapat

kematian di Lokap IPK Kuala Lumpur. Pegawai polis bernama Insp.

Awang datang menjemput SP4 di rumah untuk membawa beliau ke IPK

Page 90: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

80

Kuala Lumpur pada jam 7.00 malam dan SP4 telah tiba di IPK Kuala 5

Lumpur 20 minit kemudiannya.

Setibanya di IPK Kuala Lumpur, seorang pegawai kanan polis telah

mengiringi SP4 ke lokap di Tingkat 7. Pegawai polis yang dikenali sebagai

ACP Aziz telah memberikan penerangan ringkas kepada SP4 tentang 10

kematian si mati di bilik taklimat. Menurut SP4, pegawai yang hadir

bersama Tuan Aziz di bilik taklimat tersebut adalah pegawai polis yang

dikenali sebagai Tuan Khairi dan beberapa orang lagi pegawai-pegawai

polis yang lain (SP4 tidak mengenali mereka).

15

ACP Aziz memaklumkan kepada SP4 bahawa pada petang kejadian

anggota sentri yang menjaga lokap melaporkan bahawa si mati ada

mengadu sakit dan dia telah menghubungi pasukan perubatan. Setibanya

pegawai perubatan, si mati telah diperiksa dan didapati telah meninggal

dunia. ACP Aziz turut memaklumkan waktu kematian yang dimaklumkan 20

oleh Pembantu Perubatan. SP4 telah bertanyakan kepada anggota yang

menjaga lokap tentang apa yang telah berlaku sebelum kematian si mati.

Semasa SP4 membuat pemeriksaan, terdapat lebih 10 orang pegawai

polis yang menunggu SP4 membuat pemeriksaan di luar lokap. SP4 telah 25

melihat mayat si mati dalam keadaan terlentang muka ke atas dan si mati

berada di tengah-tengah lokap. Oleh kerana terlalu gelap, SP4 telah

meminta lampu suluh. Semasa pemeriksaan dibuat, satu lampu dipegang

oleh SP4 dan satu lagi lampu suluh dipegang oleh seorang anggota polis.

30

Menurut SP4 beliau telah dimaklumkan bahawa (beliau tidak dapat

mengingati siapa yang maklumkan) si mati mengadu sakit dada dan

berasa kepanasan lalu telah menyelak bajunya. SP4 menjelaskan

anggota polis yang menjaga lokap iaitu SP25 menyatakan setelah si mati

mengadu sakit, dia menghubungi Pejabat Pertanyaan dan kemudiannya 35

Pembantu Perubatan telah hadir dan mengesahkan pengadu telah

meninggal dunia.

Page 91: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

81

SP4 menafikan ada menjumpai inhaler di sebelah semasa pemeriksaan 5

dibuat apabila beliau dirujuk gambar 1 hingga 12 Eshibit P5. Menurut

SP4, beliau membuat pemeriksaan fizikal si mati secara berseorangan

dan pemeriksaan fizikal yang dijalankan ke atas si mati dimulakan

daripada bahagian kepala, muka dada, perut dan ke bawah. SP4 meminta

bantuan anggota untuk terbalikkan badan si mati bagi memeriksa 10

bahagian belakang si mati untuk memastikan sama ada terdapat

kecederaan yang meragukan di seluruh badan.

SP4 tidak menemui apa-apa kecederaan meragukan semasa

pemeriksaan tersebut yang mengambil masa 15 hingga 20 minit. Jurufoto 15

mengambil gambar proses pemeriksaan fizikal si mati. SP4 ada

menjumpai kesan luka melecet tanpa darah di bahagian belakang badan

sebelah kanan.

SP4 tidak perasan sama ada terdapat dawai kokot (staple) pada telinga 20

si mati. Pegawai yang bertugas pada ketika itu ada menunjukkan ubat si

mati kepada SP4. Setelah pemeriksaan selesai, SP4 membuat catatan

pada rekod peribadi beliau dan catatan tersebut dibuat bagi memudahkan

SP4 memberikan keterangan sekiranya inkues dijalankan (Eksibit P4).

25

Apabila selesai pemeriksaan, Tuan Khairi telah meminta kebenaran

daripada SP4 untuk menjalankan bedah siasat. SP4 memberikan

kebenaran dan mengarahkan agar bedah siasat dijalankan.

Menurut SP4 peruntukan Kanun Tatacara Jenayah menghendaki koroner 30

melihat mayat si mati yang meninggal semasa dalam tahanan. SP4

berpendapat kehendak tersebut bukan suatu yang mandatori namun

berdasarkan arahan amalan, para Majistret Koroner diwajibkan buat

pemeriksaan sekiranya berlaku custodial death. Tujuan pemeriksaan

tersebut menurut SP4 antara lain, bagi melancarkan perbicaraan inkues 35

yang mana para Majistret Koroner akan dipanggil sebagai saksi dalam

membantu mencapai keputusan tentang apakah penyebab kematian.

Page 92: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

82

SP4 menerangkan bahawa apabila kematian tahanan berlaku, siasatan 5

akan dibuat untuk memastikan sama ada kejadian itu merupakan kes

jenayah atau bukan jenayah (kes inkues). Dalam suatu inkues biasa,

punca kematian akan diputuskan oleh doktor yang membuat bedah siasat

manakala Majistret Koroner seperti SP4 juga akan dipanggil sebagai saksi

untuk dapatkan gambaran sebenar kejadian kematian. Mengikut 10

penjelasan SP4, tujuan Majistret Koroner ke tempat kejadian adalah untuk

melihat sama ada terdapat apa-apa keraguan mengenai kematian

tahanan. Namun Majistret Koroner tidak boleh memberi pandangan

pertama kerana mereka tidak boleh memutuskan sama ada terdapat

foulplay atau terdapat salah laku yang menyebabkan kematian. 15

Majistret Koroner hanya memeriksa keadaan fizikal si mati. SP4 turut

menjelaskan sekiranya pemeriksaan Majistret Koroner mendapati

terdapat keraguan, mereka akan mencadangkan inkues dijalankan dan

sekiranya dibawa ke Mahkamah, mereka akan membantu Hakim Koroner 20

dengan menjadi saksi.

SP4 pulang dalam keadaan ragu-ragu kerana untuk pertama kali terlalu

ramai pegawai polis yang hadir semasa taklimat serta kebiasaannya

semasa pemeriksaan akan ada pegawai perubatan yang akan membantu 25

Majistret Koroner untuk menentukan sebab kematian, namun pada masa

itu mereka sudah pulang.

19.5 Majistret Saifulakmal bin Mohd Said (SP 5)

30

SP5 merupakan Majistret di Mahkamah Jenayah 2 Kuala Lumpur yang

bertanggungjawab memberikan reman pertama si mati. Si mati telah

dibawa di hadapan SP5 untuk direman pada 12 Mei 2013 (Ahad) di IPD

Dang Wangi. SP5 telah dirujuk kepada Borang Permohonan Reman

(Eksibit P8) dan beliau telah menerangkan bahawa Borang tersebut 35

merupakan minit permohonan reman di bawah seksyen 117 Kanun

Prosedur Jenayah yang mana permohonan adalah daripada SP52

manakala peguam OYDS kedua dan ketiga ialah Nor Hasni, peguam

Page 93: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

83

OYDS pertama dan keempat ialah Monish dan di dalam Eksibit P8 ini, 5

pihak pemohon telah menyenaraikan alasan permohonan.

SP5 telah membenarkan si mati ditahan reman 5 hari untuk siasatan. SP5

menjelaskan bahawa reman telah diberikan setelah SP5 meneliti semua

dokumen yang dikemukakan antaranya fakta kes atas permohonan 10

reman yang menyatakan suspek disiasat di bawah seksyen mana dan

sebab-sebab atau alasan kenapa permohonan ini perlu dibenarkan oleh

Mahkamah dan juga diari siasatan pegawai penyiasat.

Semasa permohonan reman dibuat SP5 melihat si mati dari jarak 3 meter 15

atau 4 kaki. Menurut SP5, si mati telah berjalan ke hadapan SP5 apabila

namanya dipanggil dan si mati berdiri semasa permohonan reman dibuat.

Si mati tidak menunjukkan apa-apa reaksi yang dia mempunyai kesakitan

dan kesan-kesan luka juga tidak kelihatan. Si mati berjalan lurus dan tidak

berdingkit. 20

Semasa permohonan reman terdapat 30-40 orang OYDS dan OYDS akan

bangun dan berjalan ke hadapan setelah nama mereka dipanggil.

Menurut SP5, Peguam YBGK memaklumkan kepadanya bahawa si mati

mempunyai penyakit asthma atau diabetes dan mohon untuk diberikan 25

perubatan biasa. SP5 kemudiannya mengarahkan pegawai polis untuk

memberikan perubatan kepada OYDS namun tidak mencatatkan arahan

tersebut di Eksibit P8. Peguam YBGK tidak memaklumkan kepada SP5

bahawa si mati memerlukan inhaler.

30

19.6 Mohammad Anwar Bin Mohamad (SP6)

SP6 merupakan Penolong Pegawai Perubatan yang telah dipanggil ke

Lokap D9, IPK Kuala Lumpur pada 21 Mei 2013. Menurut SP6 beliau

diminta ke IPK Kuala Lumpur setelah mendapat panggilan kecemasan 35

pada jam 4:34 petang daripada HKL bahawa dimaklumkan ada anggota

polis pengsan di Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur. SP6 telah ke Lokap D9

Page 94: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

84

IPK Kuala Lumpur bersama Penolong Pembantu Perawatan beliau yang 5

bernama Mohd Asnizi dan pemandu ambulan.

Setibanya di lobi IPK pada jam 5:09 petang, SP6 diminta naik ke atas ke

Pejabat D9 (beliau tidak ingat aras berapa) dan apabila tiba di Pejabat D9,

SP6 diminta ke lokap pada aras yang sama. Pegawai polis yang bertugas 10

tidak mengiringi SP6 dan pembantu beliau. Menurut SP6 pintu lokap tidak

berkunci apabila SP6 tiba di situ dan terdapat 4 orang pegawai polis tidak

berpakaian seragam di meja hadapan lokap.

SP6 dimaklumkan bahawa orang tahanan pengsan dalam lokap dan 15

bukan anggota polis seperti panggilan yang diterimanya. Kawasan di

mana si mati terbaring tidak berapa terang. Posisi si mati terbaring

melintang di hadapan pintu lokap. Menurut SP6, si mati merupakan

seorang bangsa India berbadan besar, memakai baju tahanan, baju ungu

dan seluar oren. Di sebelahnya atas kepala si mati terdapat ubat asthma 20

dan SP6 telah bertanya kepada pegawai polis sama ada si mati

menghidap asthma. Pegawai polis yang berada di hadapan lokap telah

menjelaskan kepada SP6 bahawa si mati mempunyai asthma dan telah

meminta ubat asthma. Setelah diperiksa, SP6 mendapati ubat asthma

tersebut telah habis dan SP6 telah meletakkan semula ubat asthma di 25

lantai tempat asal ubat asthma tersebut.

SP6, kemudian telah membuat pemeriksaan nadi di leher dan mendapati

si mati tiada pulse. SP6 menggunakan lampu suluh untuk memeriksa

anak mata si mati dan mendapati anak mata si mati tidak memberikan 30

reaksi kepada lampu suluh. Seterusnya SP6, membuat pemeriksaan nadi

si mati di tangan dan juga mendapati si mati tiada pulse. SP6

menggunakan lampu suluh telefon bimbitnya untuk membuat

pemeriksaan.

35

Selanjutnya SP6 menggunakan stateskop untuk mendengar degupan

jantung dan mendapati tiada degupan jantung dikesan. Setelah itu, SP6

mengarahkan pembantunya memasang SPO2 untuk monitor oksigen

Page 95: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

85

dalam darah tapi tiada bacaan dapat dikesan. SP6 terus melaporkan 5

pemeriksaannya kepada HKL dengan menggunakan walkie talkie

bahawa mangsa tiada pulse, tiada degupan jantung, tiada pernafasan,

badan lebih sejuk daripada suhu bilik, tiada tanda-tanda kehidupan, dan

HKL mengarahkan saya untuk balik ke klinik dan kes diserahkan kepada

pihak polis. 10

SP6 menjelaskan beliau tidak menyingkap baju si mati semasa membuat

pemeriksaan. SP6 menjangkakan si mati meninggal 1 hingga 2 jam

sebelum kedatangan beliau di lokap. SP6 juga tidak membuat apa-apa

pemeriksaan badan kerana berpendapat beliau tidak perlu berbuat 15

demikian. SP6 turut menjelaskan beliau hanya memaklumkan kepada

HKL bahawa mangsa tiada tanda-tanda kehidupan kerana beliau tidak

mempunyai kuasa untuk mengumumkan kematian.

SP6 mencatatkan penemuannya dalam Borang Pra Rawatan (Eksibit P9). 20

SP6 mendapat maklumat mengenai nama dan nombor kad pengenalan

si mati setelah diberikan oleh anggota polis yang bertugas di meja

hadapan lokap. Hanya SP6 dan pembantu beliau yang berada dalam

lokap semasa pemeriksaan dibuat. SP6 memaklumkan si mati memakai

baju oren dan seluar ungu semasa memeriksa si mati. 25

19.7 Dr Siew Sheue Feng (SP7)

SP7 ialah Pakar Forensik daripada Jabatan Perubatan Forensik Hospital

Kuala Lumpur yang mengendalikan bedah siasat ke atas mayat si mati 30

pada 22 Mei 2013. Menurut SP7, pihak hospital telah menerima mayat si

mati pada jam 8.30 malam, 21 Mei 2013. SP7 menjelaskan bahawa

selepas penerimaan mayat si mati, beliau ada melihat mayat si mati dan

pada masa yang sama terdapat beberapa orang saudara kepada si mati,

peguam dan beberapa orang doktor lain. Pada masa yang sama, beliau 35

telah menunjukkan mayat si mati kepada wakil ahli keluarga si mati

dengan kehadiran pegawai polis. Walau bagaimanapun, pada ketika itu,

Page 96: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

86

wakil ahli keluarga hanya melihat sekejap sahaja mayat si mati bagi tujuan 5

pengesahan sahaja.

Pada hari berikutnya iaitu pada 22 Mei 2013, pengesahan ke atas mayat

si mati telah dibuat oleh Pegawai Polis iaitu SP53 dan SP16. Bedah siasat

telah dijalankan pada 2.00 petang dan SP7 telah dibantu oleh Pembantu 10

Pegawai Perubatan beliau, Dr. Kunaseran, Pembantu Pegawai

Perubatan (Encik Mohd Zawawi) dan pembantu perubatan (Encik

Mohamad) serta beberapa pembantu lain.

Sepanjang proses bedah siasat, gambar-gambar berkaitan kecederaan 15

pada mayat si mati diambil oleh jurugambar daripada pihak polis iaitu SP1

dan SP7 sendiri yang telah memberikan arahan berhubung dengan

bahagian-bahagian badan mana yang perlu diambil gambar.

Laporan bedah siasat telah disediakan oleh SP7 sendiri. SP7 20

menjelaskan bahawa berhubung dengan sejarah ringkas mengenai si

mati, pihak polis telah memaklumkan bahawa si mati pernah mengalami

serangan asthma dan kesukaran untuk bernafas. Pihak polis meminta

bedah siasat dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kematian si

mati. 25

SP7 menjelaskan bahawa dalam menjalankan bedah siasat, beliau telah

terlebih dahulu menjalankan pemeriksaan luaran dan diikuti pengumpulan

spesimen daripada mayat si mati kemudian beliau menjalankan

pemeriksaan dalaman. Seterusnya, SP7 memberi keterangan bahawa 30

semasa pemeriksaan luaran, beliau mendapati si mati memakai baju T-

shirt tidak berkolar berlengan pendek berwarna oren dan seluar pendek

berwarna ungu dengan label “Lokap Polis” pada bahagian hadapan kiri

seluar tersebut. SP7 menjelaskan bahawa beliau tidak berpeluang untuk

memeriksa keadaan mayat di tempat kejadian. SP7 turut menjelaskan 35

bahawa hasil pemeriksaan luaran, beliau mendapati terdapat 8 kesan

parut lama yang berusia dalam lingkungan 6 hingga 8 minggu hingga 2

Page 97: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

87

bulan atau mungkin 10 tahun. Usia kesan parut tersebut sukar untuk 5

ditentukan.

Selanjutnya SP7 memberi penerangan bahawa terdapat dawai kokot

(staple) yang ditemui di bahagian belakang telinga kanan dan bahagian

hadapan cuping telinga kiri. Kesan daripada kedua-dua dawai kokot ini 10

dibuang daripada kedua-dua telinga meninggalkan 2 kesan luka

berlubang berukuran 0.1 x 0.1 cm setiap satu dengan panjang 0.6 cm.

Menurut SP7, kedua-dua dawai kokot tersebut baru diketip di kedua-dua

belah telinga memandangkan darah terkeluar daripada kawasan ianya

ditemui selepas dawai kokot tersebut dibuang. Lanjutan daripada itu, SP7 15

juga menjelaskan bahawa kecederaan tersebut adalah kecederaan yang

baru berusia 2 hingga 3 hari. Namun, SP7 berpendapat ianya berusia

sehari sebelum bedah siasat kerana kesan darah tersebut segar. SP7

tidak berpendapat bahawa kedua-dua dawai kokot tersebut diketip oleh si

mati sendiri. 20

Hasil pemeriksaan ke atas mayat si mati termasuk pemeriksaan luaran

dan dalaman, selain penemuan dawai kokot di telinga kanan dan kiri si

mati, SP7 telah mengenal pasti sebanyak 52 kecederaan dalam bentuk

kesan-kesan lebam pada keseluruhan badan si mati dan beliau 25

menjelaskan kesan-kesan lebam ini adalah berpunca daripada

pukulan/hentakan daripada objek tumpul kerana tiada kepatahan atau

koyakan dikenal pasti pada bahagian kesan-kesan lebam tersebut

ditemui. SP7 memaklumkan bahawa hampir kesemua kesan lebam ini

adalah pada tisu lembut terutamanya pada lapisan lemak. Selain itu, SP7 30

turut menjelaskan bahawa kesan-kesan lebam tersebut adalah masih

baru dan berusia kurang daripada 2 atau 3 hari tetapi tidak lebih daripada

4 hari. Kesan-kesan lebam tersebut mengambil masa untuk

menyebabkan kematian dan tidak memungkin kematian berlaku dengan

cepat. 35

SP7 turut menjelaskan bahawa hasil daripada bedah siasat, beliau tidak

melihat terdapatnya kesan serangan asthma ke atas si mati dan beliau

Page 98: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

88

juga tidak juga mendapati si mati mengalami asthma yang kronik. SP7 5

menjelaskan lagi, pesakit yang meninggal kerana asthma adalah apabila

berlakunya kerosakan kepada paru-paru iaitu kegagalan pernafasan dan

lebih kepada kecederaan dalaman. SP7 telah dipanggil semula untuk

memberikan keterangan dan menyatakan bahawa dawai kokot yang

terdapat di telinga si mati tidak mungkin dilakukan oleh pihak hospital. 10

Selain itu, satu laporan di bawah seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah

yang disediakan oleh Pegawai Sains Jabatan Kimia Malaysia, P. Revathi

telah dikemukakan semasa sesi tersebut (Eksibit P72).

19.8 Puan Adibah binti Abdul Kadir (SP8) 15

SP8 merupakan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala

Lumpur. SP8 telah memberikan lanjutan reman si mati bagi tempoh 17

hingga 21 Mei 2013. Menurut SP8 pada 16 Mei 2013, SP8 telah menerima

permohonan lanjutan reman si mati di Balai Polis Dang Wangi. SP8 20

mengesahkan minit permohonan sambung reman di seksyen 117 Kanun

Prosedur Jenayah yang dirujuk kepadanya (Eksibit P12).

Menurut SP8, permohonan sambung reman dibuat oleh pegawai

penyiasat, SP52 untuk permohonan sambung reman selama 7 hari bagi 25

melengkapkan siasatan di bawah seksyen 307 Kanun Kesiksaan. SP8

memberikan keterangan bahawa alasan-alasan sambung reman ada

dinyatakan dalam Eksibit P12 dan si mati diwakili oleh peguam Encik

Mohd Firdaus daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Peguam si mati memaklumkan bahawa si mati menghidap asthma dan 30

diabetes dan memerlukan ubat. Peguam si mati memohon agar si mati

hanya disambung reman selama 5 hari dari 16 Mei 2013 sehingga 21 Mei

2013 bagi tujuan kawad cam. Pegawai penyiasat tidak membantah

permohonan peguam si mati.

35

SP8 turut secara lisan mengarahkan si mati diberikan rawatan sekiranya

perlu. Semua suspek termasuk si mati berdiri semasa permohonan reman

dibuat di hadapan SP8. SP8 tidak ingat sama ada si mati dalam keadaan

Page 99: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

89

kesakitan semasa permohonan reman dibuat dan beliau juga tidak 5

membuat catatan mengenainya. Jarak antara si mati dan SP8 semasa

permohonan dibuat adalah antara meja saksi dan meja Pesuruhjaya yang

mempengerusikan pendengaran (lebih kurang 5 kaki jarak).

19.9 Dr. Kamarudin Bin Asri (SP9) 10

SP9 merupakan Pengarah Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia.

SP9 telah berkhidmat di Jabatan Kimia selama lebih 34 tahun sejak 1981.

Menurut SP9, laporan toksikologi si mati disediakan oleh pegawai di

bawah seliaan beliau bernama Encik Rishahfaizal Mohamed Kassim 15

(Encik Rishahfaizal telah meninggal dunia semasa pendengaran awam

dijalankan). SP9 dirujuk kepada laporan toksikologi si mati (Eksibit P13)

dan mengesahkan bahawa laporan tersebut dibuat oleh Encik

Rishahfaizal.

20

SP9 memberi keterangan bahawa berdasarkan kepada laporan

toksikologi tersebut, Insp. Ahmad Riduan pada 3 Mei 2013 telah

menghantar spesimen bertanda K5 kepada Encik Rishahfaizal. Menurut

laporan itu juga, K5 merupakan sebuah beg yang di dalamnya terkandung

satu botol spesimen darah yang ditandakan sebagai K5(i) dan satu tiub 25

spesimen vitreous humor iaitu cecair dalam mata yang ditandakan

sebagai K5(ii) dan satu botol spesimen hempedu yang ditandakan K5(iii).

SP9 menerangkan bahawa Eksibit P13 melaporkan bahawa hasil ujian

darah spesimen K5(i) mendapati darah tersebut mengandungi ethyl 30

alcohol sebanyak 34mg atau perseratus milliliter yang membawa makna

bahawa terdapat alkohol dalam darah. Hasil ujian K5(ii) pula mendapati

tiada common drug yang ditemui. SP9 menjelaskan bahawa maksud

“common drug” adalah ubat-ubatan yang boleh didapati sama ada melalui

pembelian dari kaunter atau yang dipreskripsikan oleh doktor melalui 35

Kementerian Kesihatan atau di klinik-klinik dan tidak termasuk dadah.

Menurut SP9 lagi, dadah yang terdapat di Malaysia ini memang common

tetapi dadah yang menjadi amalan dipreskrip oleh doktor.

Page 100: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

90

Seterusnya, SP9 menjelaskan bahawa tujuan ujian spesimen K5(ii) 5

(vitreous humor) adalah untuk menentukan apakah jenis alkohol yang

terkandung dalam darah si mati. Ujian penentuan menggunakan air mata

dijalankan kerana ia adalah bahagian yang paling lambat sekali kalau

hendak berlakunya proses pembusukan. Sekiranya ujian mendapati

terdapat alcohol dalam vitreous humor maka kesimpulan yang boleh 10

dibuat adalah pemilik air mata ada mengambil alkohol sebelum

kematiannya.

Selanjutnya SP9 menerangkan bahawa ujian spesimen hempedu juga

tidak mengandungi apa-apa dadah biasa. Dalam laporan tersebut juga 15

menurut SP9, menjelaskan analisis for amphetamine for tubolois ATS dan

dadah berbahaya itu tidak dapat dipastikan kerana spesimen hempedu

yang dihantar cuma sedikit sahaja. SP9 memberikan keterangan bahawa

ujian opium tidak dapat dijalankan terhadap spesimen hempedu.

20

Ketika ditanya mengapa arahan yang diberikan adalah ujian toksikologi

namun ujian dibuat terhadap kehadiran common drugs, SP9 menjelaskan

bahawa toksikologi ini adalah satu bidang yang khusus bagi pengajian

berkenaan dengan racun dan manusia. Jadi toksin adalah apa-apa yang

boleh meracuni manusia termasuk dadah (drugs), racun seperti racun 25

tikus, racun makhluk perosak. Oleh yang demikian dadah adalah antara

bahan-bahan yang kita lihat di bawah kajian toksikologi. Toksikologi itu

satu bidang yang besar dan di bawah dia adalah terdiri daripada kajian

dadah dan racun. SP9 turut menerangkan bahawa semasa membuat

ujian toksikologi, ahli kimia akan cuba membuat saringan mencari semua 30

bahan berunsurkan toksikologi. SP9 menjelaskan juga maksud ATS

adalah amphethamine types steroid tidak dapat dikesan dalam darah.

Sewaktu ditanya mengenai kewujudan alkohol, SP9 menjelaskan alkohol

boleh terbentuk apabila gula bertindak balas dengan bakteria. Sekiranya 35

si mati mengalami proses metabolism dan gula itu tadi boleh bertukar

kepada alcohol ataupun ethyl alcohol melalui proses pembusukan dan

proses anearobik tetapi proses itu disebabkan tindak balas kimia (gula itu

Page 101: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

91

sendiri adalah glukosa yang akan terbentuk menjadi ethyl alcohol). Ketika 5

ditanya adakah suatu keadaan biasa badan kita mempunyai ethyl alcohol

sebanyak 34mg dan si mati ada mengambil alkohol, SP9 menjelaskan

bahawa beliau tidak dapat memastikan si mati ada mengambil alkohol

kerana kalau proses pembusukan ia merupakan paras normal. Proses

pembusukan oleh menyebabkan kandungan alkohol dalam badan 10

seseorang mencapai 100mg atau 50 dan 60mg jika spesimen darah

tersebut tidak pelihara dengan baik memandangkan cuaca negara ini

yang beriklim tropika.

19.10 Encik Baktiar Bin Kassim (SP10) 15

SP10 merupakan Ketua Seksyen DNA Forensik, di Ibu Pejabat Jabatan

Kimia Malaysia. SP10 dalam keterangannya telah mengenal pasti dan

mengesahkan bahawa Eksibit P14 telah disediakan oleh pegawainya

bernama P. Revathi. Menurut SP10, 3 barang kes, iaitu 2 beg eksibit Polis 20

DiRaja Malaysia bertanda K1 dan K2 yang masing-masing mengandungi

satu bungkusan mengandungi sehelai baju T yang mempunyai kesan

mengandungi darah dan satu bungkusan mengandungi sehelai seluar

pendek yang juga mengandungi kesan darah serta 1 beg spesimen

Institut Perubatan Forensik Negara, HKL yang bertanda K3 dihantar oleh 25

Insp. Ahmad Ikhwan Md Nadsir.

Puan Revathi telah menjalankan analisis DNA ini ke atas spesimen yang

diberikan iaitu spesimen darah berlabel “Dharmendran a/l

Narayanasamy” (“K3(a)”), kesan darah pada baju T (“K1”) dan kesan 30

darah pada seluar pendek (“K2”), dan keratan kuku dengan kesan darah

(“K3(b)”) dan keratan kuku tanpa kesan darah (“K3(c)”).

Menurut SP10, setelah perbandingan profil DNA dibuat, didapati satu

profil DNA lelaki telah diperoleh yang mana kesan darah pada spesimen 35

“K1” dan spesimen “K2” adalah berpadanan dengan profil DNA spesimen

darah “K3(a)” berlabel Dharmendran a/l Narayasanamy. Ini menunjukkan

DNA yang dikenal pasti adalah daripada sumber yang sama.

Page 102: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

92

Kebarangkalian seseorang yang dipilih secara rawak yang tidak 5

mempunyai ikatan kekeluargaan yang mempunyai DNA yang sama

dengan DNA sampel kesan darah tersebut adalah lebih kurang 1 dalam

4.6 quintillion (4.6 X 1018) yang dikira berdasarkan databased populasi

etnik India Malaysia.

10

SP10 menjelaskan lagi profil DNA lelaki yang sama daripada kesatan

“K1(a)”, “K1(c)”, “K1(d)”, “K2(a)” dan “K2(c)” juga berpadanan dengan

spesimen darah “K3(a)” berlabel Dharmendran a/l Narayasanamy. Ini

menunjukkan bahawa ia berasal daripada sumber yang sama dan

kebarangkaliannya adalah seperti di dalam para (i). 15

Kemudian, P. Revathi mendapati bahawa satu profil campuran yang

terdiri daripada sekurang-kurangnya dua individu telah diperolehi

daripada kesatan “K1(b)” dan “K2(b)” dan didapati bahawa sumber yang

mewakili spesimen darah “K3(a)” yang berlabel Dharmendran a/l 20

Narayasanamy adalah penyumbang utama kepada kesan profil DNA

campuran ini manakala penyumbang minor adalah terlalu lemah untuk

dikenal pasti.

SP10 menjelaskan hasil ujian juga mendapati tidak ada kesan DNA asing 25

yang dikesan pada kesan darah pada keratan kuku “K3(b)” dan juga

keratan kuku “K3(c)” kedua-duanya berlabel Dharmendran a/l

Narayasanamy dan hasil daripada analisis ini menunjukkan bahawa profil

yang diperolehi adalah profil yang sama dengan spesimen darah “K3(a)”

berlabel Dharmendran a/l Narayasanamy. 30

19.11 L/ Kpl. Kasmir bin Luntuk (SP11)

SP11 merupakan jurufoto yang bertugas di Cawangan Foto, Jabatan

Siasatan Jenayah, IPD Dang Wangi dan mula bertugas sejak tahun 2006. 35

SP11 memberikan keterangan bahawa pada 21 Mei 2013, beliau telah

menerima panggilan telefon daripada SP47, IO Balai Polis Stadium pada

Page 103: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

93

masa itu untuk ke Lokap D9, IPK Kuala Lumpur. Setibanya di Pejabat D9, 5

beliau telah diberikan taklimat di Bilik Taklimat selama 1 jam.

Menurut SP11 juga terdapat lebih kurang 10 orang pegawai dan anggota

di Bilik tersebut. Setelah Majistret tiba, SP11 telah mengambil gambar

Majistret memeriksa mayat di lokap dan sebanyak 18 keping gambar telah 10

diambil. Tiada salinan master gambar-gambar yang diambil kerana CD

telah diserahkan kepada Mahkamah. Gambar yang diambil diserahkan

kepada SP47. SP11 memaklumkan bahawa beliau telah membuat 3 atau

4 salinan gambar.

15

Gambar yang diambil oleh SP11 telah dikenal pasti oleh beliau dan

ditandakan Eksibit P5(1-12) dan Eksibit P5A(13-16). SP11 mengatakan

dia tidak membantu Majistret memeriksa mayat si mati. SP11 selanjutnya

mengatakan ubat asthma (inhaler) tidak kelihatan dalam gambar yang

diambil. 20

19.12 Kpl. Ahmad Sapari bin Semaon (SP12)

SP12 merupakan jurufoto yang bertugas di Cawangan Foto, IPK Kuala

Lumpur sejak April 2004. Pada 21 Mei 2013, SP12 bertugas sebagai 25

jurufoto standby 24 jam. SP12 menjelaskan pada 21 Mei 2013, beliau

bertugas di luar dari pukul 9.30 pagi sehingga 11.00 pagi. Setelah pulang

ke pejabat, SP12 telah membuat catatan rekod dalam Buku Daftar Kes

dan buku itu menurut SP12 sentiasa berada atas meja beliau. Menurut

SP12, pada pukul 11.00 pagi telah merekodkan butiran Borang 30

Permintaan Kerja Cawangan Fotografi (Eksibit P16) dalam Buku Daftar

Kes dan permintaan tersebut dibuat oleh SP44. Eksibit P16 adalah

Borang permohonan untuk merakam gambar OKT yang perlu diserahkan

kepada jurufoto di cawangan foto

35

Semasa merekodkan butiran bagi Eksibit P16, SP12 mengandaikan

gambar si mati yang dinyatakan dengan Borang tersebut telah diambil.

Nama pertama orang yang membuat permohonan pada borang tersebut

Page 104: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

94

telah dipadamkan tanpa apa-apa initial. SP12 juga telah memasukkan 5

butiran mengenai nama si mati, nombor kad pengenalan, nombor laporan

dan nama pegawai penyiasat dalam buku daftar kes.

SP12 mendakwa beliau merekodkan butiran mengenai si mati atas dasar

tanggungjawab kerana Eksibit P16 belum lagi direkodkan pada waktu 10

tersebut. Menurut SP12, mana-mana orang yang mengambil gambar

akan memasukkan butiran OKT dalam Buku Daftar Kes. Namun begitu,

SP12 tidak mengetahui sama ada amalan yang dipegangnya

berdasarkan apa-apa Peraturan.

15

Menurut SP12, pada 21 Mei 2013 beliau tiada di pejabat kerana ada kes

lain di luar pejabat oleh itu gambar si mati diambil oleh juru foto second

standby. Menurut SP12, jurufoto yang mengambil gambar si mati yang

sepatutnya mengisi nombor siri dalam ‘bahagian atas gambar diambil oleh

itu’ dalam Eksibit P16. 20

SP12 dalam keterangannya juga memaklumkan bahawa beliau tidak pasti

siapa yang perlu meletakan cap dan tandatangan di ruangan ‘Untuk

Kegunaan Cawangan Fotografi’ pada Borang P16.. SP12 menjelaskan

bahawa pihak yang menangkap OKT akan menentukan bila rakaman foto 25

OKT akan dibuat dan maklumat mengenai tarikh seseorang OKT

ditangkap tidak dimaklumkan kepada SP12. Menurut SP12 terdapat 7

hingga 8 orang bertugas di pejabat D6. SP12 juga menjelaskan bahawa

mana-mana anggota di pejabat D6 boleh mengisi Buku Daftar Kes dan

kebiasaannya buku daftar diisi setelah gambar OKT telah diambil. 30

19.13 D/ Kpl. Mohd Ikram bin Sulaiman (SP 13)

SP13 merupakan jurufoto yang bertugas di Cawangan Foto D6, IPK

Kuala Lumpur. SP13 bertanggungjawab mengambil gambar si mati untuk 35

tujuan rekod polis. SP13 ketika dirujuk kepada 2 keping gambar si mati,

mengakui bahawa gambar tersebut diambilnya pada 21 Mei 2013 pada

pukul 11.30 pagi (Eksibit P17A dan P17B). Menurut SP13, seramai 3

Page 105: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

95

orang anggota polis cawangan D9 (SP13 hanya mengingati 2 orang 5

anggota sahaja iaitu SP43 dan SP41, seorang lagi anggota menunggu di

luar bilik gambar) membawa si mati untuk diambil gambar dengan

keadaan tangan si mati bergari di belakang.

Menurut SP13, si mati berada dalam keadaan normal dan tidak 10

menunjukkan apa-apa kesedihan. Si mati boleh berdiri dan berjalan

dengan baik semasa dibawa untuk diambil gambar. SP13 tidak nampak

dawai kokot pada telinga si mati sewaktu gambar si mati diambil. SP13

tidak bercakap dengan si mati dan hanya mengarahkan si mati untuk

berdiri dan si mati diambil gambar dalam keadaan bergari. SP13 telah 15

mengambil masa 2 minit untuk merakam gambar si mati.

Gambar si mati diberikan nombor siri 231 (Gambar muka hadapan, Eksibit

P17A dan gambar pandangan sisi, Eksibit P17B). Selepas gambar

diambil, SP13 hanya membiarkan gambar itu berada dalam SD card 20

kamera dan kamera telah ditinggalkan di studio. SP13 tidak mengisi

Borang Permintaan Kerja Cawangan Fotografi (Eksibit P16). Menurut

SP13, Eksibit P16 boleh diisi oleh mana-mana cawangan yang ingin

meminta OKT diambil gambar. SP13 hanya akan menurunkan

tandatangan pada borang tersebut apabila tugasan mengambil gambar 25

diberikan kepadanya.

SP13 tidak mengetahui sama ada tatacara berhubung pengurusan

Borang Permintaan Kerja Cawangan Fotografi terdapat dalam Perintah

Tetap Ketua Polis Negara Bahagian D Perkara 108 dan SP13 turut 30

mengakui perintah tersebut ada di Pejabat D6 IPK Kuala Lumpur. SP13

juga mengaku bahawa Eksibit P16 tidak diisi dengan lengkap dan beliau

telah gagal menandatangani Eksibit P16.

Tugasan yang dijalankan pada hari tersebut sepatutnya dicatat dalam 35

buku daftar namun SP13 tidak mencatatkannya atas alasan SP13 bukan

merupakan anggota polis yang bertugas 24 jam pada hari itu. SP13

mendakwa beliau hanya juru foto standby pada hari tersebut. Tugas untuk

Page 106: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

96

merekodkan tugasan mengambil gambar dalam buku daftar terletak 5

kepada anggota polis yang bertugas 24 jam, iaitu SP12, yang sepatutnya

bertugas pada hari tu telah keluar untuk mengambil gambar kes lain.

SP13 juga tidak merekodkan tugasan tersebut dalam diari poketnya dan

tidak mengetahui mengapa gambar si mati diambil. SP13 menjelaskan

ada anggota yang ditugaskan untuk memindahkan gambar ke CD apabila 10

SD card sudah penuh.

Menurut SP13 terdapat kamera yang hanya dikhususkan untuk

mengambil gambar OKT. Gambar OKT kebiasaannya dicetak dalam

masa sehari. Sekiranya tiada permintaan supaya gambar dicetak, hanya 15

CD akan diberikan kepada cawangan yang berkaitan. Gambar si mati

disimpan dalam CD dan telah diserahkan kepada anggota D9 (anggota

D9 datang mengambil CD daripada SP13). Walau bagaimanapun, SP13

tidak ingat kepada siapa CD gambar si mati diserahkan.

20

19.14 D/Kpl. Kamarol Zaman bin Mat Noor (SP14)

SP14 merupakan jurufoto yang bertugas di Cawangan Foto D6, IPK

Kuala Lumpur. SP14 mengakui beliau yang memindahkan rakaman

gambar Eksibit P17A dan P17B daripada memory card ke dalam CD pada 25

5 Ogos 2013 tanpa mendapat arahan daripada sesiapa. SP14

memindahkan rakaman gambar tersebut ke CD kerana terdapat banyak

rakaman gambar dalam memory card. Menurut SP14 sesiapa sahaja

daripada anggota polis yang bertugas yang mendapati jumlah rakaman

gambar dalam memory card sudah banyak boleh memindahkan rakaman 30

gambar ke CD. Pemindahan gambar daripada memory card ke CD dan

cetakan gambar dibuat dengan menggunakan mesin Noritsu.

Menurut SP14 terdapat kamera yang digunakan secara khusus untuk

mengambil gambar OKT. Kamera yang sama digunakan untuk gambar 35

OKT dan sepanjang tempoh 3 bulan (sebelum SP14 memindah rakaman

gambar ke CD), CD tersebut disimpan dalam tempat yang dikhaskan

untuk simpan CD iaitu laci besi. CD diikat mengikut tahun CD disediakan.

Page 107: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

97

Setiap CD dilabelkan menggunakan pen biasa atau marker. SP14 5

mengakui terdapat Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian D

Perkara 108 dan tatacara kerja dalam Fail Meja namun tidak mengetahui

peruntukan dalam Perintah dan Fail Meja tersebut. Menurut SP14, pada

setiap hari di D6, ada pegawai penyelia iaitu Pegawai Turus dan seorang

pegawai berpangkat Sarjan, namun pegawai tersebut tidak mengawasi 10

juru foto setiap masa. Pegawai berpangkat Sarjan yang

bertanggungjawab menguruskan stok CD.

19.15 ACP Abdul Majid bin Mohd Ali (SP15)

15

SP15 merupakan Penolong Pengarah Pengurusan (Urusetia) Jabatan

Pengurusan Polis Diraja Malaysia. Menurut SP15, antara bidang tugas

beliau adalah menyediakan Standard Operation Procedure (SOP) yang

berkaitan dengan pengurusan Jabatan Pengurusan, mengkaji sistem-

sistem yang ada dalam Jabatan Pengurusan dan juga membantu 20

Pengarah Pengurusan dalam membuat dasar-dasar.

SP15 memberikan penjelasan bahawa setakat ini, PDRM mempunyai

satu sahaja SOP berkenaan dengan pengurusan Lokap PDRM dan ia

tidak termasuk perintah tetap dan peraturan-peraturan semasa. SP15 25

menerangkan bahawa kuasa untuk membuat Perintah Tetap Ketua Polis

Negara (PTKPN) terletak pada Ketua Polis Negara (KPN) namun Ketua

Polis Daerah (KPD) juga boleh membuat sesuatu Perintah Tetap Ketua

Polis Daerah (PTKPD) selagi Perintah Tetap yang dibuat oleh Ketua Polis

Daerah itu masih dalam ruang lingkup Perintah Tetap Ketua Polis Negara 30

yang berkaitan dan tidak bertentangan dasar-dasar dan syarat-syarat

yang telah ditetapkan dalam Perintah Ketua Polis Negara.

SP15 turut menjelaskan bahawa pada tahun 2013, terdapat 13 rujukan

yang digunakan oleh Pasukan Polis untuk mengendalikan orang tahanan 35

dalam Lokap. Rujukan tersebut adalah Akta Penjara 1955, Kanun Acara

Jenayah, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, Kaedah-Kaedah Lokap

LN328 tahun 1953, Perintah Tetap KPN A118 Orang Banduan dan Lokap

Page 108: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

98

Polis, PTKPN A119 Pergerakan Banduan, PTKPN A120 Pengiring Polis, 5

PTKPN A124 Skim Kebakaran, PTKPN A142 Tatacara Pemeriksaan

Tubuh Berkenaan Penangkapan dan Penahanan Polis, PTKPN A107

Keselamatan Kunci dan Peti Besi, PTKPN B103 para 1.7 Melaporkan

Kematian Banduan Semasa Dalam Tahanan, PTKPN D232 Laporan Mati

Mengejut dan Arahan KPN bilangan 89/2012 Berkaitan dengan Prosedur 10

Mogok Lapar Dalam Tahanan Polis.

SP15 mengakui, sebelum ini tiada satu SOP yang komprehensif

mengenai pengendalian tahanan dalam Lokap dan pengendalian tahanan

hanyalah berdasarkan kepada rujukan-rujukan tersebut. Menurut SP15, 15

mana-mana pegawai polis atau anggota polis yang melanggar rujukan

tersebut telah melakukan satu kesalahan tatatertib dan jika pelanggaran

itu melibatkan unsur perundangan, ia juga merupakan satu kesalahan

jenayah.

20

SP15 menjelaskan SOP Lokap yang ada pada masa ini hanya mula

dikuatkuasakan pada 1 Julai 2014 dan SOP tersebut merupakan tatacara

yang menggabungkan peruntukan yang terkandung dalam 13 rujukan

yang dinyatakan oleh SP15 sebelum ini. Apabila SP15 dirujuk kepada

dokumen Perintah Tetap Ketua Polis Daerah Campbell.1/89 (Eksibit P18), 25

SP15 mengakui tidak pernah melihat dokumen tersebut namun mengakui

dokumen tersebut terpakai sebelum 1 Julai 2014. SP15 mengatakan

Eksibit P18 memperkatakan tentang peraturan-peraturan atau tatacara

yang ditetapkan oleh KPD Campbell adalah selaras dengan PTKPN.

30

Menurut keterangan SP15 lagi, Penjaga Lokap sesuatu lokap adalah KPD

dan bagi lokap D9, IPK KL Penjaga Lokap sepatutnya KPD, IPD Dang

Wangi. Tugas-tugas Penjaga Lokap, menurut penjelasan SP15 adalah

untuk memastikan bahawa peraturan-peraturan Lokap dipatuhi terutama

dari segi tahanan, kebajikan tahanan ketika di dalam Lokap serta tatacara 35

keluar masuk tahanan dalam Lokap. Penjaga Lokap dibantu oleh

Penolong Penjaga Lokap dan Penolong Penjaga Lokap ini merupakan

iaitu Ketua Polis Balai di mana sesuatu lokap itu berada. Oleh itu,

Page 109: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

99

Penolong Penjaga Lokap D9, IPK Kuala Lumpur adalah Ketua Polis Balai 5

Dang Wangi. Kuasa yang dijalankan oleh Pegawai Penjaga Lokap dan

Penolong Penjaga Lokap tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana

pegawai polis yang lain. Menurut penerangan SP15, tugas utama

Pegawai Penjaga Lokap adalah:

i. memastikan tahanan yang ditahan dalam Lokap polis itu adalah 10

sah dari segi undang-undang;

ii. memastikan tahanan yang dimasukkan di dalam Lokap itu

sesuai di tahan di Lokap itu (tahanan yang cedera ataupun

tahanan yang sakit tidak boleh ditahan di Lokap polis); dan

iii. memastikan kebajikan tahanan dijaga sepenuhnya. 15

Seterusnya untuk memastikan Pegawai Penjaga Lokap dapat

menjalankan tugasnya itu, Penyelia Lokap akan mendapatkan keizinan

Pegawai Penjaga Lokap dan Penolong Penjaga Lokap sebelum

memasukkan tahanan dalam lokap. Menurut SP15 lagi, setiap OKT yang 20

hendak ditahan di dalam lokap mestilah diperiksa tahap kesihatan dan

tiada apa-apa kecederaan pada OKT. Penyelia Lokap, pada

pengamatannya, apabila mendapati OKT itu tidak sesuai ditahan dalam

Lokap hendaklah memaklumkan kepada Pegawai Penjaga Lokap untuk

diambil tindakan susulan untuk dihantar ke hospital atau selainnya. 25

Ketika ditanya sama ada pemeriksaan badan perlu dilakukan semula

sekiranya seseorang dari Lokap Dang Wangi ke Lokap D9, SP15

menjelaskan mengikut peraturan setiap kali masuk dan keluar tahanan

dari lokap, pemeriksaan badan OKT mestilah dilakukan. Selepas 30

pemeriksaan badan dibuat, butiran dapatan pemeriksaan badan itu

mestilah direkodkan dalam Buku Perharian Rasmi.

Menurut SP15 juga, semua pegawai polis yang menjaga lokap polis diajar

cara-cara pemeriksaan badan. SP15 juga menyatakan bahawa 35

peraturan-peraturan berkaitan dengan lokap ini biasanya diletakkan pada

setiap lokap dalam tiga bahasa iaitu bahasa Malaysia, Cina dan Tamil.

Kegagalan untuk menyediakannya merupakan satu kesalahan.

Page 110: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

100

Berdasarkan kepada Eksibit P18, SP15 memaklumkan bahawa Lokap D9 5

juga ini, Lokap tersebut telah diwartakan melalui P.U.(B) 537/1987 pada

5/11/87 dan dalam warta tersebut telah dinyatakan bahawa lokap tersebut

tidak boleh ditempatkan tahanan melebihi 4 orang. Sekiranya tahanan

melebihi 4 orang, maka bergantung kepada budi bicara Pegawai Penjaga

Lokap atau Penolong Pegawai Penjaga Lokap untuk membenarkan 10

seseorang tahanan itu ditahan. Kebenaran tersebut akan direkodkan

dalam SD Lokap.

Menurut SP15, tindakan memasukkan tahanan melebihi 4 orang dalam

Lokap D9 tanpa kebenaran Pegawai Penjaga Lokap atau Penolong 15

Pegawai Penjaga Lokap merupakan satu kesalahan. SP15 menjelaskan

bahawa perenggan 4.2 Eksibit P18 menamakan KPD Campbell sebagai

Pegawai Penjaga Lokap, Ketua Polis Balai Jalan Bandar sebagai

Penolong Penjaga Lokap dan Ketua Bahagian D9 sebagai Pegawai

Penjaga Lokap D9. 20

SP15 turut menjelaskan bahawa maksud “APR yang berpangkat Sarjan

atau SM” merujuk kepada anggota pangkat rendah yang berada di

cawangan tersebut. SP15 tidak tahu siapa Ketua D9 pada ketika kejadian

yang melibatkan kematian si mati. SP15 berpendapat Peraturan-25

Peraturan Lokap mesti dipatuhi bagi menjamin hak-hak tahanan yang

berada dalam tahanan polis selaras dengan peruntukan undang-undang

dan peraturan sedia ada.

Jelas SP15 lagi, apabila seseorang itu dimasukkan ke dalam Lokap 30

adalah menjadi tanggungjawab Penjaga Lokap atau Penolong Penjaga

Lokap memaklumkan kepada keluarga di mana OKT itu ditahan seberapa

segera dalam tempoh 24 jam. Penyelia Lokap mestilah memaklumkan

kepada Penjaga Lokap dan Penolong Penjaga Lokap mengenai

penahanan OKT sebelum mereka dipertanggungjawabkan atas 35

kegagalan memaklumkan penahanan OKT kepada keluarga di mana

OKT.

Page 111: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

101

Semasa ditanya mengapa tugas Penjaga Lokap D9 ataupun tugas-tugas 5

sentri diberikan kepada anggota-anggota Kem Komandan dan bukan

anggota D9 sendiri, SP15 menjelaskan bahawa Kem Komandan ditugas

untuk menjaga keselamatan bangunan dan persekitaran IPK.

Menurut SP15, notis di bawah Peraturan 14 Peraturan-Peraturan Lokap 10

1953 mestilah dipamerkan di setiap Lokap dan Notis tersebut mestilah

boleh dibaca serta ditukar ganti oleh Penjaga Lokap sekiranya tulisannya

telah tidak dapat dibaca. Pada kebiasaannya, Ketua Polis Daerah akan

buat lawatan ke lokap-lokap polis, semasa membuat lawatan itu, Ketua

Polis Daerah boleh melihat jika ada perkara-perkara yang perlu diperbaiki 15

dan sebagainya di lokap.

SP15 menjelaskan Penjaga Lokap akan menyediakan jadual lawatan

lokap yang menugaskan pegawai-pegawai kanan di balai untuk membuat

lawatan setiap hari ke lokap dan dalam masa yang sama Pegawai 20

Penjaga Lokap juga akan membuat lawatan ke lokap tersebut. Sekiranya

lawatan lokap tidak dibuat, maka ia merupakan satu kesalahan tatatertib.

Hak untuk dilawati oleh saudara terdekat dalam masa 24 jam bukan hak

mutlak tetapi bergantung kepada budi bicara Pegawai Penyiasat (IO) 25

yang mana IO boleh menafikan hak itu sekiranya lawatan tersebut akan

menjejaskan proses siasatan yang dijalankan. SP15 mengakui bahawa

kegagalan untuk membuat pemakluman merupakan satu kesalahan.

Berkenaan dengan pemeriksaan kesihatan pula, SP15 memaklumkan 30

bahawa semua tahanan yang hendak ditahan dalam lokap polis menjalani

pemeriksaan kesihatan, namun pemeriksaan tersebut hanya dibuat

secara luaran sahaja oleh Penyelia Lokap. Jika semasa pemeriksaan

badan tersebut didapati terdapat tanda-tanda kecederaan ataupun OKT

mengadu bahawa ia mengalami sakit, perkara ini akan dimaklumkan 35

kepada Ketua Polis Balai. Sekira ada kecederaan, OKT ini hendaklah

dihantar ke hospital bersama dengan Borang Pol.59 untuk mengesahkan

kecederaan yang dialami dan punca kecederaan tersebut.

Page 112: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

102

Menurut penerangan SP15 ubat OKT akan disimpan oleh anggota 5

penjaga Lokap di tempat khas, berdasarkan kepada berapa ubat kena

bagi kepada OKT tersebut, dan ubat ini diberi atas nasihat Doktor setelah

pemeriksaan. SP15 menjelaskan jenis hukuman yang dikenakan kepada

anggota polis yang melanggar Perintah Tetap Ketua Polis Negara

(PTKPN) berbeza-beza, malah ada yang dibuang kerja. 10

Menurut SP15, semua anggota polis wajib tahu semua tatacara lokap dan

SOP lokap kerana semua itu diajar semasa latihan asas kepolisan malah

dokumen seperti perintah tetap dan arahan-arahan baru, yang mana perlu

dibaca oleh setiap anggota polis terdapat dalam Bilik Maklumat Balai. 15

Setiap anggota polis dikehendaki menandatangani pengesahan selepas

membaca arahan ataupun peraturan-peraturan yang dikeluarkan. Ketua

Polis Balai bertanggungjawab untuk memastikan semua anggota

membacanya. Tidak ada refreshment course diadakan kerana SP15

berpendapat semuanya telah diajar semasa latihan asas kepolisan. 20

SP15 menjelaskan adalah menjadi tanggungjawab Ketua Polis Negeri

mengatur supaya diadakan pemeriksaan A117 ke atas balai-balai polis

secara berkala. Dalam pemeriksaan A117, salah satu perkara yang perlu

diperiksa adalah lokap. Ketua Polis Negeri akan memeriksa Station Diary 25

(“SD”), Buku Daftar Lokap, keadaan Lokap sama ada bersih atau tidak,

dan juga perkara-perkara yang perlu ada pada Lokap, misalnya notis dan

sebagainya.

SP15 memaklumkan bahawa setakat ini berdapat 153 daerah polis dan 30

Ketua Polis Daerah perlu mengeluarkan Perintah Tetap masing-masing

bagi memperkukuhkan Perintah Tetap Ketua Polis Negara berdasarkan

Perintah Tetap 30. Perintah item 70, Perintah Tetap 30 178 juga

menghendaki setiap Ketua Polis Daerah untuk mengeluarkan Perintah

Tetap masing-masing. Tiada pemantauan daripada fizikal dibuat untuk 35

memastikan pematuhannya, SP15 cuma mendapatkan maklum balas

bahawa Arahan Tetap Ketua Polis Daerah telah dikeluarkan.

Page 113: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

103

SP15 mengakui bahawa pihak pengurusan tidak akan tahu sekiranya 5

terdapat percanggahan antara Perintah Tetap Ketua Polis Daerah dan

Perintah Tetap Ketua Polis Negara. SP15 ketika dirujuk kepada Perintah

Tetap Ketua Polis Daerah Campbell (Eksibit P18), muka surat 18, item

26.1.3 dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara 118 (Eksibit P19) muka

surat 14, item no 33 berkenaan dengan soal siasat mengakui terdapat 10

percanggahan antara Perintah Tetap Ketua Polis Daerah dan Perintah

Tetap Ketua Polis Negara. Perintah Tetap secara umum menetapkan

tugas untuk menjalankan soal siasat ke atas seorang tahanan selepas

dimasukkan ke dalam lokap hanya boleh dijalankan oleh anggota polis

tetap iaitu regular (anggota polis termasuk Detektif). Perintah Tetap Ketua 15

Polis Negara menetapkan kekerasan tidak boleh dikenakan ke atas orang

tahanan manakala Perintah Tetap Ketua Polis Daerah pula menetapkan

paksaan tidak boleh digunakan ke atas orang tahanan. Sungguhpun

begitu, pada pandangan SP15, perkataan ‘kekerasan ke atas orang

tahanan’ dan ‘paksaan ke atas orang tahanan’ tidak boleh digunakan 20

sekali-sekali, membawa maksud yang lebih kurang sama. SP15

menegaskan bahawa sungguhpun seorang anggota itu bukan anggota

lokap, anggota tersebut tahu bahawa item 33 dan perenggan 26.1.3

melarang kekerasan diguna ke atas tahanan pun sama, melarang

paksaan ke atas tahanan. 25

SP15 telah ditunjukkan kepada 2 gambar iaitu Eksibit P17A dan P17B dan

mengakui gambar si mati yang diambil pada 21 Mei 2013 tidak

menunjukkan dawai kokot pada telinga si mati manakala gambar yang

diambil pada 22/5/2013 terdapat dawai kokot pada telinga si mati. 30

SP15 selanjutnya menjelaskan pada masa kini, satu sistem yang

dinamakan sistem ‘e-siap’, telah diperkenalkan yang mana apabila

sesuatu SOP baru diperkenalkan, satu arahan melalui sistem maya dan

ini akan dihantar kepada semua Ketua Polis Daerah supaya pastikan 35

bahawa anggota faham dan membaca kandungan SOP tersebut. SP15

turut memaklumkan bahawa setiap bulan, Ketua Polis Daerah akan

mengadakan table ad hoc, di mana dia akan memanggil semua anggota

Page 114: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

104

di bawah pentadbirannya dan pada masa inilah Ketua Polis Daerah akan 5

menyampaikan arahan-arahan. Walau bagaimanapun, pihak Bukit Aman

tidak boleh memastikan semua Ketua Polis Daerah telah menyampaikan

kepada pegawai dan anggota secara kondusif.

Menurut SP15, pegawai yang bertugas di Kaunter Pejabat Inkuiri yang 10

bertanggungjawab membuat catatan dalam POL 140, berhubung keluar

masuk dan juga pemeriksaan badan OKT. Setiap catatan mengenai

keluar masuk diperiksa oleh anggota lokap yang menjaga lokap, iaitu

anggota sentri lokap. Sekira OKT hendak dibawa keluar dia mesti diiringi

oleh anggota Kem Komandan dan dalam kes itu dengan arahan IO kes 15

dan sebelum pukul 6.00 petang. Berhubung dengan kehendak mengenai

pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan tidak dijalankan seberapa segera

oleh Pegawai Perubatan.

Menurut SP15, pihak beliau telah merangka SOP lokap dan perkara 20

mengenai bilangan OKT yang boleh diletakkan dalam satu lokap

merupakan perkara utama yang dibincangkan kerana perkara tersebut

tidak diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang.

SP15 turut menyatakan bahawa kunci disimpan oleh penyelia lokap yang 25

bertugas secara bergilir-gilir untuk menjaga lokap. Sesi taklimat

pengurusan lokap akan diberikan kepada pegawai yang bertukar tugas.

SP15 ada menerangkan bahawa sungguhpun OKT tidak diperiksa oleh

Pegawai Perubatan semasa berada di lokap, keluarga boleh memberikan

ubat kepada OKT. Namun pihak Polis akan memeriksa label ubat dan 30

kandungannya. Tiada peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Lokap

yang memperkatakan tentang pemberian ubat-ubatan oleh keluarga OKT.

Menurut SP15, sepatutnya ubat hanya boleh diberikan oleh doktor yang

memeriksa OKT.

35

Selain itu, SP15 turut menyatakan bahawa tiada SOP yang menentukan

tempoh masa seseorang pegawai perubatan perlu sampai ke lokap untuk

melakukan pemeriksaan kepada OKT jika dipanggil. Jika seseorang OKT

Page 115: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

105

yang bergantung pada ubat, SP15 menyatakan bahawa tiada 5

peruntukkan yang meminta OKT untuk memegang ubat tersebut

melainkan diberikan mengikut tempoh yang dibenarkan. SP15

menjelaskan bahawa hanya Penjaga Lokap yang boleh membenarkan

keluarga OKT melawat OKT. Sebelum dimasukkan ke dalam lokap

menurut SP15, anggota akan meminta OKT membuka baju untuk dibuat 10

pemeriksaan fizikal. Selain itu pemeriksaan terhadap makanan dan

pelawat perlu juga dilakukan. Permeriksaan makanan perlu dilakukan

sebelum diberikan kepada OKT atas faktor isu keselamatan.

19.16 Maliswaran a/l Supramaniam (SP16) 15

SP16 merupakan bapa tiri kepada SP2. Pada 11 Mei 2013, SP16 telah

menerima panggilan telefon daripada SP2 yang menyatakan si mati

bergaduh di kedai tingkat bawah rumah si mati. Selepas itu, si mati ada

menyatakan kepada SP16 bahawa si mati telah membuat laporan polis 20

berhubung dengan pergaduhan tersebut. Menurut SP16, pada jam lebih

kurang 12.00 tengah malam, seorang pegawai polis telah menelefon si

mati dan meminta si mati hadir ke balai untuk diambil rakaman

percakapan. SP16 ada melarangnya kerana ketika itu kerana waktu

sudah lewat malam, namun si mati tetap pergi dengan menaiki sebuah 25

motosikal yang dipinjam daripada kawannya. Ketika itu, SP16

menyatakan bahawa si mati dalam keadaan sihat dan tidak mengalami

apa-apa kecederaan.

SP16 turut menyatakan bahawa selepas daripada kejadian itu, dia tidak 30

lagi berjumpa dengan si mati. SP16 ada menerima panggilan telefon

daripada SP2 pada 18 Mei 2013 yang menyatakan bahawa pihak polis

ada membenarkan SP2 untuk berjumpa dengan si mati pada hari Ahad

(19 Mei 2013).

35

Pada 19 Mei 2013 jam lebih kurang 12.00 tengahari, SP16 telah hadir ke

IPK Kuala Lumpur bersama dengan isterinya dan SP2 untuk berjumpa

Page 116: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

106

dengan si mati. Si mati ada meminta untuk dibelikan 5 bungkus nasi 5

ayam, 5 tin air 100 plus dan 5 kotak rokok untuknya.

SP16 ada menyatakan bahawa pada hari tersebut, ketika hadir ke pondok

pengawal, SP16 ada memberikan kad pengenalannya sebelum masuk ke

dalam IPK Kuala Lumpur. SP16 terus naik ke tingkat 7 dan berjumpa 10

dengan seorang pegawai polis dan menunggu di satu bilik sebelum si mati

dibawa masuk dengan tangan bergari di belakang untuk berjumpa

dengannya sebelum gari tersebut dibuka dan pada ketika itu si mati

memakai baju lokap berwarna ungu.

15

SP16 ada menyatakan di dalam bilik tersebut terdapat seorang anggota

polis berpakaian biasa dan seorang lagi berada di luar. Ketika itu, si mati

menyatakan bahawa dia sihat dan menyatakan juga tiada sesiapa telah

memukulnya serta dia akan dilepaskan tidak lama lagi dengan ikat jamin

sebanyak RM3,000.00. Si mati kelihatan gembira ketika itu. 20

SP16 turut menyatakan selepas tarikh 19 Mei 2013, dia tidak lagi

berjumpa dengan si mati. Kemudiannya, SP16 ada menerima panggilan

telefon daripada SP2 yang menyatakan bahawa dia telah menerima

panggilan telefon daripada pihak polis yang mengatakan bahawa 25

Dharmendran telah meninggal dunia dan meminta SP2 hadir ke rumah

mayat di Hospital Besar Kuala Lumpur pada jam lebih kurang 10.00

malam.

Ketika di hospital, SP16 ada ditunjukkan mayat untuk tujuan pengecaman. 30

SP16 hanya ditunjukkan muka sahaja oleh pihak polis yang hadir

bersama dengannya. SP16 tidak nampak sebarang kecederaan kepada

si mati kerana pihak polis tidak membenarkan SP16 melihat badan atau

mengusik badan si mati. Pihak polis ada memberitahunya bahawa bedah

siasat terhadap si mati akan dilakukan pada keesokkan harinya, 22 Mei 35

2013. SP16 hanya berjumpa dengan doktor pada jam lebih kurang 10.00

pagi keesokkan harinya. SP16 turut menyatakan, jurugambar polis ada

mengambil gambar si mati sebelum dia dibedah siasat. Sebelum bedah

Page 117: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

107

siasat dijalankan, SP16 menyatakan bahawa doktor ada menunjukkan 5

kepadanya kesan luka si mati dan kesan dawai kokot di telinganya.

19.17 SAC Dato’ Zainuddin bin Ahmad (SP17)

SP17 merupakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di Jabatan Siasatan 10

Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur. Pada Mei 2013 beliau bertugas sebagai

Ketua Polis Daerah Dang Wangi. SP17 dipertanggungjawabkan untuk

menjaga lokap di dalam daerah berdasarkan PTKPN Bahagian A ‘118’

(Eksibit P19). Peranan utama SP17 sebagai Pegawai Penjaga Lokap

adalah menentukan keselamatan lokap itu sendiri, dan juga menentukan 15

keselamatan OKT. SP17 merupakan Pegawai Penjaga Lokap kepada

Lokap D9, IPK Kuala Lumpur yang bertanggungjawab menguruskan

pentadbiran dan penyelarasan lokap. Manakala dari segi kepentingan

tugas, lokap tersebut adalah di bawah tanggungjawab SP27 dengan

merujuk kepada PTKPD Dang Wangi. 20

Selain itu, SP17 juga bertanggungjawab untuk menyediakan rekod

bulanan dan mingguan kepada pihak atasan dan memastikan siasatan

salah laku anggota atau tahanan dan penyelarasan tahanan reman 117

diselaraskan. SP17 memaklumkan bahawa beliau tidak 25

bertanggungjawab dengan pengurusan hal ehwal Bahagian D9. SP17

perlu memastikan semua anggota di bawah selian SP17 mematuhi SOP

yang ditetapkan terutama SOP tahanan.

Selain itu, SP17 juga memantau kes-kes salah laku anggota lokap. SP17 30

menyatakan bagi Lokap D9, ia adalah di bawah kawalan dan

tanggungjawab SP27. SP17 dalam keterangannya memaklumkan

bahawa setiap pagi akan diadakan mesyuarat pagi, dari situ Pegawai

Penjaga Lokap Dang Wangi akan melaporkan perkembangan aktiviti

harian kepada SP17 atau timbalannya. 35

Menurut SP17, Kaedah-Kaedah Lokap 1953, PTKPN Bahagian A ‘118’

(Eksibit 19) dan Hukuman tetap KPD Bil. 1/89 (Eksibit 18) digunakan

Page 118: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

108

sebagai panduan penjagaan lokap. Menurut SP17 berdasarkan prosedur 5

dan amalan, Pegawai Penjaga Lokap itu sendiri adalah

bertanggungjawab untuk memantau lokap. Berhubung dengan bilangan

tahanan di dalam lokap yang tidak mengikut pewartaan, SP17 tidak akan

membenarkan tahanan melebihi 4 orang ditempatkan di dalam lokap.

SP17 pernah dimaklumkan bahawa pernah berlaku jumlah bilangan 10

penghuni lokap lebih dari 4 sehingga ke 12 orang, tetapi tidak pasti tarikh

tersebut. SP17 berkata dalam hal yang demikian mereka perlu

mendapatkan kelulusannya tetapi kadangkala beliau tidak dimaklumkan.

SP17 mengakui kegagalan anggota memberitahunya boleh diambil

tindakan tatatertib. 15

SP17 mengatakan bahawa sepanjang menjadi KPD Dang Wangi, SP17

tidak pasti sama ada pernah memberikan refresher course untuk sentri

lokap dan berpendapat semua anggota polis boleh dan tahu membuat

tugas masing-masing. SP17 juga mengatakan bahawa Kem Komandan 20

bukan di bawah kawalannya dan beliau hanya menyelia IPD Dang Wangi.

Menurut SP17, sebenarnya ada latihan-latihan yang diberi yang dipanggil

Latihan Dalam Perkhidmatan kepada semua anggota. Menurut SP17

setakat ini belum ada satu latihan yang khusus untuk kawalan lokap. 25

SP17 tidak mengingati sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah

Dang Wangi berapa kali beliau melawat Lokap D9. Ini kerana SP17 lebih

menumpukan Lokap di Dang Wangi. Namun, beliau akan mengarahkan

timbalannya membuat lawatan serta Laporan Lawatan Lokap akan

diberikan kepada SP17 sekiranya terdapat lawatan yang dibuat. 30

SP27 memberi keterangan bahawa D9 tidak memberikan taklimat

berhubung hal ehwal D9 mahupun memberi laporan kepada SP17.

Menurut keterangan SP17, SP27 bertanggungjawab kepada OCCI, Ketua

Jabatan Siasatan Jenayah manakala SP17 bertanggungjawab ke atas 35

lokap berpusat. SP17 sedia maklum dengan Notis dalam Peraturan 14

Kaedah-Kaedah Lokap 1953 dan ia perlu dipamerkan di lokap.

Page 119: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

109

SP17 tidak mengetahui bahawa keluarga si mati tidak dimaklumkan 5

semasa si mati ditahan di IPD Dang Wangi dan atas dasar itu, SP17

bersetuju bahawa pegawainya telah melanggar PTKPD.

SP17 menyatakan bahawa ubat-ubatan akan disimpan di meja sentri

lokap dan akan diberikan mengikut jadual. Bila ditanya mengenai inhaler, 10

SP17 berpendapat ia perlu diberikan terus kepada OKT. Dari segi

pertadbiran lokap biasanya, OKT akan dikeluarkan dan berjumpa dengan

pelawat di sebuah bilik khas dan pelawat perlu mengisi borang Pol.40.

SP17 juga menyatakan bahawa terdapat satu bilik khas di IPD Dang 15

Wangi untuk menyimpan Buku Perharian Balai. Sekiranya anggota

kehilangan Buku Perharian Balai, laporan polis perlu dibuat. Menurut

SP17, Pegawai Penjaga Lokap atau IO kes dibenarkan membawa OKT

keluar dari lokap untuk tujuan siasatan. SP17 memberitahu bahawa setiap

kali keluar masuk OKT dari lokap, pemeriksaan badan perlu dilakukan 20

semula.

19.18 Sjn. Rahim bin Md Diah (SP18)

SP18 merupakan Sarjan Penyelia di Cawangan Kem Komandan, IPK 25

Kuala Lumpur. Tugas SP18 ialah menyelia Anggota Pangkat Rendah

(APR) dan membuat jadual tugasan untuk kawalan keselamatan di IPK

Kuala Lumpur. SP18 hanya membekalkan anggota untuk bertugas di

Bahagian D9 apabila diminta oleh Bahagian D9 iaitu sekiranya terdapat

OKT di dalam Lokap D9. SP18 selanjutnya memaklumkan bahawa 30

Jadual Tugas Harian (JTH) akan ditampal di pondok pengawal dan

pejabat pentadbiran. Anggota yang ditugaskan dibahagikan kepada 3 syif

iaitu 7.00 pagi hingga 3.00 petang, 3.00 petang hingga 11.00 malam dan

11.00 malam hingga 7.00 pagi. Anggota yang ditugaskan akan bertugas

di lokap selama 4 jam, manakala 4 jam berikutnya anggota akan 35

ditugaskan di bahagian lain.

Page 120: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

110

Menurut SP18, anggota-anggota yang menjaga lokap akan diselia oleh 5

ketua yang bertugas 24 jam. Anggota sentri akan diberikan taklimat setiap

hari sebelum memulakan tugasan. Pada 11 hingga 21 Mei 2013, Jadual

tugasan disediakan seperti di Eksibit P19 hingga Eksibit P30.

Pada 21 Mei 2013, SP18 telah menyediakan anggota sentri untuk 10

bertugas di Lokap D9, tetapi sekiranya terdapat pertukaran, itu adalah

bidang kuasa Ketua Pengawal. Catatan akan dibuat di dalam Buku

Perharian Balai. Sekiranya terdapat sebarang pertukaran, SP18 hanya

akan mengetahui pada keesokkan harinya apabila dimaklumkan

kepadanya. 15

Pada 21 Mei 2013, SP25 telah diarahkan bertugas dari jam 7.00 pagi

hingga 3.00 petang. SP18 telah dimaklumkan bahawa SP25 hanya akan

masuk pada waktu tengah hari sehingga jam 3.00 petang. SP18

memaklumkan tugas utama anggota sentri lokap ialah mencatat segala 20

pergerakan keluar masuk OKT dalam Borang POL84 dan Buku Perharian

Balai dan menjaga keselamatan OKT. Anggota sentri juga tidak boleh

meninggalkan lokap tanpa kebenaran pegawai D9.

SP18 tidak pasti pada bulan Mei 2013, CCTV berfungsi atau tidak dan 25

tidak mengetahui sama ada terdapat anggota ditempatkan untuk

menyelia CCTV di D9 ketika itu. SP18 juga menyatakan bahawa kunci

lokap dipegang oleh Ketua Inkuiri, D9. Sekiranya anggota ingin keluar,

anggota tersebut perlu memaklumkan kepada pengawal yang bertugas di

Kaunter Pejabat Inkuiri. 30

SP18 turut memberi keterangan bahawa anggota sentri perlu tahu

bahawa mereka tidak boleh meninggalkan lokap dan sekiranya ketika itu

orang tahanan tidak ada, atas urusan-urusan D9, anggota sentri boleh

minta kebenaran dengan pegawai penjaga D9 dan bergantung kepada 35

budi bicara pegawai penjaga D9 untuk memberi kebenaran atau tidak.

Page 121: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

111

19.19 Kpl. Mohamad Adnan Masri bin Safril (SP 19) 5

SP19 pernah bertugas sebagai anggota sentri Lokap D9, IPK Kuala

Lumpur dari tahun 2003 sehingga bulan 2 tahun 2015. SP19 bertugas

pada 16 Mei 2013 jam 7.00 pagi sebagai sentri Lokap D9 selama 4 jam.

SP19 menyatakan bahawa mengikut pewartaan, hanya 4 orang tahanan 10

sahaja yang boleh ditahan di dalam sel Lokap D9 pada suatu-suatu masa.

Namun, sepanjang dia bertugas, ada lebih daripada 4 orang tahanan

pernah ditempatkan pada suatu-suatu masa di dalam sel Lokap D9.

Walau bagaimanapun, SP19 menyatakan dia hanya mengikut arahan

sahaja. SP19 ada membuat catatan di Buku Perharian Balai yang 15

diletakkan di dalam sel lokap sekiranya terdapat lebih daripada 4 tahanan

ditahan dalam suatu-suatu masa.

SP19 telah dirujuk dengan Eksibit P31 dan mengesahkan bahawa entri

pertama dibuat oleh dia yang mencatatkan bahawa si mati dibawa keluar 20

untuk tujuan siasatan oleh Insp. Govindran, D/ Kpl. 118586 dan D/ Sjn.

103778 daripada D6 Bukit Aman. SP19 tidak dapat memastikan sama ada

terdapat borang keluar masuk dikemukakan pada masa tersebut tetapi

menurut SP19 sepatutnya mengikut prosedur perlu ada borang keluar

masuk yang disahkan oleh pegawai untuk ambil atau masukkan OKT 25

tersebut dikemukakan.

SP19 telah merujuk kepada Eksibit P25 dan Eksibit P29 dan

menerangkan bahawa waktu tugasannya adalah dari 7.00 pagi sehingga

3.00 petang tetapi untuk tugasan sentri lokap, dia hanya bertugas sentri 30

lokap dari jam 7.00 pagi sehingga 11.00 pagi sahaja. Seterusnya,

pengganti akan ambil alih tugas sentri lokap daripada dia. SP19

menyatakan semasa proses serah tugas, SP19 akan maklumkan kepada

pengganti status OKT dari segi kesihatan serta apa-apa masalah

sekiranya ada. Pengganti perlu hadir 15 minit awal dari jam tugasan dan 35

ia merupakan satu prosedur.

Page 122: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

112

Menurut SP19, sekiranya OKT dibawa keluar semasa tugasnya, SP19 5

akan memberi taklimat kepada pengganti bagi memaklumkan perkara

tersebut. Menurut SP19, segala pemakluman keluar OKT ada dicatatkan

di dalam Pol. 84. SP19 menyatakan bahawa kunci lokap dan sel di Lokap

D9 dijaga oleh anggota di Kaunter D9. SP19 akan membuat kiraan jumlah

tahanan di dalam lokap dan menyemak dengan rekod dari Buku Perharian 10

Balai bagi memastikan bilangan OKT di dalam sel lokap.

SP19 menyatakan semasa menyemak dan memeriksa keadaan OKT di

dalam Lokap D9, dia ada bertanya keadaan kesihatan atau masalah yang

dihadapi tahanan. Menurut SP19, dia tidak dapat mengingati apa yang 15

dimaklumkan oleh si mati kepadanya tetapi menurut SP19, si mati tidak

ada mengadu sama ada sakit atau pernah dipukul. Sekiranya terdapat

masalah atau aduan berkenaan kesihatan, SP19 akan tuliskan di dalam

Buku Perharian Balai (POL 40) dan akan maklumkan kepada pegawai

bertugas D9. 20

Menurut SP19, keadaan si mati semasa dibawa ke lokap adalah dalam

keadaan bergari di belakang. Apabila si mati dimasukkan, SP19 akan

membuat pemeriksaan terlebih dahulu dengan memeriksa badan untuk

tujuan mengesan apa-apa barang salah. SP19 akan menyimpan borang 25

keluar masuk OKT di dalam satu fail yang disimpan di atas meja sentri

lokap. Pada 20 Mei 2013, SP19 bertugas dari pukul 7.00 pagi sehingga

11.00 pagi dan menurut SP19, pada pukul 10.55 pagi, si mati dibawa

keluar oleh SP59 bagi tujuan ambil gambar. SP19 tidak melihat si mati

dimasukkan balik ke dalam lokap kerana telah SP19 telah tamat tugas 30

pada jam 11.00 pagi.

Menurut SP19, selain daripada Buku Perharian Balai, Pol 84 dan fail untuk

isi borang keluar masuk dan buku lawatan penyelia diletakkan di dalam

Lokap D9. Walau bagaimanapun, SP19 menyatakan terdapat 35

kemungkinan SP19 tersalah catat nama OKT yang diambil oleh Insp.

Govindran kerana Insepktor Govindran telah menafikan dia ada

mengambil si mati.

Page 123: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

113

19.20 Kpl. Mohamad Shahril bin Sarini (SP20) 5

SP20 ialah anggota Cawangan Kem Komandan yang bertugas sebagai

anggota sentri Lokap D9, IPK Kuala Lumpur. Menurut keterangan SP20,

dia telah bertugas pada 15 Mei 2013 dari 3.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pada 4 jam yang pertama, SP20 bertugas sebagai prowler dan pada 4 10

jam yang berikutnya, SP20 bertugas sebagai anggota sentri lokap.

Pada 18 Mei 2013, SP20 bertugas dari 7.00 pagi hingga 3.00 petang iaitu

4 jam yang pertama melibatkan tugasan sentri lokap dan 4 jam yang

berikutnya di kaunter. 15

Pada 20 Mei 2013, SP20 bertugas dari 11.00 malam hingga 7.00 pagi

melibatkan tugasan sentri Lokap D9 selama 4 jam yang pertama dan 4

jam yang berikutnya, SP20 bertugas di pintu hadapan. Sepanjang SP20

bertugas selama 3 hari seperti yang dinyatakan di atas, tiada pergerakan 20

keluar masuk melibatkan si mati dari Lokap D9.

19.21 L/Kpl. Mohd Azry bin Mohd Toyeb (SP21)

SP21 merupakan anggota Cawangan Kem Komandan yang bertugas 25

sebagai anggota sentri Lokap D9, IPK Kuala Lumpur. Berdasarkan

kepada Eksibit P23 iaitu Jadual Tugasan Harian Cawangan Kem

Komandan pada 14 Mei 2013, SP21 bertugas dari jam 3.00 petang hingga

7.00 malam.

30

Merujuk kepada Eksibit P31, SP21 menerangkan waktu tugasannya iaitu

berdasarkan entri no.3001 hingga 3007. Si mati tidak dikeluarkan dari

Lokap D9 semasa tugasan SP21 pada tarikh tersebut.

SP21 mengesahkan ada membuat catatan di Eksibit P31 entri no. 3143, 35

3145 dan 3146 pada 20 Mei 2013 yang menyatakan bahawa si mati keluar

bagi tujuan mengambil gambar. Namun, SP21 tidak mengingati siapa

anggota D9 yang membawa si mati keluar. Menurut SP21 kunci lokap

Page 124: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

114

dipegang oleh anggota D9, sekiranya dia ingin keluar, anggota lokap yang 5

berkenaan akan memanggil anggota D9 untuk membuka pintu lokap.

19.22 L/ Kpl. Nik Abdul Rahman bin Salim (SP22)

SP22 bertugas sebagai anggota sentri Lokap D9. Pada 14 Mei 2013, 10

SP22 bertugas dari 3.00 petang hingga 7.00 petang dan pada waktu

tersebut terdapat 12 orang OKT dan tiada pergerakan melibatkan si mati

dibawa keluar dari lokap.

Pada 17 Mei 2013, SP22 bertugas di sentri lokap dari 11.00 pagi hingga 15

3.00 petang dan tiada apa-apa pergerakan melibatkan si mati.

Pada 21 Mei 2013, SP22 bertugas dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Menurut SP22 dalam tempoh waktu tersebut, anggota D9 telah

mengeluarkan si mati untuk urusan foto. SP22 selanjutnya memaklumkan 20

bahawa si mati tidak dibawa masuk semasa SP22 selesai tugas. SP22

kemudiannya telah memberi taklimat kepada penggantinya, SP24

bahawa si mati yang telah dikeluarkan untuk urusan foto belum

dimasukkan semula ke dalam lokap.

25

19.23 L/ Kpl. Mohamad Redzuan bin Harun (SP23)

SP23 bertugas sebagai sentri Lokap D9. Pada 14 Mei 2013, SP23

bertugas dari 3.00 petang hingga 11.00 malam dan SP23 menjalankan

tugas sebagai anggota sentri dari 7.00 malam hingga 11.00 malam. 30

Sepanjang SP23 bertugas sebagai sentri lokap tiada pergerakan keluar

masuk melibatkan si mati dari Lokap D9.

SP23 dalam keterangannya memaklumkan bahawa SP23 telah

kehilangan poket diarinya dan SP23 tidak membuat apa-apa laporan 35

kehilangan berhubung poket diarinya kepada penyelia atau pegawai

atasan.

Page 125: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

115

19.24 L/ Kpl. Mohd Fairus bin Mohd Saharudin (SP24) 5

SP24 ialah anggota sentri Kem Komandan yang bertugas mengawal

Lokap D9. Antara tugas SP24 adalah bagi memastikan tiada barang-

barang terlarang dibawa masuk ke dalam lokap. Ketika memulakan tugas,

SP24 perlu mencatatkan kehadirannya, terima tugas daripada siapa, 10

keadaan lokap, keadaan orang tahanan, bilangan orang tahanan, jenis

bangsa, masalah yang dihadapi oleh orang tahanan termasuk jika

mengalami masalah kesihatan atau kesakitan. Menurut SP24, anggota

sentri lokap tidak dibenarkan menyimpan kunci lokap dan kunci tersebut

disimpan di Kaunter Pejabat Inkuiri D9 yang terletak di bahagian hadapan 15

Lokap D9 tersebut. Menurut SP24, di meja anggota sentri di dalam lokap

hanya terdapat Buku Perharian Lokap, Borang Pol 84, buku lawatan dan

fail bagi borang keluar masuk OKT.

Pada 13 Mei 2013 hingga 21 Mei 2013, SP24 ada bertugas di Lokap D9. 20

SP24 merujuk kepada Eksibit P31 dan mengesahkan bahawa SP24 ada

bertugas sebagai sentri Lokap D9 sepertimana catatan di entri no. 2971

hingga 2979.

SP24 juga mengesahkan bahawa SP24 bertugas pada 19 Mei 2013 dan 25

entri no. 3121 hingga entri 3123 telah ditulis olehnya. Pada 19 Mei 2013

tersebut, SP24 telah menerima tugas daripada SP21 dan kemudian SP24

telah menyerahkan tugas kepada SP19. Menurut SP24, pada 21 Mei

2013, SP24 telah mendapat arahan bagi menggantikan tugasan seorang

anggota Kem Komandan bernama Muhamah Hasanain yang tidak dapat 30

hadir bertugas dan bagi tujuan tersebut, SP24 dijadualkan untuk

menjalankan tugasan sentri Lokap D9 dari jam 11.00 pagi hingga 3.00

petang.

Pada jam 11.00 pagi, SP24 telah melaporkan diri dan menerima tugasan 35

sentri daripada SP22 sepertimana catatan di entri no. 3147 di Eksibit P31

dan ketika itu Lokap D9 berada dalam keadaan kosong kerana si mati

telah dibawa keluar bagi tujuan urusan ambil gambar. Menurut SP24 lagi,

Page 126: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

116

pada jam 11.15 pagi, si mati telah dibawa masuk ke Lokap D9 oleh 5

seorang anggota D9 dan SP24 telah membuat catatan di entri no. 3148

di P31 dengan mencatatkan “anggota D9 bawa masuk 1 OKT India

bersangkut SD/3145/13 keadaan terkawal”. SP24 kemudiannya

meneruskan tugasan di lokap tersebut.

10

Menurut SP24 lagi, pada sekitar jam 2.20 petang, SP43 telah datang ke

Lokap D9 dengan membawa kunci lokap dan kunci sel dan telah

membawa si mati keluar dari lokap. SP24 telah mencatatkan entri no.

3149 iaitu “RF 122839 bawa keluar 1 OKT India penama : Dharnendran

a/l Narayanasamy (KPT: 811028-14-5551) keadaan terkawal”. 15

Memandangkan lokap telah menjadi kosong setelah OKT diambil keluar

oleh SP43, SP24 telah meminta kunci lokap daripada SP43. Menurut

SP24 lagi, oleh kerana lokap tiada orang tahanan lagi ketika itu, pada

sekitar jam 2.30 petang, SP24 membuat keputusan untuk turun ke pos

pengawal yang terletak di hadapan pintu masuk IPK Kuala Lumpur. 20

Sebelum turun, SP24 membuat catatan di entri no. 3150 pada

jam 2.30 petang “Konst/s 20563 turun ke pos pengawal. Lokap dalam

keadaan (kosong) terkawal.” seperti di Eksibit P32. Ketika meninggalkan

lokap, SP24 hanya merapatkan semula pintu lokap tanpa menguncinya.

SP24 kemudiannya menyerahkan kunci lokap kepada SP28 yang berada 25

di Kaunter Pejabat Inkuiri dan memaklumkan kepadanya bahawa lokap

dalam keadaan kosong dan SP24 akan turun ke bawah untuk standby di

pos pengawal dan meminta SP24 dimaklumkan jika si mati dibawa

semula ke lokap. Oleh itu, SP24 telah menunggu di pos pengawal

sehingga jam 3.00 petang, iaitu masa tamat tugas beliau dan pada jam 30

3.00 petang SP24 menyerahkan tugas sentri lokap kepada SP25 secara

lisan di pondok pengawal. SP24 kemudiannya memaklumkan kepada

SP25 bahawa tiada orang tahanan terdapat dalam Lokap D9 ketika itu.

SP24 kemudiannya telah pulang ke rumah.

35

Pada sekitar jam 5.00 petang, SP24 mendapat panggilan telefon daripada

SP43 yang meminta SP24 untuk datang semula ke balai dengan segera.

Apabila SP24 sampai di IPK pada jam 6.00 petang, SP24 melihat SP41

Page 127: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

117

telah ada di situ menunggunya. SP24 kemudiannya terus dibawa oleh 5

SP41 ke dalam bilik SP27 iaitu bilik Pegawai Turus (PT) D9. Ketika tiba di

bilik SP27, SP24 mendapati terdapat lebih kurang 7 hingga 8 orang

pegawai termasuklah SP39 dan SP27 telah berada di situ. Suasana di

dalam bilik SP27 pada ketika itu agak kelam kabut. Menurut SP24, SP39

telah menunjukkan Eksibit P31/P32 kepada SP24 dan bertanyakan sama 10

ada SP24 yang membuat catatan di entri terakhir iaitu entri 3151 “Lokap

dalam keadaan (kosong) terkawal” dan SP24 mengesahkan entri tersebut

dibuat olehnya. Ketika itu SP24 tidak tahu bahawa si mati telah meninggal

dunia. SP24 kemudiannya dibawa ke Bilik Mesyuarat Pejabat D9. Di Bilik

Mesyuarat tersebut terdapat SP27, SP39, SP44, SP42, SP43, SP41 serta 15

SP26, iaitu pegawai dan anggota D9 dan termasuk SP60.

Semasa di Bilik Mesyuarat itu, SP24 telah diserahkan dengan satu kertas

oleh SP39 dan SP24 telah diminta menyambung catatan di entri 3150

dengan perkataan-perkataan seperti mana yang tertulis dalam kertas 20

tersebut. Bagaimana pun, SP24 menghadapi kesukaran membaca tulisan

di kertas tersebut. Oleh itu SP39 telah menyerahkan kertas tersebut

kepada SP44 dan mengarahkan SP44 untuk membaca tulisan di kertas

tersebut dan SP24 mula menulis apa yang dibacakan itu di dalam Eksibit

P32. Tambahan yang dicatatkan oleh SP24 pada entri no. 3150 di Eksibit 25

P32 selepas perkataan terakhir “Lokap dalam keadaan (kosong) terkawal”

ialah “OKT diambil oleh Insp. Hairi Krishnan dan anggota untuk

dibebaskan tanpa syarat. Pegawai Penyiasat ASP Shazif telah

dimaklumkan, reman OKT tamat tamat pada 21/05/13. Lokap kosong

kerana OKT dibawa keluar dan dalam keadaan baik dan terkawal”. SP24 30

mengakui perkataan-perkataan yang beliau diminta sambung tulis pada

entri no. 3150 tersebut adalah maklumat yang tidak benar.

SP24 seterusnya mengatakan bahawa selepas menulis tambahan entri

no. 3150, SP24 telah diminta membuat catatan entri no. 3151 secara 35

“dictation” oleh SP44. SP24 mengatakan ketika pertengahan menulis

pada ayat “...minta ubat asthma diserahkan kepadanya”, SP24 telah

merasakan sesuatu yang telah berlaku kepada si mati dan SP24 telah

Page 128: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

118

berhenti menulis. Ketika itu SP39 telah mengarahkan SP24 untuk pergi 5

ke lokap untuk menunjukkan di mana inhaler si mati disimpan. SP24 telah

pergi ke Lokap D9 dan ketika itu SP24 melihat SP18 dan ASP Wong dari

Kem Komandan dan SP25 berada di kawasan lokap tersebut. SP24

dinasihatkan oleh SP18 untuk tidak mencatat apa-apa sekiranya

diarahkan oleh D9. 10

Seketika selepas itu SP24 dan SP25 telah diarahkan oleh pegawai D9

untuk masuk semula ke Bilik Mesyuarat. Setiba di Bilik Mesyuarat

tersebut, SP24 melihat SP60 telah berada di situ dengan pegawai dan

anggota D9 terdahulunya. SP24 telah diarahkan oleh SP44 untuk 15

menyambung tulisan di entri no. 3151 sehingga tamat entri no. 3151

tersebut. Entri 3151 tersebut adalah berbunyi “ No. siri 3151: tarikh dan

masa catatan dibuat 1450 hrs: Nama dan nombor yang membuat catatan

Fairus 20363 : Tajuk 1 OKT masuk: Insp Hairi (Hare) telah memasukkan

OKT semula dan memaklumkan kepada OKT penama: Dharmendran a/l 20

Narayanasamy KPT: 811028-14-5551 ditangkap semula berkait Petaling

Rpt 1384/13 sek 395/397 KK. I.O. Insp Hairul Zaidi bin Zainal dan OKT

dimasukkan di dalam lokap dalam keadaan baik. Insp Hairi (Hare) ada

memaklumkan kepada saya OKT ada mengadu sakit asthma dan minta

ubat asthma diserahkan kepadnya. Keadaan terkawal.” SP24 mengakui 25

maklumat yang diarahkan oleh SP44 untuk dituliskan oleh SP24 tersebut

adalah maklumat yang tidak benar.

SP24 mengatakan beliau tidak membuat apa-apa tambahan perkataan

beliau sendiri dan menulis sepenuhnya apa yang diberitahu kepadanya. 30

Selepas menulis entri no. 3151, Insp. Hare telah memeriksa maklumat

yang ditulis oleh SP24 itu.

Selepas itu SP24 telah diminta pula supaya menulis entri no. 3152 dengan

mencatatkan “Masa “1500 hrs” Tajuk : Serah Tugas: Konst/s 20563 35

selesai tugas sentri lokap & serah tugas kepada L/Kpl 144682. OKT 1

L/India penama : Dharmendran a/l Narayanasamy KPT: 811028-14-5551.

Keadaan terkawal.” SP24 mengakui maklumat ini juga tidak benar. Ini

Page 129: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

119

kerana semasa serah tugas dibuat kepada SP25, ianya dibuat di pondok 5

pengawal dan secara lisan.

SP24 dirujukkan dengan laporan polis tentang kematian si mati yang

dibuat di atas nama SP25, iaitu THSL/018468/12 yang dibuat pada 21 Mei

2013 jam 19:17 (Eksibit P38). SP24 mengatakan laporan polis kematian 10

si mati telah ditaip oleh SM Md Ali di Pejabat D9, dan semasa itu SP24

berada bersama SP25 di Kaunter Pejabat Inkuiri D9. SP24 mengatakan

pengataan di dalam laporan polis Eksibit P38 tersebut yang membutirkan

tentang keadaan kematian si mati bukan perkataan-perkataan beliau atau

SP25. SP24 mengakui kandungan laporan tersebut adalah tidak benar. 15

Selepas itu Majistret telah tiba dan memeriksa mayat si mati. Pada masa

tersebut SP24 juga berada di situ dan ada melihat inhaler berwarna ungu

di sebelah mayat si mati. Selepas Majistret beredar, pada sekitar jam 9.00

malam, SP24 telah membantu anggota dari Balai Dang Wangi 20

mengangkat mayat si mati untuk dibawa ke hospital dan SP24 telah turun

ke pondok pengawal dan pulang ke rumah.

SP24 mengatakan pada 16 Februari 2014, SP24 telah membuat satu

laporan polis bagi tujuan melindungi dirinya berkaitan entri-entri yang 25

beliau telah diarahkan menulis (Eksibit P36).

SP24 juga mengatakan beliau ada mencatatkan dalam buku sakunya

tentang segala arahan yang diterima SP24 berkaitan entri-entri yang

beliau diarahkan membuat dalam buku sakunya (Eksibit P35). 30

Berhubung pengubahan masa yang kelihatan berlaku pengubahan di

entri no.3149 dan entri 3150 (Eksibit P32), SP24 mengatakan entri no.

3149 iaitu pengubahan masa “12.20” dan entri no. 3150 masa “12.30”

telah dibuat atas panduan SP43. SP24 mengatakan pengubahan masa di 35

entri no. 3149 dan 3150 tersebut dibuat oleh SP24 selepas dua hari

kejadian kematian si mati. Menurut SP24, pengubahan dibuat atas

panduan SP41 dan SP43 dalam mana SP41 dan SP43 telah membawa

Page 130: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

120

Buku Perharian Balai (Eksibit P32) untuk dipinda oleh SP24. SP24 5

menjelaskan catatan masa asal “14.20” di entri no. 3149 dan masa “14.30”

di entri no. 3150 yang dibuat oleh SP24 adalah yang sebetulnya. SP24

memberitahu bahawa sebelum pengubahan masa dibuat, SP24 telah

dibawa ke sebuah hotel di Sentul oleh SP41, 42 dan SP43 untuk bertemu

SP60 dan SP39. Dalam pertemuan itu, SP60 telah mengarahkan SP24 10

supaya membuat pengubahan ke atas masa di entri no. 3149 dan 3150

tersebut bagi diselarikan dengan masa tangkapan semula si mati. SP24

membuat pengubahan masa di Buku Perharian Balai (Eksibit P32) di

Pejabat D9 selepas balik dari perjumpaan di hotel di atas panduan yang

diberikan oleh SP43 dan SP41 di atas arahan oleh SP39 tersebut. SP24 15

mengakui bahawa masa yang diarahkan supaya beliau membuat

pegubahan adalah tidak benar.

19.25 L/Kpl Mohd Fairul bin Mohd Fauzi (SP25)

20

SP25 bertugas di Kem Komandan dan ditugaskan sebagai anggota sentri

Lokap D9. Pada 14 Mei 2013, SP25 bertugas sebagai sentri di Lokap D9

dari jam 11.00 malam hingga 7.00 pagi. SP25 ada membuat catatan

dalam Buku Perharian Balai (Eksibit P31) iaitu entri no. 3011, 3081

hingga 3082 bagi hari tersebut. SP25 mengatakan tiada pergerakan 25

keluar masuk si mati dari Lokap D9 pada hari tersebut.

SP25 juga bertugas sentri Lokap D9 pada 17 Mei 2013 dari jam 7.00

petang hingga 11.00 malam. SP25 mengatakan tiada pergerakan keluar

masuk si mati dari Lokap D9 pada hari tersebut. 30

Pada 21 Mei 2013, SP25 tiba di IPK Kuala Lumpur pada sekitar jam 2.30

petang dan dijadualkan untuk mengambil alih tugas sentri Lokap D9 pada

jam 3.00 petang. SP25 telah berjumpa SP24 di pondok pengawal dan

telah dimaklumkan oleh SP24 bahawa tiada terdapat orang tahanan di 35

Lokap D9 ketika itu dan lokap kosong kerana si mati telah dibawa keluar.

Oleh yang demikian SP25 terus berada di pondok pengawal dan tidak

naik ke Lokap D9 yang terletak di Tingkat 7.

Page 131: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

121

Pada sekitar jam 4.30 petang, SP38 iaitu anggota pondok pengawal telah 5

memberitahu SP25 bahawa SP38 telah menerima panggilan telefon

daripada anggota D9 yang meminta SP25 supaya naik ke Pejabat D9

kerana si mati dikatakan telah dibawa masuk ke lokap. SP25 terus naik

ke Tingkat 7 dan setiba di Kaunter Pejabat Inkuiri, SP25 telah meminta

kunci lokap daripada SP28, namun dimaklumkan oleh SP28 bahawa 10

kunci Lokap D9 berada dengan anggota di dalam Lokap D9. SP25 terus

berjalan menuju ke arah lokap dan mendapati pintu lokap telah terbuka.

SP25 masuk ke dalam kawasan lokap dan mendapati pintu sel lokap juga

dalam keadaan terbuka dan ketika itu SP24 melihat SP42 berada

bersama si mati di dalam sel. Ketika itu SP24 melihat si mati berada dalam 15

kedaan terbaring di lantai sel dalam posisi terlentang, manakala SP42

dalam keadaan berdiri di sebelah kepala si mati. Apabila dirujukkan oleh

pegawai pengendali siasatan dengan gambar Eksibit P5 (gambar No.3),

SP25 mengatakan kedudukan si mati dalam gambar tersebut berbeza

dengan apa yang dilihatnya ketika mula-mula masuk di sel tersebut. 20

Menurut SP25, ketika pertama kali SP25 memasuki sel, SP25 melihat

kedudukan si mati di dalam sel adalah sedikit rapat dengan pintu sel

dengan posisi tangan si mati berada di atas, si mati tidak berbaju dan

SP25 tidak melihat terdapat inhaler di sisi si mati berbanding dengan 25

gambar No. 3 (Eksibit P5) yang melihatkan si mati berbaju, terdapat

inhaler di tepi si mati dan kedua-dua tangan si mati berada di lantai sel.

SP24 telah bertanyakan SP42 tentang keadaan si mati tersebut dan SP42

menjawab tidak tahu dan mengatakan kemungkinan si mati telah

meninggal dunia. 30

SP25 kemudiannya telah pergi ke meja sentri dalam lokap untuk membuat

catatan masuk tugas di dalam Buku Perharian Balai (Eksibit P32) tetapi

telah ditegah oleh SP42. Oleh itu SP25 tidak menulis catatan masuk tugas

di Eksibit P32 tersebut. SP42 kemudiannya telah mengambil Buku 35

Perharian Balai (Eksibit P31/P32) dan membawa keluar buku tersebut.

Beberapa ketika selepas itu, ASP Tay Chew Thwa @ Rico Tay (SP45)

datang ke lokap dan sel lokap tersebut. SP42 juga ikut datang dan masuk

Page 132: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

122

ke sel lokap. SP25 mendengar SP45 bertanya kepada SP42 sama ada 5

ambulans sudah dihubungi dan SP42 menjawab sudah. Selepas

perbualan tersebut, SP25 melihat SP45 dan SP42 cuba menyelamatkan

si mati dengan cara menekan dada si mati dan menggerakan tangan si

mati seperti membuat CPR, namun tiada apa-apa pergerakan daripada si

mati. 10

Selepas itu, SP25 telah pergi ke Kaunter Pejabat Inkuiri D9 dan

menelefon SP32 selaku pegawai in-charge pondok pengawal dan

memaklumkan kemungkinan ambulans akan memasuki Bangunan IPK

Kuala Lumpur dan meminta SP32 untuk memaklumkan perkara tersebut 15

kepada OC Kem Komandan bahawa ada kemungkinan si mati telah

meninggal dunia. Setelah itu, SP25 telah kembali semula ke lokap dan

SP25 telah diarahkan oleh SP45 supaya tidak pergi ke mana-mana

kerana perlu membuat laporan kematian. Menurut SP25 lagi, pada sekitar

jam 4.50 petang, dua pegawai perubatan telah sampai ke lokap tersebut 20

dan membuat pemeriksaan ke atas si mati. Selepas lebih kurang 10 minit

pemeriksaan dijalankan, pegawai perubatan tersebut teleh mengesahkan

bahawa si mati telah meninggal dunia.

Menurut SP25, lebih kurang pukul 6.50 petang, Timbalan OCPD Dang 25

Wangi telah tiba dan SP25 telah dipanggil supaya masuk ke Bilik

Mesyuarat D9 oleh anggota D9. Semasa berada di dalam bilik tersebut,

SP25 mendapati SP60, SP27, SP39, SP47, SP44 dan SP52 dari Cheras

termasuk SP24 telah pun berada di dalam Bilik Mesyuarat D9 tersebut. Di

dalam bilik tersebut, SP25 melihat SP44 mengarahkan SP24 untuk 30

membuat catatan pada Buku Perharian Balai (Eksibit P32) dengan

merujuk catatan yang ditulis dalam sekeping kertas. Selepas selesai

catatan dibuat oleh SP24, SP25 melihat SP44 membuat rangkaan catatan

di atas kertas kosong dan kemudiannya diserahkan oleh SP44 kepada

SP25. Catatan di kertas yang diserahkan itu dijadikan rujukan oleh SP25 35

untuk mencatat entri no. 3153 dalam Eksibit P32. SP25 mengatakan

kandungan entri no. 3153 tersebut bukan perkataan oleh SP25 tetapi

dirangka oleh SP44 dan SP39. Catatan entri no.3153 tersebut berbunyi

Page 133: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

123

(eksibit P32) “3153 : 1501 hrs : Fairul 144682: Terima Tugas : L/Kpl 5

144682 terima tugas sentri lokap daripada Konst/s 20563 bersama 1 OKT

bangsa India penama Dharmendran A/L Narasamy KPT: 811028-14-

5551. Dimaklumkan OKT dalam keadaan baik adanya.” SP25 mengakui

pengataan yang terdapat dalam entri no. 3153 tersebut adalah kandungan

tidak benar kerana ketika jam “1501” tersebut, SP25 masih berada di 10

pondok pengawal dan cuma naik ke Lokap D9 pada sekitar jam 4.30

petang.

SP25 mengesahkan catatan dari entri no.3156 iaitu ketibaan pegawai

perubatan sehingga entri no. 3161 iaitu serah tugas pada jam “20.30 Hrs” 15

adalah entri yang dibuat kemudian oleh beliau dua atau tiga hari selepas

kejadian kematian si mati di Pejabat D9 kerana Buku Perharian Balai telah

diambil simpan oleh Pejabat D9.

SP25 seterusnya mengatakan semasa perjumpaan di Bilik Mesyuarat, 20

Pejabat D9, pada malam 21 Mei 2013 tersebut, SP25 juga telah diarahkan

oleh SP60 untuk membuat laporan kematian si mati melalui catatan

lakaran oleh SP60 dan ditaip oleh SM Md Ali pada jam 7.00 petang.

Laporan kematian si mati telah dibuat di atas nama SP25 jam “19.17” dan

selepas selesai ditaip oleh SM Md Ali, SM Md Ali mengarahkan SP25 25

supaya menandatangani laporan tersebut. Laporan tersebut berbunyi

seperti berikut (Eksibit P38):

“Pada 21/5/2013 jam 3.00 petang saya L/Kpl 144682 Fairul telah

menjalankan tugas mengawal lokap di cawangan D9 JSJ IPPK, 30

KL. Semasa bertugas itu saya dapati seorang tahanan bernama

Dharmendran a/l Narayanasamy KPT: 811028-14-6561 yang

ditangkap bersangkut THSL Rpt; 18421/13 berada di dalam lokap

sedang tidur. Pada jam 4.15 petang, 21/5/2013 lelaki tersebut

(tahanan) terjaga dari tidur dan beritahu kepada saya dia sakit 35

dada sambil lelaki itu pegang dadanya dan minta kepada saya

untuk pergi ke hospital. Saya terus maklumkan kepada Kpl/D

119457 Nizam yang bertugas di pejabat pertanyaan JSJ (D9)

Page 134: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

124

IPPK, KL untuk menghubungi ambulan untuk membawa tahanan 5

yang mengadu sakit dada. Saya balik semula ke sel lokap. Saya

dapati tahanan baring semula seperti tidur. Lebih kurang jam 4.50

petang, pegawai perubatan bernama En. Mohd Anuar b.

Mohamad dan En. Azmirzi b. Abd. Aziz sampai ke sel. Dengan

menggunakan kunci lokap saya telah membenarkan kedua-dua 10

pegawai perubatan itu masuk untuk memeriksa tahanan yang

sedang terbaring. Tidak lama selepas pegawai perubatan

memeriksa tahanan, pegawai perubatan itu telah mengesahkan

tahanan telah mati. Saya membuat laporan ini untuk tindakan

lanjut. Sekian aduan saya.” 15

SP25 mengakui kesemua kandungan laporan polis (Eksibit P38) oleh

SP25 tersebut, kecuali kenyataan tentang ketibaan pegawai perubatan

dan pemeriksaan ke atas si mati, adalah kandungan yang tidak benar

yang SP25 telah diarahkan membuatnya di atas arahan SP60. 20

SP25 seterusnya mengatakan pada jam 7.52 malam, SP4 telah tiba dan

membuat pemeriksaan pada badan si mati. Kehadiran Majistret di Lokap

D9 bagi memeriksa mayat si mati turut diiringi oleh ACP Aziz, SP60 dan

SP27. 25

Pada jam 8.30 malam, setelah Tuan Majistret pulang, anggota dari Balai

Tun HS telah sampai ke Lokap D9 dan SP25 melihat mayat si mati dibawa

keluar dari lokap. SP25 kemudiannya telah serah tugas pada SP38

secara lisan sahaja kerana Buku Perharian Balai tidak berada di Lokap 30

D9. SP25 kemudian turun ke pondok pengawal dan pulang ke rumah lebih

kurang jam 11.00 malam.

SP25 juga mengatakan, dua hari selepas kejadian tersebut, SP25

menerima sms daripada SP43 memintanya untuk berjumpa di IPK untuk 35

membuat catatan di Eksibit P32, iaitu bagi mencatat entri no. 3154, 3155,

3156, 3157, 3158, 3159, 3160 dan 3161. Pertemuan di Pejabat D9 pada

hari tersebut turut dihadiri oleh SP24, SP41, SP42, SP43 dan SP44.

Page 135: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

125

SP25 mengatakan catatan entri no. 3154 jam 4.15 petang dan entri no. 5

3155 jam 4.17 petang telah ditulis oleh SP25 di atas arahan Insp. Hare.

Catatan entri no. 3154 berbunyi : “1615 Hrs : Fairul 144682 : Makluman :

L/Kpl 144682 terima aduan daripada OKT penama Dharmendran A/L

Narasamy maklum sesak nafas dan rasa hendak pergi hospital untuk buat 10

rawatan.”

Catatan entri no. 3155 berbunyi : “1617 Hrs : Fairul 144682 : Makluman :

L/Kpl 114682 terus memaklumkan kepada anggota bertugas D9, Kpl

Nizam.” 15

SP25 mengatakan kandungan entri no. 3154 dan entri no. 3155 tersebut

adalah kandungan tidak benar dan bukan dibuat secara lazimnya ketika

bertugas.

20

SP25 juga berkata semasa semua catatan tersebut dibuat, SP 24, SP44,

SP42, SP41 dan SP43 ada bersama di situ.

SP25 juga mengatakan semasa perjumpaan tersebut, SP25 juga telah

diarahkan oleh SP44 bagi mencatatkan entri no. 3156, 3157, 3158, 3159, 25

3160 dan 3161 yang merupakan perkataan SP44. SP25 mengakui

bahawa catatan di entri no. 3156, 3157, 3158, 3159, 3160, dan 3161 tidak

dibuat secara lazimnya, iaitu secara segera ketika bertugas.

SP25 juga mengatakan bahawa dua hari selepas kejadian, SP25 30

bersama SP24 telah dibawa oleh SP 41, SP42 dan SP43 ke Hotel Grand

Continental di Sentul untuk berjumpa dengan SP60. SP60 berada di hotel

tersebut bagi menghadiri satu majlis perkahwinan. Turut hadir ialah SP24.

Semasa pertemuan tersebut SP25 dan SP24 telah dinasihati oleh SP60

supaya jangan risau dan tidak perlu membuat laporan polis. 35

Pada 16 Februari 2014, SP25 telah membuat satu laporan polis (Eksibit

P39) dengan tujuan tidak mahu terlibat dengan kematian si mati dan

Page 136: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

126

memberikan butiran keadaan bagaimana entri di Eksibit P32 telah diarah 5

catat. SP25 juga telah membuat catatan berkaitan arahan-arahan yang

diterimanya itu dalam buku saku SP25 (Eksibit P37).

19.26 Mohd Saad bin Kimbok (SP26)

10

SP26 bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9), IPK Kuala

Lumpur. SP26 ialah anggota 24 jam yang menjalankan tugas pentadbiran,

tugas-tugas luar operasi dan memantau pergerakan anggota di D9. Selain

itu, tugas SP26 termasuk memeriksa OKT dan kebersihan dalam lokap.

SP26 turut bertanggungjawab untuk menyediakan Eksibit P40 hingga 15

Eksibit P49 atas arahan SP27.

SP26 menyatakan bahawa kunci lokap disimpan di Kaunter Pejabat

Inkuiri D9 oleh anggota D9 manakala anggota Kem Komandan hanya

bertugas di lokap sahaja. Pada 16 Mei 2013, SP26 bertugas 24 jam tetapi 20

SP26 memberitahu ada kalanya pihaknya terpaksa keluar apabila ada kes

kejadian tembak, samun dan tidak hanya menumpukan penjagaan lokap

sahaja.

Pada 21 Mei 2013, SP26 bertugas 24 jam bersama SP28, SP29 dan 25

SP30. Penyelia pada hari tersebut ialah SP45. SP26 menyatakan Buku

Perharian Balai (Eksibit P31/P32) diletakkan di Kaunter Pejabat Inkuiri D9

untuk mencatat pergerakan anggota dan pegawai pengiring. Menurut

SP26 pada hari tersebut, SP26 ada bercakap pada anggota iaitu SP28,

SP29 dan SP30 untuk tindakan tangkap semula atau pergi reman si mati 30

kerana tempoh reman si mati telah tamat.

SP26 dalam keterangannya memaklumkan bahawa tindakan telah

diambil kerana terdapat laporan tangkap semula lebih kurang jam 1 atau

2 petang yang dimasukkan ke dalam fail si mati di Kaunter Pejabat Inkuiri 35

D9. Ketika itu SP26 ada bersama SP28 untuk tugasan di Kaunter Pejabat

Inkuiri D9. SP26 menyatakan bahawa sekitar jam 4 lebih, terdapat

Page 137: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

127

anggota D9 yang meminta kunci lokap dan ia telah diserahkan oleh SP29 5

kepada anggota D9 tersebut.

SP26 telah dimaklumkan oleh anggota sentri bahawa si mati mengalami

sesak nafas di lokap. SP26 mengarahkan SP28 untuk memanggil

ambulans dan mencatatkan pada Eksibit P31/P32 dan poket diari. SP26 10

turut memaklumkan 2 anggota paramedik telah tiba dan terus dibawa ke

lokap oleh SP28 dan diiringi oleh yang lain.

SP26 telah memaklumkan kepada SP27, SP39 dan pegawai lain

berkenaan kejadian tersebut. SP26 tidak melihat si mati di lokap kerana 15

menjaga Kaunter Pejabat Inkuiri D9 bersama SP28. Menurut SP26 pada

21 Mei 2013, SP26 tidak nampak SP44 bertugas pada hari tersebut.

SP26 selanjutnya memberitahu bahawa SP43 dan SP41 tidak bertugas

tetapi berada di kawasan pejabat. SP26 tidak pasti sama ada si mati 20

dibawa keluar dan tidak pasti siapa yang buka kunci lokap. SP26 dalam

keterangannya memberitahu bahawa pada 21 Mei 2013, SP26 tidak

memegang kunci lokap. SP26 memaklumkan bahawa kunci lokap hanya

boleh diambil oleh anggota D9 dan bukannya anggota Kem Komandan.

25

19.27 A/ACP Yahya bin Abdul Rahman (SP27)

SP27 ialah Pegawai Turus D9, IPK Kuala Lumpur. SP27

bertanggungjawab terhadap semua pegawai dan anggota yang bertugas

di Cawangan D9 dan hal-hal berhubung pentadbiran D9. Selain itu SP27 30

turut memberikan tumpuan kepada jenayah-jenayah berat atau berbentuk

kekerasan, termasuk kes politik. SP27 mengambil maklum tentang jadual

tugas harian anggota di D9 manakala tugasan dan jadual anggota dari

kem komandan tidak dimaklumkan kepadanya.

35

Dalam keterangannya, SP27 menerangkan sebab-sebab kunci lokap

disimpan di Kaunter Pejabat Inkuiri D9 ialah untuk memastikan anggota

lokap tidak membuat apa-apa yang melanggar peraturan atau undang-

Page 138: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

128

undang. Kunci lokap disimpan oleh anggota yang bertugas di Kaunter 5

Pejabat Inkuiri D9 atas alasan sekiranya berlaku kecemasan, anggota

inkuiri akan mengambil tindakan segera.

SP27 dirujuk kepada Eksibit P18, Hukuman Tetap Ketua Polis Campbell

Kuala Lumpur bilangan 1/1989 dan mengesahkan bahawa Eksibit P18 10

menjadi panduan kepada Bahagian D9 dan turut ditempatkan di pejabat

PT D9 (SP27) untuk rujukan semua anggota. Berdasarkan kepada Eksibit

P18, SP27 menyatakan bahawa SP27 ialah Penolong Penjaga Lokap dan

OCPD Dang Wangi merupakan Pegawai Penjaga Lokap.

15

SP27 memaklumkan tugasan lawatan lokap olehnya bergantung kepada

keadaan kerana pegawai dan anggota 24 jam telah ditugaskan untuk

tugasan tersebut. SP27 mengakui ada percanggahan antara Arahan

nombor 3 di (Eksibit P49) yang menetapkan jumlah OKT yang

ditempatkan di lokap tidak boleh melebihi 7 orang manakala gazet 20

menetapkan jumlah maksimum OKT yang boleh ditempatkan adalah

seramai 4 orang.

Berhubung siasatan terhadap si mati, SP27 telah memberikan arahan

untuk SP44 dilantik sebagai Pegawai Projek manakala anggota pasukan 25

projek dipilih oleh pegawai projek itu sendiri. SP27 menerangkan tugas

pegawai projek adalah untuk develop sesuatu kes sehingga kes tersebut

selesai.

Pada 21 Mei 2013, SP27 telah menghadiri mesyuarat pada jam 8.30 pagi 30

bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan semua pegawai turus

sehingga pukul 10.00 ke 10.30 pagi. SP27 dalam keterangannya

memaklumkan bahawa IO kes si mati, SP52 dari IPD Cheras telah

berjumpa dengan SP27 untuk mendapatkan arahan lanjut berhubung

siasatan ke atas si mati. SP27 dalam keterangannya memaklumkan 35

bahawa SP27 telah memberikan arahan dengan jelas dan teliti kepada

SP52 serta meminitkan tindakan yang perlu diambil sebelum si mati

dibebaskan. Arahan yang diberikan oleh SP27 kepada SP52 adalah

Page 139: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

129

prosedur perlu diikuti sebelum si mati dibebaskan dan arahan telah 5

diberikan agar ujian DNA dibuat ke atas si mati terlebih dahulu sebelum

dibebaskan, namun ia tidak dipatuhi oleh SP52.

Lebih kurang pukul 10.00 pagi, SP27 telah mencari SP44 untuk

menjumpakan SP44 dengan SP52 serta membincangkan kes berkaitan 10

si mati memandangkan reman si mati akan tamat pada hari tersebut.

Namun, SP27 tidak dapat berjumpa dengan SP44.

SP27 selanjutnya menyatakan bahawa pihaknya telah mendapat

feedback daripada mangsa bahawa si mati telah terlibat dalam kes 15

tembakan dua orang lelaki. Selain itu, si mati juga terlibat dengan kes lain

seperti kongsi gelap, samun dan lain-lain. Lanjutan daripada itu, SP27

telah berbincang dengan SP60 dan keputusan telah diambil supaya si

mati ditahan. Oleh yang demikian, SP27 bersetuju untuk mengeluarkan

arahan untuk SP52 membebaskan si mati dan SP44 bersama pasukan 20

akan melakukan tangkapan semula ke atas si mati. Memandangkan SP27

perlu keluar dari pejabat, SP27 telah mengarahkan SP39 menguruskan

hal reman si mati.

Merujuk kepada Eksibit P50, SP27 menyatakan walaupun SP44 tidak 25

hadir semasa tangkapan dibuat, pasukan SP44 sendiri boleh membuat

tangkapan. SP27 menyatakan bahawa ID atau kata laluan boleh

digunakan oleh anggota yang lain semasa membuat laporan polis. Ia

dibenarkan tetapi anggota tersebut perlu bertanggungjawab atas

kemungkinan yang berlaku. SP27 mengatakan mengikut butir-butir 30

penerima laporan, SP44 telah memakai ID sendiri untuk membuat

laporan.

SP27 mengatakan bahawa, sekitar waktu petang SM Md Ali ada

memaklumkan kepada SP27 bahawa si mati telah pengsan. SP27 35

mengarahkan anggota memanggil ambulans dan membawa si mati ke

hospital. Kemudian SP45 ada menghubungi SP27 melalui telefon dan

memberitahu kepada SP27 bahawa si mati telah meninggal dunia.

Page 140: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

130

Setibanya di Pejabat D9 lebih kurang waktu Maghrib, SP27 telah ke lokap 5

dan melihat si mati terbaring di lokap. Kemudian SP27 berjumpa dengan

SP60 di Bilik Mesyuarat dan telah mendapatkan maklumat daripada

anggota, apa yang berlaku secara ringkas. SP27 turut menyemak Buku

Perharian Balai (Eksibit P31/P32) di lokap dan mendapati catatan di buku

tersebut tidak dibuat dengan proper dan tidak lengkap iaitu tidak mencatat 10

mengikut waktu yang sepatutnya.

SP27 menyatakan mesyuarat telah diadakan yang mana dua orang

anggota sentri telah dipanggil dan arahan telah diberikan oleh SP60 untuk

kedua-dua anggota sentri tersebut melengkapkan Eksibit P31/P32. SP27 15

dalam keterangannya menyatakan bahawa sepanjang mesyuarat

tersebut, SP27 tidak melihat kedua-dua anggota tersebut menulis Eksibit

P32.

SP27 selanjutnya menyatakan SP39 telah diarahkan untuk menguruskan 20

semuanya. Selepas Buku Perharian Balai dilengkapkan SP27 tidak

membaca kerana SP27 kemudiannya telah bercuti. SP27 dirujuk kepada

Eksibit P38 dan SP27 menyatakan semasa satu mesyuarat tidak formal

diadakan, SP60 telah memutuskan yang anggota lokap perlu membuat

laporan kematian. SP27 turut menyatakan SP60 ada membuat catatan 25

ikut sequence kejadian dan peredaran masa. SP27 juga menyatakan

bahawa selepas Eksibit P38 disediakan, SP27 ada membaca Eksibit P38.

SP27 sendiri mengakui bahawa isi kandungan Eksibit P38 mungkin ada

yang betul dan mungkin ada yang tidak betul.

30

SP27 turut dirujuk pocket diary SP24 iaitu Eksibit P35, muka surat 97

entri no. 247 masa 5.50 petang yang menyatakan SP27 berada dalam

Bilik Mesyuarat ketika SD ditulis. SP27 menafikan perkara tersebut dan

menyatakan bahawa poket diary tidak betul dan tidak ditulis pada hari

kejadian, tetapi selepas kejadian. SP27 juga telah menyatakan anggota 35

tersebut telah berbohong dalam poket diari mereka. SP27 kemudiannya

mengesahkan adalah satu kesalahan melengkapkan diari perkara-

perkara yang tidak betul.

Page 141: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

131

Berkenaan dengan kemudahan CCTV di D9, SP27 mengakui CCTV di D9 5

telah rosak sejak tahun 2009. SP27 ada membuat aduan kepada Pegawai

Logistik Kontinjen tetapi tiada tindakan daripada mereka. SP27 ada

mengesyorkan supaya Lokap yang ada sekarang tidak begitu sesuai lagi

dan perlu dibaiki dan ditingkatkan mengikut piawaian semasa.

10

SP27 menyatakan bahawa adalah menjadi satu kesalahan apabila

anggota D9 membawa masuk orang tahanan ke dalam sel lokap tanpa

pengetahuan anggota sentri lokap. SP27 mengakui dalam kes si mati,

SOP tangkap semula tidak dipatuhi.

15

SP27 ditanya mengenai gambar bedah siasat yang mempunyai dawai

kokot pada telinga si mati. Menurut SP27, selepas kematian si mati, ramai

yang pergi memeriksa mayat si mati termasuk SP4. Menurut SP27, SP4

yang memeriksa mayat si mati turut tidak menjumpai dawai kokot seperti

dalam gambar tersebut. SP27 juga mengatakan di hospital terdapat pihak 20

yang dibenarkan masuk ke bilik mayat hospital untuk melihat mayat dan

menyatakan kehairanan bagaimana dawai kokot tersebut berada di

telinga si mati. SP27 turut memaklumkan penglibatan Cawangan Kongsi

Gelap dalam menjalankan siasatan terhadap si mati kerana penglibatan

si mati dalam kumpulan kongsi gelap. 25

19.28 D/Kpl Nizam bin Yahya (SP28)

Pada 21 Mei 2013, SP28 bertugas sebagai anggota 24 jam di Pejabat D9.

Anggota 24 jam lain yang bertugas pada hari tersebut ialah SP26, SP30 30

dan D/ Kpl. Than. SP28 dalam keterangannya menyatakan pegawai yang

bertanggungjawab menyelia tugasan anggota 24 jam ialah SP45.

Tugasan SP28 pada hari tersebut adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00

pagi keesokkan harinya. SP28 mengatakan bahawa kunci lokap disimpan 35

di Kaunter Pejabat Inkuiri. SP28 dirujuk kepada Eksibit P18 Perkara 16,

Hukuman Tetap Ketua Polis Daerah perkara 16.1 dan 16.2 yang

menyatakan bahawa kunci mesti disimpan dalam laci setiap masa. SP28

Page 142: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

132

memaklumkan bahawa SP28 tidak pernah melihat atau ditunjukkan 5

Eksibit P18 sepanjang berkhidmat di D9. SP28 berada di Kaunter Pejabat

Inkuiri dari pukul 10.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari.

Menurut SP28, SP43 telah menghubunginya untuk mendapatkan kunci

lokap untuk membawa keluar si mati bagi tujuan diambil gambar. Pada 10

jam 10.15 pagi SP28 ada melihat si mati dibawa keluar dengan tangan

bergari dan dalam berkeadaan sihat. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, SP28

melihat OKT dibawa masuk semula oleh SP41 dan SP43. SP28 tidak

mencatat sebarang aktiviti keluar masuk ke dalam Buku Perharian Balai

Kaunter Pejabat Inkuiri D9 dan tidak diarahkan berbuat demikian. SP28 15

memaklumkan bahawa SP28 hanya mencatat aktiviti yang lakukan

olehnya ke dalam poket diari.

SP28 mempunyai pengetahuan bahawa si mati telah tamat reman melalui

catatan di dalam fail reman si mati yang berada di Kaunter Pejabat Inkuiri. 20

SP28 selanjutnya memaklumkan bahawa SP28 tidak nampak si mati

dilepaskan pada hari tersebut. Pada tengah hari sebelum SP28 keluar

pukul 12.00 tengah hari, SP52, IO kes ada menghubungi SP28 melalui

telefon dan memaklumkan bahawa si mati diberikan jamin polis. SP28

tidak melihat hal sedemikian tetapi hanya mencatat dalam diari pada 25

pukul 12.00 tengahari dan memaklumkan kepada SP26.

Kemudian, pada jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang SP28 telah

keluar makan dan ke surau untuk solat. Pada ketika itu SP26, SP29 dan

SP30 bertugas di Kaunter Pejabat Inkuiri. SP28 tidak pasti sama ada si 30

mati dibawa keluar dari lokap kerana SP28 tidak berada di Kaunter

Pejabat Inkuiri ketika itu dan hanya balik ke kaunter pada jam 2.00 petang

lebih. SP28 hanya Kaunter Pejabat Inkuiri yang menyatakan bahawa si

mati telah ditangkap semula.

35

SP28 telah diminta oleh SP41 untuk menghubungi SP61, IO di IPD

Brickfields lebih kurang jam 2.00 petang untuk memaklumkan ada

tangkapan berkait dengan kes SP61 untuk tujuan permohonan reman

Page 143: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

133

pada esok hari. IO tersebut terkejut dan selanjutnya memaklumkan 5

kepada SP28 bahawa kes yang bersangkut dengan laporan tersebut telah

pun ditutup IPnya. Walau bagaimanapun, SP28 tidak mengingati nama IO

tersebut.

Pada jam 4.15 petang, SP28 mendengar jeritan dari lokap yang 10

mengatakan si mati sakit. SP26 mengarahkan SP28 untuk melihat si mati.

SP28 kemudiannya telah pergi ke arah lokap dan membuka kunci lokap

dan menemui SP25 dalam lokap. SP28 melihat si mati bersandar di

dinding dalam keadaan yang lemah dan mencungap-cungap. SP28

selanjutnya menyatakan bahawa tiada bantuan diberikan kepada si mati. 15

SP28 memaklumkan kejadian tersebut kepada SP26 dan kemudiannya

SP28 telah diarahkan untuk memanggil ambulans.

SP28 telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa OKT dalam

keadaan hampir tidak sedarkan diri. SP28 ada menghubungi SP39 dan 20

memaklumkan kepadanya tentang keadaan si mati. SP28 dalam

keterangannya menyatakan bahawa SP28 tidak melihat mana-mana

pegawai masuk ke dalam lokap kerana ketika itu SP28 berada di Kaunter

Pejabat Inkuiri. Ambulans telah tiba selepas 20 hingga 25 minit SP28

membuat panggilan. 25

SP28 kemudiannya telah mengiringi 2 orang anggota hospital ke lokap

lebih kurang jam 5.00 petang dan telah dimaklumkan bahawa si mati telah

mati. SP28 turut memaklumkan kepada semua pegawai tentang kematian

OKT. SP28 menyatakan bahawa SP28 telah memaklumkan kejadian 30

tersebut kepada SP44 pada jam 5.10 petang yang ketika itu berada di

Bandar Tun Razak.

Menurut SP28, SP41 berada di bilik soal siasat semasa kejadian dan

hanya datang ke lokap mengiringi 2 anggota medik. SP28 kemudiannya 35

telah dimaklumkan bahawa Majistret akan sampai dan telah diarahkan

untuk menunggu di Kaunter Pejabat Inkuiri. SP28 memaklumkan SP27

telah memberi taklimat kepada SP4 semasa dalam perjalanannya ke

Page 144: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

134

lokap. Pada ketika itu keadaan si mati terlentang dan tidak mengingati 5

sama ada si mati berpakaian atau pun tidak.

SP28 tidak nampak inhaler berdekatan dengan si mati. Menurut SP28

pada ketika itu SP27, SP60 dan anggota sentri lokap, SP25 berada di

lokap. SP28 dalam keterangannya menafikan ada memanggil SP25 naik 10

ke lokap pada jam 4.00 petang. SP28 tidak mengetahui bila SP25 masuk

bertugas, tetapi SP28 tahu bahawa jadual bertugas SP25 ialah jam 3.00

petang.

19.29 D/Kpl Salmi bin Putit (SP29) 15

SP29 dalam keterangannya menyatakan bahawa berdasarkan kepada

jadual tugas, pada 21 Mei 2013, SP29 sepatutnya bertugas 24 jam dari

jam 8.00 pagi sehingga 8.00 pagi keesokan harinya di IPK Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, SP29 tidak berada di Pejabat D9, IPK Kuala 20

Lumpur sepanjang masa. Menurut beliau, pada tarikh tersebut, SP29

telah sampai di pejabat lebih kurang pada jam 9.00 pagi selepas

bersarapan pagi.

Kemudiannya kira-kira jam 10.00 pagi, SP29 telah dipanggil oleh SP60 ke 25

pejabatnya dan selepas itu kira-kira jam 11.00, SP29 telah berjumpa

dengan ASP Roslan di Tingkat 9. Setelah kembali ke pejabat, SP29 telah

keluar semula untuk membeli nasi untuk SP39 dan masuk semula ke

pejabat pada jam 1 petang. Kemudiannya pada jam 2.00 petang, SP29

telah meminta kebenaran dari SP26 untuk balik ke rumah untuk berehat 30

kerana giliran SP26 untuk berehat pada sebelah malam. Menurut

keterangan SP29, SP29 telah berada di Kaunter Pejabat Inkuiri kira-kira

pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi bersama-sama SP26 dan SP28.

Menurutnya lagi, SP29 ada membuat catatan tentang tugasannya di

dalam buku sakunya. Walau bagaimanapun, SP29 telah meninggalkan 35

buku saku tersebut di Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur setelah bertukar ke

Bukit Aman dan apabila SP29 cuba mencarinya, buku saku tersebut telah

hilang. SP29 tidak membuat laporan polis berkenaan dengan kehilangan

Page 145: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

135

pocket diary tersebut. Selepas SP29 balik ke rumahnya, SP29 telah 5

masuk semula ke pejabat setelah menerima pesanan daripada aplikasi

WhatsApp daripada SP26 pada jam 4.49 petang supaya balik segera ke

pejabat. SP29 telah tiba di pejabat pada lebih kurang jam 5.00 petang.

Selepas masuk semula ke pejabat, SP29 bersama-sama dengan SP30

dan SP28 berada di Kaunter Pejabat Inkuiri .SP29 dalam keterangannya 10

tidak pasti SP26 berada di mana namun SP29 tahu bahawa SP26 berada

di pejabat. Pada waktu tersebut, SP45 berada di dalam lokap.

Menurut SP29, selepas itu SP29 telah diarahkan oleh ASP Ng untuk turun

ke bilik pengawal untuk menunggu ASP Aziz dan SP4 tiba untuk dibawa 15

naik ke atas. SP29 menunggu di situ sehingga jam 7.00 pagi dan

kemudiannya naik semula ke atas kerana mereka sendiri telah sampai ke

atas. Menurut SP29 lagi, setelah naik ke atas, SP29 telah ke Kaunter

Pejabat Inkuiri dan SP29 tidak pergi dan melihat apa yang berlaku di

lokap. SP29 hanya dimaklumkan bahawa terdapat OKT mati oleh 20

Komanden Zaman. SP29 tidak banyak bertanyakan berkenaan perkara

tersebut kerana pada waktu itu, SP29 baru 2 bulan bertugas di situ. Beliau

melihat mayat si mati di bawa keluar dengan menggunakan troli dan

mayat si mati ditutup dengan plastik berwarna hitam.

25

19.30 D/Kpl Kartiman bin Majidal (SP30)

Pada 21 Mei 2013, SP30 masuk bertugas pada pukul lebih kurang 10:30

pagi. Ketika di Kaunter Pejabat Inkuiri D9, SP30 bertugas bersama SP28

dan SP29 manakala SP26 berada di dalam bilik. SP30 memaklumkan 30

semasa beliau bertugas dari jam 10.30 pagi hingga 11.00 pagi, tiada apa-

apa pergerakan melibatkan si mati. SP30 dalam keterangannya

memaklumkan mengetahui terdapat seorang OKT ditahan iaitu si mati.

SP30 memaklumkan sekitar pukul 11.00 pagi lebih, SP30 telah keluar

sebentar ke Tingkat 15, Bahagian Pusat Kawalan untuk tugasan 35

menyemak nombor pendaftaran kenderaan setelah diarahkan oleh SM

Md Ali.

Page 146: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

136

Selepas lebih kurang setengah jam, SP30 kembali semula Kaunter 5

Pejabat Inkuiri D9. SP30 memaklumkan tidak mempunyai pengetahuan

berhubung pembebasan si mati. Lebih kurang pukul 1.00 petang, SP30

telah keluar dari D9 untuk mengambil isterinya yang sakit.

SP30 telah balik semula ke Pejabat D9 lebih kurang pukul 5.30 ke 6.00 10

petang setelah mendapat pesanan daripada SP26 yang memaklumkan

supaya balik segera kerana ada tugas penting. Setelah sampai di D9,

SP30 telah bertugas di Kaunter Pejabat Inkuiri. SP30 telah dimaklumkan

berkenaan kematian si mati oleh SP28. SP30 menyatakan bahawa SP30

ada pergi ke kawasan belakang Pejabat D9, namun SP30 tidak masuk ke 15

dalam lokap. SP30 turut melihat SP4 naik bersama SP45 dan SP29 di

belakang mengiringi mereka. SP30 menyatakan bahawa SP30 telah

bertugas di D9 sehingga pagi esok.

19.31 Balachantar a/l Muniadi (SP31) 20

SP31 menyatakan bahawa SP31 telah menerima panggilan telefon

daripada rakannya, Saravanan yang memintanya datang ke kedai gunting

rambut di Bandar Tun Razak. SP31 telah sampai di tempat kejadian

bersama tiga orang rakannya dan melihat Saravanan dan si mati tumbuk 25

menumbuk. SP31 kemudiannya telah pergi dan memisahkan mereka

daripada bergaduh. Kawan-kawan si mati telah datang dari kedai dengan

bersenjatakan kerusi dan pisau. SP31 menyatakan pergaduhan tersebut

telah disertai di pihaknya seramai 4 orang manakala di pihak si mati 10 ke

11 orang. 30

SP31 menyatakan bahawa si mati tidak mengalami apa-apa kecederaan

daripada pergaduhan tersebut. Selepas pergaduhan tersebut, SP31 telah

pulang ke rumah dan kemudiannya menerima panggilan telefon daripada

Dhana,abang Saravanan yang memaklumkan Saravanan telah ditembak. 35

Selepas itu, SP31 telah pergi ke hospital dan di sana pegawai polis telah

mengarahkan SP31 ke Balai Polis Pudu untuk memberikan keterangan.

Page 147: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

137

Kemudian, SP31 bersama rakan-rakannya iaitu Kannan dan Kalaimani 5

telah pergi ke Balai Polis Pudu lebih kurang pukul 11.30 malam dan telah

berjumpa dengan SP52. Menurut keterangan SP31, si mati turut berada

di sana pada waktu tersebut dan dalam keadaan sihat. SP52

memaklumkan kepada SP31 bahawa si mati turut membuat laporan polis

terhadap SP32 dan rakan-rakannya atas dakwaan menyamun. Oleh yang 10

demikian, SP31 bersama rakan-rakannya telah ditahan untuk membantu

siasatan.

Selepas itu, mereka telah dibawa ke Lokap Dang Wangi dan ditahan

bersama-sama si mati dalam lokap yang sama selama satu malam. SP31 15

menyatakan pada Isnin pagi, 3 orang anggota polis daripada IPK Kuala

Lumpur telah membawa SP31, si mati bersama 2 lagi OKT Melayu ke IPK

Kuala Lumpur. Setibanya di IPK Kuala Lumpur, SP31 memaklumkan

mereka terus dibawa ke bilik soal siasat. Semasa di bilik siasatan, kaki

SP31 dan yang lain-lain telah diikat dengan gari dan mata mereka ditutup 20

dengan cellophane tape dan telah diarahkan untuk memakan cili.

SP31 menyatakan bahawa SP31 ada mendengar suara rakan-rakannya

termasuk si mati di bilik siasatan tersebut. SP31 memaklumkan mereka

telah dipukul di kaki, tapak kaki dan tangan dan diarahkan untuk 25

memakan cili padi semasa siasatan dijalankan. Soalan yang diajukan

semasa siasatan hanya dua sahaja iaitu ‘’Siapa tembak? Pistol siapa

punya?’ SP31 dalam keterangannya menyatakan bahawa SP31 pasti si

mati telah dipukul. Selepas selesai soal siasat, SP31 menyatakan SP31

telah dipikul oleh anggota polis untuk dibawa ke lokap kerana tidak dapat 30

berjalan akibat dipukul. Setibanya di lokap, SP31 melihat si mati sudah

tidur di lantai dan tidak boleh bangun.

SP31 memaklumkan telah ditahan di Lokap D9 selama 3 hingga 4 hari

sebelum di bawa ke Balai Cheras. Di sana, pernyataan SP31 telah 35

dirakamkan dan gambarnya turut diambil. Selepas itu, SP31 telah dibawa

semula ke Lokap Dang Wangi. SP31 menyatakan bahawa SP31 ada

berjumpa lagi dengan si mati di Lokap Dang Wangi semasa penambahan

Page 148: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

138

reman. SP31 kemudiannya telah dibebaskan di Balai Polis Pudu dengan 5

jaminan polis. Semasa dilepaskan pihak polis menyerahkan semua

barang-barangnya dan ada menandatangani surat penerimaan barang-

barang.

19.32 Kpl. Norazman bin Mohamed (SP32) 10

SP32 bertugas di IPK Kuala Lumpur, Cawangan Kem Komandan sebagai

penyelia anggota Kem Komandan. Pada 21 Mei 2013, SP32 bertugas dari

jam 3.00 petang hingga 11.00 malam di pondok pengawal. SP32 bertugas

bersama SP30, SP19, SP38 dan SP25. Menurut SP32, pada jam 3.00 15

petang, SP25 berada di pondok pengawal memandangkan lokap kosong

dan si mati telah dibawa keluar untuk soal siasat. SP32 memaklumkan

pada jam 4.00 petang lebih, seorang anggota di pondok pengawal telah

menerima satu panggilan dan arahan telah diberikan untuk SP25 naik

semula ke D9 untuk tugasan lokap. 10 minit kemudian, SP32 menerima 20

panggilan daripada SP25 yang menyatakan si mati tidak sedarkan diri.

Kemudiannya, SP32 telah menghubungi OC Kem Komandan S/I Gabri

dan memaklumkan apa yang telah berlaku dan arahan telah diberikan

oleh SI Gabri supaya SP25 membuat catatan dalam station diary (Eksibit 25

P31/P32) di Lokap D9. SP32 kemudiannya naik ke Lokap D9, dan apabila

sampai, SP32 mendapati OC Kem Kom, ASP Wong dan juga SP18

berada bersama SP25 di tempat pengawasan lokap dan mereka sedang

bercakap.

30

SP32 memaklumkan kepada SP25 pesanan SI Gabri supaya catatan

dibuat pada Eksibit P31/P32 seperti apa yang telah berlaku dan apa yang

SP25 nampak semasa SP25 naik ke Lokap. Kemudian, SP32 telah turun

ke bawah dan sambung tugas di pondok pengawal. SP32 memaklumkan

apabila ketiadaan tahanan, anggota sentri boleh turun ke pondok 35

pengawal atau meninggalkan lokap dengan kebenaran ketua.

Page 149: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

139

19.33 Insp. Mohamed Hafiz Bin Mokhtar (SP33) 5

SP33 bertugas sebagai Insp. Teknikal Komunikasi. SP33 dalam

keterangannya menyatakan bahawa sekitar tahun 2009, IPK Kuala

Lumpur telah menjalankan pembinaan bangunan baru. Menurut SP33,

kesemua CCTV yang berada di IPK Kuala Lumpur termasuk CCTV 10

parameter, CCTV keluar masuk pintu, parameter hujung pagar dan Lokap

D9 terpaksa dimatikan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja

pembangunan Bangunan IPK yang baru. SP33 ada memaklumkan

kepada Pegawai Turus Komunikasi bahawa CCTV tidak berfungsi dan

perkara tersebut telah pun dipanjangkan kepada Ketua Jabatan. 15

SP33 dalam keterangannya menyatakan bahawa dari tahun 2009 hingga

2014, CCTV di D9 tidak berfungsi. Menurut SP33, selepas tahun 2014,

CCTV yang baru telah dipasang dengan menggunakan sistem yang baru

di bangunan baru. Menurut SP33 lagi, sebelum ini CCTV di D9 dipantau 20

di pusat kawalan. Walau bagaimanapun disebabkan pusat kawalan telah

dipindahkan ke bangunan baru, CCTV di D9 IPK Kuala Lumpur tidak lagi

dipantau di pusat kawalan tetapi hanya boleh dipantau melalui monitor di

Kaunter Pejabat Inkuiri D9.

25

19.34 Insp. Mohd Fauzi bin Mohd Shariff (SP34)

SP34 bertugas di IPD Cheras pada tahun 2013. Merujuk kepada Eksibit

P52, SP34 menyatakan bahawa si mati, SP31, Kanan s/l Subramaniam

dan Kalaimani a/l Sitamparam telah hadir sendiri ke Balai Polis Pudu pada 30

12 Mei 2013. Semasa tangkapan dibuat ke atas mereka, mereka tidak

mengalami sebarang kecederaan parah, luka-luka ataupun berada

keadaan berdarah. SP34 mengenali si mati dan SP34 selanjutnya

memaklumkan bahawa si mati datang untuk memberi keterangan kepada

Sjn. Mohd Ridhwan. 35

Semasa SP34 menangkap dan membacakan hak-hak si mati, si mati tidak

berkata apa-apa. Menurut SP34, si mati tidak ada memberitahu hendak

Page 150: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

140

ke hospital untuk mendapatkan rawatan atau ada memaklumkan 5

sebarang sakit-sakit yang dialaminya. Si mati hanya memberitahu SP34

untuk memaklumkan kepada waris si mati. SP34 menyatakan bahawa

pada masa itu, si mati hadir bersama abangnya.

19.35 Kpl Norazuan bin Baharin (SP35) 10

SP35 memberi keterangan bahawa pada 16 Mei 2013 sekitar jam 10:00

pagi, SP35 bersama-sama SP36 bertugas sebagai anggota eskot.

Mereka telah ditugaskan untuk membawa si mati dari Lokap D9 ke IPD

Dang Wangi untuk tujuan sambung reman. 15

SP35 dalam keterangannya menyatakan bahawa si mati telah

dikeluarkan dengan memakai baju lokap dan dalam keadaan bergari dan

catatan juga telah dibuat di Eksibit P31 berkenaan hal tersebut. Si mati

kemudiannya telah dibawa ke IPD Dang Wangi dengan kereta. Turut 20

bersama dalam kereta tersebut ialah SP36 dan seorang pemandu.

Menurut SP35 sepanjang perjalanan, Dharmendran tidak berkara apa-

apa. SP35 menyatakan bahawa tiada tanda-tanda kecederaan di muka si

mati mahupun tangan atau di kaki. Selepas selesai permohonan reman di 25

IPD Dang Wangi, si mati telah dibawa balik ke IPK Kuala Lumpur. SP35

tidak pasti sama ada terdapat anggota sentri pada masa itu.

19.36 Kpl. Shahrul Effendi bin Ismail (SP36)

30

SP36 memberi keterangan bahawa pada 16 Mei 2013, sekitar jam 9:00

pagi, SP36 bersama-sama SP35 telah membawa keluar si mati dari

Lokap D9, IPK Kuala Lumpur. Menurut SP36, tujuan si mati dikeluarkan

adalah untuk dibawa ke IPD Dang Wangi bagi permohonan reman.

35

SP36 selanjutnya memaklumkan bahawa, SP36 tidak nampak sebarang

kecederaan pada si mati dan SP36 juga ada bertanyakan kepada si mati

tentang keadaannya. SP36 menyatakan bahawa si mati telah berjalan

Page 151: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

141

seperti biasa. Setelah permohonan reman selesai, si mati kemudiannya 5

terus dibawa ke IPK Kuala Lumpur dan dibawa masuk ke dalam lokap.

SP36 tidak pasti sama ada catatan kemasukan ada dibuat atau tidak.

Pada 17 Mei 2013, SP36 bertugas sebagai anggota 24 jam dan

bertanggungjawab keluarkan si mati untuk tujuan soal siasat. Namun 10

SP36 tidak ingat ke mana si mati dibawa dan atas arahan siapa si mati

dikeluarkan. Tambahan pula SP36 telah memaklumkan bahawa poket

diarinya turut hilang. SP36 memaklumkan bahawa SP36 tiada

pengetahuan pukul berapa si mati dimasukkan semula. Menurut SP36,

kunci lokap sentiasa berada di Kaunter Pejabat Inkuiri D9 IPK Kuala 15

Lumpur.

19.37 L/Kpl Nor Hafizah binti Lasa (SP37)

SP37 memberi keterangan bahawa berdasarkan Eksibit P53 entri no. 20

0545, pada 12 Mei 2013 jam 3:45 pagi, catatan oleh SP49 menunjukkan

bahawa 3 orang anggota polis iaitu D/Kpl 137902, 140484 dan 162893

telah menyerahkan 4 OKT baru ke Lokap IPD Dang Wangi. 4 OKT baru

tersebut ialah si mati, SP31, Kanan s/l Subramaniam dan Kalaimani a/l

Sitamparam. 25

SP37 seterusnya menjelaskan bahawa SP37 bertugas di Lokap IPD Dang

Wangi pada 13 Mei 2013 dan memulakan tugas di entri no. 0614 di mana

SP37 telah masuk bertugas pada jam 8.00 pagi. SP37 dalam

keterangannya menyatakan bahawa pada catatan entri no. 0617, 11.15 30

pagi, 5 orang OKT telah diambil untuk diserahkan ke Lokap D9, IPK Kuala

Lumpur oleh D/Sjn 124039 dan D/Kpl 122839. 5 OKT tersebut ialah si

mati, SP31, Kanan s/l Subramaniam, Kalaimani a/l Sitamparam dan Mohd

Razami Bin Zainal Abidin.

35

Semasa D/Sjn 124039 dan D/Kpl 122839 mengambil kelima-lima OKT ini

daripada Lokap Dang Wangi, kebiasaannya satu borang akan diberikan,

dan borang tersebut akan diserahkan kepada anggota lokap lelaki untuk

Page 152: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

142

tujuan mengambil OKT. Kelima-lima OKT tersebut berpakaian lokap 5

semasa dihantar ke Lokap D9, IPK Kuala Lumpur. Menurut SP37, kelima-

lima OKT dalam keadaan yang baik dan tiada kecederaan pada badan

mereka.

19.38 Kons. Jasmin bin Jasin (SP38) 10

SP38 memberi keterangan bahawa pada 13 Mei 2013, SP38 bertugas

pada jam 3:00 petang sehingga 11:00 malam dan tugasan untuk menjaga

lokap adalah pada jam 7.00 malam hingga pukul 11.00 malam. Pada 16

Mei 2013, SP38 bertugas sebagai sentri lokap pada jam 11.00 pagi 15

hingga 3.00 petang. SP38 merujuk kepada Eksibit P31 entri no. 3048 di

mana satu OKT bernama Dharmendran dibawa masuk dalam keadaan

baik dan sel lokap berkunci.

Menurut SP38, si mati dibawa keluar semasa bukan dalam masa SP38 20

bertugas dan dibawa masuk ke dalam lokap pada jam 12:32 tengah hari

dalam keadaan baik dan tidak dipapah, walau bagaimanapun SP38 tidak

mencatatkan siapa anggota yang mengiringi si mati. SP38 juga bertugas

pada 18 Mei 2013 pada jam 11.00 malam hingga 3.00 pagi sebagai sentri

lokap. 25

Selanjutnya, menurut keterangan SP38, pada 21 Mei 2013, iaitu pada hari

kejadian SP38 sepatutnya ditugaskan untuk menjaga sentri lokap dari jam

7:00 malam hingga 11.00 malam walau bagaimanapun, SP38 tidak

bertugas menjaga lokap pada hari itu. SP38 dalam keterangannya 30

menyatakan bahawa selepas si mati meninggal, SP38 terima arahan

daripada SP32 untuk sambung tugasan di pondok pengawal.

Pada mulanya, SP38 menyatakan bahawa SP38 tidak ada naik ke Lokap

D9, IPK Kuala Lumpur dari jam 7.00 malam sehingga 11.00 malam. S38 35

mendapat tahu tentang kematian si mati sekitar jam 6:00 petang, di mana

SP38 telah menerima panggilan telefon daripada anggota inkuiri D9

semasa SP38 bertugas di pondok pengawal. SP32 juga dapat tahu akan

Page 153: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

143

kematian si mati dan telah naik ke tingkat 7 D9 IPK Kuala Lumpur. 5

Selepas SP32 turun dari D9, SP32 telah memberitahu SP38 supaya tidak

naik ke tingkat 7 D9 IPK Kuala Lumpur memandangkan keadaan masih

kecoh ketika itu.

SP38 dalam keterangannya menyatakan bahawa SP38 tidak ada naik 10

langsung ke Lokap D9, IPK Kuala Lumpur pada 21 Mei 2013. SP38 juga

menyatakan bahawa SP25 juga berada di pos pengawal sekitar jam 3.00

petang pada 21 Mei 2013. Walau bagaimanapun, apabila SP38 dirujuk

dengan Buku Perharian Balai pada entri no. 3162, pada muka surat 143,

SP38 mengakui catatan pada entri no. 3162 tersebut adalah catatan dan 15

tulisan SP38. SP38 dalam keterangannya menyatakan bahawa SP38

telah diberikan Buku Perharian Balai tersebut untuk ditulis, namun SP38

tidak ingat siapa yang menyerahkan Buku Perharian Balai tersebut

kepada SP38.

20

SP38 juga menyatakan bahawa Lokap D9, IPK Kuala Lumpur pada masa

itu kosong, sambil SP38 merujuk catatan pada entri no. 3162 Eksibit P32.

SP38 walau bagaimanapun tidak ingat bila catatan pada Buku Perharian

Balai telah dibuat oleh SP38. SP38 dalam keterangannya menyatakan

bahawa catatan dalam Eksibit P32 tidak ditulis / dicatat oleh SP38 pada 25

21 Mei 2013 tetapi selepas itu. Namun SP38 tidak ingat siapa yang telah

membawa Buku Perharian Balai kepada SP38.

SP38 juga dalam keterangannya menyatakan bahawa poket diari SP38

telah hilang dan tiada laporan polis dibuat. SP38 menyatakan bahawa 30

entri no. 3162 tidak ditulis pada 21 Mei 2013 kerana Buku Perharian

Lokap tiada dalam lokap dan telah diambil oleh anggota D9 IPK Kuala

Lumpur. SP38 semasa memberi keterangan bersetuju bahawa

keterangan SP38 adalah tidak benar tentang tentang entri no. 2031

bahawa SP38 telah menerima tugas daripada SP25 di Lokap D9, IPK 35

Kuala Lumpur kerana pada masa itu SP38 berada di pos pengawal. SP38

dalam keterangan menyatakan bahawa entri no. 3162 tidak ditulis pada

Page 154: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

144

21 Mei 2013, namun entri no. 3162 ditulis sendiri oleh SP38 beberapa hari 5

kemudian.

Selanjutnya, SP38 memberi keterangan bahawa sebelum kejadian

kematian si mati, kunci Lokap D9 disimpan oleh anggota sentri lokap dan

amalan tersebut adalah berdasarkan amalan anggota-anggota yang 10

lama. SP38 memberi keterangan bahawa pada ketika itu SP38

merasakan mungkin tiada prosedur penjagaan kunci lokap kerana

anggota sentri lokap bebas untuk menyimpan kunci malah boleh

membawa kunci jika hendak keluar untuk makan.

15

Walau bagaimanapun, SP38 memberi keterangan amalan tersebut

bergantung kepada anggota sentri itu sendiri yang mana ada anggota

yang menyerahkan kunci untuk dijaga oleh Pejabat Inkuiri dan ada yang

memegang sendiri kunci lokap. SP38 turut menyatakan bahawa

sepatutnya kunci lokap dijaga oleh anggota Pejabat Inkuiri. SP38 20

menyatakan bahawa selepas kejadian kematian si mati, barulah

peraturan penjagaan kunci diperketatkan di mana anggota sentri tidak lagi

dibenarkan memegang kunci.

Selain itu, SP38 turut menyatakan selain peraturan tersebut, terdapat 25

perubahan lain di Lokap D9 seperti lokap lebih bersih, locker disediakan,

dicat baru dan CCTV pun telah dipasang. Selain itu, SP38 turut memberi

keterangan bahawa berdasarkan pengalaman 7 tahun SP38 menjaga

lokap, sekiranya anggota sentri bertugas keluar makan atau rehat, lokap

akan ditinggalkan tanpa anggota sentri walaupun tahanan ada di dalam 30

lokap. Namun, anggota D9 yang bertugas 24 jam akan berada di Kaunter

Pejabat Inkuiri.

19.39 DSP Glenn Anthony Sinappah (SP39)

35

Sekitar tahun 2013, SP39 ialah pegawai berpangkat DSP bagi siasatan

kes bunuh di Cawangan D9 IPK Kuala Lumpur dan merupakan Timbalan

kepada SP27. SP39 tahu si mati ditahan di dalam Lokap pada 21 Mei

Page 155: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

145

2013 namun SP38 tidak pernah melihat si mati. SP39 juga memaklumkan 5

bahawa SP39 tidak terlibat dalam siasatan ke atas si mati.

SP39 turut memaklumkan tidak pernah memberi apa-apa arahan untuk

membuat apa-apa siasatan ke atas si mati. Pada 21 Mei 2013, SP39

menyatakan bahawa semasa mesyuarat pagi di Pejabat D9, IPK Kuala 10

Lumpur, SP39 pasti SP44 tidak ada hadir bersama. Namun menurut

SP39, pada jam 10.30 pagi SP44 ada berjumpa dengan SP39 untuk

mendapatkan gambar-gambar berkaitan satu kes tembak high profile

untuk dibuat risikan. Selepas SP44 keluar dari pejabat SP39, SP39 tidak

pasti ke mana SP44 telah pergi. 15

Menurut keterangan SP39, sekitar jam 4.00 petang SP39 telah keluar

pejabat untuk urusan peribadi dan datang semula ke Pejabat D9, IPK

Kuala Lumpur pada sekitar jam 5.00 petang setelah menerima panggilan

pada jam lebih kurang 4.15 petang daripada SP26 yang menyatakan 20

bahawa si mati sesak nafas. Menurut keterangan SP39, semasa dia

menerima panggilan, SP39 telah memberi arahan untuk segera

memanggil ambulans dan SP39 telah pulang semula ke Pejabat D9, IPK

Kuala Lumpur. Apabila SP39 sampai di Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur

jam 5.00 petang, SP39 dimaklumkan oleh SP26 bahawa OKT telah 25

meninggal dunia. SP39 kemudiannya masuk ke biliknya untuk menunggu

arahan daripada SP27 untuk tindakan selanjutnya.

Selepas itu, SP27 sampai dan telah memanggil SP39 dan beberapa lagi

anggota dan pegawai ke bilik SP27 dan SP27 telah memberikan arahan 30

supaya SP39 mengemaskinikan Eksibit P31/P32 dan apa-apa dokumen

berkaitan. Menurut SP39, SP39 langsung tidak pergi ke lokap pada ketika

itu. Pada awalnya, mesyuarat dibuat di bilik SP27 dan kemudian

mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat D9, IPK Kuala Lumpur.

35

SP39 menyatakan bahawa semasa SP39 berada dalam bilik SP27, dia

tidak ada nampak Buku Perharian Balai dan anggota sentri juga tiada

dalam bilik SP27. Menurut SP39, SP27 telah mengeluarkan arahan untuk

Page 156: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

146

“kemaskini” rekod-rekod dalam Eksibit P31/P32 terus kepada SP39. 5

Menurut SP39, semasa dalam Bilik Mesyuarat Utama D9, IPK Kuala

Lumpur, SP60 dan ACP Aziz juga hadir mesyuarat kerana kejadian

berlaku di Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur yang melibatkan Jabatan

Siasatan Jenayah. SP39 pada awalnya menyatakan bahawa SP39 tidak

ada melihat Eksibit P31/P32. Cuma SP39 telah memberi arahan kepada 10

SM Md Ali untuk mengambil Eksibit P31/P32 untuk disimpan sekiranya

diperlukan.

Kemudian mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, dan menurut

SP39 yang berada dalam Bilik Mesyuarat Utama tersebut adalah SP39 15

sendiri, SP27, SP60 dan ACP Aziz, SP44, SP43, SP41 dan SP42 serta

sentri lokap bagi mendapat tahu cerita apa yang berlaku. SP39 tidak ingat

apa yang dibincangkan semasa di dalam Bilik Mesyuarat utama tersebut

namun SP27 ada memberi arahan untuk kemaskinikan Buku Perharian

Balai. SP38 telah sampaikan arahan tersebut kepada SP24 dan SP25 20

untuk “kemaskini” bahagian Buku Perharian Balai yang kosong semasa

berada di dalam Bilik Mesyuarat D9, IPK Kuala Lumpur.

SP39 telah mengarahkan SP24 dan SP25 apa yang belum mereka tulis

hendaklah dilengkapkan dan dikemaskinikan kalau ada apa-apa yang 25

tidak ditulis lagi. SP39 juga telah arahkan SP24 dan SP25 supaya poket

diari mereka juga diisi dan dikemaskini. SP39 menyatakan bahawa

mesyuarat memperkemaskan Eksibit P32 dibuat sekitar jam 7.00 malam.

SP39 menyatakan bahawa SP39 tidak ada melihat isi kandungan Eksibit

P32 kerana selepas itu SP39 ada tugasan lain dan telah keluar dari Bilik 30

Mesyuarat Utama D9, IPK Kuala Lumpur.

SP39 telah mengarahkan SM Md Ali untuk mengambil buku itu selepas

diisi. SP39 menyatakan bahawa SP39 ada melihat SP24 dan SP25

mencatat dengan tulisan dan perkataan SP24 dan SP25 sendiri. SP39 35

tidak tahu sama ada, ada atau tidak soal siasat dilakukan ke atas si mati

pada 21 Mei 2013. SP39 ada nampak kekosongan pada Eksibit P32 dan

SP39 telah arahkan anggota mana yang belum kemaskinikan supaya

Page 157: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

147

mengemaskini Eksibit P32 tersebut. Menurut SP39, entri penghabisan 5

yang dilihat oleh SP39 adalah entri no. 3149 dan entri no. 3150. Semasa

entri no. 3151 dimasukkan, semua pegawai berada dalam Bilik Mesyuarat

Utama. SP39 menafikan keterangan yang diberikan oleh SP25 yang

mengatakan entri no. 3151 dimasukkan oleh SP25 hasil daripada apa

yang SP39 arahkan untuk dia masukkan. SP39 juga menafikan 10

keterangan SP24 bahawa perkataan-perkataan dalam entri adalah

perkataan yang diberikan oleh SP39 yang telah dituliskan pada satu

kertas lain. SP39 menegaskan bahawa perkataan-perkataan dalam entri

adalah perkataan-perkataan SP24 sendiri atau berkemungkinan menurut

SP39, SP24 mendapat maklumatan untuk tulis dalam entri daripada 15

SP44.

SP39 menyatakan bahawa semasa mesyuarat di Bilik Mesyuarat Utama,

perkara lain yang dibincangkan adalah untuk melengkapkan roaster,

dokumen dan siapa yang bertugas untuk standby, siapa pegawai 20

penyiasat dan jurufoto kerana majistret hendak hadir untuk melihat mayat

si mati. Memandangkan banyak arahan yang diberikan, SP39 tidak

membuat apa-apa catatan. SP39 membetulkan kenyataan SP39 bahawa

bukan satu mesyuarat yang diadakan tetapi adalah berbentuk adhoc.

Arahan diberi adalah arahan standard bagi kes kematian di dalam lokap. 25

Selain itu, SP39 memberi keterangan bahawa SP39 tidak tahu bahawa si

mati dibebaskan dan ditangkap semula pada jam 1.00 tengahari pada 21

Mei 2013. SP39 juga tidak tahu tentang laporan polis THSL/018421/13

bertarikh 21 Mei 2013 (Eksibit P50). SP39 tahu bahawa SP44 pada 1 Jun 30

2013, telah membuat satu laporan polis yang menafikan bahawa nama

SP44 telah digunakan dalam laporan-laporan yang telah dibuat untuk hari

kejadian.

Menurut SP39 satu siasatan lanjut telah pun diadakan di mana 35

percakapan SP39 dan semua pegawai telah dirakamkan oleh pegawai

dari Bukit Aman Kuala Lumpur dan juga oleh IPK Kuala Lumpur. Namun

SP39 tidak tahu akan kandungan laporan yang dibuat oleh Insp. Hare

Page 158: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

148

(Eksibit P50). SP39 menafikan isi kandungan poket diari SP24 (Eksibit 5

P35) pada muka surat 97 bilangan 247 pada entri no. 248, di mana

kenyataan SP24 bahawa SP39 membawa SP24 masuk ke dalam Bilik

Mesyuarat utama D9 IPK Kuala Lumpur, kemudian meminta SP24 supaya

duduk di sebelah SP39.

10

SP39 juga menafikan kenyataan SP24 bahawa SP39 menunjukkan buku

Eksibit P32 dan menyuruh SP24 menyambung ayat yang ditulis oleh

SP24 pada jam 2.30 petang ketika SP24 bertugas pada jam berkenaan.

SP39 juga menafikan kenyataan SP24 bahawa SP39 memberi arahan

kepada SP44 supaya membaca isi kandungan kertas. 15

SP39 juga menafikan kenyataan SP24 bahawa SP39 meminta supaya

SP24 menunjukkan di mana letaknya ubat OKT kepada seorang anggota

D9 IPK Kuala Lumpur. SP39 juga manafikan kenyataan yang diberikan

oleh SP24 bahawa anggota D9 IPK Kuala Lumpur atas arahan SP39 20

mengarahkan SP24 masuk ke dalam Bilik Mesyuarat Utama bersama

SP24. SP39 juga menafikan kenyataan SP25 bahawa SP39 dan SP44

arahkan SP25 dan memaksa SP25 untuk menulis Eksibit P32 untuk

terima tugas daripada SP24 pada jam 3.00 petang.

25

SP39 juga menafikan kenyataan SP25 bahawa apa yang dicatat oleh

SP25 ke Eksibit P32 bagi entri no. 3150, 3151 sehingga entri no. 3154

adalah perkataan yang dicipta oleh SP39 sendri dan dibaca oleh SP44.

SP39 menegaskan bahawa SP39 hanya memberi arahan untuk

“kemaskini” Buku Perharian Balai sahaja. 30

SP39 dalam keterangan SP39 menyatakan bahawa SP39 tidak tahu apa

yang dikemaskinikan dan tidak melihat butiran serta tidak ingin tahu untuk

melihat apa yang ditulis. SP39 juga menyatakan bahawa SP39 tidak

melihat langsung isi kandungan terakhir Buku Perharian Balai yang telah 35

dikemaskini. SP39 menyatakan bahawa SP39 ada menghadiri satu

perkahwinan anak Pegawai PDRM di Hotel Grand Continental Sentul

Page 159: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

149

yang mana masa itu SP44 ada bersama. SP24 dan SP25 juga ada datang 5

dan hanya nasihat yang diberikan.

Menurut SP39, SP60 yang memberi nasihat kepada SP24 dan SP25.

SP39 tidak ingat apakah nasihat yang diberikan oleh SP60 tetapi lebih

kepada nasihat apa yang telah berlaku. SP39 menafikan dakwaan 10

bahawa SP39 telah meminta supaya SP24 dan SP25 menukar masa di

dalam Eksibit P32 untuk diselaraskan dengan laporan polis

THSL/018421/13 bertarikh 21 Mei 2013 (Eksibit P50).

SP39 tidak tahu bagaimana dan kenapa SP24 dan SP25 berada di Hotel 15

Grand Continental Sentul namun SP39 telah dipanggil oleh SP60 untuk

pergi ke hotel tersebut. SP39 memaklumkan si mati tidak ambil ubat

asthma, sesak nafas dan kemudian mati akibat serangan asthma kerana

apa yang diberitahu kepada SP39 oleh anggota inkuiri adalah si mati

menghadapi kesukaran untuk bernafas. Seingat SP39, dia diberitahu 20

bahawa ada satu anggota pergi membuat pemeriksaan sama ada si mati

mempunyai ubat asthma tetapi SP39 tidak pasti siapa anggota tersebut.

19.40 L/Kpl. Mohd Aminuddin bin Che Hamid (SP40)

25

SP40 menyatakan bahawa pada 30 Mei 2013, jam 2.20 petang, SP40

telah menerima arahan daripada SP47 untuk mengambil gambar di

pejabat D9, IPK Kuala Lumpur. SP40 menyatakan bahawa SP40 telah

mengambil 14 keping gambar seperti di dalam Eksibit P54 (gambar

nombor 1 hingga 14). SP40 hanya mengambil gambar seperti mana 30

diarahkan oleh SP47 sahaja tanpa tahu apa tujuan dan kepentingannya.

19.41 D/Kpl. Mohd Haswadi Zamri bin Shaari (SP41)

Menurut keterangan SP41, si mati ditahan susulan daripada pergaduhan 35

yang berlaku di Jalan Tun Razak, Cheras di mana di dalam kejadian

tersebut telah berlaku kejadian tembak-menembak. Si mati telah datang

ke IPD Cheras untuk membuat satu laporan polis di mana di dalam

Page 160: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

150

kejadian tersebut si mati mendakwa telah dipukul secara bertubi-tubi oleh 5

pihak lawan dengan menggunakan kayu, botol, kerusi, meja serta besi.

Susulan daripada kejadian itu, si mati telah datang ke Balai Polis Cheras

untuk membuat satu laporan polis di mana si mati mendakwa telah

dipukul.

10

Hasil daripada laporan polis yang dibuat oleh si mati, pihak polis IPD

Cheras telah menahan dan menangkap si mati. SP41 dalam keterangan

menyatakan bahawa si mati telah ditahan dan ditangkap oleh pasukan

Jabatan Siasatan Jenayah dari IPD Cheras dan telah ditahan reman di

Lokap IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 12 Mei 2013. SP41 juga ada 15

ditugaskan untuk membawa si mati daripada Lokap Dang Wangi untuk

dibawa ke Lokap D9, IPK Kuala Lumpur pada 13 Mei 2013 dan arahan

telah diberikan oleh SP27.

SP41 menyatakan bahawa semasa si mati diiring dari Lokap Dang Wangi 20

ke Lokap D9, IPK Kuala Lumpur, keadaan fizikal si mati adalah dalam

keadaan baik dan boleh berjalan dengan stabil. SP41 tidak ada bercakap

dengan si mati waktu itu. Menurut SP41, seramai 4 orang OKT India

termasuk si mati dibawa bersama.

25

Setibanya di IPK Kuala Lumpur kesemua OKT dibawa masuk terus ke

dalam Lokap D9, IPK Kuala Lumpur. SP41 merujuk kepada Eksibit P31

dan menyatakan bahawa anggota sentri lokap yang bertugas pada 13 Mei

2013 adalah SP24. Namun SP41 tidak ingat siapa yang eskot si mati

masuk ke dalam lokap. 30

Menurut SP41, pada 19 Mei 2013, SP41 ada eskot si mati untuk dibawa

berjumpa dengan keluarganya. SP41 ada turut serta dalam perjumpaan

bersama keluarga si mati dan juga ada masuk ke dalam bilik perjumpaan

tersebut. Menurut SP41 selain SP2, SP16 dan ibu mertua si mati juga 35

hadir dalam perjumpaan tersebut termasuk beberapa anggota polis yang

lain. SP41 menyatakan bahawa perjumpaan tersebut hanyalah

perjumpaan biasa kerana SP41 telah mendapat arahan daripada SP44

Page 161: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

151

supaya membenarkan si mati berjumpa dengan keluarga. Menurut SP41, 5

SP43 seorang sahaja yang eskot si mati keluar daripada lokap ketika

perjumpaan si mati bersama keluarga.

Menurut SP41 ketika perjumpaan tersebut, SP2 ada membawa tiga

bungkus nasi ayam, dua kotak rokok Dunhill dan tiga tin air 100 plus. SP41 10

turut memaklumkan bahawa SP41 ada makan makanan yang dibawa

oleh SP2. SP41 memaklumkan SP43 telah membuka gari untuk

membolehkan si mati makan. Selepas selesai, SP43 telah eskot si mati

ke lokap. SP41 juga menyatakan bahawa SP2 juga ada membawa inhaler

berwarna ungu dan berbentuk bulat. SP41 ada melaporkan kepada SP44, 15

bahawa si mati memerlukan inhaler kerana si mati ada asthma dan

disebabkan itu SP2 membawa inhaler untuk diberikan kepada si mati.

Menurut SP41 juga, si mati ada dibenarkan untuk menghisap rokok di Bilik

Detektif. Hanya inhaler saja yang SP41 berikan kepada si mati untuk 20

dibawa masuk ke dalam lokap. Selain daripada itu, makanan, rokok dan

air ditinggalkan di dalam Pejabat D9 dan tidak dibenarkan dibawa masuk

ke dalam lokap. SP41 merujuk kepada entri no. 3119 di Eksibit P31,

catatan masa pada 8.45 malam dan menyatakan bahawa si mati telah

dikeluarkan pada ketika itu tetapi bukan untuk tujuan soal siasat. Si mati 25

dikeluarkan atas arahan SP44 untuk membawa si mati menunjukkan

sebuah rumah di Bandar Tun Razak, Cheras di mana rumah dipercayai

suspek yang masih bebas.

SP44 dan SP56 turut terlibat semasa si mati dibawa keluar. Si mati 30

dibawa menaiki sebuah kereta menuju ke sebuah rumah di Bandar Tun

Razak, Cheras dan SP41 juga ada berada di dalam kereta yang sama

dengan si mati. Menurut SP41, semasa sampai di hadapan rumah

tersebut, SP44 memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis

kepada satu lelaki India dipercayai bapa kepada suspek yang masih 35

bebas. Atas arahan SP44, SP41 bersama-sama anggota telah

menjalankan pemeriksaan di dalam rumah tersebut tetapi si mati tidak

dibawa naik semasa pemeriksaan dibuat. Pemeriksaan rumah dilakukan

Page 162: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

152

oleh SP44 bersama-sama SP41 dan anggota yang lain memakan masa 5

setengah jam lebih tetapi tiada tangkapan atau rampasan dibuat. SP41

bersama-sama pasukan polis diketuai SP44 bersama dengan si mati

kemudiannya balik ke Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur sekitar jam 11.00

malam dan si mati dimasukkan ke dalam lokap. SP41 menyatakan

bahawa SP41 adalah anggota yang eskot si mati masuk ke dalam Lokap 10

D9 pada waktu tersebut dan si mati berada dalam keadaan baik dan boleh

berjalan.

SP41 merujuk kepada entri no. 3131 Eksibit P31 bahawa pada 20 Mei

2013 pada jam 10.55 pagi, si mati telah dikeluarkan bagi tujuan 15

mengambil gambar tetapi SP41 tidak terlibat untuk eskot si mati keluar

bagi tujuan mengambil gambar. SP41 menyatakan bahawa pada 20 Mei

2013, lebih kurang 11.00 pagi, si mati ada dibawa keluar daripada lokap

untuk diambil gambar di tingkat 2, bahagian Foto D6, IPK Kuala Lumpur.

SP41 juga ada terlibat dalam proses ambil gambar namun masa dan 20

tarikh SP41 tidak ingat. Menurut SP41, tujuan gambar diambil adalah

untuk simpanan sebagai rekod, sekiranya sesuatu jenayah dilakukan di

Kuala Lumpur, atau di mana-mana, ia memudahkan pihak polis mengenal

pasti suspek melalui gambar yang diambil.

25

Pada 21 Mei 2013, SP41 bertugas di bahagian standby 2 bersama SP44,

SP42 dan SP56. Menurut SP41, tugas standby adalah tidak termasuk

tugasan untuk soal siasat OKT. SP44 bertindak sebagai Pegawai

Operasi. SP41 tidak pasti sama ada kumpulan lain selain daripada

kumpulan standby 2 ada menjalankan soal siasat ke atas si mati pada hari 30

tersebut. Menurut SP41 dengan merujuk kepada Jadual Tugas Harian,

Bahagian Siasatan Jenayah D9 IPK Kuala Lumpur pada 21 Mei 2013

(Eksibit P49), tugas soal siasat dijalankan oleh SP58 bersama-sama

SP59. SP41 dalam keterangannya mengesahkan bahawa seperti di

Eksibit P32 entri no. 3145, SP41 mengeluarkan si mati untuk rakaman 35

foto sekitar jam 10.00 pagi.

Page 163: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

153

Walau bagaimanapun SP41 tidak pasti bagaimana keadaan si mati 5

semasa dikeluarkan. SP41 merujuk kepada Eksibit P16 dan

mengesahkan bahawa dia mempunyai pengetahuan terhadap borang

tersebut. Menurut SP41 borang tersebut memang perlu diisi untuk urusan

foto. Anggota yang mengisi borang tersebut adalah Kpl. Nahar dan SP41

ada melihat SP43 mengisi borang tersebut namun SP41 tidak pasti siapa 10

yang tandatangan borang tersebut. SP41 hanya lihat SP43 mengisi

bahagian atas borang tersebut. Walau bagaimanapun SP41 tidak tahu

siapa yang tandatangan borang tersebut. Kemudian borang tersebut

diserahkan kepada pegawai di Bahagian Foto. SP41 menyatakan bahawa

setelah si mati diambil gambar, SP41 telah eskot kembali si mati ke 15

Lokap.

Kemudian, SP41 menyerahkan si mati kepada anggota sentri lokap,

namun SP41 tidak ingat siapa anggota sentri lokap yang bertugas pada

masa itu. SP41 dalam keterangannya menyatakan bahawa SP44 telah 20

memberi arahan kepadanya untuk pergi ke Hospital Universiti

Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Kuala Lumpur bagi menemu bual

seorang Saravanan, iaitu mangsa yang telah cedera dalam kejadian

tembak-menembak yang melibatkan si mati. SP41 dalam kenyataan

menyatakan bahawa SP41 telah pergi ke HUKM bersama SP44 dan 25

SP57 pada jam 11.00 pagi iaitu selepas proses ambil gambar dibuat ke

atas si mati.

SP41 menyatakan bahawa semasa berada di HUKM, SP41, SP44,

bersama SP57 sahaja yang naik. Manakala SP43 menunggu di dalam 30

kereta. SP42 pula tidak ada bersama ketika di HUKM. Selepas

perjumpaan bersama Saravanan dibuat, SP41 bersama-sama SP44 ,

SP57, SP43 dan SP42 telah pergi makan di sebuah restoran mamak iaitu

Spicy Curry House di bawah bangunan apartment Alamanda Kondo.

35

Menurut SP41, semasa di restoran tersebut, SP44 telah beri arahan

kepada SP41 mengatakan bahawa SP44 telah terima arahan daripada

SP27 yang membenarkan si mati ditangkap semula memandangkan

Page 164: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

154

tempoh reman tamat pada 21 Mei 2013. SP41 turut memaklumkan 5

bahawa SP42 hanya ikut makan di restoran tersebut. Menurut SP41,

selepas selesai makan, SP41 dan anggota-anggota lain telah kembali ke

Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur.

Setelah SP41 sampai di Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur, SP44 telah 10

memaklumkan bahawa tempoh reman si mati telah tamat dan atas arahan

SP27, SP44 telah mengarahkan agar si mati ditangkap semula

memandangkan siasatan terhadap si mati belum selesai. Namun SP41

memaklumkan bahawa SP41 tidak terlibat dengan tangkapan tersebut.

SP41 menyatakan bahawa SP41 ada baca laporan polis 15

THSL/018421/13 bertarikh 21 Mei 2013 (Eksibit P50) yang berada di

Kaunter Pejabat Inkuiri. SP41 terdetik hati untuk membaca Eksibit P50

kerana laporan ada nyatakan nombor badan SP41. SP41 walau

bagaimanpun tidak tahu bila si mati dimasukkan semula ke dalam Lokap

D9, IPK Kuala Lumpur kerana bukan SP41 yang masukkan si mati ke 20

dalam lokap semula.

Pada pengetahuan SP41 adalah tidak benar si mati ditangkap di Jalan

Galloway dan SP41 tidak terlibat sama dalam tangkapan tersebut. SP41

mengesahkan bahawa SP41 tiada pengetahuan tentang tangkapan 25

semula yang dibuat. SP41 juga mengesahkan bahawa Eksibit P50

tersebut adalah tidak benar. SP41 selanjutnya menyatakan bahawa SP41

tidak ada pengetahuan tentang anggota mana yang terlibat dalam

penangkapan semula. SP41 menyatakan bahawa selepas tangkapan

semula, SP41 tidak ada pada bila-bila masa berjumpa si mati. Menurut 30

SP41, selepas membaca Eksibit P50 di Kaunter Pejabat Inkuiri, SP41

pulang ke rumah.

Pada petang itu, SP41 tidak pasti jam berapa SP41 menerima panggilan

telefon daripada anggota 24 jam untuk kembali ke Pejabat D9, IPK Kuala 35

Lumpur. Apabila SP41 kembali semula ke pejabat, SP41 mendapat tahu

tentang kematian si mati apabila diberitahu oleh anggota 24 jam. SP41

menghubungi SP44 dan memberitahu si mati telah meninggal dunia.

Page 165: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

155

Ketika SP41 sampai di Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur, terdapat anggota 5

dan pegawai lain seperti SP42, SP43, SP44, SP39 dan SP27 berada di

Bilik Mesyuarat D9, IPK Kuala Lumpur. SP60, ACP Aziz, dan SP47 turut

ada di dalam Bilik Mesyuarat Utama tersebut. Namun SP41 pada mulanya

tidak pasti sama ada SP24 dan SP25 juga berada dalam Bilik Mesyuarat

Utama tersebut. Tetapi, SP41 cuma ingat anggota yang kurus kerana 10

kedua-dua anggota sentri tersebut mempunyai nama yang lebih kurang

sama, namun SP41 pasti salah seorang anggota sentri berada dalam Bilik

Mesyuarat Utama tersebut.

Menurut SP41 semasa di Bilik Mesyuarat Utama, Buku Perharian Balai 15

(Eksibit P31/P32) dan poket diari anggota telah diarah tulis oleh pegawai,

namun SP41 tidak pasti dan tidak ingat pegawai mana yang bagi arahan.

SP41 telah memberi contoh apa yang diarah untuk ditulis di dalam Eksibit

P32 seperti “you bawa keluar, ok Jaffri ambil” sedangkan SP41 pada

masa itu berada di rumah setelah tangkapan semula. SP41 20

memaklumkan bahawa SP41 tidak berpuas hati dengan apa yang

berlaku. SP41 menyatakan bahawa SP41 ditahan selama 1 tahun 6 bulan

7 hari disebabkan kertas. SP41 ada melihat SP24 dan SP25 mencatat

seperti mana arahan dan bukan perkataan mereka, namun SP41 tidak

ada nampak apa yang dicatat di dalam Eksibit P32 oleh SP24 dan SP25. 25

Menurut SP41, SP24 dan SP25 mencatat perkataan-perkataan yang

diberi oleh pegawai, namun SP41 tidak ingat siapa pegawai tersebut.

SP41 juga ada terima arahan supaya poket diari hendak ditulis selaras

dengan Eksibit P32. SP41 bersama-sama SP44, SP 43 dan SP42 juga 30

ada tulis poket diari selaras dengan Eksibit P32. SP41 menyatakan

bahawa poket diari dicatatkan adalah bukan seperti yang berlaku tetapi

ikut seperti apa yang tercatat di dalam Eksibit P32.

SP41 menyatakan bahawa beberapa hari selepas itu, SP41 ada berjumpa 35

dan ada bawa SP24 dan SP25 ke sebuah hotel di Jalan Ipoh untuk

berjumpa pegawai atas arahan SP60. SP41 menyatakan bahawa tujuan

SP24 dan SP25 dibawa ke hotel di Jalan Ipoh adalah untuk mengubah

Page 166: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

156

masa di dalam Eksibit P32. Menurut SP41, SP24 telah diarah oleh SP60 5

untuk mengubah masa di dalam Eksibit P32 dari jam 12.20 tengahari

kepada jam 2.20 petang, berkemungkinan untuk diselaraskan dengan

waktu tangkapan semula si mati di Eksibit P50. Perjumpaan tersebut turut

dihadiri oleh SP60, SP24, SP25, SP42.

10

19.42 D/Sjn. Jaffri bin Jaafar (SP42)

SP42 memberi keterangan bahawa dia telah ditugaskan untuk menyertai

Pasukan Projek yang diketuai oleh SP44 dan dianggotai oleh SP57, D/Kpl

Ganesan, D/Kpl Bahari, SP42, SP43, D/Kpl Ramli dan SP56. Anggota di 15

dalam Pasukan Projek adalah bertanggungjawab kepada SP44 dan

secara kelompoknya mereka bertanggungjawab kepada SP27 selaku

Pegawai Turus D9 (pada ketika itu). Pada 13 Mei 2013, SP42 bertugas

sebagai anggota eskot bersama-sama dengan Kpl. Nahar dan Kpl.

Haswadi telah pergi ke Lokap IPD Dang Wangi untuk mengambil 20

beberapa OKT untuk dibawa ke IPK Kuala Lumpur pada sekitar jam 10:00

pagi iaitu setelah selesai taklimat pagi bersama SP27 di mana SP42

bersama Kpl. Nahar, Kpl. Bahari dan Kpl. Helmi telah mengambil lima

orang OKT termasuk si mati. Menurut SP42, ia merupakan arahan SP27

semasa di dalam bilik taklimat pada jam 9:00 pagi kepada SP42, untuk 25

membawa OKT daripada Lokang IPD Dang Wangi ke Lokap D9, IPK

Kuala Lumpur. Menurut SP42, sebelum pergi, SP42 ada menyediakan

satu senarai untuk mengambil OKT-OKT tersebut.

Semasa SP42 menerima lima OKT termasuk Dharmendran daripada 30

pihak Lokap IPD Dang Wangi, OKT-OKT masih berpakaian lokap. SP42

tidak pasti sama ada semasa OKT-OKT itu dibawa ke Lokap D9, IPK

Kuala Lumpur, ada atau tidak barang peribadi OKT-OKT dibawa sekali.

SP42 menyatakan bahawa pada awalnya, SP42 tidak mengenali siapa si

mati dan SP42 juga tidak pasti yang mana satu si mati. Pada masa itu 35

pemeriksaan badan tidak dibuat ke atas OKT. Oleh itu, SP42 tidak pasti

sama ada terdapat kecederaan pada badan OKT-OKT. SP42 hanya eskot

OKT-OKT sehingga ke IPK Kuala Lumpur. Setibanya di IPK Kuala

Page 167: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

157

Lumpur, OKT-OKT dibawa terus ke D9 dan diserahkan kepada SP41, 5

SP43, Kpl. Bahari dan Kpl. Helmi di Pejabat Inkuiri D9, IPK Kuala Lumpur.

Kemudiannya, SP42 keluar dari pejabat dan SP42 tidak tahu sama ada

OKT ada dibawa keluar Lokap D9, IPK Kuala Lumpur atau ke mana-mana

pada hari tersebut.

10

Menurut SP42, SP42 hanya tahu bahawa pada 19 Mei 2013, si mati ada

berjumpa dengan keluarganya yang mana SP41 dan SP43

bertanggungjawab menguruskan perjumpaan si mati dengan

keluarganya. Walaupun semasa SP2 datang pada 19 Mei 2013, SP42

juga ada di Pejabat D9 namun SP42 tidak pasti pada jam berapa keluarga 15

si mati tiba. Akan tetapi SP42 ada melihat si mati bersama SP2, SP41 dan

SP43 berada di dalam Bilik Detektif. Selain itu, SP42 juga ternampak nasi

ayam di dalam Bilik Detektif tersebut dan SP42 juga ada mendapat

sekotak rokok. SP42 memberi keterangan, pada tarikh 19 Mei 2013

tersebut, SP42 hanya datang singgah di Pejabat D9, Kuala Lumpur untuk 20

beberapa minit sahaja dan selepas itu SP42 keluar dari pejabat.

Selain itu, menurut SP42, kebiasaanya soal-siasat dikendalikan oleh

SP41, SP43 dan SP56. Manakala SP42 tidak terlibat dengan hal-hal soal

siasat. Pada malam 19 Mei 2013, SP42 bersama-sama SP44, SP41 dan 25

SP43 ada membawa si mati keluar untuk pergi ke Bandar Tun Razak

sekitar jam 10.00 malam. Semasa sampai di Bandar Tun Razak, si mati

di bawa keluar daripada kereta untuk menunjukkan sebuah rumah dan

SP42 menyatakan bahawa si mati berjalan dalam keadaan baik. Selain

itu, si mati tidak ada membuat apa-apa aduan kepada SP42 tentang 30

kecederaan atau kesakitan yang dialami oleh si mati kepada SP42.

Pada 21 Mei 2013, SP42 masuk ke Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur sekitar

jam 4.00 petang. Menurut SP42, pada 21 Mei 2013, SP42 berada di

rumah kerana anak SP42 tidak sihat. SP42 ada terima panggilan telefon 35

daripada pasukannya bahawa mereka berada di HUKM bagi

mendapatkan maklumat daripada Saravanan. SP42 tidak ada pergi ke

HUKM tetapi SP42 terus pergi ke Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur. Apabila

Page 168: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

158

tiba di Pejabat Inkuiri D9, IPK Kuala Lumpur, SP42 dimaklumankan oleh 5

anggota inkuiri bahawa si mati berada dalam keadaan nazak dan sesak

nafas di dalam Lokap D9, IPK Kuala Lumpur. SP42 ada bertanya kepada

anggota inkuiri sama ada mereka telah membuat panggilan telefon

kepada paramedik yang mana anggota inkuiri tersebut memberitahu

bahawa paramedik telah dihubungi. SP42 ada bertanya kepada anggota 10

Pejabat Inkuiri sama ada anggota sentri berada di dalam lokap atau tidak

namun anggota inkuiri memaklumkan mereka tidak tahu. Oleh itu SP42

pun terus pergi ke lokap tersebut untuk melihat si mati.

Setibanya di lokap, SP42 melihat si mati berada dalam keadaan 15

terlentang. SP42 ada cuba untuk mengejutkan si mati di mana pada masa

yang sama, anggota sentri telah tiba ke Lokap D9. Apabila ditanya oleh

SP42 ke mana anggota tersebut pergi, SP42 dimaklumkan bahawa dia

telah turun ke pos pengawal. Menurut SP42 lagi, pada masa yang sama,

SP42 ada terperasan terdapat ramai pegawai-pegawai bermesyuarat di 20

dalam bilik taklimat tetapi SP42 tak pedulikan mesyurat tersebut dan terus

ke lokap. Menurut SP42, si mati pada ketika itu memakai baju lokap dan

SP42 juga ada lihat inhaler berada di sebelah kanan bahagian bahu si

mati. Apabila SP42 dirujuk dengan gambar 3, Eksibit P5, SP42

menyatakan bahawa keadaan inhaler adalah tidak seperti dalam gambar 25

yang diambil oleh pasukan forensik. SP42 tidak perasan sama ada SP45,

pegawai atau anggota lain ada juga masuk ke dalam lokap semasa SP42

sampai ke lokap. SP42 tidak pasti akan nama anggota sentri yang

bertugas pada ketika itu kerana nama anggota sentri iaitu SP24 dan SP25

hampir sama bunyinya, namun SP42 mengatakan salah seorang 30

daripada mereka adalah anggota sentri yang bertugas pada ketika itu.

Selain daripada itu, SP42 maklum akan laporan tangkapan semula

(Eksibit P50) pada 21 Mei 2013 yang dibuat oleh SP44. SP42 menyatakan

bahawa tangkapan itu adalah tidak benar kerana SP42 tidak terlibat 35

langsung dalam tangkapan pada 21 Mei 2013 kerana pada sekitar jam

1.00 petang, SP42 berada di rumah kerana anak SP42 tidak sihat. SP42

Page 169: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

159

hanya tahu tentang laporan tangkap tersebut semasa SP42 berada dalam 5

penjara bersama dengan SP41, SP43 dan SP44.

Selain itu, SP42 turut menyatakan bahawa SP42 tidak ada masuk

langsung ke dalam Bilik Mesyuarat tersebut pada 21 Mei 2013 dan tidak

tahu apa yang dibincangkan semasa mesyurat pada 21 Mei 2013 10

tersebut. SP42 juga tidak pasti siapa anggota/pegawai yang berada

dalam Bilik Mesyuarat pada ketika itu.

SP42 selanjutnya menyatakan bahawa, beberapa hari selepas dari tarikh

21 Mei 2013, SP42 ada hadir dalam satu perjumpaan di mana SP24 dan 15

SP25 telah berjumpa dengan SP60 di Hotel Grand Continental, Sentul di

mana perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk mengubah tarikh pada

Buku Perharian Balai (Eksibit P32). Semasa perjumpaan tersebut

terdapat SP60, SP41, SP43, SP42 sendiri dan SP39. SP42 tidak dengar

apa yang dibincangkan, tetapi SP42 tahu perkara yang dibincangkan 20

adalah berkenaan dengan pertukaran tarikh pada Eksibit P32 kerana

telah diberitahu oleh SP41 dan SP43 dan turut melihat Eksibit P32 juga

dibawa. Apabila SP42 dirujuk dengan poket diari SP42, tercatat dalam

poket diari adalah SP42 telah terima arahan daripada SP44 untuk ke

HUKM untuk berjumpa dengan Saravanan, mangsa kes tembak di Bandar 25

Tun Razak. Selepas itu, pada jam 12:00 tengahari, SP42 balik ke Pejabat

D9. SP42 menyatakan bahawa SP42 tidak ada terima arahan daripada

SP44 untuk pergi ke HUKM. Walau bagaimanapun, SP42 menyatakan

bahawa catatan pada poket diarinya (Eksibit P56) tentang SP42 terima

arahan daripada Insp. Hare supaya keluarkan OKT 1 lelaki India untuk 30

diserahkan kepada Insp. Hare dengan tujuan untuk dibebaskan tanpa

syarat di Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur adalah tidak benar. Catatan

dalam poket diari SP42 bahawa SP42 terima arahan daripada SP44

supaya 1 lelaki India yang dibebaskan tadi ditangkap semula dan tangkap

semula diarahkan pukul 2.00 petang juga tidak benar. Catatan seterusnya 35

tentang arahan SP44 supaya menemu bual satu lelaki India dan

masukkan OKT satu lelaki India ke dalam lokap dan balik ke rumah juga

Page 170: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

160

tidak betul. Catatan pada poket diari telah dibuat oleh SP42 selepas 5

kejadian 21 Mei 2013.

Menurut SP42, arahan telah diterima oleh SP41 daripada SP27 dan SP60

supaya menulis catatan dalam poket diari mengikut dan selaras dengan

Eksibit P32, namun SP42 tidak pasti bagaimana SP41 mendapat arahan 10

tersebut. SP42 membuat catatan di dalam Eksibit P56 mengikut Eksibit

P32 sepertimana arahan daripada SP27 dan SP60. Menurut SP42, SP42

diarahkan untuk menulis catatan dalam Eksibit P56 dan catatan tersebut

dibuat sebelum perjumpaan di Sentul. Seingat SP42, SP42 membuat

catatan dalam Eskibit P56 selepas kejadian pada 21 Mei 2013 iaitu dalam 15

sehari dua selepas itu.

SP42 mengakui berada di dalam lokap bersama si mati yang tengah

terbaring apabila SP25 masuk ke Lokap D9. S42 menyatakan bahawa

SP42 boleh masuk ke dalam lokap kerana lokap tidak berkunci. Seingat 20

SP42, anggota inkuiri yang memaklumkan kepada SP42 bahawa ada

OKT sesak nafas dalam Lokap D9, IPK Kuala Lumpur. Menurut SP42,

memandangkan OKT dalam keadaan terbaring, SP42 telah membuat

pemeriksaan terlebih dahulu ke atas badan si mati.

25

SP42 menyatakan bahawa tujuan SP42 mengambil Eksibit P32 pada

ketika itu adalah kerana SP42 tidak mahu ada apa-apa catatan baru

dibuat oleh SP25 yang boleh melindungi SP25. SP42 menyatakan

bahawa SP42 telah membawa dan menyerahkan Buku Perharian Balai

kepada SP27. SP42 tidak berpuas hati dengan catatan yang dibuat oleh 30

SP25 kerana SP25 mencatatkan dalam Buku Perharian Balai sebagai

“keadaan terkawal” sedangkan SP25 tiada dalam lokap pada masa itu.

Dalam ingatan SP42 entri terakhir waktu SP42 ambil Buku Perharian Balai

adalah entri no. 3148.

35

SP42 tahu pada masa SP41 minta SP42 membuat catatan dalam Eksibit

P56 dan bahawa catatan-catatan ini adalah tidak benar. SP42 ada

menanyakan SP41 mengapa berbuat demikian dan menurut SP42, SP41

Page 171: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

161

menjawab seperti yang diarahkan. Dalam fikiran SP42 pegawai yang 5

arahkan ialah SP60, SP27 dan Tuan Aziz..

Menurut SP42, selepas kejadian kematian si mati, SP42 telah ambil cuti

untuk pulang ke kampung. Beberapa hari kemudiannya, Tuan Aziz ada

menghubungi SP42 dan memaklumkan bahawa beliau ingin 10

menggunakan 2 orang anak buah SP42 berhubung dengan kejadian

kematian si mati.

19.43 D/Kpl. Mohd Nahar bin Abdul Rahman (SP43)

15

SP43 memberi keterangan bahawa SP43 telah ditugaskan di dalam

Pasukan Projek yang sama dengan SP41 dan SP42. SP43 bersama-

sama SP41, SP42, dan beberapa anggota lain telah ke Lokap IPD Dang

Wangi untuk membawa beberapa orang OKT termasuk si mati ke Lokap

D9, IPK Kuala Lumpur. Semasa OKT dibawa dari Lokap IPD Dang Wangi 20

ke Lokap D9, IPK Kuala Lumpur, pakaian dan barangan peribadi milik

semua OKT termasuk si mati ada dibawa bersama.

Menurut SP43 setelah sampai di Tingkat 7, IPK Kuala Lumpur, SP43 telah

membuat pemeriksaan ke atas kelima-lima OKT tersebut bertujuan untuk 25

memastikan tidak ada barang-barang atau benda-benda yang salah

dibawa masuk oleh OKT ke dalam lokap. Selain itu, hasil pemeriksaan ke

atas badan si mati mendapati tidak ada apa-apa kecederaan pada tubuh

si mati ketika itu sama ada lebam-lebam, calar-calar atau luka. SP43

menyatakan bahawa hanya SP43 dan SP41 yang eskot si mati dan OKT 30

lain terus ke lokap dan tiada soal siasat dibuat pada ketika itu. SP43

menyatakan bahawa si mati dimasukkan dahulu ke dalam lokap dan OKT-

OKT yang lain itu dibawa oleh anggota lain ke tempat lain sebelum masuk

dibawa ke dalam lokap. Namun, SP43 tidak pasti siapa anggota tersebut

dan ke mana OKT-OKT yang lain tersebut dibawa. 35

Menurut SP43, pada 19 Mei 2013, SP41 ada pinjamkan telefon kepada si

mati kerana si mati ingin menghubungi keluarganya. SP43 berada

Page 172: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

162

bersama si mati semasa panggilan dibuat namun SP43 tidak pasti apa 5

yang dibualkan kerana si mati bercakap dalam bahasa Tamil. Pada hari

yang sama, keluarga si mati iaitu SP2 dan SP16 ada datang melawat si

mati di Lokap D9 dan seingat SP43, perjumpaan tersebut adalah pada

sekitar jam 11:00 pagi. Untuk sesi perjumpaan tersebut, SP43 dan SP41

yang membawa si mati keluar dari lokap dan dibawa ke Bilik Detektif 2 10

dengan tangan bergari di belakang. Namun, gari tersebut telah dibuka

semasa si mati ingin makan semasa perjumpaan tersebut. Semasa

perjumpaan tersebut, SP2 ada membawa makanan dan si mati ada diberi

makan oleh SP2. Menurut SP43, SP2 juga ada membawa ubat asthma.

Setelah si mati selesai makan,si mati berbual-bual dengan keluarganya 15

namun SP43 tidak faham apa yang dibualkan kerana si mati dan

keluarganya bercakap dalam bahasa Tamil.

Apabila dirujuk kepada Eksibit P31, entri no. 3111, SP43 mengakui

bahawa SP43 yang membawa keluar si mati pada ketika itu namun SP43 20

menegaskan bahawa si mati dibawa keluar bukan bertujuan untuk disoal

siasat tetapi sebaliknya untuk berjumpa dengan keluarganya. Namun

SP43 tidak pasti dan tidak ingat sama ada SP43 sendiri atau SP44 yang

membawa masuk semula si mati selepas perjumpaan bersama

keluargnya. Namun, apabila SP43 dirujuk kepada Eksibit P31 yang 25

menunjukkan bahawa si mati berada di luar lokap dari jam 10.35 pagi

sehingga pukul 4.00 petang, dan apa yang telah dilakukan ke atas si mati

pada tempoh tersebut oleh Pasukan Projek SP43, SP43 hanya

mendiamkan diri. SP43 juga tidak ingat apa yang berlaku kepada si mati

pada 19 Mei 2013 dan persoalan tentang benarkah ada soal siasat untuk 30

tempoh 5 jam dibuat ke atas si mati juga tidak dijawab oleh SP43. SP43

menyatakan bahawa SP43 bukan orang yang menghantar si mati ke

Lokap D9 berdasarkan kepada catatan dalam Eksibit P31. Mengikut

catatan dalam Eksibit P31, si mati dibawa keluar lebih daripada 5 jam dan

SP43 menyatakan bahawa ada kemungkinan untuk SP43 dan SP41 35

sama-sama serahkan si mati kepada SP44 untuk tujuan soal siasat. SP43

memberi keterangan bahawa ada kemungkinan juga SP43 dan SP44

Page 173: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

163

menjalankan soal siasat ke atas si mati pada hari itu dan SP44 yang 5

menghantar si mati ke Lokap D9.

SP43 menyatakan bahawa SP43 telah menulis catatan ‘masukkan

semula OKT ke dalam Lokap D9, IPK Kuala Lumpur.” (Rujuk Eksibit P57

pada muka surat 43 bilangan 174 masa 16:00 hours). SP43 memang ada 10

eskot si mati bersama SP44 tetapi tidak mencatat nama SP44 di Eksibit

P57 kerana terlupa. Menurut SP43 lagi, SP44, SP41 dan SP43 ada

bersama untuk soal siasat si mati untuk tempoh 5 jam selepas si mati

dikeluarkan dari lokap pada 19 Mei 2013. Hasil soal siasat itu, pada

sebelah malam tarikh yang sama, SP43 dan SP41 telah membawa keluar 15

si mati dari Lokap D9 untuk dibawa ke Bandar Tun Razak. Setelah selesai

di Bandar Tun Razak tersebut, kemudian si mati dibawa kembali ke dalam

Lokap D9. Namun SP43 tidak ingat siapa yang membawa si mati masuk

semula ke dalam Lokap D9.

20

Pada 21 Mei 2013, SP43 sampai di pejabat pada jam 8.45 pagi. Pada jam

10.30 pagi, SP43 telah terima arahan daripada SP44 secara lisan semasa

taklimat pagi supaya pergi ke Negeri Sembilan untuk tugasan yang perlu

dibuat. Tetapi SP43 memaklumkan tugasan itu digantikan dengan

siasatan ke HUKM untuk menemubual mangsa tembakan. Arahan 25

tersebut diberikan semasa SP43 dalam perjalanan ke Negeri Sembilan

bersama- sama SP44, SP41, SP56 dan SP57 kecuali SP42. Kemudian

SP43 bersama SP44, SP41, SP56 dan SP57 ke HUKM untuk temubual

mangsa yang terkena tembakan selama lebih kurang setengah jam.

Setelah selesai, SP43 bersama SP44, SP41, SP56 dan SP57 pergi 30

makan di Restoran SS Spicy yang terletak di D’Alamanda Kondo. Namun

SP43 tidak pasti sama ada SP42 ada ikut makan bersama di SS Spicy

atau tidak. Menurut SP43 setelah habis makan SP43 bersama dengan

SP41 dan SP57 balik ke pejabat manakala SP44 telah pulang ke rumah

di D’Alamanda Kondo yang mana rumah SP44 adalah blok yang sama 35

dengan kedai makan.

Page 174: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

164

Apabila SP43 sampai di IPK Kuala Lumpur, tindakan lanjut yang dibuat 5

oleh SP43 adalah keluarkan si mati untuk dibebaskan. SP43 menyatakan

bahawa SP43 telah menerima arahan secara lisan daripada SP44

semasa makan di Restoran SS Spicy untuk membebas dan menangkap

semula si mati. SP43 menyatakan bahawa SP43 dan SP41 telah

mengambil si mati dari sel Lokap D9, IPK Kuala Lumpur. SP43 10

menyatakan bahawa proses bebas dan tangkap semula ke atas si mati

hanya dilakukan di Pejabat Inkuiri D9, IPK Kuala Lumpur. Apabila SP43

menyatakan bahawa laporan tangkapan semula (Eksibit P50) ke atas si

mati pada 21 Mei 2013, adalah tidak betul dan hanya untuk tujuan KPI

sahaja. SP43 mengesahkan bahawa yang sebetulnya si mati dilepaskan 15

dan ditangkap semula di Pejabat Inkuiri dan bukan di Jalan Galloway

seperti yang dinyatakan di dalam Eksibit P50. SP43 menyatakan bahawa

SP43 dan SP41 yang menangkap semula si mati manakala SP41 yang

memberitahu sebab-sebab tangkapan kepada si mati.

20

SP43 menyatakan bahawa SP43 menemani SP41 membuat Eksibit P50

di Kaunter Pejabat Inkuiri D9, IPK Kuala Lumpur. SP43 menyatakan

bahawa SP41 yang menaip ke dalam sistem laporan tangkap tersebut.

Semasa SP43 membuat laporan tersebut, si mati juga berada di Kaunter

Pejabat Inkuiri D9 IPK Kuala Lumpur. Kemudiannya, SP43 dan SP41 25

menghantar si mati ke Lokap D9 selepas SP43 membuat laporan

tangkapan semula. Namun SP43 tidak ingat siapa yang menjaga lokap

pada masa itu, sama ada SP24 atau SP25. Setelah menghantar si mati

masuk ke dalam Lokap, SP43 bersama SP41 balik ke rumah.

30

SP43 menyatakan bahawa SP43 bersama-sama SP41 membawa masuk

si mati ke dalam lokap tanpa pengetahuan anggota sentri. Selepas itu,

SP43 dan juga SP41 telah mengunci semula lokap dan sel serta

meletakkan semula kunci lokap di Kaunter Pejabat Inkuiri. Namun SP43

tidak ingat siapa yang bertugas di Kaunter Pejabat Inkuiri pada ketika itu. 35

SP43 menyatakan bahawa kadang-kadang berlaku di mana suspek

dibawa masuk tanpa anggota sentri berada di tempatnya.

Page 175: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

165

SP43 memaklumkan, selepas itu, SP43 dan SP41 telah pulang ke rumah. 5

SP43 memaklumkan bahawa dia ada terima panggilan dari Kaunter

Pejabat Inkuiri D9, IPK Kuala Lumpur, tetapi SP43 tidak ingat siapa

anggota inkuiri yang menelefon dan memaklumkan SP43 bahawa si mati

telah meninggal di dalam Lokap D9. Selepas itu, SP43 terus bergerak ke

Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur. Apabila SP43 sampai di D9 IPK Kuala 10

Lumpur, SP43 melihat ramai orang berada di lokap. Menurut SP43,

selepas itu ada satu perjumpaan dibuat di Bilik Mesyuarat Utama yang

dihadiri oleh SP41, SP42, SP45, SP24 dan SP25. SP43 bersetuju bahawa

oleh kerana Eksibit P57 tidak dicatatkan awal dan serta merta, SP43 telah

mengesahkan bahawa catatan dalam Eksibit P57 tersebut hanya dibuat 15

selepas kejadian 21 Mei 2013 untuk diselaraskan dengan kandungan

Eksibit P32.

19.44 Insp. Hare Krishnan a/l Subramaniam (SP44)

20

SP44 ialah Ketua Pasukan Projek yang bertanggungjawab menjalankan

siasatan ke atas kes tangkapan si mati. Untuk siasatan kes tangkapan si

mati, Pasukan Projek yang diketuai oleh SP44 turut dianggotai oleh 7

anggota iaitu SP42, SP43, SP41, SP56, D/Kpl. Ram Singh, D/Kpl.

Ganesan dan SP57. Pasukan Projek ini diselia oleh SP27 dan dibantu 25

oleh SP39 serta 2 orang pegawai berpangkat ASP iaitu ASP Ng Man Fatt

dan ASP Loo Chi Fah.

Arahan untuk menyiasat kes tangkapan si mati ini telah diberikan oleh

Pegawai Turus D9 iaitu SP27. Pegawai Penyiasat di peringkat IPD untuk 30

kes tangkapan si mati ini ialah SP52. Pada 13 Mei 2013, SP44 bertugas

eskot/standby bersama SP41, SP42 dan SP43. SP44 memberi

keterangan bahawa SP44 berada di pejabat pada 13 Mei 2013 namun

SP44 tidak ada memberi arahan kepada Pasukan Projek untuk membawa

tahanan daripada Lokap IPD Dang Wangi ke Lokap D9, IPK Kuala 35

Lumpur kerana SP44 menjalankan satu kes culik di Klang pada ketika itu

dan SP44 datang lewat ke pejabat, lebih kurang jam 11.00-12.00

tengahari. Arahan untuk membawa si mati dari Lokap IPD Dang Wangi ke

Page 176: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

166

Lokap D9, IPK Kual Lumpur telah diberikan oleh SP27 kepada anggota 5

SP44. Setibanya SP44 di pejabat, SP44 telah dimaklumkan oleh

anggotanya bahawa ketika itu anggota Pasukan Projek sedang

menjalankan soal siasat. Menurut SP44 ada ramai anggota yang

menjalankan soal siasat dan bukan pasukan projek SP44 sahaja yang

mana seingat SP44, mana-mana anggota yang berada di pejabat juga 10

turut membantu. SP44 memberi keterangan bahawa SP44 ada melihat

SP42, SP43 dan SP41 yang terlibat menjalankan soal siasat di bilik soal

siasat di Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur. SP44 hanya pergi melihat sesi

soal siasat tersebut dijalankan beberapa minit sahaja, dan kemudian

SP44 terus pergi berjumpa dengan SP27 untuk membincangkan kes lain. 15

Pada 13 Mei 2013, SP44 tidak ada menghubungi waris Dharmendran

untuk memaklumkan waris si mati bahawa si mati telah dimasukkan ke

Lokap D9, IPK Kuala Lumpur kerana seingat SP44, pada masa itu SP44

keluar untuk mencari maklumat bersama Pasukan Projek. Pada 19 Mei 20

2013, SP44 menyatakan bahawa SP2 ada membuat panggilan telefon

kepada SP44. Namun SP44 tidak menjawab panggilan telefon kerana

ketika itu SP44 sedang menghadiri satu perbicaraan di mahkamah tinggi.

Kemudian apabila dihubungi semula, SP2 menyatakan tentang hasrat

ingin berjumpa dengan si mati. Menurut SP44, kebiasaannya hal 25

perjumpaan dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat di peringkat IPD tetapi

atas persetujuan dengan SP27, SP2 dibenarkan untuk berjumpa dengan

si mati pada hari Ahad, 19 Mei 2013. SP44 telah dimaklumkan oleh

anggotanya bahawa SP2 ada datang ke Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur

pada 19 Mei 2013. 30

Pada waktu petang SP44 ada masuk ke Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur

untuk bawa anggota SP44 ke Klang, tetapi SP44 langsung tidak ada

berjumpa dengan si mati memandangkan sekitar jam 4.00 petang si mati

telah dimasukkan ke dalam lokap. SP43 juga menyatakan bahawa pada 35

malam sekitar jam 8.00 malam, SP43 ada pergi ke Bandar Tun Razak

bersama Pasukan Projek dan juga dihadiri oleh si mati. Namun SP44 tidak

Page 177: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

167

ada bercakap dengan si mati, SP44 hanya tanya si mati di mana rumah 5

suspek bagi kes tembak.

SP44 memberi keterangan bahawa pada 21 Mei 2013, sekitar jam 8.00

pagi, SP44 ada ke pejabat untuk berbincang dengan SP39 berhubung

dengan kes kematian seorang pegawai Kastam. Kemudiannya, SP44 10

bergerak ke Putrajaya dan semasa dalam perjalanan ke Putrajaya, SP44

telah menerima arahan untuk ke HUKM bagi mendapatkan maklumat

lanjut daripada mangsa tembakan iaitu Saravanan. SP44 menyatakan

bahawa SP42 tidak ikut bersama ke HUKM kerana SP42 terpaksa

menjaga anaknya yang sakit di rumah. Menurut SP44, hasil temu bual 15

bersama Saravanan mendapati bahawa si mati terlibat dalam kes

tembakan tersebut. SP44 telah memaklumkan hasil siasatan tersebut

kepada SP27, dan kemudian SP44 telah diarahkan oleh SP27 untuk

mengarahkan anggota-anggota SP44 untuk menjalankan tangkapan

semula ke atas si mati memandangkan tempoh reman si mati akan tamat 20

pada hari tersebut. Walau bagaimanapun SP44 tidak mempunyai

pengetahuan OKT telah dibebaskan terlebih dahulu sebelum ditangkap

semula. Menurut SP44, arahan tangkap semula telah diberikan oleh

SP27 sejurus selepas SP44 maklumkan kepada SP27.

25

SP44 menyatakan bahawa SP44 mendapat maklumat mengenai

kematian si mati sekitar jam 4.00 - 5.00 petang pada 21 Mei 2013 melalui

panggilan telefon dari anggota inkuiri iaitu SP28. Setelah menerima

maklumat tersebut, SP44 pergi ke Pejabat D9 dan tiba di pejabat sekitar

jam 5.00 petang. SP44 menyatakan bahawa SP44 ada melihat mayat si 30

mati bersama- sama dengan SP27, SP39. SP60, ACP Aziz,

anggota/pegawai D9 dan anggota Cawangan Kem Komandan. SP44

telah dimaklumkan bahawa si mati telah mengalami serangan asthma

semasa soal siasat dijalankan dan kemudiannya meninggal dunia.

35

Menurut SP44, semasa di dalam Bilik Mesyuarat Utama, Buku Perharian

Balai (Eksibit P32) sedang dikemaskini oleh anggota Kem Komandan.

SP44 tidak pasti ianya dibuat atas arahan siapa kerana semasa SP44

Page 178: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

168

masuk ke dalam bilik mesyurat utama, SP44 ada nampak anggota sentri 5

sedang mengemaskini Buku Perharian Balai tersebut. SP44 tidak pasti

siapa anggota sentri tersebut.

SP44 juga ada diarahkan untuk baca satu kertas yang ditulis oleh SP27

bagi memudahkan anggota sentri membuat catatan pada Eksibit P32. 10

SP44 menyatakan bahawa apa yang tercatat di dalam laporan polis

THSL/018421/13 bertarikh 21 Mei 2013 (Eksibit P50) adalah tidak betul.

SP44 tidak dapat memberikan penjelasan berhubung dengan Eksibit P50

tersebut yang mengandungi nama SP44 sebagai pengadu kerana pada

tarikh tersebut SP44 tidak berada di pejabat. 15

Pada 12 hingga 16 Mei 2013, Dharmendran berada di bawah penyiasatan

Pasukan Projek SP44. Pada 19 Mei 2013, si mati dibawa keluar pada

jam 10.30 pagi dan dihantar semula ke lokap pada jam 4:00 petang. SP44

menafikan catatan yang dibuat di dalam Eksibit P32 bahawa SP44 telah 20

hantar si mati masuk dalam lokap. SP44 menyatakan bahawa entri

tersebut adalah entri yang salah kerana menurut SP44, kadang-kadang

bila anggota-anggota D9 pergi ke Lokap D9 untuk ambil OKT, adalah

menjadi kebiasaan untuk anggota sentri menanya, siapa pegawai, dan

anggota sentri akan letak nama pegawai ke dalam Buku Perharian Balai 25

dan bukan nama anggota yang eskot OKT. SP44 menyatakan SP44 tidak

pasti sama ada soal siasat ada dijalankan pada 21 Mei 2013 kerana SP44

tidak terlibat dalam soal siasat ke atas si mati. Soal siasat hanya dibuat

oleh anggota bawahan SP44 atas arahan SP44. SP44 bagaimana pun

mengatakan jika soal siasat dibuat oleh anggota, anggota perlu mendapat 30

arahannya.SP44 mengatakan bahawa SP44 tidak ada kembali ke IPK

Kuala Lumpur selepas jam 12.00 tengahari iaitu selepas selesai tugasan

luar beliau. SP44 juga tidak dapat mengesahkan sama ada SP41 dan

SP43 ada jalankan soal siasat pada 21 Mei 2013 atau tidak kerana SP44

tidak berada di Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur pada tarikh 21 Mei 2013. 35

Page 179: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

169

19.45 ASP Tay Chew Thwa @ Rico Tay (SP45) 5

SP45 bertugas sebagai Pegawai Bertugas 24 jam bagi pada 21 Mei 2013.

Pada hari tersebut, SP45 sampai di pejabat lebih kurang pukul 3.00

petang untuk menghadiri mesyuarat berkaitan kes pemilikan senjata api

secara haram di Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh 10

SP39, ketika itu adalah Timbalan PT D9. Selain daripada itu, wakil dari

IPD, Pegawai Operasi, seingat SP45 terdiri daripada Pegawai D9 iaitu

ASP Ng, ASP Looi, Pegawai Operasi Daerah Cheras, ASP Ong, dan ASP

Husin.

15

Pada 21 Mei 2013, walaupun SP45 bertugas sebagai pegawai bertugas

24 jam, namun SP45 hanya masuk ke pejabat pada jam 3.00 petang

kerana pada sebelah paginya, SP45 berada di Putrajaya kerana terlibat

dengan penelitian CCTV berhubung dengan kes tembakan yang

melibatkan Timbalan Pengarah Kastam dan SP45 berada di Dengkil 20

sepanjang masa. Pada 21 Mei 2013, SP45 tidak ada dimaklumkan

bahawa seorang OKT bernama N. Dharmendran berada di lokap pada

hari itu.

SP45 ada mendengar hal berhubung dengan tangkapan ke atas si mati 25

kerana SP45 ada pergi ke tempat kejadian di Cheras berkait dengan kes

tembak yang melibatkan si mati. SP45 seterusnya diarahkan untuk

menumpukan perhatian kepada kes Timbalan Pengarah Kastam di

Dengkil dan SP45 tidak terlibat langsung dalam siasatan kes si mati.

SP45 tidak ada mengarahkan mana-mana anggota D9 untuk melakukan 30

soal siasat ke atas si mati dan SP45 juga tidak dimaklumkan berkenaan

dengan jadual soal siasat ke atas si mati.

SP45 turut memberi keterangan bahawa pada waktu pejabat, pegawai

penyelia akan membuat lawatan ke lokap dan biasanya, SP45 akan 35

datang melawat lokap pada waktu malam kerana Pegawai Turus

mengarahkan pegawai untuk membuat lawatan pada waktu malam. SP45

Page 180: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

170

tidak ada pengetahuan mengenai anggota-anggota yang menjalankan 5

soal siasat di D9 IPK Kuala Lumpur.

Pada 21 Mei 2013, SP45 mendapat tahu berita mengenai kematian si mati

setelah selesai satu mesyurat pada jam 5:00 petang di mana semasa

SP45 berada di pejabatnya, SM Md Ali memaklumkan bahawa seorang 10

OKT mengadu sakit dan ambulans telah dipanggil serta perkara tersebut

telah memaklumkan kepada SP27. SP45 telah pergi melawat lokap dan

mendapati anggota sentri bertugas berada di dalam lokap. Namun, SP45

tidak pasti sama ada dia ternampak SP24 atau SP25 yang berada di

dalam lokap. SP45 tidak nampak anggota/pegawai lain yang berada di 15

dalam lokap pada ketika itu. Pada masa yang sama, SP45 ada berpesan

kepada SP25, untuk membuat catatan dalam Buku Perharian Balai

mengenai apa yang berlaku.

Menurut SP45, kemudiannya, SP45 telah menghadiri satu mesyuarat di 20

Bilik Mesyuarat dan ada mendengar P60 memberitahu prosedur yang

perlu dipatuhi sekiranya OKT mati dalam lokap adalah Majistret perlu

dipanggil. SP45 turut memberi keterangan bahawa, SP45 tidak

ternampak sama ada terdapat Eksibit P31/P32 di dalam Bilik Mesyuarat

tersebut. SP45 juga tidak perasan sama ada SP24 dan SP25 ada di 25

dalam Bilik Mesyuarat. SP45 menyatakan bahawa SP45 ada ternampak

SP27 dan SP39 hadir mesyuarat tersebut namun SP45 tidak berapa ingat

sama ada SP44 juga hadir di dalam mesyuarat tersebut. SP45

menyatakan bahawa SP45 tiada peranan di dalam mesyuarat tersebut.

SP45 hanya dengar SP60 mengatakan bahawa jika terdapat kes 30

kematian dalam lokap, Majistret kena melawat Lokap dan

anggota/pegawai semua kena kemaskini semua Buku Perharian Balai

yang ada, ceritakan apa yang sebenarnya berlaku, itu yang SP45 ingat.

SP45 walau bagaimanapun tidak nampak mana-mana anggota

mengemaskini Buku Perharian Balai. 35

Menurut SP45, pasukan paramedik yang hadir membuat pemeriksaan ke

atas si mati telah mengisytiharkan bahaww si mati telah meninggal dunia

Page 181: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

171

dan SP45 telah menghubungi SP27 memaklumkan bahawa seorang 5

tahanan telah meninggal dunia. Kemudiannya, SP45 telah memaklumkan

kepada ASP Ng yang berada di pejabat bahawa anggota paramedik telah

mengisytiharkan si mati telah meninggal dunia.

Kemudiannya, menurut SP45, apabila Majistret (SP4) telah tiba di Lokap 10

D9, IPK Kuala Lumpur, SP45 ada meminjamkan lampu suluh kepada SP4

untuk digunakan semasa membuat pemeriksaan di dalam lokap

memandangkan lokap berada dalam keadaan gelap. SP45 ada melihat

SP4 membuat pemeriksaan ke atas mayat si mati dengan memusingkan

badan si mati. Semasa itu SP60, Tuan Aziz, jurugambar dari IPD Dang 15

Wangi dan pegawai penyiasat iaitu SP47 juga berada di dalam Lokap D9,

IPK Kuala Lumpur.

Oleh kerana SP45 terlibat dengan kes lain, SP45 percaya SP27 telah

mengarahkan satu pegawai khas untuk menyelia kes tersebut dan soal 20

siasat adalah di bawah kawalan pegawai yang diarahkan dan pegawai

khas tersebut yang akan maklumkan kepada Pegawai Turus D9 sendiri

tanpa melalui SP45.

Semasa SP45 melawat Lokap D9, IPK Kuala Lumpur selepas 25

dimaklumkan mengenai kematian si mati, SP45 ada melihat mayat si mati

tetapi SP45 tidak ingat sama ada SP45 ada ternampak SP42 berada di

dalam lokap pada ketika itu. SP45 ada melihat anggota sentri berada

dalam lokap pada masa itu tetapi SP45 tidak ingat sama ada SP45 ada

bercakap dengan anggota sentri tersebut. 30

Menurut SP45 lagi, SP45 tidak pasti sama ada SP44 berada di pejabat

atau tidak pada 21 Mei 2013 memandangkan terlalu ramai anggota dan

pegawai di D9 IPK Kuala Lumpur pada masa kejadian.

35

SP45 tidak pernah melihat Hukuman Tetap oleh Ketua Polis Daerah

Campbell (Eksibit P18) pada ketika itu mahupun sekarang di Pejabat D9,

IPK Kuala Lumpur berhubung dengan pengendalian orang tahanan di

Page 182: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

172

Lokap D9, IPK Kuala Lumpur. SP45 walau bagaimanapun tidak pasti 5

adakah anggota-anggota atau pegawai lain di D9 IPK Kuala Lumpur juga

pernah melihat Eksibit P18 atau tidak. Seingat SP45, SP27 tidak pernah

merujuk kepada pegawai-pegawai dalam apa-apa mesyuarat Eksibit P18

tersebut.

10

Pada 21 Mei 2013, menurut SP45, terdapat CCTV di Lokap D9, IPK Kuala

Lumpur. Namun, setelah disemak, didapati bahawa CCTV tersebut telah

tidak berfungsi pada hari kejadian.

Menurut SP45, sebagai pegawai penyelia 24 jam, jika ada OKT dibawa 15

keluar dari lokap, anggota perlu maklumkan kepada pegawai bertugas

24 jam pada hari berkaitan, tetapi tidak semestinya kepada SP45.

Anggota bertugas 24 jam adalah di bawah tanggungjawab pegawai

bertugas 24 jam. Tetapi menurut SP45 dalam kes si mati berkemungkinan

anggota/ pegawai yang ditugaskan untuk menjalankan siasatan kes si 20

mati mendapat arahan terus daripada SP27.

19.46 Kpl. Mat Rozai bin Salleh (SP46)

SP46 telah bertugas di Kem Komandan lebih kurang selama 8 tahun 25

sebagai Ketua Pengawal. Pada 21 Mei 2013, SP46 bertugas pada jam 7

pagi hingga 3 petang dan bertanggungjawab menyelia seramai 4 anggota

iaitu L/Kpl. Riduan, SP24, L/Kpl. Mohd Hasanain dan SP22.

Berdasarkan keterangan SP46, SP24 bertugas sebagai pengawal depan 30

dan telah mengarahkan SP24 menggantikan L/Kpl. Mohd Hasanain untuk

naik dan membuat tugas Lokap kerana L/Kpl. Mohd Hasanain yang

sepatutnya bertugas pada waktu itu telah ditugaskan untuk membuat

tugas khas.

35

Berdasarkan keterangan SP46, SP24 telah pergi untuk mengambil alih

tugas itu pada jam 11.00 pagi dan turun balik ke bawah lebih kurang 2.30

Page 183: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

173

petang dan memaklumkan kepada SP46 bahawa Lokap D9, IPK Kuala 5

Lumpur tiada OKT.

SP46 memberi keterangan bahawa SP46 tamat bertugas pada jam 3.00

petang dan menyatakan bahawa SP46 tidak melihat proses penyerahan

tugas di antara SP24 dengan SP25 di pos pengawal pada jam 3.00. 10

SP46 tidak pasti sama ada SP24 ada naik semula ke Lokap D9, IPK Kuala

Lumpur sebelum jam 3.00 petang. Walau bagaimanapun, SP46 pasti

pada jam 2.30 petang SP46 ada berjumpa SP24 kerana telah

dimaklumkan bahawa Lokap D9 kosong dan OKT telah dibawa keluar 15

untuk disoal siasat dan tidak ada serahkan apa-apa kunci.

SP46 menyatakan bahawa berdasarkan pengetahuan SP46, di bawah

arahan Kem Komandan, kunci Lokap D9, IPK Kuala Lumpur hendaklah

sentiasa berada di Kaunter Pejabat Inkuiri. 20

Menurut SP46, taklimat akan diberikan di pondok Pengawal di mana

Ketua Pengawal bertugas akan beri taklimat sebelum menjalankan tugas.

SP46 juga menyatakan bahawa SP46 tidak naik ke Lokap D9, IPK Kuala

Lumpur untuk membuat pemeriksaan kerana mempunyai banyak kerja 25

dan urusan lain dan tidak berkesempatan.

SP46 juga menyatakan sepatutnya bila lokap kosong, anggota sentri

hendaklah sentiasa berada di dalam Lokap. Dalam kes ini, disebabkan

OKT tiada, atas budi bicara SP46 sebagai Ketua Pengawal semasa 30

taklimat penugasan telah mengarahkan sekiranya tidak ada OKT dalam

Lokap, catatan pergerakan dalam Buku Perharian Balai perlu dibuat dan

selepas itu baru anggota sentri boleh turun ke bawah pondok pengawal

dan perkara itu dilakukan oleh SP24. SP46 tidak berjumpa dengan Fairul

pada hari itu dan pada hari kejadian. 35

SP46 tidak dimaklumkan tentang kematian tahanan pada 21 Mei 2013

dan hanya tahu berkenaan hal itu pada keesokan harinya.

Page 184: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

174

Walaubagaimanapun, SP46 pernah melihat si mati dan ada melihat Pol 5

84 (Sentri Lokap) yang mana nama si mati ada di daftarkan.

SP46 juga menyatakan bahawa SP46 pernah melihat Eksibit P18

berkaitan dengan Lokap D9, khas untuk Lokap D9, IPK Kuala Lumpur dan

dokumen ini tersimpan di dalam laci Lokap D9, IPK Kuala Lumpur dan 10

ada beri taklimat pada anggota-anggota yang bertugas di Lokap D9, IPK

Kuala Lumpur. SP46 ada membaca perintah seperti di Eksibit P18 walau

bagaimanapun SP46 tidak pasti sama ada anggota seliaan SP46 ada

baca atau tidak Eksibit P18 tersebut. Walau bagaimanapun, SP46

menyatakan bahawa sebelum masuk tugas, SP46 telah sampaikan 15

taklimat tugasan kepada anggota yang bertugas, sentri, pos depan

tentang apa yang perlu dibuat. SP46 menyatakan bahawa SP46 tidak

dapat sahkan setiap anggota telah membaca dokumen Eksibit P18 itu

kerana tidak ada ruang untuk ditandatangan selepas anggota

membacanya. SP46 memaklumkan, dokumen Eksibit P18 disimpan di 20

dalam satu fail. SP46 juga setuju walaupun Eksibit P18 dibaca oleh

anggota, fahaman setiap anggota mungkin tidak begitu jelas. SP46

memaklumkan di IPK Kuala Lumpur, Lokap yang diwartakan hanya Lokap

D9. SP46 juga bersetuju bahawa Lokap D9 sepatutnya di bawah kawalan

anggota Kem Komanden, namun dalam kes ini dikawal oleh anggota D9 25

dan sepatutnya tidak berlaku.

19.47 Insp. Kamaruzaman bin Endut (SP47)

SP47 berkhidmat di IPD Dang Wangi sebagai Pegawai Penyiasat 30

Jenayah. Menurut keterangan SP47, dalam pukul 5.15 petang pada 21

Mei 2013, SP47 ada menerima panggilan daripada Senior Investigation

Officer (SIO) SP47 iaitu SP53 untuk menjalankan siasatan berhubung

dengan satu kematian di Lokap D9, IPK Kuala Lumpur. Sejurus menerima

arahan tersebut, SP47 mengubungi jurugambar dan terus bergerak ke 35

Lokap D9, IPK Kuala Lumpur dari pejabatnya di Balai Polis Stadium.

Page 185: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

175

Setibanya di Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur, SP47 telah masuk ke Bilik 5

Mesyuarat untuk menunggu jurugambarnya. Semasa berada di dalam

Bilik Mesyuarat tersebut, SP47 tidak memberi perhatian kepada apa yang

dibincangkan oleh SP60, SP39, SP27, SP44 dan beberapa anggota lagi.

Setibanya jurugambar di Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur, selaku pegawai 10

penyiasat bertugas, SP47 telah mengarahkan jurugambar untuk

mengambil gambar laluan lokap, pintu lokap, gambar gazet lokap,

keseluruhan keadaan lokap dan gambar si mati.

Semasa SP47 berada di lokap, dalam pukul 5.30 petang, SP47 ada 15

ternampak 2 anggota sentri berada di lokap pada waktu itu. SP47 juga

berada bersama dengan SP4 semasa SP4 sedang memeriksa si mati dan

SP47 menjalankan tugas memberikan arahan kepada jurugambar untuk

menangkap gambar.

20

Semasa menjalankan siasatan, SP47 ada bertanyakan kepada anggota

sentri untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan nama OKT yang

meninggal, nombor IC si mati dan alasan si mati ditahan.

Setelah merakam gambar, SP47 telah dibenarkan oleh Majistret untuk 25

bawa mayat si mati ke hospital untuk tindakan lanjut iaitu untuk bedah

siasat dan sebagainya. SP47 telah meminta bantuan daripada anggota

Balai Polis Tun H.S. Lee untuk membawa mayat si mati ke Rumah Mayat,

Hospital Kuala Lumpur (HKL).

30

Setibanya di Rumah Mayat, HKL, SP47 menghubungi SP53 untuk arahan

lanjut dan SP53 telah mengarahkan SP47 untuk mendaftarkan dahulu

mayat si mati.

Semasa berada di Rumah Mayat HKL, SP47 dapati beberapa orang 35

awam di situ dan SP47 beranggapan mereka adalah ahli keluarga si mati.

Selepas selesai pendaftaran dan setelah berjumpa dengan doktor, SP47

telah arahkan anggota untuk masuk ke bilik mayat. Setelah selesai

Page 186: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

176

pendaftaran mayat, SP47 menghubungi SP53 untuk memaklumkan 5

bahawa ahli keluarga si mati ada bertanyakan mengenai mayat si mati.

Namun, SP47 tidak dapat memberikan apa-apa penjelasan kerana SP47

telah menerima arahan untuk menyerahkan semula siasatan kepada

SP53.

10

19.48 L/Kpl Mohd Izhar bin Ibrahim (SP48)

Pada 12 Mei 2013, SP48 bertugas sebagai anggota eskot di Cawangan

Jenayah, IPD Cheras. Pada 12 Mei 2013, SP48 telah menerima arahan

daripada SP34 untuk eskot 4 orang OKT berbangsa India ke Lokap IPD 15

Dang Wangi.

SP48 memberi keterangan bahawa pada ketika itu, hanya SP48 yang

mengiringi OKT-OKT dan van dipandu oleh anggota lain. Pada ketika itu,

semua OKT bergari dengan gari berantai dan OKT-OKT berada dalam 20

keadaan baik di mana semua OKT boleh berjalan dengan baik.

19.49 Kpl Fadilah bin Putit (SP49)

Pada 11 Mei 2013, SP49 bertugas di Lokap IPD Dang Wangi dari jam 25

11.00 malam hingga 7.00 pagi (12 Mei 2013). SP49 memberi keterangan

bahawa terdapat 12 ke 15 anggota bertugas setiap shift menjaga lokap.

Lokap IPD Dang Wangi mempunyai 47 sel dan merupakan centralized

lock up atau lokap berpusat.

30

Pada 12 Mei 2013, SP49 bertugas di bahagian pendaftaran iaitu

bertanggungjawab menerima OKT. Pada jam 3.45 pagi, 3 orang anggota

iaitu D/Kpl. 137902, D/Kpl. 140484 dan D/Kpl. 162893 daripada IPD

Cheras telah menyerahkan empat (4) orang OKT yang baru. Berdasarkan

kepada borang keluar masuk yang diserahkan oleh anggota yang 35

menghantar menunjukkan 4 orang OKT tersebut ialah si mati, SP31,

Kanan a/l Subramaniam dan Kalaimani a/l Sitamparam. (rujuk Buku

Perharian Balai Lokap IPD Dang Wangi (Eksibit P53) entri no. 0545).

Page 187: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

177

Selepas mencatat/menyalin nama-nama OKT daripada borang keluar 5

masuk ke dalam Eksibit P53, borang keluar masuk OKT tersebut disimpan

dalam satu fail dekat tempat pendaftaran. Menurut SP49 jika fail tersebut

telah penuh, fail akan simpan atau diletak di satu tempat di pejabat lokap.

SP49 tidak pasti borang tersebut masih ada di Lokap IPD Dang Wangi.

10

Seterusnya, sebelum OKT-OKT dibawa masuk ke dalam lokap,

pemeriksaan ke atas badan OKT akan dilakukan di ruangan pemeriksaan

di dalam lokap iaitu di tempat penerimaan tahanan untuk memeriksa

keadaan fizikal semua OKT. Sekiranya tiada kecederaan dan OKT tidak

mengadu sakit, barulah OKT didaftar dan dimasukkan ke dalam lokap. 15

Menurut SP49, anggota sentri lokap tidak dilatih dengan latihan

pemeriksaan kesihatan atau pun kecederaan yang dialami oleh orang

tahanan. Pemeriksaan badan yang dibuat ke atas OKT hanyalah

pemeriksaan luaran yang dibuat secara kasar

20

Untuk kes si mati ini, semasa pemeriksaan badan dilakukan ke atas

kesemua empat orang OKT tersebut, OKT-OKT tiada mengadu sakit dan

tiada kecederaan dapat dilihat dari luaran. Selepas diperiksa dan tiada

kecederaan, OKT-OKT telah dibawa untuk menukar baju lokap dan

seterusnya diiring oleh anggota untuk masuk ke dalam lokap. Barang-25

barang peribadi OKT-OKT disimpan oleh anggota yang menguruskan

barang-barang OKT. Urusan berkait dengan barang-barang peribadi OKT

dibuat di bilik menukar baju.

Jika barang OKT disimpan di Lokap IPD Dang Wangi dan OKT dibawa 30

keluar tetapi akan dibawa semula ke Lokap IPD Dang Wangi, barang-

barang akan tetap disimpan di Lokap IPD Dang Wangi. Namun, jika OKT

akan kekal di lokap di mana mereka dibawa, barang-barang OKT akan

dibawa sekali.

35

Menurut SP49, semasa penerimaan OKT pada 12 Mei 2013, tiada

perbualan dengan OKT dan hanya bertanya masalah kesihatan sahaja.

Semasa penerimaan nama OKT-OKT dipanggil seorang demi seorang.

Page 188: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

178

SP49 tidak ingat apa pakaian si mati semasa diserahkan. SP49 tidak ingat 5

semasa diperiksa sama ada ada kesan darah pada pakaian si mati atau

tidak. Menurut SP49, OKT-OKT termasuk si mati tidak mengadu sakit dan

jalan juga tidak dipimpin. SP49 cuma bertugas di bahagian pendaftaran

saja dan OKT-OKT kemudiannya diambil oleh anggota lain. Pegawai

lokap ambil OKT daripada tempat OKT diperiksa atau tempat yang 10

menempatkan orang yang baru dan kemudiannya dibawa masuk ke

dalam. Pegawai pengawal tahu ada kemasukkan banduan atau tahanan

baru tiba apabila diberitahu oleh SP49 sebelum mereka tukar baju. Gari

OKT-OKT dibuka setelah dimasukkan ke dalam lokap. OKT tidak digari

semasa diterima oleh Lokap IPD Dang Wangi kerana berada dalam jarak 15

yang dekat dan selamat. Pendaftaran dibuat di luar besi jeriji lokap dan

pada waktu tersebut, OKT masih bergari. Setelah selesai, barulah gari

dibuka sebelum diserahkan kepada anggota prowler. OKT akan menukar

pakaian di dalam bilik yang dikhaskan.

20

19.50 Insp. Khairul Fairoz bin Rodzuan (SP50)

SP50 bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah di IPD Cheras, Kuala

Lumpur sejak bulan Mei 2007. Pada 17 Mei 2013, SP50 mendapat arahan

daripada Pegawai Penyiasat Kanan iaitu SP52 untuk membantu 25

merakam percakapan 112 ke atas si mati berhubung dengan kes yang

SP52 sendiri siasat sebagai Pegawai Penyiasat.

Pada tarikh 17 Mei 2013 tersebut, SP50 bersama SP52 telah ke Pejabat

D9 dan telah memaklumkan kepada anggota di Kaunter Pejabat Inkuiri 30

untuk memanggil si mati bagi tujuan rakaman percakapan. SP50 dan

SP52 hanya menunggu di meja di hadapan Kaunter Pejabat Inkuiri D9

dan OKT telah dibawa dari lokap di belakang kaunter ke meja tersebut.

SP50 nampak si mati berjalan dengan tangan bergari di hadapan dan

semasa si mati tiba di meja di mana SP50 dan SP52 menunggu, SP50 35

nampak si mati tidak ada apa-apa kecederaan.

Page 189: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

179

Sebelum membacakan amaran seksyen 112 ke atas si mati, SP50 ada 5

bertanya kepada si mati secara lisan, sama ada si mati ada apa-apa

aduan atau kesakitan. Si mati hanya mengadu kepada SP50 bahawa si

mati sudah tidak tahan duduk di dalam dan hendak jumpa anak serta

isteri. Si mati tiada mengadu perkara yang lain-lain seperti sakit atau apa–

apa lain. 10

Menurut SP50, tempoh rakaman percakapan ialah lebih kurang satu jam

dan sepanjang tempoh tersebut, si mati memberi kerjasama sepenuhnya.

Selain merakam percakapan si mati, SP50 ada merakam percakapan

OKT lain juga tetapi tidak ingat siapa nama OKT tersebut. Pada 20 Mei 15

2013, SP50 ada menerima arahan daripada SP52 untuk ke HUKM untuk

menemubual dan merakam percakapan mangsa tembak iaitu Saravanan

tetapi SP50 tidak ingat bila arahan tersebut diterima. SP50 tidak ingat

tarikh rakam percakapan dibuat. Hasil rakaman percakapan tersebut,

SP50 mendapat maklumat bahawa Saravanan telah bertengkar dan 20

bergaduh sebelum dia melarikan diri. Semasa sedang berlari, Saravanan

terasa ada benda panas menembusi badan dan barulah dia tahu bahawa

dia telah ditembak. Selain tu, berdasarkan kepada rakaman percakapan

tersebut, SP50 mendapati bahawa Saravanan tidak pasti dan tidak cam

siapa yang menembaknya. 25

Sepanjang tempoh si mati ditahan iaitu 12 Mei 2013 sehingga 21 Mei

2013, SP50 tidak maklumkan kepada keluarga si mati, ataupun

mengadakan sebarang pertemuan bersama keluarga si mati. SP50 tidak

ingat samada si mati mengalami kecederaan dalam pergaduhan dengan 30

Saravanan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh SP50, SP50

menyatakan bahawa si mati dan Saravanan ada bertumbuk semasa

pergaduhan tersebut namun SP50 tidak ingat sama ada pergaduhan

tersbeut ada melibatkan apa-apa senjata. Penglibatan SP50 dalam kes si

mati ini hanyalah membuat rakaman percakapan sahaja. 35

Page 190: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

180

19.51 L/Kpl Mohd Khairul Hafiz bin Mohamad Tarmizi (SP51) 5

SP51 bertugas di Cawangan Kem Komandan, IPK Kuala Lumpur sejak

tahun 2008. Antara 13 Mei 2013 hingga 21 Mei 2013 SP51 bertugas dari

jam 3.00 petang sehingga jam 11.00 malam. SP51 tidak kenal si mati tapi

dalam senarai tahanan lokap memang ada nama si mati. Menurut catatan 10

Eksibit P31, entri no. 3030 adalah catatan yang dibuat oleh SP51.

Sepanjang tugasan SP51 pada hari bertugas, SP51 hanya mengenali si

mati berdasarkan catatan di dalam senarai OKT. Pada 15 Mei 2013

menurut SP51 tiada pergerakan melibatkan si mati. SP51 tulis catatan

keadaan baik kerana tiada pergerakan OKT keluar masuk dan tiada 15

aduan daripada si mati. Kemudian SP51 serah tugas kepada L/Kpl.

174994. Menurut Eksibit P1, entri no. 3114 yang menyatakan bahawa

“L/Kpl. 163931 masuk tugas sentri lokap D9, OKT seramai 10 orang

berada di dalam sel lokap, pecahan bangsa 4 Melayu, 3 Cina, 2 India dan

1 warga Myanmar. Keadaan baik adanya”. 20

Sepanjang 8 tahun SP51 sebagai anggota sentri, SP51 tidak pernah lagi

nampak kejadian di mana OKT selepas siasatan akan dibawa dalam

keadaan dipapah, ataupun dalam keadaan tidak boleh berjalan dengan

baik. SP44 jarang datang ke Lokap D9, IPK Kuala Lumpur. Tetapi pada 25

19 Mei 2013, menurut catatan di Eksibit P31, entri no. 3115 – 3117, si

mati dihantar balik ke lokap pada jam 4.00 petang oleh SP44 seorang

sahaja. Pada masa itu SP51 berada di dalam sel dan SP44 berada di luar

sel. SP44 ada minta SP51 untuk buka pintu sel tetapi tidak masuk ke

dalam sel. Catatan dibuat selepas si mati dimasukkan ke dalam sel. 30

Padaa ketika itu, si mati berada dalam keadaan baik. SP44 berpesan

kepada SP51 untuk menyuruh si mati mandi dan akan dibawa keluar

semula untuk soal siasat. Pada masa itu jam 4.00 petang 19 Mei 2013.

19.52 ASP Mohamed Sazif bin Mohamed Subri (SP52) 35

Sekitar Mei 2013, SP52 bertugas di IPD Cheras sebagai Pegawai

Penyiasat Kanan (SIO) Jenayah. Semasa bertugas pada 11 Mei 2013,

Page 191: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

181

SP52 ada dimaklumkan tentang laporan polis Sungai Besi/004828/13. 5

Menurut SP52, pengadu laporan polis tersebut ialah si mati dan kes

tersebut disiasat oleh Sjn. Ridzuan. Manakala, SP52 pula menyiasat kes

bagi laporan polis Sungai Besi/004827/13 iaitu laporan berhubung

dengan cubaan bunuh melibatkan mangsa 2 lelaki India yang diserang

dan ditembak. Sjn. Ridzuan telah memaklumkan bahawa kes yang SP52 10

terima berkemungkinan bersangkut dengan kes yang diterima oleh Sjn.

Ridzuan. Selepas mendapat arahan untuk menyiasat laporan polis

SBesi/004827/13 tersebut, SP52 memanggil ahli pasukannya dan

bergerak ke tempat kejadian di Jalan Budiman 11, Bandar Tun Razak.

Setibanya di Jalan Budiman 11, tempat kejadian telah dikawal oleh 15

anggota IPD Cheras dan semua mangsa sudah tiada kerana telah dibawa

ke HUKM.

Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati terdapat sebuat motosikal

yang ditinggal, terdapat kelongsong peluru dan darah. Namun, tiada 20

senjata api yang ditemui di lokasi kejadian. Sebagai Pegawai Penyiasat,

SP52 cuba mengenal pasti saksi, saksi awam, atau pun siapa sahaja

yang berada di tempat kejadian yang boleh membantu dalam siasatan.

SP52 telah arahkan pegawainya untuk membuat pre-interview di HUKM

kerana mangsa sedar dan tahu siapa penyerangnya. 25

Setelah mendapat feedback dari pegawai yang diarahkan iaitu nama

penyerang, pasukan bertindak untuk mengesan salah satu suspek dalam

kes tersebut. Kemudian SP52 dimaklumkan, salah seorang suspek ada

membuat laporan polis. SP52 ada ditaklimatkan oleh pegawai penyiasat 30

tentang kes berhubung dengan laporan yang dibuat oleh si mati. Setelah

disemak maklumat yang diberi oleh pegawai penyiasat kes tersebut dan

laporan polis yang SP52 siasat, maka SP52 percaya si mati mempunyai

kaitan dengan kes yang sedang disiasat oleh SP52. Oleh itu, si mati dan

3 orang lagi ditahan atas arahan SP52 dan kes telah disiasat di bawah 35

seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh. Menurut SP52,

selepas si mati ditangkap berdasarkan laporan polis SBesi/004827/13

iaitu kes tembak, si mati telah dibawa ke Lokap IPD Dang Wangi.

Page 192: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

182

Tangkapan telah dibuat dengan bantuan SP34 dan setelah tangkapan 5

dibuat, SP52 ada mengarahkan SP34 supaya memaklumkan kepada

keluarga terdekat si mati. SP52 juga telah arahkan agar si mati dibawa ke

lokap untuk didaftarkan. Menurut SP52, SP34 telah diarahkan oleh SP52

untuk menghantar si mati ke Lokap IPD Dang Wangi.

10

Menurut SP52 sebagai pegawai penyiasat kepada kes si mati, tugas-

tugas SP52 antaranya adalah untuk melakukan siasatan, khusus dalam

kes ini mesti maklumkan kepada pegawai atasan, kemudian lakukan

siasatan awal untuk ditaklimatkan kepada pegawai atasan untuk

diklasifikasikan. Siasatan akan diteruskan dan jika tiada suspek ketika itu, 15

tanggungjawab pegawai penyiasat adalah membuat risikan maklumat

supaya boleh membina dan menjurus kepada suspek untuk dikesan dan

ditangkap. Dalam kes ini, menurut SP52, suspek telah dikenal pasti dan

tanggungjawab SP52 adalah untuk menjalankan siasatan untuk

memastikan suspek dapat dikesan dan ditangkap. 20

Menurut SP52, setelah si mati ditangkap, si mati dimaklumkan sebab si

mati ditangkap dan hak untuk menghubungi dengan ahli keluarga dan

sesiapa yang si mati ingin berhubung. Menurut SP52, keluarga si mati ada

diberitahu tentang penahanan si mati. Permohonan reman telah 25

dikendalikan oleh Insp. Fazli berdasarkan justifikasi reman yang

disediakan oleh SP52 sendiri sebagai pegawai penyiasat. Manakala, Diari

Penyiasatan disediakan oleh SP34 dan diperiksa oleh SP52. Reman ke

atas si mati telah dibenarkan untuk tempoh selama 5 hari. Menurut SP52,

pada 13 Mei 2013, atas arahan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah 30

Daerah (KBSJD), Tuan Roslan, si mati dan 3 yang lain dipindahkan terus

ke Lokap D9, IPK Kuala Lumpur selepas reman telah diperolehi.

Reman kedua dibuat pada 16 Mei 2013 dan dikendalikan oleh pegawai

cawangan mahkamah iaitu pegawai reman dari IPD Cheras. Menurut 35

SP52, permohonan sambung reman telah diarahkan oleh SP27. Arahan

diberikan oleh SP27 satu hari sebelum tarikh reman melalui panggilan

telefon apabila dihubungi oleh SP52.

Page 193: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

183

SP52 tidak tahu berapa ramai anggota/pegawai D9 IPK Kuala Lumpur 5

yang menjalankan soal siasat ke atas si mati. SP52 juga tidak pasti

tentang wujudnya Pasukan Projek yang diketuai oleh SP44 untuk

mengendalikan soal siasat ke atas si mati. SP52 hanya dapat berjumpa

si mati selepas permohonan kedua reman iaitu semasa SP52 pergi ke IPK

Kuala Lumpur bersama pegawai SP52. SP52 ada berjumpa dengan SP27 10

dan dimaklumkan bahawa pasukan penyiasat D9, IPK Kuala Lumpur

masih lagi menjalankan siasatan untuk mengesan senjata api. SP52 telah

arahkan rakaman percakapan si mati dirakam pada 17 Mei 2013 untuk

menyelesaikan siasatan kerana saksi-saksi lain telah dirakam

percakapan dan reman kedua telah dibenarkan. Semasa rakaman 15

percakapan dibuat, si mati memberi kerjasama, dan SP52 berpuas hati

dengan keterangan yang diberikan. SP52 telah beritahu kepada SP27

menyatakan percakapan si mati telah selesai dan tidak perlukan si mati

untuk siasatan. SP52 maklumkan kepada SP27 pada ketika itu bahawa

dia tidak dapat mengenal pasti sebarang bukti kukuh untuk mengaitkan si 20

mati dengan kes cubaan membunuh yang sedang disiasat. SP52 juga

telah memaklumkan SP27 bahawa si mati mungkin berada di tempat

kejadian tapi tidak dapat menyatakan si mati yang buat (melepaskan

tembakan). Jadi SP52 maklumkan kepada SP27 berhubung dengan

siasatan kesnya bahawa SP52 tidak memerlukan lagi si mati untuk 25

disambung reman. Namun, SP27 memaklumkan kepada SP52 bahawa

SP27 masih perlu menahan si mati untuk disoal siasat.

Dalam tempoh daripada 12 hingga 17 Mei 2013, SP52 tidak pernah

bercakap atau menghubungi SP44 dan tidak kenal siapakah SP44. SP44 30

juga tidak pernah hubungi SP52 untuk tujuan siasatan. Jadi antara 12 Mei

2013 hingga 21 Mei 2013 memang tidak ada komunikasi anatara SP52

dengan SP44.

Menurut SP52, ketika SP52 merakam percakapan si mati pada 17 Mei 35

2013, si mati berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang kecederaan.

SP52 mendapat maklumat berhubung dengan kematian si mati daripada

SP27 pada tarikh kejadian iaitu 21 Mei 2013. SP52 hadir mesyuarat

Page 194: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

184

bersama pegawai D9 IPK Kuala Lumpur dan SP39 lebih kurang jam 6.00 5

petang sebelum SP4 sampai. Tujuan kehadiran SP52 adalah kerana si

mati adalah OKT kepada kes yang disiasat oleh SP52. SP52 pada masa

itu merasa marah (pissed off) terhadap apa yang telah berlaku.

Sehari sebelum reman tamat pada 21 Mei 2013, SP52 ada hubungi SP27 10

sendiri mengingatkan reman akan tamat pada 21 Mei 2013. Pada tengah

hari 21 Mei 2013, SP52 ada berjumpa SP27 untuk rujuk kertas siasatan

bagi diminit olehnya. Tetapi SP52 tidak ada berjumpa dengan si mati.

SP52 diberitahu oleh SP27 bahawa ada arahan untuk tangkap semula si

mati untuk soal siasat. Tetapi untuk laporan lain dan bukan laporan yang 15

dikendalikan oleh SP52. SP52 diarahkan untuk serahkan si mati kepada

D9 IPK Kuala Lumpur untuk tangkap semula.

Mengikut prosedur, soal siasat dan penyiasatan sepatutnya dijalankan

oleh SP52, pegawai lain tiada kuasa untuk ambil OKT kes SP52, tetapi 20

SP52 hanya mematuhi arahan dan tidak boleh ingkar arahan ketua. SP52

juga tidak berpuas hati dengan cara kes si mati disiasat. SP52

menyatakan bahwa KBSJD tahu perkembangan kes yang dikendalikan

oleh SP52 kerana setiap pagi akan dilbentangkan kepada KBSJD. Pada

21 Mei 2013, semasa SP52 berjumpa dengan SP27, arahan telah 25

dikeluarkan kepada SP52 untuk selesaikan siasatan dengan membuat

ujian DNA. Arahan dijalankan kepada 3 OKT yang diserahkan kepada

SP52 namun si mati tidak diserahkan kepada SP52.

19.53 ASP Kamarul Rizal bin Jenal (SP53) 30

SP53 bertugas di IPD Dang Wangi sebagai Pegawai Penyiasat Kanan

Jenayah. Pada 21 Mei 2013, pada jam lebih kurang 3.00 – 4.00 petang,

SP53 menerima maklumat mengenai kematian satu OKT di Lokap D9,

IPK Kuala Lumpur melalui panggilan telefon oleh pihak Pejabat 35

Pertanyaan Balai Polis Tun HS Lee. Pada masa itu SP53 berada di

PULAPOL mengikuti latihan sukan. SP53 dimaklumkan akan kematian si

mati kerana SP53 ialah SIO harian yang bertugas. Menurut SP53 jika

Page 195: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

185

sekiranya ada kes-kes menarik, pejabat pertanyaan akan maklumkan 5

kepada SP53 untuk pengetahuannya.

Sejurus selepas menerima maklumat tersebut, SP53 arahkan SP47 untuk

ke tempat kejadian dan menguruskan siasatan di Lokap D9, IPK Kuala

Lumpur terlebih dahulu. SP47 telah membuat laporan kepada SP53 di 10

sebelah malam lebih kurang jam 8.00 malam melalui telefon dengan

memaklumkan bahawa kematian tersebut melibatkan seorang lelaki India

di Lokap D9, IPK Kuala Lumpur dan mayat tersebut telah dihantar ke bilik

mayat Hospital Kuala Lumpur untuk urusan bedah siasat. SP53 telah

mengarahkan SP47 untuk mengeluarkan Pol. 60 untuk arahkan Pegawai 15

Kesihatan Hospital Kuala Lumpur menjalankan bedah siasat. SP53 ke

Hospital Kuala Lumpur setelah dihubungi oleh pihak Hospital Kuala

Lumpur.

Pada tengah malam pada 22 Mei 2013, SP53 sampai di Hospital Kuala 20

Lumpur. SP53 dihubungi kerana difahamkan arahan daripada ketuanya

iaitu DSP Khoo Leng Huat bahawa SP53 ditugaskan untuk menyiasat kes

ini. Pihak Hospital Kuala Lumpur memaklumkan bahawa pihak keluarga

si mati ingin melihat mayat. Sejurus tiba di hospital, SP53 melihat lebih

kurang 30 orang berada di lobi bilik mayat. Keluarga si mati masih belum 25

melihat mayat dan SP53 membenarkan mereka melihat mayat. Menurut

SP53, SP2 bersama dengan seorang peguam perempuan masuk melihat

mayat si mati dan turut ditemani oleh SP53. Pada masa itu mayat berada

di luar peti ais di dalam beg plastik hitam dan diletakkan di atas troli. SP53

buka bahagian muka si mati. Secara tidak rasmi SP2 telah camkan itu 30

mayat suaminya. SP2 tidak minta apa-apa penjelasan melainkan

mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah mayat suaminya semasa

proses pengecaman mayat. Tiada keluarga lain kecuali SP2 dan peguam

saja. SP53 minta keluarga dan SP2 hadir semula keesokkan harinya

untuk buat pengecaman yang rasmi bersama Doktor Patologi. 35

Pada 22 Mei 2013 jam 9.00 pagi, SP53 bersama SP1 terus berjumpa

dengan SP7. Pihak keluarga masih menunggu peguam untuk hadir untuk

Page 196: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

186

pengecaman mayat. Selepas itu SP7 membawa SP53, SP1, wakil 5

keluarga si mati serta peguamnya ke bilik mayat untuk pengecaman

mayat. SP53 menghadiri bedah siasat sepanjang bedah siasat itu

berlangsung bermula jam 2.00 petang hingga jam 5.00 petang. Gambar

diambil oleh SP1 mengikut arahan SP7. Selepas bedah siasat, SP53 ada

terima spesimen daripada SP7 yang kemudiannya dihantar ke Jabatan 10

Kimia untuk dianalisa dan hasil siasatan dilaporkan kepada DSP Khoo.

Dalam siasatan kes kematian si mati ini, SP53 hanya terlibat dengan

proses bedah siasat dan merampas stapler di Pejabat D9, IPK Kuala

Lumpur. Kemudiannya, 2 hari selepas bedah siasat dijalankan, satu 15

mesyuarat bersama Pengarah JSJ, diadakan di mana Datuk Hadi ada

meminta SP53 untuk membantu Pegawai Penyiasat kes iaitu SP54 untuk

merampas stapler berikutan penemuan dawai kokot pada badan si mati.

Rampasan stapler telah dilakukan pada 30 Mei 2013 di Pejabat D9, IPK

Kuala Lumpur untuk dihantar ke jabatan kimia untuk analisa DNA. 20

Laporan Kimia ke atas stapler yang dirampas tersebut telah diserahkan

kepada SP54. Dua stapler yang dirampas tersebut adalah seperti dalam

gambar di Eksibit P54 gambar no. 9.

19.54 ASP Chang Chee Fong (SP54) 25

SP54 ditugaskan untuk menyiasat kes kematian si mati setelah mendapat

arahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pada masa itu iaitu Datuk

Hadi Ho untuk menjalankan siasatan di bawah seksyen 302 Kanun

Keseksaan pada 23 Mei 2013 jam lebih kurang 9:30 pagi. Pada asalnya 30

pegawai penyiasat kes kematian si mati ialah SP53 dari IPD Dang Wangi.

Pada masa itu SP54 bertugas di Bahagian Siasatan Khas D9 Bukit Aman.

Selepas terima arahan, pada jam lebih kurang 11:00 pagi, SP54 terus

pergi ke tempat kejadian di Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur.

35

Pada petang 23 Mei 2013, SP54 telah merakam percakapan pengadu

iaitu SP25. SP54 mendapat dokumen-dokumen yang disimpan di pejabat

IPK Kuala Lumpur pada 27 Mei 2013. Pada 23 Mei 2013 dokumen tidak

Page 197: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

187

diambil kerana SP54 diberitahu oleh anggota di Pejabat Inkuiri bahawa 5

dokumen-dokumen tersebut berada pada SP45, namun SP45 tiada di

Kuala Lumpur pada masa itu kerana sudah keluar daerah dan diberitahu

untuk datang pada 27 Mei 2013. SP54 ada berjumpa SP45 pada 27 Mei

2013 pada jam 4.45 petang di D9 IPKL. Selain daripada Buku Perharian

Balai yang berada di Kaunter Pejabat Inkuiri dan Buku Perharian Balai 10

yang berada di Lokap D9, IPK Kuala Lumpur (Eksibit P31/P32), senarai

OKT dalam lokap sepanjang 13 Mei 2013 hingga 21 Mei 2013 dan juga

duty roster jadual bertugas kem komandan juga diberikan kepada SP54.

SP54 juga ada dapatkan duty roster Bahagian D9 IPK Kuala Lumpur pada

hari tersebut. 15

Poket diari anggota/pegawai yang terbabit belum diminta pada hari

tersebut kerana SP54 masih tidak tahu siapa anggota yang terlibat dalam

menjaga dan menyoal si mati. SP54 merujuk kepada Diari Siasatan yang

mencatatkan bahawa pada 28 Mei 2013 jam lebih kurang 10.10 malam, 20

SP54 mula membuat permintaan untuk poket diari anggota diserahkan.

SP54 telah mendapatkan poket diari suspek, SP43, SP42 dan SP41.

SP54 menyatakan bahawa SP54 ada membuat rampasan ke atas Eksibit

P31/P32 daripada SP45.

25

Semasa merakam percakapan, SP54 ada tanya SP24 berkenaan dengan

perubahan dalam Buku Perharian Balai dan dia menyatakan telah buat

kesilapan semasa buat catatan. Jika mengikut prosedur buat catatan

lokap, seharusnya di cross dan sign sebelum letakkan tarikh atau masa

yang tepat. Tetapi menurut SP54 perkara itu tidak dilakukan oleh SP24 30

semasa membuat pindaan. Menurut SP54, Kertas Siasatan pertama kali

dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 3 Jun 2013 dan pada 5

Jun 2013, SP54 menerima arahan daripada Ketua Unit Pendakwaan

Kuala Lumpur untuk tuduh 4 suspek iaitu SP41, SP42, SP43 dan SP44 di

bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34. 35

Pada 5 Jun 2013, jam lebih kurang 2.00 petang bertempat di tingkat 9 IPK

Kuala Lumpur, SP54 telah menangkap 3 suspek iaitu SP41, SP42 dan

Page 198: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

188

SP43. SP44 telah ditangkap pada 29 Julai 2013 jam lebih kurang 12.10 5

tengah hari di Bukit Aman di Tingkat 11, Pejabat Jabatan Siasatan

Jenayah. SP54 dimaklumkan oleh anggota inkuiri IPD Dang Wangi

tentang laporan polis yang dibuat oleh SP44 pada 1 Jun 2013 dan laporan

tersebut akan disiasat oleh pegawai lain dari IPK Kuala Lumpur iaitu

SP62. 10

Dalam siasatan SP54 ada lihat kedudukan di dalam lokap seperti CCTV

dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Berhubung dengan CCTV, SP54

telah rakam rakaman percakapan pegawai yang in charge CCTV dan

dimaklumkan bahawa CCTV telah rosak. Catatan di buku log menyatakan 15

CCTV rosak. SP54 tidak ada membuat semakan secara fizikal. Menurut

SP54 selain daripada Lokap D9, IPK Kuala Lumpur, ada lagi CCTV di bilik

soal siasat. Di tingkat 7 ada 2 CCTV, 1 di lokap dan 1 di bilik soal siasat.

Menurut SP54 CCTV di dalam bilik soal siasat tiada central monitor

system. Di bilik soal siasat, rakaman CCTV hanya akan dibuat ikut 20

keperluan anggota/pegawai yang jalankan soal siasat. Menurut SP54

tidak ada arahan supaya rakaman dimestikan dibuat semasa soal siasat.

SP54 tidak ada buat rampasan inhaler tetapi ada diserahkan barang kes

tersebut oleh pegawai penyiasat asal iaitu SP53. Barang lain diserahkan 25

kepada SP54 adalah seperti baju yang dipakai oleh si mati, swabbing

yang diperoleh dari tempat kejadian, dan spesimen yang diambil semasa

bedah siasat. Barang tersebut menurut SP54, telah diserahkan selepas

analisa dijalankan. Dua dawai kokot juga diserahkan oleh pegawai

penyiasat asal. SP54 turut menerima gambar bedah siasat si mati. SP54 30

dirujuk kepada gambar bedah siasat iaitu gambar nombor 14, 15, 17 dan

19 (Eksibit P1).

Semua anggota/pegawai yang disoal ada ditanya berkenaan dengan

stapler bullet di telinga si mati. Menurut SP54 itu adalah kali pertama 35

SP54 pernah nampak dawai kokot di telinga si mati dan kejadian

sedemikian adalah kejadian yang luar biasa berlaku ke atas tahanan

lokap. Menurut SP54, Jabatan Kimia Malaysia telah mengeluarkan satu

Page 199: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

189

laporan berkenaan dawai kokot tersebut yang menyatakan bahawa ada 5

kesan DNA si mati pada dawai kokot tersebut. Laporan percakapan

risikan (interrogation report) si mati turut dirampas. Laporan percakapan

risikan si mati yang dirakam oleh SP44 dibantu oleh SP41 dan SP43

bertarikh 19 Mei 2013 yang belum siap dan ditandatangani.

10

19.55 L/ Kpl. Norhayati bte Mohamed Nor (SP55)

Pada 21 Mei 2013 jam 8:00 pagi sehingga jam 3:00 petang, SP55

bertugas sebagai Penolong Ketua Pengawal Keselamatan di Pondok

Pengawal IPK Kuala Lumpur dan bertugas sebagai Pengeluar Pas 15

Keselamatan. Pada tahun 2013, pos pondok pengawal keselamatan

menghadap Jalan Galloway dan pintu keluar masuk ke IPK Kuala Lumpur

ada satu sahaja.

Sepanjang SP55 menjaga pos keselamatan pada 21 Mei 2013, SP55 20

tidak pernah lihat mana-mana OKT dibebas dan ditangkap semula di luar

kawasan IPK Kuala Lumpur terutamanya di Jalan Galloway. SP55 tidak

pernah lihat mana-mana polis mengiringi mana-mana OKT keluar ikut

laluan tersebut dengan berjalan kaki. Menurut SP55, pos keselamatan

yang lama tiada CCTV. SP55 menyatakan bahawa SP24 ada di pondok 25

pengawal pada 21 Mei 2013 dari jam 2.30 hingga 3.00 petang. Walau

bagaimanpun apabila SP24 habis tugas jam 3:00 petang SP55 tidak ada

nampak SP25 ambil tugas daripada SP24.

19.56 D/Kpl. Javis Aldrian Oyo (SP56) 30

SP56 yang bertugas sebagai anggota siasatan khas di Bahagian D9, IPK

Kuala Lumpur menyatakan bahawa SP56 tidak pernah mengendalikan

dan tidak pernah menyoal siasat OKT bernama Dharmendran sepanjang

tempoh daripada 13 hingga 21 Mei 2013. SP56 pernah eskot si mati 35

bersama SP44 untuk menunjukkan rumah suspek yang masih bebas di

Bandar Tun Razak namun SP56 tidak ingat bila. SP56 menyatakan

Page 200: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

190

bahawa si mati pada masa itu tiada mengadu apa-apa masalah dan tiada 5

kecederaan. Itulah kali pertama dan kali terakhir SP56 melihat si mati.

Pada 21 Mei 2013 jam lebih kurang pukul 9.00 pagi, SP56 sampai di

Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur dan kemudian keluar untuk tugasan lain di

luar pejabat. Apabila SP56 dirujuk kepada laporan polis THSL/018421/12 10

bertarikh 21 Mei 2013 (Eksibit P50), SP56 menyatakan bahawa SP56

tidak terlibat dalam tangkapan semula berkait laporan polis

Petaling/1384/13 walaupun nombor badan SP56 ada dinyatakan dalam

laporan tersebut. Menurut SP56 tangkapan semula tidak berlaku di Jalan

Galloway. SP56 kemudian rujuk kepada poket diari (Eksibit P68) pada 15

muka surat 47 entri no. 1300, bilangan 220 yang menyatakan bahawa

“Diketuai Insp. Hare bersama anggota D9 telah tangkap satu lelaki India

di Jalan Galloway, Kuala Lumpur di tepi jalan raya”.

Menurut SP56, catatan pada poket diari dibuat selepas 3 hari kematian si 20

mati. Menurut SP56, dia telah diarahkan oleh SP27 untuk membuat

catatan entri tersebut selaras laporan polis tangkapan semula. SP56 telah

membuat entri tersebut dalam poket diari walaupun SP56 tidak terlibat

dengan tangkapan semula dan SP56 tahu tangkapan tersebut tidak betul.

Ini kerana SP56 hanya ikut arahan pegawai atasannya. SP56 25

menyatakan bahawa dia tidak ada buat laporan polis berhubung perkara

tersebut.

19.57 D/Sjn. Sri Hari a/l Ramachandran (SP57)

30

SP57 memberi keterangan bahawa SP57 hanya terlibat di dalam siasatan

berhubung dengan kes yang melibatkan si mati pada 21 Mei 2013 di mana

SP57 telah diarahkan oleh SP27 untuk menemuduga mangsa di dalam

kes tersebut yang bernama Saravanan di Hospital UKM. Arahan tersebut

dikeluarkan oleh SP27 pada sebelah pagi 21 Mei 2013. Walau 35

bagaimanapun, SP57 menjelaskan bahawa dia sudah mengetahui akan

tugasan tersebut pada malam sebelum 21 Mei 2013 melalui SP44.

Page 201: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

191

Menurut SP57 lagi, pada 21 Mei 2013, setelah perjumpaan pagi selesai 5

sekitar jam lebih kurang 9.00 pagi, SP44 telah mengarahkannya, SP41

dan SP43 mengikuti SP44 ke HUKM. SP57 menjelaskan setibanya di

hospital, dia hanya tunggu di dalam kereta sahaja manakala SP44 dan

SP43 telah naik ke hospital berjumpa dengan mangsa iaitu Saravanan.

Selanjutnya, SP57 memberi keterangan bahawa selepas sesi temuduga 10

bersama Saravanan selama lebih kurang 20 minit, sekitar lebih kurang

jam 12.00 tengah hari, mereka telah pergi ke Kondominium Alamanda

iaitu kediaman SP44 dan masuk ke sebuah cafeteria untuk makan tengah

hari. Pada masa tersebut, S44 telah memberi arahan kepada mereka

bertiga untuk membuat tangkapan semula ke atas si mati. 15

Selesai makan tengah hari, SP57, SP41 dan SP43 telah pulang kembali

ke IPK Kuala Lumpur namun, SP57 tidak naik ke Pejabat D9 di Tingkat 7

dan terus pulang ke rumah setelah mengingatkan SP41 dan SP43 untuk

membuat laporan tangkapan semula seperti yang diarahkan oleh SP44 20

semasa makan tadi. Pada jam lebih kurang 6.00 petang, SP57 menerima

panggilan dari pejabatnya dan telah dimaklumkan oleh SP41 bahawa si

mati telah meninggal dunia.

SP57 turut menjelaskan bahawa walaupun dia tidak berada di tempat di 25

mana tangkapan semula dibuat, namanya diletakkan di dalam laporan

tangkapan semula kerana itu adalah amalan biasa di mana apabila

sesuatu tangkapan dibuat oleh mana-mana anggota pasukan, nama

setiap ahli pasukan akan dimasukkan di dalam laporan tangkapan. SP57

turut menjelaskan bahawa selama dia berkhidmat di D9, sebarang 30

tangkapan semula yang hendak dibuat akan dilaksanakan di Pejabat D9

sahaja. Tahanan-tahanan yang dibebaskan tetapi perlu ditangkap semula

tidak akan di bawa keluar daripada pejabat kerana berisiko. Walau

bagaimanapun, di dalam laporan tangkapan semula, nama jalan seperti

Jalan Galloway dan Jalan Hang Hisap dinyatakan untuk menunjukkan 35

bahawa tangkapan semula dibuat di salah satu jalan tersebut.

Page 202: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

192

19.58 Sjn Kanaran a/l Kunji Raman (SP58) 5

Pada 21 Mei 2013, SP58 ialah anggota Bahagian D9 yang ditugaskan

untuk tugasan soal siasat bersama SP59. Berdasarkan jadual bertugas,

SP58 diarah untuk soal siasat OKT bernama Loganathan. Pada 21 Mei

2013 pagi semasa sampai di pejabat, SP58 telah diberitahu oleh anggota 10

inkuiri bahawa OKT Loganathan telah pun dihantar ke Lokap Jinjang pada

20 Mei 2013. Menurut SP58, pegawai bertugas boleh tandatangan surat

kebenaran untuk keluarkan OKT daripada lokap. Selepas itu, SP58 ada

hadir taklimat pagi macam biasa dan sekitar jam 9.00 pagi, SP58 keluar

untuk tugas lain di luar. Menurut SP58, tiada soal siasat dijalankan pada 15

21 Mei 2013. SP58 tidak tahu pada 21 Mei 2013 bahawa ada OKT

bernama Dharmendran ditempatkan di Lokap D9, IPK Kuala Lumpur.

SP58 pernah nampak si mati semasa keluarkan OKT Loganathan pada

18 Mei 2013. Pada 21 Mei 2013, SP58 tidak ada pergi ke Lokap D9, IPK

Kuala Lumpur. SP58 juga menyatakan bahawa SP58 tidak ada nampak 20

si mati di dalam atau di luar lokap. SP58 menyatakan bahawa SP58 hanya

tahu tentang kematian si mati melalui Whatsapp Group D9 IPK Kuala

Lumpur pada sebelah malam pada 21 Mei 2013 dan dimaklumkan

bahawa si mati sakit dan meninggal namun menurut SP58 tidak

disebutkan sebab apa si mati meninggal. 25

19.59 D/Kpl Romzi bin Kasim (SP59)

Pada 20 Mei 2013, SP59 bertugas sebagai anggota standby dan anggota

soal siasat. Pada 20 Mei 2013, SP59 ada membawa OKT bernama 30

Loganathan dan Thanabalan keluar tapi bukannya si mati. Menurut SP59

catatan dalam Buku Perharian Balai (Eksibit P31) adalah tidak benar di

mana berdasarkan kepada poket diarinya(Eksibit P70), SP59 ada

membuat catatan dalam poket diarinya bahawa dia mencatatkan tugasan

yang dilaksanakan adalah seperti berikut “SP59 bertugas bersama Sjn. 35

Kanaran telah bawa keluar 3 OKT untuk urusan ambil gambar dan cap

jari pada tarikh 20 Mei 2013 tapi masa lain-lain.” SP59 dengan merujuk

kepada Eksibit P70 menyatakan bahawa pada 21 Mei 2013, SP59

Page 203: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

193

ditugaskan untuk tugasan soal siasat bersama SP58. Walau 5

bagaimanapun OKT di bawah kendalian SP59 telah dihantar semula ke

Lokap Jinjang.

Menurut SP59, pada 21 Mei 2013, SP59 ada masuk ke pejabat pada jam

8.00 pagi dan hadir taklimat pada jam 9.00 pagi dan telah stand by di luar 10

bersama SP58. Pada hari tersebut, SP59 menyatakan bahawa SP59

tidak ada melawat Lokap D9, IPK Kuala Lumpur. Menurut SP59, jika

diarahkan, anggota lain boleh soal siasat mana-mana OKT walau pun

mengikut Jadual Tugasan Harian (Eksibit P49) SP59 yang bertugas.

Menurut SP59, Penyelia SM Md Ali boleh arahkan mana-mana anggota 15

untuk soal siasat. SP59 menyatakan bahawa SP59 tidak kenal dan tidak

pernah melihat si mati. Selepas keluar dari pejabat pada jam 9.30 pagi,

SP59 tidak balik ke pejabat dan tidak dimaklumkan tentang kematian si

mati tetapi sekadar dengar cerita.

20

Menurut SP59, di D9 IPK Kuala Lumpur, jika ada tangkapan sesuatu kes

akan ada pegawai tasking yang akan minta bantuan anggota untuk

merakamkan percakapan risikan. Menurut SP59 lagi, selepas selesai

rakaman percakapan risikan, rakaman percakapan risikan tersebut akan

diserah kepada pegawai tasking. SP59 juga menyatakan bahawa 25

sepanjang pengalaman, SP59 tidak pernah lihat dawai kokot ada pada

telinga mana-mana OKT.

19.60 A/SAC Khairi Ahrasa (SP60)

30

Pada Mei 2013, bertugas sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan

Jenayah, Risikan dan Operasi, IPK Kuala Lumpur. Selain membantu

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah pada ketika itu, SP60

bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang berkaitan dengan operasi

iaitu membabitkan Cawangan Unit Risikan Jenayah, Cawangan Khas 35

Siasatan Jenayah Khas iaitu D9, Bahagian D8, Bantuan dan Teknikal dan

juga tugas-tugas yang berkaitan dengan operasi dan risikan maklumat.

Page 204: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

194

SP60 mengetahui tentang kejadian kematian si mati di dalam Lokap D9, 5

IPK Kuala Lumpur pada 21 Mei 2013 pada jam lebih kurang 6.20 petang

semasa berada di rumah di mana SP60 telah menerima panggilan telefon

daripada SP27 yang telah memaklumkan berhubung dengan kes

kematian tahanan dalam Lokap D9, IPK Kuala Lumpur kerana sakit dada.

Sejurus selepas itu, SP60 telah pergi ke IPK Kuala Lumpur dan setibanya 10

di IPK Kuala Lumpur, SP60 terus pergi ke lokap dan berjumpa dengan

anggota sentri, SP25 dan dapati sel Lokap D9, IPK Kuala Lumur pada

waktu itu berkunci dan didapati si mati terbaring membujur di dalam sel.

SP60 menyatakan bahawa dia ada bertanya kepada SP27 bagaimana si 15

mati boleh mati. SP60 juga ada bertanya kepada SP25 punca kematian

si mati dan SP25 menjelaskan bahawa selepas terjaga daripada tidur, si

mati mengadu sakit dada dan meminta untuk dibawa ke hospital. Menurut

SP60 lagi, SP25 hanya mendapat tahu bahawa si mati meninggal dunia

apabila disahkan oleh pembantu perubatan. Selepas SP60 mendapat 20

penjelasan jawapan daripada SP25, SP60 terus masuk ke Bilik Mesyuarat

Utama, Bahagian D9, IPK Kuala Lumpur. Pada waktu itu SP60 ialah

pegawai yang paling senior selain daripada SP39, ASP Loo, SP45 dan

ramai lagi. SP60 telah memanggil semua pegawai dan anggota pada hari

itu tidak termasuk anggota/ pegawai bertugas 24 jam, stand by untuk 25

mengaturkan perjalanan pengurusan kes kematian si mati. Antara yang

SP60 aturkan ialah yang pertamanya ialah menguruskan jurugambar,

yang keduanya ialah menguruskan Majistret untuk datang melawat

tempat kejadian, kemudian yang ketiganya berkaitan dari segi urusan

pentadbiran yang berkaitan maklumat kes kematian si mati. SP60 juga 30

telah minta SM Mohd Ali untuk mendapatkan balik semua laporan polis

yang berkaitan kes tangkapan terhadap si mati.

Menurut SP60, pegawai yang ada pada ketika itu ialah SP39, SP45 dan

ASP Loo namun SP27 belum sampai lagi kerana berada di Putrajaya. 35

SP60 ada bagi arahan untuk panggil semua anggota dan pegawai untuk

mendengar penjelasan. Anggota Kem Komanden hanya SP25 seorang

sahaja hadir. Menurut SP60, tindakan yang telah dibuat pertama sekali

Page 205: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

195

adalah, SP60 memastikan laporan kematian telah dibuat, kedua anggota 5

dan pegawai telah mengisi dan kemaskini poket diari masing-masing.

SP60 menyatakan bahawa semasa SP60 berasa di sel, SP60 tidak ada

lihat Buku Perharian Balai di Lokap D9 (Eksibit P31/P32) kerana pada

masa itu Eksibit P31/P32 sudah tidak ada. SP60 menyatakan bahawa

SP60 tidak terlintas langsung hendak melihat Eksibit P31/P32 kerana bagi 10

SP60 yang paling penting pada waktu itu adalah untuk mengaturkan

kehadiran Majistret kerana tidak mahu berlaku kelengahan.

Menurut SP60, ACP Aziz dan SP27 datang ke Pejabat D9, IPK Kuala

Lumpur selepas isyak. SP60 telah mengarahkan SM Md Ali untuk 15

membantu SP25 untuk membuat laporan polis berkaitan dengan

kematian si mati kerana pada masa itu laporan polis kematian si mati

belum lagi dibuat. Menurut SP60, SP4 telah tiba pada sekitar selepas

waktu Isyak dan setiba di Lokap D9, SP4, SP25 dan ACP Aziz serta SP27

telah membuat lawatan ke dalam Lokap D9, IPK Kuala Lumpur dimana 20

SP60 telah mentaklimatkan kepada SP4 hasil daripada semakan SP60

terhadap laporan polis dan hasil daripada taklimat oleh anggota yang

terlibat.

Kemudian, menurut SP60, pemeriksaan ke atas mayat telah dibuat di 25

mana SP25 yang membuka kunci lokap dan SP4 telah buat pemeriksaan

daripada kaki, badan, depan badan, belakang badan, kepala dan telinga.

Setelah SP4 balik, SP60 menyatakan bahawa dia telah mengarahkan

supaya mayat si mati dibawa oleh Unit Forensik pergi ke hospital. SP60

menyatakan bahawa keadaan di D9 IPK Kuala Lumpur kelam kabut 30

kerana Eksibit P31/P32 tidak lengkap. SP60 berpandangan

anggota/pegawai di D9 IPK Kuala Lumpur jadi kelam kabut kerana

mereka tidak tahu SOP dan mereka banyak melakukan kecuaian. SP60

telah dimaklumkan bahawa Eksibit P31/P32 yang berada di Lokap D9

tidak dicatat sepenuhnya oleh itu SP60 telah memberi arahan kepada 35

anggota/pegawai di D9 IPK Kuala Lumpur untuk buat balik catatan seperti

mana apa yang sebenarnya berlaku.

Page 206: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

196

SP60 juga dirujuk kepada gambar Eksibit P17A, gambar si mati yang 5

diambil pada jam 10.30 pagi pada 21 Mei 2013 dan dapat melihat dengan

jelas muka dan telinga serta bersetuju bahawa berdasarkan kepada

gambar tersebut, tiada dawai kokot kelihatan berbanding gambar bedah

siasat (Eksibit P1). Menurut SP60, sewaktu pemeriksaan dibuat oleh SP4,

tiada staple kelihatan pada bahagian telinga sehinggalah keesokannya 10

semasa SP60 berada di rumah, SP60 dimaklumkan bahawa terdapat

stapler ditemui di telinga si mati.

19.61 Insp. Hairul Zaidi bin Zainal (SP61)

15

SP61 merupakan Pegawai Penyiasat bagi laporan polis Petaling/1384/13

(Eksibit P71) yang mana kertas siasatan telah dibuka di bawah kesalahan

kes samun. SP61 mengesahkan bahawa si mati bukan salah seorang dari

suspek yang terlibat dalam Eksibit P71 tersebut. Dalam menjalankan

siasatan SP61 telah merakam percakapan pengadu bagi Eksibit P71 dan 20

pengadu tidak membuat sebarang rujukan berkenaan dengan nama

seorang lelaki India bernama Dharmendran. SP61 turut menyatakan

bahawa untuk peringkat siasatan bersabit Eksibit P71, tiada penglibatan

dari anggota/ pegawai D9 IPK Kuala Lumpur. Menurut SP61, hasil

siasatan mendapati ketiga-tiga lelaki India yang ditangkap tidak 25

mengaitkan nama si mati sebagai suspek atau accomplice mereka berkait

laporan polis tersebut.

Menurut SP61, kertas siasatan berkait laporan polis tersebut telah dirujuk

kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan yang dikeluarkan adalah 30

supaya kes di NFA. Setelah terima arahan NFA tersebut, SP61 telah

maklumkan kepada SIO dahulu sebelum kertas tersebut dihantar semula

ke IPD untuk dikemas untuk simpan (KUS). Daripada peringkat awal

menerima arahan untuk membuat siasatan kepada Eksibit P71 sehingga

kertas siasatan diminitkan untuk KUS, SP61 tidak pernah menghubungi 35

Bahagian D9, IPK Kuala Lumpur berkaitan perkembangan kertas siasatan

berkait dengan laporan polis tersebut.

Page 207: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

197

SP61 juga menyatakan bahawa, SP61 tidak tahu bahawa pada 21 Mei 5

2013, terdapat arahan oleh Pegawai Turus D9 IPK Kuala Lumpur atau

pegawai D9 IPK Kuala Lumpur untuk melakukan satu tangkapan semula

ke atas tahanan yang berada dalam Lokap D9, IPK Kuala Lumpur sejak

12 Mei 2013 yang bernama Dharmendran dengan menggunapakai

laporan polis Eksibit P71 yang disiasat oleh SP61. Menurut SP61, SP28 10

telah menghubungi SP61 dan memaklumkan bahawa terdapat satu

tangkapan ke atas seroang lelaki India berkait dengan Eksibit P71 iaitu

kes yang disiasat oleh SP61. SP61 dalam keterangannya menyatakan

bahawa, SP61 telah memaklumkan kepada SP28 bahawa sebenarnya

tangkapan tidak boleh dibuat ke atas mana-mana orang berhubung 15

dengan kertas siasatan tersebut kerana kes tersebut telah diselesaikan

malah pengadu juga telah tarik balik laporan polis. SP61 menyatakan

bahawa SP28 memberitahu kepadanya bahawa laporan tersebut dibuat

hanya untuk permohonan lanjutan reman agar pihak D9 dapat

meneruskan siasatan sebelum. 20

SP61 menyatakan bahawa si mati tiada kaitan dengan kes yang disiasat

olehnya. SP61 turut menyatakan bahawa selepas dia menerima

panggilan dari SP28 dan lepas SP61 memberikan jawapan tersebut,

SP61 telah menghubungi Pegawai Penyiasat kanannya, Tuan Irwan Shah 25

untuk maklumkan perihal tangkapan yang dilakukan oleh pihak D9

tersebut. Setengah jam selepas itu, SP61 terima panggilan kedua

daripada SP28 yang mengatakan si mati telah meninggal di Lokap D9,

IPK Kuala Lumpur. SP61 telah diberitahu oleh SP28 atas arahan SP27

supaya SP61 hadir ke Pejabat, D9 IPK KL untuk lihat si mati. Walau 30

bagaimanapun, SP61 tidak hadir.

19.62 Supt. Choo Lily (SP62)

Sekitar tahun 2013, SP62 bertugas sebagai Pegawai Turus Cawangan 35

D11, Unit Siasatan Kes Serangan Seksual Dan Penderaan Kanak-Kanak.

SP62 menyatakan bahawa kali pertama SP62 dirujuk kepada laporan

polis Dang Wangi/021984/13 (Eksibit P51) adalah pada 7 Jun 2013 oleh

Page 208: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

198

Dato’ Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur pada 5

ketika itu, yang mengarahkan SP62 untuk menjalankan siasatan kertas

inkuiri bersabit dengan laporan polis tersebut. SP62 menjelaskan bahawa

dalam menjalankan siasatan berhubung dengan laporan polis tersebut,

SP62 telah dibantu oleh 2 pegawai iaitu Insp. Noraini Mohamad dan ASP

Zamrusdi dari cawangan yang sama. Selepas menerima arahan daripada 10

Dato’ Ku Chin Wah, SP62 telah merakamkan percakapan 14 orang saksi

tidak termasuk keterangan pengadu iaitu SP44 kerana pada masa itu,

SP44 tidak dapat dikesan.

Selepas keterangan saksi-saksi diambil, SP62 telah membuat minit dan 15

maklumkan hasil siasatan dan rujuk hasil siasatan kepada KJSJ, Dato’ Ku

Chin Wah yang mana SP62 mendapati bahawa SP44 memang tiada

dalam Pejabat D9 ketika kejadian kematian si mati. SP62 juga mendapati

bahawa terdapat prosedur yang tidak diikuti oleh beberapa anggota dalam

menjalankan tugas. SP62 mendapati bahawa SP41 dan SP43 yang 20

membuat laporan tangkap semula ke atas si mati dengan menggunakan

ID SP44 yang tiada di pejabat ketika itu.

Prosedur lain yang tidak diikuti ialah di mana dalam laporan tangkapan

semula, nama anggota yang tiada di lokasi semasa tangkapan dibuat, 25

dimasukkan juga dalam laporan tersebut seperti D/Kpl Ram Singh di

mana namanya dimasukkan laporan tangkapan sedangkan dia tiada

bersama. Dan juga laporan yang dibuat oleh original laporan tentang

kematian suspek tersebut yang menyatakan Insp. Hare berada di pejabat

itu adalah laporan palsu (SP62 merujuk kepada laporan THSL/018468/13, 30

Eksibit P38). SP62 mengesahkan bahawa laporan tersebut adalah

laporan palsu kerana laporan tersebut tiada menyatakan yang SP44

berada di tempat kejadian pada masa kejadian. Malah, berdasarkan hasil

siasatan yang dilakukan, SP62 mendapati tiada keterangan yang jelas

menunjukkan kehadiran SP44 semasa kejadian. 35

SP62 telah merujuk semula KEP pada Dato’ Ku Chin Wah pada 14 Jun

2013 dan tiada menerima apa-apa arahan lanjut daripada beliau

Page 209: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

199

memandangkan selepas KEP dirujuk kepadanya, SP62 menjalani kursus 5

di Maktab Cheras. Arahan seterusnya telah diberi kepada SP54 yang

mengendali KEP. Menurut SP62, status terkini KEP yang dikendalikan

oleh SP54 hanya diketahui oleh SP54. Dapatan (finding) dari SP62 ialah

SP44 tidak berada di Pejabat D9 pada masa kejadian. SP62 menjelaskan

bahawa finding siasatan beliau itu telah dikemukakan kepada SP54. SP62 10

mengatakan beliau tidak dapat menjelaskan bagaimana kertas

pertuduhan jenayah terhadap SP44 masih boleh dikemukakan di sebalik

dapatan siasatan oleh SP62 tersebut.

15

20. ISU BERKAITAN LAPORAN TANGKAPAN SEMULA ( Eksibit P50)

20.1 Berdasarkan kepada keterangan SP8, tempoh sambung reman si mati

tamat pada 21 Mei 2013. Walau bagaimanapun, si mati telah ditangkap

semula pada 21 Mei 2013 setelah arahan tangkapan semula ke atas si 20

mati dikeluarkan oleh SP27 kepada SP44.

20.2 SP27 memberi keterangan bahawa sebelum arahan dikeluarkan, SP27

telah terlebih dahulu berbincang dengan SP60. Manakala, SP44 memberi

keterangan bahawa SP27 memaklumkan kepada SP44 bahawa reman si 25

mati telah tamat dan tangkapan semula perlu dibuat.

20.3 Arahan tangkapan semula diberikan oleh SP27 kepada SP44 setelah

SP44 memaklumkan hasil siasatan yang dilakukan di HUKM kepada

SP27. SP44 selepas menerima arahan tersebut telah mengarahkan 30

SP41 dan SP43 untuk membuat tangkapan semula ke atas si mati.

20.4 Menurut keterangan SP41, tangkapan semula ke atas si mati hanya

dibuat di Pejabat D9 dan bukannya di Jalan Galloway seperti yang

dilaporkan dalam Eksibit P50. Berdasarkan Eksibit P32, pada 21 Mei 35

2013, si mati telah dibawa keluar dari Lokap D9 pada jam 2.20 petang

oleh SP43. SP41 pula memberi keterangan bahawa si mati dibawa keluar

pada 2.20 petang tersebut untuk membuat laporan tangkapan semula.

Page 210: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

200

20.5 Berdasarkan keterangan dokumen Eksibit P50, laporan tangkap semula 5

THSL/018421/13 telah dibuat pada 21 Mei 2013 jam 14.13 petang di

mana si mati ditangkap semula pada jam 1.00 petang dan butir-butir

penerima laporan dan pengadu dalam laporan tangkapan semula ini

adalah SP44. Berdasarkan Eksibit P50 tersebut juga, anggota tangkapan

yang terlibat dalam tangkapan semula ialah SP42, SP57, SP43, SP41, 10

SP56 dan dibantu oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian D9, IPK

Kuala Lumpur dan tangkapan semula si mati dilaksanakan di Jalan

Galloway, Kuala Lumpur.

20.6 Seterusnya, laporan tangkapan semula tersebut dibuat bersangkutan 15

dengan laporan polis Petaling/001384/13 (Eksibit P71) yang dibuat oleh

pengadu bernama Ong Swee An pada 21 Januari 2013. Menurut Eksibit

P71 ini, pengadu Ong Swee An telah dibawa oleh 4 orang lelaki India yang

tidak dikenali dengan menggunakan kereta BMW miliknya dan telah

mengurung pengadu selama dua hari di Hotel Baltif serta memaksa 20

pengadu mengeluarkan wang sebanyak RM13,600.00 melalui ATM

Public Bank.

20.7 Selepas kematian si mati, pindaan pada Eksibit P32 telah dibuat selepas

22 Mei 2013. SP24 telah memberi keterangan bahawa SP43 telah 25

mengarahkan SP24 untuk mengubah masa dalam entri untuk

menyelaraskan dengan masa tangkapan semula yang dinyatakan di

dalam laporan tangkapan semula (Eksibit P50) iaitu 1.00 petang.

Berdasarkan kepada keterangan SP41, pindaan ke atas masa “14.30”

kepada “12.20” dalam Eksibit P32 (entri no. 3149) dibuat bertujuan untuk 30

menyelaraskan dengan masa tangkapan semula di dalam laporan

tangkapan semula tersebut.

20.8 Keterangan menunjukkan bahawa Pegawai Penyiasat yang menyiasat

laporan polis Petaling/001384/13 (Eksibit P71) ialah Insp. Mohd Hairul 35

Zaidi bin Zainal (SP61) dan menurut keterangan SP61, tangkapan telah

dibuat ke atas 3 orang lelaki India berhubung dengan laporan polis ini dan

kawad cam telah dibuat oleh pengadu Eksibit P71 tersebut.

Page 211: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

201

20.9 Lanjutan daripada itu, SP61 menyatakan bahawa, siasatannya mendapati 5

bahawa tangkapan ke atas 3 orang lelaki India tersebut tidak melibatkan

si mati. SP61 seterusnya menyatakan bahawa kertas siasatan berhubung

dengan laporan polis Eksibit P71 ini telah dirujuk kepada Timbalan

Pendakwaraya (TPR) dan arahan TPR adalah untuk mengklasifikasikan

laporan tersebut sebagai “No Further Action” (NFA). Pada 21 Mei 2013, 10

SP61 telah dimaklumkan oleh anggota D9, SP28 berhubung dengan

tangkapan semula si mati.

20.10 Berdasarkan kepada catatan yang dibuat oleh SP24 di dalam poket

diarinya, Eksibit P35, didapati bahawa pada jam 2.30 petang, SP24 telah 15

memaklumkan kepada SP26 bahawa lokap berada di dalam keadaan

kosong kerana si mati telah dibawa oleh anggota D9 untuk tujuan disoal

siasat.

20.11 SP24 kemudian telah meminta kebenaran Pejabat Inkuiri D9 untuk turun 20

ke pos pengawal memandangkan tiada tahanan di dalam lokap.

Seterusnya, pada jam 3.00 petang, setelah selesai tugas, SP24 telah

pulang ke rumah dan tugas seterusnya sebagai anggota sentri lokap

diambil alih oleh SP25 setelah proses penyerahan dan penerimaan tugas

antara SP24 dan SP25 hanya dilakukan secara lisan di pos pengawal IPK 25

Kuala Lumpur.

20.12 Di dalam keterangannya, SP25 telah membuat catatan di dalam poket

diarinya, Eksibit P37 bahawa pada jam 3.00 petang, SP25 ada menerima

makluman daripada SP24 yang memaklumkan bahawa si mati telah 30

dibawa keluar untuk disoal siasat dan oleh kerana itu, Lokap D9 berada

di dalam keadaan kosong.

20.13 Seterusnya, pada jam 4.30 petang, semasa SP25 berada di Pos

Pengawal IPK Kuala Lumpur, SP25 telah menerima panggilan daripada 35

Pejabat Inkuiri D9 yang memaklumkan bahawa si mati telah selesai disoal

siasat dan SP25 diminta untuk naik ke Lokap D9 untuk bertugas menjaga

Lokap D9.

Page 212: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

202

20.14 Selain daripada itu, berhubung dengan butir-butir nama penerima dan 5

pengadu dalam Eksibit P50 yang mencatatkan nama SP44, SP41

memberi keterangan bahawa Eksibit P50 tersebut telah dibuat dengan

menggunakan ID Police Reporting System (ID PRS) kepunyaan SP44

dan SP41 memberi keterangan bahawa dia sendiri yang menaip Eksibit

P50 dengan menggunakan ID PRS SP44 tersebut. 10

20.15 SP41 juga mengaku di dalam keterangannya bahawa tindakan

menggunakan ID PRS kepunyaan SP44 untuk membuat laporan ini bukan

kali pertama dilakukan. Lanjutan dariapda itu, menurut SP41, oleh kerana

Eksibit P50 melibatkan penggunaan senjata api, laporan polis tersebut 15

telah diklasifikasikan sebagai kes berprofil tinggi.

20.16 Berdasarkan keterangan SP41, SP44 telah mengarahkannya untuk

mengambil mana-mana laporan polis untuk mendapatkan reman si mati.

Bagi tujuan itu, SP41 telah membuat carian di dalam Ringkasan Jenayah 20

Harian (RJH) yang melibatkan kes-kes samun dan SP41 telah mengambil

secara rambang Eksibit P71 untuk tujuan permohonan reman baru ke

atas si mati. Namun, SP41 tidak mempunyai pengetahuan bahawa Eksibit

P71 telahpun diklasifikasikan sebagai “NFA” oleh Timbalan

Pendakwaraya. 25

20.17 Menurut keterangan SP24, dia ada membuat laporan polis

THSL/005859/14 pada 16 Februari 2014 (Eksibit P36) untuk melaporkan

perkara sebenarnya yang telah berlaku berhubung dengan isu tangkapan

semula. 30

20.18 Berdasarkan kepada keterangan SP24, entri no. 3150 di dalam Eksibit

P32 telah ditulis olehnya berpandukan kepada apa yang dibaca oleh

SP44 dan SP24 ada merasa curiga dengan isi kandungan yang

dibacakan oleh SP44 kerana dalam isi kandungan tersebut ada 35

menyatakan bahawa SP24 menerima si mati yang telah ditangkap semula

dan memaklumkan bahawa si mati ada mengadu sakit dan meminta

supaya ubat diberikan.

Page 213: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

203

20.19 Keterangan SP24 ini disokong oleh keterangan SP25 di mana menurut 5

keterangan SP25, pada 16 Februari 2014, SP25 juga ada membuat

laporan polis THSL/005892/14 (Eksibit P39) di mana SP25 telah

melaporkan bahawa pada jam 7.00 malam, SP39 dan SP44 telah

memaksa SP25 untuk menulis entri no. 3153 di dalam Eksibit P32 yang

mengatakan bahawa SP25 ada menerima tugas sentri Lokap D9 daripada 10

SP24 pada jam 3.00 petang di Lokap D9, sedangkan pada ketika itu SP25

berada di pos pengawal kerana Lokap D9 berada di dalam keadaan

kosong.

20.20 Manakala, menurut keterangan oleh SP44, pada 01 Jun 2013 SP44 telah 15

membuat laporan polis DANG WANGI/021984/13 (Eksibit P51) yang

melaporkan bahawa pada 21 Mei 2013, SP44 telah mengarahkan SP41

dan SP43 untuk membebaskan si mati dan untuk membuat tangkapan

semula di Pejabat D9 IPK Kuala Lumpur bersama bantuan pegawai-

pegawai. Menurut SP44, Laporan tangkapan semula Eksibit P50 telah 20

dibuat oleh anggotanya dengan menggunakan ID PRS kepunyaannya

tanpa kebenaran SP44.

20.21 Berdasarkan kepada keterangan daripada Supt. Choo Lily (SP62), beliau

telah diarahkan untuk menyiasat Eksibit P51 yang dibuat oleh SP44 dan 25

siasatannya mendapati bahawa semasa kejadian kematian si mati, SP44

tidak berada di dalam Pejabat D9.

20.22 SP62 ada memberikan keterangan bahawa siasatannya mendapati

bahawa SP41 dan SP43 telah menggunakan ID PRS kepunyaannya 30

SP44 untuk membuat laporan tangkapan semula. Dalam siasatannya, dia

juga mendapati bahawa terdapat nama-nama anggota yang tidak terlibat

dalam tangkapan semula telah dimasukkan ke dalam Eksibit P50.

20.23 Menurut keterangan SP57, nombor badannya dimasukkan ke dalam 35

laporan tangkapan semula Eksibit P50 untuk mendapatkan jurnal

anggota. Amalan memasukkan nama-nama anggota yang menyertai

mana-mana pasukan khas dimasukkan di dalam laporan tangkapan

Page 214: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

204

adalah amalan yang biasa dipraktikkan untuk mendapatkan jurnal 5

anggota. Perkara ini adalah disokong oleh keterangan SP44 yang

menyatakan bahawa nama anggota lain yang tiada semasa tangkapan

dibuat akan dimasukkan ke dalam laporan tangkapan untuk mendapatkan

markah bagi jurnal anggota dan pegawai yang menyertai sesuatu

pasukan khas. 10

20.24 Menurut keterangan SP56, tangkapan semula tidak berlaku di Jalan

Galloway dan mengesahkan bahawa walaupun nombor badannya ada

dinyatakan di dalam Eksibit P50, dia sebenarnya tidak terlibat dalam

membuat tangkapan semula ke atas si mati pada 21 Mei 2013. 15

20.25 Berdasarkan keterangan SP41 dan SP43, didapati bahawa pada 21 Mei

2013, SP41 dan SP43 ialah anggota sebenar yang telah menangkap

semula si mati selepas menerima arahan tangkapan semula daripada

SP44 dan tangkapan semula tersebut dilaksanakan di dalam Pejabat D9 20

bukan seperti di dalam laporan polis Eksibit P50. Si mati sepanjang masa

berada di bawah jagaan dan kawalan Bahagian D9, IPK Kuala Lumpur

pada tarikh 21 Mei 2013 tersebut sehingga saat kematiannya.

25

21. BUKU PERHARIAN BALAI (STATION DIARY) LOKAP D9, IPK KUALA

LUMPUR

21.1 Kegunaan Buku Perharian Balai Lokap D9 (Eksibit P31 dan Eksibit

P32) 30

(Nota: Eksibit P31 adalah bahagian Buku Perharian Balai Lokap D9 yang

ditulis bermula dengan entri no. 2932 hingga entri no. 3144 manakala

Eksibit P32 bermula dengan catatan entri no. 3145 hingga entri no. 3164)

35

21.1.1 Buku Perharian Balai Lokap D9 (Eksibit P31 dan Eksibit P32)

digunakan untuk mencatatkan pergerakan keluar masuk OKT

dari/ke dalam lokap dan anggota polis yang bertanggungjawab

Page 215: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

205

membawa dan menghantar OKT sewaktu pergerakan keluar 5

masuk dari/ke dalam lokap.

21.1.2 Catatan di Eksibit P1/P32 tersebut juga mencatatkan maklumat

berhubung dengan anggota sentri yang bertugas menjaga lokap

yang terdiri daripada anggota-anggota dari Cawangan Kem 10

Komandan, IPK Kuala Lumpur.

21.1.3 Eksibit P31 dan Eksibit P32 ini juga digunakan untuk

mencatatkan jumlah OKT di dalam lokap, keadaan persekitaran

lokap dan keadaan OKT yang ditahan serta catatan lain-lain 15

aktiviti yang berkaitan dengan OKT sebagai contoh, waktu

penghantaran makanan OKT dan lawatan oleh Pegawai

Penyelia.

21.2 Standard Operating Procedures (SOP) terpakai ke atas Eksibit P31 20

dan Eksibit P32

21.2.1 Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) Bhg. A ‘118’ ada

memperuntukkan tatacara/prosedur berkaitan pengendalian

Buku Perharian Balai di mana di bawah perkara 27 - Catatan Di 25

Dalam Buku Perharian Balai yang menyatakan bahawa Ketua

Polis Daerah hendaklah memastikan masa, tarikh dan tempat

orang tahanan ditangkap berserta dengan nama pegawai polis

yang membuat tangkapan serta laporan polis dicatat di dalam

Buku Perharian Balai. 30

21.2.2 Segala pergerakan tahanan dan tindakan yang diambil ke atas

seseorang tahanan hendaklah dicatatkan di dalam Buku

Perharian Balai. Perkara-perkara yang perlu dicatatkan adalah:

35

(a) Nama / butir-butir saudara mara, rakan atau peguam yang

tahanan ingin berjumpa; tarikh dan masa permohonan

dibuat oleh tahanan; tarikh dan masa tahanan diberitahu

Page 216: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

206

berkaitan haknya untuk berjumpa dengan saudara mara, 5

rakan atau peguamnya;

(b) Tindakan yang diambil oleh pihak Polis untuk

menghubungi orang berkenaan;

10

(c) Alasan kerana menolak permohonan untuk melawat

daripada saudara mara, rakan atau peguam;

(d) Tarikh dan masa orang tahanan membuat permohonan

untuk berjumpa dengan Pegawai Perubatan; 15

(e) Nombor “Warrant of Commitment” bagi tahanan yang telah

dijatuhkan hukuman; dan

(f) Nama saudara mara, rakan dan peguam yang melawat 20

orang tahanan berserta tarikh dan masa lawatan dibuat.

21.3 Entri no. 3150 Eksibit P31 (sebelum pindaan)

21.3.1 Pada permulaannya, entri no. 3150 di dalam Eksibit P32, telah 25

ditulis oleh SP24 iaitu Konst. 20563 Mohd Fairus bin Mohd

Saharuddin pada 21 Mei 2013 iaitu catatan:

“Konst. 20563 turun di Pos Pengawal IPK, lokap dalam keadaan

(kosong) terkawal.”

30

21.3.2 SP24 menyatakan tulisannya pada tarikh dan masa tersebut jam

2.30 petang adalah setakat itu sahaja pada mulanya. Menurut

SP24, entri no. 3150 kemudiannya telah diarahkan oleh SP39

dan SP44 untuk diubah dan atau ditambah selepas perkataan

“terkawal” sehinggalah ke entri no. 3152. 35

21.3.3 Sebahagian entri no. 3150 yang dimasukkan selepas kematian

si mati ini ditulis oleh SP24 atas arahan SP39 di mana perkara

Page 217: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

207

yang dicatatkan itu telah dibacakan oleh SP44 kepada SP24. 5

Oleh itu, catatan tersebut bukanlah catatan atau perkataan asal

daripada SP24 sendiri kerana ianya dibuat berdasarkan kepada

apa yang dibacakan oleh SP44 kepada SP24.

21.3.4 Merujuk kepada pindaan masa pada entri no. 3149 daripada jam 10

14.20 kepada 12.20, ianya dibuat lebih lewat iaitu sekitar 2

hingga 3 hari selepas kematian si mati selepas SP24 dan SP25

dibawa oleh SP41, SP42 dan SP43 untuk berjumpa dengan

SP39 dan SP60, di Hotel Grand Pacific di Sentul ketika suatu

majlis perkahwinan anak kepada salah seorang pegawai polis 15

sedang berlangsung.

21.4 Latar belakang kemasukan entri no. 3150 serta entri-entri berikutnya

21.4.1 Entri no. 3150 yang pada asalnya dicatatkan dengan catatan 20

“Konst/S 20563 turun di pos pengawal IPK KUALA LUMPUR.

Lokap dalam keadaan (kosong). Terkawal”. Catatan ini telah

ditulis oleh SP24 sebelum beliau turun ke Pos Pengawal.

Keadaan lokap pada waktu itu terkawal, kosong dan tiada OKT

di dalamnya. Tiada pertikaian fakta berkenaan entri SP24 ini. 25

21.4.2 Entri no. 3150 ini kemudiannya ditambah oleh SP24 bermula

daripada catatan “OKT diambil oleh Insp. Hare Krishnan dan

anggota untuk dibebaskan tanpa syarat. Pegawai Penyiasat

ASP Sazif telah dimaklumkan reman OKT tamat pada 21/5/13. 30

Lokap kosong kerana OKT dibawa keluar dan dalam keadaan

baik dan terkawal.” Menurut SP24 entri ini telah diarahkan untuk

dicatat semasa SP24 dibawa ke Bilik Mesyuarat pada sekitar

jam 6.00 petang hari kematian si mati atas arahan yang

dikeluarkan oleh SP60, SP27 dan P39. Menurut keterangan 35

SP24, butiran di dalam catatan itu telah dibacakan oleh SP44.

Page 218: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

208

21.4.3 Catatan di entri no. 3151 iaitu “Insp Hare telah memasukkan 5

OKT semula dan memaklumkan kepada OKT Penama

Dharmendran A/L Narayanasamy KPT : 811028-14-5554

ditangkap semula berkait Petaling/1384/13 sek. 395/397 KK. IO

Insp. Hairul Zaidi bin Zainal dan OKT dimasukkan di dalam lokap

dalam keadaan baik. Insp. Hare ada memaklumkan kepada 10

SP24 OKT ada mengadu sakit asthma dan minta ubat asthma

diserahkan kepadanya. Kemudian SP24 telah memberikan ubat

tersebut kepadanya. Keadaan terkawal.”, telah dibuat oleh

SP24 juga atas arahan SP60, SP27 dan SP39. Butiran ini

didakwa telah ditulis oleh SP24 sewaktu mesyuarat jam 6.00 15

petang itu (namun ketiga-tiga saksi SP60, SP27 dan SP39 telah

menafikan ada memberikan arahan untuk entri di atas dibuat).

21.4.4 Catatan di entri no. 3152 mencatatkan “Konst/s 20563 selesai

tugas sentri lokap D9 dan serah kepada L/Kpl 144682. OKT 1 20

Lelaki India penama Dharmendran a/l Narasamy KPT: 811025-

14-5551. Keadaan terkawal.”, pula telah ditulis oleh SP24.

Catatan masa di entri ini seolah-olahnya dibuat pada jam “1500

hrs” namun berdasarkan kepada keterangan SP24, catatan ini

sebenarnya telah diarahkan oleh SP60, SP27 dan SP39 semasa 25

di dalam mesyuarat yang diadakan selepas kematian OKT.

21.4.5 Menurut keterangan SP25, catatan di entri no. 3153 adalah

catatan yang dibuat olehnya, namun kesahihan catatan di entri

no. 3153 ini dipertikaikan SP25 kerana catatan tersebut hanya 30

dimasukkan semasa mesyuarat yang diadakan selepas

kematian si mati dan bukannya dimasukkan pada jam ‘1501 hrs’

seperti yang tertera di dalam entri tersebut.

21.4.6 Menurut keterangan SP25, entri ini sebenarnya telah ditulis atas 35

arahan SP60, SP27 dan SP39 pada petang hari kejadian di Bilik

Mesyuarat. Catatan yang diarahkan adalah “L/Kpl 144682

terima tugas sentri lokap daripada Konst/s 20563 bersama 1

Page 219: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

209

OKT bangsa India Penama Dharmendran a/l Narayanasamy 5

KPT: 811028-14-5551. Dimaklumkan OKT di dalam keadaan

baik seadanya.” Menurut keterangan SP25 entri ini diarahkan

ditulis waktunya kepada ‘1501 hrs’ supaya ianya mempunyai

kesinambungan dengan entri no. 3150.

10

21.4.7 Kesahihan catatan di dalam entri no. 3154 ini juga telah

dipertikaikan oleh SP25. Menurut SP25, catatan “L/Kpl 144682

terima aduan daripada OKT, penama Dharmendran a/l

Narasamy maklum sesak nafas dan rasa hendak pergi ke

hospital untuk buat rawatan.”, ini telah dibuat olehnya 15

berdasarkan kepada arahan dan butir-butir entri yang diberikan

oleh SP60, SP27 dan SP39 semasa mesyuarat selepas

kematian si mati.

21.4.8 Selain butir-butir di atas, catatan masa ‘1615 hrs’ yang 20

dicatatkan di dalam entri tersebut adalah juga dipertikaikan oleh

SP25 kerana dia mendakwa entri ini telah diarahkan untuk ditulis

semasa mesyuarat tersebut.

21.4.9 Menurut keterangan SP25, selain SP60, SP27 dan SP39, 25

semasa dia membuat catatan-catatan tersebut, selain daripada

SP24, terdapat juga beberapa orang anggota lain di dalam Bilik

Mesyuarat D9 tersebut iaitu SP42, SP41, SP43 dan SP44.

21.4.10 Menurut keterangan SP25, catatan entri no. 3155 iaitu “L/Kpl. 30

144682 terus memaklumkan kepada anggota bertugas D9, Kpl.

Nizam.”, apa yang ditulis di dalam entri tersebut bukanlah

perkataannya, tetapi dibacakan oleh SP44 sebagaimana yang

diarahkan oleh SP39 dan beliau hanya menulis apa yang

dibacakan oleh SP44. 35

21.4.11 Menurut keterangan SP25, catatan entri no. 3156 iaitu “2

anggota medik daripada Hospital Kuala Lumpur sampai dan

Page 220: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

210

memeriksa OKT penama Dharmendran a/l Narayanasamy dan 5

memberitahu bahawa OKT telah meninggal dunia. Lain-lain

tiada masalah.”, juga tidak dibuat pada waktu sebenar apabila

kedua-dua anggota paramedik itu sampai, kerana ianya dibuat

oleh SP25 beberapa hari selepas kematian si mati atas arahan

oleh SP44. Menurut SP25 dia tidak dapat menulis Buku 10

Perharian Balai tersebut pada masa sebenar kejadian tersebut

kerana dia telah dihalang oleh SP42 dan Eksibit P32 itu telah

diambil oleh SP42 pada hari kejadian dan Eksibit P32 itu tidak

berada dengan SP25 pada ketika itu.

15

21.4.12 Menurut keterangan SP25, catatan entri no. 3157 iaitu “L/Kpl.

144682 maklum kepada penyelia bertugas E/O D9 Sjn. 73380

Mohd Saad dan dimaklumkan juga kepada Penyelia D9 D/SM

113982 Md. Ali. Terkawal.”, juga tidak dibuat pada waktu

sebenar dan ianya merupakan entri yang dibuat beberapa hari 20

selepas kejadian kematian si mati kerana Eksibit P32 telah

diambil oleh SP42 sewaktu hari kejadian.

21.4.13 Menurut keterangan SP25, catatan entri no. 3158 iaitu “Majistret

(Erry Shahriman B. No.r Aripin) Mahkamah Majistret Kuala 25

Lumpur diiringi T/KJSJ Siasatan Perundangan ACP Aziz,

T/KJSJ Perisikan Operasi ACP Khairi b. Ahrasa, Supritendan

Yahya PT. D9, ASP Lamarulzaman IO, ASP Mohamad Sazif B.

Mohamed Subri, DSP Khoo Leng Kuat, Insp. Tay dan bersama

saya L/Kpl. 144682 anggota bertugas iringi lawatan lokap.”, juga 30

tidak dibuat pada waktu sebenar dan ianya merupakan entri

yang dibuat oleh SP25 beberapa hari selepas kejadian kematian

si mati kerana Eksibit P32 telah diambil oleh SP42 sewaktu hari

kejadian.

35

21.4.14 Menurut keterangan SP25, catatan entri no. 3159 iaitu “Anggota

Balai THSL sampai untuk ambil si mati penama Dharmendran

a/l Narasamy 811028-14-5551 Anggota-anggota tersebut ialah

Page 221: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

211

Kpl 115989, KS 15908 dan L/Kpl.S 17181. Keadaan baik dan 5

terkawal.”, juga tidak dibuat pada waktu sebenar dan ianya

merupakan entri yang dibuat oleh SP25 atas arahan SP44

beberapa hari selepas kejadian kematian si mati kerana Eksibit

P32 telah diambil oleh SP42 sewaktu hari kejadian.

10

21.4.15 Menurut keterangan SP25, catatan entri no. 3160 iaitu

“Kpl.115989, KS 15908, L/Kpl.S 17181 bawa keluar si mati

daripada lokap.”, juga tidak dibuat pada waktu sebenar dan

ianya merupakan entri yang dibuat oleh SP25 atas arahan SP44

beberapa hari selepas kejadian kematian si mati kerana Eksibit 15

P32 telah diambil oleh SP42 sewaktu hari kejadian.

21.4.16 Menurut keterangan SP25, catatan entri no. 3161 iaitu

“L/Kpl.144682 selesai tugas sentri lokap D9 dan serah tugas

kepada Konst/147624. Lokap kosong. Lain-lain baik dan 20

terkawal.”, juga tidak dibuat pada waktu sebenar dan ianya

merupakan entri yang dibuat oleh SP25 atas arahan SP44

beberapa hari selepas kejadian kematian si mati kerana Eksibit

P32 telah diambil oleh SP42 sewaktu hari kejadian.

25

21.4.17 Menurut keterangan SP38, catatan pada entri no. 3162 iaitu

“Konst 147624 terima tugas lokap D9 IPK Kuala Lumpur

daripada L/Kpl 144682. Lokap kosong dan tiada tahanan lokap.”,

adalah merupakan entri yang ditulis olehnya, namun SP38 tidak

ingat bila waktu sebenar entri ditulis tetapi dia yakin bahawa 30

catatan entri ini dibuat beberapa hari selepas kejadian kematian

si mati kerana Eksibit P32 telah diambil oleh anggota Bahagian

D9.

21.4.18 Menurut keterangan SP38, catatan pada entri no. 3163 iaitu 35

“Konst.147624 maklum kepada E.O. D9 menyatakan saya turun

ke pondok pengawal, buat tugas pengawal. Lain-lain hal baik.”,

dibuat olehnya namun SP38 tidak ingat bila waktu sebenar entri

Page 222: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

212

ditulis tetapi dia yakin bahawa catatan entri ini dibuat beberapa 5

hari selepas kejadian kematian si mati kerana Eksibit P32 telah

diambil oleh anggota Bahagian D9.

21.4.19 Menurut keterangan SP51, catatan pada entri 3164 iaitu “L/Kpl

163931 masuk tugas sentri lokap D9 IPK Kuala Lumpur. Sel 10

lokap dapati tiada OKT (kosong), maklum kepada E/O D9

standby di pos pengawal IPK KUALA LUMPUR. Lain hal baik

dan terkawal adanya.” , dibuat olehnya beberapa hari kemudian

kerana Eksibit P32 tidak berada bersama SP51.

15

21.4.20 Berdasarkan kepada catatan yang tidak bertandatangan yang

ada di dalam Eksibit P32 selepas Entri 3164, Eksibit P32 telah

ditutup atas arahan SP39 di mana terdapat catatan yang tertera

seperti berikut: “Arahan T/PT D9 DSP Glenn Buku Perharian

Balai Cawangan Kem Komandan (Lokap D9) ditutup pada 20

22/05/2013 jam 09:25 hrs untuk siasatan lanjut.”.

21.5 Pindaan masa pada entri no. 3149 dan entri no. 3150

21.5.1 Catatan pindaan masa di entri no. 3149 dari masa ‘14:20’ 25

kepada masa ‘12:20’.

(a) Entri 3149 yang asal telah dibuat oleh SP24 merekodkan

masa 14:20 sepertimana masa di jam tangan beliau. Pada

ketika itu, SP43 telah membawa si mati keluar dari Lokap 30

D9 untuk disoal siasat. Menurut keterangan SP24, setelah

si mati di bawa keluar, dia telah keluar dan memaklumkan

kepada SP28 dan SP26 bahawa lokap berada di dalam

keadaan kosong dan dia akan bersedia / standby di pos

pengawal. 35

(b) Menurut keterangan SP24, catatan masa di entri tersebut

telah diubah kepada 12:20 olehnya atas arahan SP60

Page 223: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

213

untuk diselaraskan dengan Eksibit P50 iaitu laporan 5

tangkapan semula ke atas si mati. Catatan masa tersebut

telah diubah pada 2 atau 3 hari selepas kejadian kematian

si mati selepas satu perbincangan yang diadakan di Hotel

Grand Pacific, Jalan Ipoh, KL semasa satu majlis

perkahwinan anak kepada seorang pegawai polis dengan 10

kehadiran SP60 sendiri, SP41, SP43, SP42, dan SP39.

Tiada pertikaian daripada mana-mana saksi berkenaan

perbincangan tersebut yang telah diadakan semasa Majlis

tersebut.

15

21.5.2 Catatan pindaan masa entri 3150 dari masa ‘14:30’ kepada

masa ‘12:30’.

(a) Menurut keterangan SP24, catatan masa asal di dalam

entri 3150 telah dibuat olehnya adalah pada pukul ‘14:30 20

hrs’ yang mengikut kepada masa di jam tangan beliau pada

ketika itu.

(b) Namun catatan masa tersebut telah diubah oleh SP24

kepada ‘12:30 hrs’ atas arahan SP60 untuk diselaraskan

dengan Eksibit P50 iaitu laporan tangkapan semula ke atas 25

si mati. Catatan masa tersebut telah diubah pada 2 atau 3

hari selepas kejadian kematian si mati selepas satu

perbincangan yang diadakan di Hotel Grand Pacific, Jalan

Ipoh, KL semasa satu majlis perkahwinan anak kepada

seorang pegawai polis dengan kehadiran SP60 sendiri, 30

SP41, SP43, SP42, dan SP39. Tiada pertikaian daripada

mana-mana saksi berkenaan perbincangan tersebut yang

telah diadakan semasa majlis tersebut.

21.6 Penafian SP24 dan SP25 ke atas kesahihan (authenticity) sebahagian 35

(partly) entri no. 3150 hingga entri no. 3155

Page 224: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

214

21.6.1 Berdasarkan kepada Eksibit P35 iaitu poket diari SP24, entri no. 5

250 dengan catatan masa 1820 menyatakan bahawa SP24

telah membuat catatan butiran arahan yang diberikan oleh SP39

sebagaimana yang dibacakan oleh SP44 kepada SP24

berhubung pindaan ke atas Eksibit P32.

10

21.6.2 Perkara yang sama juga telah dicatatkan oleh SP25 di dalam

poket diarinya iaitu Eksibit P37 di mana SP25 telah membuat

catatan di dalam entri no. 306 dengan catatan masa 1900 hrs

menyatakan bahawa dia telah diarahkan oleh SP39 dan SP44

untuk mencatatkan catatan yang tidak benar ke dalam Eksibit 15

P32 berhubung dengan kesahihan sebahagian daripada entri

no. 3150 sehingga entri no. 3155.

21.6.3 Perkara yang sama juga dinyatakan oleh kedua – dua saksi

SP24 dan SP25 di dalam laporan-laporan polis yang dibuat oleh 20

mereka iaitu Eksibit P36 dan Eksibit P39 masing-masing

berhubung dengan arahan oleh SP39 dan SP44 serta kesahihan

entri-entri no. 3150 sehingga entri no. 3155 di dalam Eksibit P32.

21.6.4 Keterangan ini disokong oleh keterangan Supt. Choo Lily (SP62) 25

yang menyatakan bahawa Eksibit P38 iaitu laporan polis yang

dibuat oleh SP25 berhubung dengan kematian si mati adalah

laporan palsu.

30

22. PENEMUAN DAWAI KOKOT (BULLET STAPLER) DI TELINGA SI MATI

22.1 Keterangan SP7 (Dr. Siew Sheue Feng)

22.1.1 Dawai kokot yang tertanam di telinga si mati telah ditemui oleh 35

SP7 semasa menjalankan bedah siasat ke atas mayat si mati.

Dawai kokot berkenaan ditemui tertanam di kedua-dua belah

telinga si mati. Menurut SP7, sekiranya pemeriksaan tidak

Page 225: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

215

dibuat dengan teliti, dawai kokot tersebut tidak dapat dilihat 5

memandangkan dawai kokot berkenaan berada pada posisi

yang tersembunyi kerana si mati berada dalam keadaan

berbaring semasa ditemui mati di dalam sel.

22.1.2 Selain itu, keterangan SP7 turut menyatakan bahawa 10

berkemungkinan dawai kokot dikenakan pada badan si mati dua

atau tiga hari sebelum bedah siasat dijalankan. Namun, beliau

lebih selesa mengatakan satu hari sebelum bedah siasat kerana

pendarahan yang berlaku adalah ketara dan kecederaan

tersebut masih baru. Terdapat dua (2) dawai kokot yang ditemui 15

seperti di Eksibit P1 (gambar 15 dan 19)

22.2 Gambar Eksibit P17A dan Eksibit P17B (2 gambar muka si mati:

diambil pada 21 Mei 2013 lebih kurang jam 10.15 pagi oleh SP13

(D/Kpl. Mohd Ikram bin Sulaiman) di Bahagian D6, IPK Kuala Lumpur 20

(Eksibit P16): catatan keluar OKT untuk tujuan ambil gambar (Entri

No. 3145) – masa keluar jam 10.15 pagi: catatan masuk OKT selepas

ambil gambar (Entri No. 3148) - masa masuk 11.15 pagi di Eksibit

P32)

25

22.2.1 Gambar yang dirakam pada jam 10.15 pagi pada 21 Mei 2013

tidak memperlihatkan terdapat dawai kokot di telinga si mati.

22.2.2 Keterangan SP7 mengatakan dawai kokot itu diketip di telinga si

mati semasa si mati masih hidup kerana terdapat kesan darah 30

setelah dawai kokot ditanggalkan daripada kedua-dua belah

telinga si mati.

22.2.3 Laporan DNA mengesahkan kesan darah di dawai kokot adalah

darah si mati (Eksibit P72). 35

22.2.4 Laporan DNA juga mengatakan terdapat kesan DNA di atas satu

stapler dimiliki oleh ’unknown male’ (bagaimanapun siasatan

Page 226: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

216

oleh pegawai penyiasat (SP54 – ASP Chang Chee Fong) kes 5

kematian si mati tidak menyiasat isu mengenai unknown male

ini).

22.2.5 SP27 dalam keterangan mengatakan mungkin dawai kokot itu

berada di telinga si mati semasa mayat si mati berada di bilik 10

mayat. Keterangan SP27 ini yang hanya berdasarkan andaian

dilihat tidak mempunyai logik. Keterangan yang ada melihatkan

bilik mayat dikawal dan dikunci dari dimasuki oleh pihak-pihak

yang tidak mempunyai tugas untuk memasukinya.

15

22.2.6 SP60 dalam keterangan mengatakan mungkin dawai kokot itu

terdapat di telinga si mati semasa mayat dibungkus dengan

plastik di sel sebelum dihantar ke hospital. Keterangan SP60 ini

juga tidak mempunyai logik. Kedudukan telinga si mati dan

bungkusan mayat tidak memunasabahkan untuk telinga si mati 20

tertanam dengan dawai kokot semasa dibungkus untuk dibawa

ke hospital oleh anggota terlibat.

22.2.7 SP7 menafikan logik keterangan SP27 dan SP60 di atas alasan

yang disebutkan oleh SP7. 25

22.2.8 Siasatan SP53 (IO awal) ada merampas dua stapler dari Pejabat

D9 yang ditandakan sebagai “A1” (gambar no.8, Eksibit P54)

dan “A2” (gambar no.9, Eksibit P54).

30

22.2.9 Laporan DNA juga mengatakan terdapat kesan DNA di atas satu

stapler dimiliki oleh ’unknown male’ (m/s 2 Laporan Kimia

bertarikh 25/7/2013 – Eksibit P72). (Bagaimanapun siasatan

oleh pegawai penyiasat (SP54) kes kematian si mati tidak

menyiasat isu mengenai unknown male ini). 35

Page 227: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

217

23. CCTV LOKAP D9 5

23.1 Sebelum kejadian

23.1.1 Berdasarkan keterangan oleh Insp. Mohamed Hafiz Bin Mokhtar

(SP33), penggunaan CCTV telah dihentikan sejak tahun 2009 di 10

keseluruhan IPK Kuala Lumpur untuk tujuan kerja-kerja

pembinaan blok baru. Kenyataan ini disokong juga oleh ASP

Tay Chew Thwa @ Rico Tay (SP45) semasa beliau memberikan

kenyataan semasa prosiding.

15

23.1.2 Sejak tahun 2009 sehingga 2014, tiada sebarang CCTV yang

lain untuk dijadikan gantian untuk pemantau pergerakan di D9.

CCTV yang dipasang secara stand alone sahaja boleh berfungsi

seperti di Jabatan Narkotik. SP45 turut memaklumkan bahawa

pada waktu 2009 hingga 2014, tiada CCTV stand alone turut 20

dipasang di D9.

23.1.3 Pegawai/anggota yang bertanggungjawab dengan penggunaan

CCTV di IPK Kuala Lumpur pada tahun 2009 hingga 2014

adalah Sjn. Mejar Shanmugam dan Insp. Tajuddin sehinggalah 25

diambil oleh SP33 pada tahun 2014. Segala pengurusan

mengenai pemasangan CCTV adalah berada dalam

tanggungjawab SP33 sehingga kini.

23.1.4 Berdasarkan keterangan SP33, laporan yang ditulis oleh Sjn. 30

Mejar Shanmugam adalah CCTV masih berfungsi tetapi sistem

telah dimatikan atas alasan pembinaan kerja-kerja blok baru.

23.1.5 CCTV di D9 Tingkat 7, IPK Kuala Lumpur hanya dipasang

semula secara stand alone pada tahun 2014 di mana 35

pengawalan boleh dibuat terus melalui Pejabat Inkuiri di D9

sahaja.

Page 228: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

218

23.1.6 SP33 ada memaklumkan kepada Pegawai Turus Komunikasi 5

berkenaan CCTV yang tidak berfungsi ini dan perkara tersebut

telah diambil maklum oleh Pegawai Turus tersebut. Perkara

tersebut kemudiannya adalah di luar bidang kuasa SP33

selepas makluman telah diberikan kepada Pegawai Turus

Komunikasi tersebut. 10

23.1.7 Berdasarkan keterangan SP27 yang mana memaklumkan

bahawa beliau hanya mengetahui bahawa CCTV di Lokap D9

tidak berfungsi sewaktu hendak digunakan untuk menahan

Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu sekitar tahun 2009. 15

23.1.8 Kerosakan CCTV daripada tahun 2009 sehingga 2014 iaitu

selama tempoh 5 tahun telah mendatangkan kepincangan untuk

melakukan tugasan pemantauan terhadap OKT di dalam lokap,

dan pergerakan keluar masuk anggota sentri lokap dan anggota 20

D9.

23.2 Semasa kejadian (21 Mei 2013)

23.2.1 Berdasarkan kepada keterangan SP33, sehingga tahun 2014, 25

tiada apa-apa salinan CCTV dibuat kerana CCTV tersebut telah

dimatikan walaupun masih berfungsi baik.

23.2.2 SP27 juga memaklumkan pada masa kejadian kematian si mati,

CCTV tersebut telah rosak. Walaupun aduan telah dibuat 30

kepada Pegawai Logistik Kontinjen, kerosakan tersebut masih

belum dibaiki.

23.2.3 Menurut keterangan SAC Dato Zainuddin bin Ahmad (SP17)

yang bertindak sebagai Pengawai Penjaga Lokap, beliau tidak 35

melihat rakaman CCTV setiap hari dan rakaman CCTV hanya

dilihat jika ada kes kematian dalam lokap, pergaduhan dalam

lokap dan kes di bawah kendalian SP17 sendiri.

Page 229: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

219

23.2.4 Walaubagaimanapun, SP17 mengesahkan bahawa CCTV tidak 5

berfungsi semasa kematian si mati pada 21 Mei 2013 tersebut.

Jadi, tiada sebarang bukti secara video dapat dilihat berkenaan

kes kematian si mati tersebut.

23.2.5 Kerosakan CCTV yang berlaku di D9 tersebut berada dalam 10

pengetahuan SP17 di mana aduan telah dibuat kepada pihak

logistik namun tiada sebarang pembaikan dibuat.

23.2.6 Keterangan SP18 dan SP19 juga memaklumkan semasa

mereka bertugas, meraka mengesahkan bahawa CCTV berada 15

di Lokap D9 tersebut pada masa kejadian.

Walaubagaimanapun, mereka tidak dapat memastikan sama

ada CCTV tersebut berfungsi atau pun tidak.

23.2.7 SP54 turut memberikan keterangan yang sama bahawa semasa 20

kejadian pada Mei 2013 tersebut, CCTV tidak berfungsi di mana

SP54 hanya membuat semakan melalui buku log sahaja tanpa

melakukan pemeriksaan fizikal.

23.2.8 SP60 sudah mengetahui kerosakan CCTV di D9 sebelum 25

kejadian kes kematian ini berlaku dan beliau juga telah

memaklumkan mengenai kerosakan ini semasa mesyuarat.

Walaubagaimanapun, kekangan peruntukan dan bajet

menyebabkan pembaikan CCTV ini tertangguh.

30

23.2.9 Keterangan mengenai kerosakan CCTV ini turut dipersetujui

oleh SP60 di mana pada masa kejadian CCTV telah rosak.

Beliau telah mengetahui mengenai kerosakan CCTV ini sebelum

kes kematian ini lagi. Tindakan untuk membaiki kerosakan

CCTV ini telah diadukan kepada pihak D1 Logistik. 35

Walaubagaimanapun, kekurangan bajet dan peruntukan

kewangan menjadi kekangan untuk membaik pulih dan

menyelenggara sistem CCTV ini.

Page 230: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

220

23.2.10 Ketiadaan rakaman CCTV lokap telah menyebabkan bahan 5

bukti berkaitan pergerakan keluar masuk orang tahanan dari

tempoh 13 Mei 2013 hingga 21 Mei 2013 tidak dapat disahkan

kebenarannya.

23.3 Selepas kejadian (selepas 21 Mei 2013) 10

23.3.1 Selepas Insp. Mohamed Hafiz Bin Mokhtar (SP33) mengambil

alih tugas sejak tahun 2014, Lokap D9 dan bilik soal siasat

mempunyai CCTV yang dipasang secara stand alone dan

monitornya diletakkan di Pejabat Inkuiri D9. 15

23.3.2 Keterangan daripada SP38 juga memaklumkan bahawa selepas

kes kematian si mati, CCTV telah berfungsi semula.

23.3.3 Berdasarkan lawatan Pasukan Petugas pada 25 Jun 2015, 20

Pasukan Petugas mendapati bahawa CCTV di Lokap D9 telah

beroperasi semula.

23.4 CCTV Bilik Soal Siasat

25

23.4.1 SP45 memaklumkan bahawa CCTV turut dipasang di bilik soal

siasat. Kenyataan ini turut disokong oleh Insp. Mohamed Hafiz

Bin Mokhtar (SP33) di mana monitor CCTV tersebut berada di

Pejabat Inkuiri D9.

30

23.4.2 Keterangan oleh SP54 juga menunjukkan bahawa CCTV ada di

dalam bilik soal siasat.

23.4.3 Walaubagaimana pun, SP54 memaklumkan bahawa CCTV di

bilik soal siasat tidak mempunyai central monitor system di mana 35

rakaman CCTV hanya dipasang mengikut keperluan dan budi

bicara pegawai penyiasat jika diperlukan. CCTV tersebut tidak

sentiasa dipasang.

Page 231: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

221

23.4.4 SP54 di dalam keterangannya turut memaklumkan bahawa 5

tiada arahan tepat untuk setiap pegawai yang menjalankan soal

siasat untuk membuat rakaman semasa menjalankan soal

siasat. SP54 mengatakan pegawai penyiasat jarang

menggunakan CCTV tersebut semasa soal siasat dijalankan.

Dengan yang demikian penggunaan CCTV semasa proses soal 10

siasat adalah sepenuhnya dalam budi bicara pegawai yang

menjalankan siasatan jika mahu atau enggan

menggunakannya. SP54 mengatakan CCTV di bilik soal siasat

D9 adalah berfungsi dengan baik semasa tempoh kejadian.

15

23.4.5 Ketiadaan rakaman CCTV bilik soal siasat ke atas si mati telah

menghilangkan peluang untuk mendapatkan keterangan terbaik

(best evidence) pada 19 Mei 2013 hingga 21Mei 2013.

20

24. LOKAP D9, IPK KUALA LUMPUR

24.1 Lokap D9 telah diwartakan sebagai lokap khas untuk kes-kes jenayah

berat di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan Jilid 31 No. 23

(P.U(B) 537/1987) bertarikh 5 November 1987. 25

24.2 Dari segi pengurusan Lokap D9 pula, peraturan adalah dirujuk daripada

Hukuman Tetap Ketua Polis Daerah Campbell, Kuala Lumpur Bil. 1/89

(Eksibit P18) di mana arahan ini perlu difahami dan dipatuhi sepenuhnya

oleh pihak polis. 30

24.3 Lokap D9 terdiri daripada 1 sel sahaja di dalamnya dan lokap serta sel

tersebut di bawah pengurusan Bahagian D9 tetapi untuk tugas sebagai

anggota sentri lokap adalah di bawah tanggungjawab Bahagian Kem

Komandan. Manakala kunci lokap disimpan di Kaunter Inkuiri D9 dan 35

anggota inkuiri ditugaskan untuk menjaga kunci tersebut. Buku Perharian

Balai Lokap pula diletakkan di meja anggota sentri lokap yang berada di

dalam kawasan lokap.

Page 232: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

222

24.4 Berdasarkan kepada Perkara 2 Hukuman Tetap Ketua Polis Daerah 5

Campbell, Kuala Lumpur Bil. 1/89, pada satu-satu masa hanya 4 orang

tahanan yang boleh diletakkan di dalam sel Lokap D9 dan sel tersebut

juga hanyalah untuk tahanan lelaki dewasa sahaja.

24.5 Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada catatan di dalam Buku 10

Perharian Balai Lokap D9 (Eksibit P31) terdapat ketidakpatuhan kepada

peraturan di bawah Perkara 2 Hukuman Tetap Ketua Polis Daerah

Campbell, Kuala Lumpur Bil. 1/89 di mana orang tahanan adalah melebihi

daripada jumlah tahanan yang dibenarkan pada satu masa. Hal ini jelas

dibuktikan seperti apa yang telah dicatatkan di dalam Buku Perharian 15

Balai Lokap D9 seperti berikut:

i. Pada 13 Mei 2013:-

Pagi : 10 orang tahanan berada di dalam lokap

sebelum si mati dan 3 orang lagi dibawa 20

masuk (Eksibit P31 – Entri no. 2964)

Petang : 15 orang tahanan berada di dalam lokap

(Eksibit P31 - Entri no. 2985)

ii. Pada 14 Mei 2013:- : 25

Pagi : 15 orang tahanan berada di dalam lokap

(Eksibit P31 – Entri no. 2986)

Petang : 16 orang tahanan berada di dalam lokap

(Eksibit P31 - Entri no. 3011)

30

iii. Pada 15 Mei 2013:-

Pagi : 14 orang tahanan berada di dalam lokap

(Eksibit P31 – Entri no. 3016)

Petang : 7 orang tahanan berada di dalam lokap

(Eksibit P31 - Entri no. 3036) 35

Page 233: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

223

iv. Pada 16 Mei 2013:- 5

Pagi : 7 orang tahanan berada di dalam lokap

(Eksibit P31 – Entri no. 3038)

Petang : 6 orang tahanan berada di dalam lokap

(Eksibit P31 - Entri no. 3059)

10

v. Pada 17 Mei 2013:-

Pagi : 9 orang tahanan berada di dalam lokap

(Eksibit P31 - Entri no. 3067)

Petang : 9 orang tahanan berada di dalam lokap

(Eksibit P31 - Entri no. 3082) 15

vi. Pada 18 Mei 2013:-

Pagi : 9 orang tahanan berada di dalam lokap

(Eksibit P31 - Entri no. 3085)

Petang : 8 orang tahanan berada di dalam lokap 20

(Eksibit P31 - Entri no. 3103)

vii. Pada 19 Mei 2013:-

Pagi : 8 orang tahanan berada di dalam lokap

(Eksibit P31 - Entri no. 3108) 25

Petang : 11 orang tahanan berada di dalam lokap

(Eksibit P31 - Entri no. 3121)

viii. Pada 20 Mei 2013

Pagi : 12 orang tahanan berada di dalam lokap 30

(Eksibit P31 - Entri no. 3123)

Petang : 1 orang tahanan berada di dalam lokap

(Eksibit P31 - Entri no. 3138)

ix. Pada 21 Mei 2013 35

Pagi : 1 orang tahanan berada di dalam lokap

(Eksibit P31 - Entri no. 3143) (iaitu si mati).

Page 234: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

224

25. UBAT SEDUTAN ASTHMA (INHALER) 5

25.1 Si mati menghidap asthma

25.1.1 Berdasarkan kepada keseluruhan keterangan, adalah didapati

dan tidak dinafikan bahawa si mati menghidap penyakit asthma 10

yang tidak serius. Walau bagaimanapun berdasarkan kepada

keterangan SP2, si mati pernah mendapatkan rawatan nebulizer

di hospital.

25.1.2 SP2 telah menyatakan pada 19 Mei 2013 semasa perjumpaan 15

bersama si mati di D9, IPK Kuala Lumpur, SP2 telah membawa

dan memberikan ubat sedutan asthma (inhaler) kepada si mati.

25.2 Pengesahan ubat sedutan asthma oleh anggota sentri Lokap D9, IPK

Kuala Lumpur 20

25.2.1 Berdasarkan keterangan SP24, sekiranya ada tahanan di dalam

lokap sakit atau memerlukan ubat, ia akan disimpan di rak ubat

atau di dalam laci ubat.

25

25.2.2 SP21 turut mengesahkan beliau akan menyimpan ubat sedutan

asthma tersebut di dalam laci sentri lokap. SP21 juga

mengesahkan bahawa beliau ada menyerahkan ubat sedutan

asthma tersebut kepada si mati setiap kali beliau bertugas sentri

tetapi tidak pernah melihat si mati menggunakannya. SP21 juga 30

pernah mencadangkan kepada anggota D9 yang membawa

keluar si mati untuk membawa sekali alat tersebut.

35

Page 235: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

225

25.3 Kedudukan ubat sedutan asthma di sisi mayat si mati pada 21 Mei 5

2013

25.3.1 Berdasarkan kepada gambar-gambar 3, 4 dan 5 di dalam Eksibit

P5, dapat dilihat dengan jelas bahawa ubat sedutan asthma

tersebut berada di sisi mayat si mati. 10

25.3.2 L/Kpl. Kashmir bin Luntuk (SP11) yang merupakan jurufoto

menyatakan beliau telah mengambil gambar mayat si mati dan

keadaan lokap pada jam lebih kurang 7.00 petang pada 21 Mei

2013 dan mengesahkan bahawa semasa beliau mengambil 15

gambar si mati dan tempat kejadian, kedudukan ubat sedutan

asthma tersebut dalam posisi seperti mana di dalam gambar.

25.3.3 SP6 yang merupakan Pembantu Pegawai Perubatan

menyatakan ada memeriksa kandungan ubat sedutan asthma 20

tersebut dan mendapati ianya kosong. SP6 menyatakan bahawa

semasa beliau sampai dan memeriksa mayat si mati kedudukan

ubat sedutan asthma tersebut tidak seperti mana di dalam

gambar dan berada di kepala si mati.

25

25.3.4 SP25 yang merupakan anggota sentri lokap menyatakan

semasa beliau naik untuk mulakan tugas sebagai sentri

mendapati si mati telah terbaring dan tiada sebarang ubat

sedutan asthma di sisi si mati.

30

25.3.5 SP42 dilihat sebagai orang terakhir berada dengan si mati oleh

SP25 menyatakan semasa beliau sampai, alat sedutan asthma

tersebut berada di sisi mayat si mati.

25.3.6 SP4 yang memeriksa si mati di Lokap D9 menyatakan semasa 35

pemeriksaan, tiada ubat sedutan asthma di sisi mayat si mati.

Page 236: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

226

26. PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN LOKAP APABILA BERLAKU 5

KEMATIAN DI DALAM LOKAP

26.1 Perenggan 38, Standard Operating Procedure (SOP) Pengurusan Lokap

PDRM menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil jika banduan

cedera atau mati iaitu: 10

26.1.1 Laporan segera dibuat kepada Ketua Polis Daerah (KPD)

tentang kematian;

26.1.2 Mematuhi para 1.7 Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) 15

B ‘103’ iaitu melaporkan kejadian kematian dalam tahanan

dengan membuat Laporan Kematian;

26.1.3 Membuat Laporan Mati Mengejut (SDR Report) sebagaimana

yang digariskan dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara 20

(PTKPN) D232;

26.1.4 Pegawai Penyiasat siasatan kematian hendaklah dilantik dan

Laporan Mati Mengejut dibuat dalam 2 salinan, 1 salinan untuk

maklumat kepada Majistret dan 1 salinan lagi adalah salinan 25

pihak polis. Berhubung perkara ini, seksyen 334 Kanun Tatacara

Jenayah memperuntukkan berkenaan siasatan yang dijalankan

tersebut adalah dengan tujuan untuk mengetahui sebab-sebab

kematian;

30

26.1.5 Menghubungi Majistret yang berhampiran untuk memaklumkan

berkenaan kematian itu; dan

26.1.6 Lawatan Koroner bagi memeriksa mayat untuk mengetahui

sama ada inkues perlu dijalankan dalam hal kematian tahanan 35

tersebut.

Page 237: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

227

26.2 Dalam kes kematian si mati ini, Suruhanjaya mendapati semua prosedur 5

yang digariskan dalam perenggan 38 tersebut telah dipatuhi pada 21 Mei

2013.

27. PEMERIKSAAN MAYAT OLEH PEMBANTU PERUBATAN (SP6) 10

27.1 Menurut SP6, beliau telah terima panggilan mengenai terdapatnya

anggota polis pengsan di Lokap D9 pada 21 Mei 2013 jam 4.34 petang.

27.2 SP6 telah tiba di Lokap D9 pada jam 5.13 petang dan mendapati bukan 15

anggota polis yang pengsan sebaliknya seorang tahanan yang ditahan di

Lokap D9. Semasa SP6 tiba di Pejabat D9, SP6 menyatakan bahawa

terdapat kehadiran SP25 dan 4 anggota polis lain yang tidak berpakaian

uniform di luar lokap.

20

27.3 SP6 mendapati keadaan si mati terbaring di dalam sel dan berpakaian

lokap seluar ungu dan baju berwarna oren. SP6 menyatakan semasa

beliau masuk ke dalam sel lokap, kedudukan ubat sedutan asthma tidak

sama seperti gambar P5 tetapi berada di bahagian kepala si mati.

25

27.4 SP6 telah membuat pemeriksaan nadi dan mendapati tiada denyutan di

leher dan pergelangan tangan si mati. SP6 juga membuat pemeriksaan

mata yang menunjukkan tiada respon. SP6 seterusnya telah membuat

pemeriksaan jantung menggunakan stathoscope dan mendapati tiada

sebarang denyutan jantung. SP6 telah memasang alat HP02 Saturation 30

Prepatory Oxygen untuk mengesan tahap oksigen di dalam darah dan

denyutan nadi si mati tetapi tiada sebarang bacaan direkodkan.

27.5 SP6 semasa membuat pemeriksaan mendapati badan si mati berada

dalam keadaan sejuk berbanding suhu bilik. Walau bagaimanapun SP6 35

tidak membuat pemeriksaan ke atas tubuh si mati.

Page 238: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

228

27.6 SP6 telah membuat Laporan Perawatan Pra-hospital (Eksibit P9) bagi 5

tujuan pengesahan kematian oleh Pegawai Perubatan. Setelah selesai

pemeriksaan, SP6 telah meninggalkan Lokap D9 dan tiba di Klinik

Kesihatan Tanglin, Kuala Lumpur pada jam 5.33 petang.

10

28. KETIBAAN MAJISTRET KORONER (SP4)

28.1 Keterangan daripada SP4 menyatakan beliau telah terima panggilan lebih

kurang jam 6.00 petang dan telah tiba di IPK Kuala Lumpur pada jam 7.30

malam. SP4 telah dibawa ke Lokap D9, IPK Kuala Lumpur dan diberikan 15

penerangan oleh SP60 dan SP47. SP4 telah memeriksa keadaan mayat

si mati dengan menggunakan lampu suluh dan dibantu oleh beberapa

anggota polis serta gambar diambil oleh SP11.

28.2 Menurut SP4, sel di dalam lokap berkunci tetapi lokap tidak berkunci. SP4 20

membuat pemeriksaan fizikal menggunakan sarung tangan getah dan

mendapati si mati memakai baju lokap bewarna oren yang mana baju

telah tersingkap ke atas dada.

28.3 SP4 telah menyediakan laporan (Eksibit P6) yang mana SP4 mendapati 25

tiada kecederaan atau lebam di bahagian kepala, leher, dada, perut, rusuk

kiri, rusuk kanan, tangan kanan, tangan kiri dan kemaluan si mati. Walau

bagaimanapun SP4 mendapati terdapat kesan lecetan di belakang badan

si mati.

30

28.4 SP4 telah diberikan satu laporan polis oleh SP60 iaitu laporan polis

mengenai kematian si mati. Menurut SP4, semasa beliau membuat

pemeriksaan tiada sebarang ubat sedutan asthma (inhaler) berada di sisi

si mati. SP4 juga tidak perasan kehadiran dawai kokot di telinga si mati.

35

28.5 SP4 selesai membuat pemeriksaan pada jam 7.45 malam dan telah

meninggalkan Lokap D9. SP4 telah beri kebenaran kepada SP60 untuk

melakukan bedah siasat ke atas si mati.

Page 239: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

229

29. REMAN PERTAMA (EKSIBIT P8) 5

29.1 Setelah dibawa ke Lokap IPD Dang Wangi pada lebih kurang jam 3.45

pagi pada 12 Mei 2013, si mati telah di bawa untuk permohonan reman

pertama pada tarikh yang sama iaitu 12 Mei 2013. Borang reman (Eksibit

P8) disediakan oleh Insp. Fazlee Abd. Ghani dan disemak oleh SP52. 10

29.2 Permohonan reman pertama telah dibuat oleh Insp. Fazlee Abd. Ghani di

hadapan Majistret Saifulakmal bin Said (SP5) di Bilik Reman di Lokap IPD

Dang Wangi. Berdasarkan P8, permohonan reman pertama tersebut

dibuat atas alasan-alasan seperti berikut: 15

(a) untuk menjalankan siasatan lanjut kerana suspek terlibat dalam

kegiatan jenayah di dalam daerah Cheras dan lain-lain daerah;

(b) mengesan rakan sejenayah suspek yang masih bebas;

(c) untuk merakam percakapan suspek mengikut seksyen 112 KPJ; 20

(d) untuk merakan percakapan saksi bebas;

(e) untuk menjalankan kawad cam ke atas OKT;

(f) untuk mengesan senjata api yang digunakan di dalam kes ini;

(g) untuk melengkapkan kertas siasatan bagi tujuan pertuduhan di

Mahkamah; dan 25

(h) untuk rujukan kepada YA TPR bagi tujuan pendakwaan.

29.3 Bagi permohonan reman pertama ini, pihak polis telah membuat

permohonan reman untuk tempoh 7 hari. Walau bagaimanapun, SP5

hanya membenarkan reman selama 5 hari iaitu dari 12 Mei 2013 sehingga 30

16 Mei 2013 sahaja.

29.4 Berdasarkan P8 juga, si mati ada mengadu menghidap penyakit asthma

dan diabetes. Si mati juga memaklumkan bahawa si mati datang ke Balai

Polis Pudu untuk membuat laporan dan memohon untuk menghubungi 35

Penyelia beliau (OKT bekerja dengan Indah Water).

Page 240: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

230

29.5 Berdasarkan keterangan SP5, semasa proses permohonan reman pada 5

12 Mei 2013 tersebut, si mati berada dalam keadaan baik dan tiada

sebarang kecederaan fizikal.

30. REMAN KEDUA / SAMBUNG REMAN (EKSIBIT P12) 10

30.1 Permohonan sambung reman si mati telah dibuat pada 16 Mei 2013 oleh

SP52 bagi meneruskan siasatan di bawah seksyen 307 Kanun Kesiksaan

di Lokap IPD Dang Wangi di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Puan

Adibah binti Abdul Kadir (SP8). 15

30.2 Permohonan sambung reman tersebut telah dibuat di atas alasan-alasan

seperti yang berikut:

(a) untuk menjalankan kawad cam ke atas OKT;

(b) untuk mendapatkan laporan perubatan mangsa dan 20

merakamkan percakapan lanjut mangsa kerana mangsa masih

dirawat di hospital;

(c) untuk mengesan 7 rakan sepenjenayah suspek;

(d) untuk mengesan barang kes berupa sepucuk pistol;

(e) untuk merakam percakapan saksi awam; 25

(f) untuk buat soal siasat berkenaan kes lain;

(g) untuk melengkapkan kertas siasatan; dan

(h) untuk membuat pertuduhan.

30.3 SP52 yang membuat pemohonan sambung reman memohon agar 30

tempoh reman dilanjutkan untuk 7 hari lagi iaitu mulai 17 Mei 2013

sehingga 23 Mei 2013. Walau bagaimanapun, SP8 hanya membenarkan

permohonan sambung reman selama 5 hari iaitu dari 17 Mei 2013

sehingga 21 Mei 2013.

35

30.4 Semasa permohonan sambung reman ini, si mati juga ada memaklumkan

kepada SP8 mengenai masalah asthma dan diabetes dan menyatakan si

mati memerlukan ubat.

Page 241: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

231

30.5 Catatan tangan SP8 di dalam minit permohonan sambung reman 5

menunjukkkan bahawa kebenaran permohonan sambung reman hanya

untuk tujuan kawad cam sahaja (Eksibit P12). SP8 juga membuat catatan

dengan mengarahkan agar si mati diberikan rawatan sekiranya perlu.

10

31. PENILAIAN DAN DAPATAN

Terma Rujukan 3.1, 3.2, 3.3 dan 3.4

Berpandukan kepada keterangan-keterangan saksi dan keterangan-keterangan 15

dokumentar yang diperolehi semasa Pendengaran Awam, dapatan-dapatan

(findings) Suruhanjaya adalah dibuat melalui keterangan langsung (direct

evidence) atau keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) dalam

mencapai terma-terma rujukan yang dibutirkan di perenggan 3.1, 3.2, 3.3 dan

3.4 adalah seperti berikut: 20

31.1 Sebab kematian si mati

31.1.1 Suruhanjaya menerima keterangan saksi SP7 iaitu Dr. Siew

Sheue Feng, pakar forensik Jabatan Perubatan Forensik, 25

Hospital Kuala Lumpur yang menjalankan bedah siasat ke

atas mayat si mati pada 22 Mei 2013, bahawa sebab

kematian adalah akibat daripada “diffuse soft tissue injuries

due to multiple blunt force trauma”.

30

31.1.2 Terdapat sejumlah 52 kecederaan dalam bentuk kesan-

kesan lebam pada tubuh badan si mati diakibatkan oleh

hentakan objek atau benda tumpul (“blunt force trauma”)

(yang tidak dapat dipastikan jenis benda tumpul tersebut)

yang dianggarkan berusia di antara 2 hari hingga 3 hari 35

sebelum tarikh bedah siasat (bedah siasat pada 22 Mei 2013)

tetapi tidak lebih daripada 4 hari.

Page 242: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

232

31.1.3 Suruhanjaya mendapati terdapat penggunaan kekerasan 5

terhadap si mati yang telah berlaku pada 21 Mei 2013 yang

menjadi penyumbang besar kepada kematian si mati pada 21

Mei 2013. Dapatan ini diasaskan kepada gambar P17A dan

P17B yang diambil ke atas si mati di Unit Foto IPK Kuala

Lumpur pada 21 Mei 2013 jam 10.15 pagi yang melihatkan 10

tidak ada apa-apa kecederaan pada bahagian muka dan

leher si mati, berbanding dengan keadaan si mati apabila post

mortem dijalankan di mana terdapat dawai kokot (“bullet

stapler”) pada bahagian hadapan telinga kiri si mati dan di

bahagian belakang telinga kanan serta kesan kecederaan di 15

bahagian muka. Dapatan Suruhanjaya juga diasaskan

kepada keterangan SP13 (Jurugambar D6) bahawa si mati

boleh berjalan dengan sendiri tanpa apa-apa kepayahan bagi

tujuan diambil gambar tersebut. Menurut SP7, sekiranya si

mati mengalami kecederaan pada tubuh badan seperti yang 20

didapati semasa post mortem, si mati tidak akan mampu

berjalan seperti biasa tanpa melihatkan kesakitan. Dapatan

Suruhanjaya juga disokong oleh keterangan SP2 (isteri si

mati) dan SP16 (bapa tiri SP2) yang telah berjumpa si mati

pada 19 Mei 2013 jam lebih kurang 10.00 pagi yang 25

menyatakan pada 19 Mei 2013, si mati tidak mengalami apa-

apa kecederaan dan boleh berjalan masuk berjumpa mereka

dengan sendiri.

31.1.4 Terdapat dua dawai kokot (“bullet stapler”) tertanam di telinga 30

si mati, iaitu satu di telinga kanan dan satu di telinga kiri yang

meninggalkan kesan berlubang (“puncture wound”) setelah

dawai kokot ditanggalkan oleh SP7. Kesan luka akibat dawai

kokot tersebut adalah baru sebelum tarikh bedah siasat. Ini

diasaskan kepada keterangan SP7 yang mengatakan 35

terdapat kesan darah yang masih baru keluar ketika kedua-

dua dawai kokot dicabut keluar oleh SP7 dari telinga si mati

semasa bedah siasat.

Page 243: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

233

31.1.5 Suruhanjaya menolak keterangan oleh SP27 iaitu A/ACP 5

Yahya bin Abdul Rahman iaitu Pegawai Turus D9, IPK Kuala

Lumpur yang ketika kejadian berpangkat Supritenden yang

mengatakan dawai kokot tersebut tidak terdapat pada telinga

si mati semasa kematian dan hanya wujud selepas mayat si

mati berada di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur. 10

Suruhanjaya mendapati tiada orang luar boleh mendapat

akses ke atas mayat si mati yang ditempatkan di bilik mayat

Hospital Kuala Lumpur tanpa kehadiran pegawai polis dan

kakitangan perubatan hospital (rujuk penjelasan lanjut di para

31.1.7). 15

31.1.6 Suruhanjaya menolak keterangan saksi SP60 iaitu A/SAC

Khairi Ahrasa, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah

(T/KJSJ) Risikan dan Operasi IPK Kuala Lumpur yang

mengatakan kemungkinan dawai kokot yang tertanam di 20

telinga si mati berlaku semasa proses membungkus mayat si

mati di Lokap D9 sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Sekiranya dawai kokot itu terketip di telinga si mati semasa

proses membungkus seperti yang dikatakan oleh SP60, tiada

keterangan terdapat apa-apa cebisan plastik pembungkus 25

pada bahagian dawai kokot yang tertanam di telinga si mati

semasa post mortem.

31.1.7 Menurut SP7 lagi, dawai kokot itu ditanam ketika si mati

masih hidup kerana apabila SP7 menanggalkan dawai kokot, 30

didapati ada kesan darah yang mana sekiranya dawai kokot

itu diketip setelah si mati mati, tidak akan ada kesan darah

sedemikian. Suruhanjaya menerima keterangan SP7 sebagai

lebih kredible bahawa dawai kokot yang tertanam di telinga si

mati tidak mungkin ditanam oleh si mati sendiri kerana ia akan 35

mendatangkan kesakitan yang amat sangat. Tambahan pula

keterangan yang terdapat melihatkan tangan si mati sentiasa

dalam keadaan bergari di bahagian belakang serta dikawal

Page 244: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

234

oleh SP41 (D/Kpl Mohd Haswadi Shaari) dan SP43 (D/Kpl 5

Mohd Nahar Abdul Rahman) sewaktu berada di luar lokap

IPK Kuala Lumpur.

31.1.8 Suruhanjaya menerima keterangan SP7 sebagai kredible

bahawa walaupun si mati mempunyai penyakit asthma, 10

namun penyakit tersebut tidak serius dan tidak menjadi sebab

kematian si mati. Si mati juga tidak mengalami sebarang

gangguan sakit jantung.

31.1.9 Kesimpulannya, si mati mati akibat daripada kombinasi 52 15

kecederaan yang dialaminya yang berkemungkinan besar

(most probable) menyebabkan “acute massive loss of blood

into the tissues causing hypovolemic shock which can lead to

death”. Kesimpulan ini diasaskan daripada keterangan SP7

semasa dipanggil semula yang menyatakan “death is due to 20

fast bleeding”.

31.1.10 Suruhanjaya mendapati kekerasan fisikal telah dilakukan

terhadap si mati ketika ditahan dan disoal siasat adalah

bercanggah dan melanggar para 33 Perintah Tetap Ketua 25

Polis Negara (PTKPN) A “118” yang melarang kekerasan

digunakan semasa soal siasat orang tahanan.

31.2. Pakatan bagi membuat entri palsu/salahnyata di Buku Perharian

Balai (Station Diary) Lokap D9 30

31.2.1 Suruhanjaya mendapati catatan terakhir di Buku Perharian

Balai, Lokap D9 (Eksibit P32) pada 21 Mei 2013 adalah dibuat

oleh saksi SP24 iaitu Kons. Mohd Fairus bin Mohd

Saharuddin yang merupakan anggota sentri Lokap D9, IPK 35

Kuala Lumpur yang bertugas dari jam 7.00 pagi hingga 3.00

petang yang membuat catatan di entri no. 3150 dengan

Page 245: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

235

perkataan-perkataan berikut : “Konst. 20563 turun di Pos 5

Pengawal IPK, lokap dalam keadaan (kosong) terkawal.”

31.2.2 Suruhanjaya mendapati catatan entri tambahan di P32 pada

21 Mei 2013 di catatan entri no. 3150 selepas sahaja

perkataan “terkawal” adalah maklumat butiran 10

palsu/salahnyata yang direka secara bersama oleh SP60

(A/SAC Khairi Ahrasa), SP27 (A/ACP Yahya Abdul Rahman),

SP39 (DSP Glenn Anthony Sinappah) dan SP44 (Insp. Hare

Krishnan a/l Subramaniam) pada malam kejadian (21 Mei

2013) semasa perbincangan di Bilik Mesyuarat D9, IPK Kuala 15

Lumpur dalam mana SP24 kemudiannya diarah supaya

membuat catatan tambahan di entri no. 3150 tersebut

berdasarkan maklumat yang direka-reka tersebut. Maklumat

tambahan di entri no. 3150 yang dipalsu/salahnyata tersebut

adalah seperti berikut: 20

“OKT diambil oleh Insp. Hare Krishnan dan anggota

untuk dibebaskan tanpa syarat. Pegawai Penyiasat

ASP Sazif telah dimaklumkan reman OKT tamat pada

21/5/2013. Lokap kosong kerana OKT dibawa keluar 25

dan dalam keadaan baik dan terkawal.”

31.2.3 Suruhanjaya mendapati catatan entri no. 3151 di Eksibit P32

pada 21 Mei 2013 adalah juga maklumat butiran

palsu/salahnyata yang direka secara bersama oleh SP60 30

(A/SAC Khairi Ahrasa), SP27 (A/ACP Yahya Abdul Rahman),

SP39 (DSP Glenn Anthony Sinappah) dan SP44 (Insp. Hare

Krishnan a/l Subramaniam) pada perbincangan yang sama

(21 Mei 2013) di Bilik Mesyuarat D9, IPK Kuala Lumpur

dengan memberi arahan kepada SP24 supaya membuat 35

catatan tambahan di entri no. 3151 tersebut berdasarkan

maklumat yang direka-reka tersebut. Maklumat lanjut di entri

Page 246: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

236

no. 3151 yang dipalsu/salahnyata tersebut adalah seperti 5

berikut:

“Insp Hare telah memasukkan OKT semula dan

memaklumkan kepada OKT Penama Dharmendran a/l

Narayanasamy KPT: 811028-14-5551 ditangkap 10

semula berkait Petaling Jaya/1384/13 sek. 395/397

KK. IO Insp. Hairul Zaidi bin Zainal dan OKT

dimasukkan di dalam lokap dalam keadaan baik. Insp

Hare ada memaklumkan kepada saya OKT ada

mengadu sakit asthma dan minta ubat asthma 15

diserahkan kepadanya. Kemudian saya telah

memberikan ubat tersebut kepadanya. Keadaan

terkawal.”

31.2.4 Suruhanjaya mendapati catatan di entri no. 3152 di Eksibit 20

P32 yang mencatatkan “Konst/s 20563 selesai tugas sentri

lokap D9 dan serah kepada L/Kpl 144682. OKT 1 lelaki India

penama Dharmendran a/l Narayanasamy KPT: 811028-14-

5551. Keadaan terkawal.”; adalah juga merupakan entri

palsu/salahnyata oleh pakatan bersama SP60, SP27, SP39 25

dan SP44 yang mengarahkan supaya saksi SP24 menulis

entri tersebut.

31.2.5 Suruhanjaya menolak keterangan SP60, SP27, SP39 dan

SP44 yang menafikan ada memberi arahan kepada SP24 30

untuk membuat entri tambahan di entri no. 3150, entri no.

3151 dan entri no. 3152 tersebut. Suruhanjaya mendapati

saksi SP24 adalah saksi yang kredible dan layak dipercayai.

Sebagai anggota bawahan yang bertugas mengawal lokap,

SP24 tidak mempunyai apa-apa motif untuk memberi 35

keterangan palsu atau mereka-reka keterangan terhadap

SP60, SP27, SP39 dan SP44 yang merupakan pegawai-

pegawai kanan polis di IPK Kuala Lumpur. Malah, SP24 yang

Page 247: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

237

masih berkhidmat telah mendedahkan kemungkinan dirinya 5

terhadap tindak balas oleh pegawai atasan. SP24 juga telah

membuat laporan polis THSL/5859/14 (Eksibit P36) terhadap

maklumat palsu/salahnyata tersebut serta mencatatkan

dalam buku saku (pocket diary) SP24 (Eksibit P35) tentang

arahan yang dibuat ke atas SP24 tersebut bertempat di Bilik 10

Mesyuarat D9, IPK Kuala Lumpur pada sekitar jam 6.00

petang pada 21 Mei 2013. Keterangan SP24 dalam perkara

catatan maklumat palsu/salahnyata tersebut disokong oleh

saksi SP25 yang juga merupakan anggota sentri lokap yang

juga diarahkan hadir di Bilik Mesyuarat D9, IPK Kuala Lumpur 15

pada petang 21 Mei 2013 setelah si mati disahkan meninggal

dunia di Lokap D9 tersebut.

31.2.6 Suruhanjaya juga mendapati catatan di entri no. 3153 di

Eksibit P32 yang mencatatkan “L/Kpl 144682 terima tugas 20

sentri lokap daripada Konst/s 20563 bersama 1 OKT bangsa

India penama Dharmendran a/l Narayanasamy KPT: 811028-

14-5551. Dimaklumkan OKT dalam keadaan baik seadanya.”;

adalah juga merupakan entri palsu/salahnyata oleh pakatan

bersama SP60, SP27, SP39 dan SP44 yang mengarahkan 25

supaya saksi SP25 (D/L/Kpl Mohd Fairul bin Mohd Fauzi)

menulis entri tersebut.

31.2.7 Suruhanjaya mendapati catatan di entri no. 3154 di Eksibit

P32 yang mencatatkan “L/Kpl 144682 terima aduan daripada 30

OKT, penama Dharmendran a/l Narayanasamy maklum

sesak nafas dan rasa hendak pergi hospital untuk buat

rawatan.”; juga merupakan entri palsu/salahnyata oleh

pakatan bersama SP60, SP27, SP39 dan SP44 yang

mengarahkan SP25 menulis entri tersebut. 35

31.2.8 Suruhanjaya menolak keterangan SP60, SP27, SP39 dan

SP44 yang menafikan ada memberi arahan kepada SP25

Page 248: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

238

untuk membuat entri tambahan di entri no. 3153 dan entri no. 5

3154 tersebut. Suruhanjaya mendapati saksi SP25 adalah

saksi yang kredible dan layak dipercayai. Sebagai anggota

bawahan bertugas sebagai anggota sentri lokap, SP25 tidak

mempunyai motif untuk memberi keterangan palsu atau

mereka-reka keterangan terhadap SP60, SP27, SP39 dan 10

SP44 yang merupakan pegawai-pegawai kanan polis di IPK

Kuala Lumpur. Malah, SP24 yang masih berkhidmat telah

mendedahkan kemungkinan dirinya terhadap tindak balas

oleh pegawai atasan. SP25 juga telah membuat laporan polis

THSL/018468/13 (Eksibit P38) terhadap maklumat 15

palsu/salahnyata tersebut serta mencatatkan dalam buku

saku (pocket diary) SP25 (Eksibit P37) tentang arahan yang

dibuat ke atas SP25 tersebut bertempat di Bilik Mesyuarat D9,

IPK Kuala Lumpur pada sekitar jam 6.00 petang pada 21 Mei

2013. Keterangan SP25 dalam perkara catatan maklumat 20

palsu/salahnyata tersebut disokong oleh saksi SP24 yang

juga merupakan anggota sentri lokap yang juga diarahkan

hadir di Bilik Mesyuarat D9, IPK Kuala Lumpur.

31.2.9 Melalui keterangan yang terdapat dan tidak dicabar, SP24 25

dan SP25 tidak berada di kawasan Lokap D9, Tingkat 7, IPK

Kuala Lumpur dari jam 2.30 petang sehingga jam lebih kurang

jam 4.30 petang. Serahan tugas antara SP24 dan SP25

hanya berlaku di pondok pengawal IPK Kuala Lumpur pada

jam 3.00 petang dan SP25 tidak naik ke Lokap D9 disebabkan 30

tiada orang tahanan berada di dalam Lokap D9 setelah si mati

dibawa keluar Lokap D9 sekitar jam “2.20 petang”. SP25

hanya naik ke Lokap D9 pada jam lebih kurang 4.30 petang

setelah SP25 menerima panggilan dari anggota D9 untuk naik

ke Lokap D9. Ketika SP25 naik ke Lokap D9, SP25 melihat 35

SP42 (D/Sjn Jaffri bin Jaafar) telah berada dalam sel Lokap

D9 bersama-sama OKT yang telah terbaring. Keadaan

tersebut menjelaskan mengapa hanya bahagian pertama

Page 249: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

239

entri no. 3150 jam 2.30 petang sahaja yang tercatat dalam 5

Eksibit P32 sebagai entri terakhir.

31.2.10 Adalah dapatan Suruhanjaya bahawa si mati telah dibawa

masuk ke dalam lokap dan sel Lokap D9 tanpa melalui SP24

atau SP25 yang ketika itu berada di pondok pengawal IPK 10

Kuala Lumpur. Perlakuan anggota D9 membawa masuk si

mati ke dalam lokap tanpa melalui SP24 atau SP25 sebagai

anggota sentri lokap yang bertugas pada hari dan masa

tersebut untuk kemasukan si mati didaftarkan atau dicatatkan

dalam Eksibit P32 adalah satu pemecahan serius ke atas 15

Kaedah-Kaedah Lokap 1953; Hukuman Tetap Ketua Polis

Daerah Campbell Kuala Lumpur Bil. 1/89 – Tugas Pengawal

Lokap IPK Kuala Lumpur (Eksibit P18); dan Perintah Tetap

Ketua Polis Negara Bahagian A ‘118’ (Eksibit P19).

20

31.2.11 Suruhanjaya mendapati perlakuan SP60, SP27, SP39 dan

SP44 yang secara bersama mereka-reka kandungan entri no.

3150 bahagian kedua, entri no. 3151, 3152, 3153 dan 3154

dengan mengarahkan SP24 dan SP25 membuat catatan

kandungan yang direka-reka tersebut di dalam Eksibit P32 25

adalah satu perlakuan salah laku yang serius yang

melibatkan pegawai-pegawai kanan bertujuan untuk

melindungi (cover-up) fakta sebenar kematian si mati dengan

memberi maklumat yang diketahui sebagai tidak benar atau

palsu yang boleh menjejaskan suatu siasatan kes yang adil 30

dari dapat dilakukan berkaitan kematian si mati.

31.2.12 Perlakuan SP60, SP27, SP39 dan SP44 yang mereka-reka

entri palsu/salahnyata untuk dicatat di dalam Eksibit P32

(Buku Perharian Balai) boleh menjurus kepada kesalahan 35

bersifat jenayah seperti yang diperuntukkan oleh seksyen

192, 201 dan/atau seksyen 203 Kanun Keseksaan.

Page 250: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

240

31.3 Meminda (tampering) masa “14:20” kepada masa “12:20” di entri 5

no. 3149 dan masa “14.30” kepada masa “12.30” di entri no. 3150

(Eksibit P32).

31.3.1 Suruhanjaya juga mendapati terdapat penglibatan secara

bersama SP60, SP39, SP41, SP42 dan SP43 pada 2 atau 3 10

hari selepas kejadian kematian si mati apabila mengarahkan

SP24 supaya mengubah catatan masa “14:20” dalam Eksibit

P32 kepada masa “12.20” pada entri no. 3149 dan masa

“14.30” kepada masa “12.30” pada entri no. 3150 yang

bertujuan untuk menyelaraskan “laporan tangkapan semula” 15

si mati, Eksibit P50. Hakikatnya, si mati tidak pernah

dibebaskan pada 21 Mei 2013 tersebut tetapi “laporan

tangkapan semula” (Eksibit P50) telah dibuat terhadap si mati

yang dikatakan ditangkap semula di Jalan Galloway

berhadapan pintu masuk IPK Kuala Lumpur. Jelasnya 20

perlakuan pegawai-pegawai kanan yang terlibat mengubah

catatan masa di Eksibit P32 dan maklumat tidak benar oleh

anggota yang menangkap semula si mati adalah juga

merupakan salah laku yang serius. Eksibit P32, Buku

Perharian Balai melihatkan jam 10.15 pagi, si mati dibawa 25

keluar untuk diambil gambar dan pada jam 11.15 pagi, si mati

dibawa masuk semula ke dalam lokap. Jam 2.20 petang, si

mati dibawa keluar dari dalam lokap. Di atas fakta ini, laporan

tangkapan semula si mati yang dibuat pada 2.13 petang yang

mengatakan si mati ditangkap semula pada jam 1.00 tengah 30

hari adalah tidak benar kerana pada tempoh itu si mati berada

di dalam lokap sehingga pada jam 2.20 petang. Tindakan

SP60, SP39, SP41, SP42 dan SP43 yang telah mengarahkan

SP24 untuk membuat pengubahan ke atas catatan masa di

entri no. 3149 dan entri no. 3150 (Eksibit P32) juga boleh 35

menjadi kesalahan bersifat jenayah di bawah seksyen 177

atau seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Page 251: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

241

31.4. Laporan polis kematian si mati (Eksibit P38) 5

31.4.1 Suruhanjaya mendapati laporan polis kematian si mati

(Eksibit P38) yang dibuat oleh SP25 di atas arahan SP60 dan

ditaip oleh SM Md Ali di Pejabat D9 pada 21 Mei 2013 adalah

laporan yang memberikan maklumat palsu/salahnyata 10

tentang kematian sebenar si mati. SP60 dan SM Md Ali tahu

maklumat di dalam laporan tersebut adalah tidak benar.

Suruhanjaya menerima keterangan dan penjelasan SP25

dalam perkara ini yang mana SP25 sebagai pegawai

bawahan hanya menjalankan arahan seperti yang diarahkan 15

oleh SP60 bagi membuat laporan kematian si mati tersebut

melalui satu catatan di kertas yang diberikan oleh SP60

kepada SP25. SP25 juga telah membuat laporan polis

(Eksibit P39) terhadap arahan yang diterima itu.

20

31.4.2 SP60 dan SM Md Ali dengan itu telah melakukan satu salah

laku dengan mereka-reka kandungan laporan polis Eksibit

P38 yang mereka ketahui adalah kandungan yang palsu dan

tidak benar. Ini juga merupakan satu kesalahan di bawah

seksyen 177 atau seksyen 182 Kanun Keseksaan. 25

31.5 Tangkapan semula si mati (Eksibit P50)

31.5.1 Si mati ditangkap pada 12 Mei 2013 bersama 3 orang lelaki

India bernama Balachantar a/l Muniandi, Kannan a/l 30

Subramaniam dan Kalaimani a/l Sithamparan berdasarkan

laporan polis tangkapan si mati PUDU/003960/13 (Eksibit

P52).

31.5.2 Pada 12 Mei 2013, si mati diperintahkan oleh Majistret Kuala 35

Lumpur (SP5) bagi ditahan reman mulai 12 Mei 2013 hingga

16 Mei 2013 (Eksibit P8). Tahanan reman ke atas si mati

kemudiannya dilanjutkan oleh Penolong Kanan Pendaftar

Page 252: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

242

Mahkamah (SP8) dari 17 Mei 2013 sehingga 21 Mei 2013 5

(Eksibit P12). Sepanjang masa reman tersebut, si mati

ditahan di Lokap D9, IPK Kuala Lumpur. Permohonan reman

pertama pada 12 Mei 2013 dikendalikan oleh Insp. Mohd

Fazlee bin Abdul Ghani iaitu pegawai di bawah seliaan SP52

(ASP Mohamad Sazif bin Mohamed Subri) dari IPD Cheras. 10

Manakala, permohonan sambung reman pada 16 Mei 2013

dikendalikan oleh Pegawai Reman dari Cawangan

Mahkamah.

31.5.3 Catatan di Eksibit P31 (Buku Perharian Balai, Lokap D9) 15

melihatkan dari tarikh 13 hingga 15 Mei 2013, si mati tidak

ada dibawa keluar dari sel Lokap D9. Ini bermakna tidak ada

apa-apa soal siasat dijalankan ke atas si mati bagi tempoh

reman pertama tersebut. Pada 16 Mei 2013, jam lebih kurang

9.30 pagi si mati dibawa keluar untuk urusan sambung reman 20

dan dibawa masuk semula pada jam 12.32 tengah hari tarikh

yang sama. SP52 tidak membuat akses ke atas si mati bagi

tempoh 13 hingga 16 Mei 2013 tersebut kerana si mati

disiasat oleh satu Pasukan Projek dari D9 yang diketuai oleh

SP44. SP52 mengatakan bahawa SP52 tidak mengenali 25

SP44 dan tidak pernah dimaklumkan tentang status siasatan

ke atas si mati oleh SP44.

31.5.4 Pada 17 Mei 2013, SP52 (ASP Mohamed Sazif bin Mohamed

Subri) selaku pegawai penyiasat kes tangkapan si mati telah 30

merakam percakapan si mati di bawah seksyen 112 Kanun

Tatacara Jenayah. SP52 mengatakan beliau berpuashati

dengan kerjasama yang diberikan oleh si mati dalam siasatan

yang dijalankan. Selepas merakam percakapan si mati, SP52

telah berjumpa dengan SP27 untuk memberitahu SP27 35

bahawa SP52 telah selesaikan siasatan dan tidak lagi

memerlukan si mati untuk siasatan. SP52 mengatakan

Page 253: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

243

semasa berjumpa si mati pada 17 Mei 2013, tiada terdapat 5

sebarang kecederaan dialami oleh si mati.

31.5.5 SP27 bagaimana pun tidak membebaskan si mati di atas

alasan SP27 masih memerlukan si mati ditahan untuk disoal

siasat. Sejak 17 Mei 2013 hingga 21 Mei 2013, SP52 tidak 10

ada menghubungi SP27 berkaitan penahanan si mati.

31.5.6 Pada 19 Mei 2013 jam lebih kurang 10.45 pagi, SP2 bersama

bapa tirinya (SP16) telah berjumpa si mati di Pejabat D9. Si

mati dikawal oleh SP41 dan SP43 pada sepanjang 15

perjumpaan tersebut yang berlangsung selama satu jam.

Pada perjumpaan tersebut, SP2 membawa makanan dan

minuman untuk si mati serta satu alat inhaler untuk kegunaan

si mati bagi rawatan asthma yang dialaminya. SP2

mengatakan si mati kelihatan sihat dan tidak melihat 20

sebarang kecederaan ke atas si mati pada ketika itu. Si mati

memberitahu SP2 untuk menyediakan wang jaminan kerana

dikatakan akan dibebaskan dengan jaminan. SP2 menunggu

berita dari si mati untuk hadir membawa wang jaminan, tetapi

tidak mendapat sebarang berita. 25

31.5.7 Pada 21 Mei 2013, jam 10.15 pagi, si mati dibawa keluar oleh

SP41 untuk urusan mengambil gambar di Bahagian D6 yang

terletak di Tingkat 2, IPK Kuala Lumpur. Urusan mengambil

gambar telah dilaksanakan oleh SP13 (Eksibit P17A, 17B dan 30

17C) dan Borang Permohonan Kerja (Eksibit P16) telah

diserahkan kepada SP13. Berdasarkan keterangan SP24 dan

catatan di Eksibit P31, si mati telah dibawa masuk semula ke

Lokap D9 selepas urusan mengambil gambar pada jam 11.15

pagi (Eksibit P31). 35

31.5.8 Pada pagi 21 Mei 2013 juga, SP27 memberi arahan kepada

SP44 untuk si mati dibuat tangkapan semula. Bagi tujuan itu,

Page 254: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

244

mereka akan menggunakan laporan polis yang dapat 5

dijadikan alasan tangkapan semula si mati. Pada 21 Mei 2013

jam lebih kurang 1.00 tengah hari, si mati “ditangkap semula”

oleh SP44 (Eksibit P50). Laporan polis SP44 (Eksibit P50)

tersebut mengatakan si mati ditangkap semula berkaitan kes

laporan polis Petaling/001384/13 (Eksibit P71). 10

31.5.9 Keterangan oleh SP61 (Insp. Mohd Hairul Zaidi bin Zainal)

iaitu pegawai penyiasat laporan polis Petaling/001384/13

(Eksibit P71) mengatakan bahawa kertas siasatan berhubung

dengan Eksibit P71 yang disiasat oleh beliau telah ditutup 15

(NFA) pada 17 Mei 2013 di atas arahan Timbalan Pendakwa

Raya. SP61 juga mengatakan kes yang disiasatnya tidak ada

kaitan dengan si mati. SP61 mengatakan beliau tidak faham

mengapa anggota D9 menggunakan laporan

Petaling/001384/13 (Eksibit P71) yang tiada kaitan dengan si 20

mati bagi menjadi alasan tangkapan semula si mati pada 21

Mei 2013 tersebut.

31.5.10 Suruhanjaya diberitahu bahawa tujuan sebenar tangkapan

semula ke atas si mati adalah kerana reman si mati bagi 25

penahanan reman kes pergaduhan dan melepaskan

tembakan akan tamat tempoh pada 21 Mei 2013. Maka yang

demikian, SP27 mencari jalan bagaimana si mati boleh terus

berada di bawah penahanan dan Petaling/001384/13 (Eksibit

P71) digunakan secara rambang untuk menjadi laporan yang 30

boleh disangkutkan untuk tujuan tangkapan semula si mati.

31.5.11 Suruhanjaya mendapati “laporan tangkapan semula” si mati

pada 21 Mei 2013 (Eksibit P50) yang disandarkan kepada

Petaling/001384/13 (Eksibit P71) yang telah diarahkan fail 35

ditutup “NFA” oleh Timbalan Pendakwa Raya, tidak

sepatutnya disandarkan bagi “tangkapan semula” si mati

tersebut. Malah, si mati juga tidak ada sebarang kaitan

Page 255: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

245

dengan laporan polis Petaling 001384/13 (Eksibit P71) 5

tersebut.

31.5.12 SP27 telah melakukan salah laku yang serius (“serious

misconduct”) kerana mengarahkan si mati ditangkap semula

pada 21 Mei 2013 dalam mana si mati sepatutnya dibebaskan 10

pada hari tersebut, iaitu hari terakhir tempoh reman si mati.

SP27 juga tahu bahawa si mati tidak lagi diperlukan oleh

SP52 yang telah menyiapkan siasatannya dan membuat

dapatan siasatan bahawa tiada bukti mencukupi yang dapat

melibatkan si mati dengan kes melepaskan tembakan dan 15

pergaduhan yang menjadi alasan tangkapan awal si mati.

SP27 telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya

dalam mengarahkan tangkapan semula si mati pada 21 Mei

2013 tersebut.

20

31.6 Kegagalan fungsi CCTV di Lokap D9

31.6.1 Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang diperolehi,

terdapat CCTV di Lokap dan Pejabat D9, namun didapati

telah tidak berfungsi sejak tahun 2009 sehingga ke tarikh 25

kejadian 21 Mei 2013, iaitu bagi tempoh selama 4 tahun.

CCTV hanya berfungsi semula selepas kejadian kematian si

mati.

31.6.2 Suruhanjaya mendapati penjelasan yang diberikan oleh SP27 30

dan SP33 (Insp. Mohamed Hafiz bin Mokhtar) bahawa CCTV

di Lokap D9 tidak berfungsi untuk tempoh 4 tahun adalah

suatu tempoh yang tidak munasabah, disebabkan kerja-kerja

ubahsuai blok baru IPK Kuala Lumpur telah lama siap dan di

D9 sendiri terdapat anggota-anggota Unit CCTV yang 35

sepatutnya memantau CCTV di Pejabat D9, IPK Kuala

Lumpur tetapi gagal memantau operasi CCTV tersebut.

Page 256: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

246

31.6.3 Ketiadaan CCTV yang berfungsi di Lokap D9 telah menafikan 5

peluang pasukan penyiasat untuk mendapat “best evidence”

berkaitan pergerakan orang tahanan dan anggota polis di

Lokap D9, IPK Kuala Lumpur tersebut khasnya yang

berkaitan dengan pergerakan si mati pada tarikh kejadian,

iaitu 21 Mei 2013. 10

31.6.4 Suruhanjaya mendapati tidak terdapat usaha yang

bersungguh dan berterusan oleh Pegawai Turus D9 (SP27)

dan Unit Logistik IPK Kuala Lumpur untuk memastikan Lokap

D9 dipantau oleh CCTV yang berfungsi dengan baik. 15

Keadaan tersebut telah memungkinkan anggota-anggota D9

tidak berasa bimbang dipantau oleh sistem CCTV dalam

berurusan dengan orang tahanan di Lokap D9 tersebut.

31.6.5 Keadaan kelonggaran sistem kawalan lokap dan ditambah 20

dengan ketiadaan CCTV yang berfungsi di Lokap D9

tersebut, dapat digambarkan dari keterangan SP43 yang

mengatakan adakalanya tahanan yang dibawa keluar dari

Lokap D9 dimasukkan semula oleh SP41 dan SP43 secara

terus ke dalam Lokap D9 tanpa melalui anggota sentri lokap 25

dan SP41 atau SP43 juga yang menguncikan sendiri lokap

dan meletakkan kunci lokap di Kaunter Pejabat Inkuiri D9. Ini

melihatkan bahawa SOP berkaitan pengurusan lokap telah

diabaikan dan tidak mendapat kepatuhan oleh anggota-

anggota kem komandan yang mengawal lokap dan anggota 30

D9.

31.6.6 Di dalam keadaan CCTV yang tidak berfungsi di Lokap D9,

dan ditambah dengan anggota sentri lokap iaitu SP24 dan

SP25 yang gagal berada di lokap pada tempoh masa jam 35

2.30 petang hingga jam 4.30 petang pada 21 Mei 2013

tersebut, keadaan tersebut telah membolehkan anggota D9

membawa masuk semula si mati ke dalam lokap tanpa

Page 257: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

247

mematuhi prosedur/tatacara serahan orang tahanan ke lokap 5

yang sepatutnya perlu dipatuhi dengan ketat.

31.6.7 Menambah kepada kelemahan tersebut, fail Borang Keluar

Masuk Orang Kena Tahan (OKT) yang terdapat di Lokap D9

juga telah dikatakan hilang selepas kejadian kematian si mati. 10

Borang ini perlu diisikan bagi permohonan keluar dan masuk

OKT dari Lokap D9 pada tempoh OKT (si mati) ditahan di situ.

Oleh kerana si mati dimasukkan tanpa melalui SP24 atau

SP25 pada hari kejadian maka tidak dapat dikenalpasti

anggota yang membawa masuk si mati ke Lokap D9 tersebut 15

tanpa Borang Keluar Masuk OKT dikemukakan. Walau

bagaimanapun, anggota yang dilihat oleh SP25 berada

bersama si mati dalam sel Lokap D9 sebaik SP25 naik ke

Lokap D9 di Tingkat 7, IPK ialah SP42 dan ketika itu si mati

telah terbaring di dalam sel lokap yang tidak berkunci. 20

31.7 Kelewatan dalam memberi hak kepada si mati untuk berhubung dan

akses ahli keluarga ke atas si mati semasa tempoh tahanan

31.7.1 Sejak dari tarikh tangkapan si mati pada 12 Mei 2013, si mati 25

hanya dibenarkan berjumpa keluarga (SP2 dan SP16) pada

19 Mei 2013, iaitu 8 hari setelah ditahan. SP2 telah

menghubungi pihak polis sejak tarikh 13 Mei 2013 bagi

mengetahui kedudukan si mati dan di mana si mati ditahan

dan hanya kemudiannya mendapat kebenaran SP44 untuk 30

bertemu si mati pada 19 Mei 2013.

31.7.2 Kelewatan dalam membenarkan si mati menghubungi ahli

keluarga tentang tangkapan dan di mana ia berada, adalah

merupakan satu pemecahan kepada peruntukan subseksyen 35

28A(2) Kanun Tatacara Jenayah dan para 8.2.1 Perintah

Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A ‘118’ oleh SP44 selaku

ketua Pasukan Projek yang menyoal siasat si mati dan SP27

Page 258: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

248

selaku Timbalan Pegawai Penjaga Lokap D9, IPK Kuala 5

Lumpur. SP44 dan SP27 tidak mempunyai alasan atau

justifikasi untuk tidak membenarkan si mati dari berjumpa

atau mendapat akses oleh ahli keluarganya, khususnya isteri

si mati (SP2).

10

31.8 Anggota dan pegawai yang ada kaitan dengan kematian si mati

31.8.1 Keterangan dan dokumen yang terdapat melihatkan si mati

pada semua masa yang material di sepanjang tempoh reman

daripada 13 Mei 2013 hingga masa kematiannya pada 21 Mei 15

2013 berada di bawah jagaan Pasukan Projek (Project Team)

D9, IPK Kuala Lumpur yang diketuai oleh SP44 dengan

dibantu oleh SP41, SP42 dan SP43.

31.8.2 Keterangan melihatkan hanya anggota dan pegawai yang 20

ditugaskan dalam Pasukan Projek yang boleh akses dan

melakukan soal siasat ke atas si mati.

31.8.3 Keterangan melihatkan pada tempoh di antara jam 11.00 pagi

hingga jam 5.30 petang pada 21 Mei 2013, SP44 tidak berada 25

di IPK Kuala Lumpur kerana menjalankan tugasan luar.

31.8.4 Keterangan melihatkan soal siasat ke atas si mati yang

dijalankan oleh anggota Pasukan Projek hanya dibuat di atas

arahan Ketua Pasukan Projek iaitu SP44. 30

31.8.5 Keterangan melihatkan pada 19 Mei 2013, si mati ada disoal

siasat oleh anggota Pasukan Projek sekitar jam 12.00

tengahari hingga jam 4.00 petang dan percakapan risikan si

mati telah dirakamkan. 35

31.8.6 Keterangan melihatkan SP42 ialah anggota Pasukan Projek

yang pertama dilihat oleh SP25 berada dengan si mati yang

Page 259: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

249

terbaring dalam sel lokap ketika SP25 naik ke Lokap D9 5

setelah menerima panggilan dari anggota D9 pada sekitar

jam 4.30 petang pada 21 Mei 2013 tersebut.

31.8.7 SP44 mengatakan beliau tidak terlibat dalam soal siasat ke

atas si mati. Beliau juga tidak ingat jika ada memberi arahan 10

untuk si mati disoal siasat pada 21 Mei 2013. Beliau juga

menafikan ada memberi arahan kepada SP41 dan SP43

untuk melakukan soal siasat pada 19 Mei 2013. Suruhanjaya

mendapati keterangan SP44 dalam perkara ini tidak kredible

dan sukar untuk dipercayai. Keterangan yang terdapat oleh 15

SP27 mengatakan anggota yang membantu soal siasat

hanya akan membuat soal siasat di atas arahan pegawai.

SP41 dan SP43 bersama SP42 merupakan ahli Pasukan

Projek yang bekerja di bawah SP44 sebagai ketua pasukan.

Keterangan melihatkan pada 19 Mei 2013, si mati berada 20

lebih kurang 5 jam di luar lokap. Jika masa perjumpaan

dengan keluarga si mati ditolak, iaitu satu jam, si mati berada

lebih kurang 4 jam bersama SP41 dan SP43 sebelum

dihantar semula ke Lokap D9. SP41 dan SP43 mengakui

pada 19 Mei 2013 tersebut, mereka mengambil percakapan 25

risikan daripada si mati. Pada malam 19 Mei 2013, si mati

dibawa oleh SP44 ke sebuah rumah di Cheras untuk

mengesan seorang lagi rakan lelaki yang dikatakan rakan

jenayah si mati. Si mati juga dibawa keluar dari lokap pada 21

Mei 2013 oleh SP41 dan SP43 bagi tujuan “tangkapan 30

semula”. Buku Perharian Balai, Lokap D9 (Eksibit P31) ada

mencatatkan bahawa SP44 juga ada menghantar si mati

masuk semula ke lokap pada jam 4.00 petang pada 19 Mei

2013. Berdasarkan semua fakta-fakta yang ada itu,

Suruhanjaya mendapati keterangan SP44 hanya satu 35

penafian untuk melepaskan dirinya daripada dikaitkan

dengan kecederaan yang telah dilakukan ke atas si mati.

Page 260: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

250

31.8.8 Keterangan dan dokumen Eksibit P31 dan Eksibit P32 tidak 5

melihatkan terdapat orang lain selain daripada anggota dan

pegawai Pasukan Projek yang mempunyai akses ke atas si

mati. Adalah dapatan Suruhanjaya akses ke atas si mati

cuma boleh dilakukan oleh SP41, SP42, SP43 dan SP44 iaitu

ahli-ahli Pasukan Projek. 10

31.8.9 Suruhanjaya mengambil maklum bahawa SP41, SP42, SP43

dan SP44 telah dituduh secara niat bersama menyebabkan

kematian si mati, dan pada 14 Disember 2014, Mahkamah

Tinggi Malaya di Kuala Lumpur telah melepas dan 15

membebaskan mereka tanpa pembelaan diri dipanggil

apabila Mahkamah Tinggi tersebut memutuskan pihak

pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap

mereka. Suruhanjaya juga mengambil maklum pada 26

Februari 2016, Mahkamah Rayuan telah membenarkan 20

rayuan Pendakwa Raya dan mengarahkan keempat-empat

tertuduh dipanggil membela diri terhadap pertuduhan di

bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi

Malaya di Kuala Lumpur.

25

31.9 Ketiadaan soal siasat ke atas si mati oleh Pasukan Projek dari 13

Mei 2013 hingga tengah hari 19 Mei 2013

31.9.1 Keterangan melihatkan oleh kerana kes tangkapan ke atas si

mati melibatkan siasatan kesalahan cuba membunuh dan 30

melepaskan tembakan senjatapi semasa pergaduhan (Sg.

Besi Rpt. 4828/13), maka si mati (yang ditahan di lokap IPD

Dang Wangi pada asalnya) telah diserahkan oleh IPD Cheras

kepada Bahagian Siasatan Jenayah Khas D9 IPK Kuala

Lumpur bagi tujuan soal siasat. Pun begitu, keterangan 35

melihatkan walau pun si mati ditahan di Lokap D9 sejak 13

Mei 2013, tiada soal siasat dilakukan ke atas si mati oleh

Pasukan Projek sehingga tengahari 19 Mei 2013. Jika ada

Page 261: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

251

pun soal siasat ke atas si mati, ianya berkemungkinan berlaku 5

pada tempoh yang singkat sebaik keempat-empat orang

tahanan tiba di Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur yang

dianggarkan pada jam lebih kurang 11.30 pagi. Si mati

dimasukkan ke dalam Lokap D9 pada jam 12.25 tengahari.

Inferen ini dibuat berdasarkan kepada keterangan oleh SP31 10

(Balachantar) bahawa dia bersama si mati dan dua yang lain

dibawa masuk ke bilik soal siasat di D9 sebaik tiba dari Balai

Dang Wangi dan di bilik tersebut SP31 ditutup mata dengan

“tape” dan disoal siasat sebelum SP31 dimasukkan ke Lokap

D9 pada jam 1.10 tengahari. Ketika masuk ke lokap tersebut, 15

SP31 melihat si mati telah berada di dalam lokap itu.

31.9.2 Keterangan melihatkan pada 17 Mei 2013, pada jam 3.25

petang, ASP Mohamed Sazif (SP52) iaitu pegawai penyiasat

kes pergaduhan (Sg. Besi Rpt. 4828/13) telah berjumpa si 20

mati bagi merakamkan percakapan seksyen 112 Kanun

Tatacara Jenayah. Si mati dibawa keluar dari Lokap D9 oleh

SP36 (entri no. 3076 – Eksibit P31). Menurut SP52 si mati

tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah memberi

kerjasama dalam memberikan percakapannya. Selepas 25

merakam percakapan si mati, SP52 telah pergi berjumpa

SP27 di pejabat SP27 dan SP52 memberitahu SP27 bahawa

SP52 tidak lagi memerlukan si mati. Pada jam 4.25 petang,

SP36 telah menghantar semula si mati ke Lokap D9 (entri no.

3079 - Eksibit P31). 30

31.9.3 Berdasarkan rekod Buku Perharian Balai Lokap D9 (Eksibit

P31), tiada pergerakan keluar masuk si mati dari Lokap D9

pada 18 Mei 2013.

35

31.9.4 Pada 19 Mei 2013 jam 10.35 pagi, si mati dibawa keluar dari

Lokap D9 oleh SP43 (entri no. 3111 – Eksibit P31). Tujuan si

mati dibawa keluar adalah bagi perjumpaan si mati dengan

Page 262: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

252

isteri si mati (SP2) dan bapa tiri si mati (SP16). Perjumpaan 5

tersebut berlangsung selama lebih kurang satu jam bertempat

di Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur. Si mati telah dimasukkan

semula ke Lokap D9 pada jam 4.00 petang oleh Insp. Hare

Krishnan (SP44) (entri no.3115 – Eksibit P31). Ini bermakna

si mati berada di luar Lokap D9 dari jam 10.35 pagi hingga 10

jam 4.00 petang, iaitu kira-kira 5 jam 30 minit. Jika masa

perjumpaan dengan keluarga dibuat tolakan selama satu jam

(10.35 hingga 11.35 pagi), ini bermakna si mati berada

dengan pegawai dan anggota Pasukan Projek dari jam 11.35

hingga jam 4.00 petang pada 19 Mei 2013, iaitu kira-kira 4 15

jam 25 minit. Menurut keterangan SP43, soal siasat telah

dijalankan ke atas si mati dalam tempoh tersebut yang

dihadiri bersama oleh SP44, SP41 dan SP42. Percakapan

risikan juga telah diambil daripada si mati.

20

31.9.5 Pada 19 Mei 2013 jam 8.45 malam, si mati telah diambil

keluar dari Lokap D9 oleh SP41 (entri no. 3119 – Eksibit P31).

Si mati telah dibawa oleh SP44 ke kawasan sebuah rumah di

Cheras bertujuan mencari rakan sejenayah si mati. Pada jam

11.00 malam yang sama, si mati dihantar semula ke Lokap 25

D9 oleh SP41.

31.9.6 Rekod dan keterangan saksi-saksi SP19 dan SP59

melihatkan si mati tidak ada dibawa keluar dari Lokap D9

pada tarikh 20 Mei 2013. Maka itu, tiada soal siasat ke atas si 30

mati pada 20 Mei 2013.

31.9.7 Pada 21 Mei 2013 jam 10.15 pagi, si mati telah dibawa keluar

dari Lokap D9 oleh SP41 (entri no. 3145 – P31). Tujuan si

mati dibawa keluar adalah bagi diambil gambar bertempat di 35

D6, Unit Foto IPK Kuala Lumpur. Pada jam 11.15 pagi, si

mati dihantar semula ke Lokap D9 oleh SP41 (entri no. 3148

- Eksibit P31 dan keterangan SP24). Oleh itu si mati berada

Page 263: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

253

di luar Lokap D9 dari jam 10.15 pagi hingga 11.15 pagi pada 5

21 Mei 2013 bagi tujuan diambil gambar (gambar Eksibit

P17A dan Eksibit P17B).

31.9.8 Pada 21 Mei 2013 jam 2.20 petang si mati telah dibawa keluar

dari Lokap D9 oleh SP43 (entri asal no. 3149 – Eksibit P31 10

dan keterangan SP24).

31.9.9 Selepas jam 2.20 petang (21 Mei 2013) tersebut, SP24 mahu

pun SP25 yang mengambil alih tugas anggota sentri Lokap

D9 tidak membuat sebarang catatan sendiri ke atas 15

pergerakan masuk si mati ke Lokap D9 kerana dari jam 2.30

petang, SP24 telah turun berada di pondok pengawal IPK dan

serah tugas pada jam 3.00 petang kepada SP25 dan SP25

terus berada di pondok pengawal dari jam 3.00 petang hingga

jam 4.30 petang. SP25 hanya naik ke Lokap D9 setelah 20

menerima panggilan daripada anggota D9 yang meminta

SP25 naik ke Lokap D9 dan ketika tiba di Lokap D9 tersebut,

SP25 melihat SP42 telah berada bersama-sama si mati di

dalam sel Lokap D9 dalam keadaan si mati terbaring.

25

31.9.10 Daripada keterangan yang terdapat, adalah dapatan

Suruhanjaya bahawa jika si mati disoal siasat oleh Pasukan

Projek, ianya hanya boleh berlaku ketika si mati berada di luar

Lokap D9 iaitu pada tarikh dan tempoh berikut: (i) 13 Mei 2013

dari jam 11.30 pagi hingga jam 12.25 tengah hari; (ii) 19 Mei 30

2013 dari jam 11.35 pagi hingga jam 4.00 petang; (iii) 19 Mei

2013 dari jam 8.45 malam hingga jam 11.00 malam; (iv) 21

Mei 2013 dari jam 10.15 pagi hingga jam 11.15 pagi; dan (v)

21 Mei 2013 dari jam 2.20 petang hingga masa kematian si

mati pada petang 21 Mei 2013 tersebut. Pada semua masa 35

material tersebut si mati berada di bawah kawalan Pasukan

Projek yang diketuai oleh SP44 dan dianggotai oleh SP41,

SP42 dan SP43.

Page 264: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

254

31.9.11 Tiada penjelasan oleh mana-mana anggota atau pegawai 5

Pasukan Projek mengapa si mati tidak dilakukan soal siasat

dari tarikh si mati ditempatkan di Lokap D9 pada 13 Mei 2013

sehingga tarikh 19 Mei 2013, jam 11.35 pagi walau pun si mati

telah diletakkan di Lokap D9 bagi siasatan kes dibuat oleh

Pasukan Projek tersebut, kecuali pada 13 Mei 2013 antara 10

jam 11.30 pagi hingga 12.25 tengah hari dalam mana SP31

mengatakan SP31 ada disoal siasat bersama-sama si mati.

Suruhanjaya tidak dapat memastikan perkara ketiadaan soal

siasat tersebut samada ianya terjadi kerana Pasukan Projek

mendapati tidak penting untuk soal siasat segera dilakukan 15

atau Pasukan Projek mempunyai beban tugasan yang terlalu

berat dan soal siasat si mati tidak menjadi prioriti Pasukan

Projek. Soal siasat hanya dilihat berlaku mulai tengahari 19

Mei 2013 iaitu dua hari sebelum reman si mati tamat pada 21

Mei 2013. Dengan yang demikian timbul persoalan samada 20

dengan masa yang tinggal sedikit sebelum si mati dibebaskan

pada 21 Mei 2013 (jika tiada tangkapan semula) telah

menyebabkan penggunaan kekerasan fisikal terjadi ke atas si

mati bagi proses mendapatkan maklumat termasuk

menanam (staple) dawai kokot di telinga kiri dan telinga 25

kanan si mati. Suruhanjaya cuba mendapatkan penjelasan

tentang beban tugas yang dihadapi oleh Jabatan Siasatan

Jenayah dengan menjemput Pengarah Jabatan Siasatan

Jenayah PDRM Bukit Aman untuk hadir dalam siasatan

awam pada dua Sesi Pendengaran Awam, tetapi malangnya 30

beliau tidak dapat hadir kerana mempunyai tugasan lain. Oleh

itu pihak PDRM terlepas peluang untuk memberi penjelasan

atau maklumat kepada Suruhanjaya berhubung dengan

masalah dan beban tugas Jabatan Siasatan Jenayah secara

keseluruhannya. 35

Page 265: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

255

31.10 Ketiadaan pengetahuan pegawai dan anggota ke atas SOP 5

31.10.1 Melalui keterangan yang terdapat, Suruhanjaya mendapati

terdapat sebilangan anggota dan pegawai kanan polis yang

tidak melihat dan tidak mengetahui tentang kewujudan

Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) Bahagian A 118 10

(Eksibit P19) serta Hukuman Tetap Ketua Polis Daerah

Campbell berkaitan Pengurusan Lokap D9 yang masih

berkuatkuasa sehingga kini (Eksibit P18).

31.11 Menyimpan orang tahanan secara berlebihan di Lokap D9 15

31.11.1 Suruhanjaya mendapati walau pun Perkara 2, Hukuman

Tetap Ketua Polis Daerah Campbell, Kuala Lumpur Bil. 1/89

(Eksibit P18) dengan jelas mengatakan maksima orang

tahanan yang boleh ditahan di Lokap D9, IPK Kuala 20

Lumpur adalah empat (4) orang, tetapi berdasarkan kepada

rekod yang terdapat melihatkan jumlah orang tahanan yang

berada di Lokap D9 pada satu-satu masa (kecuali pada 21

Mei 2013), adalah jauh melebihi daripada jumlah tahanan

yang dibenarkan pada satu masa (Eksibit P31). 25

31.11.2 Keterangan berikut adalah mengenai jumlah orang tahanan

yang berada di Lokap D9 dari tempoh tarikh 13 Mei 2013

hingga 21 Mei 2013 (Eksibit P31 / Eksibit P32):

30

Pada 13 Mei 2013:-

Pagi : 10 orang tahanan berada di dalam

lokap sebelum si mati dan 3 orang lagi

dibawa masuk (Eksibit P31 - Entri no.

2964) 35

Petang : 15 orang tahanan berada di dalam

lokap (Eksibit P31 - Entri no. 2985)

Page 266: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

256

Pada 14 Mei 2013:- 5

Pagi : 15 orang tahanan berada di dalam

lokap (Eksibit P31 - Entri no. 2986)

Petang : 16 orang tahanan berada di dalam

lokap (Eksibit P31 - Entri no. 3011)

10

Pada 15 Mei 2013:-

Pagi : 14 orang tahanan berada di dalam

Lokap (Eksibit P31 - Entri no. 3016)

Petang : 7 orang tahanan berada di dalam

lokap (Eksibit P31 - Entri no. 3036) 15

Pada 16 Mei 2013:-

Pagi : 7 orang tahanan berada di dalam

lokap (Eksibit P31 - Entri no. 3038)

20

Petang : 6 orang tahanan berada di dalam

lokap (Eksibit P31 - Entri no. 3059)

Pada 17 Mei 2013:-

Pagi : 9 orang tahanan berada di dalam 25

lokap (Eksibit P31 - Entri no. 3067)

Petang : 9 orang tahanan berada di dalam

lokap (Eksibit P31 - Entri no. 3082)

Pada 18 Mei 2013:- 30

Pagi : 9 orang tahanan berada di dalam

lokap (Eksibit P31 - Entri no. 3085)

Petang : 8 orang tahanan berada di dalam

lokap (Eksibit P31 - Entri no. 3103)

35

Pada 19 Mei 2013

Pagi : 8 orang tahanan berada di dalam

lokap (Eksibit P31 - Entri no. 3108)

Page 267: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

257

Petang : 11 orang tahanan berada di dalam 5

lokap (Eksibit P31 - Entri no. 3121)

Pada 20 Mei 2013

Pagi : 12 orang tahanan berada di dalam

lokap (Eksibit P31 - Entri no. 3123) 10

Petang : 1 orang tahanan berada di dalam

lokap (Eksibit P31 - Entri no. 3138)

Pada 21 Mei 2013 15

Pagi : 1 orang tahanan berada di dalam

lokap (Eksibit P31 - Entri no. 3143)

(iaitu si mati).

31.11.3 Berdasarkan dapatan di atas, terdapat pelanggaran ke atas 20

Perkara 2 Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN)

Bahagian A “118” (Eksibit P19) serta Hukuman Tetap Ketua

Polis Daerah Campbell berkaitan Pengurusan Lokap D9

apabila lebih daripada empat orang tahanan diletakkan di

Lokap D9 pada satu satu masa. Rekod Eksibit P31 25

melihatkan terdapat pada suatu ketika, iaitu pada 14 Mei 2013

sejumlah 16 orang tahanan ditempatkan dalam Lokap D9

tersebut. Keadaan tersebut akan memungkinkan timbulnya

masalah keselamatan sesama orang tahanan dan kawalan

yang sempurna, kesempitan ruang tidur atau ketidakselesaan 30

dalam sel, masalah kebersihan/hygience lokap yang hanya

mempunyai satu tandas dan tempat mandi, di samping boleh

menimbulkan hubungan tegang atau ugut-mengugut atau

pakatan sesama orang tahanan.

35

Page 268: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

258

31.12 Ketiadaan sampling darah bagi tujuan perbandingan DNA 5

31.12.1 Keterangan melihatkan pegawai penyiasat kes kematian

(SP53 dan SP54) telah membuat rampasan dua (2) stapler

dari Pejabat D9 pada 27 Mei 2013 yang ditandakan oleh

pegawai penyiasat “A1” dan “A2” (Gambar 8 dan 9, Eksibit 10

P54).

31.12.2 Rampasan dua (2) stapler itu dibuat ekoran penemuan 2

dawai kokot di telinga si mati oleh SP7 semasa beliau

menjalankan bedah siasat. 15

31.12.3 Kedua-dua stapler yang dirampas telah dihantar ke Jabatan

Kimia untuk tujuan analisa DNA. Dapatan ujian analisa DNA

adalah seperti berikut (Eksibit P72):

20

“...(ii) A male DNA profile (partial at 11 loci) was

developed from trace/contact swab taken of stapler

“K5(a)” which did not match with that of blood

specimen “K3(a)” (labelled ‘Dharmendran a/l

Narayanasamy’) thus indicating different origin. I 25

identified the unknown source as “Male 1”.

(iii) No DNA profile was developed from trace/contact

swab taken of stapler “K5(b)”.”

30

31.12.4 Walau bagaimanapun, pegawai penyiasat kes kematian

(SP53 dan SP54) tidak mengambil apa-apa sampel darah

dari mana-mana anggota atau pegawai yang mempunyai

akses ke atas si mati. Maka yang demikian, analisa DNA tidak

dapat dilakukan untuk mengenal pasti identiti “Male 1” yang 35

terdapat pada stapler “K5(a)”.

Page 269: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

259

32. SYOR DAN PERAKUAN SURUHANJAYA 5

Berdasarkan dapatan-dapatan siasatan yang dinyatakan di atas,

Suruhanjaya mengesyorkan dan memperakukan perkara-perkara berikut:

32.1 Tindakan tatatertib hendaklah diambil oleh Pihak Berkuasa 10

Tatatertib PDRM terhadap pegawai-pegawai kanan, iaitu SP60,

SP27, SP39 dan SP44 kerana kesalahan pakatan bersama dalam

mereka-reka maklumat palsu/salahnyata berkaitan keadaan

kematian si mati apabila mengarahkan SP24 dan SP25 membuat

catatan yang tidak benar dalam Buku Perharian Balai Lokap D9 di 15

entri no. 3150, 3151, 3152, 3153 dan 3154 (Eksibit P32) yang mereka

tahu adalah kandungan yang tidak benar dengan tujuan melindungi

(cover-up) fakta sebenar yang berlaku berkaitan sebab kematian si

mati.

32.2 Tindakan tatatertib hendaklah diambil oleh Pihak Berkuasa 20

Tatatertib PDRM terhadap SP60, SP41 dan SP43 kerana

mengarahkan SP24 mengganggu/mengubah (tampering) catatan

masa di entri no. 3149 dan 3150 dalam Buku Perharian Balai Lokap

D9 bertarikh 21 Mei 2013 (Eksibit P32).

32.3 Pihak Berkuasa Tatatertib PDRM hendaklah mengambil tindakan 25

tatatertib ke atas SP60 dan SM Md Ali kerana mengarahkan SP25

untuk membuat laporan polis kematian si mati (Eksibit P38) yang

tidak benar pernyataannya mengenai keadaan sebenar kematian si

mati.

32.4 Tindakan tatatertib hendaklah diambil oleh Pihak Berkuasa 30

Tatatertib PDRM terhadap SP27 dan SP44 kerana perlakuan salah

guna kuasa apabila mengarahkan tangkapan semula ke atas si mati

pada 21 Mei 2013 (Eksibit P50) tanpa justikasi yang sah padahal si

mati sepatutnya dibebaskan pada hari tersebut sebaik tempoh

reman tamat. Jelasnya tiada sebab yang sah untuk tangkapan 35

Page 270: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

260

semula itu dilakukan SP27 dan SP44 yang merujuk kepada satu 5

laporan polis (Petaling Rpt/001384/13) yang diambil secara

rambang dari sistem komputer PDRM yang tiada kaitan dengan si

mati dan kertas siasatan ke atas laporan polis itu yang telah

diarahkan ditutup oleh Timbalan Pendakwa Raya.

32.5 Tindakan tatatertib hendaklah diambil oleh Pihak Berkuasa 10

Tatatertib PDRM terhadap SP44 kerana gagal membenarkan si mati

berjumpa atau dilawati oleh ahli keluarga si mati tanpa apa-apa

justifikasi dan ianya telah melanggar peruntukan seksyen 28A

Kanun Tatacara Jenayah.

32.6 Tindakan tatatertib hendaklah diambil oleh Pihak Berkuasa 15

Tatatertib PDRM terhadap SP27 dan SP44 kerana gagal menyelia

perlakuan anggota-anggota Pasukan Projek dalam menjalankan

soal siasat ke atas si mati sepanjang tempoh daripada 19 Mei 2013

sehingga 21 Mei 2013.

32.7 Tindakan tatatertib hendaklah diambil oleh Pihak Berkuasa 20

Tatatertib PDRM terhadap SP24 iaitu anggota sentri lokap kerana

meninggalkan atau gagal berada di Lokap D9 dari jam 2.30 petang

hingga 3.00 petang pada 21 Mei 2013.

32.8 Tindakan tatatertib hendaklah diambil oleh Pihak Berkuasa

Tatatertib PDRM terhadap SP25 kerana selaku anggota sentri lokap 25

telah gagal berada di Lokap D9 dari jam 3.00 petang hingga jam 4.30

petang pada 21 Mei 2013.

32.9 PDRM hendaklah menambahbaik mekanisma sedia ada yang

berkaitan dengan tugas-tugas penyeliaan atau pemantauan dalam 30

memastikan setiap anggota dan pegawai memahami dan mematuhi

kandungan Hukuman Tetap/Perintah Tetap Ketua Polis Negara

termasuk PTKPN A “118” serta SOP yang berkaitan dengan

sesuatu aktiviti atau tugasan.

Page 271: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

261

32.10 PDRM hendaklah menambahbaik mekanisma sedia ada untuk 5

memastikan supaya setiap pegawai penyelia lokap dan anggota

sentri lokap serta pegawai dan anggota PDRM lainnya yang

berurusan dengan orang tahanan di lokap-lokap mematuhi SOP

Pengurusan Lokap PDRM yang dikemaskinikan bertarikh 21 April

2014, termasuk had bilangan orang tahanan yang boleh 10

ditempatkan di dalam sesuatu lokap atau sel lokap pada satu-satu

masa dan perkara-perkara yang dilarang dilakukan semasa soal

siasat ke atas orang tahanan.

32.11 PDRM hendaklah menambahbaik mekanisma sedia ada melalui

seliaan yang efektif bagi memastikan setiap anggota dan pegawai 15

yang dibekalkan dengan buku diari saku (pocket diary) membuat

kemaskini catatan perbuatan atau merekod dalam buku diari saku

tersebut, serta penyimpanan selamat buku diari saku setelah habis

digunakan dan keperluan ke atas pegawai atau anggota

melaporkan serta merta kepada pegawai penyelia jika mengalami 20

kehilangan atau kerosakan buku diari saku tersebut.

32.12 PDRM hendaklah berterusan mengadakan “refresher course” atau

“refresher training” termasuk latihan semasa dalam jawatan (“on

the job training”) serta peringatan berkala kepada semua lapisan 25

pegawai dan anggota yang terlibat dalam aktiviti berkaitan

penguatkuasaan undang-undang dan tatacara terlibat untuk

memastikan supaya pegawai dan anggota benar-benar memahami

dan mengamalkan kehendak dan peruntukan tatacara (SOP) yang

terdapat. 30

32.13 PDRM menambahbaik atau menggubal satu tatacara yang

membolehkan pegawai atau anggota bawahan membuat aduan

atau melapor terus sesuatu arahan/perintah oleh pegawai atasan

yang bertentangan dengan SOP atau undang-undang dan siasatan 35

ke atasnya dilakukan oleh suatu jawatankuasa khas.

Page 272: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

262

32.14 Bagi kes-kes kematian orang tahanan semasa di dalam tahanan, 5

siasatan kes hendaklah dilakukan oleh pegawai penyiasat

berpengalaman yang bukannya daripada Kontinjen Polis Negeri

atau Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri yang sama di mana kejadian

kematian berlaku bagi dapat memelihara ketelusan dan kredibiliti

siasatan. 10

32.15 Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Penjara 1953 dan para 24 Perintah Tetap

Ketua Polis Negara (PTKPN) A ‘118’ hendaklah dipatuhi dengan

ketat yang menghendaki Timbalan Pegawai Penjaga Lokap

menyediakan pemeriksaan perubatan oleh pegawai perubatan ke 15

atas orang tahanan sebaik sahaja mereka ditahan di lokap dan bagi

tujuan tersebut pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menggubal

satu mekanisma bersama dengan agensi-agensi penguatkuasaan

khususnya pihak PDRM bagi membolehkan Kaedah 10 dan para 24

PTKPN A ‘118’ serta SOP Pengurusan Lokap PDRM tersebut 20

dilaksanakan dengan berkesan dan sempurna termasuk

keselamatan petugas perubatan.

32.16 Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) hendaklah menggubal satu

tatacara atau kaedah-kaedah siasatan awal yang komprehensif bagi 25

menjadi panduan kepada Pembantu Perubatan atau Pegawai

Perubatan yang hadir melakukan siasatan awal kematian tahanan

di lokap agar memahami setiap aspek siasatan yang diperlukan,

termasuk kaedah pemeriksaan ke atas mayat si mati yang perlu

dilakukan dengan terperinci dan direkodkan dengan sempurna 30

termasuk gambar-gambar awal, kelengkapan peralatan untuk

memeriksa mayat si mati termasuk lampu suluh berdaya tinggi dan

memastikan semua bahan bukti dikawal dengan baik tidak dicemari

atau diganggu, termasuk keperluan mengambil “swab” atau contoh

bukti jika perlu bagi tujuan analisa lanjut di makmal sehingga 35

tempat kejadian diambil alih oleh pegawai penyiasat (IO) kes

kematian tersebut.

Page 273: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

263

32.17 Kementerian Kesihatan Malaysia hendaklah menentukan Pakar 5

Patalogi yang menjalankan bedah siasat memastikan laporan

bedah siasat memberikan butiran yang tepat, jelas dan mencukupi

tentang sebab kematian dengan berpandukan piawaian

antarabangsa.

10

32.18 Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan disarankan supaya

menggubal satu tatacara pemeriksaan awal yang lebih

komprehensif untuk menjadi panduan kepada Majistret/Koroner

bertugas yang hadir bagi memeriksa keadaan kematian si mati di

lokap tempat kejadian. 15

32.19 Jabatan Peguam Negara (AGC) menimbangkan jika pertuduhan

jenayah wajar dibawa ke atas pegawai-pegawai dan anggota-

anggota yang dikenalpasti di perenggan 31.2, 31.3, dan 31.4 dalam

Laporan ini kerana pakatan atau pensubahatan dalam membuat

atau memberi kenyataan-kenyataan palsu atau gangguan 20

(tampering) di dalam Buku Perharian Balai Lokap D9 (Lock-Up

Station Diary)( Eksibit P32 dan Eksibit P38).

32.20 Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan

Peguam Negara (AGC) disyorkan supaya meminda peruntukan

Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Keterangan 1950 bagi 25

memasukkan peruntukan anggapan atau presumption yang

meletakkan beban bukti ke atas pegawai dan anggota yang

menjalankan soal siasat ke atas orang tahanan sebagai

bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau kematian

yang dialami oleh orang tahanan sehingga dibuktikan sebaliknya 30

oleh pegawai dan anggota yang mempunyai jagaan atau

pengendalian ke atas orang tahanan tersebut.

Page 274: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

264

33. PENGHARGAAN 5

33.1 Suruhanjaya merakamkan setinggi perhargaan dan berterima kasih

kepada Tan Sri Hasmy Agam, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi

Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Puan Rodziah Abdul, Setiausaha

SUHAKAM di atas kerjasama yang diberikan bagi meminjamkan Bilik

Pendengaran SUHAKAM, Aras 13, Bangunan TH Perdana, Kuala 10

Lumpur untuk digunakan oleh EAIC sebagai tempat pendengaran awam

bagi sesi pertama, kedua dan ketiga pendengaran awam ini yang telah

dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.

33.2 Suruhanjaya juga merakamkan setinggi penghargaan kepada ketiga-15

tiga pakar perunding iaitu Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah

binti Syed Hasan Shahabudin mantan ahli Pesuruhjaya EAIC, Tan Sri

Dato’ Seri Mohd Jamil bin Johari mantan Timbalan Ketua Polis Negara

dan Encik Lim Chee Wee mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia,

yang telah membantu Pasukan Petugas dalam menjayakan siasatan 20

awam dan penyediaan laporan penuh siasatan ini.

33.3 Tidak ketinggalan, Suruhanjaya juga merakamkan penghargaan kepada

semua peguamcara-peguamcara pemerhati yang mewakili Majlis

Peguam Malaysia, peguamcara keluarga si mati, serta pegawai-pegawai

pemerhati dari PDRM dan Kementerian Dalam Negeri yang hadir dan 25

menyertai sesi pendengaran, yang nama-nama mereka disebutkan di

perenggan 5.5 Laporan ini. Suruhanjaya juga berterima kasih kepada

pihak peguamcara yang mewakili Majlis Peguam Malaysia yang telah

mengemukakan hujahan bertulis mereka pada 4 Mac 2016 bagi

pertimbangan Suruhanjaya dalam penyediaan ke atas Laporan ini. 30

33.4 Akhirnya, Suruhanjaya juga merakamkan penghargaan kepada

Setiausaha Suruhanjaya dan semua pegawai-pegawai Suruhanjaya

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah

melaksanakan tugas dengan lancar berserta komitmen yang tinggi

melalui satu sekretariat khas yang ditubuhkan dalam membantu 35

Page 275: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

265

Suruhanjaya menyempurnakan siasatan dan pendengaran awam 5

tersebut.

Page 276: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

266

LAMPIRAN A

SENARAI SAKSI PENDENGARAN AWAM KES KEMATIAN N. DHARMENDRAN

BIL NAMA NO. SP PERANAN TARIKH

DIPANGGIL

1. Mohd Khairul Anuar Bin

Mansur SP1

Jurufoto, IPD Dang

Wangi

27 Julai 2015

28 Julai 2015

2. Marry a/p Mariay Susay SP2 Balu N.

Dharmendran 27 Julai 2015

3. Narayanasamy a/l

Venugopal SP3

Bapa N.

Dharmendran 27 Julai 2015

4. Majistret Erry Shahriman

Bin Nor Arifin SP4 Majistret Koroner 28 Julai 2015

5. Majistret Saifulakmal Bin

Mohd Said SP5 Majistret 28 Julai 2015

6. Muhammad Anwar Bin

Mohamad SP6

Penolong Pegawai

Perubatan 29 Julai 2015

7. Dr Siew Sheue Feng SP7 Doktor Forensik

29 Julai 2015

30 Julai 2015

16 November 2015

8. Puan Adibah Bt Abdul

Kadir SP8

Penolong Kanan

Pendaftar 31 Julai 2015

9. Dr Kamaruddin Bin Asri SP9 Ahli Kimia 31 Julai 2015

10. Encik Baktiar Bin Kassim SP10 Ahli Kimia 31 Julai 2015

11. L/Kpl Kasmir Bin Luntuk SP11 Jurufoto, IPD Dang

Wangi 17 Ogos 2015

12. Kpl Ahmad Sapari Bin

Semaon SP12

Jurufoto, IPK Kuala

Lumpur 17 Ogos 2015

13. D/Kpl Mohd Ikram Bin

Sulaiman SP13

Jurufoto, IPK Kuala

Lumpur 17 Ogos 2015

Page 277: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

267

14. D/Kpl Kamarol Zaman

Bin Mat Noor SP14

Jurufoto, IPK Kuala

Lumpur 17 Ogos 2015

15. ACP Abdul Majid Bin

Mohd Ali SP15

Urus Setia Jabatan

Pengurusan, Bukit

Aman

17 Ogos 2015

16. Maliswaran a/l

Supramaniam SP16

Bekas bapa mertua

N. Dharmendran 18 Ogos 2015

17. SAC Dato’ Zainuddin Bin

Ahmad SP17

Ketua Polis Daerah

Dang Wangi (ketika

itu)

18 Ogos 2015

18. Sarjan Rahim Bin Md

Diah SP18

Penyelia Kem

Komandan 18 Ogos 2015

19. Kpl Mohamad Adnan

Masri Bin Safril SP19 Sentri Lokap 18 Ogos 2015

20. Kpl Mohd Sharil Bin

Sarini SP20 Sentri Lokap 18 Ogos 2015

21. L/Kpl Mohd Azry Bin

Mohd Toyeb SP21 Sentri Lokap

18 Ogos 2015

14 September 2015

22. L/Kpl Nik Abdul Rahman

Bin Salim SP22 Sentri Lokap 18 Ogos 2015

23. L/Kpl Mohammad

Redzuan Bin Harun SP23 Sentri Lokap 18 Ogos 2015

24. L/Kpl Mohd Fairus Bin

Mohd Saharuddin SP24 Sentri Lokap

19 Ogos 2015

16 November 2015

25. D/L/Kpl Mohd Fairul Bin

Mohd Fauzi SP25 Sentri Lokap

19 Ogos 2015

16 November 2015

26.

D/Sjn Mohd Saad Bin

Kimbok SP26

Anggota bertugas

24 jam D9 19 Ogos 2015

Page 278: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

268

27. A/ACP Yahya Bin Abd

Rahman SP27

Pegawai Turus (PT

D9) ketika itu

20 Ogos 2015

28 Oktober 2015

28. D/Sjn Nizam Bin Yahya SP28 Anggota bertugas

24 jam D9

20 Ogos 2015

16 November 2015

29. D/Kpl Salmi Bin Putit SP29 Anggota bertugas

24 jam D9 20 Ogos 2015

30. D/Kpl Kartiman Bin

Majidal SP30

Anggota bertugas

24 jam D9 20 Ogos 2015

31. Balachantar a/l Muniandi SP31 Bekas tahanan

Lokap D9 21 Ogos 2015

32. Kpl Norazman Bin

Mohamed SP32

Ketua Syif pondok

pengawal pada

masa kejadian

21 Ogos 2015

33. Insp. Mohamed Hafiz Bin

Mokhtar SP33

Pegawai Cawangan

Komunikasi IPK

Kuala Lumpur

21 Ogos 2015

34. Insp. Mohd Fauzi Bin

Mohd Shariff SP34

Pegawai IPD

Cheras yang

menangkap N.

Dharmendran

21 Ogos 2015

35. L/Kpl Norazuan Bin

Baharin SP35

Anggota yang eskot

N. Dharmendran ke

IPD Dang Wangi

untuk sambung

reman

21 Ogos 2015

36. Kpl Shahrul Effendi Bin

Ismail SP36

Anggota yang eskot

N. Dharmendran ke

IPD Dang Wangi

untuk sambung

reman

21 Ogos 2015

37. L/Kpl Nor Hafizah Bt

Lasa SP37

Anggota yang

menjaga Lokap

Dang Wangi

21 Ogos 2015

Page 279: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

269

38. Konst. Jasmin Bin Jasin SP38 Sentri Lokap 21 Ogos 2015

14 September 2015

39. Supt. Glenn Anthony

Sinappah SP39

Timbalan PT D9

pada ketika itu 14 September 2015

40. L/Kpl Mohd Aminuddin

Bin Che Hamid SP40

Jurufoto IPD Dang

Wangi 14 September 2015

41 D/Kpl Mohd Haswadi

Zamri Bin Shaari SP41 Anggota D9 IPKKL

15 September 2015

26 Oktober 2015

42 D/Sjn Jaffri Bin Jaafar SP42 Anggota D9 IPKKL 15 September 2015

43 D/Kpl Mohd Nahar Bin

Abdul Rahman SP43 Anggota D9 IPKKL 17 September 2015

44 Insp. Hare Krishnan A/L

Subramaniam

SP44 Pegawai D9 IPKKL 17 September 2015

45 ASP Tay Chew Thwa @

Rico Tay

SP45 Pegawai D9 IPKKL 18 September 2015

46 Kpl Mat Rozai Bin Salleh

SP46 Anggota Kem

Komandan

18 September 2015

47 Inspektor Kamaruzaman

B. Endut

SP47 Pegawai Penyiasat

Jenayah IPD Dang

Wangi

18 September 2015

48 L/Kpl Mohd Izhar bin

Ibrahim

SP48 Anggota IPD

Cheras

26 Oktober 2015

49 Kpl Fadilah bin Putit SP49 Anggota yang

menjaga Lokap

Dang Wangi

26 Oktober 2015

50 Insp. Khairul Fairoz bin

Rodzuan

SP50 Pegawai IPD

Cheras

26 Oktober 2015

51 L/Kpl Mohd Khairul Hafiz

bin Mohamad Tarmizi

SP51 Sentri Lokap 26 Oktober 2015

Page 280: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

270

52 DSP Mohamed Sazif bin

Mohamed Subri

SP52 Pegawai Penyiasat

Jenayah IPD

Cheras

26 Oktober 2015

53 ASP Kamarul Rizal bin

Jenal

SP53 Pegawai Penyiasat

Jenayah IPD Dang

Wangi

27 Oktober 2015

54 ASP Chang Chee Fong

SP54 Pegawai Penyiasat

Jenayah Bukit Aman

27 Oktober 2015

55 L/Kpl Norhayati bte

Mohamed Nor

SP55 Anggota IPK KL 27 Oktober 2015

56 D/Kpl Javis Aldrian Oyo

SP56 Anggota D9 IPKKL 27 Oktober 2015

57 D/Sjn Sri Hari a/l

Ramachandran

SP57 Anggota D9 IPKKL 27 Oktober 2015

58 Sjn Kanaran a/l Kunji

Raman

SP58 Anggota D9 IPKKL 28 Oktober 2015

59 Sjn Romzi bin Kasim SP59 Anggota D9 IPKKL 28 Oktober 2015

60 A/SAC Khairi Ahrasa SP60 Bekas Timb. KJSJ

KL

28 Oktober 2015

61 Insp. Mohd Hairul Zaidi

bin Zainal

SP61 Pegawai Penyiasat

Jenayah IPD

Brickfields

29 Oktober 2015

62 Supt. Choo Lily SP62 Pegawai Penyiasat

Kes Tatatertib Polis

16 November 2015

Page 281: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

271

LAMPIRAN B

SENARAI DOKUMEN (EKSIBIT) PENDENGARAN AWAM

KES KEMATIAN N. DHARMENDRAN

BIL. PERKARA EKSIBIT

1. Gambar Bedah Siasat yang dijalankan oleh Dr. Siew

Sheue Feng

(Gambar 1 – 131)

P1

2. Laporan Polis THSL/018548/13 bertarikh 22 Mei 2013

oleh Marry a/p Mariay Susay

P2

3. Laporan Polis THSL/019049/13 bertarikh 26 Mei 2013

oleh Marry a/p Mariay Susay

P3

4. Cakera Padat Gambar Bedah Siasat

P4

5. Senarai Gambar kes Kematian N Dharmendran

- Bahagian III (1- 12 gambar)

P5

6. Gambar 13 - 16 – daripada dokumen asal Mahkamah

P5A

7. Gambar 17 - 18 - daripada dokumen asal Mahkamah

P5B

8. Catatan Pemeriksaan oleh Majistret Erry Shahriman pada

21 Mei 2013

P6

Page 282: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

272

9. Arahan Amalan Bil 2 Tahun 2014

Pengendalian Siasatan Kematian (Death Inquiry) Selaras

Dengan Penubuhan Mahkamah Khas Koroner bertarikh

8/4/2014 Ruj JK/MP 38 Jld. 6

P7

10. Minit Permohonan Reman di bawah S117 KTJ bertarikh

12/5/2013

P8

11. Borang Perawatan Pra Hospital bertarikh 21 Mei 2013

P9

12. Gambar Si Mati Dalam Lokap (Bahagian III - Gambar 5)

P10

13. Laporan Bedah Siasat oleh Dr. Siew Sheue Feng

bertarikh 19 Julai 2013

P11

14. Minit Permohonan sambung reman bertarikh 16 Mei 2013

P12

15. Laporan Kimia oleh Encik Rishahfaizal Mohamed Kassim

bertarikh 30 Mei 2013

P13

16. Laporan Kimia oleh Pn Revathi a/p Perumal 6 Jun 2013

P14

17. Lakaran Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur disediakan oleh

Pegawai Siasatan EAIC berdasarkan lawatan ke Pejabat

D9

P15

18. Petunjuk Lakaran Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur

disediakan oleh Pegawai Siasatan EAIC berdasarkan

lawatan ke Pejabat D9

P15A

19. Borang Permintaan Kerja Oleh Cawangan Fotografi

bertarikh 21 Mei 2013

P16

Page 283: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

273

20. Gambar N. Dharmendran yang diambil pada 21 Mei 2013

- Posisi Hadapan

- Posisi Mengiring

- CD (Softcopy)

P17A

P17B

P17C

21. Hukuman Tetap KPD Bil 1/89 - Tugas Pengawal Lokap

IPK Kuala Lumpur

P18

22. Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bhg. A “118”

P19

23. Jadual Tugas Harian Cawangan Kem Komandan, IPK KL

Bertarikh :11/5/2013

12/5/2013

13/5/2013

14/5/2013

15/5/2013

16/5/2013

17/5/2013

18/5/2013

19/5/2013

20/5/2013

21/5/2013

P20

P21

P22

P23

P24

P25

P26

P27

P28

P29

P30

24. Cabutan Buku Perharian Balai Lokap D9, IPK Kuala

Lumpur muka surat 102 – 139 (Entri No. 2932 – 3144)

P31

25. Cabutan Buku Perharian Balai Lokap D9, IPK Kuala

Lumpur muka surat 140 – 144 (Entri No.3145 - 3164)

P32

26. Senarai Lokap bagi Orang-Orang Salah yang Belum

Dijatuhkan Hukuman (POL 84)

P33

Page 284: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

274

27. Cabutan Poket Diari L/Kpl Nik Rahman bin Salim

P34

28. Cabutan Poket Diari L/Kpl Mohd Fairus bin Mohd

Saharuddin

P35

29. Laporan Polis THSL/005859/14 bertarikh 16 Februari

2014 oleh L/Kpl Mohd Fairus bin Mohd Saharuddin

P36

30. Cabutan Poket Diari L/Kpl Mohd Fairul Bin Mohd Fauzi

P37

31. Laporan Polis THSL/018468/13 bertarikh 21 Mei 2013

oleh L/Kpl Mohd Fairul Bin Mohd Fauzi

P38

32. Laporan Polis THSL/005892/14 bertarikh 16 Februari

2014 oleh L/Kpl Mohd Fairul Bin Mohd Fauzi

P39

33. Jadual Tugas Harian, Bahagian Siasatan Khas (D9, IPK

Kuala Lumpur) bertarikh:

12/5/2013

13/5/2013

14/5/2013

15/5/2013

16/5/2013

17/5/2013

18/5/2013

19/5/2013

20/5/2013

21/5/2013

P40

P41

P42

P43

P44

P45

P46

P47

P48

P49

34. Laporan polis THSL/018421/13 bertarikh 21 Mei 2015

oleh Insp. Hare Krishnan a/l K. Subramaniam – Laporan

Tangkapan Semula

P50

Page 285: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

275

35. Laporan Polis Dang Wangi/021984/13 bertarikh 1 Jun

2013 oleh Insp. Hare Krishnan a/l K. Subramaniam

P51

36. Laporan Polis Pudu/003960/13 bertarikh 12 Mei 2013

oleh Insp. Mohd Fauzi bin Mohd Shariff – Laporan

Tangkapan Ke atas N. Dharmendran

P52

37. Cabutan Perharian Balai Lokap IPD Dang Wangi muka

surat 67 – 80 (Entri no. 0545 – 0619)

P53

38. Gambar Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur oleh Mohd

Aminuddin bin Che Hamid (Gambar 1 – 14 ) - daripada

dokumen asal Mahkamah

P54

39. Cabutan Poket Diari D/Kpl Mohd Haswadi Zamri bin

Shaari

P55

40. Cabutan Poket Diari D/Sjn Jaffri bin Jaafar

P56

41. Cabutan Poket Diari D/Kpl Mohd Nahar Abdul Rahman

P57

42. Borang Pengendalian Spesimen Mediko – Legal

Borang HKL/FOR/98-03B bertarikh 22 Mei 2013

P58

43. Borang Senarai Pemeriksaan 30 Mei 2013

P59

44. Borang Penyerahan Barang Kes oleh L/Kpl Mohd Nahar

Abd Rahman kepada ASP Chang Chee Fong

P60

45. Borang Penyerahan Barang Kes Sri Hari a/l

Ramachandran kepada ASP Chang Chee Fong

P61

Page 286: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

276

46. Borang Penyerahan Barang Kes D/L/Kpl Javis Aldrian

Oyo kepada ASP Chang Chee Fong

P62

47. Borang Penyerahan Barang Kes oleh D/Kpl Mohd

Haswadi Zamri Bin Shaari kepada ASP Chang Chee Fong

P63

48. Borang Penyerahan Borang Kes oleh D/Sjn Jaffri Bin

Jaafar kepada ASP Chang Chee Fong

P64

49. Laporan Polis THSL/020337/13 bertarikh 5 Jun 2013 oleh

ASP Chang Chee Fong

P65

50. Laporan Polis THSL/027373/13 bertarikh 26 Julai 2013

oleh ASP Chang Chee Fong

P66

51. Borang Penyerahan Barang Kes oleh D/Kpl Mohd

Haswadi Zamri Bin Shaari kepada ASP Chang Chee Fong

P67

55. Cabutan Poket Diari D/L/Kpl Javis Adrian Oyo

P68

56. Cabutan Poket Diari D/Sjn Sri Hari a/l Ramachandran

P69

57. Cabutan Poket Diari D/Sjn Romzi bin Kasim

P70

58. Laporan Polis Petaling/001384/13 bertarikh 21 Januari

2013 oleh Ong Swee An yang disiasat oleh Insp. Mohd

Hairul Zaidi bin Zainal

P71

59. Laporan Kimia disediakan oleh P. Revathi bertarikh 25

Julai 2013

P72

Page 287: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

277

LAMPIRAN C

SENARAI KORUM PENDENGARAN AWAM KES KEMATIAN N.

DHARMENDRAN (SESI PERTAMA : 27 – 31 JULAI 2015)

BIL SESI TARIKH KORUM

1. SESI 1 27 Julai

2015 (Isnin)

Pesuruhjaya:

1. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

2. Puan Leong May Chan

Perunding:

1. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil Bin Johari

2. Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah

Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Puan Eda Mazuin Binti Abdul Rahman

3. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

4. Encik Mohd Arif Bin Salleh

5. Puan Susan Anak Leo

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Encik Muhamad Zul Aqram Bin Safian

Pemerhati:

1. Encik Roger Chan daripada Majlis Peguam

2. Encik Eric Paulsen mewakili keluarga si mati

3. ACP Allaudeen Bin Abdul Majid dari PDRM

Page 288: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

278

Pegawai Perakam:

1. Cik Anis Sofia Binti Ab. Rahman

2. Cik Renuka a/p Jeyabalan

2.

28 Julai

2015

(Selasa)

Pesuruhjaya:

1. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

2. Puan Leong May Chan

Perunding:

Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah

Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Puan Eda Mazuin Binti Abdul Rahman

3. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

4. Encik Mohd Arif Bin Salleh

5. Puan Susan Anak Leo

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Encik Muhamad Zul Aqram Bin Safian

Pemerhati:

1. Encik Roger Chan daripada Majlis Peguam

2. Encik Eric Paulsen mewakili keluarga si mati

3. ACP Allaudeen Bin Abdul Majid dari PDRM

4. DSP Kamarul Arifin Bin Shahman dari PDRM

Pegawai Perakam:

1. Puan Nurul Suffina Binti Ahmad

2. Puan Wardah Binti Faisol

Page 289: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

279

3. 29 Julai

2015 (Rabu)

Pesuruhjaya:

1. Yang Arif Datuk Yaacob Bin Haji Md Sam

2. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

3. Puan Leong May Chan

Perunding:

1. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil Bin Johari

2. Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah

Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin

3. Encik Lim Chee Wee

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Puan Eda Mazuin Binti Abdul Rahman

3. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

4. Encik Mohd Arif Bin Salleh

5. Puan Susan Anak Leo

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Encik Muhamad Zul Aqram Bin Safian

Pemerhati:

1. Encik Roger Chan dari Majlis Peguam

2. Pn Latheefa Koya bagi pihak keluarga si mati

3. DSP Kamarul Arifin Bin Shahman dari PDRM

Pegawai Perakam:

1. Puan Nurul Suffina Binti Ahmad

2. Cik Renuka a/p Jeyabalan

Page 290: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

280

4.

30 Julai

2015

(Khamis)

Pesuruhjaya:

1. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

2. Puan Leong May Chan

Perunding:

1. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil Bin Johari

2. Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah

Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin

3. Encik Lim Chee Wee

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

3. Encik Mohd Arif Bin Salleh

4. Puan Susan Anak Leo

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Encik Muhamad Zul Aqram Bin Safian

Pemerhati:

1. Encik Roger Chan dari Majlis Peguam

Pegawai Perakam:

1. Cik Anis Sofia Binti Ab. Rahman

2. Cik Renuka a/p Jeyabalan

5.

31 Julai

2015

(Jumaat)

Pesuruhjaya:

1. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

2. Puan Leong May Chan

Page 291: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

281

Perunding:

1. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil Bin Johari

2. Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah

Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

3. Encik Mohd Arif Bin Salleh

4. Puan Susan Anak Leo

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Encik Muhamad Zul Aqram Bin Safian

Pemerhati:

1. ACP Allaudeen Bin Abdul Majid dari PDRM

2. Encik Tay Kit Hoo dari Majlis Peguam

3. Cik Pang Chia Chan dari Majlis Peguam

4. DSP Amir Bin Hussain dari PDRM

Pegawai Perakam:

1. Cik Anis Sofia Binti Ab. Rahman

2. Cik Renuka a/p Jeyabalan

(SESI KEDUA : 17 – 21 OGOS 2015)

BIL SESI TARIKH KORUM

1. SESI 2 17 Ogos

2015 (Isnin)

Pesuruhjaya:

1. YA Datuk Yaacob Bin Haji Md Sam

2. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

Page 292: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

282

Perunding:

1. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil Bin Johari

2. Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah

Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Puan Eda Mazuin Binti Abdul Rahman

3. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

4. Encik Mohd Arif Bin Salleh

5. Puan Susan Anak Leo

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Encik Muhamad Zul Aqram Bin Safian

Pemerhati:

1. Encik Roger Chan dari Majlis Peguam

2. DSP Kamarul Arifin Bin Shahman dari PDRM

3. Cik Pang Chia Chan dari Majlis Peguam

Pegawai Perakam:

1. Cik Anis Sofia Binti Ab. Rahman

2. Cik Renuka a/p Jeyabalan

2.

18 Ogos

2015

(Selasa)

Pesuruhjaya:

1. YA Datuk Yaacob Bin Haji Md Sam

2. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

Perunding:

1. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil Bin Johari

2. Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah

Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin

Page 293: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

283

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Puan Eda Mazuin Binti Abdul Rahman

3. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

4. Encik Mohd Arif Bin Salleh

5. Puan Susan Anak Leo

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Encik Muhamad Zul Aqram Bin Safian

Pemerhati:

1. ACP Allaudeen Bin Abdul Majid dari PDRM

2. Cik Chan Yen Hui dari Majlis Peguam

Pegawai Perakam:

1. Cik Anis Sofia Binti Ab. Rahman

2. Cik Renuka a/p Jeyabalan

3. 19 Ogos

2015 (Rabu)

Pesuruhjaya:

1. YA Datuk Yaacob Bin Haji Md Sam

2. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

3. Puan Leong May Chan

Perunding:

1. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil Bin Johari

2. Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah

Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

Page 294: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

284

2. Puan Eda Mazuin Binti Abdul Rahman

3. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

4. Encik Mohd Arif Bin Salleh

5. Puan Susan Anak Leo

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Encik Muhamad Zul Aqram Bin Safian

Pemerhati:

1. ACP Allaudeen Bin Abdul Majid dari PDRM

2. Cik Chan Yen Hui dari Majlis Peguam

3. Cik Pang Chia Chan pembantu dari

Majlis Peguam

Pegawai Perakam:

1. Puan Nurul Suffina Binti Ahmad

2. Cik Renuka a/p Jeyabalan

4.

20 Ogos

2015

(Khamis)

Pesuruhjaya:

1. YA Datuk Yaacob Bin Haji Md Sam

2. Puan Leong May Chan

Perunding:

1. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil Bin Johari

2. Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah

Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

3. Encik Mohd Arif Bin Salleh

Page 295: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

285

4. Puan Susan Anak Leo

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Encik Muhamad Zul Aqram Bin Safian

Pemerhati:

1. DSP Kamarul Arifin Bin Shahman dari PDRM

2. ASP Subramaniam a/l Sateeyam dari PDRM

3. Cik Chan Yen Hui dari Majlis Peguam

Pegawai Perakam:

1. Cik Khairul Bariyyah Binti Muhamad

2. Encik Muhammad Hakeem Bin Buang

5.

21 Ogos

2015

(Jumaat)

Pesuruhjaya:

1. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

2. Puan Leong May Chan

Perunding:

1. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil Bin Johari

2. Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah

Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin

3. Encik Lim Chee Wee

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

3. Encik Mohd Arif Bin Salleh

4. Puan Susan Anak Leo

Page 296: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

286

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Encik Muhamad Zul Aqram Bin Safian

Pemerhati:

1. DSP Kamarul Arifin Bin Shahman dari PDRM

2. Cik Chan Yen Hui dari Majlis Peguam

3. Cik Pang Chia Chan pembantu dari

Majlis Peguam

Pegawai Perakam:

1. Cik Anis Sofia Binti Ab. Rahman

2. Cik Renuka a/p Jeyabalan

(SESI KETIGA: 14 - 18 SEPTEMBER 2015)

BIL SESI TARIKH KORUM

1. SESI 3 14 Sept.

2015 (Isnin)

Pesuruhjaya:

1. YA Datuk Yaacob Bin Haji Md Sam

2. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

3. Puan Leong May Chan

4. Datuk Sri Robert Jacob Ridu

Perunding:

1. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil Bin Johari

2. Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah

Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin

3. Encik Lim Chee Wee

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Puan Eda Mazuin Binti Abdul Rahman

Page 297: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

287

3. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

4. Encik Mohd Arif Bin Salleh

5. Puan Susan Anak Leo

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Encik Muhamad Zul Aqram Bin Safian

Pemerhati:

1. Cik Chan Yen Hui dari Majlis Peguam

2. Cik Pang Chia Chan pembantu dari

Majlis Peguam

Pegawai Perakam:

1. Cik Anis Sofia Binti Ab. Rahman

2. Cik Renuka a/p Jeyabalan

2.

15 Sept.

2015

(Selasa)

Pesuruhjaya:

1. YA Datuk Yaacob Bin Haji Md Sam

2. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

3. Datuk Sri Robert Jacob Ridu

Perunding:

1. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil Bin Johari

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Puan Eda Mazuin Binti Abdul Rahman

3. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

4. Encik Mohd Arif Bin Salleh

5. Puan Susan Anak Leo

Page 298: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

288

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Encik Muhamad Zul Aqram Bin Safian

Pemerhati:

1. DSP Kamarul Arifin Bin Shahman dari PDRM

2. Cik Chan Yen Hui dari Majlis Peguam

Pegawai Perakam:

1. Cik Anis Sofia Binti Ab. Rahman

2. Cik Renuka a/p Jeyabalan

3. 17 Sept.2015

(Khamis)

Pesuruhjaya:

1. YA Datuk Yaacob Bin Haji Md Sam

2. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

3. Puan Leong May Chan

4. Datuk Sri Robert Jacob Ridu

Perunding:

1. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil Bin Johari

2. Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah

Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin

3. Encik Lim Chee Wee

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Puan Eda Mazuin Binti Abdul Rahman

3. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

4. Encik Mohd Arif Bin Salleh

5. Puan Susan Anak Leo

Page 299: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

289

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Encik Muhamad Zul Aqram Bin Safian

Pemerhati:

1. DSP Kamarul Arifin Bin Shahman dari PDRM

2. Cik Chan Yen Hui dari Majlis Peguam

Pegawai Perakam:

1. Cik Anis Sofia binti Ab Rahman

2. Cik Renuka a/p Jeyabalan

4.

18

September

2015

(Jumaat)

Pesuruhjaya:

1. YA Datuk Yaacob Bin Haji Md Sam

2. Datuk Sri Robert Jacob Ridu

3. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

Perunding:

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil Bin Johari

Pegawai Pengendali:

1. Tuan Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

3. Encik Mohd Arif Bin Salleh

4. Puan Susan Anak Leo

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Encik Muhamad Zul Aqram Bin Safian

Pemerhati:

1. DSP Kamarul Arifin Bin Shahman dari PDRM

Page 300: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

290

2. Cik Chan Yen Hui dari Majlis Peguam

3. ASP Subramaniam a/l Sateeyam dari PDRM

Pegawai Perakam:

1. Cik Khairul Bariyyah Binti Muhamad

2. Encik Muhammad Hakeem Bin Buang

(SESI KEEMPAT: 26 - 29 OKTOBER 2015)

BIL SESI TARIKH KORUM

1. SESI 4 26 Oktober

2015 (Isnin)

Pesuruhjaya:

1. YA Datuk Yaacob Bin Haji Md Sam

2. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

3. Puan Leong May Chan

4. Datuk Sri Robert Jacob Ridu

Perunding:

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil Bin Johari

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Puan Eda Mazuin Binti Abdul Rahman

3. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin Hashim

Kamal

4. Encik Mohd Arif Bin Salleh

5. Puan Susan Anak Leo

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Puan Nura Ashikin Binti Meor Mohamad

Shaharudin

Page 301: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

291

Pemerhati:

ASP Subramaniam a/l Sateeyam dari PDRM

Pegawai Perakam:

1. Cik Khairul Bariyyah Binti Muhamad

2. Encik Muhammad Hakeem Bin Buang

2.

27 Oktober

2015

(Selasa)

Pesuruhjaya:

1. YA Datuk Yaacob Bin Haji Md Sam

2. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

3. Datuk Sri Robert Jacob Ridu

4. Puan Leong May Chan

Perunding:

Profesor Tan Sri Datuk Seri Dr Sharifah

Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Puan Eda Mazuin Binti Abdul Rahman

3. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

4. Encik Mohd Arif Bin Salleh

5. Puan Susan Anak Leo

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Puan Nura Ashikin Binti Meor Mohamad

Shaharudin

Pemerhati:

1. ASP Subramaniam a/l Sateeyam dari PDRM

2. DSP Koh Joe Tian dari PDRM

Page 302: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

292

Pegawai Perakam:

1. Cik Anis Sofia Binti Ab. Rahman

2. Cik Renuka a/p Jeyabalan

3. 28 Oktober

2015 (Rabu)

Pesuruhjaya:

1. YA Datuk Yaacob Bin Haji Md Sam

2. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

3. Puan Leong May Chan

4. Datuk Sri Robert Jacob Ridu

Perunding:

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil Bin Johari

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Puan Eda Mazuin Binti Abdul Rahman

3. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

4. Encik Mohd Arif Bin Salleh

5. Puan Susan Anak Leo

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Puan Nura Ashikin Binti Meor Mohamad

Sharudin

Pemerhati:

1. Subramaniam a/l Sateeyam dari PDRM

2. DSP Koh Joe Tian dari PDRM

3. Insp. Nor Aisyah dari PDRM

Pegawai Perakam:

1. Cik Khairul Bariyyah Binti Muhamad

2. Encik Muhammad Hakeem Bin Buang

Page 303: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

293

4.

29 Oktober

2015

(Khamis)

Pesuruhjaya:

1. YA Datuk Yaacob Bin Haji Md Sam

2. Datuk Sri Robert Jacob Ridu

3. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

4. Puan Leong May Chan

Perunding:

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil Bin Johari

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

3. Encik Mohd Arif Bin Salleh

4. Puan Susan Anak Leo

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Puan Nura Ashikin Binti Meor Mohamad

Sharudin

Pemerhati:

1. DSP Koh Joe Tian dari PDRM

2. Subramaniam a/l Sateeyam dari PDRM

Pegawai Perakam:

1. Cik Anis Sofia Binti Ab. Rahman

2. Cik Renuka a/p Jeyabalan

Page 304: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

294

(SESI KELIMA: 16 NOVEMBER 2015)

BIL SESI TARIKH KORUM

1. SESI 5 16 November

2015 (Isnin)

Pesuruhjaya:

1. YA Datuk Yaacob Bin Haji Md Sam

2. Encik Vinayak Prabhakar Pradhan

3. Puan Leong May Chan

4. Datuk Sri Robert Jacob Ridu

Perunding:

1. Profesor Tan Sri Datuk Seri Dr Sharifah

Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin

2. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Jamil Bin Johari

Pegawai Pengendali:

1. Encik Ahmad Razif Bin Mohd Sidek

2. Puan Eda Mazuin Binti Abdul Rahman

3. Encik Muhammad Musawwir Kamal Bin

Hashim Kamal

4. Encik Mohd Arif Bin Salleh

5. Puan Susan Anak Leo

Pendaftar:

1. Puan Noormazlinah Binti Abdul Talib

2. Puan Nura Ashikin Binti Meor Mohamad

Sharudin

Pemerhati:

1. DSP Kamarul Arifin Bin Shahman dari PDRM

2. Subramaniam a/l Sateeyam dari PDRM

3. Encik Roger Chan dari Majlis Peguam

Page 305: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

295

Pegawai Perakam:

1. Cik Khairul Bariyyah Binti Muhamad

2. Encik Muhammad Hakeem Bin Buang

Page 306: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

296

LAMPIRAN D

PENDENGARAN

PERATURAN-PERATURAN, PROSEDUR DAN AMALAN

Pengenalan

Peraturan-Peraturan, Prosedur dan Amalan ini (dikenali sebagai “Tatacara

Pendengaran” selepas ini) adalah dikeluarkan oleh Suruhanjaya bagi menjadi garis

panduan dalam mana-mana siasatan pendengaran awam yang diadakan oleh

Suruhanjaya. Tatacara Pendengaran ini tidak dimaksudkan untuk mengikat secara

ketat atau rigid sesuatu pendengaran atau siasatan awam. Tatacara Pendengaran ini

juga tidak mengurangkan apa-apa kuasa yang diberikan kepada Suruhanjaya

menurut Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

A. KUASA UMUM

1. Suruhanjaya boleh dalam menjalankan siasatannya mengadakan

pendengaran sekiranya didapati perlu atau wajar [subseksyen 31(1)(a)].

Pendengaran itu dipengerusikan oleh Pesuruhjaya dan bilangan Pesuruhjaya

ditentukan berdasarkan kes demi kes. [subseksyen 34(2)]

2. Semua pendengaran adalah terbuka kepada orang ramai. [subseksyen 35

(1)]

B. SEBELUM PENDENGARAN

3. Suruhanjaya mempunyai budi bicara untuk menentukan masa, tempat dan

tarikh pendengaran diadakan.

Page 307: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

297

4. Suruhanjaya hendaklah mengenal pasti saksi-saksi bagi pendengaran itu dan

mengeluarkan notis bertulis sekurang- kurangnya 14 hari dari tarikh

pendengaran bagi serahan ke atas saksi untuk hadir dan memberi keterangan

di pendengaran tersebut [subseksyen 32 (1)].

5. Suruhanjaya boleh mengadakan hebahan/makluman awal bagi tujuan

memberitahu kepada orang awam dan pihak-pihak yang berkepentingan

berhubung dengan pendengaran yang akan diadakan.

6. Semua pendengaran adalah terbuka kepada orang ramai. Walau

bagaimanapun Pesuruhjaya mempunyai kuasa budi bicara untuk

mengehadkan orang ramai menghadiri pendengaran atau mana-mana

bahagiannya. [subseksyen 35 (1) dan 31(1)(i)].

C. SEMASA PENDENGARAN

7. Pesuruhjaya yang mempengerusikan pendengaran mempunyai kuasa kawalan

terhadap perjalanan dan tatacara pendengaran.

8. Pesuruhjaya boleh dibantu oleh mana-mana pegawai undang-undang atau

perunding yang dilantik oleh Suruhanjaya. [seksyen 15 dan subseksyen 34

(4)].

9. Pesuruhjaya boleh membenarkan mana-mana orang yang berkepentingan

atau wakil undang-undang untuk hadir di pendengaran. [seksyen 36 dan 37].

10. Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa mengarahkan pendengaran dijalankan

secara tertutup (in camera) [subsekyen 35 (2), (3) dan (4)].

11. Pesuruhjaya bolehlah memaklumkan kepada orang-orang yang hadir di

pendengaran mengenai ruang lingkup siasatan dan maksud am pendengaran

[subseksyen 34(3)]. Tiada kata-kata pembukaan diperlukan.

Page 308: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

298

12. Dalam menjalankan pendengaran dan pemeriksaan saksi-saksi, Pesuruhjaya

boleh dibantu oleh pegawai undang-undang (pegawai pengendali)

[subseksyen 38(2)].

13. Mana-mana juruperunding yang dilantik oleh Suruhanjaya boleh pada bila-bila

masa memeriksa mana-mana saksi yang memberi keterangan atau

mengemukakan apa-apa dokumen bagi tujuan mendapatkan sesuatu

penjelasan tentang perkara yang relevan dengan saksi itu.

14. Pesuruhjaya yang mempengerusikan pendengaran mempunyai kuasa budi

bicara untuk membenarkan mana-mana pihak berkepentingan bagi memeriksa

lanjut saksi [subsekyen 38(1)] dengan tertakluk kepada kepada prosedur

seperti berikut:

a) pertanyaan secara bertulis dan diserahkan kepada Pesuruhjaya; atau

b) secara langsung iaitu lisan mengikut kebenaran Pesuruhjaya;

c) Pesuruhjaya boleh mengehadkan soalan atau pemeriksaan tersebut

kepada isu yang relevan oleh keterangan saksi itu; dan

d) pihak-pihak yang berkepentingan, dengan kebenaran terlebih dahulu

oleh Pesuruhjaya, boleh memohon untuk memeriksa apa-apa dokumen

yang dikemukakan oleh saksi dan membuat pemeriksaan lanjut

berkaitan dengannya.

15. Mana-mana saksi yang dikehendaki memberi keterangan hendaklah memberi

keterangan secara bersumpah seperti dalam mahkamah undang- undang

[subseksyen 31(1)(c) dan 39(1)(a)].

16. Mana-mana saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan adalah

mempunyai obligasi untuk menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya

atau untuk mengemukakan semua dokumen atau benda lain yang dikehendaki

[subseksyen 39(1)(b), (c), dan (2)].

17. Apa-apa keterangan saksi sama ada bertulis atau lisan yang mungkin

kebiasaanya tidak boleh diterima masuk (not admissible) dalam prosiding sivil

atau jenayah sebagaimana peruntukan Akta Keterangan 1950, adalah boleh

Page 309: LAPORAN SIASATAN EAIC BERHUBUNG KES

299

diterima masuk (admissible) dalam pendengaran Suruhanjaya [subseksyen

31(1)(g)].

18. Mana-mana saksi boleh dibekalkan dengan khidmat jurubahasa (sekiranya

diminta/perlu).

19. Pesuruhjaya boleh melarang, mengehadkan atau tidak membenarkan mana-

mana pihak yang hadir di pendengaran atau mana-mana pihak lainnya dari

mendedahkan, menzahirkan atau menerbitkan apa-apa dokumen atau

rakaman berkaitan pendengaran itu dalam mana-mana medium penerbitan

kecuali apabila dinyatakan sebaliknya [subseksyen 52(1)(b) dan 35(3)].

20. Waran tangkap bagi memaksa kehadiran saksi boleh dikeluarkan terhadap

mana-mana saksi yang gagal untuk menghadiri pendengaran seperti yang

diarahkan oleh Suruhanjaya atau Pesuruhjaya [subseksyen 31(e)].

21. Pihak-pihak berkepentingan boleh berhujah dari segi fakta dan undang-

undang secara lisan atau bertulis sekiranya dibenarkan oleh Pesuruhjaya.

Pesuruhjaya yang mempengerusikan pendengaran boleh membuat keputusan

terhadap sesuatu persoalan atau isu yang ditimbulkan atau dihujahkan semasa

pendengaran.

D. SELEPAS PENDENGARAN

22. Pesuruhjaya hendaklah menyediakan laporan dan dapatan pendengaran untuk

dibentangkan dalam Mesyuarat Suruhanjaya untuk diteliti dan dimuktamadkan

[subseksyen 27(7)].

23. Dapatan-dapatan penyiasatan oleh Suruhanjaya yang dilakukan melalui

Pasukan Petugas akan dikendalikan oleh Suruhanjaya mengikut peruntukan

seksyen 30 Akta 700.