kenali petanda anak autisme

5
Kenali Petanda Anak Autisme Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan di mana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas. Mengikut statistik, nisbah seorang dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1: 150) yang lahir menghidapi autisme. Bilangan kes ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas. Sekali gus menjadikan isu ini menjadi kebimbangan dan tanda tanya buat segenap masyarakat dunia bagaimana perkara ini boleh meningkat dengan drastiknya dan apakah kesan langsung kepada penghidapnya. Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka… Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial. Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera. Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan

Upload: ppki-smk-seksyen-19

Post on 29-Jul-2015

70 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kenali petanda anak autisme

Kenali Petanda Anak Autisme

Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan di mana kanak-kanak

mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah

laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya

kipas.

Mengikut statistik, nisbah seorang dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1: 150) yang lahir menghidapi

autisme. Bilangan kes ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas.

Sekali gus menjadikan isu ini menjadi kebimbangan dan tanda tanya buat segenap masyarakat

dunia bagaimana perkara ini boleh meningkat dengan drastiknya dan apakah kesan langsung

kepada penghidapnya.

Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka…

Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa

biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini.

Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon

atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.

Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan

walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang

diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka

kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai

kekurangan dalam komunikasi sosial.

Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam

kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada

di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri

tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak

sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.

Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan

mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke

sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi

autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk

ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)

Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang  kurang sensitif kepada rasa sakit namun

mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat

sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu

dirangkul atau dipeluk.

Page 2: Kenali petanda anak autisme

Adakah Suntikan Vaksin Berhubung kait Dengan Autisme ? 

Kebanyakan media mendakwa bahawa Vaksin MMR (measles, mumps dan rubella)

sebagai salah satu punca kepadanya. Vaksin tiga serangkai ini lazimnya diberikan

kepada bayi yang berumur di 12 bulan ke atas. Ini berikutan daripada meningkatnya

jumlah pesakit Autisme di Amerika Syarikat yang jauh lebih awal memperkenalkan vaksin

MMR berbanding UK dan Malaysia sendiri.

Namun kajian menunjukkan bahawa tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong

teori ini. Pada masa kini, masih terdapat kajian yang sedang dijalankan untuk

mengesahkan kesahihan perkara ini.

Apa Yang Ibu bapa Harus Lakukan…

{ Firman Allah S.W.T  : ” Tiada penyakit tanpa ubat kecuali MATI ”  }

Tingkatkan kesedaran untuk mengesannya dari awal dengan memberi kaedah pendidikan

sesuai masalah anak autisme mampu diuruskan dengan baik. Teknik pengecaman yang

paling MUDAH untuk dikenal pasti simptom ini oleh para ibu bapa ialah dengan

membawa mereka untuk bergaul dalam kumpulan kecil.

Rasionalnya, anak-anak akan mula belajar bagaimana untuk berkomunikasi, bekerjasama

dan berada dalam suasana yang sedikit riuh daripada biasa dalam aktiviti berkumpulan

ini.

Lantas, perhatikan karektor dan bagaimana tindak balas komunikasi mereka sesama

rakan yang lain ketika di dalam kumpulan. Semakin awal dikesan, semakin mudah untuk

kita bawa mereka ‘keluar’ daripada zon gangguan ini.

Page 3: Kenali petanda anak autisme

Takut-takut jika ianya tidak diatasi sejak awal, gejala ini akan melumpuhkan proses

pembelajaran mereka kelak. Walaupun fizikal mereka nampak normal, tetapi hakikatnya

tidak.

Sertai Kumpulan Kecil Yang Santai & Kreatif Bersama Kami Secara PERCUMA …

Atas dasar keprihatinan kami terhadap perkembangan pendidikan awal kanak-kanak

secara menyeluruh, pihak kami Excel Qhalif Playgroup menyediakan sebuah program

yang bertanggungjawab mengumpulkan satu kumpulan kecil khusus bagi memberi ruang

kepada anak-anak di bawah usia tadika iaitu 2 tahun hingga 4 1/2 tahun bersama ibu

bapa belajar dan bermain bersama-sama. Objektifnya untuk melatih kemahiran

komunikasi sosial anak-anak seawal mungkin yang mampu meningkatkan keyakinan diri

anak-anak dalam bergaul.

Diharapkan program ini mampu menjadi sebagai pelengkap keinginan berkawan dan

bermain anak-anak kecil kita yang dahagakan ilmu sejak lahir lagi. Diolah mengikut

keperluan mengasah kemahiran motor kanak-kanak, insha’Allah program ini mampu

membentuk minda mereka lebih kreatif dan berkembang.

Page 5: Kenali petanda anak autisme