kenali bentuk & fungsi bahasa melayu

4
MENGENALI BENTUK DAN FUNGSI BAHASA MELAYU Oleh PATARAI HJ. CHOLEN IPG Kampus Pendidikan Teknik Telah banyak diperkatakan tentang bentuk dan fungsi BM seawal abad ketujuh belas hingga masa kini. Pada zaman awal bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Melayu Purba kemudian bahasa Melayu Kuno dan menggunakan pelbagai bentuk huruf yang saling berganti. Antaranya tulisan Rencong, Pallava, Kawi, dan Jawi. Manakala fungsi bahasa Melayu pada masa itu hanya sebagai bahasa lingua franca dan bahasa pentadbiran. Memang tidak dapat dinafikan bahawa bentuk dan fungsi BM berbeza berdasarkan zamannya. Kalau diteliti bentuk dan fungsi BM dalam abad ini ternyata berlaku perubahan radikal sesuai dengan perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh bangsa Malaysia. Langkah menjadikan BM sebagai bahasa pengantar utama di sekolah melalui Laporan Razak (1956), Laporan Rahman (1961) dan seterusnya laporan dasar pendidikan kebangsaan menunjukkan usaha kerajaan untuk membina negara Malaysia yang maju dan bersatu padu. Telah terbukti bahawa BM telah menjalankan fungsinya sebagai bahasa perpaduan dengan amat baik sehingga dapat mewujudkan persefahaman dalam kalangan penduduk pelbagai etnik. Dengan adanya perpaduan, negara dapat dibangunkan dan dimajukan seperti yang ada sekarang.

Upload: mohamed-nazul-ismail

Post on 20-Feb-2017

136 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kenali Bentuk & Fungsi Bahasa Melayu

MENGENALI BENTUK DAN FUNGSI BAHASA MELAYU

Oleh

PATARAI HJ. CHOLEN

IPG Kampus Pendidikan Teknik

Telah banyak diperkatakan tentang bentuk dan fungsi BM seawal abad ketujuh belas

hingga masa kini. Pada zaman awal bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Melayu Purba

kemudian bahasa Melayu Kuno dan menggunakan pelbagai bentuk huruf yang saling

berganti. Antaranya tulisan Rencong, Pallava, Kawi, dan Jawi. Manakala fungsi bahasa

Melayu pada masa itu hanya sebagai bahasa lingua franca dan bahasa pentadbiran. Memang

tidak dapat dinafikan bahawa bentuk dan fungsi BM berbeza berdasarkan zamannya. Kalau

diteliti bentuk dan fungsi BM dalam abad ini ternyata berlaku perubahan radikal sesuai

dengan perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh bangsa Malaysia.

Langkah menjadikan BM sebagai bahasa pengantar utama di sekolah melalui Laporan

Razak (1956), Laporan Rahman (1961) dan seterusnya laporan dasar pendidikan kebangsaan

menunjukkan usaha kerajaan untuk membina negara Malaysia yang maju dan bersatu padu.

Telah terbukti bahawa BM telah menjalankan fungsinya sebagai bahasa perpaduan dengan

amat baik sehingga dapat mewujudkan persefahaman dalam kalangan penduduk pelbagai

etnik. Dengan adanya perpaduan, negara dapat dibangunkan dan dimajukan seperti yang ada

sekarang.

Dalam proses menjadikan BM sebagai bahasa moden, DBP tidak henti-henti

melaksanakan peranannya melakukan penyusunan, pemupukan dan pengembangan bahasa

dalam bidang ejaan, peristilahan, kosa kata, tatabahasa dan laras bahasa. Awang Sariyan

menjelaskan daripada hampir seluruh bidang ilmu moden yang digubal istilahnya itu, baik

bidang ilmu sains sosial mahupun ilmu sains tabii, terdapat bidang baharu yang berkaitan

dengan kemajuan negara yang mutakhir, iaitu aeroangkasa, kejuruteraan kapal terbang dan

kejuruteraan automotif. Mulai saat itu, BM telah menjadi bahasa yang dapat mengungkapkan

pelbagai disiplin ilmu termasuk sains dan teknologi, undang-undang dan ekonomi.

Selepas 58 tahun negara merdeka, BM telah berjaya melaksanakan fungsinya dengan

amat berkesan. Jika dilihat dari perspektif sejarah, BM telah berkembang dalam jangka waktu

yang panjang dan telah menghadapi pelbagai proses perubahan dan pengaruh daripada

Page 2: Kenali Bentuk & Fungsi Bahasa Melayu

pelbagai bahasa dan kebudayaan lain. Namun demikian, BM sebagai sifat milik orang

Melayu, tetap menggambarkan pandangan dunia Melayu dan menjadi cabang kebudayaan

Melayu.

Apabila diteliti perkembangan BM pada zaman sekarang, ternyata isu globalisasi

telah mempengaruhi perkembangan BM. Pelbagai kemudahan komunikasi telah disediakan

seperti internet dan telefon bimbit. Masyarakat pengguna tidak lagi mempedulikan taraf BM

dan hanya menjadikan bahasa itu sebagai alat komunikasi semata-mata yang difahami antara

penutur dan pendengarnya. Oleh itu, lahirlah BM versi ‘rojak’ yang sukar difahami seperti

mencampurkan BM dengan bahasa lain, menulis pesanan ringkas dengan meringkaskan apa-

apa yang sudah ringkas sehingga menimbulkan kerunsingan sebilangan pihak.

Fenomena ini bakal meranapkan jati diri bangsa dan usaha mengenal dan

mengembalikan jati diri bangsa harus dimulakan sekarang sesuai dengan slogan

“Memartabatkan Bahasa Melayu.” Hal ini kerana sesuatu bangsa akan berkembang maju

dengan menggunakan bahasa, budaya, falsafah dan pemikiran bangsanya tanpa menganggap

warisan bangsa lain lebih baik. Dengan hal ini, negara yang maju dapat dicapai hasil daripada

semangat kekitaan yang dibentuk melalui BM yang menjadi bahasa kebangsaan, bahasa

rasmi dan bahasa ilmu pengetahuan serta sebagai bahasa pengantar selaras dengan

Perlembagaan 152 yang menjelaskan peranan BM sebagai alat untuk mencapai integrasi

nasional dan mewujudkan jati diri nasional dalam kalangan rakyat Malaysia.