kenyataan media yab menteri pendidikan tan...

10
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru. PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP). Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata. Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012. Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya. Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama

Upload: dinhquynh

Post on 06-Feb-2018

219 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN …smjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/kenyataan_medi… · sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan

KENYATAAN MEDIA

YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN

MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.

PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).

Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.

Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012.

Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.

Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama

Page 2: KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN …smjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/kenyataan_medi… · sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan

pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.

Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS.

Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS

Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.

Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.

Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.

Page 3: KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN …smjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/kenyataan_medi… · sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan

Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

LAMPIRAN 1 DAN 2

Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.

Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.

LAMPIRAN 3

Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.

Page 4: KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN …smjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/kenyataan_medi… · sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan

Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study).

Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.

Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan

Page 5: KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN …smjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/kenyataan_medi… · sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan

prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

LAMPIRAN 4

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

LAMPIRAN 5

Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.

Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid.

Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.

Page 6: KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN …smjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/kenyataan_medi… · sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan

Lampiran 1 

DSP Sedia Ada 

BAND  PERNYATAAN STANDARD  DESKRIPTOR  EVIDENS 

1 Tahu   

             B1 Mengetahui asas kemahiran geografi dan geografi negara Malaysia 

     B1D1 Mengetahui asas kemahiran geografi 

B1D1E1 Menyatakan kedudukan relatif sesuatu B1D1E2 Menyatakan arah mata angin B1D1E3 Menyatakan jarak mutlak dan jarak relatif B1D1E4 Mengenal pasti skala lurus B1D1E5 Mengenal simbol peta lakar 

B1D2 Mengetahui pelbagai bentuk muka bumi 

B1D2E1 Menamakan pelbagai bentuk muka bumi          di Malaysia 

B1D3 Mengetahui jenis cuaca dan iklim 

B1D3E1 Menamakan jenis iklim  di Malaysia 

B1D4 Mengetahui jenis tumbuhan semula jadi dan hidupan liar 

B1D4E1 Menamakan tumbuhan semula jadi B1D4E2 Menamakan hidupan liar 

 

 

Dipermudahkan kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid 

TEMA  BAND  DESKRIPTOR            Kemahiran Geografi  Kedudukan  Arah  Jarak dan skala  Simbol peta  Peta topo  Graf bar mudah 

  1  

Menyatakan asas kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut dengan betul: 

Kedudukan  Arah  Jarak dan skala 

  2  

Menjelaskan kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut dengan jelas. 

Kedudukan  Arah  Jarak dan skala  Simbol peta  

  3  

Mengaplikasi kemahiran geografi melibatkan perkara berikut dengan betul dan tepat.  

Mengorientasi  kompas  Mengukur jarak menggunakan skala   Membina graf 

 4  

Mengaplikasikan dan menghubungkait kemahiran geografi dalam organisasi ruang atau lapangan mengikut prosedur yang betul dan tepat. 

 5  

Mentafsir dan menjelaskan maklumat dalam peta lakar dan bahan grafik dengan tepat relevan/sesuai dan terperinci 

  

6  

Mengemukakan dan mempersembahkan  idea / pendapat / cadangan  yang bernas tentang kesejahteraan persekitaran menggunakan kemahiran geogarafi yang relevan dan jelas 

 

 

Page 7: KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN …smjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/kenyataan_medi… · sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan

Lampiran 2 

Perbandingan Bilangan Pernyataan Deskriptor dan Evidens dalam DSP dengan 

Bilangan Pernyataan Deskriptor dalam Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid 

 

Jumlah Bilangan Pernyataan Deskriptor dan Pernyataan Evidens 

Tingkatan 1  Tingkatan 2  Tingkatan 3 

Mata pelajaran DSP 

 

Panduan Perkembangan Pembelajaran 

DSP  Panduan Perkembangan Pembelajaran 

DSP  Panduan Perkembangan Pembelajaran 

Bahasa Melayu  46  18  46  18  50  18 

Bahasa Inggeris  48  18  46  18  42  18 

Matematik  125  18  195  18  151  12 

Sains  129  24  160  30  178  24 

 

Page 8: KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN …smjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/kenyataan_medi… · sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan

Lampiran 3 

PELAPORAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID  PENTAKSIRAN SEKOLAH 

GEOGRAFI TINGKATAN 1

NAMA MURID: ALI BIN AHMAD

TEMA  BAND 1 BAND 2 BAND 3 BAND 4 BAND 5 BAND 6

KEMAHIRAN GEOGRAFI     12 Mac      

BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA       29 Mei    

CUACA DAN IKLIM   8 Ogos        

TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR         24 Okt    

Page 9: KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN …smjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/kenyataan_medi… · sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan

Lampiran 4 PMR merupakan Peperiksaan Pusat Mata pelajaran dalam PMR

1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Science 4. Mathematics 5. Sejarah 6. Geografi 7. Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 8. Pendidikan Islam 9. Bahasa Tambahan

• Bahasa Cina • Bahasa Tamil • Bahasa Iban • Bahasa Kadazandusun • Bahasa Arab • Bahasa Punjabi

Lembaga Peperiksaan Menyediakan instrumen Menyediakan Peraturan Penskoran Melaksanakan penjaminan kualiti Melaksanakan verifikasi dan moderasi Mentadbir peperiksaan Memeriksan skrip jawapan calon Menguruskan penskoran Mengeluarkan keputusan

Pentaksiran Tingkatan 3 Mata pelajaran Jenis instrumen

1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris

Ujian Lisan & Ujian Bertulis

3. Science 4. Mathematics 5. Kemahiran Hidup

Bersepadu (KHB) 6. Pendidikan Islam 7. Bahasa Tambahan

• Bahasa Cina • Bahasa Tamil • Bahasa Iban • Bahasa Kadazandusun • Bahasa Arab

Ujian Bertulis

8. Sejarah 9. Geografi

Pelbagai instrumen

Pihak sekolah Mentadbir peperiksaan Memeriksan skrip jawapan calon Menguruskan penskoran Mengeluarkan keputusan

Lembaga Peperiksaan Menyediakan instrumen Menyediakan Peraturan Penskoran Melaksanakan penjaminan kualiti Melaksanakan verifikasi dan moderasi

Page 10: KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN …smjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/kenyataan_medi… · sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan

Lampiran 5

KRITERIA KEMASUKAN MURID KE PELBAGAI ALIRAN TINGKATAN 4

Pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3

Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran Sekolah (Pilihan)

Sekolah Berasrama Penuh

Gred A bagi semua mata pelajaran

• Inventori Minat Kerjaya (IMK)

• Ujian Aptitud Khusus (UAK)

• Peratus

• CGPA

• Band

(Pelaporan Perkembangan Pembelajaran)

• Gred

(Pelaporan Pencapaian Akademik)

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Gred A bagi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional

Gred A/B bagi Science, Maths atau KHB

Aliran menengah atas Minimum gred B bagi Science dan Mathematics (STEM)